Jumaat, 2 Disember 2022
PRN Melaka: Pertembungan tiga gergasi
By Manzaidi Mohd Amin - 7 November 2021
SEMUA parti terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini sudah selesai mengumumkan calon masing-masing, semalam.
Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setakat ini, hanya lima kerusi DUN menyaksikan pertandingan empat penjuru, manakala selebihnya 23 kerusi lagi tiga penjuru.
Berlaku pertandingan empat penjuru disebabkan penyertaan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang mengumumkan calonnya di lima kerusi DUN.
Pertandingan itu melibatkan calon BN, PH, PN dan Putra, manakala tiga penjuru menyaksikan perlawanan antara BN, PH dan PN.
Bagaimanapun, belum ada individu termasuk dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari bebas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan bertanding secara solo.
Dua bekas ADUN malang itu, Datuk Noor Effandi Ahmad (bekas PPBM) dan Datuk Norhizam Baktee bekas DAP.
Dinyatakan mereka sebagai ADUN malang kerana keduanya tidak diterima oleh mana-mana gabungan parti sama ada BN, PH mahupun PN.
Sedangkan, dua rakannya bekas UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan masing-masing diterima menyertai PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Idris penyandang DUN Sungai Udang akan bertanding di DUN Asahan atas tiket PH-PKR, manakala Nor Azman dikekalkan di DUN Pantai Kundor sebagai calon PH-Amanah.
Esok adalah hari penamaan calon sebagaimana ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kemungkinan akan ada kejutan dari individu tertentu yang tampil menyerahkan borang pencalonan.
Namun, penyertaan calon bebas, termasuk dari Putra sekali pun tidak akan memberi kesan kepada BN, PH dan PN, tiga parti gergasi.
BN kekal dengan komponennya UMNO, MCA dan MIC, diikuti PH dengan rakan gabungannya PKR, DAP dan Amanah serta PN disertai PPBM, Pas dan Parti Gerakan.
Masing-masing ada kekuatan dan pengaruh tersendiri. Bezanya PPBM kali ini bersama Pas dan Gerakan berbanding sebelum ini bersama PKR, DAP, Amanah dan Parti Warisan Sabah sehingga berjaya menjatuhkan BN.
DUN yang menyaksikan pertandingan empat penjuru pada 20 November ini ialah DUN Gadek, DUN Paya Rumput, DUN Pengkalan Batu, DUN Duyong dan DUN Sungai Rambai.
Tiga penjuru berlaku di DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor dan Kelebang.
DUN Ayer Keroh, Bukit Katil, Ayer Molek, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Telok Mas, Bemban, Rim, Serkam dan Merlimau juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
UMNO-BN dikatakan meletakkan tiga calon Wanita yang akan bertanding di DUN Pantai Kundor, Sungai Rambai dan Pengkalan Batu, manakala Pemuda di DUN Asahan, Merlimau, Paya Rumput dan Duyong.
Tiga Ketua Bahagian diletakkan bertanding di DUN Kota Melaka, Masjid Tanah dan Sungai Udang, manakala empat penyandang dikekalkan untuk bertanding di DUN Lendu, Air Molek, Serkam dan Rembia.
Pas pula diberikan lapan kerusi oleh PN, iaitu DUN Kuala Linggi (Aziah Mohd Saad), Taboh Naning (Abu Hashim Abdul Samad), Durian Tunggal (Jaafar Othman), Kelebang (Bakri Jamaluddin), Bukit Katil (Muhammad Al-Afiz Yahya), Duyong (Datuk Kamarudin Sedik), Serkam (Ahmad Bilal Rahaudin) dan Merlimau (Abd. Alim Shapie).
Lima kerusi dan calon parti Gerakan ialah Asahan (Dhanesh a/l Basil), Ayer Keroh (Datuk Seri Micheal Gan Peng Lam), Kesidang (Patrick Ng Chin Kae), Kota Laksamana (Fong Khai Ling) dan Bandar Hilir (Clarice Chan Ming Wang).
PPBM memilih 15 kerusi untuk bertanding, iaitu DUN Tanjung Bidara (Datuk Mas Ermieyati Samsudin), Ayer Limau (Dr. Nordina Abd. Latif), Lendu (Mejar (B) Abdullah Mahadi), Rembia (Zamzuri Arifin), Gadek (Mohd Amir Fitri Muharam), Machap Jaya (Tai Siong Jiul).
Turut ditandingi DUN Sungai Udang (Dr. Mohd Aleef Yusof), Pantai Kundor (Mohamad Ridzwan Mustafa), Paya Rumput (Muhammad Faris Izwan Mazlan), Pengkalan Batu (Mohd Azrudin Md. Idris), Ayer Molek (Mohd Fadly Samin), Telok Mas (Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen), Bemban (Dr. Mohd Yadzil Yaakub), Rim (Azalina Abdul Rahman) dan Sungai Rambai (Muhammad Jefri Safry).
PH/PKR memilih 11 kerusi iaitu Tanjung Bidara (Zainal Hassan), Lendu (Mohamad Asri Ibrahim), Rembia (Zamri Pakiri), Machap Jaya (Law Bing Haw), Asahan (Datuk Seri Idris Haron) dan Sungai Udang (Hasmorni Tamby).
DUN Paya Rumput (Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin), Klebang (Datuk Gue Teck), Ayer Molek (Mohd Rafee Ibrahim), Rim (Prasanth Kumar a/l Brakasam) dan Sungai Rambai (Rarzana Hayani Mohd Nasir).
PH-Amanah pula sembilan calon atau kerusi, iaitu Kuala Linggi (Julasapiah Kasim), Ayer Limau (Mazenah Baharuddin), Taboh Naning (Zairi Suboh), Durian Tunggal (Mohd Sofi Wahab).
DUN Pantai Kundor (Datuk Nor Azman Hassan), Bukit Katil (Adly Zahari), Telok Mas (Ashraf Mukhlis Minghat), Serkam (Muhammad Khomeini Kamal) dan Merlimau (Azrin Ab. Majid)
PH/DAP sebanyak lapan kerusi iaitu Gadek (Saminathan), Pengkalan Batu (Muhamad Danish Zainudin – baharu), Ayer Keroh (Kerk Chee Yee), Kesidang (Allex Seah Shoo Chin), Kota Laksamana (Low Chee Leong), Duyong (Damian Yeo Shen Li), Bandar Hilir (Leng Chau Yen – baharu) dan Bemban (Tey Kok Kiew).
Lima kerusi Putra ialah DUN Gadek (Laila Norinda Maon), Paya Rumput (Mohamad Hashidi Mohd Zin), Pengkalan Batu (Prof. Dr. Mohd Aluwi Sari), Duyong (Mohd Faizal Amzah) dan Sungai Rambai (Nazatul Ashraf Md. Dom).
UMNO-BN meletakkan calon di semua 28 kerusi DUN iaitu Kuala Linggi (Rosli Abdullah), Tanjung Bidara (Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh), Ayer Limau (Hameed Mytheen Kunju Basheer), Lendu (Datuk Seri Sulaiman Md. Ali), Taboh Naning (Zulkiflee Mohd Zin), Rembia (Datuk Muhammad Jailani Khamis).
DUN Gadek (P. Shanmugam a/l V. Ptcyhay – MIC), Machap Jaya (Ngwe Hee Sem – MCA), Durian Tunggal (Zahari Abd. Kalil), Asahan (Fairul Nizam Roslan), Sungai Udang (Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad), Pantai Kundor (Tuminah Kadi @ Mohd Hasim) dan Paya Rumput (Datuk Rais Yasin).
DUN Klebang (Datuk Lim Ban Hong – MCA), Pengkalan Batu (Datuk Kalsom Nordin), Ayer Keroh (Yong Fun Juan – MCA), Bukit Katil (Datuk Hasnoor Husin), Ayer Molek (Datuk Rahmad Mariman), Kesidang (Leong Hui Ying – MCA).
DUN Kota Laksamana (Benjaminn Low Cin Hong – MCA), Duyong (Mohd Noor Helmy Abdul Rahman), Bandar Hilir (Lee Kah Sean), Telok Mas (Datuk Abdul Razak Abdul Rahman), Bemban (Datuk Koh Chin Han – MCA), Rim (Datuk Khaidhirah Abu Zahar), Serkam (Datuk Zaidi Attan), Merlimau (Dr. Muhamad Akmal Saleh) dan Sungai Rambai (Siti Faizah Abdul Azis).
Kesimpulan kepada pertandingan tiga dan empat penjuru ini, memberi sedikit peluang kepada UMNO-BN untuk menang dengan majoriti melebihi tujuh atau 10 kerusi.
Andaian memihak kepada UMNO-BN kerana rakyat Melaka yang juga rakyat Malaysia khususnya sudah merasai perit jerih mereka selama 22 bulan PH memerintah.
Dalam PH ketika itu juga ada PPBM, yang disifatkan rakyat sebagai parti yang tidak dapat berbuat apa-apa dan gagal menjadi semak dan imbang kepada kerajaan gabungan yang lebih condong kepada DAP.
Namun, mengundi juga sama seperti bola sepak. Bila-bila masa boleh gol jika penjaga gawang alpa dan bila-bila masa pihak musuh boleh menang sekiranya calon tidak menepati kehendak atau selera pengundi.
Yang pasti, Pas dan UMNO tidak boleh lagi menggunakan formula Muafakat Nasional (MN), kerana formula itu hanya sah laku sekiranya kedua parti itu bersama melawan PH dan PN. – MalaysiaGazette
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan