Ahad, 27 Mei 2018

BN bermula tahun 1959, 59 tahun kemudian BN jatuh




Tun Mahathir bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan mengadakan sidang media mengumumkan kemenangan.
Tun Mahathir bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan mengadakan sidang media mengumumkan kemenangan.
SIRI 1
KETIKA sahabat-sahabat saya dari pelbagai latar media berlumba-lumba membuat analisis mengenai keputusan PRU-14 pada malam 9 Mei lalu, saya seorang, mengambil sikap berdiam diri.

Saya tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat sebarang kesimpulan berhubung keputusan itu kerana bimbang laporan yang tidak tepat boleh mengundang ketidakyakinan orang ramai kepada kita.

Saya mengambil sikap berhat-hati, biar lambat asal selamat kerana saya menyedari keadaan politik pada malam itu tersangat pelik. Celaru dan mengelirukan.

Kenapa tidak celaru? Pada jam 9 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan si polan menang, kemudian pada jam 12 malam, SPR mengumumkan si polan yang tadi menang, tiba-tiba kalah.

Rabu, 23 Mei 2018

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see you cerita pengalaman i dalam siasatan kes personal 1MDB. Before i proceed I am gonna because, just now i got meeting dengan task force 1MDB, but don’t ask me about task force, we are going give you release statement, now we are preparing the press release so give to you after this, now they are preparing, ok.

Before i proceed with my experience semasa menyiasat kes SRC 1MDB 2.6 billion, On 14th may i was called by PM office untuk berjumpa dengan PM around 10:30am actually bila i sampai Yayasan Kempipinan Perdana, di situ telah terdapat Datuk Seri Mustafar Ali dan also Datuk Shaharuddin Khalid. Actually, I the first to turn accept the offer. We actually discussed among ourselves, our friends. Datuk Mustafar pun tak nak, i tak nak,  dato sharfuddin pun taknak, because macam I dah retired I dah merasa bahagia selepas retired.. Saya  ade sorang cucu, main dengan cucu,very cute my cucu, i love her very much.

So everybody was reject, jumpa PM one by one not by group ah. At first i want to tell Tun Dr Mahathir Mohamad I can’t accept the offer because first i rasa i dah bahagia hidup selepas retire yang kedua pasal dah tua, I rasa mcm itu and then Datuk Mustafar pun nak kasi pada i, i pun kata takpa lah we will make our plan how to convince Tun Dr Mahathir, bila i masuk saja Tun Dr Mahathir terus tanya i, do you accept my offer? besok kita start. So bila tanya tuan-tuan dan puan-puan my planned tak nak terima pun terus habis.

Isnin, 21 Mei 2018

Penubuhan Pasukan Khas siasatan kes 1MDB

YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas Siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MDB, pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Pasukan Khas ini akan diketuai bersama oleh YBhg Tan Sri Gani Patail (mantan Peguam Negara), YBhg Tan Sri Hj Abu Kassim Mohamed (mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM), Dato Sri Hj Mohd Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dato' Abdul Hamid bin Bador. Keanggotaan Pasukan ini akan terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

Pasukan Khas ini akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara. Pasukan Khas ini juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan.

Kerajaan berharap penubuhan Pasukan Khas ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat akan berupaya mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB.

Pejabat Perdana Menteri
21 Mei 2018

Jumaat, 18 Mei 2018

Senarai Kabinet kerajaan Pakatan Harapan

Senarai Kabinet kerajaan Pakatan Harapan:-
PERDANA MENTERI

1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail
MENTERI DARI BERSATU:

3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)
MENTERI DARI PKR

6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)
MENTERI DARI DAP:

9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)
MENTERI DARI AMANAH:

13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Khamis, 17 Mei 2018

Polis rampas beg tangan, hadiah, pakaian dari kediaman Najib

BEBERAPA barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini awal hari ini.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal ketika ditemui sejurus keluar dari rumah itu pada kira-kira 4.20 pagi tadi berkata, bagaimanapun tiada sebarang dokumen diambil.

Beliau berkata pihaknya percaya barangan itu diambil bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

"Kami percaya (pencarian) dibuat mengikut akta pengubahan wang," katanya, sambil menambah Najib dan anggota keluarga beliau memberi kerjasama sepanjang proses pencarian dilaksanakan dan tiada tangkapan dibuat.


Selasa, 15 Mei 2018

Tun M akan terajui kerajaan satu atau dua tahun, lapor WSJ

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menerajui kerajaan selama satu atau dua tahun selepas kejayaan bersejarah beliau dalam pilihan raya umum minggu lepas, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Dalam wawancara dengan WSJ di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa, Dr Mahathir juga berkata beliau menjangka pertuduhan jenayah akan difailkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak susulan siasatan yang dilakukan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewengkan beratus-ratus juta dolar Amerika Syarikat daripada sebuah dana pelaburan negara.

Dalam laporan WSJ yang disiarkan secara dalam talian pada Selasa, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beliau tidak akan menawarkan pembebasan kepada Najib dalam usaha mendapatkan kembali wang yang hilang itu.

Dr M Beritahu WSJ beliau jangka Najib akan dikenakan pertuduhan

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewengkan beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Versi dalam talian The Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa melaporkan bahawa Dr Mahathir berkata beliau tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi mendapatkan kembali wang itu.

"Tidak akan ada rundingan," kata Dr Mahathir seperti dipetik daripada artikel itu, yang ditulis berasaskan wawancara melalui pautan video bagi The Wall Street Journal CEO Council di Tokyo.