Khamis, 25 Februari 2010

Orang Asli pun pandai berdemo

Isu tanah: 30 Orang Asli berdemo di Gombak

Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.

Perhimpunan itu diketuai Sokyen Man, 40, yang mendakwa mewakili penduduk kampung tersebut. Mereka sebelum itu mengutip tandatangan penduduk kawasan penempatan Orang Asli di situ bagi menyokong petisyen tersebut.

Mereka turut membawa poster yang antaranya berbunyi “Akta 134 kami dicabul,” “Mana ubat kami di kampung?,” dan “Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh.”

Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan “Jangan rampas hak kami” dan juga “Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami” ketika berdemonstrasi di hadapan hospital seliaan bahagian kesihatan dan perubatan JHEOA.

Menurut Sokyen, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia juga akan dihantar kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Orang Asli di Geneva, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.

Sokyen berkata, mereka membuat petisyen itu berdasarkan enam laporan polis yang dibuat sebelum ini oleh penduduk kampung terlibat.

Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.

Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.

Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.

“Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.

“Banyak syarat yang dikenakan untuk Orang Asli diterima masuk,” petisyen setebal enam halaman itu dipetik.

Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli.

“Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.

“Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami ‘asli’, ‘hitam’, ‘busuk’, ‘kotor’, semasa di wad hospital.

“Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri,” menurut petisyen itu lagi.

Menurut Sokyen, kira-kira 2,000 Orang Asli mendiami kawasan sekitar Gombak. Masyarakat tersebut, tambahnya, bergantung kepada hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.

“Kami dapat maklumat ada dasar tanah baru yang akan digubal di parlimen. Dasar ini digubal dengan tidak mengambil kira Orang Asli dan dibantah oleh Orang Asli pada keseluruhannya.

“Apabila ia dikuatkuasakan kami akan hilang hak ke atas tanah saka dan juga tanah rayau kami,” tambahnya. - MALAYSIAKINI

Anak derhaka

Bella mohon maaf lari ke Lombok

Pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang dilapor dilarikan ke Lombok, Jawa Tengah pada Ogos tahun lalu, selamat kembali ke tanah air hari ini.

Pesawat AK 0553 yang membawanya dari Surabaya, Indonesia, mendarat pada jam 4.10 petang di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Remaja itu yang lebih mesra dengan panggilan Bella keluar dari balai ketibaan jam 5 petang dan dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik melihat kelibat ayahnya, Yunan Mat Ayat, 77, yang membesarkannya seorang diri sejak sembilan tahun lalu setelah kematian ibunya.

Pertemuan penuh emosi itu disertai kakak Bella, Faridah, 50, dan mereka dilihat saling berpelukan dengan diiringi air mata gembira.

Bercakap kepada pemberita, Bella yang pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk “Gerak Khas” dan “Renjis”, memohon maaf dan menyesal meninggalkan keluarga tanpa izin mereka.

“Saya berasa gembira dapat pulang ke tanah air namun agak sedih sedikit kerana suami tak dapat ikut sama, lebih-lebih lagi apabila saya sudah hamil lima bulan,” katanya.

Sementara itu, Yunan berkata beliau tidak menjangka dapat menemui kembali anaknya setelah mengetahui dia berada di Lombok bersama suaminya.

Yunan berkata beliau tidak lena tidur setiap malam kerana sering memikirkan keadaan anaknya itu, terutama setelah mendengar pelbagai berita mengenai kesusahan hidup di sana.

Lantaran itu beliau amat berterima kasih kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan pihak-pihak yang terlibat atas inisiatif membawa pulang anaknya setelah tujuh bulan berpisah.

“Marah memang marah kerana tindakannya itu, tapi saya dah maafkan anak saya dan minta dia jangan ulangi kesilapannya,” kata Yunan ketika ditanya pemberita.

Yunan berkata, beliau akan berusaha agar Bella dapat menyambung pelajarannya kembali sehingga sekurang-kurangnya ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bella dikatakan dilarikan teman lelakinya, Hafiz Sukma, 26, ke Lombok 7 Ogos tahun lalu sebelum bernikah di sana.

Yunan membuat laporan polis pada hari sama, dan kemudian meminta bantuan pelbagai pihak termasuk biro berkenaan selepas menerima panggilan telefon pada 23 Oktober lalu daripada Bella yang memberitahu ia berada di Lombok.

Pengerusi biro itu, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata beliau menganggap kes itu sebagai kes eksploitasi memandangkan Bella baru berumur 15 tahun dan masih tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata Bella juga sebenarnya sudah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didapati masuk ke negara itu secara haram, dan hampir didakwa.

Kesalahan itu boleh mengakibatkan hukuman penjara selama enam tahun dan denda sebanyak 30 juta rupiah.

“Namun hasil kerjasama Biro Aduan dengan Imigrasi Indonesia, serta bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Salsabila dilepaskan dan dibenarkan pulang pada hari ini,” katanya.

Muhammad Khairun berkata kes itu wajar dijadikan pengajaran terutama bagi gadis-gadis di bawah umur. - Bernama

Selasa, 23 Februari 2010

Cinta sejati seorang suami

KUANTAN: Seorang warga emas bukan saja terpaksa menguruskan isterinya yang lumpuh akibat angin ahmar seorang diri sejak 15 tahun lalu malah dirinya tidak dipedulikan sembilan anaknya walaupun mereka tinggal berhampiran.

Difahamkan warga emas berusia 87 tahun itu yang menetap di Kampung Paya 3, di sini, terpaksa mengharungi perjalanan hidup penuh ranjau sejak isterinya, Rozimah Di, 50, diserang penyakit berkenaan hingga menyebabkannya lumpuh dan tidak mampu bercakap.

Lebih menyedihkan penderitaan suami isteri terbabit langsung tidak dipedulikan sembilan anak walaupun ada antaranya tinggal berhampiran rumah bapa kandung mereka.

Warga emas terbabit, Ramlan Ahmad Salleh, berkata dia terpaksa menempuh hari mendatang dengan penuh kesedihan dan amat memerlukan perhatian anak-anak ketika dilanda kesusahan.

Katanya, dia dan isteri kini hanya ditemani seorang anak bongsu mereka berusia 17 tahun, Mohd Nor Salam Al Hafiz Ramlan yang sudah tidak bersekolah sejak berusia 12 tahun akibat ditimpa kemalangan menyebabkannya patah kaki.

“Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak...namun sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

“Betapa besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu tapi adakah mereka (anak-anak) dapat menilai pengorbanan ini apabila ibu mereka sendiri tidak mampu lagi bergerak dan hanya mengharapkan bantuan,” katanya ketika ditemui.

Katanya, dia yang tidak lagi mampu bekerja hanya mengharapkan bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara kehidupan mereka tiga beranak.

“Isteri saya hanya mendapat bantuan zakat RM200 sebulan dan memang tidak cukup untuk perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya.

Ramlan berkata, segala urusan seharian Rozimah diuruskannya serta anak lelakinya itu kerana isterinya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di atas katil.

“Saya kasihan melihatnya, di saat begini pasti kelibat anak-anak terbayang di wajahnya namun Allah saja yang tahu perasaannya.

“Saya dapat merasakan dari air mukanya,” katanya sedih.

Katanya, jika isterinya sakit tenat dan perlu mendapatkan rawatan di hospital, dia terpaksa mendapatkan khidmat teksi untuk membawa wanita itu kerana tidak dipedulikan anaknya.

“Saya tidak tahu sampai bila mereka (anak-anak) akan sedar, saya hanya mampu berdoa semoga satu hari nanti mereka akan lebih bertanggungjawab terhadap ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, kehidupan mereka bertiga di rumah berkenaan juga mengalami kesukaran apabila ketiadaan bekalan air sejak berpindah ke kawasan itu kira-kira lapan tahun lalu.

“Sudah beberapa kali saya memohon, namun sehingga kini kami masih tidak mempunyai bekalan air paip...yang ada hanyalah dihantar mereka menggunakan lori sebulan sekali,” katanya. - Dipetik dari Facebook Ismail Bukit Mas

Isnin, 22 Februari 2010

Macam-macam








KOTA BHARU 21 Feb. – Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid diperintah memberi tunjuk sebab pada 7 Mac ini kerana mengingkari perintah yang membenarkan isteri kedua Tuanku Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.

Hakim Mahkamah Syarie, Mohamed Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di dalam kamar selepas mendengar permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) Elia Suhana Ahmad, 31, bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan di sini hari ini.

Selain Raja Perempuan, dua lagi responden yang dinamakan ialah Mohd. Shahrizan Zainal Abidin iaitu pengawal peribadi responden pertama dan Zaiton Hussein Merican, pekerja di Istana Kelantan.

Menurut Fakhrul Azman, mahkamah telah membenarkan pihak Elia Suhana mendapatkan kerjasama pihak polis untuk melaksanakan perintah tersebut dengan apa cara sekali pun bagi membolehkan responden mendapat hak giliran bersama Sultan Kelantan yang masih dirawat di Singapura.

Ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir pada masa dan tarikh yang disebutkan untuk menunjukkan sebab mengapa mereka tidak patut dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Mereka juga boleh didenda tidak melebihi RM2,000 kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah ex-parte Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 4 Februari lalu.

‘‘Elia Suhana sebelum ini telah mendapat perintah hak giliran eksklusif selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul 7 pagi sehingga Isnin waktu yang sama oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

‘‘Tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama,” katanya.

Fakhrul Azman berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding berlangsung yang turut dihadiri anak guamnya, Elia Suhana yang kelihatan tenang, berbaju kurung moden dan bertudung ungu.

Susulan daripada itu katanya, pihaknya menerima perintah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wisma Putra, Jabatan Imigresen dan mana-mana jabatan kerajaan hendaklah memberi kerjasama penuh untuk memastikan pelaksanaan perintah disempurnakan.

“Sudah enam bulan Elia tidak bertemu suaminya dan kali terakhir pada 12 Februari lalu, beliau tetap dihalang daripada berjumpa suaminya,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini anak guamnya enggan membawa kes tersebut ke mahkamah tetapi selepas beberapa kali dihalang malah kunjungannya dibuat laporan polis atas alasan menceroboh, tindakan sewajarnya terpaksa diambil.

“Ketika Sultan Kelantan menerima rawatan, Elia Suhana melawat suaminya pada sebelah pagi untuk tidak menimbulkan kekecohan tetapi dia dilaporkan menceroboh, lantas tindakan ini dilakukan untuk mendapatkan haknya,” katanya.

Dalam perintah yang dikeluarkan hari ini, ia turut menyebut PDRM hendaklah menggunakan segala kuasa yang ada bagi memastikan perintah ex-parte itu berjalan lancar termasuk mendapatkan bantuan polis Singapura atau mana-mana pihak berkuasa berkenaan. - Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my

Selasa, 9 Februari 2010

Dr Zambry MB sah













09 Feb 2010

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah mengikut Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan itu menamatkan episod pergolakan politik di negeri itu dan Dr Zambry yang memimpin BN negeri dapat meneruskan usaha bekerja untuk rakyat

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang tidak berhenti berdoa untuk keadilan dan kesejahteraan negeri Perak.

“Sebagai insan saya merasai akan kekerdilan diri saya dan ia memberikan kesedaran untuk saya melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya kepada rakyat negeri Perak,” katanya.

KRONOLOGI:
6 Februari 2009: Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-11 menggantikan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dengan perkenan Sultan Perak.

Bagaimanapun, pelantikan itu menimbulkan rasa tidak puas hati Mohamad Nizar yang kemudiannya pada 13 Februari telah mengambil tindakan undang-undang meminta mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah, selain meminta injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada 6 Mac: Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu perlembagaan itu.

Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya Mohamad Nizar melawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi pada 23 Mac.

Pada 3 April: Mohamad Nizar diberi lampu hijau oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lunmpur untuk mencabar kesahihan perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan difailkan Mohamad Nizar adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie.

11 Mei: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Bagaimanapun, sehari kemudian, Dr Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

22 Mei: keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan perlantikan Dr Zambry sebagai sah dan mengikut perlembagaan.

19 Jun: Mohamad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov: Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Februari 2010.

9 Feb 2010: Panel lima hakim sebulat suara memutuskan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sabtu, 6 Februari 2010

Apabila YB Zul mendedahkan isu dalaman

Oleh: YB Zulkifli Nordin

Saya sebenarnya telah lama menunggu sebarang kenyataan daripada YB Wee Choo Keong berkaitan permasalahan virus DAP dalam Pakatan. Apabila saya atau wakil rakyat Islam yang lain membuat kenyataan, kami dikatakan rasis dan bersifat perkauman.

Jadi kenyataan daripada YB Wee Choo Keong menjawab segala-galanya. Saya tidak rapat dengan YB Wee Choo Keong ini, kerana satu beliau ini seorang peguam yang agak senior daripada saya.

Kedua beliau adalah bekas Setiausaha Agong DAP yang dipecat kerana dituduh "kurang menunjukkan kasih sayang kepada pimpinan DAP".

Ketiga, beliau seorang ahli politik veteran, pernah ditahan ISA pada tahun 1988 semasa Ops Lalang. Pada tahun 1995, kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Apa pun, saya perturunkan dibawah temubual wartawan New Straits Times dengan YB Wee Choo Keong serta kenyataan akhbar beliau yang keduanya disiarkan hari ini Sabtu 21 Safar 1431 / 06.02.2010. Kedua-duanya jelas maksudnya. Bahawa DAP lah punca kepada kemelut yang dihadapi Pakatan Rakyat sejak awal lagi sehingga kini!!

EXCLUSIVE WITH YB WEE CHOO KEONG-PKR WANGSA MAJU
(Firdaus Abdullah / Shuhada Elis)


Penang DAP-PKR Squabble'There's something wrong with Pakatan and it spells DAP'
2010/02/06

BELOW are excerpts from the question-and-answer session.

Q: There is allegation that you and three other Parti Keadilan Rakyat MPs will jump party. Is it true?
A: That I do not know. But I believe they will not jump ship to join Barisan Nasional. The root problem is that PKR has been made a "stepchild" by DAP leaders. We have to take swift action to solve this problem. I think the feelings of the two MPs in Penang are similar to that of many other PKR leaders who are still keeping quiet.

Q: Do you think the allegations were initiated to bring down PKR MPs?
A: I think these actions are a form of McCarthyism. In fact, I would say they are exactly the same. Any PKR MPs who make allegations against DAP will be labelled as BN agents and accused of planning to jump ship. So the problem is not solved. This is low-class politics.

Q: Do you agree with allegations by (Bayan Baru MP) Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, (Nibong Tebal MP) Tan Tee Beng and (Kulim Bandar Baru MP) Zulkifli Noordin against DAP, particularly its secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng?
A: I agree with most of what they are saying. Of course, we must be able to agree to disagree on certain parts. We are living in a democratic society and must, therefore, respect each other's point of view.

Q: What is happening in Pakatan now as disciplinary actions are being instituted against PKR MPs for their allegations against DAP, but at the same time, the leaders are saying no action will be taken against DAP and Lim Guan Eng even if the allegations are proven to be true. What is your stand on this?
A: These types of statements are made by little Napoleons. It will appear that we are subservient to DAP. As far as I am concerned, all allegations should be investigated. Just like the investigations against Zahrain and Tan. The same must also apply to the allegations against the Penang CM. If the allegations are (proven to be) true, I think action must be taken (against Lim). Or at least we must change (on the style of politics).

Q: Are you saying DAP is trying to divert attention to PKR?
A: Have you heard of any explanation in the newspapers (by DAP), saying that this is not true and we will come clean and show proof? None. I was once a DAP leader. I will say this with a very heavy heart... in 1998 I was sacked from DAP on the official charge of "not showing affection" to the party leaders. I was found guilty for speaking up within the party.
I did not even speak to the press. Now, a lot of statements are being made by the little Napoleons that grievances should be aired within the party. But judging from my experience, when you air (your grievances) inside, you might be classified as "not showing affection". And you will be in serious trouble.

Q: So which party is effectively leading Pakatan now? Is it PKR, DAP or Pas?
A: DAP. By the look of things, DAP is leading (Pakatan) because they are immune to anything. PKR is just a "stepchild".

Q: How do you see the position of PKR now, as Parti Rakyat Malaysia (PRM) still exists despite claims by certain quarters that it was dissolved before the merger with Parti Keadilan?
A: I must confess that I was a lawyer for PRM in the case involving Registrar of Societies and (former PRM leaders) Dr Syed Husin Ali and R. Sivarasa when they applied to dissolve PRM. I succeeded in getting them to intervene in the suit in court. Then another lawyer took over and I read in the newspapers recently that the court has declared that PRM is still a valid political party.
So the so-called "merger" was a lie. There was no merger (between Parti Keadilan Nasional and Parti Rakyat Malaysia). I hope PKR will take action and take out the two red lines in our flag because PRM still exists and we must respect it. The red lines are meant to depict PRM. So this must be stopped and clarified to the public that (the merger) was not true.

Q: So are you saying the positions of PKR deputy president Syed Husin, vice-president R. Sivarasa and strategic director Tian Chua are in question now? What should PKR do then?
A: (There is) no doubt about it. They hold their respective positions by virtue of the "merger". PKR should issue a show-cause letter to them and ask them to explain. They must be referred to the disciplinary committee because this is a serious (issue). I would even go as far as to say this is deceptive.
To say that PRM has been dissolved but later it was ruled otherwise by the court (is deceptive). I think this is a more important issue that we have to address because it involves legal entities, and we are just taking other people's name. It seems like we are pretending to be somebody we are not. The former PRM leaders should explain why they lied to the party. I call upon them to explain to the party because I dare not use the term PKR now.

Q: Is it PKR or just Keadilan now?
A: Legally, it is still PKR because they have informed ROS on the change of the name and such but this is not an issue of legality. We are talking about why this was not revealed at the time of the so-called merger. There was no dissolution (of PRM). I was told that some Keadilan leaders were not happy at the time of the "merger".

Q: Why do you think Syed Husin and other former PRM leaders did not address this matter?
A: I can understand that Syed Husin and Sivarasa might feel embarrassed to talk about it and they prefer to sweep it under the carpet. They had argued the case in the court but they did not appeal against the court's decision. Perhaps they are afraid it will arouse public attention. But it has been lingering on many people's minds, as Tan has expressed.
Now that it has come out in the open, we must address this issue. I hope we can be fair in this issue and ex PRM leaders who have misled the public and Keadilan should have taken action against them. All this while they have been asking for action to be taken against other members, except against themselves. They often take the moral high ground and I hope they live up to it now.

(Petikan daripada akhbar New Straits Times bertarikh 06.02.2010)

Penang DAP-PKR Squabble
Wee to Ooi: Retract statement
2010/02/06
By Firdaus Abdullah and Shuhada Elis


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat's member of parliament for Wangsa Maju, Wee Choo Keong, has strongly denied the accusations levelled against him by DAP's Gelugor MP, Ooi Chuan Aun.

Wee claimed yesterday that Ooi, or popularly known as Jeff Ooi, had dragged him into the ongoing crisis between PKR and DAP by accusing him of being one of four PKR MPs who were crossing over to Barisan Nasional.

The accusations by Ooi, who is also Penang Chief Minister Lim Guan Eng's chief of staff, were published in a Chinese daily and subsequently carried by an English daily.

"I have been keeping away from the controversies in Pakatan. Whenever I was asked to give comments, I have constantly refused although deep down in my heart, I was in full agreement with my colleagues in PKR.

"Now that Ooi has dragged me into the controversies, I have no alternative but to respond to his allegations.

"I like to categorically deny the accusations by Ooi and other little Napoleons within Pakatan Rakyat. I have no intention of joining BN component parties or pro-BN parties," Wee read from a prepared statement at a press conference.

The former DAP stalwart, who was sacked from the party in 1998 for not showing "enough affection" to DAP leaders then, said Ooi's actions were similar to that of US Senator Joseph McCarthy, whose act of deception came to be known as McCarthyism.

"This style of low-class politics can carry on in DAP for all I care but it must be stopped within Pakatan if we are serious in wanting to see a change of government at the 13th general election.

"If Ooi thinks that politics of McCarthyism and politics of tagging and labelling will be able to divert public attention away from the present controversies and other internal problems, then I'm sorry for him for making the wrong political judgment," Wee said.

He added that he might institute legal action unless Ooi retracted his statement within 48 hours.At a question and answer session following his statement, the prominent lawyer spoke out about the lies, deception and inconsistencies within Pakatan, as well as DAP's uncontrollable "rampage" within the loose coalition.Wee said Pakatan could face a grave situation in the next general election if the internal problems and ongoing controversies were not solved.

"Public confidence in Pakatan is being diluted by the day due to the ongoing internal spat."DAP in Penang are more interested in trying to sweep these problems under the carpet by accusing others. This is not the way. "If there are problems we must recognise these teething problems and try to solve them."

Selasa, 2 Februari 2010

Anwar-Saiful bertemu di mahkamah

Hari ini Anwar Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memulakan perbicaraan kes liwatnya.

Kes ini tertangguh sejak setahun lalu apabila Anwar dengan barisan peguamnya berusaha untuk menangguh dan menangguh dengan harapan kes itu terbatal dengan sendirinya.

Malangnya, usaha itu tidak berjaya dan Anwar akhirnya terpaksa melalui perbicaraan. Allah Maha Mengetahui. Allah tidak mengizinkan kes liwat (yang bukan kali pertama dihadapi Anwar) terlepas begitu sahaja.

Manusia yang tidak pernah serik dengan pengajaran pertama, sudah tentu tidak akan ditolong oleh Allah lagi. Sebab manusia yang suka melakukan kesalahan sewajarnya menerima hukuman.

Kali ini saya termasuk penyokong Anwar menunggu dengan penuh debar perjalanan perbicaraan. Walaupun Anwar mempunyai barisan peguam yang handal-handal, namun mangsa liwa, saudara Saiful juga mempunyai barisan peguam yang tidak kurang hebatnya.

Selain peguam, Saiful melangkah masuk ke mahkamah dengan bukti yang kukuh, dengan prinsip BERANI KERANA BENAR dan sudah tentu keterangannya adalah berdasarkan pengalaman yang dilalui bersama dengan Anwar, bukan keterangan rekaan semata-mata.

Kebijaksaan Allah mencipta manusia ialah dengan mencipta akal yang boleh berfikir dan bercakap. Jika kisah itu benar, akal akan memainkan peranan melawan setiap hujah peguam pihak tertuduh.

Dan jika kisah itu rekaan, sudah tentu akal tidak dapat mencerita perjalanan sebenar dan ini akan digunakan oleh peguam tertuduh untuk menegakkan keadilan anak guamnya.

Pada saya, kalau kita lalui hal itu, peguam belit pelbagai persoalan sekali pun, jawabannya tetap memihak kepada kebenaran. Itu pegangan saya. Dan kepada Anwar serta Saiful. Selamat berbicara.

Allah akan menyelamatkan mereka yang tidak bersalah. Amin.

Jalan ke Klang Bandar Diraja ‘memalukan’

BILA sebut Klang, ia sinonim dengan gelaran Klang Bandar Diraja. Kalau di Selangor, Klang satu-satunya bandar yang kaya dengan pelbagai j...