Ahad, 29 September 2013

Al-Fatihah - Tengku Noor Asiah meninggal dunia

Al Fatihah. Bekas Ahli Parlimen Tumpat, Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad  telah kembali ke Rahmatullah malam tadi (27hb Sept 2013) di Institiut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur. Jenazahnya diterbangkan dari Lapangan Terbang TUDM, ke Kota Bharu pada jam 9 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Telipot, Kota Bharu dan disembahyangkan pada waktu Zohor, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Lundang, Kota Bharu selepas Zohor.

Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Tumpat selama dua penggal dari tahun 1974 hingga 1990.
Allahyarham seorang yang aktif dalam Pergerakan Wanita di Kelantan dengan menyertai Perkumpulan Perempuan Kelantan (PPK). Beliau juga adalah pengerak sosial yang aktif sekitar tahun 60-an hingga tahun 80-an. Tengku Noor juga pernah menjadi Ketua Kaum Ibu Umno.

Ketika krisis Umno Kelantan yang membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46), Allahyarham juga menjadi Ketua Wanita Semangat 46 dan kembali semula ke dalam Umno apabila Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.

Allahyarham memang lahir dalam keluarga politik. Ayahndanya yang dikenali dengan Tengku Ahmad Panglima Perang adalah Pengerusi Umno Kelantan sebelum merdeka. Beberapa orang saudaranya ikut aktif dalam politik. Semasa menjadi Anggota Parlimen pada tahun 1974, adiknya Tengku Zaid Tengku Ahmad juga menjadi Anggota Parlimen Pasir Mas mewakili Pas.

Allahyarham juga adalah kekanda kepada Sultanan Johor, Tengku Zahariah Tengku Ahmad dan adik kepada Tengku Iskandar Tengku Ahmad.

Jumaat, 27 September 2013

Calon Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2013 - 2016

Pengerusi Tetap:
Badruddin Amiruldin (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap:
1. Mohamad Aziz
2. Ahmad Fariz Abdullah
3. Abd Rahman Palil

Presiden:
Mohd Najib Tun Razak

Timbalan Presiden:
Muhyiddin Mohd Yassin

Naib Presiden:
1. Ahmad Zahid Hamidi
2. Hishammuddin Tun Hussein
3. Mohd Shafie Apdal
4. Mohd Isa Abdul Samad
5. Mukhriz Tun Mahathir
6. Mohd Ali Mohd Rustam

Majlis Tertinggi:
1. Shahidan Kassim
2. Shamsul Anuar Nasarah
3. Aziz Jamaludin Mhd Tahir
4. Ismail Sabri Yaakob
5. Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
6. Annuar Musa
7. Zahidi Zainul Abidin
8. Tawfiq Abu Bakar Titingan
9. Misri Barham
10. Rosnah Abd Rashid Shirlin
11. Musa Sheikh Fadzir
12. Ahmad Shabery Cheek
13. Ab Aziz Kaprawi
14. Abdul Azeez Abdul Rahim
15. Mustapa Mohamed
16. Sohaimi Shahadan
17. Idris Jusoh
18. Mahdzir Khalid
19. Razali Ibrahim
20. Mohd Puad Zarkashi
21. Halimah Mohamed Sadique
22. Yusoff Ishak
23. Mohd Ariff Abdul Aziz
24. Jamaludin Datuk Mohd Jarjis
25. Moktar Radin
26. Ab Wahab Ibrahim
27. Zawawi Othman
28. Raja Ropiaah Raja Abdullah
29. Rosni Zahari
30. Jamil Khir Baharom
31. Abd Rahman Dahlan
32. Abd Latiff Ahmad
33. Razali Husain
34. Norraesah Mohamad
35. Azalina Othman
36.Siti Zaharah Sulaiman
37. Md Alwi Che Ahmad
38. Azman Shah Omar Shah
39. Mohamad Hasan
40.Tajuddin Abdul Rahman
41. Maznah Abd Hamid
42. Hamidah Osman
43. Hasan Malek
44. Mohd Sazili Shahibi
45. Abd Zarin Mohd Yasin
46. Mohamad Satim Diman
47. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
48. Idris Haron
49. Mohd Zain Ismail
50. Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
51. Nur Jazlan Mohamed
52. Nasir Safar
53. Azlan Man
54. Zubir Harun
55. Ahmad Tajuddin Sulaiman
56. Mohsin Yusoff
57. Saifuddin Abdullah
58. Ishak Ismail
59. A Rahim Tamby Chik
60. Ahmad Jaafar
61. Reezal Merican Naina Merican
62. Sapin @ Sairin Karano @ Karno

Calon Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2013 - 2016

Pengerusi Tetap:
1. Zubir Zabidi
2. Abdul Fatah Abdullah
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad

Timbalan Pengerusi Tetap:
1. Muhammad Yadzan Mohammad
2. Ahmad Mushawir Abdullah
3. Bahrul Razha Chuprat
4. Hisham Ahmad Sabri
5. Mohd Shoubli Jamal

Ketua:
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
2. Syed Rosli Syed Harman
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar
5. Abd Karim Ali

Naib Ketua:
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun

Ahli Jawatankuasa:
1. Ibdilillah Ishak
2. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
3. Rohsawal Nizam Abd Ghafar
4. Arman Azha Abu Hanifah
5. Mohd Aizli Shahar Abdul Malek Shahar
6. Mohd Tafe Sidek
7. Nazir Hussin Akhtar Hussin
8. Mohamad Fazly Zainudin
9. Mohd Zamri Mohd Idrus
10. Armizan Mohd Ali
11. Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
12. Ahmad Faisal Abdul Karim
13. Rozaidi Abdul Jamil
14. Suhasni Hayani
15. Mohd Najib Mohd Isa
16. Fathulbari Mat Jahya
17. Dazma Shah Daut @ Daud
18. Muhammad Yusmizan Md Yunus
19. Faez Ainstein Nordin
20. Mazlan Ismail
21. Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin
22. Onn Hafiz Ghazi
23. Awang Saleh Makmud
24. Mohamad Suji Bilang Mohd Nordin
25. Khairul Firdaus Akbar Khan
26. Rahimi Abd Karim
27. Mohd Rafiq Naizamohideen
28. Ahmad Lutfi Ibrahim
29. Maisham Ma'arof
30. Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz
31. Azlan Abdullah
32. Mohamad Faiz Yaacob
33. Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
34. Abdul Aziz Ismail
35. Ariffin Kassim
36. Shahrizal Man Harun
37. Kamarol Salleh
38. Jeffri Salim
39. Mohammad Nawar Ariffin
40. Zaidel Baharuddin
41. Mohamed Hazali Abu Hassan
42. Mohd Safiee Salam
43. Sallehudin Satar
44. Erwin Mukhriz Zahari
45. Mohd Amir Izwan @ Felix Abdullah
46. Mohd Faizal Daud
47. Muhamad Saman @ Azizul Kamar Abdul Rahman
48. Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin
49. Norhilman Mohd Noor
50. Mohd Khairul Amri Amihamzah
51. Mohd Shazril Mohd Khalid
52. Syahrin Md Jamaludin
53. Mohamed Noor Mohamed Amin
54. Nurul Izham Nurul Anuar
55. Mohd Fairuz Mohd Sakirin
56. Mohd Idham Yasser Seleiman 
57. Azrinizam Ibrahim
58. Hasniyusfee Abu Hassan
59. Mohd Ikmal Abu Bakar
60. Zukhairi Md Osman
61. Muhammad Faiz Hashim
62. Ariff Hakimi Zulkifli
63. Jefrizal Mohd Jaafar
64. Mohamed Noor Affendy Ameerudeen
65. Mohd Iskandar Jaafar
66. Mohd Husaimi Hussin
67. Anuar Abd Manap
68. Azmi Md Yatim
69. Manndzri Nasib
70. Mohmad Asian Ahmad
71. Khairul Azlan Shah Abd Aziz
72. Mohd Saiful Mohd Sahak
73. Shahriman Akma Md Shabudin
74. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
75. Mohamad Nazari Ahmad
76. Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi
77. Muhammad Faiz Mahayudin

Calon Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2013 - 2016

Pengerusi Tetap:
Napsiah Omar (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap:
1. Saripah Aminahbi Syed Mohd
2. Mastika Hunaidah Husin

Ketua:
1. Shahrizat Abdul Jalil
2. Raihan Suleiman
3. Maznah Mazlan

Naib Ketua:
1. Suraya Yaacob
2. Hamidah Osman (Tarik Diri)
3. Azizah Mohd Dun

Ahli Jawatankuasa (Exco):
1. Noraini Ahmad
2. Melati Ali
3. Nor Hayati Onn
4. Armani Mahiruddin
5. Jainab Ahmad
6. Roslin Abdul Rahman
7. Norhayati Omar
8. Noraslina Zainal Abidin
9. Rosnah Abd Rashid Sirlin
10. Mariany Mohamad Yit
11. Rusnah Kassim
12. Jamelah A Bakar
13. Arbaisah Othman
14. Halimaton Saadiah Bohan
15. Hasnah Salam
16. Norliza Abdul Rahim
17. Azizah Johor
18. Roslinah Mohamed
19. Mashitah Ibrahim
20. Shahanim Mohamad Yusoff
21. Marlia Abd Latiff
22. Sharifah Azizah Syed Zain
23. Asmaiza Ahmad
24. Zauyah Zainuddin
25. Maznah Abd Hamid
26. Zaitun Mat Amin
27. Zarina Md Eusope
28. Nik Noriza Nik Salleh
29. Noriah Mahat
30. Nora' Shekin Yusof
31. Rahmah Jan Sulaiman Khan
32. Seripah Noli Syed Hussin
33. Ros Suryati Alang
34. Dyg Saniah Awg Hamid
35. Habibah Mohd Yusof
36. Rosni Zahari
37. Noor Aieni Mohd Ali
38. Azizah Hatun
39. Azihani Ali
40. Rabiyah Ali
41. Nuainun @ Shuhanie Deraman
42. Marzita Mansor
43. Zainey Zanudin
44. Nonee Ashirin Mohd Radzi

Calon Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia 2013-2016

Pengerusi Tetap:
Azlieza Azizan (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap:
1. Salbiah Saari
2. Nurul Huda Nordin Ahmad

Ketua:
1. Mas Ermieyati Samsudin
2. Jamilah Hanim Othman

Naib Ketua:
1. Norsabrina Mohd Noor
2. Zahida Zarik Khan / Nazliah Ali

Ahli Jawatankuasa:
1. Azura Mohd Afandi
2. Nirasimah Md Nowar
3. Norrulhuda Marsidin
4. Noormadiana Kamaruddin
5. Nasibah Ismail
6. Hune Artisha Mohamad Nazari
7. Asfalinda Anuar
8. Norwahida Patuan
9. Masmira Mohd Salleh
10. Noor Aeiza Hassan
11. Mimie Harianie Alias
12. Nurhuda Ab Karim
13. Nor Hazreena Mohamad Hashim
14. Suzanna Shahrom
15. Nurhidayah Mohamad Shahaimi
16. Isfarina Mohd Bali
17. Mariana Ayob
18. Norhayati Ramli
19. Wan Izawany Abdul Malek
20. Junaida Mat Ishak
21. Nor Farhana Alham
22. Azlina Azma Mohd Azmi
23. Julie Sabran
24. Nor Azryna Mohd Jainuri
25. Syakima Nur Sabri
26. Normalah Rasik
27. Noley Harun
28. Razmalina Razali
29. Haziqah Nasirah Zol Bahari
30. Sry Noraerni Khairudin  


Rabu, 18 September 2013

Perkasa ekonomi Bumiputera, PKR selari dengan Pas

PUTRAJAYA: PKR hari ini menyokong pendirian PAS berhubung Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan kerajaan.
 
Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PKR senada dengan PAS kerana berpandangan setiap kaum wajar mendapat hak yang sama rata tanpa sebarang diskriminasi.
 
"PKR menghormati dan menyokong pandangan itu kerana di pihak PKR sendiri, ianya sangat selari," katanya kepada pemberita yang ditemui di luar perkarangan kamar mahkamah di sini hari ini.
 
Terdahulu, PAS menolak program pemerkasaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu atas alasan ia hanya fokus kepada satu kaum sahaja.
 

DAP: Pertembungan keluarga Karpal dan Kit Siang

KUALA LUMPUR: Pemilihan semula Jawatankuasa Pusat DAP akhir bulan ini dijangka menyaksikan 'pertembungan epik' antara dua pengaruh besar dalam parti iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pemimpin veteran parti, Lim Kit Siang.

Kedua-dua pengaruh tersebut bergandingan dengan anak masing-masing iaitu Gobind Singh Deo dan Lim Guan Eng dalam pemilihan kira-kira dua minggu lagi itu.

China Press melaporkan, undi untuk Kit Siang dan Guan Eng mungkin berkurangan berbanding pemilihan tahun lalu berikutan gelombang jatuhkan Lim yang dilaporkan muncul di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.

Kontroversi SK Pristana selesai....

KUALA LUMPUR: Kontroversi Sekolah Kebangsaan (sk) Seri Pristana selesai setelah Kementerian Pendidikan mencapai kata sepakat antara ibu bapa dan guru sekolah terbabit hari ini, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

pada masa sama, Idris juga memberi amaran keras kepada pihak luar yang menjadi "batu api" dalam kes sekolah terbabit supaya tidak mengulangi perkara tersebut, sedangkan ia boleh diselesaikan dengan cara baik.

"Orang luar jangan mengapi-apikan lagi perkara ini kerana guru besar, guru dan ibu bapa agak tertekan.

"Kita tutup kes ini dengan program 'forgive & forget' untuk kembalikan suasana muhibah, perpaduan dan terapkan kasih sayang ke sekolah ini," katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan di Sekolah Menengah Seri Pristana, Sungai Buloh Selasa.

Shafee Abdullah kekal ketuai pasukan pendakwaraya rayuan kes liwat

PUTRAJAYA: Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya sebentar tadi, memutuskan pelantikan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah  mewakili pasukan pendakwaraya dalam perbicaraan rayuan kes liwat dua adalah sah di sisi undang-undang.

Mahkamah yang bersidang sejak pagi Rabu memutuskan perkara tersebut petang ini, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

Dengan keputusan tersebut, Shafee kekal mengetuai pasukan pendakwaan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan perkara itu sebentar tadi.

Ramly ketika membacakan penghakimannya berkata, pelantikan Shafee sebagai pendakwaraya oleh Peguam Negara bagi kes rayuan itu adalah sah di sisi undang-undang.

Ahad, 15 September 2013

Hapus EO, apa kata Musa Hassan, Zaman Khan dan Kadir Jasin


Adakah polis sudah hilang kuasa selepas Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan? Itulah yang menjadi bualan masyarakat hari ini selepas kerajaan membuat keputusan mengejutkan itu beberapa tahun lalu.
Sebelum ini, dengan adanya EO, Malaysia telah dimasukkan dalam carta tangga ke-20 sebagai negara paling selamat diduduki dan dilawati, tempat keempat di Asia Pasifik selepas Australia dan New Zealan, manaka di tangga teratas di Asia.

Namun, sejak EO dimansuhkan, negara telah menyaksikan kejutan yang bukan kepalang apabila dalam tempoh empat bulan dari April hingga Julai lalu, perangkaan polis menunjukkan sebanyak 42 kes tembak menembak dan kematian berlaku. Keadaan ini menyebabkan masyarakat berada dalam kebimbangan dengan keselamatan mereka.

Justeru, bermula awal bulan ini, kita dapati polis telah ‘mengamuk’ dan menangani kegiatan jenayah sebaik mungkin sehingga beratus-ratus penjenayah ditangkap dan berpuluh-puluh senjata api dirampas. Malah, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyiarkan nama-nama kumpulan kongsi gelap dan gangster.

Bagi mengupas keadaan ini dan kejadian jenayah kongsi gelap yang semakin berleluasa selepas EO dihapuskan, dua bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Zaman Khan serta Ketua Pengarang Kumpulan The New Street Times Press (NSTP), Datuk Kadir Jasin mempunyai pandangan masing-masing. Ikuti bual bicara mereka.

MUSA HASSAN: Kerana tidak ada undang-undang pencegahanlah (Ordinan Darurat atau EO) kita (polis) tidak dapat mengambil tindakan dengan lebih berkesan terhadap kegiatan jenayah seperti kongsi gelap dan gangster. Ini kerana pihak tertentu telah melihat dengan pandangan negatif terhadap EO, kononnya orang yang ditangkap di bawah undang-undang ini tidak dituduh atau dibicarakan di mahkamah menyebabkan masyarakat menganggapnya sebagai zalim.

Saya melihat dari segi trend penjenayahan itu sendiri... EO diwujudkan untuk menangani jenayah-jenayah sindiket kerana jenayah ini mempunyai kumpulan penjenayah. Mereka ada ketua, ada orang tengah, ada sumber kewangan dan macam-macam lagi.

Tetapi dengan menggunakan undang-undang yang konvensional, apabila polis menangkap orang yang melakukan kesalahan, selalunya yang ditangkap ini adalah orang bawahan, manakala orang atasan termasuk ketua tidak akan ditangkap kerana dilindungi. Polis pula menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat kerana orang bawahan yang ditangkap ini takut hendak memberitahu kepada polis siapa ketua mereka dan selalunya, orang peringkat bawahan ini tidak tahu siapa ketua mereka.

Oleh sebab itu, sekiranya penjenayah di peringkat bawahan ini boleh dituduh di mahkamah, pihak polis yang menggunakan undang-undang pencegahan (EO) ini dapat mengumpulkan maklumat daripada siasatan dan risikan untuk membolehkan polis menyiasat lebih lanjut bagi mengetahui siapakah ketua berkenaan. Sebab itu, kadang-kadang apabila tidak ada saksi yang hendak memberi keterangan di mahkamah, maka undang-undang EO ini digunakan.

Selalunya dalam kes begini, ia melibatkan jenayah keganasan dan dengan wujudnya jenayah keganasan ini, mana-mana saksi yang dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan, mereka takut untuk berbuat demikian di mahkamah. Ini yang kita memerlukan EO.

Ada pihak tertentu mendakwa, penggunaan EO ini langsung tidak memberi peluang kepada yang ditahan untuk membela diri dan kenapa tidak ada siasatan dilakukan bagi membuktikan penglibatan mereka dalam satu-satu kegiatan jenayah itu.

Tetapi kita harus ingat, polis tidak sewenang-wenangnya menggunakan EO ini dengan menangkap orang tertentu sesuka hati. Di bawah undang-undang EO ini, kita ada Jawatankuasa Penasihat. Setiap tindakan polis itu akan dikaji oleh jawatankuasa ini dan sekiranya didapati ada kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis dalam siasatan itu, maka jawatankuasa ini boleh membebaskan orang berkenaan. Begitu juga sekiranya didapati ada salah guna kuasa, orang berkenaan ataupun saudara mara orang yang ditahan itu boleh membuat ‘Kaveas Corpus’ di mahkamah untuk membebaskannya.
Sebenarnya, orang yang ditahan di bawah EO itu mempunyai ‘safety major’ atau keselamatan yang diutamakan. Dengan ‘safety major’ ini orang yang ditahan itu boleh membuat rayuan. Jadi, tidak bolehlah kita menganggap undang-undang pencegahan jenayah ini sebagai undang-undang yang zalim. Ini persepsi yang perlu diperbetulkan.

Kalau undang-undang pencegahan ini tidak ada dan dimansuhkan, apabila mereka yang telah ditahan di pusat-pusat tahanan dibebaskan, mereka ini kembali berleluasa di khalayak ramai dan berbalik kepada aktiviti lama mereka. Sebab itu, kebelakangan ini kita melihat jenayah meningkat sehinggakan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, iaitu dari April sehingga September dilaporkan sebanyak 36 kes tembakan, iaitu membunuh orang di jalan raya dengan menggunakan pistol.

Pada saya, ini adalah satu trend yang membimbangkan rakyat dan masyarakat kerana walaupun kita mengatakan bahawa ini pergaduhan antara kongsi gelap, tetapi kadang kala ia melibatkan juga masyarakat yang tidak bersalah. Sebab itu, saya mengatakan penting untuk pihak polis diberikan undang-undang untuk menangani masalah ini supaya undang-undang yang berkesan dapat kita menentukan siapa ketua-ketua sindiket ini yang melakukan perkara menggugat keselamatan masyarakat. Ini penting.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini? Saya melihat dengan tidak adanya EO, dan baru-baru ini kerajaan telah mengura-urakan akan mewujudkan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang memang sudah pun ada undang-undangnya untuk digunakan. Tetapi undang-undang ini hanya membenarkan polis untuk menahan seseorang itu selama 78 hari iaitu setelah mendapat permohonan daripada mahkamah. Ketika orang berkenaan ditahan dan selepas itu dalam siasatan mendapati mempunyai keterangan bahawa dia telah melakukan kesalahan, mereka bukan ditahan, tetapi dikenakan tahanan sekatan. Jadi, tidak ada tahanan langsung oleh pihak eksekutif, hanya mereka diberikan sekatan. Itu sahaja yang kita wujudkan sekarang ini. 

Adakah undang-undang ini memadai untuk membantu polis dalam menangani masalah ini? Pada saya belum memadai lagi kerana undang-undang ini apabila orang berkenaan dibebaskan dengan sekatan di beberapa tempat mereka masih boleh berhubung dengan kumpulan atau rakan kongsi gelap mereka dan jenayah itu masih boleh dilakukan mengikut arahan melalui telefon. Sebab itu, saya mengatakan bahawa, kita perlu satu undang-undang yang boleh memberikan kuasa kepada pihak polis yang lebih sengatannya untuk bertindak terhadap ketua-ketua sindiket.

Sepertimana sedia maklum, sindiket ini bukan sahaja mempunyai orang atau kongsi gelap ataupun samseng untuk menjaga kegiatan mereka, tetapi mereka juga terlibat dalam kegiatan haram sebagai punca pendapatan. Kegiatan haram yang selalu dijalankan oleh mereka ialah judi haram, pelacuran, dadah dan along. Inilah kegiatan haram yang dijalankan oleh sindiket ini dan untuk menjaga kegiatan ini, mereka akan mewujudkan kongsi gelap atau kumpuan samseng supaya kegiatan dan tindakan mereka ini dikawal. 

Mana-mana pihak yang hendak masuk ke kawasan ini akan wujudlah pergaduhan antara mereka. Ini perkara yang perlu kita tangani dengan betul kerana saya melihat bahawa kalau kita hanya menggunakan undang-undang konvensional, ianya susah bagi pihak polis untuk mengenal pasti siapa ketua-ketua ini kerana dalam kes-kes tertentu pihak polis perlu menyiasat dengan cara menaiki tangga iaitu dengan mengambi tindakan yang bawah dahulu, kemudian selepas kita mendapat maklumat tertentu untuk mengetahui siapa ketua di atasnya untuk kita menumpaskan keseluruhan sindiket itu.

Saya rasa penting dan patut ada undang-undang yang lebih tegas untuk diberikan kepada pihak polis supaya polis dapat menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat. Saya merasakan bahawa kita perlu ada undang-undang baru.

KADIR JASIN: Saya fahamlah Tan Sri Musa ini walaupun beliau bukan lagi Ketua Polis Negara, beliau tidak boleh bercakap di luar daripada kesopanan sebagai seorang bekas Ketua Polis Negara. Saya ini orang yang tidak ada undang-undang, tidak makan gaji dengan kerajaan, bolehlah saya dengan izin dua orang bekas pegawai polis ini untuk bercakap mengenai kuasa polis.

Mula-mula sekali saya hendak ulas sedikit mengenai tajuk ini. Tajuk ini memang manis, tepat, walaupun isunya pahit. Tajuknya mengatakan bahawa akibat daripada pemansuhan Ordinan Darurat, maka polis hilang sengat.

Saya ibaratkan polis ini macam lebah. Bila kena sengat oleh seekor lebah, dia bising satu negara. Dia tidak ingat bahawa berpuluh-puluh ribu lagi lebah yang membuat manisan. Begitu juga polis. Satu dua polis terjatuh ke bumi kerana hasutan, desakan dan rasuah, kita salahkan semua polis. Seekor dua lebah jatuh kerana sengat kaki kita, kita kata semua lebah tidak bagus.

Saya tahu sangat pasal lebah ini sebab di rumah saya ada dua sarang lebah. Dah 15 tahun berada di situ, kadang-kadang pada waktu malam kalau cuaca panas, lebah akan masuk ke rumah kerana terpengaruh dengan cahaya lampu. Macam polis jugalah bila tergoda dengan lampu, kadang-kadang dia jatuh.

Lebah dengan polis sama saja. Polis yang jatuh kerana tergoda dengan rasuah, dia tidak akan naik lagi. Dia kena buang atau masuk penjaral. Lebah pun kalau jatuh, tidak akan terbang lagi. Oleh itu, kita jangan marah sangat kepada polis kerana seorang dua yang membawa lumpur, kita ibaratkan semua polis ini tidak elok. Tetapi inilah gambaran dakyah yang dibawa oleh kelompok tertentu dalam masyarakat kita untuk memburuk-burukkan polis kerana majoriti polis adalah Melayu. Hari ini apa saja yang menyentuh Melayu, semuanya buruk dan tidak lagi hendak dipertahankan.

Saya kata penting polis ada kuasa bukan sahaja EO sebab saya juga memikirkan pentingnya Akta Keseamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Buang Negeri, Akta Sekatan Terhad. Saya rasa ini semua perlu. Jadi, masalah kita, kita ini adalah manusia yang tidak suka sejarah, buta sejarah dan benggong sejarah.

Kalau kita tengok, Allahyarham Tun Razak ketika menjadi Perdana Menteri di tahun 1960-an secara khusus mengatakan ISA adalah untuk menjamin demokrasi yang selamat. Hari ini pun demokrasi kita lebih hebat daripada zaman Tun Razak, tetapi adakah kita selamat?

Tidak tahulah kalau tuan-tuan dan puan-puan yang ada empat lima orang pengawal peribadi, tentulah rasa selamat. Kalau yang tidak ada pengawal peribadi, yang duduk di rumah biasa, yang pergi membeli belah di tempat biasa, yang letak kereta di tempat biasa saya rasa mereka berasa tidak selamat.

Jadi, demokrasi kita sudah tidak selamat. Tengoklah betapa hebatnya pemikiran dan wawasan generasi awal kepemimpinan negara dahulu.

Kita diberitahu bahawa kita terpaksa menghapuskan ISA kerana ISA ini kejam, tidak adil, jahat, semua orang masuk penjara. Tetapi kita juga tahu dalam pembangkang, ada sebuah parti pembangkang kalau pemimpinnya tidak pernah ditahan di bawah ISA , dia tidak dianggap hero.
Kita lihat Singapura, dan kita juga diberitahu kalau kita tidak menghapuskan dan memansuhkan ISA, pelabur tidak akan datang ke negara kita. Adakah pelabur sudah lari, cabut tunggang langgang dari Singapura yang tidak memansuhkan ISA?

Adakah pelabur sudah lari dari Amerika kerana memperkenalkan ISA dan kita lihat hari ini demokarsi yang selamat. Arab sekarang tengah gila hendakkan demokrasi, tetapi demokrasi Arab tidak selamat. Jadi, kita kena fikir. Hari ini demokrasi kita tidak selamat kerana kita termakan dengan dakyah barat yang berkata, bahawa Malaysia adalah negara yang tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia.

Saya hendak petik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, “Sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, saya sangat jelas dengan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara moden, progresif dan sentiasa memandang ke hadapan dalam mengamalkan demokrasi yang mengandungi hak serta kebebasan rakyat. Berubah daripada demokrasi yang selamat kepada demokrasi yang melindungi hak serta kebebasan rakyat. Untuk itu, saya telah melaksanakan beberapa pakej tranformasi politik paling bersejarah sejak Malaysia mengecapi kemerdekaan.”

Ordinan Darurat telah berakhir. Undang-undang era penjajah iaitu iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri silap fakta. Bapanya yang membentangkan akta tersebut, ia bukan undang-undang era penjajah seperti yang disebutkan. Yang membenarkan tahanan tanpa bicara dimansuhkan, lesen kawalan penerbitan akhbar telah dihapuskan, larangan kepada pelajar menyertai parti politik telah ditarik balik dan saya juga berjanji untuk mengkaji semula Akta Hasutan.

Ini bukan tulisan saya, bukan saya bermimpi di siang hari, ini boleh dibaca dalam laman web rasmi Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Kita perlu melihat, apakah perlu meminda undang-undang ini sekaligus dan serentak? Tanpa memikirkan terlebih dahulu buruk baiknya dan tanpa kita mengadakan, satu, dua, tiga, empa, lima undang-undang yang menggantikannya.

Saya duduk dalam Suruhanjaya Diraja Menambahbaik Operasi dan Pentadbiran Polis, ketika itu di tahun 2004 – 2005. Kita banyak berbincang, kita panggil Tan Sri Musa dua tiga kali, kita soal dia, kita tanya dia, kita tekan dia dan kita mengemukakan beberapa cadangan yang baik, tetapi cadangan-cadangan itu tidak dilaksanakan, sebaliknya dihapuskan.

Berkenaan dengan ISA ini, walaupun pada awalnya beberapa orang ahli suruhanjaya itu mahu akta tersebut dihapuskan langsung, setelah kita berbincang dengan polis, ramai juga ahli suruhanjaya itu berasakan bahawa ISA adalah baik dan perlu dikekalkan, cuma dengan beberapa pindaan. Musa pun tahu, antaranya mencadangkan agar ISA berasaskan penyiasatan dahulu, siasat dahulu kemudian tahan. Kemudian kita bercadang mengurangkan tempoh tahanan daripada 60 hari kepada 30 hari.
Sudah elok, dan siapakah yang mencadagkan pindaan ini? Mereka ialah dua Ketua Hakim Negara, Tun Mzaidin Abdullah dan Tun Salleh Abas, bekas KPN, Tun Hanif Omar, beberapa hakim, presiden, Bar Counsil, pemikir-pemikir masyarakat, bekas menteri, bekas wakil rakyat dan seorang pemberita cabut macam saya.

Kita mencadangkan supaya ISA dipinda. Kalau rumah condong kita tegakkan mengapa hendak kita runtuhkan langsung dan kalau pun kita runtuhkan, mengapa kita tidak membina khemah mengisi orang yany kehilangan rumah. Ini yang saya tidak boleh terima yang menyebabkan saya menjadi pengkritik terhadap apa yang berlaku hari ini.

Saya rasa, sangat perlu bahawa kita semua mendesak kerajaan dan kebetulan sudah hampir dengan pemilihan UMNO, mudah kita mendesak sebab mereka akan berasa terdesak. Kita semua desak supaya kerajaan janganlah terlalu tunduk kepada bahasa-bahasa berkod gaya barat. Saya tidak fikir barat sukakan Malaysia. Mereka berkata, mereka suka Malaysia, tetapi sebenarnya saya rasa mereka tidak suka Malaysia sebab Malaysia adalah negara yang majoritinya Islam yang boleh memerintah dengan baik. Mereka tidak suka Islam berjaya. Kita di Malaysia berjaya. Jadi, mereka menekan pemimpin-pemimpin kita yang kurang iman ini untuk menerima bahasa-bahasa berkod seperti hak asasi manusia, liberalisme, modenisme dan sebagainya. Kita telah termakan dengan dakyah itu.
Kalau kita berminat mempertahankan dan mengembalikan demokrasi yang selamat seperti yang Tun Razak kata tadi, berbanding dengan demokrasi yang kurang selamat ini, kita perlu mendesak kerajaan dan parti pembangkang juga bahawa kita memerlukan akta perlindungan yang besar, yang kukuh dan yang kuat.

Sebabnya, dahulu kita melawat Simpang Renggam, sebenarnya mereka terlindung ketika berada dalam tahanan itu. Bila keluar, mereka sudah tidak rasa selamat lagi. Jadi, akta perlindungan ini bukan sebenarnya melindungi kita yang tidak terlibat dalam jenayah, ia juga melindung penjenayah. Itu (EO) sudah bagus  iaitu akta yang cukup bagus.

ZAMAN KHAN: Saya sudah berkata kepada kawan-kawan, khususnya yang bukan Melayu dalam satu kumpulan. Kumpulan kami ini ialah tidak lain tidak bukan murid-murid tua sekolah dahulu. Mereka ini sangat terkenal mengkritik negara kita dengan mengatakan mengenai ISA.

Saya mengatakan tanpa ISA, saya rasa kita tidak dapat berada di sini hari ini, kita tidak boleh mengecapi kemajuan seperti hari ini dan kita tidak mungkin hidup selesa, dengan jalan raya yang baik dan sebagainya. Tetapi oleh sebab ISA yang mencegah manusia daripada melakukan apa yang mereka suka lakukan, maka kita hidup dengan selamat.

Kita harus ingat, kita satu negara dan rakyat yang majmuk, bukan senang hendak melawan 60 peratus Melayu, 30 peratus Cina dan India serta lain-lain bangsa. Bukan senang. Kerana itu orang-orang tua kita dahulu (pemimpin terdahulu) membuat Kontrak Sosial. Saya seru kepada anak-anak muda, baca dan hayatilah makna Kontrak Sosial ini.

Pernah pemimpin Melayu terdahulu berkata, kita orang Melayu ini bernasib baik tidak begitu ganas. Orang kata itu, kata ini pun kita sabar dan buat tidak tahu.

Sebelum ISA dimansuhkan, adakah orang berani buat kartun buka puasa makan daging babi? Macam-macam sekarang Islam diperhinakan. Adakah Islam mengganggu agama mereka? Tidak. Kalau orang dia masuk Islam kerana dia tengok Islam itu bagus. Tetapi orang kita diajak masuk agama lain kerana dipujuk dan diberi habuan dan sebagainya. Sebab itu, kalau ada orang lain kata ISA telah disalahguna kuasa dan sebagainya, terpulang kepada kita untuk memperbetulkan.

Saya berbalik kepada tajuk perbincangan iaitu polis hilang sengat. Saya ini nasib baik ataupun nasib tidak baik tidak tahulah.. daripada polis (KPN) dihantar ke penjara (Ketua Penjara Malaysia). Tetapi Allah sahaja yang tahu, mula-mula memang saya marah kepada Tun Mahathir Mohamad kerana dia kata, “kamu pergilah Zaman (jadi KP Penjara). Sekarang saya puji dia kerana wawasan dia itu saya dapat berkhidmat selama empat tahun dalam penjara dan saya lebih peka kepada kemanusiaan. Oleh sebab itu saya terlibat dengan aktiviti NGO khususnya dari sudut kebajikan dan sebagainya.

Sebelum EO ini dimansuhkan adakah kongsi gelap berani tampil ke hadapan buat perarakan dan menaikkan bendera mereka dan sebagainya? (Tapi) Sekarang ini seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang lagi dah. Macam raja pula mereka hendak menunjukkan kuasa mereka itu. Ini bukan suatu yang baik. Kita bercakap mengenai Kontrak Sosial dan sebagainya. Betul, saya pun sebagai bekas pegawai polis nasib baik di hantar ke universiti luar negara sekitar tahun 1983 untuk mengikuti kursus selama tiga bulan lebih, dalam bulan puasa pula tu di musim panas. Ketika berbuka puasa, matahari masih panas lagi.

Tetapi kena ingat, bercakap mengenai Kontrak Sosial ini bagus, ia memberi perlindungan kepada kita, bukan sahaja untuk individu tapi untuk semua. Kalau kita kata hak asasi orang yang kena tahan itu kerana perbuatannya, tetapi bagaimana pula dengan asasi saya yang tidak berdosa ini. Mahukah saya diganggu oleh ganster-ganster ini. Tidak, saya tidak mahu.

Jadi, seperti Tan Sri Musa kata, EO ini sangat perlu kerana kalau benci sangat kepada ‘emergency’ itu tukarlah ataupun pindalah undang-undang yang ada supaya memberi kuasa kepada polis. Mengenai salah guna kuasa, mana ada salah guna kuasa. Kalau ada pun, kita perbetulkan dengan betul undang-undang itu. Orang kata kerana salah gunakan kuasa , tetapi tengoklah sebelum undang-undang ini dibuat, adakah orang berani menyentuh hak sesama lain? Kita pula, orang Melayu dan orang Islam menjadi sasaran kepada orang yang kurang taat setia kepada negara kita ini. Mereka lupa Tanah Melayu ini sekarang seolah-olah madu, berjuta-juta pendatang datang datang ke sini untuk bekerja dan sebagainya. Mereka lupa semuanya ini.

Pada saya, yang telah berkhidmat begitu lama dalam polis dan boleh dikatakan pernah terlibat dalam jenayah dan sebagainya, kita perlukan undang undang ini. Bukan untuk menganiayai kepada manusia lain, tetapi untuk menentukan kita boleh hidup bebas.

Kita harus ambil iktibar apa yang berlaku tiga bulan yang lalu itu, apabila kita membebaskan mereka banyak serangan senjata api, ada yang diupah, yang tembak orang kaya dan sebagainya. Banyak sangat berlaku. Banyak orang kata polis tidak ada sengat. Betul polis tidak ada sengat, tetapi saya rasa berilah peluang dan masa kepada polis dua atau tiga minggu, mereka akan mendapat maklumat dan mereka terus bertindak.

Betul dalam tempoh itu polis belum dapat menyelesaikan kes itu, tetapi polis ini bergantung kepada maklumat. Itu makanan polis. Kalau orang ramai tidak tampil ke hadapan dan tidak memberi maklumat kepada polis, macam mana kita hendak menangkap penjenayah itu. Dalam kes kongsi gelap, yang penting sekali ialah orang yang tidak menyertainya takut untuk melaporkan kepada polis. Takut hendak lapor dan memberi keterangan di mahkamah dan sebagainya. Tetapi kalau kita berjanji dengan mereka tidak perlu pergi ke mahkamah, namanya tidak akan dibongkar atau sebagainya, mereka akan datang.

Bukan kita cari mereka suruh buat aniayai kepada rakan mereka, tidak. Mereka datang untuk memberi maklumat  dan saya beritahu di sini, kalau kes yang saya siasat mungkin, Tan Sri Musa tidak tahu siapa saksi saya. Nama tidak ada dalam fail ini. Tidak ada langsung. Semuanya sulit. Tetapi perangai manusia, kalau seorang boleh tutup mulut, kalau berdua kena jaga sedikit, kalau bertiga kena berhati-hati, tetapi kalau kita boleh simpan rahsia, orang akan setuju.

Dalam pengalaman saya, dalam kes ini saya pun tidak setuju. Apabila saya diberi kuasa, saya tidak setuju orang ini dibuang daerah di Pulau Jerjak. Kesalahan macam ini harus diberi keterangan di mahkamah, nama dia tidak ada dalam mahkamah, bahkan dia sendiri tidak ada di mahkamah. Begitu halus kita buat.

Kalau ada perbuatan aniaya dan sebagainya, itu boleh disiasat, tetapi tidak pernah berlaku. Kementerian Dalam Negeri dulu ada kumpulan untuk membuat siasatan khas dan kita pula hari ini takut, kalau-kalau orang ini akan buat aniaya kepada kita pula. Saya rasa undang-undang yang patut dipinda ini akan diberi semula kuasa kepada polis dan juga ada sebagaimana dalam kes dadah dan rampasan harta haram sebagaimana kita lakukan dalam kes dadah. Kita mesti ambil teladan dari barat. Tengok di Amerika, presidennya selalu kata negara mereka selamat.

Mana selamatnya, apa yang berlaku di Amerika sekarang? Pergi berjalan-jalan tidak tentu arah akan kena samun oleh gangster, depan polis pula tu. Di England, ramai rakyat kita pergi belajar di sana dahulu, bebas. Sekarang cubalah pergi, malam-malam hendak naik teksi pun takut. Kenapa? Sebab hak asasi kononnya. Jadi, kembalikan semula undang-undang sedia ada ini. Janganlah buang dalam parit sehingga polis hilang sengat.

MUSA HASSAN: Pada saya trend ini serius kerana melibatkan kegiatan haram. Kalau ada kongsi gelap sudah tentu ada tujuannya seperti mengapa diwujudkan kongsi gelap? Kerana hendak melindungi kegiatan haram mereka. Ini adalah satu sindiket yang mempunyai eraki tertentu yang ada ketuanya. Jadi, kita perlu membanterasnya dengan betul.

Kalau kita hanya pergi ke peringkat bawahan dan ketuanya masih wujud, saya rasa kita akan gagal dalam peperangan ini. Yang penting ialah ambil ketuanya. Tapi kadang kala, apabila kita melihat wujudnya sindiket ini, selalunya keadaan itu kita boleh kawal, tetapi paling penting ialah integriti pegawai awam itu sendiri. Kerana kalau integriti pegawai awam itu tidak kukuh, dia dengan senang boleh rasuah.

Kalau ada undang-undang yang kukuh, kalau masih ada rasuah yang masih berleluasa, saya merasakan mereka tidak akan tumpas sindiket ini. Ini yang berlaku di Amerika ketika mafia wujud di negara itu, di Jepun dengan yakuzanya dan macam-macam lagi sehingga mereka boleh kontrol orang-orang politik. Ini masalahnya.

Ini yang saya cukup takut kerana saya merasakan bahawa kalau kita tidak mengubah perkara ini dan tidak membanterasnya dengan betul, negara kita juga akan menjadi negara yang sama seperti negara ketiga lain yang banyak kumpulan kongsi gelapnya sendiri. Saya hairan dan ingin menyentuh sedikit mengenai ‘human right’ ini. Di Malaysia, memang pihak polis dan kerajaan pun iktiraf hak assi kebebasan dan hak manusia, tetapi mereka berkehendakkan hak asasi yang mutlak. Mutlak, apa yang mereka buat tidak boleh ada undang-undang yang menyekat.

Kalau hak asasi mutlak, rosaklah negara kita. Di negara barat tidak mengapa kerana mereka mempunyai budaya yang berlain, tetapi kita mempunyai budaya orang beragama Islam, tidak ada hak asasi mutlak. Hak asasi mesti terbatas.

Dengan hak asasi mutlak ini pula mereka membuatkan penjenayah itu penting daripada orang awam. Kalau penjenayah kena tembak, mereka mengatakan hak asasi mereka kena jaga, kenapa mereka kena tembak. Ini polis pula yang jadi penjenayah. Kalau soal penjenayah yang mempunyai senjata api, maknanya dia telah menampah maut. Polis tidak akan suruh dia menyerah diri kerana polis pun takut akan keselamatannya.Kalau seseorang itu bersenjata kemudian polis bagi amaran, tiba-tiba pistol polis tidak boleh digunakan, polis yang mati dahulu.

Jadi, polis menjaga keselamatan dirinya dan keselamatan orang ramai. Pada saya, mana-mana penjenayah yang bersenjata api, dia sendiri menampah maut. Jangan salahkan polis kerana tugas polis untuk menjaga keselamatannya sendiri dan untuk keselamatan orang ramai kerana penjenayah yang bersenjata api ini juga boleh mengakibatkan keselamatan orang ramai tergugat kerana mereka boleh menembak sesiapa sahaja.

Perkara ini yang saya rasa penting untuk orang ramai faham, jangan tuduh polis tidak beri amaran. Ketika kes tembak di Pulau Pinang tempoh hari, ia berlaku dalam bangunan, hendak beri amaran macam mana, kena tembak ke udara dulu, sudah tentu peluru terkena siling dan kalau peluru itu terpelanting tentu terkena diri polis, polis itu yang mati. Ini masalahnya.

Kalau orang tidak tahu cara prosiding dijalankan, mereka tuduh polis mengarut, tembak membabi buta. Pada saya, kita perlu tentukan polis ini ditugaskan untuk menjaga keselamatan masyarakat. Ini penting. Penjenayah, kalau mereka perlu untuk balik ke landasan yang betul (menyerah diri), Alhamdulillah, kita pun menghormati mereka. Tetapi yang tegar ini tadi kena jaga, kerana mereka tidak takut kepada sesiapa.

Integriti itu penting untuk kita menangani masalah begini. Kalau kita menubuhkan skuad khas untuk mengambil tindakan daripada polis tempatan di kawasan itu, ini saya rasa silap sediklt. Sebagai ketua, kita kena arah polis tempatan itu yang buat, kalau  OCPD tidak buat, OCPD kena diambil tindakan kerana dia tahu kawasan itu kawasannya. Sebab itu saya kata, kita boleh ada pemantau, tetapi kita sendiri kena tentukan polis yang ditempatkan itu menjalankan tugas mereka.

Kalau dia duduk diam-diam saja, polis dari Bukit Aman akan turun buat kerja. Ini tidak betul juga. Jadi kita kena tegas sebagai ketua untuk menentukan orang bawahan buat kerja. Tapi kalau mereka tidak buat kerja perlu diambil tindakan tatatertib. Ini penting.

KADIR JASIN: Saya rasa eloklah masyarakat membantu polis dan satu sama lain, tetapi saya rasa agak bahaya kalau masyarakat hendak menjadi penguatkuasa. Kadang kadang ada kes yang berlaku di Malaysia, masyarakat menangkap penjenayah dan memukul orang yang disyaki sebagai peragut sampai mati. Saya rasa itu tidak mahulah berlaku, sebab itu melanggar undang-undang. Dia pukul peragut, orang itu mati, dia pula masuk penjara. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan masyarakat kerana banyak sangat berlaku benda begini sehingga masyarakat rasa marah.

Saya rasa saya berbeza sedikit dengan pendapat Tan Sri Musa. Saya rasa unit khas ini mungkin perlu kerana kita tengok di Amerika pun kalau polis tempatan tidak dapat melakukan sesuatu tugas, mereka menghantar FBI. Saya rasa ini gabungan yang baik kerana kadang-kadang kita tidak mahu polis tempatan itu terdedah atau mendedahkan indentiti mereka dan mungkin mereka boleh memberi maklumat kepada pihak ibu pejabat.

Cuma yang saya takutnya begini,  hari ini bekas-bekas tahanan EO tembak menembak antara satu sama lain berebut kawasan. Yang dulu dia dihantar ke Simpang Renggam, bila balik kawasannya sudah diambil oleh orang lain. Kalau yang mengambil alih hendak mempertahankan kedudukannya, yang keluar dari Simpang Renggam pula hendak mengambil semula kawasannya, tapi katakan selepas mereka bunuh membunuh senjata itu pergi ke mana? Mereka akan bunuh kita pula. Jadi, sebelum mereka habis bunuh membunuh antara satu sama lain, yang Alhamdulillah saya sokong, kita takut apa yang akan berlaku selepas itu.

ZAMAN KHAN: Kalau arwah ayah saya tidak hantar saya ke rumah datuk di Pasir Mas, mungkin saya sudah pun arwah. Kawan-kawan saya yang sebaya dengan saya semuanya sudah ditembak mati dan sepupu saya pun ditembak mati. Jadi kalau ditanya mana selamat antara Selatan Thailand dengan Malaysia, sudah tentulah Malaysia. Tapi di Thailand itu bukan selatan sahaja tidak selamat, di utara Thailand pun begitu juga .

Apa yang dikatakan mengenai skuad khas ini, saya lama dalam skuad khas. Tetapi katalah saya OCPD Johor, bawa polis Kuala Lumpur pergi serbu tanpa pengetahuan saya, ini suatu tindakan yang meruntuhkan imej saya dan kewibawaan saya sebagai ketua. Selalunya kalau ada orangnya terlibat, OCPD  akan diberitahu bahawa skuad khas akan datang untuk membantu. Ini kena berhati-hati dalam pasukan beruniform kerana ketua di sesebuah negeri adalah besar.

Keduanya pula, apa pandangan orang tempatan terhadap OCPD dan anggota polis tempatan itu? Tentu mereka mempersoalkan apa yang OCPD itu buat sehingga polis dari Kuala Lumpur datang? Tetapi ini memang berlaku. Saya menjadi mangsa pun pernah, saya terlibat dengan skuad khas pun pernah. Ketika dalam UTK (Unit Tindakan Khas) dulu saya pernah buat perkara ini, tetapi kita kena berhat-hati, jaga imej OCPD kerana masayarakat akan kata yang bukan-bukan kepada OCPD itu.

Pada saya, masalah pendatang asing tanpa izin (Pati) ini satu punca rasuah yang sangat besar. Kenapa kita tidak hentam betul-betul yang ini? Ada masa terima arahan ambil tindakan, ada masa relaks. Bukan saja polis, semua terlibat. Jadi, kalau polis tahan, mereka tuduh polis makan duit. Saya rasa ini perkara yang perlu dibanteras sebab masalah Pati ini adalah punca rasuah yang merosakkan. Saya kata dengan ikhlas dan semangat poatriotik.

Sabtu, 14 September 2013

teks ucapan penuh Perdana Menteri pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera


14 September 2013. Berikut adalah teks ucapan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor:

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya.

2. Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3. Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4. Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.

5. Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6. Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7. Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik.

8. Semasa Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

9. Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.
                
 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
10. Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita
terdahulu, dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 (2), Perkara 161A (6) (a). Juga Perkara 161A (6) (b).
                
11. Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.
                
 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12. Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin
mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020.
                 
13. Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi
sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
                
 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
14. Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka.
                
 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
15. Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969.
                
16. Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.                  

17. Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.
                
 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
18. Sejak merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR. Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional.
                 
19. Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan Bumiputera telah diperkukuhkan lagi oleh Perdana Menteri Keempat, yakni Tun Dr. Mahathir melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah telah mewujudkan Koridor-Koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah.
                
 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
20. Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.
                 
21. Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.  

22. Manakala, Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermula pada tahun 2011 yang lalu hingga 2015 nanti, bertujuan untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini, adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran, berasaskan keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalah persaingan dalam kalangan Bumiputera.
                 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
23. Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada tahun 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus.
                
24. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting, kerana, pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia.
                 
Tuan-tuan dan Puan-Puan,
                 
25. Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup Bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172 ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.
                
26. Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011. 
                
27. Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu, bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam kategori profesional, terutamanya golongan bertauliah seperti doktor-doktor perubatan, para jurutera dan para peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum. 
                
28. Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru, sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat Bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih 4 dekad, masyarakat Bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi.
                
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29. Namun begitu, Kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnya jurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh, pada tahun 2012, pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.
                
30. Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro. 
 
31. Lantaran yang demikian, Tuan-Tuan dan Puan-Puan.. atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini...., maka, .... pada hari ini........, Kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.
                 
32. Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya........  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.
                
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA
                 
33. Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan Bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.
                 
34. Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan.
                
 35. Dalam aspek ini juga, program re-skilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif.  
  
36. Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.
                 
37. Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.
                 
38. Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.
                 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
                 
39. Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.
                 
40. Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.
 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

41. Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilainya hampir 18 bilion ringgit atau 26 peratus.
                 
42. Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat.
                
43. Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara.
                
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
44. Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
                
45. Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera. Namun, Kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan, bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah Bumiputera semakin meruncing.

46. Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.                  

47. Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.
                 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
Fokus Pemerkasaan Keempat : MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA
                 
48. Sebagaimana kita maklum, perniagaan dan keusahawanan merupakan aktiviti ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi termasuk teknologi pengeluaran yang lapuk, kekurangan akses kepada dana dan modal serta pasaran produk yang terhad.                   

49. Dalam mengatasi isu akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana pula, peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak.
                 
50. Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak.
 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                
51. Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan, dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka akan meningkat daripada 270 ribu pada tahun 2013, kepada 370 ribu pada tahun 2015.
                 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
52. Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, saya akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.
                 
53. Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar.
                 
54. Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.
                 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
55. Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.
  
56. Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, PETRONAS sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream.
                 
57. Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera.
                 
Tuan-tuan dan Puan-puan,
                 
58. Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.  Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.
                
Tuan-Tuan dan Puan-puan,
                 
59. Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat Bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.                  

60. Sebagai langkah untuk mempastikan peluang syarikat Bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC. Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau 9 bilion ringgit telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi. 
 
61. Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.
                
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
62. Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat,
bioteknologi dan teknologi hijau.
                 
63. Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.
                 
64. SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga 500 ribu ringgit kepada entrepreneur baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.
                 
65. Pemilihan entrepreneur-entrepreneur Bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akan turut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.
  
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
Fokus Pemerkasaan Kelima : MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
                 
66. Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.
                 
67. Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,                

68. Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan. 

Bahawasanya: “Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar
dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”. 
                 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
69. Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.
                 
70. Kendatipun begitu, bagi pihak Kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak, agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham, tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini. Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini, kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa. 

Ladies and Gentlemen,
                 
71. Certainly!... We are doing what is fair,... we are doing what is right..., and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain.
                 
72. Sayugia, yang tertanam di benak sanubari saya dan kerajaan, adalah hasrat murni untuk terus gigih mencipta serta menjana kekayaan baru. Semoga nikmat dan kemakmurannya, dapat diraih serta dirasai oleh semua golongan sebagai rakyat Malaysia secara adil dan saksama.
                
73. Bahkan, kerukunan kita telah diiktiraf pada tangga ke-20 sebagai negara paling stabil dan aman di dunia..............., Begitulah istimewa dan uniknya Malaysia.
                
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
74. Pucuk pangkalnya, hendak saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab, ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa jua latar belakang samada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam.
                 
75. Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik, yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat. 

76. Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengansentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam.... Barang dijauhkan oleh Allah jua.....
                
 Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
77. Sebagai mana di awal ucapan tadi, saya menyatakan kita berhimpun di sini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka......... Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku.... makanya, Universiti Teknologi MARA ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi Bumiputera yang cukup membanggakan.
                
78. Bahkan....., masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung tahun 2005........., saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000  menjelang tahun 2015. Kini,...... Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 orang.
                
79. Pagi ini pula........., saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.
                
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
80. Demi Melayu......, Demi Bumiputera........, Saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund  nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat.
  
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
81. Kita juga sedar, masyarakat Bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepada TERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan Bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri.
                
82. Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

83. Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan
pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu.
                 
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
                 
84. Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini....., kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana,...... selagi ada bulan dan bintang,.......... selagi hayat dikandung badan,............. survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila.
                
85. Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai.
                 
HIDUP MELAYU........ HIDUP BUMIPUTERA........ HIDUP MALAYSIA.......
                 
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
                 

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...