Selasa, 3 September 2013

Patutlah 'Tanda Putera' haram dan jijik disisi Lim Kit Siang dan anaknya

Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September)  maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi  Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya  Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.

Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.

Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya: Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu?kenaapa Keretaapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu?( Baca buku
Memoirs of Lee Kuan Yew)

Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada  di kawasan  rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor  di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah(Pak Melan) juga ada bersama.

Pak Melan  diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya  tetapi beliaulah yang  menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan  supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah  kena!orang kita dah kena!

Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama ,Tunku Abdul Rahman Putra  dalam pekara ini adalah benar dan tepat.

Saya berlari ke luar  dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kEjadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan  mayat bergelimpangan.

Orang-orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya   Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew . Racun yang mereka semai telah membunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.

Sebelumnya  saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori  melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat  dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau "Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung"

Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah bagitu celupar. Cabaran ini   menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur,sama ada sebagai penjaja di pasar,peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.

Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.

Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13  adalah  peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan " Ini kalilah."

Populasi Melayu akan bertambah, profesional  Melayu akan semakin ramai, walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerentahah BN dan  Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.

Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menapikan.

Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak  mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.Dia pasti tidak akan berjaya.

Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia  menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum  yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan  runcing dan genting   tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri  Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi bersama mencari jalan bagaimana rakyat Malaysia akan dapat terus hidup dalam keadaan aman damai.

Tun Razak memberitahu  doctornya :"Saya mahu sedikit masa lagi." tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.

Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa.

Tiada ulasan: