Khamis, 28 Mei 2009

Baca Baca Baca..apa yang Nizar buat di Perak

1. Kerajaan PR Negeri Perak yang didominate oleh ADUN DAP ingin mengubah Hak Milik Sementara Tanah di Kampong Baru di Perak (New Villages) kepada 999tahun seperti dilapurkan dalam media baru-baru ini, dan seperti petikan The Star di bawah.

Sejak merdeka tidak pernah mana-mana pihak individu atau parti politik di Persekutuan Tanah Melayu atau di Malaysia membuat permohonan supaya Hak Milik Sementara diubah atau diberikan atau dilanjutkan kepada 999 tahun.

Apa yang pernah dibuat ialah melanjutkan Hak Milik Sementara Tanah kepada 60 tahun atau 90 tahun sahaja kerana kerajaan negeri akur dengan dasar Kerajaan Persekutuan mengikut National Land Code (satu akta Parlimen) sungguhpun ada kerajaan negeri seperti Kelantan ditadbir oleh PAS.

Apabila hak miliki sementara tanah tersebut dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 90 tahun, maka nilai tanah tersebut akan dibuat semula dan pemilik sementara tanah itu perlu membayar cukai/premium yang ditentukan oleh pihak berkenaan.

Bolehkah usaha DAP untuk memberi dan melanjutkan Hak Milik Sementara (Leesehold) 999 tahun melalui pentadbiran kerajaan negeri Perak itu satu suapan dan urusniaga politik dari DAP - SUAPAN dan URUS NIAGA (seperti yang didefinasikan dalam akta Pencegahan Rasuah 1997 seperti di bawah) untuk mendapat undi daripada pengundi-pengundi dari New Villages tersebut ketika Pilihan Raya Umum atau pilihan raya kecil di masa hadapan?


2. Saya terpanggil untuk berkata sesuatu berkenaan isu pemberian geran tanah 999 tahun oleh kerajaan pembangkang di Perak, jika tidak silap saya awal bulan Januari tahun ini sehinggakan ianya telah menarik perhatian Kerajaan Pusat mengesa agar pemberian itu ditangguhkan sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat ketetapan polisi yang seragam di seluruh Malaysia.

Kepada yang tidak arif undang-undang, isu Tanah walaupun adalah di dalam bidangkuasa negeri masing-masing (tetapi untuk keseragaman polisi, ianya telah di letakkan di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat). Artikel 74 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya.

Saya telah membuat kaji-selidik dan berikut adalah apa yang saya perolehi daripada kajian saya:

Kampung Baru - 55,233 orang
Kampung Tersusun - 73,703 orang
Jumlahnya = 128,936 geran tanah

Melayu = 27.66% (35,663 geran), Cina = 57.49% (74,125 geran), India = 14.85% (19,146 geran)

Justeru itu, dimanakah yang dikatakan kesamarataan, keterbukaan dan keadilan untuk semua yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang ini?


3. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyatakan rasa sokongan dan terharu terhadap titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah mengenai rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu. Semangat titah tersebut harus dihayati oleh rakyat dan pemerintah, khususnya Kerajaan Negeri Perak.

PERKASA sedih kerana semangat pendirian Raja-raja Melayu pada tahun 1950 itu telah dilupakan oleh pimpinan kerajaan Negeri Perak yang berkuasa sekarang. Ada banyak cara di mana kaum bukan Melayu telah dan boleh memiliki tanah-tanah di negeri itu melalui kuasa ekonomi dan pembangunan.

Selama ini proses tersebut tidak pernah dibangkitkan oleh orang Melayu. Tetapi kelulusan 999 tahun kepada kampung-kampung baru merupakan pengkhianatan dan tindakan yang tidak prihatin terhadap perasaan orang Melayu seluruhnya dan anggota keselamatan khususnya.

Kewujudan kampung-kampung baru oleh penjajah Inggeris ketika itu bertujuan untuk mengasingkan penempatan kaum Cina daripada bekerjasama dengan penganas-penganas komunis yang pernah memerintah Negara dibawah kuasa bintang tiga. Maka penempatan yang dinamakan sebagai kampung baru itu diberikan segala kelengkapan insfrastuktur yang tidak dimiliki oleh kampung Melayu tradisional ketika itu.

Sewajarnya, sekiranya Kerajaan Negeri Perak ingin memberikan kelulusan tanah untuk tempoh yang begitu lama, ianya wajib diberikan kepada anggota keselamatan, polis dan tentera, yang telah bekorban mempertahankan Negara daripada ancaman Komunis. Mereka bertungkus lumus dan berkorban nyawa dan darah untuk Negara.

Keluarga anggota keselamatan ini lebih layak dan berhak dianugerahkan pemilikan tanah sehingga 999 tahun malahan wajib untuk hak milik kekal selama-lamanya. PERKASA berharap kerajaan Negeri Perak tidak akan melupakan hakikat sejarah perjuangan ini.

Jika anggota keselamatan tersebut telah meninggal dunia maka kaum keluarga mereka wajib diberikan pengiktirafan melalui pemberian tanah hak milik kekal. Keluarga mereka ini masih melarat dirumah-rumah setinggan dan rumah-rumah pangsa sekangkang kera.

Janganlah mengharapkan hujan dilangit air tempayan dicurahkan. Kerana ingin mendapatkan sokongan politik sementara dari kaum lain maka perasaan anggota keselamatan dan kaum bumiputra umumnya dilukakan. Keputusan politik semasa yang silap boleh mengubah sejarah Negara yang akan datang. Ketika itu penyesalan tidak mempunyai apa-apa makna lagi.

PERKASA percaya jika permainan politik begini berterusan banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan ‘nyawa’ bangsa Melayu akan dikorbankan.


4. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tindakan kerajaan Perak memberi tanah kepada penduduk kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun sebagai luar biasa dan hanya berlaku ketika zaman penjajah.

Katanya, kerajaan Perak wajar mengkaji kesan negatif yang akan diterima daripada kelompok masyarakat di negeri itu jika pemberian tanah berkenaan untuk kepentingan politik kerana sejak negara merdeka, tempoh pajakan dan hak milik tanah hanya maksimum 99 tahun.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan Perak di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin mengkaji dan meneliti tindakan itu dengan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak.

"Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku pada zaman penjajahan Inggeris. Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya, bukan untuk mendapat kepentingan politik saja.

"Tambahan pula, apabila ada maklumat yang mengatakan bahawa tempoh pajakan untuk kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum, termasuk orang Melayu hanya 99 tahun.

"Oleh itu, Menteri Besar harus berhati-hati membuat kenyataan. Beliau harus membuat kajian teliti dan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pimpinan masyarakat sama ada yang menyokong kerajaan atau tidak," katanya dalam blog peribadinya, padapendapatsaya.blogspot.com.

Akhbar Sabtu lalu melaporkan cadangan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang dianggotai DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot tanah di kampung baru seluruh negeri.

Mohammad Nizar ketika menggulung usul pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dilaporkan berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Sementara itu, Persatuan Anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan meminta kerajaan Perak tidak meluluskan status hak pemilikan tanah selama 999 tahun kepada penduduk lot tanah di kampung baru di negeri itu.

Setiausaha Persatuan Anak Perak di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail, berkata jika kerajaan negeri meluluskan mana-mana tanah secara pegangan bebas, ia bercanggah dengan Seksyen 76 (aa) subseksyen (iii) Kanun Tanah Negara.

"Jika diluluskan, keputusan itu tidak sah dan ia boleh dibawa ke mahkamah untuk dibatalkan. Sebaliknya, jika dikeluarkan secara pajakan, ia terhad kepada tempoh maksimum 99 tahun dan bukan 999 tahun," katanya di sini.

Mohd Hilmi berkata isu berkenaan perlu difahami semua pihak kerana Malaysia adalah Persekutuan negeri di mana ada undang-undang yang dipakai oleh semua melainkan yang berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu.


5. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa orang Melayu di Perak yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun agar menuntut kepada kerajaan negeri itu untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka untuk 999 tahun.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu wajar dilakukan seperti mana pengurniaan hak milik kekal oleh kerajaan kepada penduduk kampung baru.

Tegas beliau, hak yang sama perlu diberikan kepada orang Melayu di negeri tersebut dan kerajaan pakatan pembangkang wajar melakukannya dengan adil tanpa mengira kaum.

Menurutnya, orang Melayu harus sedar tanpa tanah, nasib mereka tidak ubah seperti rakyat Palestin yang hilang negeri kepada rejim Zionis.

"Oleh itu, Perkasa menggesa orang Melayu di Perak memohon supaya tanah masing-masing dilanjutkan kepada 999 tahun, 'sediakan payung sebelum hujan' jangan pula nasib yang menimpa kepada rakyat Palestin akan berulang di negeri ini.

"Orang Melayu harus sedar tanpa tanah, hilang tanah maka hilang negeri seperti rakyat Palestin hilang negeri kepada Zionis," tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 30 Disember lalu, kerajaan Perak telah memberikan hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada 11 penduduk kampung baru di Kampung Kuala Rui, Gerik walaupun diarah menangguhkannya sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kurniaan itu adalah simbolik kepada keputusan kerajaan negeri menukar status pajakan kepada hak milik kekal untuk kampung baru dan kampung tersusun di negeri ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mencabar kerajaan Perak supaya semua permohonan yang dibuat oleh orang Melayu di negeri tersebut diluluskan kerana sebagai kaum pribumi mereka berhak.

"Sehingga hari ini, saya tidak dengar ada orang Melayu di kampung tersusun yang mendapat hak milik kekal tanah seperti mana di kampung baru," katanya.

"Adakah ini dinamakan kerajaan yang adil atau pun hanya untuk menjaga kepentingan politik supaya kaum Cina akan terus menyokong kerajaan negeri boneka Pas," katanya.

Katanya, rakyat Perak harus sedar tentang keadaan itu supaya apa yang berlaku kepada penduduk Palestin tidak berulang di negeri itu suatu masa nanti.


6. Kerajaan negeri Perak digesa supaya mengurniakan tanah pajakan 999 tahun kepada semua penduduk terutamanya orang Melayu sebagaimana yang diperoleh penduduk kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT).

Pengasas Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, langkah itu perlu bagi memastikan hak semua kaum khasnya orang Melayu tidak tergadai.

"Kita jangan terpedaya dengan mainan politik kerajaan negeri. Jika orang Melayu berasa hak mereka akan tergadai kerana tidak dapat hak milik kekal atau pajakan sehingga 999 tahun maka mereka mesti bertindak dan menuntut perkara yang sama daripada kerajaan negeri.

"Jika benar langkah kerajaan negeri memberi hak milik kekal itu mengikut undang-undang maka orang Melayu kena pandai jangan sampai terlepas peluang, kalau tidak maruah bangsa kita akan tergadai malah tidak ada tanah satu hari nanti," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas isu pemberian tanah hak milik kekal kepada 11 penduduk kampung baru di Kuala Rui, Gerik walaupun kerajaan negeri diarah menangguhkannya sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat keputusan.

Berikutan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa supaya orang Melayu di Perak yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun agar menuntut kepada kerajaan negeri untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka untuk 999 tahun.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu wajar dilakukan seperti mana pengurniaan hak milik kekal oleh kerajaan kepada penduduk kampung baru.

Sementara itu, bekas ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ramly Zahary berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengamalkan sistem pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua penduduk di negeri ini dan tidak memilih pihak tertentu dalam isu pemberian tanah hak milik kekal.

Katanya, semua rakyat Perak seramai 2.4 juta orang juga mempunyai hak yang sama dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Ini adalah kesan daripada kedegilan dan keingkaran kerajaan campuran negeri terhadap arahan MTN yang mahu pemberian tanah hak milik kekal ditangguh dahulu.

"Kerajaan negeri sangat yakin tindakan mereka itu betul dan tidak melanggar undang-undang maka sekarang kenalah mereka beri penjelasan kenapa penduduk lain tidak dapat hak milik kekal," katanya.

Ramly berkata, tindakan kerajaan negeri itu juga sebenarnya bakal mengundang padah lebih besar sekiranya geran hak milik kekal yang telah diberi kepada penduduk kampung baru itu tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan.

Katanya, apabila keadaan itu berlaku status tanah di kawasan kampung baru boleh dianggap sebagai kawasan setinggan kerana menduduki tanah kerajaan.

Beliau berkata, ini kerana 'keadaan istimewa' seperti mana yang terkandung di dalam Kanun Tanah Negara (KTN) langsung tidak membabitkan pemberian tanah kepada penduduk kampung baru atau RPT.

"Jika perkara itu berlaku (status setinggan) barulah kerajaan negeri tahu kesan daripada perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu yang selama ini dibuat demi kepentingan politik mereka sahaja.

"Sebab itu kelulusan hak milik kekal ini mesti mendapat persetujuan MTN dan Kerajaan Persekutuan supaya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara," katanya.

Seorang lagi bekas exco kerajaan negeri, Datuk Mohd. Radzi Manan berkata, Kerajaan Persekutuan perlu membuat satu ketetapan yang jelas sama dalam isu ini kerana tindakan kerajaan negeri sekarang adalah diluar keputusan MTN.

Kata beliau, buat masa ini hanya negeri Perak yang melaksanakan tindakan berkenaan manakala negeri-negeri lain tidak mengikut jejak langkah tersebut.

"Kerajaan negeri kata kelulusan itu diberi kerana 'keadaan istimewa' tetapi kalau kita fikir balik apa istimewanya kampung baru itu.


7. Ucapan bodoh Nizar:
Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memberitahu penganugerahan Hak Milik Tanah kekal kepada penduduk Kampung Baru adalah sebagai menunaikan janji dan penghargaan kepada rakyat kerana memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilhan Raya Umum yang lalu.

Beliau menyelar kerajaan UMNO-BN yang berusaha untuk memutar belitkan kenyataan di atas isu kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberi Hak Milik Tanah Kekal di Kampung-Kampung Baru.

"Memang diakui Pakatan Rakyat telah bersetuju menganugerahkan penduduk Kampung Baru memiliki Hak Tanah Kekal termasuk seperti yang dijanjikan pelbagai insentif dalam manifesto PRU-12 dahulu oleh Gabungan Parti Alternatif ketika itu.

"Sekiranya penduduk Kampung Baru dan Kampung Tersusun membuat pembayaran premium hak milik tanah kekal selama-lamanya, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan memperolehi aset pulangan sebanyak RM330 juta untuk diberikan kembali manfaat kepada rakyat dalam pembangunannya nanti.


8. Hak milik tanah pegangan kekal tidak boleh sewenang-wenangnya diberi kepada penduduk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru tanpa persetujuan Majlis Tanah Negara.

Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad.

Berikutan itu, katanya, cadangan kerajaan Perak untuk memberi hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk RPT dan kampung baru di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga Majlis Tanah Negara membuat keputusan.

"Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, ia tidak boleh dibuat secara sendirian, tetapi mesti melalui Majlis Tanah Negara.

"Sebagaimana kita sedia maklum, Majlis Tanah Negara diwujudkan mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menyelaraskan Dasar Tanah Negara supaya wujud keseragaman antara negeri," katanya.

Najib berkata, perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat berkenaan tetapi Majlis Tanah Negara membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi bagi membincangkan kertas kerja berhubung cadangan kerajaan Perak itu.

Sebelum ini, Mohammad Nizar berkata, pemberian hak milik tanah pegangan kekal itu akan diberi secara berperingkat kepada 110,000 pemilik iaitu 60,000 di RPT dan 50,000Kampung Baru membabitkan kawasan seluas 6,000 hektar.

Ditanya alasan yang diberi kerajaan Perak untuk berbuat demikian, Najib berkata: "Dia (Nizar) ada alasan, tetapi apa-apa pun tidak boleh bertentangan dengan Dasar Tanah Negara yang diputuskan oleh majlis."

Sementara itu, Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bertegas menyatakan cadangan kerajaan negeri itu mematuhi Dasar Tanah Negara dan boleh dilaksanakan.

"Kita ada kriteria yang dipanggil sebagai 'keadaan khas' untuk meluluskan pegangan sedemikian," katanya.


9. Bangsa lain dapat tanah 999 Tahun, Melayu dapat apa di Perak?
Ikuti komen orang ramai:

* Itu pun masih ada Melayu yg tak sedar diri. Masih dok sokong Nizar yg jadi 'Remote Control' DAP. Lepas solat Jumaat buatlah perkara baik bukan jadi samseng taik kucing!Nak jadi hero pergi la Gaza tlg rakyat Palestin, bukan terpekik2 maki Sultan. Wira2 Palestin tak gentar dgn peluru2 meriam Yahudi, tapi wira2 Pas kena tembak dgn pemedih mata FRU dah cabut lari... Lawak!!!

* Aku yakin la klo kerajaan Perak dibubarkan pon nizar tetap turun. Barua nizar yg dok kecoh 2 sket jer. tp sket 2 la yg paling ramai pon sbb depa nie bodoh2 belaka. asik dok jilat jubor nizar, lim, n kapal selam 2 jer maunye xbebal hahaha. tp org Melayu nie memang mudah lupa dan serba penakut. habis beranie pon dok buat kecoh cam 2 jer lah. aku rasa kerajaan dan majlis raja2 kne gne kekerasan sket kat puak2 gila pangkat dan degil nie.

* Orang lain dpt tanah.. org Melayu dpt taik je la.. sebab baring atas jalan raya.. terpekik mengutuk sesama sendiri.. pnyokong DAP tak nampak pun... orang Melayu yg berlebih-lebih.. yang brkuasa bukan diapun.. si apek tu juga... malanglah si lebai malang... ayam terlepas tangan bau taik...

* aku ingat nnti satu hari org melayu baru sedar bila bangsa lain jadi sultan & raja di tanah air sendiri.. sekarang ni memekaklah... keadilan konon.. kita sumer kena sedar bangsa lain ader cara halus utk buat kita merempat di tanah air sendiri kalu skrg masih kita tak sedar2..

* Ha ha ha... olang Malayu sedar punya jam aa sulah lambat maa. Sulah tak muleh bikin apa lagi. Sikalang suma tanah dulu cina olang celoboh sama TOL punya sulah nyadi milik kekal olang cinna. Olang malayu atak apa???


10. Dari awal lagi ramai kawan-kawan kita yang memberikan nasihat agar kita tidak bermain dengan isu tanah ini. Jangan cuba terlalu mencari populariti dengan orang Cina.

Tapi, kita terpaksa mengikut pandangan rakan yang tidak berapa ikhlas. Akhirnya, dengan kita sekali terbenam di dalam selut politik ini. YAB Nizar terpaksa berhadapan dengan derhaka politik yang terlalu menyedihkan.

Mungkin kita wajar mengundur diri dan tidak terlalu menjadi kalangan yang ‘gila talak’. Cuba muhasabah tentang kelemahan kita. Cari penyebab sebenar kepada punca kelemahan kita.

Kaji semula ‘persahabatan’ kita. Kaji semula ‘kerjasama’ kita. Tidak ramai orang Melayu di Perak yang dapat menerima betapa mudahnya kita memberi tanah kepada orang Cina selama 999 tahun.

Itu baru 11 bulan memerintah. Kalau 4 tahun – takkan kita bg tanah 4000 tahun. Nampak sangat kita ini sudah menjadi alat permainan politik bangsa Cina. Blog ini memang nak bersifat ‘baik’ dengan orang Cina; tapi tidaklah sampai maruah Melayu dihenyak ke bumi.

Ini dosa politik kita kepada orang Melayu di Perak. Kalaupun diaadakan pilihanraya – belum ada jaminan kita menang. Undi Melayu akan terpecah teruk. Dijadikan sebagai propaganda politik – kita akan berhadapan masalah dengan peti undi luar bandar.

Peti undi orang kampung. Yang masih sayang dan setia kepada Istana sebagai perlambangan kepimpinan Islam di negeri ini. Yang akan percaya bahawa kita sudah ‘menggadai’ maruah Melayu kerana terlalu bermain dengan politik orang lain.

YB Nizar jangan jadi kemaruk kuasa. Tidak perlu bermain dan jadi boneka lagi. Terima realiti politik bahawa kita sudah dimainkan rakan sendiri. Nizar sepatutnya tegas dalam isu tanah ini.

Jangan beri muka kepada DAP. Betul, kita terhutang budi – tapi gunalah hikmah dalam menggunakan ugutan balas. Kalau terlalu menekan; kami ada ruang untuk mencari jalan lain. Ini tidak. Terima bulat-bulat; sampai orang kampung yang minum di kedai kopi pun heboh mengatakan kita parti jual maruah Melayu.

Pengurniaan tanah selama 999 tahun inilah badi politik kepada PAS. Orang Melayu cukup marah. Tuanku Sultan juga kecewa. Di dalam majlis di Kuala Lumpur, Raja Dr Nazrin juga mengucapkan kekecewaan dengan hakikat ini.

Apakah dengan kekecewaan Sultan, kita boleh harapkan Tuanku Paduka Seri Sultan Perak menerima dan memihak kepada kita? Tipis harapan.

Istana Iskandariah akan menjadi saksi episod baru kepada politik Perak. Tanpa perlu menderhaka kepada Duli Tuanku, kita terimalah keputusan Tuanku. Jangan sampai kita menjemput ‘badi baru’ yang berjangkit.

Nau’zubillahi min zalik. Kita tidak wajar berhadapan dan bersikap kurang hemah dengan Istana lagi. PAS mesti pro-aktif dalam menerima realiti ini.
Kita teruskan perjuangan, dengan cara dan manhaj kita, insya’Allah.

Rabu, 27 Mei 2009

BACALAH SEKEJAP WAHAI BANGSAKU...

AKU tidak faham dengan mainan politik di Perak. Makin hari makin mencelarukan. Asalnya dari masalah yang kecil, tetapi telah diperbesar-besarkan oleh pemimpin itu sendiri sehingga ia merebak dan makin teruk.

Aku cuba mencari punca sebenar yang menyebabkan Perak jadi begini dan siapa yang memulakannya.

Sebelum itu, aku minta banyak-banyak maaf kalau jawapan yang aku berikan ini terkena kepada puak lain. Aku terpaksa nyatakan juga jawapannya kerana untuk memberi kefahaman kepada bangsa aku yang mahu faham.

Kalau ada juga bangsa aku tak mahu faham dan tetap dengan 'benang yang basah' aku tak dapat berbuat apa-apa. Hanya aku doakan semoga Allah akan memberi petunjuk kepadanya. Insya-Allah.

Kalian ingat tak mengenai sejarah negara kita ini? Berapa tahun negara kita dijajah? Hampir 500 tahun kan.

Siapa yang berjuang habis-habisan untuk menghalau dan mengusir penjajah daripada terus menakluk dan memerintah tanah air ini? Tentulah nenek moyang kita kan.

Ya, merekalah yang siang malam berjuang. Dengan ilmu persilatan yang dimiliki, mereka cuba berlawan dengan musuh yang bersenjatakan senapang, bom dan meriam. Akhirnya ramai kalangan nenek moyang kita gugur.

Mana yang lain ketika itu? Kenapa mereka tidak bersama nenek moyang kita menentang penjajah?

Mereka adalah puak yang cerdik. Ketika Jepun datang menyerang negara kita, mereka lari ke hutan. Mereka bersembunyi dalam gua, dalam tanah dan dalam rumah. Hanya nenek moyang kita yang berada di garisan depan.

Hampir 500 tahun negara di jajah. Akhirnya British dan Jepun menyerah kalah. Negara kita diberi status sebagai negara merdeka. Alhamdulillah.

Ketika itu, berbondong-bondonglah puak lain yang selama ini bersembunyi dalam hutan, dalam gua, dalam tanah dan rumah keluar menyambut kemerdekaan. Tanpa rasa bersalah sedikit pun, mereka bersorak menyambut kemerdekaan tanah air.

Kemudian golongan yang tidak sedar diri ini cuba mencetuskan huru hara sehingga sehingga tercetuslah peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Tragedi ini menyebabkan kita kehilangan ramai ahli keluarga.

Tidak lama kemudian keadaan kembali pulih. Kita hidup bersatu padu. Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi Malaysia dan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara.

Kini, setelah 51 tahun negara merdeka. Baru lima puluh satu tahun negara kita capai kemerdekaan, ada dalam kalangan orang-orang kita yang dipilih sebagai pemimpin oleh puak lain telah sanggup menggadaikan tanah air.

Mereka beri kepada puak lain mentadbir tanah ini untuk tempoh dua kali ganda daripada tempoh negara ini dijajah sebelum merdeka. Astarfirullah haazim. Gila ke apa ni?

Kalau kalian tidak percaya apa yang saya katakan, silalah rujuk ke halaman berikut:-

http://mylivingwall.com/v3/commentary-news-menu-70/6631?task=view

http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2009/02/mustafa-ali-pernah-tegur-nizar-beri.html

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/teliti_pajakan_tanah_999_tahun.html

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/puteri_bantah_beri_pajakan_999_tahun.html

http://www.pribumiperkasa.com/modules.php?name=News&file=article&sid=57

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7449

Aku tidak mahu mengulas lanjut. Cukuplah kalian melayari halaman yang aku paparkan itu untuk mencari jawapannya KENAPA SULATAN PERAK TIDAK IKUT TELUNJUK PAKATAN RAKYAT YANG DIKETUAI NIZAR JAMALUDDIN UNTUK MEMBUBARKAN DUN. SULTAN MENARUH HARAPAN KEPADA UMNO UNTUK MENGAMBIL SEMULA HAK MELAYU ITU.

Namun, walaupun aku berkata benar, tentu ada hantu-hantu Melayu dalam PR yang cuba untuk provokasikan artikel ini. Tentu mereka akan memberi alasan lain untuk membela kerajaan PR yang majoriti ADUNnya adalah puak lain, bukan puak Melayu.

Untuk makluman, kerusi BN di Perak ialah 28 kerusi, DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan Pas 6 kerusi. Dua kerusi daripada PKR sudah sertai Bebas dan satu kerusi dari DAP juga sertai Bebas.

Jika PKR dan PAS dicampur sekali pun, mereka tidak dapat menandingi jumlah kerusi yang diperoleh oleh DAP. Untuk mengatasi kemelut itu, hanya BN yang 95 peratusnya Melayu yang boleh memulihkan penjajahan di Perak.

Wahai saudara ku, cukuplah 500 tahun kita dijajah. Kenapa kita menyerahkan hampir 1,000 tahun pula untuk dijajah?

Isnin, 25 Mei 2009

Sedih Melayu Bodoh diperbodohkan

ASSALAMUALAIKUM...

Setelah beberapa komen yang saya siarkan, ada lagi beberapa komen baru yang menyusul dan saya tidak akan paparkan lagi sebab bahasanya amat berat.

Apabila membaca komen daripada orang Melayu kita, barulah saya dapat buat kesimpulan bahawa orang Melayu ni adalah spesies yang berani. Lebih berani dari Laksamana Hang Tuah.

Malangnya, kebanyakan orang Melayu kita hanya berani sesama sendiri. Mereka tidak berani untuk mempertahankan hak yang diperuntukan untuk diri sendiri. Tanah rizab yang sepatutnya dipajak selama 99 tahun telah dilanjutkan sehingga 999 tahun, saya ulangi: SEMBILAN RATUS SEMBILAN PULUH SEMBILAN TAHUN).

Tanah itu bukan diberikan pajakan kepada orang Melayu, tapi ORANG BUKAN MELAYU. Saya ulangi lagi: pajakan tanah selama 999 tahun itu diberikan kepada ORANG BUKAN MELAYU.

Sedangkan orang Melayu yang tinggal di tanah rancangan minta pajakan untuk mereka dilanjutkan sama tempoh selama 999 tahun tidak diluluskan. Saya ulangi: Orang Melayu minta tanah mereka usahakan dilanjutkan sehingga 999 tahun, TIDAK DILULUSKAN.

Ini semua gara-gara pemimpin Melayu yang telah mengabdikan diri kepada orang bukan Melayu.

Jadi tidak hairanlah, kalau setiap kali tulisan saya ada menyindir pemimpin Melayu berkenaan, pengikut fanatiknya sanggup membela pemimpin mereka. Sepatutnya, mereka bersetuju dengan pandangan, pendapat dan nasihat saya kepada pemimpin itu agar tidak sekali-kali menggadai tanah Melayu kepada BUKAN MELAYU.

Inilah orang Melayu bodoh. Saya ulangi: Melayu BODOH. Orang bukan Islam mencabar orang Islam yang nak laksanakan negara Islam, dibela habis-habisan. Tapi kalau sesama Melayu dihentam, dikeji dan dicaci.

Melayu apakah ini? Inilah Melayu BODOH. Melayu ini tinggal di sebuah negeri berhampiran utara.

Saya sedih, apabila ada Melayu sanggup menjadi hamba kepada bukan Melayu. Saya sedih apabila ada Melayu sanggup untuk tidak mempercayai Melayu. Saya lagi sedih apabila ada Melayu rela serahkan harta rakyat kepada bukan Melayu. Lagi sedih apabila ada Melayu lebih rela tengok Melayu mundur.

Jadi, komen yang saya paparkan di bawah ini adalah komen yang dizahirkan oleh Melayu bodoh yang tidak bersetuju dengan tulisan saya mengenai kemelut politik di Perak.

Cerita detail mengenainya akan saya paparkan dalam sehari dua lagi. Insya-Allah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menyedarkan Melayu bodoh ini.

lagi komen utk Yeop

March 25, 2009 9:09 pagi
Subject: Kesian yeop,ingatkan 'terror' benar. Ikrar Ridzwan, perjanjian hudaibiyah dilakukan di luar dunia ke? di dalam bangunan ke?, tak ape yeop, belajarlah dari kebodohan sendiri.. NAN TOLO..

Jumaat, 22 Mei 2009

Lagi komen pasal 7 Minit

NASIHAT kepada Penolong Editor Edisi Perak, Manzaidi Mohd Amin yang berjiwa merdeka ini agar tidak menggunakan pendapatnya dan peluangnya selaku kakitangan mencemuh sebuah parti politik seolah-olah jurucakap bagi pihak parti politik.
Manusia bukan maksum, ada nafsu akal terpulanglah kepada mereka asalkan sumber halal. Apa nak dihairankan nelayan dan petani pun pakai Mercedes. Saya meluahkan bukan kerana politik, tetapi salah guna kuasa kakitangan akhbar bersuara mewakili parti politik baik BN atau PR tidak kepada umum.
Apa akan jadi kiranya laporan tidak tepat dan sesi saman menyaman berlaku siapa yang rugi. Renung-renungkanlah dan muhasabah diri, terimalah ini sebagai nasihat kerana seramai mana yang beriman dengan kata-kata kita semata-mata agar membenci satu puak yang perjuangkan Islam dan orang-orang yang dipesongkan kita tadi lari dari jemaah mereka, maka nak tahu hukuman tanya orang alim. - W’alam TOK SIAK.


KENYATAAN Manzaidi Mohd Amin dalam akhbar Sinar Rabu 20 Mei, "tentang isu khalwat dengan isteri orang".
Saya tahu siapa orang yang dimaksudkan, tapi apa yang berlaku kepada tuan punya badan adalah fitnah semata-mata, bagaimana jika Manzaidi sendiri pergi ke hotel dikhabarkan ada orang nak berjumpa, sampai ke bilik hotel, apa yang dilihat wanita yang tak dikenali berpakaian seksi, kemudian tak sampai 10 saat, datang pula pencegah maksiat.
Beginilah cerita sebenar kes khalwat Mat Sabu. Tak payah nak timbulkan isu yang tidak benar. Padahal ramai pemimpin BN yang berzina, sampai ke Danok pun ada.


BENAR apa yang ditulis oleh Manzaidi Mohd Amin di ruangan 7 minit beberapa hari lepas bertajuk ‘Sagu hati atau politik wang dalam Pas’. Katanya papan tanda ‘Membangun bersama Islam’ dan lain-lain sudah lusuh, namun tidak diambil endah oleh pihak berkenaan.
Katanya, dahulu pemimpin Pas pakai Proton Saga, namun kini Mercedes dan BMW pula. Jika benar, inilah yang dikatakan bertuhankan nafsu di negara. - ANTI KEMARUK, Tumpat


SETUJU dengan Penolong Editor Edisi Perak, Saudara Manzaidi Mohd Amin di ruangan 7 minit. Cuma pemimpin Pas pandai makan pandai simpan. Bukan seperti BN, siapa yang disyaki terlibat tentu heboh. Itulah sebab pemimpin PR semakin angkuh sebab mereka merasakan semua yang baik sudah tentu datang dari mereka. - TEGUR DARI HATI, Pasir Mas.

Rabu, 20 Mei 2009

Mengenai manzaidi

Layari http://anwaribrahimblog.com

lu bikin gua lagi panas
Feb 23rd, 2009 at 9:03 pm


Sudah jadi lumrah AMNO mana ada kes yang akan dihebuhkan kalau ianya boleh menggugat kepimpinan AMNO dan Barisan Nasional, kecuali, Surehebuh kalau terjadi kat pembangkang.

Itu nasib dia lah berlaku kat negara luar negara, kalau berlaku kat Malaysia mampus hidup balik gerenti tak kan keluar punya. GERENTI DI JAMIN OLEH AMNO BARISAN NASIONAL.

Cerita anak pengurusi SPRM kena tangkap pasal seludup bahan lucah kanak-kanak bawah umur ini disiarkan ABC News pada 8 feb 2009 lagi,bukan akhbar kat Malaysia tak tahu tapi pasal kes itu melibat anak pengerusi SPRM yang mewakili komponen Barisan Nasional tak keluar lah ceritanya.

Akhbar yang agak neutral sikit seperti Sinar pun tak berani nak keluar apasal.. tak tahu lah pula. Mungkin mereka belum menerima apa-apa berita lagi tak? atau nak jaga periuk nasi kut!

Apa kata Ketua Pengarang Jalil Ali, tarak berani ke? Saya nak tengok gak Manzaidi punya komen, jangan kalau kat Anwar Ibrahim, pimpinan Pakatan Rakyat laju semacam saja.

Ini baik punya story ole-ole dari Australi. Lebih 2 minggu cerita budak Shauqi ITU kena tangkap tak kan tak perasan kot. Leceh la lagu ni Pak Jalil. Tak lengkap dan tak menyinar lah berita Sinar kalau wat lagu ni!

Ulasan blogger pada 7 Minit

Layari http://waadat.blogspot.com/2009/05/manusia-biasa.html

Wednesday, May 20, 2009
Manusia biasa

Demang tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Manzaidi Mohd Amin, Penolong Editor Sinar Edisi Perak, hari ini. Pengalaman beliau selama 25 tahun menjadi wartawan mewajarkan beliau memberikan pandangan terhadap ahli politik di Malaysia, tidak kira pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Beliau secara santai menyentuh realiti yang berlaku di Kelantan. Kenapa Kelantan? Padahal negeri yang paling bergolak sekarang ialah Perak, Selangor, dan Pulau Pinang?

Pada hemat Demang, beliau menceritakan perihal di Kelantan kerana negeri itu sudah lama dikuasai oleh PAS.

Menurut pemerhatian Manzaidi, pada peringkat awal PAS menguasai Kelantan kebanyakan wakil rakyatnya bersikap sederhana.

Hari demi hari, tahun demi tahun dan penggal demi penggal telah berlalu. Pemimpin PAS juga manusia biasa. Maka sudah ada yang menukar jubah kepada kot. Sudah ada yang menggantikan serban dengan kopiah dan ada juga yang menanggalkan terus kedua-duanya.

Kalau dulu berkenderaan sederhana, kini sudah berkereta mewah. Malah sudah ada yang berkahwin di luar negara serta terlibat dengan kes cerai berai macam artis. Siap dengan cerita sensasi.

Barangkali ramai yang belum lupa kes pemimpin PAS ditangkap khalwat dengan isteri orang. Pendekata, apa yang diumpat pada UMNO suatu masa dulu, itu jugalah yang dilakukan oleh PAS kemudiannya.

Mutakhir, budaya rasuah sudah mula berlegar dalam kalangan perwakilan PAS. Sebenarnya ia sudah lebih awal berlaku semasa kempen PRU-12 melibatkan para pengundi luar.

Memanglah semua parti memberi duit tambang kepada pengundi yang pulang ke kampung tetapi jumlah yang diberi oleh PAS agak lumayan dan dipastikan agar melebihi daripada yang ditawarkan oleh UMNO.

Setakat tambang, mungkin boleh dirasionalkan walaupun Demang kurang setuju. Tapi bila Tok Guru kata 'orang bagi kita ambil' maka siapalah Demang untuk menongkah fatwa beliau.

Itu mengenai PAS. Bagaimana agaknya pemimpin PKR 1-2 penggal lagi? Setakat ini sudah ada MB yang 'bersedekah' dengan duit kerajaan. Sudah ada YB yang menerima 'sedekah' seks.

Sudah ada exco yang tidur telanjang dan dikatakan ditemani oleh teman lelaki berbangsa Melayu.

Bagaimana pula dengan media PKR? Kelmarin anak Raja Petra sendiri terlibat dengan jenayah. Tian Chua sendiri mengaku memalsukan gambar Najib.

Demang paparkan di sini bagi kita sedar bahawa pemimpin juga manusia biasa walau memakai lambang yang berlainan.

Pemimpin PAS yang asalnya ikhlas berjuangpun boleh 'lupa daratan'. Inikan pula pemimpin PKR yang asalnya daripada UMNO. Penubuhan PKR pun kerana mempertahankan Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO kerana salahlaku seks.

Yang kita risaukan, apabila berlaku perubahan, maka prosesnya bukan boleh selesai dalam masa sehari dua. Tidak juga boleh beres dalam masa setahun dua.

Maka ada yang terlajak bicara, berlakulah pertelingkahan. Ada yang terlanjur laku, tercetuslah pergaduhan. Ada yang terlebih aksi, berbalah lagi. Ada yang berdemonstrasi yang boleh mengundang huru-hara.

Fikir-fikirkanlah.

7 minit

Sagu hati atau politik wang dalam Pas

Nak kata lama, tidaklah juga. Tetapi ada orang tanya berapa lama saya dah bekerja dalam bidang kewartawanan ni, saya hanya mampu jawab, “Baru nak masuk 25 tahun.”

Saya tanya pula, “Kenapa?” Katanya, saja nak tahu kot-kot saya tahu hal-hal politik terutama mengenai Pas di Kelantan.

Saya tanya lagi, “Nak tahu pasal apa mengenai Pas? Pasal perangai. Prestasi wakil rakyatnya. Pasal sikap mesra, ego, sombong, kedekut, pemurah, baik hati mereka atau pasal apa?” Katanya, “Pasal apa saja yang Encik Man tahu’.

Saya kata, pada awal Pas mengambil alih Kelantan daripada Barisan Nasional (BN), ketika itu bawah pimpinan Tan Sri Mohamed Yaakob, banyak perubahan telah dilakukan.

Pertamanya, mengharamkan mak yong, menora, wayang kulit, main puteri, panggung wayang wajib pasang lampu, kaunter bayaran diasingkan lelaki perempuan.

Papan tanda ‘Membangun Bersama Islam’ dinaikkan di merata tempat. Papan tanda ‘Alhamdulillah’, ‘Subhanallah’, ‘Masya-Allah’ dipasang sepanjang jalan raya dari Jeli ke Kota Bharu sampai ke Gua Musang. Sekarang sudah pun lusuh tak berganti baru. Agaknya mungkin mereka ingat pengguna dah hafal perkataan itu.

Wakil rakyatnya pula hanya pandai sebut ‘Insya-Allah’ setiap kali rakyat tanya hal-hal berkaitan masalah. Alasan ‘Maaf ana puasa hari ini’ pula sering diucapkan setiap kali melintas kedai kopi. Takut kena belanja.

Itu dululah pada awal pemerintahan Pas tahun 1990-an. Sekarang sudah jauh berbeza. Dulu pakai kereta nasional Proton Saga saja, kini sudah tukar Honda Accord, Civic, Camry, Vios, Mercedes dan BMW. Yang pakai motosikal kuasa tinggi pun ada.

Kalau dulu majoriti pakai serban, hari ini dah pakai kopiah. Yang tak pakai dua-duanya pun ada. Begitu juga dulu ramai pakai jubah, hari ini tidak sedikit yang tukar ‘style’, sudah pandai pakai kot dan bertali leher. Cuma mereka belum pandai pakai ‘bow’. Dan tak mungkin pakai.

Moral kepada cerita yang saya nak beritahu ini ialah pemimpin Pas juga manusia biasa. Mereka tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Mereka pun ada cita rasa besar. Ada nafsu dan keinginan mencuba.

Kalau tidak, masakan dulu rumah kecil, sekarang dah besar. Kalau tidak masakan timbul isu khalwat dengan isteri orang di sebuah bilik hotel dan dicekup si suami kepada pasangannya dalam kabin kereta api.

Itu hanya beberapa cerita ringkas mengenai keruntuhan moral pemimpin Pas yang dapat saya paparkan sebagai contoh. Ada banyak lagi isu dan kes. Yang kahwin dua, tiga tak usahlah nak cerita lagi.

Yang kahwin di luar negara pun ada. Maknanya apa yang berlaku pada orang lain, berlaku juga pada mereka.

Kalau orang lain beri jawatan tinggi pada anak menantu, dalam Pas pun ada anak menantu pegang jawatan tinggi juga. Pendek kata sama saja. Tak boleh tuding pada orang lain. Pada diri sendiri pun berlaku.

Jadi, kalau hari ini timbul cerita ada segelintir pemimpin Pas mengamalkan politik wang atau rasuah, sogok atau sewaktu dengannya, saya tidak terkejut. Sebab sebagaimana saya kata tadi, mereka pun manusia juga.

Mereka ada keinginan nak bertanding dan rebut jawatan lebih tinggi dalam parti. Untuk pastikan hasrat itu jadi kenyataan, mereka akan lakukan apa saja termasuk main politik wang, rasuah, beri hadiah, beri ‘sedekah’ dan sogok dengan niat nak dapat undi dan menang. Itu yang berlaku dalam Pas sejak dulu. Cuma mereka bijak menyembunyikan tudung periuk nasi yang sedang menggelegak. Siaran 20hb Mei 2009

Jumaat, 15 Mei 2009

Berpisah juga kita...

Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan, walaupun kita tidak pernah sedar kita telah melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan pasangan kita, rakan kita berkecil hati.

Sebagai manusia juga, kita harus bersikap terbuka dan tidak lokek untuk meringankan mulut melontarkan nasihat, pandangan ataupun teguran agar pasangan kita atau rakan kita yang melakukan kesalahan itu, tidak lagi mengulangi kesilapannya.

Amatlah sedih dan sukar untuk digambarkan, setelah lama berkawan, tiba-tiba berlaku satu kejutan...iaitu 'PERPISAHAN'.

Aku doakan kau bahagia di sana. Innalillahi wain ilaihi rajiun...

Selasa, 12 Mei 2009

Kesian Siva...tak sia-sia kamu


SETELAH tiga jam duduk di kerusi Speaker DUN, akhirnya Sivakumar terpaksa diusung dan diheret dari tempat duduknya oleh polis berpakaian preman dan Bentara DUN.

Dengan keadaan kepala ke depan, kaki terheret ke belakang, Sivakumar dibawa ke luar dari Dewan kerana mengingkari arahan kerajaan baru yang ketika itu mencadangkan R.Ganesan sebagai Speaker.

Sivakumar ada hak untuk tidak meninggalkan kerusi Speakernya. Bukan dia gila kuasa atau kemaruk hendakkan kerusi teratas dalam susunan Dewan itu. Dia enggan berganjak kerana dia menganggap dia adalah Speaker yang sah, yang dilantik selepas PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.

Tetapi kerana kerajaan baru pimpinan Dr. Zambry agak angkuh ketika itu, berlakulah peristiwa tengking menengking, sepak menyepak, tendang menendang, baling membaling, pulas memulas, siku menyiku dan macam-macam aksi lagi.

Bagaimanapun, berkat kesabaran Siva, akhirnya apa yang dia pertahankan ketika dalam Dewan Khamis lalu adalah hak dia.

Tetapi agak berbaloi juga, selepas naik kematu punggung duduk diam atas kerusi Speaker dan diheret macam bangkai, akhirnya hak dia kembali kepada dia.

Tahniah Nizar... Cuba lagi Zambry


PERTAMA-tama sekali MZ nak ucapkan tahniah kepada Mohammad Nizar. Dia kini Menteri Besar Perak yang sah. Itu yang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan kelmarin.

Dengan keputusan itu juga secara tidak langsung menafikan hak Dr. Zambry yang diperkenankan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebagai menteri besar setelah berlaku kegoyahan dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila tiga ADUNnya lompat parti, sertai Bebas.

Dengan tindakan tiga ADUN itu menyebabkan PR mempunyai 28 kerusi iaitu sama dengan kerusi yang dimiliki ADUN Barisan Nasional (BN). Cuma sekarang ini tiga ADUN Bebas telah menyatakan sokongan kepada BN. Menjadikan suara BN di Perak kini ialah 31.

Kalau ada sebarang usul yang dibangkitkan sudah tentu barisan kerajaan (PR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menghadapi kesukaran kerana tidak mendapat dua pertiga undi. Ini kerana kalau 28 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas tidak bersetuju, maka kerajaan negeri tidak boleh meluluskan sesuatu usul berkenaan.

Inilah kesukaran baru yang akan dihadapi kerajaan Perak selepas ini. Pendek kata, kemelut terus berkemelut. Tidak akan ada jalan penyelesaian selagi pilihan raya baru diadakan.

Ada yang bertanya, kalau Sultan Perak tidak berkenan, sudah tentu DUN tidak boleh dibubarkan. Itu betul. Tetapi Nizar boleh panggil sidang DUN tergempar dan kemukakan usul undi tidak percaya kepadanya sebagai menteri besar. Dengan itu, terbubarlah secara otomatik DUN Perak dan nak tak nak, pilihan raya negeri terpaksa diadakan.

Di situ rakyat akan buat pilihan. Mereka akan pilih calon wakil rakyat untuk mengisi 59 kerusi DUN. Kalau PR dapat 30 kerusi, maka PR akan mentadbir negeri itu. Kalau dapat 29 kerusi, kalahlah. Kena jadi pembangkanglah.

Pilihan rayalah ubat atau penawar kepada pergolakan besar di Perak sekarang. Selagi doktor tidak menggunakan ubat itu, selagi itu Perak akan terus bergolak seperti Palestin-Zionis.

Sabtu, 9 Mei 2009

You understand that...

HAMPIR semua media cetak dan elektronik memaparkan gambar yang menunjukkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah membisikkan sesuatu kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sambil diperhatikan Datuk Ngeh Khoo Ngam.

Gambar itu dirakamkan ketika sidang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 7 Mei lalu.

Sebagai pembaca, tentunya mereka tertanya-tanya apa gerangan atau butir kata yang dituturkan Tuanku kepada Mohammad Nizar. Ada yang kata, Tuanku menasihatkan Mohammad Nizar supaya bersabar. Ada yang kata Tuanku meluahkan rasa simpati kepada bekas Menteri Besar itu.

Nizar pula dengan bohongnya mengatakan: “Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik ."

Sebenarnya, inilah kenyataan Tuanku Raja Dr. Nazrin Shah yang kedengaran dengan jelas melalui pembesar suara.

“I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand? So.. go and tell that...”

Isnin, 4 Mei 2009

Agama anak: Keputusan Kabinet tindas saudara baru

Oleh: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
(Pensyarah Bahagian Pengajian Islam USM)


INTIPATI MENARIK:- Keputusan kabinet lebih dipengaruhi perkembangan politik.
- Menakutkan mereka yang ingin menganut Islam.
- Jangan gadai masa depan dan keharmionian Islam hanya kerana undi
- Saudara baru tidak dapat layanan sepatutnya.
- Badan agama jangan asyik sibuk dengan lawatan dan mesyuarat.
- Sidang fatwa segera bagi isu dakwat pilihan raya, kenapa tidak isu ini?

Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;

1. Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.

2. Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

3. Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.

4. Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.

5. Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.

6. Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.

7. Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.

8. Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.

9. Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.

10. Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.

11. Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.

12. Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.

13. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...