Selasa, 30 Jun 2015

Tak cukup 24 jam sehari? Dunia terima ‘bonus’ satu saat hari ini

Pada hari ini International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar. - Foto The Solstice Blog
Pada hari ini International Earth Rotation and Reference Systems (IERS) yang berpangkalan di Paris dan berfungsi sebagai badan pemantau putaran bumi akan menyeragamkan waktu piawaian dunia (UTC) mengikut kadar putaran bumi yang sebenar. - Foto The Solstice Blog

Hari ini waktu harian di seluruh dunia akan bertambah satu saat berikutan fenomena dikenali sebagai "Saat Lompat" atau "Leap Second".

Menurut Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mastor, ini bermaksud waktu keseluruhan pada hari ini akan menjadi 24 jam satu saat.

Beliau menarik perhatian bonus satu saat ini adalah berikutan faktor kadar putaran bumi di atas paksinya yang semakin perlahan.

Jumaat, 26 Jun 2015

Tumbukan silat Melayu tumpaskan Bruce Lee

Ramai generasi muda sekarang seakan lupa sebenarnya seni Silat Melayu lebih dihormati dan mempunyai kuasa yang lebih hebat berbanding seni kung fu. Penulis sendiri telah bertemu dengan salah seorang mahaguru silat gayung untuk mendengar sendiri kisah pertarungan antara Bruce Lee dengan Dato Meor Rahman.

Semuanya bermula pada 1970, bila Dato Meor mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka Jepun. Semasa di Osaka inilah Seni Silat Gayong dan Dato Meor Rahman mendapat liputan media yang sewajarnya dan mula dikenali ramai. Bermulalah cabar mencabar bertitik tolak daripada Osaka Jepun.

Pada tahun 1972, anak murid Bruce Lee datang untuk cabar Dato Meor di Taiping. Selepas itu Bruce Lee bertemu sendiri dengan Dato Meor di Hong Kong pada tahun 1973.

brucelee

Sabtu, 20 Jun 2015

Saya tidak perlu risau kerana saya tidak mencuri duit sesiapa - TMJ

Assalamualaikum w.b.t

Saya sedar ini adalah laman rasmi bola sepak negeri Johor. Bukan laman politik mahupun agama, akan tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pengetahuan dan fakta kepada rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang saya hormati.

Baru-baru ini saya dapati ada beberapa komen yang negatif dan kurang arif daripada sesetengah individu berkenaan gambar bot saya yang dimuat naik oleh laman JOHOR Southern Tigers.

Ada terdapat beberapa pihak yang selalu menanyakan berkenaan hal duit rakyat. Oleh itu izinkan saya menggunakan ruang ini untuk memberi maklumat yang tepat serta ringkas dan anggaplah ini sebagai satu pelajaran yang boleh menambahkan pengetahuan berkenaan fakta Kesultanan Negeri Johor.

Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1885 beserta kerajaan dan perlembagaan sendiri sebelum wujudnya kerajaan persekutuan yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan untuk pengetahuan juga, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) ditubuhkan pada tahun 1886.

Berkenaan isu duit rakyat yang dibangkitkan oleh individu-individu yang kurang arif ini, saya akan membuat kenyataan hari ini yang mana rakyat Johor boleh baca dan faham untuk disampaikan kepada generasi yang akan datang sehingga ke cucu cicit kita.

Untuk makluman semua, Kesultanan Johor pernah melanggar perlembagaan kerajaan negeri Johor pada tahun 1899 kerana ketika itu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar menolak gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor ketika itu, dimana dana tersebut disalurkan kepada tabung yayasan yang sekarang ini dikenali sebagai Yayasan Iskandar, dengan Almarhum bertitah "Sebagai Raja dalam negeri ini, aku tak patut ambil duit rakyat aku".

Dan objektif yayasan ini adalah untuk kerajaan negeri membantu rakyat negeri Johor yang memerlukan.

Sehingga hari ini, Yayasan Iskandar digunakan untuk pembiayaan pembelajaran, untuk menunaikan haji, menaik taraf kemudahan sekolah-sekolah agama dan lain-lain lagi.

Segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datang daripada estet getah dan kelapa sawit sejak zaman DYMM Almarhum Sultan Ibrahim sehinggalah kini, yang mana sekarang ini dikendalikan oleh MADOS.

Saya tidak perlu dedahkan berapa jumlah zakat yang DYMM Sultan dan saya telah salurkan setiap tahun. Perkara ini saya bangkitkan kerana ada sesetengah individu yang bodoh sombong, kurang arif dan tidak boleh diajar lagi.

Segala elaun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor kepada saya sejak saya menjadi Raja Muda sehinggalah sekarang disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan daripada ayahanda saya sendiri.

Ini bukan untuk membangkit tetapi hanya sekadar untuk memberi maklumat ringkas sejarah Kesultanan Negeri Johor.

Lagi sekali kepada individu-individu yang kurang arif sebelum membuat kenyataan, kaji dan belajar dulu sebelum membuat kenyataan yang boleh mengaibkan diri anda sendiri.

Saya tidak perlu risau kerana saya tidak mencuri duit sesiapa.

Akhir kata,

"Janganlah cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya.

Janganlah cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya.

Janganlah cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui pelbagai rintangan untuk menghargainya."

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
...................................................................................................
Assalamualaikum w.b.t
I am aware that this is the official website of Johor football, not a political nor religious website. However I wish to take this opportunity to educate and inform the rakyat of Johor and every Malaysian.
Recently I noticed several negative and misinformed comments from some individuals about pictures of my boat which was uploaded by JOHOR Southern Tigers.
There have always been several quarters who questioned the issue of the rakyat's money. I therefore wish to use this space to give the correct and concise information which can be treated as useful knowledge in understanding the Johor royalty.
Johor was established in 1885 with its own government and constitution even before the formation of the Federal Government in 1957. In addition, the Johor Military Forces was established in 1886.
With regards to the rakyat's monies which is questioned by these misinformed individuals, I am making this statement today so that Johoreans may read and understand so that they can inform future generations.
For everyone's information, the Johor royalty had once breached the state constitution in 1899 when DYMM Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar had rejected his salary as Sultan which was allocated by the Johor state government at that time. The funds were thus channelled to a trust fund now known as Yayasan Iskandar, whereby Almarhum then decreed "As Ruler of this state, I should not take my rakyat's monies". Therefore the objective of that trust is for the state government to assist the Johor rakyat where needed.
Till today, Yayasan Iskandar is used for funding education, Haj pilgrimages, upgrading facilities at religious schools etc.
All proceeds and income of the Johor royalty is derived from rubber and oil palm estates since the time of DYMM Almarhum Sultan Ibrahim till today, which is now managed by MADOS.
I don't need to disclose how much zakat that has been paid by DYMM Tuanku and myself every year. I am raising this issue since there are some people who are ignorant, disillusioned and incapable of accepting the truth.
All allowances allocated to me by the Johor government since I was appointed as the Raja Muda till today has been channelled to Yayasan Iskandar and whatever I have now are gifts from my own father.
This information is mainly for giving a brief summary of the history of Johor royalty.
Once again, to those misinformed individuals, before making any sweeping statements, please do your research and get your facts correct first rather than embarrass yourselves later.
I am not worried as I have never taken anyone's money.
'Don't envy my smile, it took a lot of tears to earn it.
Don't envy my love, it took a lot of pain to grow it,
Don't envy my life, I've gone through so much to appreciate it.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Pemikiran pemimpin PAS bahaya kepada parti, negara, kata Mat Sabu

PAS kini mula mengikut trend "bahaya" di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin "progresif" dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan "takfiri" itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.


"Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

"Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka," katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider.

Tok Janggut menentang kerana cukai tinggi dikenakan kepada rakyat..!!!






TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN
(i) Latar belakang
– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga

Jumaat, 19 Jun 2015

Mt Orkim Harmony: Semua Kru Dibebaskan - APMM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.

"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata perampas bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. -- BERNAMA

Musa Hassan dedahkan Najib dan Menteri memperkudakan polis..


Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekarang... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

Khamis, 18 Jun 2015

Mayat Aktres Korea, Jung In Ah Ditemui Hancur

.
Selepas tiga hari hilang, nasib pelakon dan model cantik Korea, Jung In Ah akhirnya diketahui umum tetapi dengan berita yang cukup menyayat hati.

Aktres 35 tahun ini ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada Selasa lalu sekaligus berita menyedihkan itu menarik perhatian ramai peminatnya di Internet.  

Menerusi laporan beberapa media Korea menyebut Jung In Ah atau nama sebenarnya Jung Hye Young melakukan aktiviti payung terjun atau 'skydiving' pada 13 Jun lalu di daerah Goheung yang terletak di wilayah Selatan Jeolla, Korea.

Donald Trump mahu tanding jawatan Presiden AS

Post Pic
 
NEW YORK: Taikun hartanah, Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa beliau mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) dan berjanji akan menjadikan negara itu kembali sebagai yang terbaik.
 
"Saya secara rasminya mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat dan kita akan berusaha menjadi negara kita kembali terbaik," katanya ketika berucap di Trump Tower di sini.
 
Hartawan berusia 60 tahun itu dianggap sebagai calon 'wildcard' dalam keadaan di mana ramai pesaing untuk merebut jawatan presiden pada 2016.

PR sudah tiada, Pulau Pinang tetap kerajaan negeri - Guan Eng

Post Pic
 
Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan kerajaan negeri Pulau Pinang tetap berfungsi seperti biasa.
 
Itu penegasan yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengulas kemelut yang dihadapi antara DAP dan PAS kebelakangan ini.
 
"Exco memutuskan bahawa tindakan mengejut kepimpinan baru PAS dan Muktamar PAS menerima usul tanpa bahas agar memutuskan hubungan dengan DAP, bukan sahaja telah putuskan hubungan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga mengakibatkan Pakatan Rakyat(PR) tidak wujud lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 

Isnin, 15 Jun 2015

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA - TMJ


Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
------
MESSAGE FOR MALAYSIANS
Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who has been entrusted with the responsibility to not blame the people for losing trust and confidence in them, but think of why the people no longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?

You are a minister, not a God from the heavens who lord above everybody. Do not think the people of this country exist to provide you with position and wealth, but the position exists for you to serve the people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the country that they have a responsibility to serve the people, and for this, I am attacked.

In the new world order, I envision a future that every person has a right to voice their opinions. However, that is not the case in Malaysia today, where ministers think they are untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is right, rather than be loved for defending what is wrong.

I am not a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the strings. Johor only has place for those who want to serve the people, not for those who want to garner votes for their own interests.

There will come a time, when the Johorean people must decide what is best for us and our future generations. Decide and unite we will, as Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the government, but to ensure the well-being of my people.

I never told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows your arrogance to the people. Alhamdulillah, I have been blessed with a comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number one, the people are smarter than that, and they can think for themselves.

Do not use me to divert the attention from national issues. This country needs politicians who are clean and transparent, who carry out their duties with sincerity and integrity.

-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.

Ahad, 14 Jun 2015

Senyuman TMJ undang tanda tanya

TMJ

PETALING JAYA: Aksi spontan visual Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang dimuat naik di laman Facebook Johore Southern Tigers menimbulkan tanda tanya.

Dalam rakaman visual pendek yang berdurasi 17 saat, menunjukkan Baginda sedang merenung sesuatu dan sejurus selepas itu, Baginda mengangkat tangan seolah-olah memanggil seseorang supaya datang.

Rakaman tanpa audio itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut Baginda.

"Setengah Menteri sekarang dah tiada rasa hormat dgn Kerabat di Raja. Mintak Tunku halau jek menteri mcm ni dari masuk ke Johor dengan Ahmad Maslan sekali," komen Nasrulhadi Noh.

Kenyataan itu merujuk kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini terhadap Baginda.

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan belasah secara lisan dia," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu yang dipetik daripada The Star Online.

Kenyataan itu merujuk beberapa komen Tunku Mahkota Johor terhadap senario politik negara, termasuk pembatalan program Dialog Bersama PM 'Nothing2Hide'.

Media antarabangsa dakwa Ku Li bakal ganti Najib

kuli,najib
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh.

Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara.

Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Tun Daim Zainuddin, rakan baik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jumaat, 12 Jun 2015

Gelar DAP ‘perempuan’, tidak yakin putus hubungan dengan PAS – Nik Abduh

NIK ABDUH PAS

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melancarkan serangan balas kepada DAP dengan menyindir parti itu sebagai ‘perempuan’.

Menurut beliau, DAP dilihat seakan tidak yakin untuk memutuskan hubungan dengan PAS walaupun kerap kali mengkritik dan menghentam parti Islam berkenaan.

Malah, beliau turut mencabar DAP untuk menjadi lebih ‘jantan’ dengan mengambil keputusan jelas berhubung kerjasama politik yang terjalin melalui tahaluf siayasi itu.

Enjin pesawat terbakar, MH148 terpaksa mendarat cemas

Enjin pesawat terbakar, MH148 terpaksa mendarat cemas
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH148 hari ini mengalami kebakaran enjin sebelum membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne.

Pesawat Airbus 330 yang dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur itu membuat pusingan beberapa kali di udara untuk membuat pelepasan minyak sebelum ia mendarat.

MAS telah mengesahkan penerbangan MH148 itu telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne.

Khamis, 11 Jun 2015

PasMa sedia terima pemimpin PAS kalah, mesyuarat 13 Jun

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)  sedia menerima pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada muktamar lalu untuk menyertai NGO itu sekiranya PasMa menjadi sebuah parti politik.
Presidennya, Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi, entiti Pasma sama ada sebagai NGO atau parti politik akan diputuskan melalui satu mesyuarat yang diadakan 13 Jun ini di Shah Alam.

pasma

"Kita akan bermesyuarat pada 13 Jun ini yang dihadiri semua  pimpinan PasMa Pusat, saya menjangkakan hampir 200 pimpinan akan hadir.


Ahad, 7 Jun 2015

Senarai nama 17 mangsa gempa Sabah didedahkan

Pihak berkuasa mengumumkan semua 17 nama mangsa yang maut di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi, termasuk mereka yang masih hilang, hari ini.
Nama mangsa, termasuk enam rakyat Malaysia, lapan Singapura dan seorang dari China, Filipina dan Jepun dipamerkan di papan putih di pusat media di kaki gunung Taman Negara Gunung Kinabalu.

Mangsa rakyat Malaysia adalah Lim Choon Seong, 45, Muhammad Loqman Abd Karim, 22, Mohd Khairuladzuan Abd, 39, dan pekerja Valerian Joannes, Ricky Masirin dan Joseph Solugin.

nama-mangsa gempa sabah

Sementara itu mangsa warga Singapura dipercayai berusia 12 tahun dan murid-murid dari Sekolah Rendah Tanjung Katong iaitu Rachel Ho Yann Shiuan, Sonia Jhala, 12; Emilie Giovanna Ramu, dan Ameer Ryaan Mohd Adeed; dan Navdeep Singh Jaryal a/l Rajkumar, 13; serta Mohammad Ghazi Mohamed, 35, Loo Jian Liang Terrence, 29 dan Muhammad Daanish Amran, 22.

Empat gempa bumi lemah landa Sabah hingga tengah hari Ini

Post Pic
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter berlaku pada 11.35 pagi ini 16 km di timur laut Ranau, Sabah.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu adalah yang keempat di Sabah dalam tempoh empat jam sejak 7.35 pagi tadi.
Dalam laporan terdahulunya, jabatan itu berkata gempa bumi berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku pada 7.35 pagi 25 km di tenggara Kota Belud.
Gegaran kedua pada 8.40 pagi berukuran 3.2 pada skala Richter pula dikesan berlaku 90 km di barat laut Labuan.
Gegaran ketiga pula dikesan pada 9.16 pagi di utara Ranau dengan kekuatan 2.7 pada skala Richter.

PasMa putuskan mahu jadi parti politik atau tidak 13 Jun ini

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.
 
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta.
 
“Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.