Khamis, 31 Disember 2009

Nizar lawat KKSB dan dailog dgn Edisi Perak



Di Ibupejabat Karangkraf Sdn Bhd semalam (30hb Disember 2009), kita menerima rombongan kepimpinan Pas Perak yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Turut bersama rombongan itu ialah Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah; Naib Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd Nuri Al-Amin Endut; Ketua Muslimat Pas negeri, Bariah Awang Sapri; Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malek dan beberapa pemimpin parti itu.

Selepas melawat operasi percetakan majalah dan akhbar Sinar Harian, rombongan bersama Editor Edisi Sinar Harian untuk sesi dailog. Banyak soalan dikemukakan kepada Mohamad Nizar antaranya, beliau dikatakan menjadi boneka DAP, beliau dikaitkan dengan skandal 88 konsesi balak, beliau derhaka kepada Sultan Perak dan peralihan kuasa PR kepada BN.

Rabu, 30 Disember 2009

Sultan ku kahwin lagi


Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana.

JHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

"Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu," katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.

Ahad, 27 Disember 2009

Kenapa Anwar Ibrahim tak jadi bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi?


Oleh NTAnwar, AIDCclub
Apabila Anwar menyiarkan iklan di blognya (klik di sini) tentang kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi, di Masjid Negeri Shah Alam (Masjid Sultan Abdul Aziz Syah), ramai yang menyangka akan berlaku peristiwa besar, terutamanya kesanggupan Anwar bersumpah untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ada juga yang berfikir kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi ke Malaysia kerana jemputan Anwar Ibrahim, dalam satu rangka strategi membersihkan imejnya sebagai peliwat bersempena dengan perbicaraan yang bakal dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 25 Januari akan datang.

Rupa-rupanya kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi ke Malaysia bukan atas usaha Anwar, tetapi usaha kerajaan Malaysia yang mengiktiraf beliau sebagai tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1431/2009 yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya dua hari lepas.

Bermakna, Anwar mengambil kesempatan kehadiran ulama tersohor ke Malaysia itu untuk program Maal Hijrah menjemput ke Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Cara Anwar iklankan di blognya begitu menarik; "Syarahan Perdana Oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, Anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Di Masjid Negeri Shah Alam, SABTU, 19 DISEMBER 2009, Program Bermula Dengan Solat Maghrib, Seterusnya Pengenalan Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim"

Sudah tentu dalam suasana riuh rendah, Angkatan Muda PKR mahu merealisasi program "40 hari bela liwat", orang ramai akan berfikir kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi sebahagian daripada siri program itu. Sebenarnya tidak, ulama tersohor itu bukan datang kerana 'membela Anwar' tetapi datang kerana dijemput kerajaan Malaysia untuk menerima anugerah tokoh Maal Hijrah.

Sebenarnya anggapan dan sinonim Dr Yusof Al Qaradawi dengan Anwar Ibrahim sebelum ini sengaja dicipta oleh Anwar sendiri.

Blog depa kata, "Suatu ketika, iaitu pada era Reformasi, nama Yusuf Al-Qadhrawi bagaikan tidak lekang. Tokoh ulama kontemporari ini seringkali diuar-uarkan sebagai menyokong sebarang tindakan Anwar Ibrahim"

"Bahkan Anwar ketika berceramah di Ayer Keroh di kawasan lapang hadapan Taman Ular dan Buaya pada 1997, memberitahu orang ramai yang bersesak-sesak, KONONNYA Dr. Yusuf Al-Qadhrawi telah menghubunginya menerusi telefon dan mengajarnya suatu doa agar terlepas dari bahaya yang berbunyi (Tasbih Nabi Yunus)"

"Ketika Anwar tercebur sekali lagi dan terbirit-birit lari ke Kedutaan Turki untuk menyorok selama beberapa hari atas alasan takut dibunuh, keluarnya dia dari Kedutaan Turki, nama tokoh itulah yang disebutnya terlebih dahulu"

"Semalam, Yusuf Al-Qadhrawi telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia dan sepanjang bersama-samanya, orang yang sentiasa memberitahu yang dia sangat rapat dengan Yusuf Al-Qadhrawi, tidak pula kelihatan di mana-mana"

"Tidakkah gembira hati Anwar apabila 'KAWAN RAPATNYA' itu menerima anugerah dan berada di negara ini. Tidakkah Anwar teringin nak berjumpa tanpa perlu terbang ke Dubai seperti kebiasaannya ?" Klik di sini

Kenapa Anwar tidak bersumpah?

Bermakna tidak salah, sekiranya terdapat anggapan 'Anwar bakal bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi' kerana Anwar sendiri yang sentiasa bersandarkan kepada ulama tersohor itu sebelum ini.

Hakikatnya Anwar tidak bersumpah di Masjid Negeri Shah Alam, malam tadi, kelibat Anwar pun tidak kelihatan. Yang hadir Dr Yusof Al Qaradawi, Ustaz Abd Ghani Shamsuddin (penterjemah ucapan ulama itu) dan Khalid Ibrahim. Turut kelihatan Hadi Awang, Presiden PAS yang tiba kemudiannya.

Dalam iklan di blognya, Anwar sendiri mengatakan beliau akan memberi kata-kata aluan kepada Dr Yusof Al Qaradawi dalam program malam tadi, tetapi Anwar tidak muncul, kata-kata aluan itu diganti dengan ucapan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Kemudian Dr Yusof berceramah dengan diterjemahkan oleh ustaz Abd. Ghani Shamsuddin, Setiuasaha Dewan Ulama, PAS Pusat. Hingga ke penghujung ucapan dan terjemahan Dr Yusof Qaradawi, Anwar tidak muncul di hadapan.

Mengapa Anwar tidak tampil bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi untuk membersihkan dirinya, sedangkan itulah masa terbaik yang patut dilakukannya ?

Bukan setakat tidak tampil ke hadapan, tetapi Anwar tidak memberikan kata-kata aluan kepada Dr Yusof Al Qaradawi seperti yang dijanjikan di blognya ? Kenapa ?

Bukan setakat itu, kelibat Anwar juga tidak kelihatan dalam program itu, kenapa ?

Di sini, muncul satu misteri, kenapa Anwar tidak kelihatan dalam program tersebut sedangkan sebelum ini Anwar sendiri menyiarkan iklan bahawa dia sendiri akan terlibat memberi kata-kata aluan kepada ulama tersohor itu ?

Anwar tidak sudi berjumpa dengan Dr Yusof Al Qaradawi atau ulama tersohor itu tidak sudi berjumpa dengan Anwar ?

Ini sekaligus mengingatkan cerita-cerita yang pernah berlegar di internet sebelum ini, bahawa Dr Yusof Al Qaradawi pernah berpesan kepada Hadi Awang, Presiden PAS supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim, semasa pertemuan mereka di Paris tahun lepas.

Ini juga mengigatkan kembali kata-kata Azmin Ali dalam wawancara dengan Agendadaily, bahawa Dr Yusof Al Qaradawi pernah disiasat oleh Anwar selama 5 jam untuk menentukan tokoh ulama itu teroris atau tidak. Ketika itu Anwar bekerja di Amerika Syarikat, mengambil tugas yang diarahkan oleh Paul Wolfowitz, zionis Amerika itu. Klik di sini

Sebelum Dr Yusof Al Qaradawi menutup ucapannya di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi, beliau mengingatkan hadirin agar berhati-hati dengan 'golongan munafik', kerana 'golongan munafik' boleh berpura-pura, seolah-olah pro Islam, tetapi hakikatnya berusaha memecah belah Islam.

Adakah ucapan itu ditujukan kepada Anwar?

SUMBER: NTanwar
http://www.anwaraidc.com/2009/12/kenapa-anwar-ibrahim-tak-jadi-bersumpah-di-depan-dr-yusof-al-qaradawi.html

Sabtu, 26 Disember 2009

SANI... menakutkan



Kemalangan ngeri yang meragut 10 nyawa, semuanya penumpang bas Sani Ekspres menakutkan ramai perantau.

Apa tidaknya, selama ini mereka meletakkan penuh kepercayaan kepada pemandu bas agar dapat membawa mereka pergi dan pulang ke destinasi dengan selamat, tapi bila tragedi demi tragedi berlaku melibatkan bas ekspres, ramai hilang keyakinan.

Hatta saya sendiri pun kalau dapat cuti dua atau tiga hari, akan pilih bas ekspres balik ke Pasir Mas.

Tapi sejak dua tahun tinggal di Shah Alam dan berulang-alik tiap-tiap bulan, belum ada lagi kejadian-kejadian menakutkan seperti pemandu pandu laju ke, pemandu mengantuk ke, bas rosak ketika mendaki Bukit Tujuh di Merapoh ke atau apa-apa kerosakan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.

Namun, bila baca berita mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 272.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi Sabtu, saya jadi takut dan terfikir-fikir nak balik guna pengangkutan apa pada awal tahun ni (minggu depan). Mungkinkah dengan kereta api atau kereta sendiri?

Kalau dengan kereta api, aku kena minta pulang awal dari ketua aku, kerana kereta api bertolak dari KL Sentral ke Tumpat pada jam 8 malam, sedangkan aku habis kerja jam 10 malam.

Kalau naik bas ekspres, terfikir pula ni musim kemalangan. Isyyy menakutkanlah. Nak balik dengan kereta sendiri pulak, kena tunggu pagi esok. Rugi satu hari hari cuti. Emm payahlah buat perhitungan begini.

Naik kapal terbang kot...

Bukan soal pengangkutan apa aku nak naik untuk balik. Tapi soalnya ialah sejauh mana pemandu bas ekspres sedar akan kebimbangan orang ramai dengan kewibawaan mereka memandu bas dalam perjalanan jarak jauh.

Pengakuan pemandu bas Sani Ekspres yang dia terlelap, lagilah menakutkan.
Macamana dia boleh terlelap sedangkan dia pemandu kedua.

Sepatutnya ketika bas bergerak dari stesen Klang, dia kenalah berehat dan tidur sementara bas itu dipandu pemandu pertama.

Dan sepatutnya sebelum memulakan kerja, setiap pemandu perlu memastikan mereka mendapat rehat secukupnya, iaitu tidur.

Tidur lebih pun tak boleh jugak sebab akan menyebabkan pemandu itu cepat mengantuk walaupun baru memegang stereng. Tidurlah secukupnya seperti sabda Nabi Muhammad SAW, berhenti makan sebelum kenyang.

Apapun, perkara sudah berlaku...

Kadang-kadang saya pernah terfikir, kalau kejadian itu menimpa diri saya tentu saya akan berkata, "Kalaulah pemandu pertama tidak menukar giliran, tentu kejadian yang turut menyebabkan dua penumpang cedera itu tak akan berlaku.

Saya juga akan marahkan pemandu pertama, "Kenapa la dia gatal tangan nak tukar pemandu. Kan elok kalau dia sambung terus memandu dan hanya tukar apabila matanya betul-betul mengantuk.

Saya ucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. Semoga roh mereka ditempatkan Allah bersama golongan yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

Sabtu, 19 Disember 2009

Malaysia-Vietnam, BN-PKR menang tipis

Di Stadium Vientiane, Vietnam malam kelmarin, pasukan bola sepak negara menang tipis 1-0 kepada tuan rumah. Walaupun gol tunggal itu dijaringkan oleh pemain lawan, namun kemenangan tetap berpihak kepada pasukan kita. Maka berkumandanglah lagu kebanggaan, Negaraku.

Di Parlimen Kuala Lumpur empat hari lalu pula, Barisan Nasional (BN) menang tipis 66-63 kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pengundian usul Bajet 2010. Walaupun dikatakan tiga Ahli Parlimen Bebas yang menyokong BN turut mengangkat tangan mengundi menyokong, namun keputusan muktamadnya tetap memberi kemenangan kepada kerajaan memerintah. Maka pelbagai suara sinis berkumandang mengkritik dan mengecam Ahli Parlimen BN yang tidak hadir ke Parlimen.

Perbezaan antara dua kemenangan itu ialah semangat juang dan keruntuhan moral. Pasukan bola sepak 23 tahun negara dilihat beraksi bermati-matian untuk beroleh kemenangan bagi menjulang nama Malaysia yang kemarau pingat emas dalam acara itu sejak 20 tahun, manakala barisan Ahli Parlimen BN pula dengan sikap kebudakan mereka gagal memberikan sokongan padu kepada kerajaan memerintah yang mentadbir negara ini sejak 1957.

Kenapa ia berlaku? (iaitu merujuk kepada keputusan BN 66, PR 63 undi). Jawapannya kerana sikap Ahli Parlimen BN yang dari awal lagi bukan dalam kalangan pejuang, apatah lagi mereka langsung tidak mempunyai semangat patriotisme terhadap pemimpin dan kerajaan yang dipimpin. Mereka menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewabn Undangan Negeri (ADUN) hanya semata-mata menganggap ia sebagai kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Apatah lagi, jika seseorang wakil rakyat itu bernasib baik, mereka akan dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi di jabatan, agensi dan syarikat milik penuh kerajaan dengan pendapatan gaji serta elaun yang berbaloi-baloi. Ini yang mereka kejar. Bukan rakyat yang mereka utamakan sejak mula menapakkan diri dalam dunia politik, dan seterusnya bergelar pemimpin.

Jika hendak dibandingkan wakil rakyat sekarang dengan wakil rakyat zaman 50-an, 60-an, 70-an dan 80-an dulu, jarak juang antara mereka amat jauh. Jaraknya antara langit dengan bumi. Jauh tidak terjangkau. Perjuangan wakil rakyat terdahulu semuanya tulen berbanding perjuangan wakil rakyat sekarang yang dipenuhi dengan kepalsuan.

Dalam siri artikel saya sebelum ini, saya selalu membangkitkan kelemahan kebanyakan wakil rakyat, malah hampir keseluruhannya, sama ada dalam barisan BN mahupun pakatan pembangkang. Pada penilaian saya, mereka ini belum layak sepenuhnya bergelar pemimpin, walaupun mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan berperwatakan seperti pemimpin.

Ini kerana, dari awal lagi mereka berebut menjadi wakil rakyat bukan kerana hendak berjuang untuk rakyat, sebaliknya mahu mengisi perut dan mengumpul harta kekayaan. Hanya dengan menjadi wakil rakyat sahaja yang hidup susah selama ini boleh menjadi kaya raya, yang berhutang sekeliling pinggang sebelum ini boleh dilangsaikan dalam tempoh singkat.

Cuba tampilkan seorang wakil rakyat yang hidupnya terlalu sederhana dan hartanya habis dibelanjakan kepada rakyat atau di jalan Allah. Cuba tampilkan. Tidak ada seorang pun daripada pemimpin yang ada di negara ini sedemikian, termasuk daripada wakil rakyat Pas. Hatta, Datuk Nik Abdul Aziz yang dikatakan hidup sederhana di rumah beralaskan kayu di Pulau Melaka, Kelantan pun hanya sekadar retorik.

Pun begitu, saya tidak menyalahkan seratus peratus kepada Ahli Parlimen dan ADUN yang sudah dipilih rakyat, dan tidak juga mahu menyalahkan mereka jika gagal menjalankan amanah atau tanggungjawab kepada negara, agama dan bangsa (rakyat). Dalam hal ini yang jelas bersalah ialah pucuk kepimpinan parti di peringkat bahagian, negeri dan pusat. Bahagian mencadangkan si polan kepada negeri dan tanpa menilai latar belakang negeri mengangkat nama si polan ke pusat.

Pusat pula, tanpa usul periksa dan menaruh keyakinan penuh dengan ulasan negeri terus merestui si polan dari gua hantu itu sebagai calon. Maka ketawa terkekeh-kekehlah si calon itu kerana impian untuk mendapat jawatan dan pangkat sebagai wakil rakyat sudah tercapai. Bukti kepada apa yang dinyatakan ini sudah terang lagi bersuluh sebagaimana berlaku di Parlimen Rabu lalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada Ahli Parlimen BN. Ini kerana, tidak dapat saya bayangkan jika ditakdirkan pada hari itu BN kalah dalam pengundian usul Bajet 2010 kepada PR, apa yang dapat saya nyatakan, BN akan kehilangan kuasa untuk tempoh selama 100 tahun bermula dari hari kekalahannya.

7 MINIT - 19hb Disember 2009

Ahad, 13 Disember 2009

Usah pertikai ramai Bumiputera ke universiti awam: Tun M

Dipetik dari akhbar Sinar Harian 13hb Disember 2009

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata, peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain tidak harus dipertikaikan dengan tuduhan bahawa ia satu tindakan perkauman yang mementingkan satu kaum.

Mantan Perdana Menteri berkata, dalam hal ini, peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang nanti akan memberikan pelbagai kesan negatif.

Dr Mahathir berkata, di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang kini jumlahnya hampir sama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja.

“Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta... pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada Bumiputera,” katanya dalam ucaptama bertajuk 'UUM 25 Years Expectation vs Reality' di Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 di sini, semalam.

“Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan,” katanya.

Malahan Dr Mahathir berkata, 'polisi afirmatif' antaranya menerusi Dasar Ekonomi Baru bagi mengangkat Bumiputera dalam arus perdana pembangunan negara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, bukanlah sesuatu yang keterlaluan kerana walaupun penduduk Bumiputera hampir 60 peratus dari jumlah penduduk tetapi kuota yang ditetapkan hanya 30 peratus sahaja.

“Kita hanya tuntut separuh daripada apa yang sepatutnya kita tuntut. Ini tunjukkan kita bukan perkauman. Kalau perkauman kita (sudah) tuntut 60 peratus. Nak capai 30 peratus pun tidak mudah,” katanya. - Bernama

Malaysia jadi negara 'sumpahan minyak'

Di petik dari akhbar Sinar Harian 13hb Disember 2009

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Malaysia sudah menjadi negara ’sumpahan minyak’ di mana hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi dibazirkan kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, sebaliknya digunakan untuk menunjangi pemerintahan autoritarian, menghakis Demokrasi Berperlembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

“Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya sewaktu berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi,” kata bekas Naib Presiden UMNO itu.

Tengku Razaleigh berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut rancangan sewaktu Petronas ditubuhkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

“Kekayaan minyak negara dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal.

“Perolehan minyak tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik,” katanya.

Ahad, 6 Disember 2009

Satu petang di KB Mall










Pusat beli belah tersohor di Kelantan yang terletak di pusat bandar raya Islam Kota Bharu, KB Mall dikejutkan dengan kejadian ngeri apabila sebuah kereta tingkat parkir atas bangunan itu terbabas lalu merempuh masuk ke ruang legar tingkat bawah.

Kejadian yang sama sekali tidak diduga itu telah mengorbankan dua remaja.

Khamis, 3 Disember 2009

Ikhlaskah Cina DAP minta maaf?

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming akhirnya meminta maaf atas tindakan biadab beliau dan pemimpin tertingginya memijak poster gambar tiga ADUN Bebas.

Katanya, beliau kesal dengan tindakan memijak gambar wakil rakyat itu Ahad lalu dan memohon atas tingkah laku bodoh mereka.

Sejauh mana keikhlasan mereka meminta maaf. Adakah maaf itu dilafazkan sekadar untuk meredakan kemarahan umat Islam dan orang Melayu terhadap tindakan mereka menghina agama Islam dan bangsa Melayu?

Umum tahu, cina DAP amat benci kepada Islam dan mereka akan menentang habis-habisan cadangan Pas untuk menubuhkan negara Islam, sehinggakan Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan tegas dan amarannya. jika Pas hendak tubuhkan negara Islam, "langkah mayat aku dulu".

Ini sudah menunjukkan DAP amat membenci Islam dan kebencian itu ditunjukkan lagi oleh mereka dengan memijak-mijak gambar dua wakil rakyat beragama Islam iaitu ADUN Behrang, YB Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu.

Perbuatan mereka memijak iaitu meletakkan tapak kaki iaitu antara anggota badan yang paling kotor di muka pemimpin Melayu dan Islam ibarat meletakkan babi di masjid atau surau. Begitu sekali taktik kotor yang dilakukan DAP terhadap Islam dan Melayu.

Malangnya, pemimpin Pas dan PKR berdiam diri dengan tindakan ini. Mereka seolah-olah merestui orang kafir melakukan penghinaan terhadap Islam. Beginikah perjuangan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam? Merelakan orang kafir menindas dan menghina Islam? Nauzubillah.

Ahad, 29 November 2009

Surat Daripada Nik Amalina Nik Abdul Aziz

Isteri kepada Abdul Ariffahmi seperti yang tersiar di dalam blog YB Dr. Siti Mariah. Nik Amalina adalah anak perempuan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB. Menteri Besar Kelantan. Sila baca.

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…

Biadabnya cina ini memijak2 gambar orang Islam Melayu




Sanggupkah kita orang Islam melihat cina ini memijak dua gambar orang Melayu/Islam? Gambar ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu.

Manakala Guang Eng hanya melompat atas gambar ADUN Jelapang, Hee Yit Foong. Kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang ini tidak memijak-mijak gambar Yit Foong sebagaimana ayahnya Kit Siang dan rakannya Kor Ming memijak-mijak gambar dua ADUN Melayu beragama Islam ini?

Sanggupkah kita melihat bangsa lain terutama cina yang dah naik muak ini berterusan memijak-mijak kepala orang Melayu Islam? Ini sudah nyata apa yang berlaku kepada bangsa Melayu dan umat Islam.

Tapi tak apa, selepas ini mereka jangan melenting marah kalau ada pihak lain pula memijak-mijak dan melenyek-lenyek gambar mereka. Itulah hukum karma.

Ini rupanya Kolonel Mat

Berita 1:

Pemimpin Pas patut dedah, siasat siapa ‘Kolonel Mat’

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak dalam Pas tertanya-tanya siapa ‘Kolonel Mat’ yang dimaksudkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai dalang utama merancang untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan.

Gelaran yang diberikan Nik Aziz dalam ucapannya pada majlis memperingati Hari Wukuf di Kota Bharu, kelmarin menjadi persoalan sama ada watak ‘Kolonel Mat’ adalah individu dalam parti itu sendiri atau orang luar.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan mengakui beliau turut tertanya-tanya siapa ‘Kolonel Mat’.

Bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas mahu kepemimpinan tertinggi parti memandang serius dakwaan Nik Aziz.

“Oleh kerana dakwaan itu datangnya dari mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga tidak pernah mendengar mengenai ‘Kolonel Mat’ dan terkejut dengan kenyataan Nik Aziz.

“Saya tak tahu, semalam (kelmarin) baru saya dengar... saya pun terkejut tetapi tak sempat nak bertanya kepada Tok Guru,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang menunaikan haji di Makkah, juga mengakui tidak pernah mendengar nama ‘Kolonel Mat’.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, enggan mengulas kerana ingin mendapatkan penjelasan daripada Nik Aziz terlebih dulu.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa tidak mahu memberikan sebarang komen.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, pula berkata Nik Aziz tidak perlu mendedahkan siapa ‘Kolonel Mat’ jika individu itu dari kalangan pemimpin Pas sendiri.

“Nak dedah atau tidak, terpulang kepada tok guru (Nik Aziz)... kalau ada (Kolonel Mat), kena selesaikanlah. Kalau (didalangi) orang dalam, kita selesaikan secara dalaman, kalau orang parti (Pas) tak perlu dedahkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin ‘Kolonel Mat’ tidak wujud, sebaliknya ia sekadar kata-kata kiasan atau gurauan Nik Aziz.

Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, semalam, masih mempertahankan kenyataannya ‘Kolonel Mat’ berusaha menjatuhkan beliau dan Pas di Kelantan.

Beliau mendakwa, konspirasi untuk menjatuhkan Pas di Kelantan termasuk beliau bukan perkara baru dan usaha itu akan terus dilakukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa dimaksudkannya sebagai ‘Kolonel Mat’ dan sama ada dia orang dalam parti atau pihak luar.

“Itu dia punya pasallah (Kolonel Mat bekerja untuk siapa), tetapi orang buat khianat pada Kelantan termasuk orang yang saya sebut ini (Kolonel Mat) barang sahih,” katanya.


Berita 2:

‘Kolonel Mat’ hanya kiasan

KOTA BHARU 27 Nov. - Nama ‘Kolonel Mat’ yang disebutkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya hanyalah satu kiasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Fatah Harun yang juga besan dan mempunyai hubungan rapat dengan Nik Abdul Aziz berkata, daripada ucapan tersebut, Mursyidul Am Pas itu tidak menolak atau mengakui bahawa konspirasi tersebut benar-benar wujud.

Katanya, ia sengaja dilemparkan kepada orang ramai supaya ia tidak dipersoalkan lagi sama ada wujud atau tidak perancangan untuk menjatuhkannya.

“Tok guru (Nik Abdul Aziz) banyak ilmu mantik...banyak perbandingan kalau tak belajar tak boleh baca maksud dia, simbolik saja tu...lagi pun orang Kelantan banyak simbolik.

“Sebagai contoh, kita malas hendak dengar orang yang cakap banyak, orang Kelantan akan kata, mu gi ghoyat dekat Che Pa (awak pergi beri tahu Che Pa). Sebenarnya, tidak siapa tahu siapa Che Pa tetapi ia hanya alasan untuk mengelak daripada terus mendengar orang itu bercakap.

“Begitu juga dengan tok guru, dia tidak mahu dengar orang bercakap pasal jatuh menjatuh ini sebab itu dia sebut Kolonel Mat nak jatuhkan dia, maksudnya lepas ini dia tidak mahu orang tanya lagi pasal itu, sebab itu awak (wartawan) jumpa tok guru pagi tadi, beliau tidak ulas lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Pas Kelantan.

Dakwaan tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiyah Islmiah Kelantan (Putik) di sini semalam tetapi ketika ditemui pemberita di rumahnya pagi ini, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut dan menjelaskan ia sahih.

Fatah yang turut hadir pada majlis tersebut dan mendengar ucapan itu berkata, beliau tidak percaya ada orang dalam parti itu ingin menjatuhkan pemimpin kanan mereka tetapi tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk menjatuhkan orang-orang kanan Nik Abdul Aziz.

“Tidak mungkin ada orang hendak jatuhkan tok guru tetapi kalau ada orang nak jatuhkan orang kanannya mungkin ada, biasalah dalam politik tidak mesti sehati sejiwa semuanya.

“Kalau pun benar wujud konspirasi nak jatuhkan orang kanan Nik Aziz, saya minta jangan dedahkan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau tidak pernah mendengar nama ‘Kolonel Mat’ seperti yang disebutkan itu.

“Ini kali pertama saya dengar, saya tidak tahu wujud atau tidak orang ini,” katanya.

Berita 3:

JAWAPAN SIAPA KOLONEL MAT:


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang, Saudara Afandi Yusoff dalam facebooknya melaporkan:

"Ramai yang bertanya mengenai siapakah Kolonel Mat yang disebut oleh MB Kelantan sebagai ingin membunuh politiknya. Orang itu adalah arwah ayah syeikh Kickdefella yang telah meninggal pada tahun 2003. Soalnya kenapa orang yang dah mati pun dihentam juga? Bagus ke hentam orang yang dah meninggal dunia?

Sila buka blog Kickdefella, semua maklumat berkaitan skandal Nik Aziz dan Pas Kelantan ada di situ.

Jumaat, 27 November 2009

Siapa Kolonel Mat?

Selepas satu demi satu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mewujudkan masalah dalam parti itu, hari ini beliau meletakkan kesalahan itu berpunca daripada wujudnya konspirasi hendak menjatuhkan beliau oleh seorang lelaki berpangkat 'Kolonel'. Dan Kolonel itu hanya dikenali sebagai Mat.

Tanpa menamakan sepenuhnya 'Kolonel' itu, Nik Aziz mempersoalkan kenapa ia berlaku. Katanya, apa yang tak kena Islam yang dibawanya. Kalau Islam tak betul, maka Nabi Muhammad tak betul. Jibrail tak betul dan Allah taala sendiri tak betul.

Begitu tegas dan marah sekali beliau kepada 'Kolonel Mat' itu. Entah wujud atau tidak manusia bernama 'Kolonel Mat' itu, hanya Nik Aziz saja yang tahu. Dia boleh mereka-cipta apa saja yang dia mahu, janji rekaan itu dapat menyelamatkan kelemahannya dalam mentadbir parti Pas sejak dua menjak ini.

Namun, tampil beberapa golongan cerdik pandai yang mempersoalkan kata-kata Nik Aziz itu. Mereka berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak wajar mencampuradukan Islam yang dibawa Nabi Muhammad, Jibrail dan Allah taala dalam kancah politik.

Islam yang diturunkan Allah melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad sudah lengkap selengkap-lengkapnya, cuma islam yang dibawa oleh Nik Aziz tidak betul. Ada banyak kelemahan dan penyelewengan dari segi hukum.

Selasa, 17 November 2009

Saja saja nak santai kejap

Tajuknya PONTIANAK

Maka tersebutlah al kisah perihal tiga ekor pontianak. Masing-masing nak nunjuk
siapa yang paling terer antara mereka.

Mereka pun mengadakanlah satu pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan dulu.

Lalu dia pun terbang secepat kilat... tak sampai dua minit...zupppp dah balik ke tempat kekawangnya. Mukanya penuh dengan lumuran darah dan menyeramkan.

Terus dia berkata: "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu?"

Yang dua ekor pontianak tu ngangguk: "Iya iya, nampak.

"Satu kampung tu itu... habiissss aku kerjakan!!!!" kata pontianak muda dengan bangga sambil mendabik dada.

Hangin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
tiba giliran pontianak yang setengah abad tu pulak tunjuk handal.

Dia pun pergi sekelebat jugak... zussss tak sampai satu minit dia dah balik. Mukanya juga penuh dengan cucuran darah. Heee ngerinyerr...

"Nkorang nampak bandar tu ?" katanya dengan muker yg kerek

"Iya iya, nampak," yang dua ekor tu ngangguk.

"Satu bandar itu juga habiiissssss!!!," katanya sambil mengilai panjang dan menakutkan ha ha ha ha haaaaa.

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuklah skill terbangnya. Zuzzzzz cam kilat.

Amatlah terperanjatnya dua ekor sahabatnya itu sebab tak sampai setengah minit pontianak ketiga tu dah balik ke tempat asal mereka dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yang dua ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power."

Sambil mengosok gosok idongnya pontianak ketiga tu pun berkata: "...Nkorang nampak tembok batu tu?"

"Nampak! Nampak!" kata yang dua ekor tu...

"Err aku yang tak nampak tadi." (Rupa-rupanya muka dia berdarah bukan kerana pi hisap darah manusia, tapi terlanggar tembok dek terlalu pantasnya dia terbang sampai tak sempat nak kontrol).

Sekian...Fuhhhh hilang rasa penat bekerja hari ni.

Jumaat, 13 November 2009

7 Minit: Antara perkongsian untung dengan kemurahan hati

"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa," kata seorang rakyat Kelantan ketika ditemui di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor semalam.

Dia bersama serombongan 150 penyokong bola sepak The Red Warriors sampai di Kuala Lumpur lewat malam kelmarin kerana hendak menyaksikan perlawanan akhir pasukan kesayangan mereka melawan Negeri Sembilan.

"Kalau orang dah campak bunga pada kita, takkan kita nak campak tahi pula," katanya lagi membidas rungutan pihak tertentu di negeri Serambi Makkah yang masih tidak berpuas hati dengan pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan.

"Sepatunya setelah orang yang haus diberi air, orang yang lapar telah diberi nasi, kita bersyukurlah sebab apa yang kita hajati selama ini telah tercapai dan menjadi kenyataan.

Kenapa perlu bising-bising seperti ayam telur sebiji riuh sekampung," katanya berbidalan sehingga penulis ternganga mendengar setiap baris tutur katanya.

Itu adalah sebahagian daripada dialog antara saya dengan seorang rakyat Kelantan. Saya sengaja mahu mendapatkan reaksinya berhubung pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu yang meluluskan pemberian wang ihsan itu berasaskan pertimbangan sama seperti diberikan kepada Terengganu.

Ternyata, apa yang diungkit dan dibangkitkan oleh pemimpin kerajaan negeri (Kelantan) mengenai pemberian wang ihsan itu bukan mewakili suara rakyat, sebaliknya lebih bersifat kepada peribadi dan politik.

Suara rakyat sebenar ialah sebagaimana dialog di atas. Mereka gembira dengan pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat, walau bukan dengan nama royalti.

"Yang penting rakyat berpendapatan sederhana seperti saya dapat merasainya. Anak-anak yang belajar dapat belajar dengan sempurna. Sistem pembangunan di Kelantan dapat dimajukan dan dibangunkan," kata tetamu yang bernama Mohd Isa Abdullah dari Pengkalan Chepa itu.

Diharapkan kerajaan negeri menerima hakikat iaitu dari segi perundangan, Kelantan sama juga seperti Terengganu, tiada hak untuk menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang boleh ditakrifkan lebih tiga baru nautika dari tikas air surut atau pesisir.

Oleh itu, pemberian royalti yang diistilahkan sebagai perkongsian keuntungan dalam pengusahaan telaga minyak tidak boleh diberikan, sebaliknya atas dasar prihatin, Kerajaan Persekutuan meluluskan pemberian ihsan yang membawa maksud kemurahan hati.

Wang itu akan disalurkan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, bukan melalui kerajaan negeri. Tujuannya supaya setiap golongan sasar akan dapat merasai sama rata mengikut perancangan ditetapkan.

Jadi tidak ada sebab kenapa kerajaan negeri perlu berkecil hati, kerana apa yang dituntutnya telah pun diperoleh, dan soal bagaimana wang itu disalurkan oleh Kerajaan Pusat tidak seharusnya dijadikan isu atau dipolitikkan.

Mereka sepatutnya menyambut baik dan menyatakan kesanggupan memberi kerjasama kepada JPP Kelantan untuk memastikan wang itu benar-benar sampai kepada golongan sasar.

Itulah yang sepatutnya dilakukan pemimpin kerajaan negeri. Menunjukkan sikap kepimpinan melalui teladan, bukan berkokok tidak puas hati sehinggakan rakyat jadi keliru antara 'wang perkongsian untung' dengan 'wang kemurahan hati'.

Ambilah pengajaran daripada Mohd Isa Abdullah itu. Walaupun dia seorang rakyat peringkat bawahan dan tidak mengerti makna royalti dengan ihsan, tetapi baginya asalkan orang memberi dia mahu merasa dan memanjat kesyukuran. Inilah antara rakyat yang berilmu dan lengkap sifat diri sebagai umat Islam. Siaran 9hb November 2009

Selasa, 10 November 2009

versi Facebook. Nik aziz terima rasuah ke makkah

Rafi Awg Kechik: NIK AZIZ kata - dia dan keluarga ke Mekah bukan guna duit rasuah walaupun ada yg tajanya sekeluarga melebihi RM300,000.Kata dia lagi, org yang tajanya mungkin nak ambil berkat sebab tu kadang2 selipar diapun kena curi. Selipar dia pun ada berkat.Kita nak juga tahu takkan kerna berkat sehingga sanggup keluar duit sebanyak itu.Atau dpt kontrak apa2 dan bakal dpt apa2 kontrak. Nak tahu definisi rasuah ni..

Comment
Abdul Malik Ibrahim:
Lagu P Ramlee sesuai > Tanya sama pokok apa sebab goyang nanti jawab pokok??????????? Fikir sendiri le. Mana ada orang nak taja RM300,000 begitu saja. PAS ada definasi sendiri ttg Rasuah. Aku buat tak pe orang buat haram!!

Panglima Husin: Nak sebut pasal selipar kena curi, selipar buruk saya pun asyik diambil org semasa di masjid. Nampaknya berkat betui selipar saya tu. Lebih berkat jika sponsor org miskin pi mekah.

Rafi Awg Kechik: Kalaulah org UMNO yg dapat tajaan begitu...gegak gempita PAS pukul canang. duit rasuah.. siap dgn hukum hakamnya.. cuma nak tanya adakah Hai yg dibuat tu Haji Mabrur sebab guna duit tajaan?

Faizal Haredz: Dia buat takpa... kita buat rasuah...

Ariff Hakimi Zulkifli: as i mentioned before Mr Rafi, ada udang sebalik mee. tengok yg sponsor tu siapa pulak... orang yg telah mendapat konsesi balak dan lesen billboard di seluruh kelantan... masyuk!!!!

Rafi Awg Kechik: Panglima - betul tu.. kata org, mana mungkin tempua bersarang rendah kalau tak ada sebabnya.

Ahmad Nizam A Rahman: Aik? Tang dia... Nak Ambik Berkat? Wahhhh banyak cantik... pasnih mesti dia jawab.. "ambo nih supo ayoh la... kalu anok sponsor.. nok wat lagu manow... ambo gi jer la" Tapi N.Ajis tetap tak mengaku. Rm300,000 bukan skit. SPRM, SIASAT PERKARA NI!

Zec Ezrizal: P-pas K-kuat R-rasuah

Khairi Jalalluddin: lebai malang

Rafi Awg Kechik: Ahmad Nizam - dia kata dia tak langgar kaedah SPRM? Tu yg kita nak tahu tu... sumbangan adakah tak termasuk dlm kategori rasuah..

Ahmad Nizam A Rahman: Orang yang menaja tuh sudah semestinya akan berkata "Ambo pung nok jadi jutawey jugoppp.."

Rafi Awg Kechik: Ariff - kalau betul- takkan itu bukan namanya rasuah..?

Ariff Hakimi Zulkifli: Tengok sponsor/ tajaan tu masuk melalui siapa? menantu dia yg CEO PMBK jugak... ish ish ish... kuat betul dia ni kumpul duit... tak lekat2 jugak kes... tapi nak buat macam mana... nak berkat...

Ahmad Nizam A Rahman: Rasuah bermaksud sesuatu yang ada kebaikan atau mendatangkan keuntungan atau sesuatu perkara yang diberi atau memberi dan menerima dan juga diterima yang mana apabila berlaku sesuatu urusan memberi dan menerima itu, maka akan berhasilnya akan perkara lain. Ini juga termasuk kepada perkara yang sudah lepas walaupun baru diberi pada hari ini. Soal dia pegi Mekah guna duit sponsor nih, rasanya dia lebih tahu... dia gi Mekah guna tajaan Halal atau Haram.

Rafi Awg Kechik: Ahmad Nizam- dia ni org PAS kata Tok Guru- takkan toookkk guruji tak tahu hukum haklam naik haji..

Ahmad Nizam A Rahman: Macam satu kes yang berlaku, dimana seorang baru sahaja menang loteri tapi nak gi bayar zakat, apakah hukumnya? Sama juga, duit tajaan (bunyinya sedap) tapi sebenarnya duit itu adalah galakan, sogokan, atau sebarang taksiran yang mewujudkan satu kaedah hingga berlaku kepada sesuatu perkara yang menguntungkan, atau mengadakan, maka itu adalah dikatakan...?

Manzaidi Mohd Amin: Mustahil Cina SBJ yg taja tu tak nak apa-apa imbuhan bila dia labur RM320,000 utk Nik Aziz lima beranak (termasuk menantunya) pi makkah. Jumlah suku juta ringgit tu banyak, takkan Cina tu baik hati nak sedekah tanpa ada niat nak dptkan tanah Melayu di bandar Kota Bharu utk luaskan empayarnya. Sekarang ni hampir 80 peratus tanah Melayu di bandar KB dah dimonopoli oleh SBJ, lepas ni 20 peratus lagi akan diambilnya setelah dia labur RM320,000 pada nik aziz sekeluarga.

Ahmad Nizam A Rahman: Hukum Hakam Naik Haji semua orang tahu... yang tak tahu kena gi belajar. Tapi orang yang tak tahu adalah hukum hakam perbelanjaan atau perkara yang subahat! Itu Allah SWT yang tahu... atau N. Ajis dan penyumbang itu lebih tahu!

Abdul Malik Ibrahim: TUN M pernah berkata orang politik bukan hanya perlu bersih tetapi juga mesti di lihat bersih. Dgn menerima tajaan ini walaupun tak lekat kes, orang akan lihat Nik Aziz Tidak Bersih dari rasuah!! Bagus laa macam tu...

Ariff Hakimi Zulkifli: kes ini kes benar Mr Rafi... last few days saya bersama individu PAS yg anti menantu tok guru (the CEO). mereka dok bising2 coz ada yg hantar surat layang kpd tok guru pasal hal ni... dalam PAS kini ada kumpulan yg pro-tok guru tetapi anti menantu tok guru.

Kamaluddin Idrus: Jangan nanti keluar fatwa Nabi pun pernah ditaja menunaikan haji :-)

Ahmad Nizam A Rahman: Manzaidi - Kalau RM320,000 dibahagikan dengan 5 beranak untu ke Tanah Suci, harga kos setiap seorang adalah RM65,000 bersaamaan dengan 25 orang kampung yang pergi dengan Tabung Haji (ambik kos RM13,000 setiap orang). Apakah ini dinamakan ibadat atau pembaziran ?

Ariff Hakimi Zulkifli: Manzaidi, sponsorer tu bukan Dato' Tan SBJ... tapi owner Abroad Network... dikenali Din Seratus

Ahmad Nizam A Rahman: Abroad Network - Company yang pasang banyak billboard kat Negeri N.Ajis nih!

Rafi Awg Kechik: Nik Aziz akui tunai haji atas biaya individu

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersedia menerima tawaran untuk mengerjakan haji daripada sesiapa sahaja asalkan tidak menyalahi perlembagaan Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mursyidul Am Pas berkata, sebelum ini pun dia jarang ke Makkah dengan belanja sendiri memandangkan ada sahaja individu yang ingin membawanya ke Tanah Suci.

"Orang nak bawa saya pergi Makkah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Makkah ni jarang belanja saya sendiri. Orang tolong bayar. Semua orang berebut (nak bawa ke Makkah).

"Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang)," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah bertahun-tahun beliau diminta oleh orang-orang tertentu untuk pergi ke Makkah.

"Bertahun-tahun saya diminta oleh orang tertentu untuk pergi ke Makkah. Tahun ini dua orang nak hantar ke Makkah," katanya.

Beliau berkata demikian kita diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau yang akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji tahun ini ditaja oleh individu tertentu.

Menurut dakwaan itu, Nik Abdul Aziz ditaja menunaikan haji dengan tiket ‘VVIP’ yang harganya mencecah RM65,000 seorang.

Ketika ditanya, adakah ia akan menimbulkan rasuah, Nik Abdul Aziz berkata, tidak timbul soal rasuah.

"Tidak timbul rasuah. Biar tentu dulu, kalau tentu rasuah saya tolak. Biar tentu rasuah benda apa (atas apa). Dia nak bawa. Dia nak bayar tambang.

"Alasan dia nak bawa saya, saya tidak tahu. Tahun depan pun ada lagi yang nak bawa," katanya.

Ariff Hakimi Zulkifli: yes A Nizam... betul tu... owner dia jugak dapat banyak konsesi balak di kelate ni

Mohd Soffi Othman: tuan2, dalam parti PAS tidak ada istilah rasuah. mereka guna istilah sedekah, tajaan, derma, sumbangan, wakap dan sebagainya. Dalam parti UMNO je ada istilah rasuah, riba,dll. Fikirlah sendiri...PAS mendakwa seolah2 semua pemimpin mereka syumul.

Panglima Husin: Parti kuat rasuah. Pembohong rakyat, dasar anak pelaq, parti ajaran sesat

Rafi Awg Kechik: Maknanya Nik Ajiz anak beranak ke mekah guna duit rasuah? Betul komen saya ni...!

Hairil Samad: Bg PAS ni sedekah...bukan rasuah... tp klu org lain dia jd rasuah... klu org lain berkawan dgn bukan islam dia kata haram..tp klu PAS dia berkawan dgn bukan Islam dia jadi halal.. ni lah fatwa PAS..

Rafi Awg Kechik: KI- itu biasa, fatwa yg menangkan mereka..org lain buat salah.

Rafi Awg Kechik: Manzaidi- adakah SPRM mengkategorikan kes Nik aziz ini bukan rasuah?Atau SPRM juga kecut perut atau menghalalkan apa sahaj yg Nik Azi buat?

Ahmad Nizam A Rahman: Kalau betul telahan tuan, maka ia akan menjadi betul . Soal persepsi adalah kedua. Option sekarang adalah Halal atau Haram N.Ajis pergi Ke Tanah Suci dengan duit tajaan tersebut. Suruh N.Ajis jawab dulu, kemudian, persepsi lain akan diberi.

Rafi Awg Kechik: Mohd Sofi- syumul haprak tu..!

Mohd Soffi Othman: itulah PAS. bakal berkubur bersama DAP dan PKR dalam PRU 13.

Zailan Jauhari: ulamak akhir zaman.. Dajal pun bole menyamar jadi ulamak

Kamaluddin Idrus: Betul kalau merujuk kepada bukan PAS :-)

Najib Mohd: Aku ingat nik aziz ni lain dari yg lain rupanya x seperti yg di sangkakan.

Rafi Awg Kechik: Ahmad Nizam- saya setuju dgn anda- ada dua persoalan- yg pertama sumbangan RM300,000 itu, rasuah atau tidak? Kedua- halal haram hukumnya Nik Ajis pegi dgn cara begini?

Kamaluddin Idrus: Boleh berbangga orang buat perkara khurafat (kemungkinan besar) dengan mencuri selipar dia.

Rafi Awg Kechik: Najib- mana ada lain- bezanya seban dan kpih, jubah dan selubung je..cakap tak serupa bikin..

Suraya Yaacob: Hehe..

Ahmad Nizam A Rahman: Owhh... kunun selipar pun orang ambik... nak cakap dia tuh keramat ke apa ? Kalau betul orang nak bawak dia tetiap tahun, sepatutnya sebagai Menteri Besar, kena mendahulukan orang yang susah dan miskin yang tak mampu nak pergi ke Mekah. Bukan dia yang gaji berbelas ribu ringgit tapi mentangkedarah duit tajaan!

Panglima Husin: Kalau dah banyak kali sangat pergi haji atas tajaan, adalah lebih baik n. Aziz uruskan tajaan utk org2 miskin ke mekah.

Najib Mohd: Ye lah.. Bersara lah cepat pok nik.

Manzaidi Mohd Amin: mmg susahlah nak dakwa atas nama rasuah sebab semua ni dah pakat. Cuma niat Datuk SBJ tu mmg kita dah tau la apa yg dia nak selepas ini. Kita org melayu jati kelantan lepas ni bersedialah utk berputih mata dgn kehilangan sehektar demi sehektar tanah rizab melayu di KB dan bandar2 utama di Kelantan. masalah org melayu kita, dapat beli rumah murah ... Read MoreSBJ seunit pun dah bangga...kembang lubang hidung. Padahal mereka tak tahu dlm satu perumahan tu berapa ratus hektar tanah melayu jatuh ke tangan cina kaya raya tu

Ariff Hakimi Zulkifli: bagi orang PAS, tok guru kan maksum ..... so takde salahnya laaaa...

Suraya Yaacob: Kalau Nik Aziz ikhlas dan tawadduq, dia akan serahkan tempat ke haji (yang telah beliau pi) kepada org lain yg belum berkesempatan.Itu baru pemimpin agung.

Panglima Husin: Kalau selepas taja tu, ada imbuhan balik.... Rasuah la tu

Suraya Yaacob: Dan kalau ianya boleh mempengaruhi keputusan kita... rasuahlah tu

Suraya Yaacob: SPRM... where r u??

Ahmad Nizam A Rahman: Perumahan SBJ - Perumahan yang cukup mahal dengan kualiti yang tidak munasabah. Ada seorang kawan, si pemasang Astro, mengatakan bahawa, semua jenis rumah dia dah panjat di Kelantan ni. Rumah perumahan yang paling teruk binaan di bahagian atasnya adalah Perumahan SBJ yang berharga bawah RM130K.

Hairan, harga mahal, tetapi kualiti rendah. Sedangkan yang berharga atas dari RM130K, semua molek. Sebab Cina nak beli-kena laa wat elok2. AMbik contoh di Taman SBJ di Baung, buat rumah mahal2, last2 Melayu mana mampu beli, akhirnya setiap bulan di Mesyuarat Exco, diluluskan untuk pembelian oleh Bukan Melayu.

Di Melaka, tanah sekangkang kera, belakang MITC (Taman Tasik) Harga sebuah rumah teres 3 bilik, luas dari spec SBJ, - RM92K. Negeri kecik, cantik, maju, rumah murah. Rumah Kelantan - Mahal - PAS BodoH!

Rafi Awg Kechik: YB- rasa Nik Aziz tu ikhlas ke tidak?

Najib Mohd: Laporan dah buat ke

Rafi Awg Kechik: Zailan- sapa dajal tu?

Rafi Awg Kechik: Baca kenyataan dia tu..sombong..angkuh..kununnya nak cerita dia tu berkat...

Ahmad Nizam A Rahman: Seperti saya nyatakan... kununya dia tu keramat!

Rafi Awg Kechik: Betullah khurafat

Rafi Awg Kechik: Najib- SPRM tak perlu laporan, mereka boleh siasat punca kenapa Nik Aziz dan keluarga disumbagkan sebanyak itu... kalau pemimpin BN/UMNO-kecoh satu negara... bab PAS ke DAP ke... makan masa - silap2 hingga Nik Aziz mati pun belum dapat dakwa atau tak habis siasat... kdg2 ada double standard jugak siasatan SPRM ni..

Suraya Yaacob: Saya tak faham lah dlm isu ni.Kenapa rakyat terutama org Melayu membiarkan diri mereka diperkotak katikkan? Mungkin tak tau rakyat negeri menikmati lebih baik? Mungkin begitu inginkan syurga diakhirat dan mengganggap pengorbanan di dunia diperlukan? (Itu di Manek Urai) berisgtighfar saya..

Manzaidi Mohd Amin: Nik aziz kata dia hidup sederhana, rumah buruk (belakang rumah buruk tu tersergam rumah batu nilai jutaan ringgit). Dia tak nak duduk rumah rasmi MB di JKR 10, nak duduk rumah sendiri (sbb bila duduk rumah sendiri RM30,000 peruntukan selenggara rumah MB masuk ke rumah dia di Pulau Melaka. Dia kata, kerajaan negeri tak akan pasang pintu gerbang ... Read Moresebab membazir, sebaliknya peruntukan utk pintu gerbang akan dibina rumah utk keluarga miskin. Skg ni, dia makin tamak, tahun lepas baru gi haji, tahun ni gi pulak. Kalau dia betul2 nak hidup sederhana, dia kena tolak tajaan tu atau pilih 30 org miskin bawanya ke makkah. Ni pergi satu keluarga, duduk hotel eksklusif dan buat haji pun cara eksklusif. mabrur ke haji dia ni? Saja nak tanya

Manzaidi Mohd Amin: Baca kenyataannya, saya tak pernah lagi jumpa dgn pemimpin yg riak dan takbur seperti nik aziz ni. Cakap pasal selipar dia mcm dia tu wali. Ya Allah... ampunkan dosa aku.

Norhisham Musabro: kalau gitu hujah nik aziz, dan sprm kata tak salah, ramai lah yg boleh ajak aku gi umrah. Rupanya selama ni aku dikalangan mrk yg rugi! Cuma kalau difikirkan ada ke orang nk taja jika takde apa2 jawatan??

Ahmad Nizam A Rahman: Bro Rafi, ini adalah taksiran Rasuah dalam Perundangan Malaysia yang dipetik dari www.sprm.gov.my

-Takrif Suapan wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.

Norizan Abd Hamid: Masya-Allah

Suraya Yaacob: Dikatakan tawadduq sebab dia minum pakai kole!!!

Ariff Hakimi Zulkifli: pernah ada kes dikelantan.... seorang pegawai diajak oleh rakan ke Jakarta, disponsor hotel sahaja, tiket sendiri bayar, pun kena tahan SPRM, siap masuk court... ni kes ratusan ribu RM kalau tak kena, tak tahu laaa... tapi nilai bilik hotel pegawai tu duduk memang juta laaaa... juta rupiah... hahhaha

Ahmad Nizam A Rahman: Mana pencacai PAS... aku nak dengar pendapat dan fatwa dari mu!

Ariff Hakimi Zulkifli: mana pergi badut2 pAS ni... bagi la komen...
aku keluarkan isu ni di wall aku 2 hari lepas, bukan main badut2 ni kutuk aku... ni diam pulak .... wei badut, where are u?

Fadzil Mohamed: Takder ke Penyokong kuat/tegar Nik Aziz nak masuk campur dalam kes WANG EHSAN NAIK HAJI TUAN GURU ni...? Takkan dok diam pulak... Tok Guru dah kena teruk ni...?

Manzaidi Mohd Amin: Kita yg duduk kat bawah ni NM jgn lah mimpi dan menaruh harapan mcm Zaiton Sameon tu. Siapalah kita org nak taja? Apa kita blh bagi pd org yg nak taja kita? Kawasan balak? Kita ada tanah hutan ke? Yg tu bukan mak ayah kita punya. Kita nak bagi tanah rizab? Yg tu pun bukan hak mak ayah kita. Sebagai rakyat, kita hanya mampu berputih mata sajalah dan... Read More terpaksa tunggu giliran tiga atau lima tahun lagi kalau nak pi makkah. Nak cari mana RM65,000 nak pi makkah? Rasanya 10 tahun bekerja pun tak cukup lagi. Tapi nik aziz dlm sekelip mata dan tiap2 tahun boleh pi makkah tunai haji dan buat umrah. Inilah nilai seorg pemimpin yg mengangkat dirinya sebagai pemimpin sederhana dan pemimpin yg hanya pakai selipar jepun.

Suraya Yaacob: Depa dok pikiaq awatlah depa bodoh.Depa patut minta utk depa sendiri. kahkahkah...

Suraya Yaacob: Kita ada tanah dalam kampit.Kita nak tanam pokok bunga.ada org nak taja dak?

Norhisham Musa: kalau nik aziz bukan pegawai awam (trmasuk MB dan anggota pentadbiran) dia tak salah apa2.. Tp tidak jika sebaliknya.. Kalau sprm tak siasat ianya tak adil pd aku. Sprm kena clear bab ni. Ni soal dunia. Nanti jd precedent. Soal berkat n wali allah dll subjektif. Nanti ada org yg ambil rasuah jdkan ini alasan utk menghalalkan tindakan mrk

Norizan Abd Hamid: dah banyak sangat isu tu yang diam membisu... dekat wall saya pun dah zip nampaknya huhuhu...

Ariff Hakimi Zulkifli: takde ke orang nak taja aku pi naik haji... kalau ada yg pakej RM15 ribu cukup la, tak payah taja yg pakej RM65 ribu macam yg tok guru... nanti orang kana panggil aku Haji (S) Ariff laaaa... hahahahah... (s) tu refer to "sponsored"... kena letak macam askar pencen... eg. Jeneral (R)... (R) tu retired... hhahahahaha

Ahmad Nizam A Rahman: Subjektif atau Objektif, yang penting sekarang hanya ada dua pilihan / opsyen:
1. Tajaan ke Tanah Suci itu Halal
2. Tajaan ke Tanah Suci itu Haram

Ahmad Nizam A Rahman: Kalau Halal, alhamdulillah, kalau haram, 1,000 orang kata dia wali atau keramat aku takkan akui.... mana der wali / keramat pakai benda haram ?

Ahmad Nizam A Rahman: Setau aku ler

Manzaidi Mohd Amin: kalau aku org umno, aku tak akan duduk dia, tentu aku ke pejabat SPRM esok buat laporan. apa ke hal nye ni RM320,000 utk lima beranak pi makkah. padahal tahun lepas baru pi. tahun ni pi pulak. sepatutnya sebagai tok guru, dia kena tolakkan tajaan tu. pergi ikut hukum. bila ada kemampuan baru pergi. Dulu dia juga nasihatkan org2 tua jgn jual tanah dan lembu semata-mata buat belanja nak pi makkah. Nak pi jugak hah simpan sampai cukup. Malangnya rakyat kelantan.

Norhisham Musa: manzaidi> aku ckp sbb tugas aku mmg selalu terima dugaan tu. Mcm ariff hakimi ckp ttg ke jakarta tu. Aku kdg2 jaga semua item/bil ada dlm simpanan nk cover diri. Pergi mana2, leisuru dll tak berani ajak kwn2 sbb bimbang disalah anggap. Sbb tu aku insan yg rugi jika nik aziz tak salah

Ahmad Nizam A Rahman: AKu orang UMNO... tapi aku nak tunggu RAK buat laporan!

Ariff Hakimi Zulkifli: betul tu Sdr Norhisham... better be careful... penjawat awam memang banyak dugaan...

Norhisham Musa: arif> esok aku akan call sprm. Sbg rakyat aku jg ada hak. Jgn ada double standard.

Ahad, 8 November 2009

Versi Facebook 08hb Nov 09

Zamay Roslan: Aku pun tak faham. Bagaimana seorang Islam boleh mendoakan keburukan ke atas orang Islam lain. Inilah berlaku apabila perasaan menguasai akal. Wallahualam. Doa Tok Guru Nik Aziz untuk Najib Razak dan Zahid Hamidi - Malaysia News. Klip video ini adalah sedutan terakhir daripada klip video ini http://www.youtube.com/watch?v=HG4NgnKvcy4 )

Comment
Lailie Osman:
Astaghfirullahalazim... terkedu sekejap saya tonton klip ini...
cerita saya: pernah kami dianiaya berjuta ringgit oleh makhluk Tuhan yg dilayan lebih dr darah daging sendiri.. semmgnya dia itu tak takut Tuhan, tak takut balasan Tuhan.. sbb dgn penipuan itu berdesyum2 anak2 dia lahirkan ke dunia ini hasil duit haram itu.. tanpa rasa takut apalah habuan... pada anak2 itu nanti hasil perbuatan bapa mereka.. Wallahualam.. tapi tak apa, kami redha walaupun sbg manusia biasa.. perasaan marah & kecewa berselirat.. walaupun pernah terlintas di hati & fikiran berdoa agar makhluk Tuhan itu diberi balasan 'setimpal', namun cepat2 istighfar.. sbb alhamdulillah.. walaupun kami taklah warak, alim & penuh dgn ilmu agama, malah lebih jahil drp mana2 frens di FB ini mungkin.. namun akal yg menguasai perasaan cpt2betulkan iman yg bukan tugas kita sbg hambaNya utk berdoa sedemikian rupa.. namun itu semua kerja Allah.. kunfayakun.. setelah mendgr pelbagai ceramah agama.. sebaik2nya kita doakan yg terbaik sentiasa utk 'musuh2' kita.. bukannya doakan ditimpa bala.. even Dr. Fadzillah Kamsah pun ada ingatkan.. sebaik2nya kita doakan yg terbaik & maafkan apa jua kesalahan org2 lain waima musuh2 kita (kalaulah ada..) terhadap kita setiap kali sebelum tidur... insyaAllah Dia kan Maha Mengetahui...
janganlah perasaan menguasai akal & matlamat menghalalkan cara... maafkan saya yg jahil ini... yg hanya ingin menyuarakan pendapat berlandaskan pengalaman... saya tidak suarakan pendapat berdasarkan PARTI POLITIK tetapi sebagai INSAN, SAUDARA SESAMA ISLAM... "Allahuakbar" gunakanlah ia dlm konteks yg sebenar2nya... Wallahualam...

Manzaidi Mohd Amin: Pada sy inilah manusia yang bertopengkan syaitan. Telah menggunakan habis-habisan agama utk meletakkan dirinya seorg ulamak konon. Kesian para hadirin yg hadir dan mengaminkan doa manusia ini. Inilah ulamak yang dikeji Allah pada akhir zaman ini.

Manzaidi Mohd Amin: Kalau dia benar2 Islam tulin, dia akan ajak pengikutnya supaya mendoakan kebaikan kpd musuh. Ini tidak, Najib dan Zahid tak pernah berbalah dgnnya, tapi dimintanya supaya mendoakan keburukan org itu. Insya-Allah org yang diaminkan dlm doa itu sebenarnya yang mendapat rahmat dari Allah, manakala org yang mengajak dan membaca doa itu dikutukNya.

Lailie Osman: Sepatutnya alim ulama stay saja jadi alim ulama memimpin umatNya berlandaskan al-Quran & Sunnah.. alim ulama jangan jadi politicians!! celaru & serabut!!! saya kata ni utk semuanya sekali, tak kira parti politik.. kembalilah padaNya agar dapat anda sekalian memimpin kami2 yg jahil ini.. hmm.. jahil ke. nak compare to mrk2 yg amat warak & tak jahil ini...????

Lailie Osman: Sebagai hambaNya.. kita semua TAK PERFECT. insan tersayang sentiasa ingatkan saya.. jangan terlampau marah pada org lain sbb kita kata org tu buat salah pd kita.. apa kurangnya diri kita sendiri.. tak pernah ke buat salah pd org lain..? kalau org yg kita buat salah tu bgtau kita.. at least blh la sempat kita sedar & minta maaf & berubah.. tapi kalau kesalahan & kekhilafan yg tak kita sedar dah kita buat.. salah & khilaf BESAR pulak tu..??? insaf mmg insaf.. tp saya akui even diri saya sendiri ni pun masih susah nak apply fakta ni.. mungkin sbb iman yg tak berapa kuat.. tapi mrk2 yg asyik takbirrr takbirrr tu iman kuat ke tak agaknya ya..? warak2 & kuat agama mrk2 itu kan... hmm.. jangan dipermainkan "ALLAHUAKBAR" itu... kerana sesungguhnya.. Allah Maha Besar.. Allahuakbar.. Salam..

Manzaidi Mohd Amin: Sejahil2 saya, jahil lagi yg sdg berucap dlm visual tu. Sy tak pernah bgtau pd anak2 supaya mendoakan keburukan org lain. malah sy selalu jelaskan kpd mereka mengenai peri pentingnya kita jaga imej kita sbg org Islam dan ikut sunah dan al-Quran kalau nak hidup bahagia dunia akhirat. Kalau mcm inilah ulamak yg dipuja disanjung, sy tak sanjung dan tak puja pun tak mengapa barangkali. Drp turut sama menanggung dosa kering dgn ikut fanatik pd ulamak ini, lebih baik sy kekalkan prinsip hidup sy yg sy lalui ini. Masuk waktu, solat. Baca buku2 agama yg diluluskan kerajaan dan kalau tak faham bertanya pd tok2 guru yg bebas dari politik.

Lailie Osman: MMA> salam kembali. saya setuju... kenapalah mrk ni fanatik sangat ye...

Manzaidi Mohd Amin: Islam adalah agama yg mudah dan sederhana asalkan kita faham sunnah Nabi dan isi kandungan al-Quran. Allah selalu menekankan dlm firmannya agar kita jauhkan yang buruk dan dekati kpd kebaikan. Jgn sekali2 mengutuk manusia lain, kerana mungkin manusia itu mendapat restu Allah utk mendiami Syurga. Hatta anjing pun kita tak boleh pukul kalau dia tak kacau ganggu kita, inikan pula kita sesama manusia yang sama bangsa dan sama agama. Ayah mak sy selalu tekankan pd anak2nya, jangan sekali2 mengata keburukan pd org kerana takut2 kita yg lebih buruk dari org yg kita perkatakan itu. Kita tak boleh tuduh org itu tak solat, sbb entah2 dia sudah menunaikannya selepas selesai azan. Sy pegang kukuh didikan ayah mak sy. Tapi sy sedih dgn pemimpin spt ini.. memakai topeng Islam, tapi isi dalamnya jauh menampakkan dia tidak mengikut hukum hakam Allah.

Lailie Osman: MMA > betul.. sgt2 setuju. tapi mmg dah macam 'TREND' mrk2 ni sume - cubalah saudara ckp mcm ni pada mana2 ahli parti politik yg satu ni esp. yg fanatik abis ngan ulama dia ni... pffuuhhh.. mcm2 vocabulory akan keluar dr mulut mereka.. sume yg kononnya sooooo ISLAM... cuba lah... trust me.. they are very2 gud in that! (pengalaman....)

Manzaidi Mohd Amin: Mereka fanatik sbb mereka jahil tukil dan hati mereka telah dicemari oleh golongan yg menggunakan Islam utk kepentingan diri. Siapa tidak taksub kalau seseorang itu menyampaikan ceramah agama sebiji mcm yang tertera dalam al-Quran dan sunnah. Tetapi tanpa mereka sedar setiap ajaran itu bukan yang tulin, sebaliknya diciplak dan dicampur adukkan dgn ilmu politik. Sbb itu teriakan takbir begitu mudah dipermain-mainkan. Cuba mereka ini diajar isi kandungan yg tepat dan benar sebagaimana dianjurkan al-Quran dan Hadis, Insya-Allah mereka tak berani menjerit takbirr menyebut Allah Maha Besar sambil bertepuk tangan. Masya-Allah. Sedihnya sy dgn keadaan umat Islam sekarang.

Manzaidi Mohd Amin: Lailie.. mereka ini tak akan terima apa yg kita perkatakan. Mereka ada nas dan alasan sendiri utk patahkan hujah kita. Mereka diberi akal dan pengetahuan yg sempurna oleh Allah, tapi mereka tidak gunakan dgn baik. Sy ingat kata kata arwah tok guru saya bila saya tanya kenapa Allah tak turunkan bala pd org yg berjudi? Arwah tok guru saya kata, Allah beri rezeki pd yg berjudi dan mencuri, tapi wang itu tak berkat. Allah beri kekayaan pada golongan yg kaya raya, tapi kekayaan itu tidak berkat. Jadi, jawapannya, Allah lanjutkan usia pemimpin ini utk sampaikan 'dakwah', tetapi dakwahnya tidak diterima oleh Allah. Kesian...

Lailie Osman: MMA > siapa2 di sini nak kata, katalah apa saja samada saya ni sejahil2manusia pun.. tapi demi Allah.. setiap kali saya dengar dr jauh atau depan2 mata kalau tak sedar rupanya berada dlm grup ini eg: di masjid 'yg terpilih itu'... saya cukup terganggu & tak suka sangat2 bila kumpulan2 ini jerit 'takbirrr takbirrr' setiap kali apa saja.. nama Allah yg dipermain & diperlekehkan!! rasa mcm nak jerit jek suruh diorang diam. entah apa motifnya pun wallahualam...

Lailie Osman: MMA > tell me about it... some are born in my own family... sampai sanggup melawan & mengherdik ibu bapa sendiri.. sampai menitik lah air mata seorang ayah & seorang ibu dek kerana terlampau taksub.. wallahualam... yg ini betul2 Allahuakbar... semoga besarlah hikmahNya di sebalik semua ini... Salam, saudara Manzaidi... Selamat Malam...

Manzaidi Mohd Amin: Lailie, sy yakin dn percaya yg menjerit takbir tu tak faham apa makna takbir. Mereka hanya sekadar menjerit dan memekik dengan pelbagai nada serta intonasi. Dan itulah yg dikehendaki oleh penceramah politik berkenaan. Kalau hadirin diam membisu, pemimpin itu sengaja menjerit Takbir.. dengan harapan hadirin menyahhutnya dgn panggilan Allahu Akhbar. Kemudian pemimpin itu ketawa. Dia ketawa kerana usahanya nak mempermainkan nama Allah mendapat sambutan. Dia ketawa kerana gembira dgn ajarannya mendapat sokongan hadirin. Masya-Allah. Sama-samalah kita bertafakur dan muhasabah diri. merenungi diri kita dan apa telah berlaku kpd Islam sekarang ini. Malah sy sentiasa berdoa semoga hal2 begini berakhir.

Manzaidi Mohd Amin: Salam kembali Puan Lailie. Selamat malam.

Khamis, 5 November 2009

Kelantan dapat wang ihsan

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan.

Ini kerana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.

Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, wang ihsan itu akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.

“Keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan memastikan setiap lapisan masyarakat Kelantan menikmati manfaat pembangunan negara.

“Ia selaras pendekatan inklusif dan semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ini juga mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras arus pembangunan perdana negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.

Sehubungan itu, katanya, pemberian wang ihsan kepada Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan dari medan petroleum Bumi Selatan berkenaan.

“Wang ihsan itu akan disalurkan setelah maklumat terperinci jumlah pengeluaran gas dan tatacara berkaitan dimuktamadkan. Peruntukan pertama wang ihsan bagi Kelantan dijangkakan pada 2010,” katanya.

Dalam pada itu, suasana dalam Dewan Rakyat menjadi panas antara penyokong kerajaan dan pembangkang yang mempertikaikan penggunaan istilah wang ihsan, bukannya royalti.

Salahuddin dalam soalan tambahannya meminta penjelasan Najib mengapa istilah wang ihsan digunakan, bukannya royalti seperti termaktub dalam Akta 144 Petronas.

“Istilah wang ihsan timbul selepas Pas memerintah Terengganu sedangkan dalam akta itu jelas menyebut royalti bukan wang ihsan, kami rakyat Kelantan memperjuangkan hak kami, tiada bumi Malaysia tanpa negeri dan pantai Kelantan.

“Rakyat Kelantan bukannya peminta sedekah, mereka hanya mahukan hak mereka yang jelas termaktub dalam peruntukan undang-undang, minta penjelasan,” katanya.

Najib kemudian menjawab: “Janganlah cuba mempolitikkan perkara ini, tidak habis-habis dengan politik.”

Ketika inilah wakil pembangkang membuat kecoh dengan mencelah mempertikaikan jawapan Perdana Menteri itu, antaranya Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).

“Buktikan 1Malaysia, bayarlah... itu adalah hak Kelantan,” kata Dzulkefly.

“Hak ini mesti diiktiraf, orang Kelantan dah tolak BN. Prinsipnya ialah keadilan, royalti ini bukan hak Pusat tetapi milik Kelantan,” celah Khalid.

“Saya tetap tidak berpuas hati. Kenapa istilah wang ihsan digunakan, bukannya royalti?” kata Salahuddin.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang turut mencelah berkata: “Inilah jenis manusia, apabila diberi tetapi tidak mahu dan tidak pandai mengucapkan terima kasih. Perdana Menteri sudah beri penjelasan, apa lagi nak jelaskan.

“Saya cadangkan peruntukan ini disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kerana ia adalah hak Kerajaan Persekutuan.”

Pada tahap ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa masuk campur dan mengingatkan semua wakil rakyat menjaga perilaku masing-masing dan menghormati Dewan.

“Apabila Perdana Menteri dan menteri tidak datang, kamu semua suruh hadir tetapi apabila hadir kamu pula syok sendiri dan bergaduh sama sendiri,” katanya.

Najib yang kemudian bangun menjawab soalan tambahan itu berkata, setiap projek yang akan disalurkan terlebih dahulu diadakan perundingan dengan Kerajaan Kelantan.

“Apa yang penting ialah kepentingan rakyat Kelantan.

“Kita juga ada semangat hendak berunding dengan kerajaan negeri, apa yang hendak dipertikaikan lagi kerana rakyat Kelantan akan dapat manfaat daripada wang ihsan ini,” katanya.

Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) yang mengemukakan soalan tambahan meminta jaminan kerajaan supaya memastikan wang ihsan itu disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya JPP.

Najib sentiasa tenang sepanjang berada di Dewan Rakyat hari ini kemudian menjawab: “Selama ini Kelantan tidak mempunyai hak untuk menerimanya, ini melibatkan kawasan pertindihan.

“Baru-baru ini sahaja dapat disahkan bahawa ada blok yang boleh dipertimbangkan, maka kita akan pertimbangkan bagi memastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat.”