Sabtu, 26 Disember 2009
SANI... menakutkan
Kemalangan ngeri yang meragut 10 nyawa, semuanya penumpang bas Sani Ekspres menakutkan ramai perantau.
Apa tidaknya, selama ini mereka meletakkan penuh kepercayaan kepada pemandu bas agar dapat membawa mereka pergi dan pulang ke destinasi dengan selamat, tapi bila tragedi demi tragedi berlaku melibatkan bas ekspres, ramai hilang keyakinan.
Hatta saya sendiri pun kalau dapat cuti dua atau tiga hari, akan pilih bas ekspres balik ke Pasir Mas.
Tapi sejak dua tahun tinggal di Shah Alam dan berulang-alik tiap-tiap bulan, belum ada lagi kejadian-kejadian menakutkan seperti pemandu pandu laju ke, pemandu mengantuk ke, bas rosak ketika mendaki Bukit Tujuh di Merapoh ke atau apa-apa kerosakan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.
Namun, bila baca berita mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 272.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi Sabtu, saya jadi takut dan terfikir-fikir nak balik guna pengangkutan apa pada awal tahun ni (minggu depan). Mungkinkah dengan kereta api atau kereta sendiri?
Kalau dengan kereta api, aku kena minta pulang awal dari ketua aku, kerana kereta api bertolak dari KL Sentral ke Tumpat pada jam 8 malam, sedangkan aku habis kerja jam 10 malam.
Kalau naik bas ekspres, terfikir pula ni musim kemalangan. Isyyy menakutkanlah. Nak balik dengan kereta sendiri pulak, kena tunggu pagi esok. Rugi satu hari hari cuti. Emm payahlah buat perhitungan begini.
Naik kapal terbang kot...
Bukan soal pengangkutan apa aku nak naik untuk balik. Tapi soalnya ialah sejauh mana pemandu bas ekspres sedar akan kebimbangan orang ramai dengan kewibawaan mereka memandu bas dalam perjalanan jarak jauh.
Pengakuan pemandu bas Sani Ekspres yang dia terlelap, lagilah menakutkan.
Macamana dia boleh terlelap sedangkan dia pemandu kedua.
Sepatutnya ketika bas bergerak dari stesen Klang, dia kenalah berehat dan tidur sementara bas itu dipandu pemandu pertama.
Dan sepatutnya sebelum memulakan kerja, setiap pemandu perlu memastikan mereka mendapat rehat secukupnya, iaitu tidur.
Tidur lebih pun tak boleh jugak sebab akan menyebabkan pemandu itu cepat mengantuk walaupun baru memegang stereng. Tidurlah secukupnya seperti sabda Nabi Muhammad SAW, berhenti makan sebelum kenyang.
Apapun, perkara sudah berlaku...
Kadang-kadang saya pernah terfikir, kalau kejadian itu menimpa diri saya tentu saya akan berkata, "Kalaulah pemandu pertama tidak menukar giliran, tentu kejadian yang turut menyebabkan dua penumpang cedera itu tak akan berlaku.
Saya juga akan marahkan pemandu pertama, "Kenapa la dia gatal tangan nak tukar pemandu. Kan elok kalau dia sambung terus memandu dan hanya tukar apabila matanya betul-betul mengantuk.
Saya ucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. Semoga roh mereka ditempatkan Allah bersama golongan yang soleh. Amin. Al-Fatihah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
1 ulasan:
Memang menakutkan, tapi sebagai pengguna kita tidak seharusnya menyalahkan pemandu bas sahaja. Semua pihak bertanggungjawab terhadap tragedi ini. Contohnya, jika besi pembahagi jalan itu benar2 kukuh, mengapa dengan sekali rempuhan ia mampu menembusi badan bas? Semua pihak perlu mengkaji semula hal berkaitan jaln ray, pengurusan pemandu dan sebagainya. SEmoga tragidi hitam ini tidak berulang kembali. SEmoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka yang terkorban...
Catat Ulasan