Rabu, 30 Disember 2015

Sejarah Tok Janggut Perlu Dikaji Semula

 
Kecelaruan fakta berhubung nasib yang menimpa Tok Janggut bukan satu perkara yang baru, kata Pakar sejarah Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali.

Beliau mengambil contoh pejuang Melayu lain seperti Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor di Perak yang mengikut rekod mereka mati digantung namun maklumat daripada keluarga mereka menceritakan yang sebaliknya.

"Orang yang membuat dakwaan itu biasanya mengaku daripada keturunan tokoh itu tetapi tiada catatan sistematik. Itu yang menyukarkan pengkaji sejarah.

"Sumber lisan turun temurun boleh diterima, tak salah tetapi kita mesti teliti orang yang menyampaikan keterangan itu dan bandingkan dengan sumber-sumber lain," katanya.

Beliau memberi contoh, menurut rekod Tok Janggut mati di Kampung Pupoh, Jeram, Pasir Puteh dan mayatnya diusung di Kota Bharu sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat. Itulah kebenarannya hingga kini.

'Penjajah tertipu, Tok Janggut tidak terkorban' - Waris

'Penjajah tertipu, Tok Janggut tidak terkorban' - Waris
Sulaiman Ismail, 85, cicit kepada pahlawan Melayu, Allahyarham Tok Janggut ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Batu Hitam di sini, hari ini...Beliau mahu kerajaan memberi perhargaan yang setimpal terhadap jasa moyangnya - Foto Bernama
 
Tahun 2015 yang akan melabuhkan tirai pada Khamis agak signifikan daripada segi sejarah kerana ia menandakan genap 100 tahun berlakunya peristiwa Tok Janggut menentang British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan.

Kalau hendak diikutkan, sudah banyak artikel Tok Janggut diketengahkan sebelum ini.

Namun apabila diselidiki hampir kesemua berkongsi sumber yang sama dan tidak banyak maklumat catatan yang boleh diambil sebagai rujukan serta pengajaran bersama.

Pada masa yang sama masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Ada juga pihak yang sangsi dengan banyak fakta yang didakwa mengikut acuan penjajah.

Al Fatihah: Mayat Kapten Hasman telah ditemui...

Kehilangan anggota tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin yang sedang berkursus di Amerika Syarikat pada 26 Disember lalu terjawab selepas mayatnya ditemui kira-kira 11.00 pagi waktu tempatan (tengah malam semalam waktu Malaysia).
Pihak berkuasa Malaysia sudah memaklumkan kepada keluarga Allahyarham mengenai penemuaan mayat tersebut.

Isteri kepada Kapten Hasman, Siti Hazwani Ahmad menerima berita yang mayat suaminya telah ditemui melalui panggilan telefon oleh pihak tentera pada pagi ini.

"Pagi tadi tentera menghubungi saya dan memaklumkan suami sudah tiada. Saya diminta bersedia dan disiapkan pasport untuk dibawa ke Missouri, Amerika Syarikat.

"Saya terima keadaan ini dan amat berharap jenazah suami segera dibawa pulang. Mungkin saya tidak dapat bersama ke Amerika Syarikat sebab masih berpantang anak kembar.

Selasa, 29 Disember 2015

Menteri JPM kahwini wanita 33 tahun lebih muda

Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan isterinya Jacklyne Anthony sama-sama meraikan perkahwinan mereka kelmarin. — Foto ehsan Facebook/Bit SurangMenteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan isterinya Jacklyne Anthony sama-sama meraikan perkahwinan mereka kelmarin. 






Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Belaun menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini wanita 33 tahun lebih muda Sabtu lepas.

Majlis perkahwinan Entulu, 61, dengan pegawai bank, Jacklyne Anthony, 28, diadakan dalam satu majlis tertutup di Hotel Kingwood Resort di Mukah, dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Jumaat, 25 Disember 2015

Laknatlah ke atas kamu pelampau Yahudi


BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel hari ini mengumumkan telah memulakan siasatan terhadap sepotong video yang memaparkan sekumpulan pelampau Yahudi bersenjata di sebuah majlis perkahwinan meraikan kematian seorang anak kecil warga Palestin yang maut dalam satu insiden pengeboman oleh rejim.

Video yang disiarkan oleh sebuah program berita Israel itu terus menjadi viral dan mendapat kritikan hebat daripada ahli politik Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Video itu antara lain memaparkan sekumpulan hadirin menari dengan senjata api, pisau dan bom molotov cocktail yang belum dinyalakan sambil dilihat menikam gambar anak kecil yang terbunuh dalam insiden pengeboman yang dikatakan dilakukan oleh pihak pelampau Yahudi.

Khamis, 24 Disember 2015

Azmin mengaku rapat dengan Tun M

Post Pic
 
Penyokong PKR  dilaporkan tidak senang duduk dengan pengakuan timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Memetik laporan The Malaysian Insider, Azmin ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis perkahwinan anak perempuannya berkata beliau mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan Mahathir.
 
"Saya dan Tun (Dr Mahathir) mempunyai hubungan yang sangat istimewa.

Rogol, liwat gadis bawah umur: Bekas pegawai kanan polis dihukum penjara 100 tahun


Harapkan pegar, pegar makan padi. Padahnya amat berat. Bekas Ketua cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Polis Negeri Sabah, DSP Rohaizat Abd Ani, 56, dikenakan hukuman penjara berjumlah 100 tahun dan 15 sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis berusia 13 tahun.

Hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Rabu atas kesalahan yang dilakukannya antara 1 Februari dan 6 Mei 2012.

Bapa kepada dua anak itu didakwa merogol gadis itu empat kali dan meliwatnya sekali dalam tempoh berkenaan.

Barangan dalam rumah milik bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng disita


Barangan dalam rumah milik bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman di Kampung Tersusun Jalan Gopeng, disita kerana gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah pada tahun 2011.

Peguam kepada Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Nadzratun Naim Hammad Azizi berkata, perintah sita itu dikeluarkan selepas Hamidah gagal membayar ganti rugi berkenaan kepada Khalid yang memenangi kes saman fitnah terhadap bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat itu.

Usaha kesan MH370 dasar Lautan Hindi berakhir Jun 2016


Walaupun semakin dilupai oleh penduduk dunia, namun usaha untuk mengesan kehilangan pesawat MH370 masih giat dilakukan.

Sejak hilang pada 8 Mac 2014, pelbagai cara telah digunakan untuk menjejak pesawat malang itu.

Usaha pencarian pesawat itu di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.

Selasa, 22 Disember 2015

Cerai dan cemburu punya bakar kereta di LRT Taman Jaya


Dicelah segala macam spekulasi mengenai kebakaran mengejut beberapa buah kereta di tempat letak kereta dekat stesyen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya tengahari Isnin… puncanya ada kaitan dengan kes cerai dan cemburu.

Kejadian berlaku bila seorang lelaki cuba membakar kereta bekas isterinya dengan melontar botol berisi minyak petrol. Kereta itu diletak di kawasan tempat letak kereta berkenaan.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din dilaporkan memberitahu, lelaki berkenaan tiba dengan motosikal ketika wanita itu sedang membersihkan bahagian dalam keretanya di situ.

Isnin, 21 Disember 2015

Media salah lapor, PAS tak pernah sedia maafkan Umno - Takiyuddin

Post Pic
 
PAS hari ini menafikan laporan berita yang mengatakan parti itu bersedia untuk memaafkan Umno sekaligus melupakan sejarah yang berlaku melibatkan dua entiti itu.
 
Hal itu ditegaskan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan medianya hari ini.
 
"Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud ‘adakah PAS memaafkan Umno...
 
"Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’ kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya,” katanya.

Mahkamah putuskan penahanan, pendakwaan Kassim Ahmad tidak sah

Post Pic
 
 
Tangkapan dan penahanan intelektual dan aktivis Islam Dr Kassim Ahmad yang dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  (Jawi) pada 2013 adalah tidak sah, putus Mahkamah Rayuan hari ini.
 
Panel 3 orang hakim diketuai Vernon Ong Lam Kiat berkata, Jawi tidak mempunyai bidang kuasa terhadap Kassim yang menetap di Kedah.
 
“Kami mengarahkan penangkapan, penahanan dan pendakwaan terbatal dan kes dibuang,” katanya dalam membenarkan rayuan Kassim menentang keputusan Mahkamah Tinggi.
 
Panel hakim juga membenarkan hujah Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi berbanding tribunal yang lebih rendah, termasuk Mahkamah Syariah dalam soal perundangan.

Polis nafi letupan bom punca kebakaran 6 kereta

Post Pic
 
Polis sedang mengesan seorang lelaki menaiki motosikal yang dipercayai membakar sebuah kereta di tempat letak kereta di Stesen LRT Taman Jaya, berhampiran Amcorp Mall sehingga menyebabkan lima lagi kereta lain terbakar. 
 
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya kini sudah mengenal pasti identiti suspek terbabit berdasarkan maklumat daripada pengadu dan saksi kejadian. 
 
"Suspek terbabit didapati mencurah petrol ke arah sebuah kereta sebelum menyalakan api dengan tujuan ingin membakar kereta berkenaan. 
 
"Setakat ini motif sebenar suspek sedang disiasat dan kita masih mengumpul segala maklumat yang ada," dipetik BH Online. 

Ahad, 20 Disember 2015

Jenazah lima beranak mati lemas dikebumi dalam satu liang lahad

Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang di sini kira-kira 1.30 pagi tadi.

Jenazah Abdul Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adia @ Salwati Awang, 39, dan tiga anaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung isterinya.

Anak lelaki tunggal pasangan itu, Mohd Hasif, 9, bagaimanapun terselamat.

Jenazah kelima-lima beranak itu sebelum itu disembahyangkan di masjid kampung berkenaan pada 9 malam.

16 pelancong Malaysia terkorban nahas bas di Chiang Mai


Seramai 16 orang pelancong Malaysia terbunuh dalam dalam kemalangan bas yang mereka naiki ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai di Utara Thailand pada tengah hari Ahad.

Bas sewa khas itu yang membawa 22 pelancongan Malaysia itu dilaporkan berlanggar dengan sebuah pickup sebelum berlanggar dengan beberpa buah kenderaan lain di jalan kawasan berbukit di situ.

Pekerja penyelamat mulanya sangka mereka rakyat China. Kemudian baru disahkan mereka adalah rakyat Malaysia.

Ketika laporan ini ditulis belum ada kepastian mengenai identiti mereka yang terlibat dan dari tempat mana di Malaysia.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin mengesahkan kejadian itu serta mereka yang terlibat adalah rakyat Malaysia.

Katanya, ini berdasarkan maklumat dari polis di lokasi kejadian.

Sabtu, 19 Disember 2015

Chedet ulas ucapan Presiden UMNO

1. Ucapan Presiden UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO 2015 amat mengecewakan. Ia tertumpu dan terhad kepada mempertahan diri sahaja.

2. Presiden mendakwa, ia adalah Gentleman, berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur.

3. Perjuangan parti dan kerajaan pimpinannya tidak disebut. Juga tidak ada penjelasan berkenaan dengan masalah seperti 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit yang terdapat dalam akaunnya di Arab Malaysian Bank yang perwakilan ingin tahu supaya mereka dapat terangkan kepada ahli-ahli lain dan orang ramai.


4. Ekonomi negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit dan kesannya terhadap kos sara hidup dan kos import tidak diulas dan tidak ada cadangan bagaimana menangani masalah-masalah ini. Masalah yang disebabkan oleh GST juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan Kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan keatas rakyat ini.

Rosakkan Imej PVATM, Ali Tinju Mungkin Dikenakan Tindakan Tatatertib

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.

Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Tindak tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej yang tidak baik terhadap Veteran ATM secara menyeluruh selain bercanggah dengan prinsip dan amalan Veteran ATM di negara ini.

UMNO Perlukan Lebih Ramai Pemimpin Berjiwa Besar - Penganalisis

Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin dan anggota berjiwa besar yang mampu melonjak parti ke arah masa depan lebih gemilang orang Melayu selain mampu menyumbang kepada daya tahan parti dalam pentas politik tanah air, demikian menurut penganalisis dan pemerhati politik negara.

Tegas mereka, berjiwa besar untuk membuka pintu silaturrahim kepada semua yang berbeza pendapat supaya dapat kembali bersatu dan mengukuhkan ikatan UMNO bukan hanya menjadi tanggungjawab pemimpin, bahkan anggota parti di setiap peringkat.

Adenan bersedia keputusan lebih baik pilihan raya Sarawak sebelum Jun

Tan Sri Adenan Satem kini bersedia memacu Sarawak menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang pertama sebagai Ketua Menteri dan berharap mencapai keputusan lebih baik berbanding bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud.
"Saya tidak fikir dia akan cemburu. Dia pastinya akan lebih gembira," kata Adenan berseloroh.

sprsarawak
11 kawasan baharu Dewan Undangan Negeri di Sarawak

Beri laluan atau berdepan tindakan undang-undang

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran bahawa pengguna jalan raya yang tidak memberi laluan kepada rombongan VIP di jalan raya boleh didakwa mengikut Akta Polis dan Akta Pengangkutan Jalan.
"Pihak polis boleh bertindak terhadap pengguna jalan raya yang menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka. Sebab utama mengapa polis perlu mengiringi VIP adalah kerana sebab-sebab keselamatan.

"Terdapat perbincangan di media sosial dan portal berita yang mencadangkan supaya pengguna jalan raya mengabaikan arahan polis supaya memberi laluan apabila rombongan VIP akan melalui kawasan tertentu.

Lima sekeluarga lemas tragedi kepala air

Tragedi kepala air meragut nyawa lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak dalam insiden di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, Terengganu, jam 11 pagi tadi.
 
Laporan menyebut, keluarga terbabit yang menetap di Shah Alam, Selangor pulang bercuti di Bukit 
Tunggal, Kuala Nerus, sebelum pergi berkelah di air terjun berkenaan.
 
Seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kecemasan sekitar jam 11.35 pagi.

Khamis, 10 Disember 2015

Al-Fatihah: Momo Latiff meninggal dunia

Pelakon dan penyanyi filem Melayu klasik , Momo Latif disahkan meninggal pada pukul 5.50 petang tadi di kediaman anaknya yang terletak di Woodlands, Singapura.

Menerusi laporan Berita Media Corp., Momo atau nama sebenarnya Momo Makarim, 93, meninggal akibat penyakit darah tinggi yang dihidapinya.

Malah anak kepada Momo, yang juga penyanyi era-80an, Cik Kamaliah Latiff, turut mengesahkan berita pemergian ibunya.

Dilahirkan di Singapura, pembabitan Momo dalam dunia seni sering kali dibayangi Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memandangkan kedua ikon ini sering bekerjasama dalam filem mahupun lagu.

Memulakan langkah sebagai pelakon filem pada tahun 1941, antara lakonannya yang cukup memberi impak kepada peminat filem Melayu adalah dalam filem Pendekar Bujang Lapok .

Selain itu, Momo juga cukup terkenal melalui alunan suara yang cukup diminati ramai, antara lagu yang pernah mempopularkan seniwati itu adalah ‘Merpati Dua Sejoli, Tudung Periuk, Semenjak Berpisah’ dan ‘Tak Jemu Menunggu.’

Ucapan Presiden UMNO - PAU 2015


"UMNO: MENYEMPURNAKAN SEBUAH PERJUANGAN"
UCAPAN PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 10 DISEMBER 2015 BERSAMAAN 28 SAFAR 1437 HIJRIAH. KHAMIS, JAM 9.30 PAGI, DI DEWAN MERDEKA, PWTC.

BismillahirRahmanirRahim,
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap,
Timbalan dan Naib-Naib Presiden,
Ketua-Ketua Sayap Parti, Wanita, Pemuda dan Puteri,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Para Perwakilan,
Ketua-Ketua Parti Komponen,
Dif-dif Jemputan, Para Hadirin,
Saudara dan Saudari Sekalian.

MUKADIMAH
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nastain.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
1. Pada pagi ini, 10 haribulan Disember 2015, bersamaan 28 haribulan Safar 1437 Hijriah, sekali lagi Allah-Hu Ta’ala, dengan izinNya telah menghimpunkan kita semua, dalam satu majlis yang dirahmati hendaknya.

2. Seperti yang telah disebutkan oleh Setiausaha Agung parti, saya selaku Presiden, mengalu-alukan sejumlah 2,762 perwakilan, dari 191 Bahagian seluruh negara, bermula di Arau Perlis, membawa ke Lahad Datu, Sabah.

3. Sehubungan itu, mari kita merakamkan ucapan tahniah setingginya kepada Wanita, Pemuda dan Puteri yang telah selamat bersidang dengan jayanya.

4. Kepada Wanita, sepertimana diisytiharkan pada perhimpunan agung 2013, segala susah payah dan pengorbanan kaum Hawa dalam parti bertuah ini,… selamanya akan diangkat,… dan terus dimartabat,… sebagai tulang belakang UMNO.

5. Kepada para Pemuda,… mengambil sempena surah Al-Kahfi,… saya mahukan seangkatan besar yang hebat lagi gagah berani,… selaku waris perjuangan bangsa, rela berbakti, kerna,… pada saudara-saudaralah dipertaruhkan harapan untung nasib keturunan kita.

6. Buat Puteri pula,… dengan seri merah jambunya di sebalik selendang atau dalam kerudung, walau lasak dan gigih berjuang.

7. Semestinya, saudari-saudarilah harapan pertiwi,… kematangan dan kebolehan semua, semakin hari semakin pula, tampak menyerlah.

Saudara dan saudari,
8. Orang menyebut, tiada yang dulu, tiada yang sekarang. Satu lagi kelompok yang merupakan pasukan penyokong tegar kepada parti, waima telahpun meninggalkan medan perjuangan secara rasmi, tetap taat dan setia, mencurah khidmat dan nasihat kepada parti tercinta.
9. Ayuh,… ayuh,… kita sama-sama memberi tepukan penghargaan, tanda terima kasih kepada golongan veteran UMNO.

10. Kepada para pendahulu yang telah pergi lebih awal dan kembali berpulang kepada-Nya, sayugia hanya Allah-Hu Ta’ala yang mampu memberi balasan setimpal, atas segala kebaikan yang telah dilakukan.

11. Serentak itu juga, bagi pihak seluruh pengurusan parti keramat UMNO, kita rafakkan sembah takziah kepada seluruh kerabat DiRaja Kedah dan DiRaja Johor, masing-masing atas kemangkatan almarhum-almarhum, Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Yang Amat Mulia, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim.

Selasa, 8 Disember 2015

Transkrip Wawancara Bernama Dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Bernama mengadakan wawancara eksklusif dengan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang bermula Selasa.

Bernama: Menjelang perhimpunan yang akan bermula esok dengan persidangan sayap, ke arah mana yang hendak dijuruskan perbincangan atau ucapan semasa perhimpunan kali ini. Bagaimana dengan tindakan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi. Mungkin ada mesej tertentu yang Datuk Seri dan kepimpinan parti mahu sampaikan pada perhimpunan ini?

Ahmad Zahid: Keutamaan kita adalah ke arah perpaduan. Tidak perlu ada persidangan dalam persidangan dan pada hemat saya, perbezaan pendapat perlu ikhlas untuk memperkukuhkan parti. Sebagai parti yang dinamik, permasalahan harus diatasi dan setiap era kepimpinan pasti ada masalah, sama ada ia besar atau kecil ia mesti diselesaikan. Apatah lagi permasalahan itu wujud dalam intra parti, ertinya wujud kerana kepimpinan itu menyatakan perbezaan kerana tidak berasaskan kepada prinsip parti tetapi kepada persoalan self-centred. Dalam hal inilah pejuang-pejuang terdahulu menyatakan apa jua yang berlaku dalam gelombang, sebesar mana krisis yang harus dihadapi, parti mesti dan wajib diperkukuhkan. Dan, sebagaimana biasa isu-isu untuk ucapan dasar presiden usul ekonomi, agama dan pendidikan akan menjadi beberapa mauduk (topik) yang dilontarkan oleh jurucakap. Namun kita tentu tidak dapat menghalang jika ada aspek lain yang menyentuh bukan sahaja mengenai orang Melayu dan Islam tetapi kemajmukan sebagai negara yang ditentukan oleh Sunnatullah. Seharusnya dikekalkan soal keharmonian dan toleransi dalam kepelbagaian. Dan, pada hemat saya, biarpun pandangan dan persepsi berbeza di luar sana, saya harap suhu yang ada di dalam dewan adalah lebih sejuk daripada suhu politik yang berada di luar dewan.

Bernama: Akhir-akhir ini ada suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan tertinggi termasuklah timbalan presiden parti sendiri, bagaimana UMNO menangani masalah ini?

Ahmad Zahid: Punca serta kunci kepada penyelesaian permasalahan adalah bagaimana perpaduan itu dapat diperkasakan semula. Pada 1987 terdapat perbezaan antara presiden dan timbalan presiden yang hingga menyebabkan parti benar-benar terpecah dua. Bukan sekadar itu, ada cabaran-cabaran yang berlaku bila institusi kepimpinan utama itu dicabar dan perbezaan sokongan daripada perwakilan adalah 44 undi. Dalam keadaan ini, saya harapkan ia tidak akan berlaku begitu kerana pemimpin datang dan pergi, hakikatnya adalah apabila kita menjadi pemimpin, kita tentulah mengharapkan semua pihak memberi dukungan dan sokongan kepada kita. Apabila kita berada di kerusi kuasa, maka kita harus bersama-sama kepimpinan yang ada walaupun kita berbeza pendapat demi untuk memperkukuhkan parti.

RM2.6 bilion bukan daripada dana awam atau 1MDB – Najib

2
Najib berkata, sewaktu akaun itu diwujudkan Bank Negara telah dimaklumkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya bukan daripada dana awam atau syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata, perkara itu telah pun disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menemui penderma dana itu.

“Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

Kritikan bertujuan selamatkan Umno, negara – Muhyiddin muhyiddin

muhyiddin
Muhyiddin berkata, jika tindakan pucuk pimpinan itu menimbulkan banyak persoalan tidak terjawab, maka keyakinan rakyat akan terhakis.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kritikan yang dibuatnya baru-baru ini bertujuan menyelamatkan Umno dan negara daripada jatuh ke tangan yang salah.
Jelasnya, kritikan itu dibuat tanpa niat jahat.

“Saya sebut perkara ini bukan kerana ada niat jahat…Saya sebut perkara ini kerana soalan-soalan yang ditanya rakyat.

“Saya perlu yakinkan rakyat bahawa kerajaan yang diketuai Umno hari ini komited untuk melakukan transformasi.

Isnin, 7 Disember 2015

Serangan ke atas 1MDB hanya auta bukan fakta - PM


Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada 8 hingga 12 Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mula melancarkan serang balas terbuka terhadap pengkritiknya terutama berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi JKKK seluruh negara minggu lepas, Najib malam Ahad mengadakan pertemuan dengan mahasiswa pro kerajaan.

Tanpa berselindung, Najib menjelaskan serangan terhadap 1MDB tidak lain hanyalah perang persepsi.

Ucapan di Kelab Sultan Sulaiman...tindakan diambil jika Muhyiddin 'cross the line' - Tengku Adnan


Terpulang kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat sebarang ucapan di luar perhimpunan, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Namun tegas Setiausaha Agung UMNO itu, tindakan disiplin akan diambil jika Muhyiddin bertindak di luar batasan. 

"Saya tak tahu tentang ini cerita, nak bagi ‘speech’, terpulang pada dia.

"Cuma ‘don’t cross the line, you cross the line, we will take action," katanya ringkas selepas menyempurnakan program Back To School di Putrajaya, Isnin.

Muhyiddin dilaporkan akan membuat ucapan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur Isnin malam.

Ini dikatakan berikutan perubahan format perasmian perhimpunan Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO di mana ketua sayap masing-masing akan rasmi, bukan beliau seperti kebiasaan.

Sementara itu format ucapan dalam sesi penggulungan pula, ia akan diputuskan dalam satu Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO pada malam 9 Disember ini.

Ahad, 6 Disember 2015

Tunku Laksamana Johor Selamat Dimakamkan


 
Jenazah Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah pada pukul 3.20 petang.

Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010 atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.

Istiadat pemakaman Almarhum diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah akibat kanser hati.

Almarhum merupakan putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. 
 
Suasana pilu menyelubungi keluarga diraja Johor dan kesemua hadirin setibanya jenazah Almarhum di makam itu pada 1.50 tengah hari, yang sebelum itu diarak menggunakan pedati dengan diiringi Sultan Johor serta kedua-edua anakandanya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris.

Terdahulu, jenazah Almarhum diarak sepanjang tiga kilometer oleh 30 Askar Timbalan Setia Negeri Johor menggunakan pedati bermula dari Istana Besar melalui pintu gerbang masuk ke Jalan Ayer Molek terus ke makam diraja itu.

Sesampainya jenazah, Tunku Ismail dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman mengusung keranda jenazah bersama beberapa anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor kira-kira 50 meter ke makam.

Hujan lebat yang bermula sebaik sahaja istiadat pemakaman Almarhum bermula namun tidak menghalang ratusan rakyat Johor yang berada di luar makam terus kekal dan tidak berganjak dari tempat masing-masing demi kasih dan sayang mereka untuk putera raja berjiwa rakyat itu.

Semasa talkin dibacakan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut, Tunku Ismail yang duduk di kanan Sultan Ibrahim, kelihatan memegang tangan ayahandanya sambil menahan sebak.

Sultan Johor dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah juga kelihatan sebak sepanjang istiadat pemakaman.

Turut berkenan berangkat ke istiadat pemakaman dan menyiram air bunga di makam Tunku Laksamana Johor ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut hadir di Istana Besar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tunku Abdul Jalil. -- BERNAMA
ORANG ramai mula menunggu ketibaan jenazah di perkarangan Makam Diraja untuk upacara pemakaman Almarhum Tunku Laksamana Tunku Jalil Sultan Ibrahim di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim JOHOR BAHARU: Suasana pilu menyelubungi Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini, apabila orang ramai mula berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. Rakyat Johor dan orang ramai mula berbaris di luar perkarangan Istana Besar sejak jam 9 pagi tadi bagi upacara berkenaan. Orang awam dibenarkan melawat jenazah dari pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi, sementara orang kenamaan dibenarkan melawat dari pukul 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Mereka yang hadir dilihat mematuhi kod etika berpakaian dengan wanita Islam mengenakan baju kurung putih dan kain batik serta bertudung putih sementara lelaki Islam, mereka mengenakan baju Melayu teluk belanga berdagang luar putih, kain samping hitam dan songkok lilitan jalur putih. Sementara lelaki bukan Islam mengenakan pakaian baju dan seluar hitam, tali leher dan toha hitam di lengan kiri manakala wanita bukan Islam memakai baju dan seluar sopan dan toha hitam di lengan kiri atau tudung hitam. Pegawai istana dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditugaskan di perkarangan istana bagi mengawasi tingkah laku, ketertiban dan etika pemakaian orang ramai. Orang ramai diberikan tempoh kira-kira seminit untuk memberikan penghormatan terakhir serta mensedekahkan Al-Fatihah. Keranda baginda yang dilitupi bendera Jalur Gemilang dengan topi polis dan pedang di atasnya diletakkan di tengah-tengah Bilik Singgahsana. Bersebelahan keranda itu, sekumpulan lelaki dari Jabatan Agama Islam Johor membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Sementara itu, seorang warga emas, Fatimahzahrah Abdul Ghani, 69, antara rakyat negeri ini yang turut tidak ketinggalan menziarahi jenazah Tunku Abdul Jalil. Fatimahzahrah yang menaiki bas seorang diri, berkata Almarhum adalah kerabat raja yang berjiwa rakyat dan kali terakhir dia bertemu Tunku Abdul Jalil ialah pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi dan sempat bersalam-salaman dengan Almarhum. "Saya berkunjung ke rumah terbuka di Istana Pasir Pelangi setiap tahun sejak 1997. Tetapi, kunjungan tahun ini paling bermakna dan memberi kenangan kerana itu adalah pertemuan terakhir dengan Almarhum," katanya. Sementara itu, bendera Johor dikibarkan separuh tiang di setiap bangunan kerajaan sebagai menghormati kemangkatan Tunku Laksamana Johor. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/102639

Al-Fatihah: Jenazah Tunku Jalil selamat dimakamkan

Post Pic
 
JOHOR BAHRU: Jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, kira-kira jam 2.40 petang tadi selepas diarak menggunakan pedati dari Istana Besar Johor Bahru.
 
Hujan renyai yang mengiringi istiadat pemakaman itu diteruskan dengan bacaan talkin yang disempurnakan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.
 
 
Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengiringi istiadat perarakan Pedati Diraja yang diarak dari Istana Besar Johor Bahru ke Makam Mahmoodiah sejauh tiga kilometer.
 
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut mengiringi jenazah Almarhum di atas pedati yang ditarik 10 askar Timbalan Setia Negeri (TSN).  
 
Jenazah Almarhum ditempatkan di sebelah kanan makam nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Ismail.

Penganalisis sokong jika Parlimen gantung Nurul Izzah

Post Pic
 
Penganalisis politik Syed Agil Syed Alsagoff menyokong sekiranya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen membuat keputusan untuk menggantung Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
 
Tegasnya kerana tindakan Nurul Izzah menimbulkan konflik keselamatan dalam negara dan melanggar sumpah taat setia kepada negara, memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaannya.
 
"Benda ini pernah berlaku kepada ahli pembangkang yang lain, dimana mereka mengadakan hubungan yang kita klasifikasikan sebagai menentang negara atau musuh negara." 
 
"Saya berpendapat bahawa keputusan (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) nanti akan menggantung Nurul Izzah daripada sidang Parlimen sebab dia telah menyalahi peraturan (sumpah setia wakil rakyat) yang telah ditetapkan," katanya kepada Antarapos. 

Sabtu, 5 Disember 2015

Tun Dr Mahathir, isteri sahkan kehadiran ke Perhimpunan Agung UMNO - Tengku Adnan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengesahkan kehadiran ke Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa depan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali akan datang," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan "Ceria Ke Sekolah' dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya, Jumaat.

Tengku Adnan berkata, UMNO kini sedang menunggu jawapan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.

Jururawat dibuang kerja kerana pakaian seragam lengan panjang

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, Datuk Nadzim Johan bersama Naziah Sauni Samat, menunjukkan laporan polis berhubung isu diskriminasi ke atas pekerja Islam di Villa Puteri, Kuala Lumpur, foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 4 Disember 2015.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, Datuk Nadzim Johan bersama Naziah Sauni Samat, menunjukkan laporan polis berhubung isu diskriminasi ke atas pekerja Islam di Villa Puteri, Kuala Lumpur, foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 4 Disember 2015.
Hanya kerana enggan memakai pakaian seragam berlengan panjang, seorang jururawat berdepan pelbagai tekanan sehingga pernah dimaki dan dicerca kata-kata kesat.
Lebih memburukkan keadaan, Naziah Sauni Samat, 24, kini ditamatkan perkhidmatan dengan alasan atas kehendak dirinya.
Wanita kelahiran Bintulu, Sarawak itu bekerja di sebuah hospital swasta di ibu kota sejak September lalu.

Muat naik kenyataan jelik di blog, Zaid Ibrahim didakwa

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim didakwa di Mahkamah Sesyen hari Jumaat atas pertuduhan membuat kenyataan bersifat jelik dalam ucapannya yang menggesa agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Zaid, 64, selaku orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah dan kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Dia yang juga bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dan secara sedar membuat dan memulakan pernyataan yang bersifat jelik di laman http://www.zaid.my bertajuk, 'Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohamad' dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman di sini pada 3.20 petang 3 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...