Ahad, 23 Disember 2012

Kalendar Maya sekadar nujum Pak Belalang bukan penentu


Peringatan : Artikel ini hanya memberi maklumat tentang kepercayaan & ramalan Tamadun Maya pada masa dahulu bahawa akan terjadi satu malapetaka besar dunia sekitar tahun 2012. Kepada mereka yang beragama Islam, janganlah jadikan artikel ini sebagai pegangan. Ini sekadar satu maklumat bagaimana manusia begitu taksub pada amalan meramal masa depan. Namun jika diikuti pula pada kajian sains sememangnya dunia akan berdepan dengan malapetaka besar suatu masa nanti namun tak siapapun tahu bilakah masa terjadinya. Sesungguhnya hanya kepada Allah-lah kita serahkan semua urusanNya.

KALENDAR KAUM MAYA & KAITANNYA DENGAN TAHUN 2012


Bangsa Maya ialah satu kelompok manusia yang tinggal di tengah-tengah rimba di Mexico. Maya terkenal dengan piramidnya dan juga peninggalan-peninggalan yang lain termasuk lukisan-lukisannya yang berharga. Maya juga terkenal sebagai satu bangsa yang mahir dalam pelbagai bidang seperti matematik dan astronomi; yang dari itu terhasillah kalendar Maya yang penuh rahsia ini. Kalendar ini dikatakan kalendar paling tepat yang pernah ada di bumi sampai sekarang.


Pada sistem haribulan di dalam kalendar Maya ini, para pengkaji telah menemui satu perkara yang aneh, di mana kalendar ini berakhir pada tarikh 21 Disember 2012 Masehi. Kalendar ini bermula pada tahun 3113 Sebelum Masehi, di mana kaum Maya telah menghitung sesuatu hari bukan dengan cara yang biasa kita gunakan, tetapi dengan kaedah pembilangan yang dimulai dari kin, uinal, tun, katun, baktun, piktun dan kalabtun.


Hari bagi mereka adalah kin yang bersamaan dengan 1 hari. 19 kin atau 19 hari bersamaan 1 uinal. 359 hari = 1 tun. 7,200 hari = 1 katun. 144,002 hari = 1 baktun. 1,872,025 hari = 13 baktun (atau bersamaan dengan 1 Epoch Kejadian). 2,880,025 hari = 1 piktun dan 57,600,025 hari =1 kalabtun. Angka yang paling besar boleh dicapai dengan pembilangan hari sebegini akan memberikan tempoh tahun yang amat lama dan jauh ke depan.


Kalendar kaum Maya amat kompleks, ia adalah sebuah kalendar peramalan yang selalunya direkodkan sesuatu gejala samawi dalam bentuk buku ramalan yang digelar ‘kodex’ oleh jururamal atau Shamans. Dua kodex yang terkenal ialah kodex Tro Cortesianus dan kodex Madrid. Kodex-kodex ini mengandungi bermacam-macam figura atau bentuk-bentuk perlambangan yang biasa disebut hieroglif yang mewakili perlakuan bangsa mereka dengan jasad-jasad di langit dan juga berhubungan dengan dewa-dewa mereka. Kalendar Maya memang diperakui tepat sebagai mempertandakan detik-detik gejala samawi berpadanan dengan sesuatu peristiwa.



Bangsa Maya merasmikan kalendar mereka bermula dari tarikh 20 September 3113 Sebelum Masehi yang digelar sebagai "Era Maya". Tahukah anda bahawa kaum Maya telahpun meramalkan dengan pasti bahawa Epoch Kejadian adalah satu hari di mana "alam ini diperbaharui" yang antara lain bermaksud satu hari yang sangat besar dan signifikan dalam tamadun dan sejarah hidup bangsa manusia. Sama ada percaya atau tidak, tetapi pemakaian istilah yang berakhiran dengan -tun adalah satu simbolik yang sangat hampir dengan gejala samawi yang selalu mereka ramalkan berlaku menurut kala dan ketikanya.


Bukti-buktinya memang telah lama termaktub dalam sejarah jika kita mengkaji kebudayaan mereka dan kesannya terhadap tamadun dunia yang lain. Kaum Maya selalu beranggapan bahawa terbitnya posisi planet Kejora dalam sesuatu musim tertentu bermakna satu saat majal atau kecelakaan (bad omen) yang biasa dikenali oleh kita sebagai terbitnya heliakel planet (heliacle rising of the planet). Bangsa Mesir purba juga menandakan terbitnya heliakel apabila tibanya saat bintang Sirius atau Asy Syi’ra berembang di langit serentak dengan banjir Sungai Nil.



Satu Epoch Kejadian apabila diperhitungkan bermula dari tarikh asasnya tamadun Maya bermula dari 20 September 3113 SM Julian sehinggalah genap 1,872,025 hari pada tarikh 23 Disember 2012 M Gregorian! Bangsa Maya dikatakan telah menyatakan pada tahun 2012, tepatnya tanggal 21 Disember 2012 merupakan "End of Times". Maksud dari "End of Times" itu sendiri masih diperdebatkan oleh para ilmuwan dan ahli arkeologi. Jangan pula anda menganggap ini adalah tarikh berlakunya kiamat, masih terlalu awal untuk membuat andaian, masih banyak lagi rahsia yang perlu digali dan ditafsir dari kalendar Maya ini.


Ada yang menyatakan bahawa maksudnya adalah :


  1. Berhentinya waktu (bumi berhenti berputar)
  2. Peralihan dari Zaman Pisces ke Aquarius
  3. Peralihan dari Abad Silver ke Abad keemasan
  4. End of Times = End of the World as we know it
  5. Akan ada sebuah galactic Wave yang besar, yang memberhentikan semua kegiatan di muka bumi ini, termasuk kemusnahan manusia
  6. Perubahan dari dimensi 3 ke dimensi 4, bahkan 5
  7. Kehidupan manusia meningkat dari level dimensi 3 ke 4, DNA manusia meningkat dari strain 2 ke 12 sehingga manusia dapat menggunakan telepati bahkan telekinesis
  8. Ada yang menyatakan tidak akan terjadi apa-apa
  9. Ada yang menyatakan waktu sudah tidak akan berlaku, jadi waktu tidak linear, tetapi bisa berubah2, sesuai dengan waktu yang kita alami, kerana ditemukannya mesin waktu
  10. Ditemukannya mesin waktu dan stargate
  11. Manusia sudah dapat melakukan transportasi ke galaksi lain, melalui stargate
  12. Bangkitnya messiah, yang akan menyelamatkan manusia dari kehancuran
  13. Kebangkitan Isa AS / Jesus
  14. First Contact pertama kali peradaban manusia dengan Alien/UFO
  15. Manusia bergabung dengan komuniti antara galaksi pertama kali, manusia = galaxy being.


Dalam kalendar bangsa Maya yang sangat tersohor itu, diramalkan bahawa pada jangkamasa 1992-2012 bumi akan dibersihkan, selanjutnya peradaban manusia sekarang ini akan berakhir dan mulai memasuki peradaban baru.


Dalam sejarah peradaban kuno dunia, bangsa Maya dikenal menguasai pengetahuan mengenai ilmu falak yang khusus dan mendalam, sistem kalendar yang sempurna, penghitungan perbintangan yang rumit serta cara pemikiran abstrak yang tinggi. Kesempurnaan dan ketepatan daripada kalendarnya membuat orang takjub.


Sekelompok masyarakat yang misteri ini tinggal di wilayah selatan Mexico (sekarang Yucatan) Guetemala, bahagian utara Belize dan bahagian barat Honduras. Banyak sekali piramid, kuil dan bangunan-bangunan kuno yang dibangun oleh Maya yang masih dapat ditemui di sana. Banyak juga batu-batu pahatan dan tulisan-tulisan misteri pada meja-meja yang ditinggalkan mereka.



Para arkeologi percaya Maya mempunyai peradaban yang luar biasa. Ini boleh dilihat dari peninggalannya seperti buku-bukunya, meja-meja batu dan cerita-cerita yang bersifat mistik. Tetapi sayang sekali, buku-buku mereka di perpustakaan Mayan semuanya sudah dibakar oleh tentera Sepanyol ketika menyerang sesudah tahun 1517. Hanya beberapa tulisan pada meja-meja dan beberapa sistem kalendar yang membinggungkan tersisa sampai sekarang.



Seorang sejarahwan Amerika, Dr. Jose Arguelles mengabdikan dirinya untuk meneliti peradaban bangsa ini. Ia mendalami ramalan Maya yang dibangun di atas asas kalendar yang dibuat bangsa itu, di mana ramalan semacam ini seperti cara penghitungan orang-orang Cina, ala Zhou Yi. Kalendarnya, secara garis besar menggambarkan kitaran hukum benda langit dan hubungannya dengan perubahan manusia.



Dalam karya Arguelles, The Mayan Factor: Path Beyong Technology yang diterbitkan oleh Bear & Company pada 1973, disebutkan dalam kalendar Maya tercatat bahawa sistem galaksi kita sedang mengalami 'The Great Cycle' (kitaran besar) yang berjangkamasa 5,200 tahun lebih. Waktunya dari 3113 SM sampai 2012 M. Dalam kitaran besar ini, sistem suria dan bumi sedang bergerak melintasi sebuah sinar galaksi (Galatic Beam) yang berasal dari inti galaksi. Diameter sinar secara mengufuk ini ialah 5125 tahun bumi. Dengan kata lain, kalau bumi melintasi sinar ini akan mengambil waktu 5125 tahun lamanya.



Orang Maya percaya semua benda angkasa pada galaksi setelah selesai mengalami reaksi dari sinar galaksi dalam kitaran besar ini, akan terjadi perubahan secara total, orang Maya menyebutnya, penyelarasan galaksi (Galatic Synchronization). Kitaran besar ini dibagi menjadi 13 tahap, setiap tahap evolusi pun mempunyai catatan yang sangat terperinci. Arguelles dalam bukunya itu menggunakan banyak sekali diagram-diagram untuk menceritakan kondisi evolusi pada setiap tahap. Kemudian setiap tahap itu dibagi lagi menjadi 20 masa evolusi. Setiap masa itu akan mengambil waktu 20 tahun lamanya.



Dari masa 20 tahun antara 1992-2012 itu, bumi kita telah memasuki tahap terakhir dari fasa Kitaran Besar. Bangsa Maya menganggap ini adalah jangkamasa penting sebelum masa pra-Galatic Synchronization, mereka menamakannya: The Earth Generetion Priod (Jangkamasa Regenerasi Bumi). Selama jangkamasa ini bumi akan mencapai pemurnian total. Setelah itu, bumi kita akan meninggalkan jangkauan sinar galaksi dan memasuki tahap baru: penyelarasan galaksi.



Pada 21 Disember 2012 akan menjadi hari berakhirnya peradaban umat manusia kali ini, dalam perhitungan kalendar Maya. Sesudah itu, umat manusia akan memasuki peradaban baru total yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan peradaban sekarang. Pada hari itu, tepatnya musim dingin tiba, matahari akan bergabung lagi dengan titik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) dengan ekuator secara total. Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah sela sistem galaksi atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi, bagaikan membuka sebuah "Pintu Langit" saja bagi umat manusia.



Mulai 1992, bumi memasuki apa yang oleh bangsa Maya disebut 'Jangkamasa Regenerasi Bumi". Pada jangkamasa ini, bumi dimurnikan, termasuk juga hati manusia, (ini hampir mirip ramalan orang Indian Amerika-Utara terhadap orang sekarang ini), elemen-elemen yang tidak baik akan disingkirkan dan elemen-elemen yang baik dan benar akan dipertahankan, akhirnya selaras dengan galaksi (alam semesta). Ini adalah singkapan misteri dari gerakan sistem galaksi kita yang diperlihatkan oleh bangsa Maya.



Sejak tahun 1992 sampai 2012, bagaimana terjadi "pemurnian" dan bagaimana pula terjadi "regenerasi" pada bumi kita ini, tidak disebutkan secara terperinci oleh bangsa Maya. Dalam ramalan mereka pun tidak menyinggung mengenai apa hal konkrit yang memberikan semangat manusia untuk bangkit dari kesedaran dan bagaimana bumi mengalami permurnian yang ditinggalkan oleh mereka kepada anak cucunya (barangkali tidak tercatat). Lantas, fenomena baru apa yang boleh kita lihat sejak tahun 1992 sampai sekarang yang kita kaitkan dengan ramalan bangsa Maya yang beradab itu?



Mungkin sudah diatur, bahawa kalendar Maya tidak hilang dan sejarah manusia yang harus dihuraikan dengan kod oleh manusia sekarang. Namun ia tetap saja harus dilihat, apakah umat manusia yang terpesona oleh konsepnya yang terbentuk sesudah kelahiran dapat menembus batas-batas untuk mengingatkan dan memahami kebenaran yang melampaui sistem pengetahuan kita.


Sebenarnya, jika ditinjau dari beberapa penelitian yang telah dilakukan saat ini. Memang pada beberapa dua dasawarsa belakangan ini, bumi sedang mengalami suatu kitaran yang dinamakan pembalikan daya magnet kutub.


Pembalikan daya magnet kutub adalah proses yang terjadi pada waktu kutub utara dan kutub selatan saling bertukar posisi. Ketika ini terjadi, untuk beberapa saat medan magnet bumi mencapai Gauss nol, yang bererti bumi pada waktu itu punya daya magnet kosong. Ketika ini terjadi bersamaan dengan perbalikan orbit sebelas tahunan kutub matahari, masalah besar akan terjadi.


Menurut perhitungan komputer Hyderabad, pembalikan kutub Bumi dan Matahari dapat mengakibatkan masalah besar, selain elektronik tidak bekerja dengan semestinya, burung yang bermigrasi kehilangan haluan dan bermacam-macam:

1. Sistem ketahanan tubuh semua haiwan, termasuk manusia akan banyak melemah. 
2. Lapisan luar bumi akan mengalami pertambahan gunung berapi, pergerakan tektonik, gempa bumi dan tanah runtuh.
3. Medan magnet bumi akan melemah dan radiasi alam semesta berasal dari matahari bertambah berlipat ganda menyebabkan bahaya radiasi seperti kanser dan sebagainya tidak dapat dihindari 
4. Benda-benda angkasa akan tertarik masuk ke bumi
5. Daya graviti bumi akan mengalami perubahan meskipun tidak diketahui bagaimana ia akan berubah 
6. Jika anda menambahkan semua senario bencana yang mungkin terjadi, anda dengan mudah mengatakan dengan pernyataan ini, bumi menjadi tempat yang tidak sesuai untuk ditinggal peradaban manusia pada 2012 ataupun mereka yang hidup dekat lapisan luar bumi. Hal ini mungkin saja dapat terjadi pada Marikh jutaan tahun yang lalu. 
7. Mungkin benar adanya apa yang dikatakan bangsa Maya mengenai kehancuran peradaban manusia di tahun 2012 esok,hal tersebut tentunya dapat kita lihat dari sifat-sifat manusia zaman sekarang yang anda sudah maklum bagaimana moralnya, kelakuan dan sebagainya, malahan alam pun kelihatannya semakin tidak 'bersahabat' dengan kita.
8. Ramalan serupa juga diutarakan oleh beberapa Biksu di Tibet yang terkenal dengan penguasaan clairvoyance-nya (keupayaan merenung, meramal, menilik-psikik) yang sangat baik. Mereka mengatakan pada awal tahun 2012 merupakan tahun paling mendebarkan bagi umat manusia di muka bumi, di mana pada permulaan tahun, beberapa fenomena aneh akan banyak muncul. Namun dalam penutupnya, para Biksu mengatakan bumi akan terselamatkan oleh sebuah kekuatan besar yang melindungi mereka secara ghaib sehingga memungkinkan peradaban manusia tidaklah sepenuhnya musnah.
9. Dalam tulisan di atas ada disebutkan mengenai penyelarasan Galaksi (Galatic Synchronization) yang diramalkan bangsa Maya akan benar-benar memasuki tahap puncaknya di tahun 2012 nanti. Telah dihuraikan juga pada sebelumnya, bahawa kitaran penyelarasan galaksi ini memang terjadi setiap 5125 tahun sekali, titik permulaannya adalah pada tahun 3113 SM dan mencapai titik puncaknya di tahun 2012 M (3113 + 2012 = 5125). Selama kitaran besar ini berjalan, setidaknya ada 13 tahap paling utama yang dilalui oleh kehidupan manusia antara jenjang waktu 5125 tahun itu.
10. Perlu diingatkan bahawa ini adalah hasil andaian atau kajian daripada para pengkaji yang cuba menelaah rahsia di sebalik kalendar misteri ini. Jadi mungkin kita boleh ambil sedikit pengetahuan daripadanya dan bersama memikirkan kebenarannya dan dicantumkan dengan hujah-hujah, dalil-dalil dan nas-nas agama Islam. UTAMAKAN DALIL AGAMA!!

KALENDAR KAUM MAYA & KAITANNYA DENGAN TAHUN 2012


Pada setiap Baktun terdiri dari 144,000 hari. Namun sampai saat ini belum ada kepastian mengenai bilakah tarikh perputaran Baktun ini dimulai. Para Sarjana banyak yang berbeza pendapat mengenai hal ini, ada yang mengatakan mulai pada tarikh 13 Ogos 3113 SM, ada juga yang mengatakan 11 Ogos 3113 SM.


Kemudian, di setiap Baktun akan dihuraikan beberapa kejadian besar yang pernah dan yang akan dilalui oleh peradaban manusia kelima di bumi ini, iaitu dimulai dari Baktun pertama (3113 SM) sampai Baktun paling puncak/terakhir (2012 M).


Berikut ini ditampilkan rentetan kejadian-kejadian besar tersebut secara berurutan:


1. Baktun 0 = "Baktun of the Star Planting" (Periode 3113-2718 SM) 13.0.0.0.0


  • Masuknya bumi pada "Galactic Synchronization Beam" tahap awal
  • Masuknya bumi pada siklus "Star transmission" baru di alam semesta
  • Peradaban manusia baru (kelima) dimulai
  • Bangsa Mesir Kuno muncul 3100 SM
  • Penguasaan Sumeria 3000 SM
  • Pembinaan awal Stonehenge dimulai 2800 SM


2. Baktun 1 = "Baktun of the Pyramids" (Periode 2718-2324 SM) 1.0.0.0.0


  • Pembinaan awal Piramid Agung Giza 2700-2600 SM
  • Penyebaran Peradaban Sumeria di Timur Tengah
  • Pengembangan perkakas Perunggu
  • Peradaban Harapa India dimulai
  • Masa bercucuk tanam berkembang pesat di China, Mesoamericadan Andes


3. Baktun 2 = "Baktun of the Wheel" (Periode 2324-1930 SM) 2.0.0.0.0


  • Roda ditemukan
  • Alat pengangkutan beroda muncul
  • Kod hukum ditulis
  • Mulainya Empayar Babilon pertama
  • Era of Legendary Emperors China
  • Peradaban Minoa, Crete dimulai


4. Baktun 3 = "Baktun of the Sacred Mountain" (Periode 1930-1536 SM) 3.0.0.0.0


  • New Kingdom di Mesir
  • Kerajaan Mesir mengabadikan mengenai kekuasaan keturunan Raja, memperkuat pola pertahanan kerajaan sebagai norma untuk kehidupan yang beradab
  • Hancurnya peradaban Minoan (peradaban indus) oleh Bangsa Arya


5. Baktun 4 = "Baktun of the Shang" (Periode 1536-1141 SM) 4.0.0.0.0


  • Dinasti Shang China berdiri, doktrin pengucapan Yin Yang, kemajuan pengetahuan akan pengolahan perunggu
  • Peradaban Vidic India dimulai
  • Kemunculan Peradaban Chavin,Olmec,Mesoamerica
  • Masa kenabian Ibrahim sampai Musa
  • Munculnya peradaban Mesopotamia


6. Baktun 5 = "Baktun of the Imperial Seal" (Periode 1141-747 SM) 5.0.0.0.0


  • Empayar Babilon-Assyirian dimulai
  • Perkenalan persenjataan besi
  • Kenaikan Mycenean Yunani di Mediteranian
  • Awal Dinasti Chou di China
  • Kuda digunakan pertama kali untuk berperang dan munculnya pola gemar berperang pada setiap kerajaan


7. Baktun 6 = "Baktun of the Mind Teachings" (Periode 747-353 SM) 6.0.0.0.0


  • Gelombang jangkamasa pertama Peradaban Maya di Mesoamerika
  • Empayar Parsi dimulai
  • Zaman-zaman bagi para filusuf Yunani (Plato,Socrates dan Aristoteles)
  • Six Schools of Vedic thought
  • Mahavira dan Buddha, kehidupan Confucius, Lao Tze, Chang Tzu di China
  • Sistem Kalendar Bangsa Maya diciptakan


8. Baktun 7 = "Baktun of the Annoited One" (Periode 353 SM - 41 M) 7.0.0.0.0


  • Alexander The Great, Rise of Rome
  • Teknologi besi diperkenalkan
  • Permulaan Dinasti Han
  • Pembinaan The Great Wall China
  • Penyebaran Buddha sebagai agama kosmopolitan di India sampai Asia Tengah
  • Masa Kenabian Isa Almasih/Yesus Kristus
  • Kemunculan Olmec dan permulaan dari Teotihuacan


9. Baktun 8 = "Baktun of The Lords of Red and Black" (Periode 41-435 M) 8.0.0.0.0


  • Pembinaan akhir Piramid Teotihuacan
  • Penggabungan kebudayaan Mesoamerika
  • Ajaran Lord and Black pertama muncul di Quetzalcoatl
  • Peradaban Nazca dan Easter Island
  • Pengembangan dan masa kemunduran Kerajaan Romawi
  • Munculnya Kristian sebagai suatu keyakinan/agama
  • Dinasti Han runtuh
  • Buddha tersebar ke wilayah Asia Tenggara


10. Baktun 9 = "Baktun of The Maya" (Periode 435-830 M) 9.0.0.0.0


  • Gelombang kedua Galactic Maya Civilization
  • Masa Kenabian Muhammad SAW dan munculnya Islam sebagai suatu keyakinan/agama
  • Kristian menyebar ke Eropah, Kristian Rom di Eropah Barat dan Ortodoks di Eropah Timur
  • Hindu menjadi agama dominan di India
  • Ajaran Buddha tersebar ke wilayah Korea dan Jepun
  • Masa Dinasti T'ang
  • Kejayaan kerajaan-kerajaan di wilayah Asia Tenggara, Indonesia
  • Kedudukan penting Tiahuanaco, Andes
  • Munculnya peradaban Polinesia, Oceania dan Nigeria


11. Baktun 10 = "Baktun of the Holy Wars" (830-1224 M) 10.0.0.0.0


  • Kehancuran Peradaban Maya dan Central Mexico
  • Masa keemasan peradaban Toltecs
  • Munculnya peradaban Chimu di Andes
  • Perang salib
  • Berjayanya peradaban Tibet
  • Munculnya Peradaban Khemer di Asia Tenggara


12. Baktun 11 = "Baktun of Hidden Seed" (1224-1618 M) 11.0.0.0.0


  • Penyebaran Islam ke India, Asia Tenggara dan Afrika Barat
  • Kejayaan Orang-orang Turki
  • Puncak perkembangan Kristian di Eropah Barat
  • Puncak perkembangan Kristian Ortodoks di Eropah Timur
  • Peradaban Eropah berhasil menaklukkan Bangsa Inca dan Aztec


13. Baktun 12 = "Baktun of The Transformation of Matter" (Periode 1618-2012 M) 12.0.0.0.0


  • Zaman Imperialisme dan Kapitalisme
  • Revolusi Industri
  • Revolusi Amerika
  • Kolonialisme di Afrika, Amerika Latin dan Asia
  • Revolusi Prancis
  • Industrialisasi di Jepun
  • Fahaman Marxisme oleh Karl Marx
  • Revolusi Komunis Rusia dan China
  • Perang Dunia 1 dan 2 meletus, era bom atom
  • Era Nuklear dimulai
  • Keganasan mulai bermaharajalela secara global
  • Kejayaan Islam dan munculnya kekuatan baru di India dan Timur Tengah
  • Mulai tidak stabilnya peradaban di bumi
  • Bumi memasuki era akhir global regeneration
  • Bumi memasuki Zon Foton tahap akhir
  • Akhir Galactic Synchronization (Disember 2012)


·         Jika kita lihat dari kitaran Baktun di atas, maka benar tahun 2012 merupakan titik akhir dari Galactic Synchronization dan Zon Foton. Cuba perhatikan pada huraian Baktun 12, garis Era Nuklear dan akhir Galactic Sychronization merupakan tahun di mana saat ini kita masih bernafas, sampai jangka waktu tahun-tahun ke depannya (2008-2012).


Apakah itu Zon Foton?


·         Zon Foton adalah daerah yang terdiri dari partikel cahaya foton. Cahaya foton adalah akibat dari perlanggaran anti elektron dengan elektron. Perlanggaran itu menyebabkan kedua partikel itu saling menghancurkan yang kemudian menimbulkan tenaga foton atau partikel cahaya. Kelak kemudian hari foton akan menjadi sumber tenaga utama untuk memenuhi keperluan tenaga, selain tenaga nuklear tentunya.  


·         Sebenarnya ada suatu rahsia alam semesta yang selama ini mungkin belum diketahui oleh banyak orang. Seperti yang kita ketahui, bahawa setiap sistem galaksi dan sistem suria tentu mempunyai suatu pusat, misalnya Galaksi Bima Sakti kita (The Milky Ways) yang berpusat pada matahari. Tapi tahukah anda, selain berputar mengelilingi matahari, dikatakan bumi juga mengitari suatu matahari pusat alam semesta (Central Sun) yang berada pada gugus bintang Pleiades. Semua bintang dan planet di alam semesta, tak terkecuali matahari juga berputar mengitari Central Sun. Para astronomi menamai Central Sun ini ALCIONE.


·         Galaksi kita (The Milky Ways) berikut planet-planetnya termasuk bumi memerlukan waktu 25.860 tahun untuk mengitari ALCIONE itu, maka tiap 12.500 tahun sistem suria kita berlanggar dengan Zon Foton. Untuk melintasi Zon Foton diperlukan 1000-2000 tahun.


·          Sejak 1961 sistem suria kita sudah mulai memasuki Zon Foton dan akan berada di pusatnya pada tahun 2011-2012. Masuknya sistem suria kita ke dalam Zon Foton akan memberikan peningkatan frekuensi getaran bumi dan peningkatan kesedaran manusia, yang selanjutnya memacu perubahan besar dalam kehidupan di planet bumi. 


·         Lalu apakah yang terjadi pada bumi di saat masa-masa transisi tersebut? 


·         Di tepi Zon Foton terdapat suatu dinding pembatas yang disebut Zon Nil. Di Zon Nil tersebut terjadi pemampatan tenaga yang sangat dahsyat, di mana medan magnetik sangat padat sehingga segala sesuatu yang melintasi Zon tersebut pasti mengalami perubahan. Bererti juga medan magnetik bumi dan matahari akan berubah mengalami jenis magnetik yang baru, yakni magnetik antara dimensi yang mengakibatkan perubahan drastik pada medan elektrik magnetik dan graviti bumi. Dapat dibayangkan pengaruhnya pada semua alat elektrik yang kita kenali sekarang, semua tak akan berfungsi, kenderaan dan pesawat tidak berfungsi, pendingin ruangan akan mati total, lampu-lampu elektrik tak lagi menyala.


Selain itu, kesan peningkatan frekuensi getaran alam akibat tenaga foton akan meningkatkan aktiviti gelombang laut, gunung berapi, gempa bumi, perubahan cuaca/iklim, pemanasan global dan terciptanya lubang-lubang ozon. Diperkirakan penghuni bumi menghadapi suatu kehidupan dan kegelapan yang tak dapat difahami antara akhir Zon Foton nanti (2011-2012).


  • Hari 1-2: Matahari tidak bersinar dan bumi menjadi gelap gelita dan dingin yang dahsyat.
  • Hari 3-4: Tampak cahaya muncul, bagai fajar, bintang-bintang mulai muncul di langit
  • Hari 5-6. Menghadapi hari yang bercahaya benderang selama 24 jam terus menerus.


Seluruh makhluk bangkit dengan semangat baru. Menerima tenaga baru. Kemampuan supernatural muncul suatu era zaman baru.


Tanda-tanda transisi mudah kita lihat dengan berbagai rentetan peristiwa yang ditayangkan media massa mahupun media elektronik. Hidup yang semakin sulit dan banyak tentangan dan masalah, masa depan yang suram, kehidupan sosial politik dan ekonomi yang hiruk pikuk dan heboh. Banyak orang yang gelisah dan dirundung kecemasan dan tekanan jiwa, gelisah, kekalutan mental, tindakan kekerasan, kekejaman atau pemberontakan untuk mencapai kebebasan dan reformasi (Zaman Edan telah mencapai puncaknya)


Zon Foton dikenal juga dengan sebutan Nebula Emas. Di mana manusia akan menikmati zaman keemasan. Manusia-manusia yang dapat tetap hidup dan lolos dari tahap akhir Galactic Synchronization nanti akan memiliki tingkat kesedaran yang tinggi. Mungkin inilah saatnya yang dinyatakan dalam al-Quran mahupun Bible bahawa manusia akan berubah dalam sekejap mata.


Kemampuan-kemampuan spiritual seperti telekenesis, clairvoyance, clairaudience dan kemampuan-kemampuan spiritual yang hanya dimiliki orang-orang tertentu akan menjadi milik setiap orang. Penghuni bumi akan menjadi makhluk 'superbeing' atau 'superman' (atau lebih tepat seakan-akan cerita X-Men).



NOTE: Apa yang ditulis di atas adalah andaian pengkaji sahaja untuk menggali seberapa banyak kemungkinan daripada misteri ini. Bukanlah dibuktikan tepat 100 peratus. Fikir, renung dan pertimbangkanlah.


Badan jasmani manusia yang berhasil melampaui masa transisi dan tetap hidup akan mengalami perubahan. Keperluan jasmani juga berkurang, tidak seperti manusia zaman sekarang yang terlalu banyak menuntut gaya hidupnya. Kehidupan di Zaman Baru akan memberikan kekuasaan manusia berkesempatan dan berkemampuan untuk meremajakan diri jasmaninya dan hidup tanpa batas waktu. Bangsa Manusia Baru akan mempunyai pemimpin yang memiliki kesedaran multidimensional, memimpin manusia menuju kehidupan yang damai, sejahtera dan bahagia sesuai dengan rencana Tuhan.


Sekali lagi ini adalah andaian dari kajian para saintis dan tidak semestinya tepat. Kemungkinan perubahan itu berkaitan dengan tanda-tanda akhir zaman atau kronologi hari akhirat seperti yang kita pelajari dari kitab-kitab dan ulamak-ulamak kita, contohnya kebangkitan di padang mahsyar, malam yang panjang dan matahari terbit dari barat. 


Sejarah planet bumi dan asal-usul manusia akan terungkap. Sejarah yang selama ini dibayangkan atau ditemukan oleh ahli-ahli sejarah sangat berbeza dengan kejadian yang sesungguhnya. Akhirnya manusia akan memahami jati dirinya, tahu siapa dirinya di masa silam dan apa tugas serta takdirnya, tidak semata-mata sebagai manusia bumi, tetapi sebagai manusia galaktik yang memiliki kesedaran kosmik.


Wallahu alam.

Rabu, 19 Disember 2012

Usah terpengaruh kiamat Jumaat ini

Umat Islam tak boleh percaya ramalan, perlu ganda amalan

Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini (21hb Dis 2012).

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.

Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

Namun beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan, tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.

Tanda kiamat sudah dinyatakan buat persiapan

“Tanda-tanda kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapinya. Kiamat ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.

“Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kiamat kerana ia bakal terjadi.

“Ia adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu,” katanya.

Beliau mengulas polemik mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.

Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.

Mohamad Shukri berkata, jika umat Islam mempercayai ramalan kiamat, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.

“Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat,” katanya.

Tanda-tanda besar kiamat:
  • Hijaunya bumi Arafah
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina, yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal di bumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua
Tanda-tanda kecil kiamat:
  • Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
  • Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

“Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalahgunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran.
  • Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
  • Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik

Diriwayatkan dari Anas r.a.
"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq." - Riwayat Ibn Ady

  • Ramai orang soleh meninggal dunia

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

  • Bulan sabit kelihatan besar

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
  • Binatang buas berbicara dengan manusia
  • Bulan terbelah dua 
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

Memandang rendah kepada darah


Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad


  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam


Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah


  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Banyaknya berlaku gempa bumi 
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan 
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
  • Banyak berlaku peperangan demi peperangan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". - H.R. Ibn Majah
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...