Setelah setahun menahan
perasaan kesal dengan sikap anak-anak, bapa kepada penyanyi bintang
sensasi YouTube, Abdul Latif, 51, akhirnya membuka mulut kerana mahu
anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia
menutup mata.
"Saya tidak teringin langsung hendak tumpang populariti atau mahukan
duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya
inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf
sebelum saya menutup mata," katanya kepada Berita Harian.
"Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang
garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika
tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran saya, barulah saya
berbuat demikian.
Menurut Latif, hubungan mereka mula dingin pada 2011 selepas dia menegur sikap anak-anaknya itu kerana masalah disiplin.
Tambahnya, Najwa semakin lalai sejak berada di puncak popularitinya dan
apabila tegurannya sedikit kasar, Najwa dikatakan berang dan enggan
mengaku Latif sebagai bapa.
"Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau
bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20
November tahun lalu. Saya ingatkan, apabila kembali ke tanah air pada 5
Disember 2011, mereka akan menunggu saya. Luluh hati saya apabila tiada
seorang pun daripada mereka menunjukkan muka," ujar Latif yang berharap
anak-anaknya cepat sedar sebelum dirinya pergi buat selama-lamanya.
Sementara itu, Najwa Latif yang diminta mengulas berhubung perkara tersebut enggan memberi sebarang komen.
"Saya tak mahu beri sebarang komen kerana perkara ini melibatkan
keluarga. Banyak hati perlu saya jaga. Jadi lebih baik saya diam,"
ujarnya.
Katanya, dia tidak mahu memperbesarkan-besarkan hal ini kerana ia
melibatkan maruah keluarga dan kemelut yang dihadapi mereka tidaklah
sampai membuatkannya bertindak untuk tidak mengakui Latif sebagai
bapanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan