Sabtu, 30 Ogos 2008

Jawi oh Jawi...apa malang nasib mu





Di mana Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan tulisan Jawi di papan nama sebuah jalan di ibu kota? Kejadian beserta gambar yang saya sertakan ini membuktikan betapa murah dan hinanya bahasa Jawi pada pandangan bangsa lain. Malang sungguh nasib mu Bahasa Jawi. Tidak ada seorang pun di kalangan Melayu/Islam membela nasib mu.

Jumaat, 29 Ogos 2008

SELAMAT BERPUASA

Hikmah di sebalik mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.

Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi di bawah Arasy. Melihat kejadian itu Malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam, tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.

Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, Malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan Malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam.

Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "Wahai Malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan."

Bertanya Malaikat: "Apakah permintaan itu?"

Berkata burung-burung itu: "Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan
kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku tidak akan membuat bising di sini."

Berkata Malaikat itu: "Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah."

Beredarlah Malaikat menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah, maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Isnin, 25 Ogos 2008

Komen panas kpd penulis Sekilas

Komen 1:
Kpd wartawan sinar (24.8.08) MARZAIDI: Tk thu hl agma jgn ckap.. Plitik prlu di cmpuraduk dgn agma.. Sbb islam itu addin.. Hl brkaitn dgn khdupan ada kaitan dgn agma. - +60126437415

Komen 2:
Tk thu tnya tk gru..Jgn krana krje kta uls stu2 hl gna akal..Tk slmat hdup dnia akhrat....Dri:Tman seagma.. - +60126437415

Komen 3:
Tidak setuju dengan pandangan penyunting edisi selangor & kl..(tidak sumpah salah, sumpah pun salah)ajaran islam mane anda pakai islam mesti dipisahkan dengan politik?kenyataan anda sebenarnya mengelirukan..seefuad. - +60172697990

Komen 4:
Kami peminat Sinar tidak setuju apa yang diutarakan oleh penulis Along dan Editor Manzaidi yang tidak menggunakan akal dan fakta dalam penulisan mereka harus diingat pembeli setia Sinar adalah dari penyokong PR kerana sejak kebelakangan ini sudah tiada ketelusan dan keadilan jangan terkejut sekiranya selepas ini jualan Sinar jatuh merudum jangan mengkianati peminat Sinar.BABE NDK SAIFUL AZHAR AHMAD 870307 SRI SENTOSA BT 6 JLN KLANG LAMA 58000 KL - +60173128516.

Komen 5:
Kepada penulis sekilas pandang 24 ogos 2008 jgnlah mengulas isu sumpah tanpa fakta yg asas kpd islam. Islam tidak menyuruh menerima seruan separuh saja. Mana peranan mahkamah syariah. Ramai org akan bersumpah kat masjid lepas ni dan x perlu bawa kat mahkamah syariah jawabnya. Fikirlah. Cuma nak tahu. - +60163328531

Komen tetamu untuk penulis blog KESIAN MANZAIDI

Komen 1:
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada Syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia sumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar – surah an-nur: ayat 6.

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta – surah an-nur: ayat 7.

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendak ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta – surah an-nur ayat 8.

Komen 2:
Salam, Man... sabar dan ambil sikap berdiam diri. Kalau ada isu tulis lagi dan lagi, jangan respon dan layan orang yang tidak tahu mengklasifikasikan ilmu. Kadang kala diam itu lebih bermakna dan boleh menyerlahkan kebenaran.

Jadi lebih baik diam dan terima segalanya dengan seadanya. Orang yang memprotes itupun nantinya akan menerima dan mengiakan apa yang menjadi 'the truth'. Tuhan bukan 2-3, kita akan lihat kebenarannya nanti jika mana-mana pihak yang terlibat itu benar.

Dan bagi kita yang ingin melihat idealisme dalam kehidupan ini teruskan perjuangan dan teruskan tusukan mata pena Man yang berkeramat itu, jangan disarungkan 'senjata' keramat Man tu, yang penting pertingkatkan 'kekeramatannya' asam limaukan senjata Man tu dengan lebih kerap lagi, pertingkatkan kehebatannya dengan memperkasakan lagi semangat yang ada pada senjata Man tu.

Insya-Allah Tuhan akan sentiasa bersama orang yang jujur, kerana KETAQWAAN sahaja yang menjadi ukuran Illahi...

Komen 3:
maaf menggangu..
bagi pendapat saya sebenarnya sumpah saiful ini dibuat hanya untuk membersihkan nama dirinya dan keluarganya sahaja bukan untuk diambil kira di mahkamah.

mungkin sedap kite mencanang tentangnya kerana kita bukan ditempatnya.. bagi orang yang bukan sentiasa berketayap di kepala mungkin ini cara terbaik. Apatah lagi pabila mendengar nasihat dari seorang mufti. Tapi mungkin tidak bagi sesetengah pihak yang 'alim'.. bukankah bagus jika kita memberikan buah fikiran kepadanya sebelum dia bersumpah.. Mungkin buah fikiran anda juga akan disanggah seperti yang terjadi kepada mufti tersebut. Jika terlalu menyalahkan keputusan dan buah fikiran orang lain, lihat semula ke dalam diri kita sendiri..


Komen 4:
Maaf menggangu sekali lagi...
terdetik hati untuk memberikan komen sekali lagi apabila komen atau pandangan saya diberikan respon oleh pemilik blog. Telah dikatakan di permulaan komen pertama, itu cuma pandangan peribadi saya, yang jijik melihat dan mendengar perkara yang 'jijik' dan 'diriku benar belaka' dibualkan di pelbagai peringkat sehingga ke peringkat yang boleh dikatakan 'alim'dan mungkin menjadi rujukan sesetengah pihak.

Cuma sedikit gusar di hati pabila komen saya dibalas dgn sindiran. Mungkin juga kerana tidak dapat menerima buah fikiran dari orang lain ataupun mungkin juga blog ini dibuat untuk memuaskan hati sendiri dan rakan-rakan(atau dengan kata lain, syok sendiri).

Ini bukan komen yang pertama kepada bloggers tetapi yang pertama dijawab dengan sindiran oleh pemilik blog. Tiada komen lagi daripada saya selepas ini kerana telah diketahui jawapan seterusnya.Cuma, lebih baik mendiamkan diri daripada berkata-kata tetapi menambah dosa.(Sila rujuk artikel BENGAP saudara)Terima kasih.

Ahad, 24 Ogos 2008

Sekilas Pandang siaran 24hb Ogos 08

Inilah artikel saya yang mendapat hentaman dan cacian pelbagai pihak. Antaranya saya lampirkan di bawah artikel ini. Selamat membaca.

PETANG Jumaat minggu lalu, seorang anak muda bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kelmarin pula, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut jejak langkah Moha Saiful dengan melafaz sumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya.

Berbeza dengan anak muda itu, Najib sumpah laknat tanpa memegang kitab suci al-Quran, tetapi tempatnya adalah di sebuah masjid di Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, lafaz mereka berdua adalah sama iaitu dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi.”

Mohd Saiful bersumpah disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, beberapa pegawai masjid dan ahli keluarganya, selain wartawan yang hadir untuk membuat liputan.

Dia melakukan sumpah laknat itu untuk membuktikan yang dia telah diliwat oleh bekas majikannya. Wallahualam.

Malangnya, ramai mempersoal dan mempertikaikan cara dia lakukan. Ada yang kata dia bodoh kerana bersumpah, cara dia lakukan macam orang Kristian, lafaznya tidak lancar, sumpahnya tidak sempurna kerana memegang al-Quran dan macam-macam lagi.

Yang menegur ini bukan orang jahil. Mereka adalah cendikiawan agama dan tok guru. Tentunya apa yang mereka tegur itu telah mempengaruhi orang ramai yang jahil.

Tetapi aneh lagi pelik, kenapa seorang yang cendekiawan agama dan bertaraf tok guru mengecam, mengutuk dan mencaci Mohd Saiful yang dalam usaha membersihkan namanya daripada perbuatan terkutuk itu.

Dunia sudah terbalik agaknya. Sepatutnya mereka tampil membantu dan membimbing orang yang dikatakan teraniaya itu, bukan menambahkan lagi beban ke atas orang berkenaan.

Di mana sikap mereka sebagai alim ulama yang diamanahkan Allah SWT sebagai khalifah, memimpin, membimbing dan membawa umat ke jalan yang benar di muka bumi ini?

Kenapa, ketika ada umat menerima seruan Allah, lalu mereka pula mempertikaikannya. Ini adalah perbuatan yang tidak wajar.

Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh orang yang telah bersumpah laknat itu sebagai pembohong dan pendusta.

Bagaimana dengan orang yang tidak mahu bersumpah, tetapi cukup dengan mengatakan dia tidak melakukan? Sudah cukupkah bukti dengan jawapan itu?

Kalau mereka mahukan Mohd Saiful mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan dia diliwat, mereka juga harus mengemukakan bukti bagi mengukuhkan dakwaan mereka bahawa Mohd Saiful berbohong.

Sebelum Mohd Saiful bersumpah, mereka juga yang mencabar remaja itu supaya bersumpah. Tetapi setelah bersumpah, mereka pula lantang mempertikaikannya.

Ada kalangan Mufti kata cara Mohd Saiful itu betul, tetapi ada pula ulama lain kata tidak betul. Yang kata tidak betul ialah ulama politik.

Teka teki ‘yang mana satu’ ini berterusan tanpa ada jawapan lebih tepat. Kekeliruan ini terus menjadi debat hangat umat Islam di bandar dan di kampung. Mereka berkiblatkan kepada tok guru masing-masing sehingga hukum hakam agama dibincangkan tanpa pembimbing.

Yang menjadi mangsa ialah Mohd Saiful. Tidak bersumpah dikatakan penakut dan pengecut. Bila bersumpah dituduh berbohong dan ada agenda politik pula. Beliau kini tersepit dalam dunia politik yang dicampuradukkan dengan agama. Inilah bahananya jika ada pihak mempolitikkan agama dan agama dipolitikkan.

Kesian Manzaidi

Assalamualaikum...
Petang ini, sebaik selesai makan petang, saya dimaklumkan oleh Pengarang saya mengenai ada satu artikel yang mengkritik dan memperlekehkan saya berhubung pandangan saya dalam ruangan Sekilas Pandangan, juga siaran hari ini. Setelah membaca komen pihak berkenaan, saya rasa tidak bersalah pun dengan artikel saya itu. Sebab itu adalah pandangan peribadi saya berhubung sumpah Mohd Saiful dan DS Najib Tun Razak.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang pihak berkenaan komen mengenai saya, saya melayari laman blognya dan memang cukup panas komennya itu. Apapun, saya hanya mampu tersenyum. Saya sudah membuat keputusan untuk tidak membalas balik komennya itu kerana saya dapati dia bukan orang berkecuali. Dia adalah penyokong kuat sebuah parti politik dan seratus peratus artikelnya adalah berpihak kepada satu pihak.

Bagi saya, untuk apa saya hendak melayan orang yang hanya mahu memuji diri sendiri? Orang yang syok sendiri? Dan orang yang angkat bakul, masuk sendiri. Orang jenis ini, walaupun kita berbuat baik sekali pun, mereka tidak akan nampak. Mereka hanya nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah depan mata tidak nampak.

Berikut saya lampirkan komen beliau dan alamat blogspotnya untuk penilaian tetamu. selepas membacanya, silalah komen. Saya terima komen berbentuk positif dan negatif. Saya tidak akan menerima komen yang berpihak kepada saya, sebaliknya biarlah komen itu ikhlas dan tidak condong kepada sesebuah parti politik:- alamat beliau ialah: http://hamirdin.blogspot.com/2008/08/kesian-manzaidi.html

"Sunday, August 24, 2008
KESIAN MANZAIDI
Assalamualaikum,

Apa yang saya kesiankan tentang insan ini ialah ketidak upayaanya membaca suasana politik, dan kalau ini yang terpancar hasil daripada tulisan beliau, sarung semula mata pena adalah lebih cucuk. Dalam ruangannya sekilas pandang, beliau mengeluh, Tidak sumpah salah, sumpah pun salah.

Kalau boleh saya tambah: jadi semua serba salah! Dalam beberapa posting yang lepas, telah saya tuliskan mengenai bengap, secara tak sengaja kita terjumpa di sini spesimen unsur ini yang bertaraf the highest degree.

Beliau menulis: yang menjadi mangsa ialah Mohd.Saiful. Tidak bersumpah dikatakan penakut dan pengecut. Bila bersumpah dituduh berbohong dan ada agenda politik pula. Beliau kini tersepit dalam dunia politik yang dicampuradukkan dengan agama. Inilah bahananya jika ada pihak mempolitikkan agama dan agama dipolitikkan.[Sinar Harian, 24/08/08; ms 6].

Yang perlu beliau ketahui ialah sumpah dan bersumpah tiada dalam penyelesaian kesalahan jenayah syariah. Ada mufti telah secara silap mencadangkan sumpah, atau mubahalah, dan Saipol telah dinasihati (atau dipaksa?) juga secara silap.

Perangkap secara tidak sengaja dibuat, dan dia telah termasuk dalam perangkap tersebut. Sebab itulah Manzaidi mengatakan tentang Saipol: beliau kini tersepit. Kini dia sudah masuk perangkap yang secara bengap dimasukinya, dan telah melafazkan permintaan untuk dilaknat, maka tiada jalan keluar lagi bagi beliau.

Dan obor kebengapan ini terus dijulang dan diarak, semata mata dengan tujuan untuk meraih keuntungan politik. Jadi siapa yang mencampur aduk politik dan agama ? Ada pemimpin negara yang telah pun bersumpah di Permatang Pauh kononya bertujuan untuk membersihkan dirinya daripada sebarang tohmahan dan fitnah.

Tak ada perangkap buat sendiri perangkap. Kemudian masuk dalam perangakap itu. Lepas itu menjerit menjerit untuk mengatakan para ulama tidak memberikan pandangan yang menyokong.

Dan keseronokan bersumpah ini menular pula kepada pemimpin lain. Ada pemimpin politik di Perak yang sedia untuk bersumpah kononya untuk membersihkan dirinya daripada ditohmah merancang plot kotor.

Saya tidak heran kalau nanti seorang pencuri yang sedia bersumpah untuk mengatakan bahawa dia tidak mencuri, dan selepas bersumpah tersebut, dia secara otomatik jadi bersih.

Lepas tu, mencuri lagi, kemudian bersumpah lagi, dan kemudian ulang dan ulang seperti ulangan rakaman sumpah saipol yang diulang tayang di Permatang Pauh.

Oleh kerana manzaidi menggunakan istilah sumpah laknat, kemungkinan ditimpa laknat terhadap yang melakukan sumpah tersebut tetap ada. Kalau tak jadi batu seperti kes Si Tanggang pun, jadi reptelia yang bertukar tukar warna mungkin kot. Apa namanya? sumpah-sumpah?

Tak sumpah salah, sumpah pun salah

Sekilas Pandang

MANZAIDI
PETANG Jumaat minggu lalu, seorang anak muda bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kelmarin pula, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut jejak langkah Moha Saiful dengan melafaz sumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya.

Berbeza dengan anak muda itu, Najib sumpah laknat tanpa memegang kitab suci al-Quran, tetapi tempatnya adalah di sebuah masjid di Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, lafaz mereka berdua adalah sama iaitu dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi.”

Mohd Saiful bersumpah disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, beberapa pegawai masjid dan ahli keluarganya, selain wartawan yang hadir untuk membuat liputan.

Dia melakukan sumpah laknat itu untuk membuktikan yang dia telah diliwat oleh bekas majikannya. Wallahualam.

Malangnya, ramai mempersoal dan mempertikaikan cara dia lakukan. Ada yang kata dia bodoh kerana bersumpah, cara dia lakukan macam orang Kristian, lafaznya tidak lancar, sumpahnya tidak sempurna kerana memegang al-Quran dan macam-macam lagi.

Yang menegur ini bukan orang jahil. Mereka adalah cendikiawan agama dan tok guru. Tentunya apa yang mereka tegur itu telah mempengaruhi orang ramai yang jahil.

Tetapi aneh lagi pelik, kenapa seorang yang cendekiawan agama dan bertaraf tok guru mengecam, mengutuk dan mencaci Mohd Saiful yang dalam usaha membersihkan namanya daripada perbuatan terkutuk itu.

Dunia sudah terbalik agaknya. Sepatutnya mereka tampil membantu dan membimbing orang yang dikatakan teraniaya itu, bukan menambahkan lagi beban ke atas orang berkenaan.

Di mana sikap mereka sebagai alim ulama yang diamanahkan Allah SWT sebagai khalifah, memimpin, membimbing dan membawa umat ke jalan yang benar di muka bumi ini?

Kenapa, ketika ada umat menerima seruan Allah, lalu mereka pula mempertikaikannya. Ini adalah perbuatan yang tidak wajar.

Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh orang yang telah bersumpah laknat itu sebagai pembohong dan pendusta.

Bagaimana dengan orang yang tidak mahu bersumpah, tetapi cukup dengan mengatakan dia tidak melakukan? Sudah cukupkah bukti dengan jawapan itu?

Kalau mereka mahukan Mohd Saiful mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan dia diliwat, mereka juga harus mengemukakan bukti bagi mengukuhkan dakwaan mereka bahawa Mohd Saiful berbohong.

Sebelum Mohd Saiful bersumpah, mereka juga yang mencabar remaja itu supaya bersumpah. Tetapi setelah bersumpah, mereka pula lantang mempertikaikannya.

Ada kalangan Mufti kata cara Mohd Saiful itu betul, tetapi ada pula ulama lain kata tidak betul. Yang kata tidak betul ialah ulama politik.

Teka teki ‘yang mana satu’ ini berterusan tanpa ada jawapan lebih tepat. Kekeliruan ini terus menjadi debat hangat umat Islam di bandar dan di kampung. Mereka berkiblatkan kepada tok guru masing-masing sehingga hukum hakam agama dibincangkan tanpa pembimbing.

Yang menjadi mangsa ialah Mohd Saiful. Tidak bersumpah dikatakan penakut dan pengecut. Bila bersumpah dituduh berbohong dan ada agenda politik pula. Beliau kini tersepit dalam dunia politik yang dicampuradukkan dengan agama. Inilah bahananya jika ada pihak mempolitikkan agama dan agama dipolitikkan.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Dia kacau bini saya, dia nak saman saya...

Bagi mereka yang kurang tahu sejarah... Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang, Datuk Hamzah Zainuddin (dalam gambar, kiri) adalah kawan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Bagaimanapun hari ini, Penasihat PKR itu memberi tempoh 48 jam kepada Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya memohon maaf kepadanya jika tidak surat saman RM10 juta akan sampai.

Ini adalah gara-gara kenyataan Hamzah yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh yang mendakwa Anwar pernah cuba ‘ganggu’ isterinya pada tahun 1998 walaupun mereka merupakan sahabat baik ketika itu.

Kerana itu, beliau juga dipetik sebagai meminta pengundi di Permatang Pauh agar tidak memilih Anwar.

Anwar menghantar surat tuntutan mohon maaf itu menerusi peguamnya Sankara Nair.

Apakah reaksi Hamzah ketika tempoh 48 jam itu makin hampir tamat.

Ketika dihubungi Agendadaily petang Khamis lalu, beliau dengan nada bersahaja mencabar Anwar samannya.

“Biar dia (Anwar) tunggu 48 jam... kita tengok selepas 48 jam apa dia nak buat. Pasal apa saya nak minta maaf... dia yang buat perangai.

“Kalau dia nak saman saya, bawalah kes ini ke mahkamah, di sana nanti saya akan kemukakan semua bukti... kita ada pita rakaman dan saksi. Saya tidak takut apa pun,” kata Hamzah.

“Lawan tetap lawan,” katanya sambil mempertahankan dakwaannya bahawa insiden ‘kacau bini’ itu memang benar-benar berlaku.

Bila terkena batang hidung sendiri

Saya sempat membaca laporan berita mengenai ceramah Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Dalam satu ceramahnya, dia mengecam dan mencaci Najib Tun Razak sebagai orang yang ada kaitan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya.

Cukup seronok dia menghentam orang lain. Tanpa rasa bersalah atau seolah-olah dia mempunyai bukti kukuh dengan kes itu, dia menghamburkan hal-hal sensitif yang boleh mengaibkan Najib.

Kemudian, semalam, di Masjid Jamek Guar Perahu, Bukit Mertajam, Najib melafazkan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan itu. Dia telah melakukannya kerana berpegang pada prinsip BERANI KERANA BENAR.

Tetapi anehnya, Anwar yang berdegar-degar menuduh Najib, belum mahu bersumpah atas kes yang dikaitkan dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya. Dia bermati-matian menafikannya.

Tidak cukup dengan naik pentas dan melafaskan, "Saya tak lakukan...saya tak lakukan.."

Orang yang membunuh pun tak akan mengaku dia membunuh ketika dibicarakan di mahkamah. Inikan pula Anwar yang bijak memutar belitkan isu.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa dia tak mahu sumpah. Apakah kerana dia berpegang kepada prinsip, TAKUT KERANA SALAH, menyebabkan sehingga kini dia masih berdolak dalik untuk sumpah laknat?

Apa salahnya, ketika masuk ke masjid, kemudian lafaz sumpah? Bukan perlu persiapan apa-apa pun. Bukannya melibatkan kos yang besar pun untuk dia berbuat demikian.

Hanya lafaz Wallahi Wabillahi Watallahi, habis cerita. Barulah isu ini tamat. Tetapi dia masih bermain tarik tali. Kononnya ulamak dari Arab larang dia buat demikian. Sampai bila?

Dia nak kesnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Dan untuk memastikan Anwar benar-benar liwat, Mohd Saiful kena kemukakan empat saksi. Di mana nak cari empat saksi? Yang melakukan ot ek tu pun hanya mereka berdua. Di tempat yang sunyi pula tu.

Lainlah trend remaja sekarang. Mereka lebih suka buat seks sambil rakam dengan telefon bimbit atau kamera. Kemudian sebar ke internet. Tapi kes Anwar-Mohd Saiful tidak ada rakaman itu dan tidak ada saksi.

Sebab itu Anwar memilih cara itu untuk 'menegakkan benang basah' dalam membersihkan kesnya. Wallahualam.

Sekilas siaran 16 Ogos 2008

MANZAIDI
Penyunting Edisi
Negeri Selangor

Kerana kasihan, kawan dianiayai

HARI ini saya hendak menceritakan kisah penipuan antara kawan saya dengan orang politik. Kisahnya berkaitan dengan jual beli sebuah rumah di satu daerah di Kelantan.
Kawan saya itu adalah seorang yang serba sederhana.

Kehidupannya sederhana. Sifatnya sederhana. Hatta, pendapatannya pun sederhana. Tetapi hasil usahanya, dia telah mencapai impiannya untuk memiliki sebuah rumah kos sederhana.

Rumah yang sempat dibiayai lebih setahun itu kemudian dijual kepada orang politik yang juga kenalan rapatnya kerana dia tidak mampu membiayainya lagi disebabkan ketika itu negara mengalami kegawatan ekonomi. Puas dia mencari kenalan untuk menawarkan rumah berkenaan, tetapi gagal kerana ekonomi mereka juga merudum.

Dalam berlegar-legar mencari pembeli rumah, ditakdirkan kawan itu bertemu dengan orang politik itu dan atas dasar kasihan, orang politik itu setuju membelinya.

Terima kasih kepada orang politik itu atas kebaikan hatinya membantu kawan yang dalam kesempitan.

Orang politik itu kemudian menyerahkan urusan pembelian rumah berkenaan kepada adiknya. Setelah selesai jual beli, kawan itu mahu melakukan urusan tukar nama hak milik iaitu daripada namanya kepada nama pembeli kedua.

Mungkin memikirkan prosesnya mengambil masa, orang politik itu minta kawannya tidak berbuat demikian, sebaliknya mahu kawan itu mempercayai dia. Dia berjanji akan memastikan sewa bulanan terus dibayarnya sehingga tamat tempoh ditetapkan bank.

Mempercayai orang politik itu, yang kedudukannya sangat kaya dan berjaya, maka si kawan itu bersetuju, lalu menyerahkan seratus peratus kepercayaan dan amanah itu kepada orang politik berkenaan serta adiknya.

Tetapi, mereka ada membuat perjanjian bertulis berhubung pemindahan jual beli rumah itu yang ditandatangani mereka bertiga.

Beberapa tahun selepas itu, kawan orang politik itu hendak membeli kereta. Tanpa ragu-ragu dia membuat pinjaman dengan sebuah bank. Tetapi malang sungguh, permohonan itu ditolak kerana namanya telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Terkejut si kawan itu. Sedikit pun dia tidak menduga orang politik itu sanggup berbuat demikian. Perbuatan yang boleh meragut dan memusnahkan masa depan dia untuk jangka masa yang lama. Orang politik itu pun dihubungi.

Kawan itu menyatakan rasa terkejut, kesal dan kecewa dengan tindakannya tidak menyambung bayar sewa rumah itu sehingga tunggakan terkumpul lebih RM3,000.

Kes itu bagaimanapun tidak selesai begitu sahaja, apabila seminggu lalu (selepas tiga tahun kes pertama berlaku), kawan saya menerima surat saman daripada pihak bank.

Dia diminta hadir ke mahkamah pada pertengahan September ini kerana kegagalannya membuat bayaran sewa bulanan sehingga tertunggak lebih RM12,000. Maknanya, lebih kurang tiga tahun orang politik itu atau adiknya tidak membuat bayaran bulanan.

Kesian sungguh si kawan itu. Tidak semena-mena dia menerima nasib malang untuk kali kedua. Gara-gara mempercayai orang politik itu. Dulu, kini dan selama-lamanya dia berdepan dengan zaman gelap. Sedangkan, orang politik itu senang lenang, tanpa sedikit pun timbul rasa sedih.

Kini kawan saya itu menunggu hari dengan penuh debaran untuk ke mahkamah dan berdepan dengan peguam yang mewakili bank berkenaan. Sebagai insan yang lemah dan mampu melawan, dia terpaksa akur dengan hukuman yang bakal diterimanya.

Nasihat saya kepada kawan-kawan yang mempunyai kenalan dalam kalangan orang politik, jangan sekali-kali mempercayai orang seperti itu. Bagi orang politik itu, menipu adalah perkara rutin baginya untuk dia terus 'maju' dan 'berjaya' dalam arena politik.

SMS yang saya terima

Saya ada menerima empat pesanan ringkas daripada orang yang saya tak kenalilah. Mereka minta saya masukkan dalam blog ini. Sebagai pengendali blog yang pernah berjanji untuk bersikap profesional, saya masukkannya tanpa sebarang agenda atau prejudis.

1. Mohd Saiful dah sumpah. Najib Tun Razak pun sudah sumpah. Anwar bila lagi?

2. Tul ke nwar (Anwar) tak liwat? Kalu tak liwat naper dia tak sumpah mcam Mohd Siful dan DS Najib sumpah utk pertahankan diri? Ni mesti dia buat ni...

3. Tak yahlah ikut ulama luar. Ulama dlm Malaysia pun ramai dan diiktiraf. Sumpah sajala..habis cerita. Selagi awak tak sumpah, selagi tu isu ni berpanjangan. Naper awak suka biarkan isu ni berpanjangan? Awak tak kesian ke kat isteri dan anak-anak awak? Hari2 dia 'dibelasah' oleh isu awak liwat.
Saya pun tak faham dengan perangai awak. Atau...awak ni benar-benar l****... tak? Rasanya tak mustahil kalau tengok pada keadaan sekarang dan sikap awak yg suka berdolak dalik tu.

4. Terlebih dulu saya nak minta maaflah. Pertamanya, dari dulu lagi saya tak percaya pada alim ulamak yg terlibat aktif dalam parti ni. Banyak putar belit. Sanggup permainkan agama demi kepentingan parti.
Dulu seronok tuduh org lain amalkan kornisme. Tapi bila dah terkena pada batang hidung sendiri, dia boleh beri alasan Nabi pun amal kronisme. So, dia pun amallah kronisme. Tiba-tiba je dia lupa dulu dia bukan main hebat tuduh dan kecam orang lain yang amal kronisme. Hahahaha...tok guru apa ni???

Rabu, 20 Ogos 2008

ADUN Melor, Siti Aishah diarah daftar nikah


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu mengeluarkan perintah pengesahan perkahwinan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, dengan isteri keduanya, Siti Aishah Chou Abdullah, 24 tahun.

Pasangan tersebut diarahkan mendaftar perkahwinan mereka di pejabat agama negeri bagi membolehkan proses seterusnya berhubung penceraian mereka dibuat.

Hakim Syarie, Mohamad Yusof Awang membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah berpuas hati dengan keterangan yang dibuat oleh pasangan tersebut sebelum ini.

Komen saya: Ermmm...ada peluang!!..

Ahad, 17 Ogos 2008

Komen ketiga

Keraton telah membuat komentar baru pada posting Anda "komen dua"

Salam..

Takdak masaelah la. Yang pokoknya mencuri potong tangan. Lagu mana tu ikhtilaf saja. Ikut la pendapat mana pun.

Sumpah tetap sumpah. Lagu mana, ikutlah pendapat mana pun asalkan rukunnya tidak ditinggalkan. Mubahalah ni memang ada dalam Islam. Zaman Nabi dulu, mubahalah dengan puak kristian. Puak kristian ni akhirnya takut dan tidak mahu mubahalah. Mereka sendiri was-was samada mereka di pihak yang benar.

Mubahalah satu perkara. Sumpah Mubahalah Sumpah Laknat. Nak selesaikan pertelingkahan dengan tindakan dari Allah sendiri. Laknat atau bala akan turun ke atas orang yang bersalah atau bukan di pihak yang benar.

Sumpah mahkamah syariah lain. Sumpah tu ada markah, qadi kena ambik kira. Bila pihak satu lagi bersumpah, markah dua-dua pihak jadi sama.

Sabtu, 16 Ogos 2008

komen dua

Satu lagi komen tetamu mengenai kes Saiful sumpah

A'kum.

Ni belum jalankan hudud lagi.. bayangkan selepas tangan pencuri itu dipotong, ulama2 berbalah kaedah kerat tangan tu sah ke tak sah.

Ade kate sah..

Ade kate tak sah.. kerat ikut cara lain.

Tangan sudah kena potong..

Hudud memangla wajib. Tapi manusia tu menjalankannya mungkin tak betul.

2008 Agustus 16 19:03

Komen tetamu blog - isu sumpah Saiful

Berikut adalah komen yang saya terima daripada seorang tetamu blog yang menamakan dirinya sebagai rumi the qadi.

rumi the qadi telah membuat komentar baru pada posting Anda “Komen mengenai sumpah Saiful”

Dear Readers ,
Firstly, Dr Mahathir is an IGNORANT Muslim, he does not know Fiqh an dmust leave the matter to the Jurists or Fuqaha or Scholars.

I just want to remind all and sundry that the Islamic Civilisation has a established a Judicial System right from the beginning.

Today in Malaysia it comes under the direct Purview of the Agong in the Federal Territories, Melaka, Penang, Sabah & Sarawak and the Sultans elsewhere.

It has Judges, Adocates and Bailiffs and even Sheriffs, otherwise, it may make use of the Agong’s Police.

It has as its corpus of precendents, in the thousands upon thousands of similar cases in its 1400 years of history.

As for new cases, it guiding principles are the Quran, Hadiths, Ijtihad and Qiyas. And that it has enough Legal Jurists to attend to formulate new laws as for example Cyber Laws as an example.

Stems cells, Genetic Engineering and such like matters can always go back to Verses of the Quran and Hadith. One need only look for the Learned, Discerned Scholar that is around in this world.

Anyway, it is NOT so much the problem of the Muslim Community but imported by Western educated scholars whoare not trained classically or traditionally in both Western & The Traditions.

Saiful and his family are badly advised by UNLEARNED people and those who pretend to be Islamic Scholars and Legal Advocates who are thoproughly trained in ALL the Schools of Jurisprudence [Fiqh]and the Principles and Philosophy of Islamic Law.

The Masjid Wilayah Officials, ie. the Imams, and the Director of Jawi have committed a CONTEMPT of the Federal Territory Syariah Laws and Courts.

The case is still pending under Syariah laws and Courts.

The manner adn conduct of the “swearing or oath proclamation” is NOT in consonant with the Syariah, Fiqh [All Schools] neither it is consonant with ehe Legal and Philosphy of Islamic Law, & Theology.

By protocol, the 2 litigants should be present in the Syariah Court standing/sitting before the Learned Judges and Learned Scholars ONLY after EXHAUSTINg all avenues of the Syariah Courts and the Appeal to the Yang DiPertuan Agong to intervene.

And, it normal and expected of one of the 2 litigants to show GREAT Anger, CRY, Traumatized, and totally at a lost, helpless, lonely and unprotected SAVED to Allah swt as his real protector, judge, wise, and all his Beautiful names and attributes.

He/she normally would rise his hands and no longer trusting the humans around him [ie. the Judges, Scholars and Courts, and even the Agong] but he/she rest his case before his/her Creator Allah All Mighty.

Shame on All the Judges, Scholars and Amir/Khalifah/Sultan/Agong who cannot help him find justice on earth for which they all collectively and singly are answerable to God.

God is Great. And to Allah is your return.

Komen mengenai sumpah Saiful

Tun Dr Mahathir Mohamad:
Anwar Ibrahim perlu bersumpah dengan nama Allah sambil memegang kitab suci al-Quran untuk meyakinkan masyarakat bahawa beliau tidak meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam ceramahnya sebelum ini bahawa beliau telah bersumpah adalah tidak memadai.

"Anwar kena bersumpah, bukan secara mendakwa dalam syarahan kata saya bersumpah macam itu.

"Bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi kemudian pegang al-Quran...junjung al-Quran baru boleh terima," katanya.


Haji Hadi Awang
Sumpah yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mematuhi hukum Islam sebenar dan merupakan satu kebodohan.

Lafaz sumpah dengan memegang al-Quran adalah sama macam orang Kristian yang memegang bible. Oleh itu katanya, Anwar Ibrahim tidak perlu menyahut cabaran untuk bersumpah.

"Dia (Mohd Saiful) patut di bawa ke Mahkamah Syariah dan kembali kepada Perkara 121 (1)(A) kerana perkara yang berkait dengan orang Islam wajib di bawah ke Mahkamah Syariah," katanya.

Mohd Saiful bersumpah

KUALA LUMPUR - Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam (15hb Ogos 2008/Jumaat) melafazkan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang demi membuktikan dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Beliau berbaju Melayu coklat sambil memegang Al-Quran duduk menghadap kiblat ketika melafazkan sumpah di Dewan Solat Utama Masjid semalam.

“Bismillahirrahmanirrahim, pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan, nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687, dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

“A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga ke kiamat. Wallahualam.”

Beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali dan diikuti bacaan Surah Al-Fatihah.

Turut sama menyaksikan lafaz sumpah ialah pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), beberapa pegawai masjid dan ahli keluarganya.

Khamis, 14 Ogos 2008

MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

Tun Dr Mahathir menulis:-
1. Sejak Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan sejak Dato Zaid Ibrahim sebagai de-facto Menteri Undang-Undang cuba menawan hati Majlis Peguam dengan memberi kuasa kepada ahli majlis memilih hakim dan memberi sagu hati kepada bekas-bekas hakim yang disingkir, Majlis Peguam Malaysia begitu garang sekali.

2. Selepas rusuhan kaum tahun 1969, pemimpin ketiga-tiga kaum di Malaysia telah bersetuju bahawa perkara-perkara sensitif seperti kedudukan Raja-Raja, bahasa rasmi, hak kaum-kaum, agama Islam sebagai agama rasmi tidak akan dibincang atau dibahas secara terbuka. Sebabnya ialah kemungkinan perbincangan akan membakar hati pihak-pihak yang tersentuh yang boleh membawa kepada kestabilan negara terancam dan rusuhan kaum berlaku.

3. Semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka menghormati persefahaman ini semasa Tun Razak, Tun Hussein dan semasa saya menjadi Perdana Menteri. Ada juga cabaran-cabaran terhadap persefahaman ini, tetapi tidak serius dan dapat ditangani.

4. Mungkin persefahaman ini menidakkan hak dalam demokrasi, tetapi demokrasi adalah untuk kebaikan kita bukan kebaikan bagi diri kita harus dikorban untuk demokrasi. Kita tidak harus berasa malu kerana demokrasi kita kurang liberal dari demokrasi sesetengah negara maju. Apa yang baik bagi mereka tidak semestinya baik bagi kita.

5. Yang utama dalam demokrasi ialah hak mengundi bagi rakyat bagi menentukan siapa membentuk kerajaan. Di Malaysia memang rakyat memiliki hak ini dan sehingga kini boleh menggunanya untuk tentukan siapa menjadi kerajaan.

6. Jika kita ada sekatan tertentu untuk mententeram dan menjaga negara, kita harus terima.

7. Tetapi sekiranya ada yang melihat bahawa kerajaan lemah dan tidak dapat pertahan persefahaman yang dipersetujui dahulu, maka mereka mencabul persefahaman ini. Negara akan hilang kestabilannya. Yang akan jadi mangsa ialah rakyat berbilang kaum negara ini. Di antara mereka ialah Majlis Peguam Malaysia.

8. Setelah diberi "muka" oleh Zaid Ibrahim, de-facto Menteri Undang-Undang dan beranggapan yang kerajaan sekarang takut pada mereka, Majlis Peguam Malaysia bukan main lagi; sanggup juarai semua isu yang sensitif.

9. Selain menuntut mereka pilih hakim, mereka bangkitkan perkara sensitif seperti kontrak sosial dan agama Islam.

10. Apabila hakim Ian Chin tuduh saya kononnya ugut hakim-hakim, Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenivasan desak supaya kerajaan siasat saya.

11. Saya salahkan kerajaan kerana sikap angkuh Majlis Peguam dan membelakangkan persefahaman yang dibuat dahulu.

12. Sepatutnya kerajaan melarang majlis berkenaan pengislaman anjuran Majlis Peguam Malaysia diadakan. Tetapi sebaliknya, kerajaan biarkan rakyat protes. Protes boleh dihalang, tetapi hati dan perasaan mereka yang memprotes dan lebih ramai lagi yang bersependapat dengan mereka terus meluap dan marah. Kemungkinan ialah perasaan marah ini akan meningkat kerana keangkuhan Majlis Peguam Malaysia yang masih ingin mengadakan majlis yang serupa pada masa terdekat.

13. Jika perkara sensitif perlu dibincang, bincanglah dalam keadaan tertutup dan melibat hanya beberapa pemimpin yang bertanggungjawab sahaja. Hasilnya tidak perlu diheboh, tetapi diserah kepada kerajaan. Kerajaan pula janganlah takut dan utamakan populariti peribadi sahaja, tetapi hendaklah fikir berkenaan kepentingan negara.

Isnin, 11 Ogos 2008

UMNO Cheras minta Zaid Ibrahim letak jawatan

KUALA LUMPUR – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang hanya berdiam diri berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.

"Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.

"Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Syed Ali berkata, dalam isu lain, Zaid cepat melatah, tetapi apabila kesucian dan hak umat Islam dicabar dan diganggu-gugat oleh pihak bukan Islam, beliau mengambil sikap membisu.

“Jadi eloklah berundur sahaja daripada Kabinet,” kata beliau.

Katanya, apabila menteri yang menjaga hal-ehwal perundangan negara hanya membisu dan tidak berkata apa-apa berhubung isu Majlis Peguam, sudah tentu rakyat akan membuat tafsiran beliau kononnya tidak begitu sensitif terhadap kepentingan Islam. - Utusan

Ahad, 10 Ogos 2008

Hati-hati mempercayai kawan orang politik

Tidak semena-mena saya yang sedang berasa senang dan selesa menjalani kehidupan dari dulu sehingga kini, tiba-tiba ditimpa bala kerana gara-gara terlalu mempercayai seorang kawan yang juga pemimpin politik di Pasir Mas.

Pemimpin ini adalah sejenis manusia yang susah untuk saya capkan dia dengan apa. Tetapi dengan bahasa mudahnya, dia ni jenis sanggup tikam kawan. Sanggup menghancurkan masa depan kawan, asalkan dia senang. Inilah jenis pemimpin yang hendak saya katakan ini. Kalau ada rakan-rakan jumpa peribahasa atau perumpamaan, elok benarlah beritahu kepada saya supaya senang nak menyamakan manusia sejenisnya.

Kisahnya bermula begini:-
1. Pada akhir tahun 1990-an saya ada membeli sebuah rumah di Lubok Jong, Pasir Mas (bersebelahan IKM). Saya belum sempat duduk lagi rumah itu, hanya sekadar bayar sewa setiap bulan.

2. Ditakdirkan tidak lama selepas itu, ekonomi negara merudum dan ia memberi kesan teruk kepada gaji @ sumber pendapatan saya. Saya merasakan tidak mampu lagi membayar sewa bulanan, lalu saya bercadang menjual rumah itu.

3. Hampir dua bulan saya mencari kawan-kawan dan rakan-rakan kalau mereka mahu beli rumah. Tetapi pada masa itu, bukan saya seorang saja yang mengalami kesan kemuruduman ekonomi, semua orang merasainya.

4. Sehinggalah seperti biasa, apabila saya berjumpa dengan pemimpin muda ini dan menawar kepadanya. Dia bersetuju membelinya.

5. So, urusan jual beli pun dibuat. Saya mahu menukar nama hak milik rumah itu, tetapi dia tidak mahu. Dia cuba menyakinkan saya dengan meminta saya mempercayainya. Dia kata dia dia tak akan menipu saya. Demi kawan (masa tu saya seorang yang bodoh-tidak dapat menilai antara kaca dengan permata)saya terus mempercayainya.

6. Sebagai tanda penyelesaian jual beli rumah itu, kami buat perjanjian bertulis dan ditandatangani oleh saya, orang politik itu dan adiknya. Orang politik itu kata, dia nak beri rumah itu kepada adiknya.

7. Selepas itu, saya tidak lagi mengambil tahu hal rumah berkenaan. Kerana saya percayakan dia, saya menyerahkan seratus peratus kepada Takdir.

8. Pada akhir 2005, saya bercadang membeli kereta. Saya buat permohonan dan memasukkan permohonan itu melalui Muamalat Bank yang ketika itu berpejabat di bangunan AKSB, Kota Bharu.

9. Tidak lama kemudian pegawai bank menghubungi saya menyatakan permohonan saya tidak diluluskan kerana tersekat. Maksudnya nama saya telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara.

10. Saya terkejut, lalu pergi ke bank berkenaan dan alangkah sedihnya saya apabila mendapati nama saya memang telah disenaraihitamkan oleh Bank Negara disebabkan 'saya' tidak membuat bayaran bulanan rumah hampir 12 bulan. Saya beristifar. Sedih.

11. Saya menghubungi pemimpin politik itu dan memaklumkan kepadanya mengenai apa yang berlaku. Dia beritahu akan bertanyakan hal itu kepada adiknya.

12. Beberapa hari kemudian saya menghubungi RHB Bank untuk mendapatkan keterangan mengenai jual beli. Saya ajak adik pemimpin politik itu untuk menyelesaikan kes berkenaan kerana saya mahu membersihkan nama saya, malangnya adik pemimpin politik itu tidak hadir. Tetapi pada masa sama dia berjanji akan menyelesaikannya.

13. Selepas itu saya langsung tidak ambil tahu kerana menyangkakan dia sudah menyelesaikannya.

14. Sehinggalah semalam saya menerima panggilan dari ayah saya di kampung menyatakan ada sepucuk surat daripada peguam RHB Islamik sampai. Surat itu meminta saya hadir ke Mahkamah Kota Bharu pada 15 september 2008 untuk urusan RHB Islamik menyaman saya.

15. Dalam surat itu juga menyatakan gagal hadir untuk panggilan pertama ke mahkamah pada November 2007. (Saya tidak tahu kerana tidak pernah menerima surat itu. Kalau surat itu sampai sudah tentu ayah saya akan menghubungi saya).

16. Saya menghubungi pemimpin politik itu menyatakan bahawa tindakan adiknya tidak membayar tunggakan yang berjumlah RM12,000 itu selama tiga tahun menyebabkan saya menghadapi saman.

17. Saya beritahu kepada pemimpin itu bahawa saya tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa membuat laporan polis untuk membersihkan nama saya dan selepas itu, saya akan membuat kenyataan akhbar.

18. Mendengar pernyataan itu, dia terus melenting marahkan saya. Dia kata, dia beli rumah itu kerana kesiankan saya dan saya tidak patut buat begitu kepadanya. Katanya, sejak dia beli rumah itu dia tidak pernah duduk atau ambil tahu.

19. Dia kata saya tidak patut buat begitu kepadanya? Yang dia membuatkan nama saya disenaraihitamkan oleh bank tu nak kira macamana? Sehingga sekarang saya tidak dapat membuat sebarang pinjaman dengan bank, tidakkah itu namanya saya dianiayai?

20. Saya mahu buat laporan polis dan buat kenyataan akhbar, dia kata saya hendak menganiayainya. Inilah peliknya orang politik.

21. Sehingga sekarang kes ini belum selesai dan tiada kata putus daripadanya. Apapun saya sudah nekad. Saya akan balik ke Kelantan pertengahan Ogos ini untuk mengambil segala dokumen termasuk surat sama daripada peguam RHB Islamik dan surat perjanjian antara saya, orang politik itu dan adiknya untuk membuat lapopran polis.

22. Siapa pemimpin politik itu.... akan saya dedahkan namanya setelah saya membuat laporan polis pada 16 Ogos ini.

Khamis, 7 Ogos 2008

Politik & Seks: Tv Indon

Kronologi Anwar liwat:



Satu:
Pejabat Peguam Negara akan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, (Khamis) yang melibatkan kes liwat.

Notis bertulis untuk Anwar hadir di mahkamah telah disampaikan kepada beliau tengah hari Rabu oleh polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan kes jenayah seksual yang melibatkan Anwar.

"Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara,” katanya.

Menurut beliau, hasil daripada siasatan itu, polis telah menyerahkan kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan.

Pejabat Peguam Negara katanya, memutuskan untuk mendakwa Anwar di mahkamah.
Sementara itu, tengah hari Rabu, polis telah menyerahkan sapina kepada Anwar yang menghendakinya hadir ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur, hari Khamis.

Sapina tersebut diserahkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Superitendan Jude Pareira kepada Anwar di kediamannya di Segambut Dalam, jam 12.05 tengah hari.

Peguam Anwar, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar, enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dikehendaki hadir ke mahkamah tersebut, sama ada sapina itu ada kaitan dengan pendakwaan terhadap Anwar berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Sejak jam 10 pagi, kelihatan beberapa pegawai polis berpakaian biasa berada di luar pekarangan kediaman Anwar.

Deputi Superitendan Jude Pariera yang tiba dengan kenderaan polis berada di dalam rumah Anwar kira-kira 15 minit bagi menyerahkan sapina itu.

Dua:
Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 9.45 pagi dengan diiringi kira-kira 100 penyokongnya.

Kawalan keselamatan di kompleks berkenaan diketatkan dan tiada sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

Kira-kira 15 minit selepas ketibaannya, Anwar kelihatan memasuki Mahkamah Sesyen Jenayah 1 sambil diiringi beberapa pemimpin pembangkang iaitu Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya.

Semasa melewati orang ramai yang berada di mahkamah, Anwar yang terkenal dengan gaya selamba sahaja melambai-lambaikan tangannya dan kedengaran berkata “welcome to new drama’.

Tiga:
Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit No 11-5-1 Kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang, pada 26 Jun 2008.

Beliau membuat pengakuan itu apabila pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 1, SM Komathy.

Menurut pertuduhan, Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

Ketika ditanya pengakuannya, Anwar yang berdiri di kandang orang kena tuduh berkata: “Tuduhan ini adalah berniat jahat dan khianat dan saya tidak bersalah yang arif.”

Hakim kemudiannya membuat keputusan membenarkan Anwar diikat jamin dengan dikenakan jaminan persendirian sebanyak RM20,000.

Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk perbicaraan.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Datuk Idris Harun manakala pasukan pembelaan diketuai oleh peguam Sulaiman Abdullah.

Rabu, 6 Ogos 2008

UMNO-Pas: tiru macam Do Re Mi, bukan Three Stoogers

PAS sudah membuat keputusannya untuk tidak bersatu dengan UMNO. Keputusan muktamad itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 31 Julai lalu. Dengan itu, Pas adalah Pas. UMNO adalah UMNO. Dua parti yang dilahirkan berasingan dan sudah ditakdirkan tidak akan duduk bersama.

Ini bermakna cadangan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu kedua-dua parti yang mewakili orang Melayu dan Islam itu dibubar bagi membolehkan parti baru ditubuhkan, hanya sekadar impian.

Apa yang kita dengar sebelum ini, hanyalah sekadar pandangan dan ulasan daripada pihak yang tentunya tidak boleh dianggap sebagai suara atau keputusan mutlak berhubung cadangan itu. Suara-suara mereka yang menghiasi dada akhbar itu hanyalah sekadar penyedap rasa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri belum bersuara secara rasmi, tetapi pada masa masa Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah membuat ketetapan. UMNO lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat apakah reaksi seterusnya daripada Pas.

UMNO mengambil sikap berdiam diri kerana sedang memikirkan kesannya jika dua parti itu dibubarkan, kemudian bersengkokol dalam satu parti baru.

Adalah bukan mudah untuk UMNO dan Pas mencapai kata sepakat bagi mencapai tujuan itu, tambahan pula penubuhan parti baru tentunya tidak semudah mencipta neslo, minuman popular masa kini yang dihasilkan daripada serbuk nescafe dan milo.

UMNO dan Pas mempunyai hujah serta alasan sendiri sebelum membuat sebarang keputusan dibuat. Bagi mereka keputusan itu penting kerana melibatkan masa depan rakyat, agama dan negara.

Ia juga melibatkan kepentingan hubungan antara kaum lain yang sama-sama menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara sejak sekian lama.

Sejarah sendiri merekodkan bahawa Pas adalah parti memperjuangkan Islam. Begitu juga UMNO. Dalam perlembagaannya menetapkan Islam sebagai agama rasmi untuk pemimpin dan ahlinya yang seratus peratus Melayu.

Jadi, apa yang tidak relevannya antara UMNO dan Pas sehinggakan ada cadangan agar kedua-dua parti itu dibubarkan.

Pada hemat saya, UMNO dan Pas tidak perlu dibubarkan. Kedua-duanya adalah parti orang Melayu dan Islam yang sudah lengkap dan banyak berjasa.

Tidak berada dalam satu kumpulan pun tidak mengapa, asalkan mereka boleh menjadi sahabat baik seakrab persahabatan Do Re Mi yang saling bantu membantu antara satu sama lain, bukan seperti Three Stooges yang selalu memukul kawan.

Pas dan UMNO ibarat dua kapal besar yang berada di lautan. Kapal itu sedang menuju ke sebuah pelabuhan. Untuk selamat sampai ke destinasi, dua kapal berkenaan harus menggunakan laluan sama. Sama ada kapal UMNO bergerak dahulu kemudian diikuti kapal Pas atau sebaliknya. Asalkan pergerakannya tidak bertentangan.

Mereka boleh buat kalau mahu. Siapa dahulu, siapa kemudian bukan persoalannya. Janji mereka dapat mengemudikan kapal itu dengan selamat dan mencapai persefahaman untuk meneruskan perjalanan demi memastikan penumpang di dalamnya terbela.

Kini, 'ya' atau 'tidak' ada kepada Pak Lah dan Abdul Hadi. Kalau 'ya', maka bersatulah. Kalau 'tidak', maka beginilah keadaannya. Cuma untuk mencapai kata 'ya' itu akan mengambil masa lama. Banyak perlu dibincang, didebat, dibahas dan dikaji.

Apapun, kita serahkan semua itu kepada kebijaksanaan barisan kepemimpinan Pak Lah dan Abdul Hadi. Mereka lebih arif dan tahu segala-galanya untuk menentukan masa depan negara, agama dan bangsa. Semuanya di tangan mereka. Baik buruk terletak kepada mereka. Rakyat memberi amanah, mereka yang melaksanakan tanggungjawab.

Yang penting, tanggungjawab itu mesti selari dengan kehendak rakyat, bukan dipengaruhi oleh unsur kepentingan diri atau sikap ego. Selain itu, Pas dan UMNO juga perlu berhati-hati dengan kemungkinan wujud pihak ketiga yang cuba mencari jalan untuk menghalang atau menggagalkan usaha murni itu. - MANZAIDI