KUALA LUMPUR – UMNO Cheras mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan ekoran sikapnya yang hanya berdiam diri berhubung tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid adalah sesuatu yang sangat mengecewakan.
"Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.
"Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Syed Ali berkata, dalam isu lain, Zaid cepat melatah, tetapi apabila kesucian dan hak umat Islam dicabar dan diganggu-gugat oleh pihak bukan Islam, beliau mengambil sikap membisu.
“Jadi eloklah berundur sahaja daripada Kabinet,” kata beliau.
Katanya, apabila menteri yang menjaga hal-ehwal perundangan negara hanya membisu dan tidak berkata apa-apa berhubung isu Majlis Peguam, sudah tentu rakyat akan membuat tafsiran beliau kononnya tidak begitu sensitif terhadap kepentingan Islam. - Utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan