Ahad, 30 Ogos 2009

Salinan artikel UM: Manzaidi/Sastera

Dipetik dari Utusan Malaysia

Sasterawan dulu terarah ikut landasan perjuangan
Oleh: AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)


DALAM satu tulisan panjang lebar disiarkan di ruangan Sastera, akhbar Mingguan Malaysia sebelum ini, penulis Manzaidi Mohd. Amin ada melontarkan persoalan apakah akan lahir sasterawan sehebat Allahyarham Datuk Usman Awang, Datuk A. Samad Said, Allahyarham Keris Mas dan Datuk Abdullah Hussain dalam tempoh terdekat ini?

Berkesempatan menemui dua Sasterawan Negara – Samad dan Arenawati, penulis ajukan pula kemusykilan itu kepada mereka berdua.

Dalam nada sama, kedua-duanya cenderung tidak menjawab dengan jelas pertanyaan itu. Mereka memberikan jawapan kepada soalan kenapa dan bukan pertanyaan adakah. Dapat dibaca reaksi kepada jawapan itu, kerana perbezaan sasterawan dahulu dan kini ada jurangnya. Menjawab kenapa dan bukannya adakah juga memberi ruang untuk difikirkan persoalan berkenaan.

Kata mereka, sastera dulu lebih terarah, pengkarya-pengkarya dekad sebelum ini ada landasan lurus untuk diikuti.

“Karya-karya dulu, tidak kira puisi, cerpen, novel, pementasan drama, teater, wayang dan sebagainya kesemuanya menuju ke arah kemerdekaan. Apa yang diangkat atau tema penceritaan merakamkan segala yang buruk, hitam dan momok tentang penjajahan, dengan harapan untuk menunjukkan kepada khalayak perlunya kemerdekaan,” kata Pak Samad dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini bagi membincangkan mengenai perubahan sastera sebelum dan sesudah mereka.

Menurut Sasterawan Negara yang memiliki keistimewaan serta bakat dalam semua genre sastera – puisi, cerpen, teater, novel dan tidak ketinggalan seni lukisan, kumpulan Asas 50 yang menghimpunkan Keris Mas, Said Zahari, Usman dan beliau sendiri, menulis tentang situasi resah dan genting menanti kemerdekaan.

“Tulisan dan karya-karya cukup membayangkan bahawa harapan diletakkan kepada satu titik perubahan sebaik sahaja negara diberikan hadiah kemerdekaan.”

Bagaimanapun sekarang, cabang sastera itu menjadi variasi – masih terarah tetapi belok kepada tujuan untuk carma.

Carma? “Ya, kependekan daripada perkataan ‘cari makan’,” begitu jawab Pak Samad. Kata beliau yang mendapat anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1985, dalam hal ini, kesalahan tidak boleh diletakkan secara total di bahu pengkarya generasi baru kerana ia turut bertitik tolak kepada permintaan di pasaran juga.

Ambil contoh permintaan kepada buku-buku motivasi, ini diperlukan oleh khalayak yang dicanangkan pula oleh penerbit-penerbit tempatan.

Namun ada segelintir penulis era sekarang yang percaya bahawa kesusasteraan itu perlu menghantar kisah-kisah realiti dan menunjukkan sudut-sudut yang harus diperbetulkan.

“Tetapi sastera yang dihantar secara indah dalam sudut yang tersendiri itu terdiri daripada kelompok yang amat sedikit,” kata Arenawati pula dalam satu interviu sedikit masa lalu.

Sebagai menamakan beberapa contoh kelompok yang sedikit itu ialah seperti Nisah Haron, SM Zakir, Faisal Tehrani dan beberapa kerat penulis muda lain.

Barisan-barisan ini bahkan ‘melawan’ walaupun terkadang tidak terdaya dengan godaan kepada lorong-lorong yang tersedia demi ‘carma’ itu. Godaan itu ialah pelbagai hadiah sastera yang meletakkan tema tertentu dalam pengkaryaan.

“Mahu tidak mahu, jika mahu menang, mendapat nama, anugerah dan wang, pengkarya yang kebiasaannya terarah akan belok juga sekali- sekala.

“Jelas sekali sebelum ini ada penulis yang cenderung menghasilkan karya-karya berunsur Islam tetapi saat mahu ‘carma’, mereka melencong kepada tema semasa.”

Menjawab satu soalan, beliau berkata, bukan sastera sekarang tidak setanding dengan karya-karya era terdahulu tetapi cabangnya yang pelbagai itu membawa pula kepada tema yang bermacam-macam.

“Karya-karya mengenai mistik, alam hantu dan misteri mendapat sambutan hangat, bahkan memenangi banyak anugerah. Fenomena penerimaan kepada hasil kreativiti berbentuk sebegitu bukan sahaja terjadi di Malaysia bahkan di dunia sekalipun,” ujar beliau dengan menyebut karya J.K Rowling menerusi siri Harry Potter beliau.

Membandingkan nasib Rowling dengan apa yang berlaku terhadap sasterawan di negara ini amatlah tidak adil, kata Pak Samad.

“Di belakang Rowling itu ada jentera besar-besaran melonjakkan nama beliau dan karyanya. Belum masuk ke pasaran lagi, karya dipromosikan di seluruh dunia dengan segala ragam. Program pelancaran buku ‘dijual’ lebih awal bukan sahaja di Amerika Syarikat (AS) bahkan di seluruh dunia.

“Seperkara lagi, adakah adil membandingkan masyarakat 22 juta pembaca di negara ini dengan 22 bilion di AS, Britain dan negara-negara lain.”


BERIKUT ADALAH TULISAN SAYA YANG DISIARKAN ITU:-

Bakat penulis muda perlu dimantapkan
Oleh MANZAIDI MOHD. AMIN

PERSOALAN yang sering timbul dari dulu hingga sekarang ialah apakah akan lahir sasterawan sehebat Allahyarham Datuk Usman Awang, Datuk A. Samad Said, Allahyarham Keris Mas dan Datuk Abdullah Hussain dalam waktu terdekat ini?

Malah lebih merisaukan, ada kemungkinan berlakunya ketandusan bakat muda dalam mengisi dunia sastera dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang ketika negara melangkah ke era negara maju.

Ketika itu, kemajuan sepatutnya bukan sahaja diukur dari segi fizikal dan ekonomi ataupun status kehidupan rakyat tetapi juga seharusnya meliputi dunia sastera yang turut menjadi simbol kepada peradaban dan ketamadunan sesuatu bangsa.

Sebenarnya, tugas melahirkan bakat baru dalam bidang sastera tidak semudah menghasilkan pakar dalam bidang lain. Kalau negara boleh melahirkan ratusan jurutera dalam tempoh masa tertentu, belum tentu negara dapat menghasilkan satu atau dua orang sasterawan setaraf Sasterawan Negara dalam tempoh yang sama.

Oleh itu, bakat sastera yang ada perlu dikenal pasti seawal mungkin dan sasaran itu mesti diberi bimbingan dan galakan supaya potensi serta bakat mereka dapat digilap secara berterusan.

Hal ini pernah diluahkan mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman yang menyatakan bahawa dalam perkembangan dunia masa kini, penggiat seni perlu memikirkan semula perkembangan sastera Malaysia.

Beliau meluahkan betapa perlunya mereka memikirkan langkah berkesan bagi menjana kekuatan untuk membangkitkan semula kegemilangan sastera Malaysia dengan turut meningkatkan apresiasi dan mutu pengkaryaan.

Setiap orang yang cintakan sastera mempunyai tanggungjawab untuk terus berjuang supaya tetap berperanan sebagai unsur penting dalam kehidupan, tamadun masyarakat dan bangsa Malaysia.

Pada pengamatannya, dunia sastera negara seolah-olah tidak bermaya, seolah-olah ada jurang antara aspirasi dengan perjuangan sasterawan generasi lama dan baru sehingga ketrampilan sebilangan besar sasterawan berkenaan kurang memberi impak.

Mereka juga seolah-olah sudah kekurangan sumber atau hasil untuk menyuntik modal ke dalam suatu bentuk pelaburan minda dan kemanusiaan.

Isu perjuangan dalam dunia sastera hari ini juga seolah-olah sudah tiada lagi, sedangkan kita sedia maklum perjuangan itu perlu berterusan pada setiap masa dan ketika.

Apakah adanya sikap di kalangan sasterawan generasi lama ini yang beranggapan perjuangan mereka sudah selesai dan zaman kegemilangan mereka juga sudah berakhir?
Adakah ini bererti sasterawan generasi lama boleh berdiam diri dengan membiarkan saja urusan meneruskan perjuangan baru sastera Malaysia pada alaf mendatang dipikul sepenuhnya oleh sasterawan generasi baru?

Menurut A. Aziz lagi, warga sasterawan hari ini memerlukan karya sastera yang hidup, baru dan segar yang dihasilkan bukan saja oleh sasterawan lama tetapi oleh bakat baru, manakala karya yang lahir tidak kira apa pun genre mestilah menggambarkan kematangan penulis itu sendiri.

Kekuatan bangsa
Sasterawan perlu menyerlahkan jiwa serta kekuatan satu bangsa Malaysia merdeka yang berpadu tenaga dalam semua aspek budaya. Isu sensitif, misalnya dalam hubungan kaum dan budaya, jika dikupas dengan penuh kepekaan dan dipersembahkan secara kreatif dan imaginatif akan melahirkan suatu perasaan saling memahami di kalangan masyarakat.

Karya sastera juga harus menjadi himpunan sejarah bangsa yang merangsang mereka untuk berfikir, merenung ke dalam diri, menjadi teladan dan sempadan kepada generasi akan datang.

Seterusnya, untuk melahirkan karya yang berkualiti dan bermakna ini, sasterawan perlu menguasai pelbagai bidang ilmu kerana dengan ilmu itu, mereka dapat memberi perspektif lebih luas kepada karyanya.

Mungkin sudah sampai masanya sasterawan daripada kedua-dua era itu duduk bersama merangka pelan tindakan perancangan pembangunan sastera Malaysia jangka panjang bagi menghadapi ketibaan alaf baru dengan semangat dan iltizam yang lebih jitu.

Dalam pelan tindakan itu, perkara pokok harus ditangani adalah mencari jalan pragmatik untuk membina khalayak sastera seluas mungkin daripada semua peringkat umur, kaum, peringkat setempat, kebangsaan dan antarabangsa.

Menyentuh mengenai khalayak sastera, kita tentu maklum mereka tidak akan terbina sekiranya tiada usaha keras diambil oleh masyarakat sasterawan untuk menjadikan khalayak mereka kenal, cinta dan seterusnya menghayati karya seseorang penulis.

Sastera sebagai salah satu bidang ilmu yang diiktiraf perlu mendapat tempat sewajarnya dalam kurikulum pendidikan kebangsaan. Yang penting pendidikan sastera mesti dilalui oleh setiap generasi muda tidak kira daripada aliran sains mahupun sastera.

Inilah yang seharusnya dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina generasi yang seimbang dalam kehidupan manusia, tetapi ini nampaknya dilupakan seperti suatu barang yang tidak berharga saja. Tidak ada kesungguhan yang meyakinkan daripada kementerian penting itu.

Sastera mampu memberi perspektif positif kepada khalayaknya. Ia bukan suatu bidang khusus untuk sasterawan tetapi seperti bidang ilmu lain, ia memberi manfaat sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan kepada bukan sasterawan.

Peranan sasterawan sama seperti profesyen lain, misalnya doktor, jurutera atau ahli sains yang apabila menghasilkan karya atau buku, mereka dapat mengembang dan menerapkan nilai ilmu serta kemanusiaan kepada khalayak.

Oleh itu, penulis disarankan, luangkanlah masa untuk bersama-sama khalayak, bukan saja daripada kalangan peminat sastera tetapi juga mereka yang belum mengenali sastera.

Misalnya, bertemu dengan pelajar daripada aliran sains atau khalayak dewasa daripada golongan profesional atau pekerja kilang.

Sudah sampai masanya golongan penulis merangka strategi baru seperti melantik ejen sastera atau ejen literari persendirian, menubuhkan Kelab Pembaca atau Kelab Peminat, atau melangkah ke alam siber dengan membina laman web sendiri.

Melalui beberapa strategi itu, diyakini penulis bukan saja dapat memperluaskan perjuangan seni, bahkan mendapat maklumat lebih terperinci dan sahih mengenai apa yang diperlukan oleh khalayak.

Antara langkah yang perlu penulis lakukan untuk memastikan mereka tahu apa yang sedang dan akan berlaku dalam arena sastera antarabangsa ialah dengan menjadikan DBP dan badan lain di negara ini sebagai tempat memperoleh maklumat yang diperlukan.
Bersifat sejagat

Bagaimanapun, hubungan penulis dengan badan itu perlulah bersifat dua hala iaitu penulis boleh menyumbang, memberi pandangan, mengusulkan sesuatu untuk dilaksanakan lebih baik dan berkesan bagi meningkatkan martabat sastera tanah air.

Sebelum perkembangan pesat era komputer dan teknologi maklumat, masyarakat lebih mengenali produk sastera dalam bentuk bercetak sama ada buku, majalah dan sisipan akhbar.

Namun, penerbitan itu tidak mengehadkan penghasilan produk dalam bentuk bercetak saja, malah menjangkau kepada beberapa bentuk lebih menarik lagi canggih bersifat multimedia dan interaktif seperti CD-rom, video dan DVD.

Perkembangan ini juga memungkinkan produk dihasilkan dengan lebih cepat, ekonomi, mengikut keperluan khalayak atau pasaran, iaitu melalui satu lagi bentuk penerbitan dikenali sebagai Publishing-On-Demand (POD) atau cetak mengikut permintaan.

Dalam hal ini, kata A. Aziz, amat penting bagi sasterawan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang penerbitan supaya karya yang mereka hasilkan dipersembahkan dalam bentuk paling berkesan untuk bersaing dalam pasaran.

Walaupun ada pakar penerbitan dan pendidik yakin produk bacaan dalam bentuk bercetak tidak akan lupus dengan adanya persaingan hebat daripada media elektronik atau digital, mereka harus ingat bahawa permintaan pasaran ditentukan oleh khalayak.

Keberkesanan produk seni bergantung pula kepada kualiti manusia yang bergabung untuk menghasilkannya iaitu penulis, editor, pakar komputer dan pelukis grafik.

Oleh sebab penghasilan produk sastera sama ada dalam bentuk bercetak atau multimedia membabitkan kos yang tinggi, amatlah penting bagi penerbit memastikan pasaran produk itu meluas. Penulis pula perlu menyedari karya yang bermutu, bernilai komersial dan bersifat sejagat akan menjadi keutamaan penerbit.

Akhir sekali, untuk merealisasikan perancangan jangka panjang itu, penulis perlu membina rakan kongsi dengan beberapa agensi kerajaan atau swasta bagi mewujudkan rangkaian kerjasama sastera.

Kesusasteraan Malaysia pada alaf baru seharusnya menggambarkan wajah bangsa Melayu yang sarat dengan pemikiran Melayunya, yang merakam manusia Malaysia mewah dengan rencah keMalaysiaannya yang matang dan bersedia menghadapi realiti.

Selasa, 25 Ogos 2009

Manisnya janji syurga neraka

7 Minit

Isu kafir mengkafirkan seseorang yang sama agama, sama bangsa bukan lagi perkara baru. Begitu juga isu menetapkan siapa layak masuk syurga dan siapa layak masuk neraka, pun bukan lagi benda baru. Semuanya sudah lama. Kaset lama yang diputarkan semula untuk menghidupkan suasana politik.

Kalau setakat adakan perhimpunan haram, bergaduh dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memaki hamun pemimpin parti lawan, ia bukan sahaja tidak menarik, malah dipandang tawar oleh kebanyakan rakyat. Lebih-lebih lagi tidak ada maklum balas yang panas.

Lalu untuk membangkitkan suasana politik lebih hangat dan pada masa sama dengan cara itu dapat menonjolkan nama serta imej pada mata pelbagai lapisan masyarakat, maka kaset lama mengenai syurga neraka diputarkan semula.

Ternyata, banyak 'afundi' diterima daripada orang ramai setelah kaset itu dimainkan semula. Ada yang hantar mesej (khidmat pesanan ringkas) 'setuju' dan tidak sedikit memberi maklum 'tidak setuju'. Bahkan, pemimpin tertinggi sesebuah parti, ahli ilmuwan, tokoh agama, tok-tok guru yang bebas dari politik dan rakyat biasa pun tidak melepaskan peluang memberi ulasan serta komen masing-masing.

Kesimpulan daripada mesej itu, mereka menasihatkan pihak yang cuba meletakkan dirinya sebagai wali dan manusia luar biasa agar bermuhasabah diri. Jangan terlalu munafik, riak dan takbur.

Mereka mahu orang sedemikian perbanyakan bermunajat kepada Allah. Menilai kelemahan diri, melihat ke dalam diri sebanyak mana amal ibadat yang sudah dibuatnya bermula dari usia akil baligh sehingga usia sekarang.

Menentukan dosa pahala seseorang, apatah lagi menetapkan si anu layak ke syurga dan si polan sesuai ke neraka, bukan tugas kita sebagai manusia yang tidak maksum. Manusia yang layak berbuat demikian, itu pun dengan berpandukan wahyu Allah ialah Nabi Muhammad SAW.

Sejak Baginda wafat, tidak ada seorang pun termasuk para sahabat Baginda boleh menentukan siapa layak ke syurga, siapa tidak layak. Mereka (para sahabat) hanya memberi panduan dan jalan bagaimana umat Islam hendak ke syurga. Dunia sudah akhir zaman. Dalilnya sudah mula kelihatan.

Memetik dalam sebuah kenyataan, Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. - (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menjelaskan akan datangnya suatu masa, di mana ramai orang-orang muda yang masih mentah fikirannya, selalu bercakap menggunakan dalil-dalil al-Quran dan Hadis, padahal mereka masih belum memahami ilmu-ilmu penghantarnya atau ilmu untuk memahami ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi.

Oleh kerana tidak mempunyai ilmu penghantar itu, mereka mengambil ayat atau hadis tanpa mendalami maksud dan tujuan daripada ayat al-Quran atau hadis berkenaan iaitu bagaimana ianya (ayat atau hadis tersebut) diterapkan. Kadang-kadang mereka hanya boleh membaca terjemahannya sahaja dengan tidak memperhatikan teks aslinya, maka sudah merasa ghairah menjadi ulama dengan pidato yang menggebu-gebu.

Akhirnya apa yang berlaku? Tidak lain adalah salah faham umat Islam terhadap agama yang mereka anuti. Tafsiran mereka terhadap ayat-ayat atau hadis itu disesuaikan dengan hawa nafsu atau dengan kata lain untuk kepentingan politik. Golongan seperti ini secara tidak sedar mereka telah keluar dari Islam.

Pas vs DAP - ibarat tikus takutkan kucing

7 Minit

Kemelut arak di Selangor telah bertukar kepada perbalahan politik. Perang mulut antara pihak terlibat masih berlarutan sehingga hari ini. Dua-dua pihak yang menjadi punca kepada perbalahan ini, Exco Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang menjaga hal ehwal Islam dan Exco Ronnie Liu yang mengurus kerajaan tempatan masing-masing mempertahankan tindakan yang mereka lakukan.

Seorang beragama Islam, seorang lagi bukan Islam. Dalam Islam, arak adalah haram, tetapi bagi yang bukan beragama Islam, arak boleh diminum. Ini yang menimbulkan konflik dalam kerajaan Selangor hari ini.

Tidak ada peraturan jelas, tidak ada undang-undang jelas dan tidak ada arahan jelas. Yang jelas Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan kerajaan negeri itu tidak akan melarang penjualan arak atau nama manjanya minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

Bagi Pas, keputusan itu adalah tamparan hebat kepada mereka yang sehingga kini masih teguh dengan keputusan dasar parti itu hendak melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas). Tetapi malang bagi Pas apabila isu arak yang dianggap sebagai kes kecil oleh pemerhati politik pun parti itu gagal menanganinya.

Ke mana Dr Hassan dan pemimpin Pas yang lain? Apa peranan mereka ketika kerajaan negeri memutuskan penjualan arak secara terbuka diteruskan, cuma dengan perubahan sedikit konsepnya iaitu kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur? Konsep ini secara jelas tidak dapat membendung umat Islam daripada membeli dan meminum minuman keras itu.

Selangor wajar belajar daripada kerajaan Pas Kelantan dalam bab mengurus dan menjual arak. Negeri Serambi Makkah itu walaupun seratus peratus penduduknya beragama Islam, arak dan tuak masam tetap dijual, lesen tetap diluluskan, tetapi terhad. Orang bukan Islam tidak mengamuk marah. Malah mereka akur, memahami dan memberi kerjasama.

Tidak sebagaimana di Selangor. Dr Hassan marahkan Ronnie, Ronnie pula marahkan Dr Hassan. Sama-sama keras, sama-sama enggan mengalah, sebab masing-masing menganggap diri lebih berkuasa. Di sini, Pas telah tewas dalam perjuangannya.

Nampak sangat Pas sudah tunduk dan akur kepada rakan pakatan mereka dalam PR. Nampak jelas dan nyata Pas lebih rela menjaga hati kawan politik daripada bertegas atau berkeras menegakkan hukum Islam yang diperjuangkannya selama ini.

Apa sudah jadi dengan agenda Dewan Pemuda Pas Pusat untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Difahamkan, antara perkara yang akan dilaksanakan dalam Siasah Syariah ialah berkaitan dengan pengharaman tempat perjudian, mengehadkan premis penjualan arak, dan etika pakaian di pejabat. Bahkan, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Dalam konteks politik pula, Dewan Pemuda Pas sehari dua lalu beriya-iya mahu berhimpun mendesak Ronnie meletakkan jawatan, tetapi tidak berbuat demikian. Tiada perhimpunan dari Pemuda Pas dilaporkan, melainkan yang ada ialah daripada Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam. Apa sudah jadi dengan Pas? Di mana ketegasan yang ditunjukkan parti itu kepada UMNO selama ini?

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum kepada rakan-rakan beragama Islam (tidak kira Islam UMNO atau Islam Pas). Saya nak ambil kesempatan di sini nak ucapkan Selamat Berpuasa. Puasa mulut, puasa perut, puasa hati, mata, tangan, kaki dan semua jenis anggota badan yang selama ini mengheret kita ke kebaikan dan kejahatan.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar memberikan pahala yang berlipat kali ganda sepanjang Ramadan ini dan sehingga badan dikandung nyawa.

Kepada tok guru, tuan guru dan ustaz-ustaz dalam Pas, harap-harap sebulan Ramadan ini digunakan sepenuhnya untuk berbuat kebajikan dan pahala bagi menyeimbangkan dosa yang dilakukan mereka sebelum ini.

Kepada Nik Abdul Aziz dan Hadi Awang, cepat-cepatlah bertaubat. Kalian berdua bukan nabi untuk menghukum manusia lain boleh masuk syurga atau tidak. Kalian hanya manusia biasa yang sama seperti saya dan umat Islam lain yang ada di muka bumi ini.

Ingat itu. Maaf zahir dan batin.

Selasa, 18 Ogos 2009

Kepada insan malang bernama Nik Aziz... bacalah

Kepada insan malang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengaku dirinya sebagai manusia alim dan manusia yang bertanggungjawab menenukan siapa masuk syurga dan neraka.

Kepada ahli dan para pengikut serta penyokongnya, bacalah keterangan di bawah ini. Ia bukan pandangan saya yang jahil, tetapi pandangan daripada mereka yang arif mengenai Islam.

Sengaja saya paparkan di sini untuk manusia bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk para pengikut, penyokong dan ahlinya baca dan membuka minda bahawa kedudukan seseorang sama ada dalam neraka atau syurga bukan ditentukan oleh Mursyidul Am Pas, sebaliknya... bacalah...

1001 Kemusykilan
Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)

SOALAN:
SAYA kerap mendengar orang menyebut hadis tentang perpecahan umat Islam kepada 73 kumpulan, 72 kumpulan ke neraka, satu kumpulan sahaja ke syurga. Soalan saya, dalam sumber manakah riwayat ini? Adakah hadis ini bertaraf sahih atau daif, harap tuan berikan terjemahan sepenuhnya. Jika hadis ini sahih, siapa dan kumpulan mana bakal menduduki syurga dan neraka. Apakah sebab-sebab mewajibkan 72 kumpulan itu ke neraka?
Dalam konteks negara kita hari ini pun, rata-rata umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan sama ada dalam politik atau agama. Bolehkah tuan berikan ciri-ciri kebenaran dan kebatilan dalam sesuatu kumpulan?
MD. SALIM, Kepala Batas.

JAWAPAN: Perpecahan umat Islam hari ini tidak dapat dinafikan sama ada di bidang politik, pertubuhan agama, dakwah dan lain-lain. Nama-nama kumpulan seperti Khawarij, Syiah, Ahli al-Sunnah pada suatu ketika dahulu dan berterusan hingga hari ini memanifestasikan perbezaan fahaman politik.

Manakala nama-nama Salafi, Tabligh, Sufi dan lain-lain adalah kumpulan-kumpulan dakwah yang berbeza uslub dan kaedah mereka berdakwah.

Meskipun mereka pelbagai kumpulan, namun masing-masing mendakwa kesetiaan mereka yang tidak berbelah bagi kepada Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan terakhir kepada manusia.

Dalam ruangan ini, saya tidak berminat menyebutkan ciri-ciri kebenaran dan kebatilan dalam sesuatu kumpulan, atau menghukum siapa benar dan siapa bersalah, kerana saya seorang peminat akademik yang cenderung kepada dakwah, bukan ahli politik yang cenderung kepada akademik.

Saya lebih senang jika melihat kumpulan-kumpulan dalam Islam ini semuanya betul, jika ada yang salah, maka kesalahan mereka hendaklah dilihat seperti seorang doktor yang merawat pesakitnya, lalu berusaha menyambung nyawa pesakit hingga ke akhir hayat.

Tenangkah hati kita jika dikatakan antara kumpulan itu hanya satu kumpulan sahaja berjaya ke syurga, lain-lain kumpulan akan dimasukkan ke neraka, sedangkan lain-lain kumpulan ada padanya saudara-mara, anak-anak, mungkin juga ibu bapa kita juga turut serta?

Rasa saya semacam demam tak kebah jika ada orang berfikir benar kemungkinan itu. Biarlah kita berfikir kita berada di pihak yang benar, orang juga kemungkinan benar.

Elakkan daripada mengeluarkan dakwaan kumpulan kita jua yang betul dan bakal menduduki syurga. Lain-lain kumpulan adalah salah, sesat, kafir dan bakal penghuni neraka. Barang dijauhi Allah.

Hadis yang saudara maksudkan itu didapati banyak riwayat dan versinya berbeza-beza dalam kitab-kitab sunan. Saya setuju hadis itu ada relevannya dengan isu-isu semasa dan dengan perpecahan umat Islam yang sedang berlaku.

Justeru ruangan terbatas, saya kemukakan hanya riwayat Tirmizi yang diakuinya sebagai bertaraf sahih dan hasan, daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Kaum Yahudi berpecah kepada 71 kumpulan, Nasara berpecah kepada 72 kumpulan, umatku berpecah kepada 73 kumpulan.

Dalam riwayat Abdullah ibn Amr ibn al-’As r.a. menambahkan lagi sabda itu dengan kata: 72 kumpulan dalam neraka, hanya satu kumpulan dalam syurga, iaitu orang yang mengikut jalanku dan jalan sahabat-sahabatku. (Tirmizi, kitab al-Iman, hadis bilangan 2640 dan 2641. Tuhfat al-Ahwazi 7/332, hadis bilangan 2778).

Sumber-sumber selain Tirmizi juga banyak lagi, seperti al-Hakim, Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Baihaqi dan lain-lain. Ulama hadis menilaikannya sebagai sahih, bahkan al-Hakim berpendapat, sanadnya bertepatan dengan syarat Muslim. (ad-Ajluni, Kasyf al-Khafa’ hal. 150). Saya akan komen kemudian.

Persoalan yang berbangkit sekitar hadis ini yang menyebabkan kegelisahan orang ramai ialah perpecahan umat Nabi Muhammad yang begitu besar, sehingga 73 kumpulan, sedangkan bilangan yang selamat hanya satu.

Umat yang dimaksudkan di sini pastinya umat al-ijabah (umat yang telah menyahut dakwah nabi), bukan umat al-dakwah (umat yang masih kafir dan perlu didakwah).

Siapakah satu kumpulan yang bakal ke syurga itu? Semua kumpulan mengaku, kumpulan mereka akan ke syurga.

Selain ulama hadis meriwayat serta mengesahkan hadis itu, ulama kalam turut menerima dan menjadikan sebagai asas bagi penulisan mereka. Seperti al-Syahristani (547H) dalam kitabnya al-Milal wa al-Nihal, al-Baghdadi (429 H) dalam kitabnya al-Farq Bayn al-Firaq Ibn Hazm dan lain-lain, semuanya tidak menolak hadis ini.

Demam kita kebah sedikit apabila Syeikh Abd. al-Wahhab al-sya’rani meriwayat sebuah hadis yang juga bersumberkan al-Hakim dan Musnad al-Dailami yang menyatakan apa yang sebalik hadis di atas, iaitu riwayat Anas ibn Malik r.a. Katanya, sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: Umatku akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan, semuanya masuk syurga, kecuali satu sahaja, iaitu kumpulan zindik. Bagaimanapun hadis ini lemah tidak dapat menandingi hadis terdahulu.

Kebimbangan terus menghantui fikiran kerana belum ada suatu jawapan yang memuaskan, sekurang-kurangnya membezakan antara kumpulan-kumpulan dalam Islam dengan orang kafir.

Jika orang-orang kafir dimasukkan ke neraka, memang wajar kerana mereka kafir. Adapun kumpulan-kumpulan dalam Islam ini, semuanya terdiri daripada orang-orang yang mentauhidkan Allah dan mencintai rasulnya. Sekurang-kurangnya pernah mengucap dua kalimah syahadah sekali seumur hidupnya.

Pengucapan ini sudah cukup untuk dimasukkan mereka ke dalam hadis yang dimaksudnya: Sesiapa mengucap kalimah tauhid, nescaya masuk syurga (riwayat Bukhari dan Muslim).

Kelahiran dua kumpulan Sunni dan Syi’ah selepas wafat Rasulullah s.a.w. sebagai contoh, kini masing-masing mempunyai tapak yang kukuh dan pengaruh yang luas, mereka bergerak atas nama islam dan sering menyalahkan satu sama lain, belum memungkinkan kita untuk berkata salah satu atau kedua-duanya ke neraka, kerana nas hadis itu jelas menyatakan 72 kumpulan ke neraka dan satu kumpulan sahaja ke syurga. Tidak mungkin kedua-duanya juga ke syurga.

Wajarkah hadis ini dijadikan modal oleh sesetengah kumpulan bagi mengkafirkan kumpulan lawan semata-mata kerana yakinkan kebenaran kumpulannya. Memangpun dalam sejarah banyak kali pembunuhan sesama Islam berlaku, kerana anggapan lawannya kafir dan mustahak dibunuh.

Peperangan al-Jamal dan Siffin dalam abad kedua Hijrah yang membunuh ribuan umat Islam menjadi sebaik-baik contoh dalam perkara ini.

Kita perlu kembali kepada kaedah dan disiplin ilmu yang lebih teras, sama ada ilmu hadis atau ilmu akidah. Kita perlu rujuk kepada sumber-sumber qat’i dan yaqini sebelum melangkah kepada sumber-sumber hadis yang zanni dan juz’i.

Kita setuju dengan ulama yang menyatakan bahawa isu-isu yang membabitkan akidah hendaklah dalilnya lebih kukuh, berbanding dalil-dalil yang dipakai dalam isu-isu yang membabitkan akidah hendaklah dalilnya lebih kukuh, berbanding dalil-dalil yang dipakai dalam isu-isu yang berkaitan mu’amalat dan kemanusiaan.

Berbalik kepada hadis riwayat Tirmizi yang menyatakan perpecahan kepada 73 kumpulan, saya suka menarik beberapa perhatian berikut:

1. Hadis itu tidak diriwayat oleh Bukhari dan Muslim, dua kitab sahih yang utama dalam hadis. Memang benar, jika ada orang berkata, selain hadis Bukhari dan Muslim, masih banyak lagi hadis sahih yang ada dalam kitab-kitab lain, namun saya tetap berpendapat, bahawa Bukhari dan Muslim telah berusaha seberapa yang mungkin untuk mengumpulkan hadis sahih dalam kitab masing-masing.

2. Tirmizi yang mengaku hadis ini sahih tidak pula meriwayatkan perkataan 72 kumpulan akan masuk neraka, satu kumpulan sahaja ke syurga. Sedangkan fakta ini menimbulkan masalah tentang kesahihan hadis ini. Malah perkataan ini dianggap sesetengah pengkritik hadis sebagai da’if, bahkan Ibn hazm berpendapat maudu’.

3. Dalam hadis yang lebih sahih riwayat Bukhari dan Muslim menegaskan bahawa sesiapa mengucap la Ilaha Illallah nescaya masuk syurga, tanpa mengira dalam kumpulan mana ia berada dan tanpa menyatakan bagaimana latar belakang orang itu dan tanpa bertanya kali pengucapannya, mungkin sekali seumur hidup pun sudah mencukupi bagi kemasukannya ke syurga. Hadis ini perlu juga dipelihara di samping hadis perpecahan umat kepada 73 kumpulan yang jauh lebih rendah martabatnya daripada hadis ini.

4. Al-Hakim yang mengatakan hadis berkenaan perpecahan kepada 73 kumpulan itu sahih dan masih relevan dengan syarat Muslim tidak dapat diterima secara mutlak kerana pentashihan al-Hakim diketahui umum sebagai terlalu mudah dan murah. Salah seorang perawi yang bernama Muhammad bin Amru yang dikatakan relevan dengan syarat Muslim itu bergantung kepada syarat iaitu jika ia bersama-sama dengan perawi yang lain. Jika tiada, maka riwayatnya juga ditolak oleh Muslim.

Saya berpendapat, walaupun Imam al-Tirmizi dan al-Hakim menerima hadis ini namun kedaifannya masih dirasai kerana bertentangan dengan dalil yang kuat, lagipun dalam isu akidah ia perlu dihalusi. Atas pertimbangan ini saya hampir-hampir cenderung mengatakan bahawa semua umat Islam akan masuk syurga. Hanya jalan kemasukan mereka berbeza antara satu dengan lain.

Sesetengah orang masuk syurga tanpa hisab, sesetengahnya pula masuk dengan hisab tetapi terlepas, sesetengah yang lain pula masuk syurga dengan syafaat nabi-nabi, malaikat dan rakan-rakan yang jujur dan ikhlas, bahkan yang lain pula masuk syurga dengan rahmat dan keampunan Allah, bahkan yang terakhir sekali ada yang masuk syurga setelah sekian lama ditimpa azab sengsara.

Atas pertimbangan ini, hadis perpecahan umat hingga 73 kumpulan itu boleh diabaikan sahaja, sehingga kita memperoleh kefahaman yang lebih muktamad dan sesuai dibincangkan secara lebih rasional.

Penyebaran hadis ketika fahaman kita masih samar, ada kemungkinan merosakkan dakwah yang kita bina selama ini. Lagipun apa ruginya jika hadis ini tidak digunakan dalam pengajaran dan dakwah kita.

Sebagai kesimpulan, perpecahan umat Islam kini belum cukup untuk dikatakan perpecahan kepada kumpulan yang akan menentukan sama ada ke syurga atau neraka kerana hadis yang berkenaan belum cukup syarat-syarat kesahihan sepenuhnya.

Isnin, 17 Ogos 2009

Pemimpin macam mat rempit...benggong.

Wong Chuan How masih terlantar di Hospital Serdang, Kuala Lumpur untuk menerima rawatan daripada doktor selepas dia mengadu sakit dada.

Dia ingat dengan duduk di hospital dia akan bebas daripada disoal siasat oleh pegawai SPRM? Tidak. Mereka tetap setia menunggu Chuan How sembuh. Tak kiralah, lima hari atau lima bulan atau lima tahun. Chuan How tetap akan disoal siasat.

SPRM perlu tahu ke mana peruntukan yang diberikan kerajaan kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) digunakan. Kalau peruntukan itu digunakan untuk projek, apa jenis projek yang nak, akan dan telah dilaksanakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan.

Itu yang SPRM nak cungkil sebab rakyat yang nak tahu ke mana duit mereka pergi dan untuk apa digunakan.

Malangnya, Chuan How, Pembantu Khas seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor enggan beri kerjasama. Dia dikatakan cuba melarikan diri dan mengelak daripada disoal siasat oleh pegawai SPRM di Pusat Perkhidmatan DAP Sungai Pelek tiga hari lalu.

Maka berlaku pergelutan antara beliau dengan Pegawai SPRM yang menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah rakyat.

Dalam pergelutan itu, Chuan How yang berbadan besar itu mengadu sakit kaki... mungkin 'di terpijak' oleh Pegawai SPRM ketika berusaha mengelak dia daripada terlepas dalam pergelutan yang sempat dirakam kamera sebuah televisyen swasta itu.

Agak lucu bila adegan itu ditayangkan di seluruh negara. Anehnya, kalau tak bersalah kenapa nak larikan diri? Kenapa perlu bergelut dengan Pegawai SPRM?

Dulu beriya-iya pembangkang kutuk kerajaan amalkan rasuah dan desak kerajaan supaya banteras rasuah yang semakin berleluasa. Sekarang bila kerajaan nak banteras, dia pula tak nak beri kerjasama.

Bermacam-macam alasan diberikan. Apa dah jadi ni? Lain kali jangan berkokok lebih. Bila diri sendiri dah jadi tumpuan, mulalah nak melarikan diri. Sekarang baru rakyat sedar siapa yang mengamalkan rasuah selama ini. Itu bab sikap pembangkang dalam 'menangani/ rasuah.

Dalam bab perangai dan sikap, pembangkang dilihat mula mengambil gaya pemimpin Taiwan dan India. Mereka semakin ganas kebelakangan ini. Dengan polis pun mereka lawan dan cabar.

Tengoklah apa yang berlaku pada hari Penamaan Calon di Permatang Pasir semalam. Entah manusia jenis apa agaknya pemimpin ini.

Saya naik muak dan kadang-kadang geram dengan tingkah laku mereka, saling tak tumpah macam budak-budak kecik. Malah kalau bandingkan perangai budak kecik, pemimpin jenis ini lebih teruk daripada mat rempit dan kutu rayau. Nama saja pemimpin, tetapi perangai macam setan.

Mereka tahu atau tidak rakyat sebenarnya sudah bosan dan muak dengan sikap mereka? Atau mereka anggap apa yang mereka lakukan itu rakyat akan puji dan sanjungnya sebagai hero atau wira?

"Hak tuihhh..." ludah seorang sahabat sebaik saja dia tengok gelagat pemimpin itu dalam berita TV semalam.

"Kalau aku ada dekat dia masa tu, mahu aku sekeh-sekeh kepalanya..." katanya merungut dan marah-marah apabila melihat .

Saya hanya mampu menyabarkan sahabat itu. Relek. Ini negara demokrasi. Kita tak mudah-mudah nak sekeh kepala orang. Lagipun dia tu pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Tentulah dia tahu apa yang dia buat. Dan tentulah rakyatnya restui dan suka tengok gelagat pemimpinya.

"Kalau aku, pasti aku malu nak mengaku dia tu wakil rakyat kawasan aku. Bagi aku, mamak tu langsung tak layak jadi pemimpin. Jadi gangster bolehlah," katanya dengan dada yang turun naik.

Khamis, 13 Ogos 2009

Pas pengecut, DAP hina Islam, Raja Melayu

Selepas orang-orang Melayu dalam Pas dan PKR selesai mengadakan perhimpunan haram mendesak kerajaan memansuhkan ISA, pemimpin DAP melihat gerakan itu sebagai satu bonus bagi mereka.

Lantas, mereka mula menunjukkan temberang sebenar dengan mula naik lemak dan besar kepala. Mereka tahu, Pas dan PKR boleh dipijak kepalanya, maka mereka pun memijak-mijakkannya.

Ini terbukti apabila dua kes yang dilakukan oleh dua pemimpin DAP iaitu menghina institusi raja dan Islam, langsung tidak mendapat tindak balas negatif daripada Pas dan PKR.

Ini memberi makna kepada DAP bahawa Pas dan PKR merestui mereka berbuat demikian. Dan dengan ini juga DAP beranggapan Pas dan PKR sependapat dengan mereka dalam menghina raja Melayu dan Islam.

Nik Aziz Nik Mat (dari dulu lagi saya tak pernah menghormatinya sebagai tok guru atau ulamak), langsung tidak memberi maklum balas berhubungan perbuatan biadab pemimpin DAP.

Malah Nik Aziz kata, dia tidak kisah orang kafir menghina Islam kerana orang kafir adalah kafir. Yang dia kisah ialah orang Islam menghina Islam.

Sedarkah kita, orang Islam yang menghina Islam ialah pemimpin Pas. Orang kafir yang menghina raja Melayu ialah DAP, manakala orang yang mengkhianati bangsa sendiri ialah PKR.

Di mana pemimpin Pas dan PKR ketika DAP mempermainkan undang-undang negara dan perlembagaan? Di manakah Pas ketika DAP menghna Islam dan di manakah PKR ketika DAP menghina Melayu?

Ini rakan mereka. Sepatutnya mereka (Pas dan PKR) memberi teguran keras kepada DAP. Tetapi ini tidak berlaku. Nampak sangat Melayu/Islam semakin lemah. Takut kepada DAP.

Siapa yang sekular dalam bab ini? Pas atau UMNO? Sebab itu, Allah ada mengatakan, orang yang selalu menghina orang lain akan lebih hina daripada orang yang dihinanya.
Inilah yang berlaku kepada Pas dan PKR.

Mereka menuduh macam-macam kepada UMNO, kononnya sekular, tidak ikut sunah Nabi dan agama. Pas ikut sunah dan al-Quran ke? Pas memperjuangkan Islam ke?

Kalau Pas ikut sunah dan al-Quran dan memperjuangkan Islam, kenapa mereka tidak mengambil tindakan kepada DAP yang jelas menghina Islam dan Raja Melayu? Sudah jadi pengecutkah Pas? Sudah hilang taringkah?

Apabila Pemuda UMNO Perak membuat bantahan kepada DAP, dengan lantang DAP marahkan Pemuda UMNO itu dengan mengatakan apa yang dibuat oleh Pemuda itu sebagai melanggar undang-undang dan sengaja mencetuskan perkauman.

Apa yang DAP buat tidak melanggar undang-undangkah? Apa yang DAP lakukan tidak mencetuskan isu perkaumankah. Dalam bab ini siapa yang mula dulu? UMNO atau DAP atau Pas atau PKR?

Saya sedih dengan perjuangan Pas hari ini. Nampak sangat Nik Aziz dan bala pemimpinnya pengecut dan takut kepada DAP. Pas hanya berani kepada pihak yang dilihatnya lemah, tetapi kecut perut apabila rakan kafir memperkotak-katikkan Islam.

Isnin, 10 Ogos 2009

Pas tunduk pada insan bernama Ronnie

Di Selangor sehari dua ini menyaksikan perbalahan antara Pas dengan DAP. Dalam perbalahan ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan mengambil peranan sebagai orang tengah, sebaliknya jelas memihak kepada DAP.

Tindakan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan keseluruhan pemimpin PKR termasuk Angkatan Muda Keadilan dan Wanta Kadilan menyebabkan Pas terasa hati kerana isu penjualan arak yang dibantah keras oleh parti itu gagal mendapat sokongan daripada PKR dan sayap partinya.

Sebaliknya, kerajaan negeri membenarkan arak dijual di kedai-kedai yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Ini keputusan yang telah dicapai dan diumumkan sendiri oleh TS Abdul Khalid.

Keputusan itu menyebabkan Datuk Dr Hassan Ali merajuk dan kecil hati. Sedih kerana kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam membenarkan arak dijual secara terbuka. Nampak sangat Pakatan Rakyat yang diterajui PKR takut kepada DAP.

Dalam perbalahan pasal isu arak ini, saya membuat keputusan Pas kalah teruk kepada DAP. Kalau perlawanan tinju, Pas terkena pukulan TKO kepada lawan yang tidak tersohor tapi ada banyak pengaruh. Kalau perlawanan gusti, Pas terkena lipatan gunting oleh DAP sehingga Pas terpaksa diusung keluar dari gelanggang dalam keadaan memalukan.

Kenapa saya kata Pas diusung keluar dalam keadaan memalukan? Sebab sebelum ini mereka menganggap diri mereka sebagai jaguh, hero, wira, pejuang Islam, golongan yang digeruni musuh dan lawan, puak yang ditakuti dan kumpulan yang lantang memperjuangkan Islam.

Kalau bergaduh dengan UMNO, Pas memang juara tahap gila babi lah. Bab mengutuk pemimpin UMNO ni, pemimpin Pas kira juara tahap babi gila lah. Begitu juga bab memperjuangkan Islam, kononnya Pas ini tahap pejuang tulenlah. Tidak ada yang tidak tulen melainkan tulen tulen semuanya. Semua itu dengan UMNO lah.

Tetapi apabila dengan DAP, Karpal Singh kata "langkah mayat saya dulu, baru Pas boleh buat negara Islam", Pas senyap tipah, menikus, terkebil-kebil macam budak kecik takutkan hantu (bahasa Kelate).

Langsung tidak ada suara kutuk mengutuk, caci mencaci dan berunsur maki hamun keluar daripada mulut pemimpin Pas seperti Tok Guru, Tuan Guru, Ustaz-ustazah, al-fadzil al-fadzilah, golongan bijak pandai terlebih pandai dan puak yang menganggap diri mereka lebih bijak daripada mufti dan alim ulama.

Bila Karpal Singh beri amaran itu, Pas terus senyap dan tidak lagi kedengaran keegoaannya hendak menubuhkan negara Islam. Malah apabila ada seorang pemimpin Bebas mendesak Karpal Singh supaya meminta maaf kepada Pas, pemimpin itu pula kena marah oleh Pas. Pelikkan. Inilah hakikatnya.

Lebih menghakikatkan lagi kenyataan ialah isu penjualan arak di penempatan majoriti orang Islam di Selangor. Tindan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di kedai 24 jam 7E adalah tepat.

Tidak sampai tempoh satu hari rampasan itu, datang Exco bernama Ronnie Liu (Dia ni kira jaguh dan herolah di Selangor)... marah-marah dan memaksa penguatkuasa MBSA memulangkan semula minuman keras itu ke kedai 7E.

Apa lagi, campur tanganlah Exco yang menjaga hal ehwal Islam iaitu Datuk Hassan Ali. Katanya, arak tak boleh dijual secara terbuka di kawasan yang majoriti adalah penduduk Islam.

Ronnie Liu tak peduli dengan syarahan lapuk Dr Hassan Ali itu, sebaliknya mempertahankan kefahamannya bahawa arak atau bir atau minuman keras adalah berbeza. Kata Ronnie, arak ada banyak kandungan alkohol, manakala bir atau minuman keras pula tahap alkoholnya bawah 5 peratus.

Tak ke bodoh jawaban si kafir jadah ini. Dia tahu umat Islam sensitif dengan arak, tetapi dia sengaja buat-buat tidak tahu.

Akhirnya muncullah wira sejati dalam Pakatan Rakyat Selangor iaitu TS Abdul Khalid. Dia muncul dengan kenyataan dan keputusan muktamad bahawa ARAK AKAN TETAP DIJUAL DI KEDAI 7E DAN DI KAWASAN PENEMPATAN MAJORITI ORANG ISLAM, TETAPI DENGAN SEDIKIT PERUBAHAN SYARAT.

Syaratnya ialah peniaga itu tdak boleh jual arak kepada orang Islam yang masuk ke kedainya nak beli minuman keras itu.

Lebih kurang macam ni lah dailognya (mengikut kefahaman kerajaan Selangor):

Di rak yang menempatkan pelbagai jenis arak, ada notis tertulis: ORANG MELAYU/ISLAM TIDAK DIBENARKAN BELI).

Kononnya, datang seorang remaja Melayu/Islam masuk ke kedai nak beli arak. Berikut adalah dailog..

Melayu: (Berbisik) Tauke aaa... kasi arak tiga botol...

Tauke: (Takut-takut) Hayaaa...mana buleh...lu tatak baca ka itu notis?? Olang Islam tatak boleh beli alak woo...wa tatak boleh jual woo...

Melayu: Alaa tauke nih, kalau tauke bagi (jual) pun mana olang lain tau

Tauke: Alaaaa manyak syusah looo...berapa botol lu mau tadi???

Melayu: tiga botol...

Tauke: Lu angkat la belapa manyak lu suka, tapi lu mesti janji sama wa aaa.. kalau itu kelajaan tanya sama lu aaa, lu cakap aaa wa tatak jual alak pada olang Melayu punya aa...

Itulah konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor. Konsep meletakkan kepercayaan kepada tauke kedai untuk bertegas dengan larangan menjual arak kepada orang Islam.

Tetapi malangnya, kalau orang Islam tidak beli atau tidak minum arak, orang bukan Islam yang beli dan minum arak dalam kalangan penempatan orang Islam juga memberi kesan buruk kepada orang Islam.

Kerajaan negeri tidak mengambil kira apa yang terbuku dalam hati puak Pas. Sebab itu, apabila Dr Hassan Ali berbalah dengan Ronnie Liu, PKR mengambil sikap menyebelahi DAP daripada berpihak kepada Pas.

Kalau TS Khalid memihak kepada Pas, sudah tentu beliau menggunakan kuasa vetonya untuk melarang arak dijual secara terbuka. Ini tidak berlaku. Pas berseorangan dalam memperjuangkan Islam.

Persoalannya, dapatkah Pas menunaikan hasrat parti itu untuk melaksanakan Enakmen Undang-undang Syariah (Hudud)?

Kalau masih berhasrat hendak meneruskannya kerana menganggap itulah nadi perjuangannya, Pas kena kuat semangat untuk berdepan dengan Ronnie Liu dan Jeff Ooi.

Tidak ada sebarang bantahan keras pun diambil oleh Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimah Pas dalam mengutuk dan menyuarakan desakan kepada Ronnie yang seolah-olah menghina Islam.

Dan Pas sama sekali tidak akan berbuat demikian kepada Ronnie dan DAP kerana Pas teramat menyayangi parti bukan Melayu itu. Mereka boleh menuduh Tun Mahathir sebagai mahafiraun kerana menolak hudud, tetapi mereka hanya mampu tersengih terhadap Ronnie Liu dan Jeff Ooi yang membantah tindakan Dr Hassan berhubung arak.

Inilah Pas. Yang mendakwa memperjuangkan Islam. Meletakkan Islam di tempat tertinggi konon. Memaki hamun orang UMNO yang menolak hudud. Sekarang siapa yang tolak hudud? Dan kenapa UMNO menolak hudud daripada dilaksanakan di negara yang Islam dan bukan Islam 50-50 ini?

Sekarang barulah Pas sedar, rupa-rupanya Tun Mahathir tolak undang-undang itu pada tahun 1993 adalah kerana masalah yang dihadapi dengan masyarakat bukan Islam. Tambahan pula kalau tidak ada beberapa pindaan dalam undang-undang itu, memang tak boleh nak dilaksanakan.

Kini, setelah Pas mula memegang beberapa negeri dan berada dalam tampuk pemerintahan, barulah Pas boleh buka mata, buka hati dan minda untuk mengkaji dan memikirkan senario yang berlaku dan dihadapi.

Selama ini, boleh dikatakan Pas berada di jalan sesat. Mereka sesat dan hanyut dengan perjuangan syok sendiri. Mereka lupa dan mereka tidak membaca sejarah bagaimana Nabi Adam dicipta.

Mereka masih syok sendiri mengatakan mereka sahaja yang bijak pandai. Mereka lupa, perjalanan seseorang manusia sebenarnya jauh... teramat jauh. Bukan sekadar bangun pagi pergi pejabat, terima tetamu dan balik rehat, kemudian malam pergi ceramah untuk mnyesatkan pengikutnya.

Islam adalah luas. Islam hak milik semua yang bernama manusia. Islam bukan untuk Pas sahaja. Bukan untuk Nik Aziz, bukan untuk Hadi Awang. Islam untuk saya, untuk orang UMNO, untuk orang DAP, untuk orang PKR dan untuk Orang Asli.

Selasa, 4 Ogos 2009

Kesian Melayu






















Saya hanya mampu ketawa dan geleng kepala apabila ramai kalangan ibu bapa dan mereka-mereka yang menyertai perhimpunan haram di ibu kota Sabtu lalu tampil membuat pengakuan, kononnya mereka telah dipaksa, diupah dan dipujuk.

Pengakuan ini jelas menunjukkan orang Melayu kita masih kurang cerdik. Mudah sangat termakan pujukan dan terpengaruh dengan dakyah jahat seseorang pemimpin dan sesebuah parti.

Yang bercakap berdegar-degar macam ayam betina hilang sakot (tempat bertelur) relek saja duduk tempat hawa dingin. Hanya yang diupah, dipaksa dan dipujuk yang bersungguh-sungguh berada di barisan hadapan. Jihad konon.

Orang Islam nak berjihad bukan dengan cara mengadakan demonstrasi secara haram. Bukan dengan cara menuntut memansuhkan akta yang tiada kena mengena dengan kita sebagai orang awam.

Ada yang kata Akta ISA adalah zalim, menahan dan menangkap pemimpin tanpa dibicarakan. Sesiapa sahaja yang ditangkap adalah kerana disabitkan dengan kesalahan yang dilakukan.

Kalau mereka tidak salah kenapa mereka perlu takut. Hanya yang bersalah sahaja yang takut. Dan penahanan mereka bawah Akta ISA pula adalah berdasarkan kesalahan yang mereka lakukan.

Kenapa kita perlu pertikaikan? Dalam sesebuah kerajaan pelbagai kaedah undang-undang disediakan bagi menjamin kerajaan berada dalam keadaan aman, harmoni dan damai. Kalau sesebuah negara tidak ada undang-undang, sudah lama kita tak dapat teruskan hidup sehingga umur sekarang.

Mahukah kita jadi macam Palestin? Tak boleh keluar rumah, bini tak boleh pergi pasar, anak-anak tak boleh pergi sekolah? Dan kita pula tak boleh pergi kerja sebab keadaan di luar huru hara.

Inilah yang dikehendaki oleh golongan tertentu yang berkepentingan diri. Tengoklah Tok Guru Nik Aziz. Dia langsung tak ikut serta dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Sebab apa dia tak ikut? Sebab dia cerdik. Dia tahu hanya yang keluar ke perhimpunan itu saja yang kurang cerdik. Bagi Tok Guru, baik dia duduk kat rumah daripada keluarkan peluh dan tadah mata pada asap pemedih mata.

Satu lagi saya nak nyatakan di sini. Dalam perhimpunan itu, tidak ada pun orang Cina dan India yang hadir. Kalau ada pun mereka sekadar menyaksikan, bukan melaung menjerit dan terpekik terlolong macam dirasuk puaka.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Himpunan ISA - kita jangan jadi pak turut

Orang yang paling cerdik dalam politik hari ini ialah Tok Guru Nik Aziz. Dalam ramai-ramai pemimpin, dia seorang yang tidak minat hadir ke perhimpunan haram.

Dia tidak hadir bukan kerana dia uzur atau sakit atau bukan kerana nak sambut Najib Tun Razak yang lakukan lawatan ke Kelantan hari ini, tetapi dari dulu lagi dia memang tidak minat dengan perhimpunan tanpa permit ni. Kalau ceramah tanpa permit, dia minat.

Nampak sangat beberapa pemimpin yang menganjurkan perhimpunan mansuhkan ISA adalah manusia yang tidak berakal dan berfikiran sempit. Kerana untuk kepentingan mereka, mereka seret rakyat yang tidak berdosa bagi menjayakan matlamat mereka.

Sejak Akta ISA diperkenalkan, setakat ini, tidak ada seorang pun orang awam yang ditahan tanpa melakukan kesalahan. Polis tidak tahan mak saya, ayah saya, abang saya, kakak saya, adik saya, mak@bapa saudara saya, sepupu saya, jiran-jira saya, sahabat saya.

Yang polis tahan dan polis humbankan ke Kem Kamunting bawah Akta ISA ialah pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan diri. Pemimpin yang menghasut rakyat sehingga mengganggu ketenteraman awam. Mereka ini yang kebanyakannya ditahan bawah ISA.

Kalau polis menahan rakyat tanpa usul periksa dan setiap hari orang awam dihumbankan ke penjara, itu dianggap sebagai munasabah jika ada kumpulan hendak berhimpun mendesak agar Akta ISA dihapuskan.

Saya pun kalau boleh nak keras anak isteri, mak ayah dan seluruh ahli keluarga supaya menyertai perhimpunan itu, tetapi tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian pada hari ini kerana Akta ISA bukan digunakan sewenang-wenangnya.

Secara logik...cuba kita fikir dan renungkan, adakah kita yang tidak melakukan kesalahan akan ditahan polis bawah akta itu? Begitu juga dengan pemimpin pembangkang, kalau mereka tidak melakukan kesalahan kenapa mereka perlu takut?

Mereka mahu mereka ditangkap secara biasa dan dibicarakan? Ini sudah tentu merugikan masa. Mereka akan mengupah seberapa ramai peguam untuk membela mereka. Dan perbicaraan akan mengambil masa yang lama.

Lihat saja kes liwat pemimpin kesayangan penyokong pembangkang. Sampai sekarang kes nya tertangguh tertangguh dan tertangguh. Bermacam-macam alasan digunakan untuk menangguhkan perbicaraannya.

Mungkin mereka menunggu sehingga pilihan raya umum ke-13? Dengan harapan kalau mereka 'berjaya' memerintah Malaysia, tuduhan ke atasnya akan digugurkan?

Untuk berada di ranking teratas dalam politik, seseorang pemimpin itu perlu handal memutar belit dan menipu. Kalau sekali terlibat dalam jenayah dan terus di penjarakan, itu belum lagi hebat.

Sekurang-kurangnya dua tiga kali meliwat, melakukan rasuah dan menipu kemudian dapat meloloskan diri barulah boleh dikatakan handal dan hebat.

Jadi, dalam bab ISA, kenapa kita sebagai rakyat biasa turut serta dalam perhimpunan yang jelas ada kepentingan diri dalam kalangan pemimpin tertinggi pembangkang itu? ISA tidak akan tangkap kita.

ISA hanya menangkap pemimpin yang melakukan hasutan. Dan hasutan mereka ini kalau dibiarkan boleh menjejaskan keselamatan negara. Itu tujuan Akta ISA digunakan.

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...