Sabtu, 29 Jun 2013

Piala FA: Kelantan tunduk ego Johor

PEMAIN Kelantan, Mohd Norfarhan (dua kanan) menjaringkan gol pertama pada minit ke-16. Pasukan Kelantan mendahului Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 dalam saingan final Piala FA MAlaysia pada Sabtu malam
KUALA LUMPUR: Pasukan Kelantan mendahului Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 dalam saingan final Piala FA MAlaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, Sabtu malam.

Gol pertama pasukan 'The Red Warriors' dijaringkan Mohd Norfarhan pada minit ke-16.

Pemain Kelantan meraikan jaringan gol pertama oleh Mohd Norfarhan pada minit ke-16. Kelantan dahuli JDT 1-0.

Pembunuh Dirang dihukum mati

Muidin Maidin tidak dapat mengawal emosi apabila menendang jurufoto Utusan Malaysia ketika dibawa keluar oleh anggota polis dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam
JOHOR BAHRU  - Seorang buruh kontrak dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muidin Maidin, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin dituduh membunuh kanak-kanak itu di ladang kelapa sawit Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini antara pukul 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata, tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah menerusi kandang saksi itu gagal memberi penjelasan yang munasabah selain pembelaannya itu bersifat penafian semata-mata.
‘‘
Perbuatan kamu (tertuduh) ini amat kejam, tidak berperikemanusiaan serta tidak bertamadun. Bagaimana kamu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak yang masih kecil.
‘‘
Bukti ujian asid deoksiribonukleik (DNA) digabungkan dengan bukti cebisan kain pelikat tertuduh yang dijumpai pada mangsa, sampel tanah yang sama pada motosikal tertuduh dengan tanah tempat kejadian dan keterangan saksi menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan tersebut.
‘‘
Profil campuran DNA yang dijumpai dalam kemaluan dan dubur mangsa hanya melibatkan mangsa dan tertuduh. Kebarangkalian DNA itu disumbangkan oleh tertuduh dan si mati adalah 700 trilion,’’ katanya.

Beliau berkata, tidak timbul soal konspirasi pihak tertentu meletakkan sampel darah tertuduh pada mangsa kerana kehadiran DNA itu di dalam dubur dan kemaluan si mati hanya dapat diwajarkan dengan perlakuan atau perbuatan yang aktif.

Menurut beliau, pembelaan tertuduh bahawa dia tidak pernah berdendam dengan keluarga si mati hanya penafian semata-mata.

Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu, ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu.

Misteri kehilangan Dirang terjawab apabila laporan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan DNA ke atas mayat rentung yang dijumpai di sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac tahun lalu adalah milik mangsa.

Sementara itu, beberapa ahli keluarga Dirang termasuk ibu, Roselyn Alan, 27; bapa tiri, Lima Medeng, 27; datuk, Alan Alip, 50, dan nenek, Milnah Jol, 58, yang sentiasa mengikuti prosiding kes sebak dan menitiskan air mata sebaik sahaja keputusan dibacakan.

Muidin yang kelihatan sugul turut dilihat menitiskan air mata.

Dia bagaimanapun bertindak agresif sebaik sahaja dibawa keluar dari mahkamah apabila cuba menendang beberapa jurufoto malah kamera milik jurufoto Utusan Malaysia, Amin Farij Hasan turut menjadi mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Daud Ismail, Mohamad Abd. Kadir dan Goh Tse Han.

Seramai 35 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan telah dipanggil sepanjang prosiding kes berlangsung.

Singham memilih bersara wajib 65 tahun - Ariffin

PUTRAJAYA  - Adalah wajib bagi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham bersara pada usia 65 kerana beliau telah memilih berbuat demikian ketika usia persaraan wajib bagi hakim dinaikkan kepada 66 tahun, kata Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

Beliau berkata, apabila umur persaraan wajib hakim dinaikkan, semua hakim diberi borang untuk membuat pilihan sama ada bersara pada usia 65 atau melanjutkannya sehingga 66 tahun.

Ariffin berkata, perkara itu susulan pindaan Perlembagaan Persekutuan beberapa tahun lalu yang menaikkan usia persaraan hakim daripada 65 tahun kepada 66.

"Semua hakim, kecuali V.T. Singham, memilih untuk bersara pada usia 66.

Sehubungan itu usia persaraan wajib beliau ialah pada 65," kata Ariffin ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga menambah perkara itu merupakan proses biasa persaraan.

"Semua hakim diberi borang pilihan untuk menyatakan mereka mahu bersara pada usia 65 atau 66. Anda tidak boleh paksa mereka bersara pada usia 66," katanya mengulas mengenai persaraan Singham itu.

Singham bersara semalam yang merupakan hari jadi ke-65 beliau.

Rabu lepas beliau membuat penghakiman yang tidak memihak kepada polis dan kerajaan berhubung kes kematian tahanan A. Kugan pada 2009.

Ariffin berkata beliau telah menandatangani surat penghargaan yang disampaikan kepada Singham. - BERNAMA

Anwar gila kuasa, berkhayal

KUALA LUMPUR  - Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.

"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.

Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.

"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.

Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.

"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.

Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.

Undang-undang berkenaan penukaran agama anak menindas bukan Islam, kata MCCBCHST

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) mendakwa peruntukan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentang di Parlimen akan menindas bukan Islam, ia berikutan pertikaian mengenai hak bersama penjaga dalam menentukan agama anak mereka.

Pertikaian isu ini dibangkitkan selepas seorang wanita Hindu, Subashini Rajasingam mengemukakan perintah injunksi bagi menghalang suaminya, Saravanan Thangathoray daripada mengislamkan dua anak lelaki mereka, Dharvin Joshua, 4, dan Sharvind, 2, pada 2007.

"MCCBCHST sekeras-kerasnya membantah beberapa peruntukan yang terdapat dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada 26 Jun 2013 kerana ia memberi kesan kepada bukan Islam.

"Rang Undang-undang tanpa persetujuan bersama cuba mengubah Perlembagaan Persekutuan dengan menterjemahkan perkataan 'ibu bapa' dalam Perlembagaan Persekutuan kepada 'ibu atau bapa' yang bertentangan dengan istilah 'lbubapa'," kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

MCCBCHST berkata, tindakan yang membenarkan salah seorang penjaga dalam menentukan agama anak mereka seperti di bawah Seksyen 107 (b) adalah satu ketidakadilan dan berat ke atas sebelah pihak penjaga yang tidak menukar agamanya dan anak dalam perkahwinan tersebut

"Seksyen 107 (b) 'jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama lslam olehnya' adalah peruntukan yang akan mewujudkan ketidakadilan sosial dan bertentangan dalam perkara perlembagaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong juga menyatakan pendirian sama apabila menegaskan penukaran agama tanpa persetujuan bersama penjaga anak bawah umur adalah bertentangan dengan perkara dalam perlembagaan dan mengingkari undang-undang tertinggi negara ini.

"Tanpa persetujuan dengan penjaga yang tidak menukar agama adalah bertentangan dengan perkara perlembagaan kita.

"Sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perkara 12 (4), dibaca dengan Perkara 160 dan Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan, dan berupa peruntukkan untuk memberi kebenaran kepada satu penjaga untuk menukar agama anak bawah umur adalah bercanggah dengan perlembagaan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 13 Mac 2007, Mahkamah Rayuan membuat keputusan majoriti 2-1 menolak dengan kos rayuan Subashini untuk mengekalkan perintah injunksi ex-parte bagi menghalang dua anak lelakinya yang masih bawah umur daripada diislamkan oleh Saravanan.

Pada 23 Mei 2006, Saravanan mendapat perintah ex-parte daripada Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak jagaan sementara Dharvin Joshua yang bersama-samanya memeluk Islam dengan menukar nama kepada Muhammad Shazrul Dharvin.

Rayuan di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman bersama Datuk Abdul Aziz Mohamed dan Datuk Azmel Maamor.

Mahkamah putuskan KPN bertanggungjawab terhadap kematian Kugan

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soal siasat polis empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid yang pada ketika itu merupakan Ketua Polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.

Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.

"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.

"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."

Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan.

"Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disapu di bawah karpet."

Beliau juga berkata terdapat keperluan segera untuk mempertimbangkan cadangan suruhanjaya diraja itu dalam menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana peningkatan kematian dalam tahanan.

Singham juga memberikan pampasan sebanyak RM851,700 kepada N. Indra di atas serangan terhadap Kugan, penahanan salah, kecuaian dan pampasan kecederaan dan penderitaan.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati.

Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.  Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu.

MIC: Persaraan Singham disyaki berkaitan dengan kes Kugan?

Pemimpin MIC, Senator Datuk Jaspal Singh hari ini, meragui persaraan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V.T. Singham pagi ini, mungkin disebabkan oleh keputusannya melibatkan kematian dalam tahanan A. Kugan dua hari lalu.

Bendahari Agung MIC itu berkata, meskipun benar persaraan Singham itu adalah mengikut proses yang sewajarnya, kerajaan perlu menolak dan mengekalkan hakim berkenaan kerana cara pengendaliannya yang tegas dan rakyat Malaysia memerlukan individu yang berprinsip seperti beliau.

"Saya secara jujur berharap beliau tidak dipaksa untuk bersara."

"Jika itu adalah keputusannya sendiri untuk berhenti, saya menggesa kerajaan untuk menolak peletakan jawatannya. Malaysia sangat perlukan hakim berprinsip seperti beliau," kata Jaspal.

Jaspal juga menggesa supaya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunaikan janjinya di Parlimen yang mengatakan tidak akan melindungi pesalah dengan membuka semula kes Kugan dan pembunuhnya mesti didakwa dan dihukum dengan segera.

"Beliau (Ahmad Zahid) perlu tunaikan janjinya," kata Jaspal lagi.

Di samping itu, Jaspal juga menegaskan supaya kerajaan menimbangkan cadangan oleh Singham menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Diraja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut.

"Kabinet mesti menyemak semula keputusan tersebut, terutamanya selepas penghakiman oleh beliau."

"Sama ada IPCMC atau lain-lain, secara jelasnya polis tidak boleh menyiasat diri mereka sendiri," tambah beliau.

Dua hari lalu, Singham membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A. Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.

Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis.

Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009 selama satu malam di lokap Balai Polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati. Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.

Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu.

Rabu, 19 Jun 2013

DR.HARON DIN: Perkahwinan Antara Manusia Dengan Jin Memang Boleh Berlaku…

Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. 

Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
 
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
 
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak
Jawapan 1

Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T.”

Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumah tangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).

Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’ ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.

Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.

Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
“Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya”.

Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma’ bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas.

Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a’lam.

Khamis, 13 Jun 2013

Wartawan veteran dedahkan terdapat ‘rundingan kerajaan perpaduan’ PAS, PKR dan Umno

KUALA LUMPUR  – Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan terdapat rundingan perpaduan Melayu di antara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu, akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku di antara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

“Di Selangor, bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius,” kata beliau dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk “Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas”.
“Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon menteri besar.

“Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon menteri besar, kecuali Azmin Ali yang dikatakan lebih terbuka,” tambah beliau lagi.

Kepemimpinan PAS Terengganu oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula jelasnya dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN, manakala PAS 14 dan PKR satu di Terengganu.

Kedah juga jelasnya mempunyai cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

“Tetapi peluang keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno yang tidak mahu bantuan luar.

“Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam,” katanya lagi.

Beliau berkata, walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah dari segi ekonomi dan keputusan Pilihan Raya 2013 menyebabkan mereka lemah juga dari segi politik akibat perpecahan.

“Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' di Selangor, Terengganu dan Kedah,” katanya.

Cadangan parti tunggal BN ‘tidak praktikal’

Cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal tanpa parti komponen daripada kaum lain, jelas Datuk A. Kadir Jasin, adalah tidak praktikal dan akan ditolak akar umbi parti berteraskan Melayu itu.

Bekas editor di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST) itu dalam blognya berkata, hanya parti komponen BN majoriti Cina yang “nazak” seperti Gerakan, MCA dan SUPP yang akan menimbangkan cadangan itu.

“Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, mungkin boleh “memujuk” kepemimpinan Umno untuk melayan (entertain) idea ini, tetapi saya tidak menjangka akar umbi Umno akan menerimanya. Umno adalah parti akar umbi!” kata A. Kadir dalam blognya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

A. Kadir turut mempersoalkan keputusan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal, sedangkan Umno yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan parti pemerintah itu diakui sendiri oleh Najib sebagai parti yang kuat.

“Saya tidaklah mahu membuat andaian yang Mohd Najib sekali lagi tunduk kepada kehendak orang Cina apatah lagi selepas beliau sendiri menyalahkan tsunami Cina sebagai punca ketidakcemerlang prestasi beliau dalam PRU 5 Mei lalu,” katanya.

“Lagipun, seandainya Umno lebih kuat selepas PRU13 seperti Mohd Najib dakwa ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, mengapa harus ia dibubarkan dan bergabung dengan parti lain menjadi sebuah parti tunggal?” soalnya.

Najib malam tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, parti itu masih kuat apabila berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

“Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS,” kata Najib kepada pemberita.

A. Kadir turut berkata, mengapa perlunya Umno dan parti-parti Bumiputera yang kukuh di Sarawak dan Sabah dibubarkan dan digabungkan menjadi parti tunggal semata-mata bagi melayan idea parti-parti Cina BN yang ditolak oleh orang Cina sendiri dalam PRU lalu.

“Kalau Umno dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan parti tunggal BN, kemungkinannya banyak ahli dan penyokongnya akan beralih kepada PAS kerana orang Melayu masih berasa mereka memerlukan parti Melayu-Islam,” katanya.

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn minggu lalu berkata cadangan penyatuan antara parti komponen seperti Gerakan, MCA, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak dapat dilaksanakan tanpa menjadikan BN parti tunggal kerana setiap parti komponen BN mempunyai Perlembagaan yang berbeza, dan berlandaskan kepada parti berteraskan kaum.

Mengulas perkara itu, A. Kadir menegaskan, masalah pokok BN bukan organisasi atau struktur, tetapi imej dan persepsi kepemimpinan BN yang negatif.

Perubahan struktur parti tanpa mengubah kualiti dan integriti kepemimpinan jelas A. Kadir tidak akan menjadikan BN lebih diyakini dan disokong oleh pengundi.

Justeru, beliau turut berkata; “Umno perlu membezakan yang mana satu pokok dan yang mana satu hutan belantara."

Isnin, 10 Jun 2013

Al-Fatihah: Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

Allahyarhamah Latifah Omar
PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Jumaat, 7 Jun 2013

Thailand tegas kuat kuasa lese majeste


DILAHIRKAN di Thailand, namun Joe Gordon menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai rumah pertamanya. Pilihan itu membolehkan Gordon, 56, menerima kerakyatan AS dengan mudah, apatah lagi dia telah menetap di negara itu selama lebih 30 tahun.

Barangkali apabila telah terlalu lama mengikut acuan Barat, Gordon atau nama aslinya, Lerpong Wichaikammart, lupa asal usulnya atau hilang semangat orang Asia yang selama ini menjunjung tinggi budaya dan adat resam terutamanya dalam soal institusi beraja.

Mungkin fikiran moden dan keterbukaan Gordon membuatkan dia memilih untuk mempercayai kebenaran di sebalik buku biografi berjudul The King Never Smiles hasil tulisan Paul Handley yang diterbitkan pada tahun 2006.

Bagaimanapun, buku berkisar mengenai kehidupan Raja Bhumibol Adulyadej, 86, itu terlebih dahulu diharamkan kerajaan Thailand. Sebagai orang Thailand, Gordon memang tidak melakukan kesalahan apabila cuba menelaah kandungan buku kontroversi itu.

Namun, apabila dia bertindak memuat naik pautan terjemahan buku itu dalam bahasa Thai pada tahun 2007 di Colorado, AS, Gordon tanpa disedari telah melanggar undang-undang di bawah Artikel 112 Thailand melibatkan undang-undang yang dinamakan lese majeste.

Lese majeste merupakan perkataan daripada bahasa Perancis yang merujuk kepada kesalahan mencemarkan kedaulatan institusi beraja

"Sebagai rakyat AS, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ia merupakan hak kebebasan bersuara saya di tanah AS," ujar Gordon kepada AP.

Namun, Gordon tersilap kerana beberapa tahun kemudian dia kembali ke Thailand untuk mendapatkan rawatan penyakit artritis dan tekanan darah tinggi yang dihidapinya. Ketika itulah, undang-undang lese majeste sah digunakan ke atasnya kerana dia berpijak di tanah Negara Gajah Putih.

Berikutan itu, dia ditahan oleh kira-kira 20 anggota polis di pangsapurinya di Bangkok pada Mei 2011.

Selepas dibicara, Gordon didapati bersalah dan disumbatkan ke dalam penjara sebelum dibebaskan pada Julai tahun lalu.

Pembebasannya itu pun selepas mendapat pengampunan Raja Bhumibol kerana pada asalnya dia sepatutnya meringkuk dalam penjara selama dua tahun setengah.

PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menghadap Ratu Sirikit
 
Hak kebebasan bersuara menjadi alasan Gordon dan sesetengah rakyat Thailand menolak lese majeste. Di bawah undang-undang lese majeste, mana-mana individu yang membuat kenyataan atau komen berbaur fitnah atau penghinaan ke atas konstitusi monarki Thailand termasuk raja, permaisuri dan kerabat diraja boleh dikenakan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun.
Hidup dalam acuan Timur yang penuh santun dan berbudi bahasa, bagaimanapun dilihat Barat sebagai satu bentuk penindasan hak bersuara.

Ketika majoriti rakyat Thailand menyanjungi konstitusi monarkinya serta menerima undang-undang lese majeste, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melihat ia sebagai satu bentuk penindasan demokrasi.

Pihak-pihak berideologi Barat menyifatkan undang-undang konvensional itu sebagai penghalang kepada perkembangan demokrasi di Thailand dan negara-negara di sekitar Asia.

Meskipun begitu, masih ramai rakyat Thailand khususnya penyokong kerajaan bertindak mempertahankan undang-undang itu dan tidak mahu kedaulatan monarki mereka diusik apatah lagi diperlekehkan.

Lantaran itu, kerajaan Thailand sendiri akur untuk menerima lese majeste dan pihak berkuasa negara berkenaan begitu tegas dalam menjalankan penguatkuasaan ke atas individu yang menghina Raja Thailand.

Bahkan, mereka tanpa rasa ragu-ragu menguatkuasakan undang-undang itu ke atas warga asing di Thailand.

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Singapura yang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun di bawah lese majeste dibebaskan selepas diberi pengampunan oleh Raja Bhumibol.

Wanchai Tan, 63, yang bekerja sebagai pemandu pelancong yang telah menetap di Thailand selama beberapa dekad dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara empat tahun.

Dia ditangkap pada 6 April 2009 atas kesalahan menyebarkan risalah yang mengutuk undang-undang lese majeste ketika satu demonstrasi kumpulan Baju Merah.

Negara Barat

Biarpun negara-negara Barat menyifatkan lese majeste amalan Thailand satu bentuk undang-undang tidak relevan, hakikatnya terdapat empat negara Eropah yang masih menguatkuasakan undang-undang itu iaitu Denmark, Belanda, Norway dan Sepanyol.

Hak kebebasan bersuara yang diperjuangkan mereka juga sebenarnya masih perlu berpandukan keterbatasan terhadap sesuatu perkara terutamanya hal-hal melibatkan konstitusi monarki.

Belanda, misalnya, pernah menahan seorang wartawan dan jurugambar majalah Spunk pada tahun 2007 atas kesalahan menghina mantan ketua negara mereka, Ratu Beatrix. Kedua-duanya didapati bersalah kerana memakai baju-T dengan tulisan tidak sopan yang merujuk terus kepada Beatrix.

Sepanyol juga pernah mendenda dua kartunis majalah El Jueves pada tahun 2007 dengan jumlah denda 3,000 euro (RM12,141) setiap seorang. Dua individu itu didapati bersalah di bawah undang-undang lese majeste selepas menyiarkan karikatur Putera Asturias bersama isterinya dalam keadaan tidak sopan.

Di Asia Barat, Kuwait dan Jordan merupakan dua negara yang masih memiliki undang-undang lese majeste.
 China, Jepun dan United Kingdom (UK) juga pernah mempunyai lese majeste, namun telah dihapuskan. China kini menjadi sebuah republik, manakala Jepun dan UK yang masih mengekalkan sistem beraja menggunakan undang-undang baharu.

Kes Malaysia

Malaysia tidak terkecuali dihambat isu berkaitan penghinaan ke atas sistem beraja apabila lahirnya individu yang berfikiran liberal secara melampau.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan berani seorang wanita yang mengeluarkan komen berbaur sindiran terhadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda.

Ekoran kenyataan itu, wanita berkenaan ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan telah pun dibebaskan selepas memberi keterangan pada Rabu lepas.

Tindakan wanita itu jelas menunjukkan betapa ceteknya rasa hormat yang ditanamkannya terhadap raja yang menjadi lambang perpaduan rakyat negara ini.

Pensyarah Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal menjelaskan, sejak pembukaan Melaka lagi (zaman Parameswara) rakyat menjunjung tinggi peranan raja sebagai ketua kerajaan.

"Parameswara memeluk Islam dan ia diikuti seluruh rakyat jelata. Akhirnya terbentuklah negara Malaysia hari ini yang majoritinya penduduk beragama Islam. Namun, sayangnya semakin ramai yang hilang rasa hormat terhadap kedaulatan. Situasi ini disifatkan sebagai kelunturan budaya tanpa mengambil kira agama atau bangsa seseorang.

"Negara-negara yang masih mempunyai raja di Asia diasak kuasa Barat yang melihat ia sebagai satu bentuk penghalang perkembangan demokrasi. Mereka melaung-laungkan kebebasan bersuara adalah hak setiap rakyat tanpa perlu gentar kepada monarki.

"Akibatnya, kita praktikkan perjuangan mereka dan terlupa bahawa antara Barat dan Timur masih wujud jurang persefahaman adat dan budaya," jelas Noor Aziah kepada Kosmo!.

Rabu, 5 Jun 2013

Shamsudin Meninggal Dunia Ketika Bersarapan Bersama Isteri

SINGAPURA: Pelakon veteran era 50an S Shamsudin meninggal dunia ketika sedang menikmati sarapan bersama isterinya Puteh Ismoon di rumah mereka di Bukit Batok, Jurong di sini.

Puteh, 77, berkata beliau sebelum itu baru sahaja menyuap mee rebus kepada arwah yang duduk di atas katil sebelum arwah memintanya mengambil air di dapur.

"Apabila saya kembali semula ke bilik, saya tengok arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya terus menjerit memanggil anak bongsu saya yang berada di bilik sebelah untuk melihat keadaan ayahnya.

"Ipin (anak bongsu) cuba beberapa kali memberikan bantuan pernafasan tetapi arwah masih tidak sedar sehinggalah apabila dibawa ke hospital doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di kediaman mereka.

Puteh yang kelihatan cukup sedih, menyifatkan Shamsuddin sebagai seorangsuami yang baik dan bapa yang amat penyayang kepada anak-anaknya seramai tujuhorang.

"Arwah di rumah merupakan seorang yang pendiam walaupun di luar orang nampakbeliau suka membuat lawak. Namun arwah merupakan seorang bapa yang penyayang.

"Sejak terlantar sakit kebelakangan ini, arwah suka merenung muka saya dan pagi tadi sebelum saya ke pasar arwah sempat meminta saya membersihkan dirinya.

"Selepas ini tiada lagilah teman saya untuk bercakap," katanya tidak dapat menahan sebak.

Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohamed Ariffin, 44, berkata ketika kejadian beliau berada di biliknya kemudian mendengar ibuya menjerit memaklumkan tentang keadaan ayahnya.

"Apabila saya sampai di biliknya, saya lihat arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mukanya juga pucat. Saya cuba memberi pertolongan pernafasan beberapa kali sebelum ambulans sampai, namun arwah tidak memberikan sebarang reaksi.

"Apabila pasukan perubatan sampai, mereka juga beberapa kali cuba memberikan bantuan sehinggalah dibawa ke National University Hospital dan akhirnya doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia," katanya.

Katanya, doktor mengesahkan ayahnya meninggal dunia akibat serangan sakitjantung kira-kira 10.56 pagi, Selasa.

Katanya arwah sebelum ini terlantar sakit hampir tiga tahun akibat menderita penyakit parkinson dan batuk kering.

Jenazah yang dibawa pulang ke rumahya dijangka akan dikebumikan Rabu di Pusara Abadi Chua Chu Kang, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah pelakon veteran seangkatan Allahyarham, Wahid Satay atau nama sebenarnya Abdul Wahid Ahmad, 83.

Beliau yang menganggap arwah sebagai abang kandungnya, cukup terasa dengan pemergian Allahyarham yang selama ini banyak membantunya semasa zaman lakonan diStudio Jalan Ampas.

"Kali terakhir saya bertemu Allahyarham ialah semasa majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini," katanya. - BERNAMA

Selasa, 4 Jun 2013

Al-Fatihah: Pelawak S. Shamsudin Meninggal Dunia

S. Shamsudin
PETALING JAYA: Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Berita pemergian Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.

"Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.

"Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura.

Tambah Aziz, pada mulanya dia terkejut apabila diberitahu oleh anaknya bahawa Allahyarham telah meninggal dunia, namun beliau reda dengan pemergian itu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu dia dah pergi, cuma berasa sedikit ralat kerana tidak dapat bertemu dengannya sebelum dia meninggal dunia.

"Kali terakhir sekali saya melawat Allahyarham iaitu pada awal tahun ini. Ketika itu dia sudah pun uzur," ujarnya.
Pak Sudin bersama isterinya, Puteh Esmoon (kiri) dan pelakon Datuk Sarimah Ahmad ketika di Hospital Universiti Singapura pada awal tahun ini. Foto koleksi deejay radio Ria, Singapura, Freda Hassan.

S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, memulakan aktiviti seni pada 1948 dalam filem Chempaka sebagai pelakon tambahan.

Kerjayanya sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas membuka peluang untuk beliau meneruskan kerjaya seninya selepas diterima berlakon menerusi filem Aloha pada tahun 1950.

Beliau yang dikenali dengan nama Pak Sudin terus mencipta nama apabila terlibat dengan filem-filem lakonan bersama Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura pada Selasa.

Ahad, 2 Jun 2013

Polis kenal pasti Cina lahanat


Pengasas sebuah syarikat elektronik Taiwan yang merupakan rakyat Malaysia (kanan) dilihat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berkempen dalam PRU-13 lalu. Gambar ini pernah disiarkan dalam portal propembangkang Malaysiakini.
KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan YouTube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mesra BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.




BN bermula tahun 1959, 59 tahun kemudian BN jatuh

Tun Mahathir bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan mengadakan sidang media mengumumkan kemenangan. SIRI 1 KETIKA sahabat...