Khamis, 29 Januari 2009

Kisah seorang kaki ampu dan penipu...

Saja nak joke jer...

"Salam. saya tak kerja semalam. Dapat emel... apa citer... saya dukacita sangat sebab niat nak bantu mantapkan dot dot dot dah jadi lain. Sebelum ni usaha kita tak diterjemahkan dengan baik. Jika saya salah tegurlah. Saya baca emel Man diberi kendali dot dot kerana saya diberitahu Man kena pantau dot dot dah, saya seperti biasa mau tak mau tengok2 dot dot dot. Unit dot dot dot beritahu apa kat Man."

Ini adalah mesej yang saya terima daripada seorang sahabat kaki ampu, penipu dan berusaha menikam saya dari belakang. Seperti tidak ada apa-apa kan pada emel itu? Begitulah dia cuba mengaburi mata saya.

Puithhh! puithh!... pandai betul kau berlakun sahabat. Cara kau tanya pun aku dah tau. Apatah lagi reaksi muka kau yang berkerutu sebijik macam katak puru kena henyak tayar kereta.

Memang kau tak kerja hari tu. Tapi pagi tu dalam rekod pengawal keselamatan dan rakaman kamera tertutup, kau datang ke ofis dan berjumpa dengan ketua Unit dot dot dot.

Entah apa yang kau bincangkan dengan ketua Unit itu. Entah jarum apa yang cucuk ketua unit itu sehingga dalam jam 12 tengah hari aku menerima emel dari ketua unit berkenaan menyingkirkan menyatakan nama aku dikeluarkan senarai tugasan dan tempatnya diganti oleh kau.

Mustahilkan perkara ini boleh berlaku. Sedangkan kita sama-sama diamanahkan sejak awal Disember lagi, tidak ada pun arahan hendak menyingkirkan aku. Kau memang hebat sahabat. Kau memang bijak.

Setiap hari sebelum kau menjamah kerja, kau masuk bilik bos-bos. Kau cucuk dan racun bos-bos pasal aku. Aku tidak seperti kau. Aku masuk ofis terus jamah kerja. Aku tak suka ampu dan bodek bos, apatah lagi meracun bos untuk menjatuhkan sahabat. Aku bukan macam itu.

Bagi aku, setiap rezeki yang aku cari adalah untuk sesuap nasi anak-anak aku. Aku tak mahu anak aku makan hasil penipuan ayahnya. Aku tak rela anak aku menelan rezeki hasil curi tulang dan menjatuhkan orang lain.

Aku tak dididik oleh mak dan ayah aku macam itu. Mereka latih aku supaya sentiasa berdisiplin dan melakukan kerja dengan amanah, bukan berbohong, bukan secara ampu dan bodek.

Kau memang bijak sahabat. Kau boleh pengaruhi bos-bos supaya mengikut apa pandangan kau. Kau memikat mereka dengan menunjukkan kesalahan kecil yang dilakukan orang lain, tetapi kau katakan kerana aku. Memang pintar strategi yang kau gunakan.

Tetapi sahabat, selama mana kau harus begini? Kalau telah lupa yang kau sebenarnya langsung tidak mengambil berat unit kau. Kau asyik mencari kesalahan unit lain, sehinggakan unit kau melakukan kesilapan pun kau tuduh aku menjadi puncanya.

Kau memang gila sahabat. Kau layak dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk memulihkan otak kau.

Rabu, 28 Januari 2009

Sahabat ku kaki bodek, kaki ampu

Sahabat... kau seorang yang pendiam. Cara kau amat disukai ramai. Dari tutur kata dan gaya pemikiran kau nampak bijak. Tanya apa sahaja soalan, kau boleh jawab... walaupun jawapannya yang kau berikan itu jauh tersasar daripada soalan dan mengelirukan.

Sahabat... sedikit pun aku tidak sangka, kau jenis manusia yang suka menikam kawan dari belakang. Saling tak tumpah seperti kaum Yahudi. Di depan, kau nampak sangat baik dan sopan santun. Pertuturan dan cara kau menyapa sungguh manis bagaikan bubur Asyura.

Tetapi malangnya, mulut kau teramat busuk. Sama busuk dengan seketul hati yang tersimpan dalam tubuh kau. Kau musnahkan kepercayaan kawan kau hanya untuk memuaskan nafsu dan cita-cita kau.

Sahabat... kita sama-sama diberi tanggungjawab dan amanah untuk membawa hala tuju kehidupan mengikut kehendak majikan, tetapi kenapa kau rasa terancam dengan aku. Aku sama juga seperti kau, malah dari segi akademik dan penampilan, kau lebih profesional daripada aku (itu pengakuan kau pada rakan-rakan).

Tetapi kenapa kau perlu mencantas sahabat yang jauh tidak berpengalaman dan profesional seperti kau? Siapakah sahabat itu sehingga kau berasa kedudukan kau terancam?

Kenapa kau perlu korbankan sahabat untuk kau menuju naik? Jika kau nyatakan semua hasrat dan cita-cita mu, nescaya sahabat akan beri laluan mudah kepada kau, tanpa perlu kau menikamnya dari belakang.

Alangkah sedihnya sahabat... kerana hasad dengki yang bersarang dalam jiwa kau dan pandai pula kau menyimpannya sehingga orang lain tidak mengesyaki apa-apa, tiba-tiba kau menampakkan perwatakan sebenar diri kau.

Kau memang bijak berlakun. Memang kalau ada anugerah, kau layak terima award KAKI AUTA, KAKI BODEK DAN KAKI AMPU.

Ahad, 25 Januari 2009

Al-Fatihah

Arenawati meninggal dunia
25/01/2009 11:20am

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Sasterawan Negara 1988, Muhammad Dahlan Abdul Biang atau lebih dikenali sebagai Arenawati meninggal dunia pukul 1.30 pagi ini.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pukul 12 tengahari ini untuk solat jenazah selepas waktu Zohor.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, dekat sini selepas itu.

Sekilas Pandang

Assalamualaikum kepada semua pembaca beragama Islam. Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua dan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina yang akan menyambutnya dengan penuh meriah dan bermakna esok.

Setelah hampir dua bulan tidak bertemu pembaca, hari ini saya diberi kepercayaan untuk mendahului ruangan yang mendapat tempat dan sambutan dalam kalangan puluhan ribu pembaca akhbar 'Suara cakna komuniti anda ini'.

Kita kini dah sampai ke penghujung Muharam 1430 Hijrah. Musim memasak bubur Asyura yang 'gege riuh' diadakan di setiap bandar, kampung dan taman perumahan selama hampir sebulan ini pun akan berakhir esok.

Bagaimanapun, memasak bubur Asyura tidak semestinya pada bulan Muharam, bulan lain pun boleh, cuma tidak berapa afdal berbanding Maal Hijrah, bulan yang menyaksikan ribuan rakyat Palestin mati dibunuh tentera rejim Zionis laknatullah.

Selain pembunuhan umat Islam di Semenanjung Gaza, sepanjang dua bulan lalu juga banyak isu, cerita dan peristiwa yang berlaku dalam negeri dan negara ini.

Ia tidak dapat dipaparkan atau diulas oleh rakan-rakan Editor termasuk saya kerana ruangan ini berehat seketika untuk memberi laluan kepada iklan, peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Terengganu.

Tambahan pula, kebanyakan Editor yang terlibat dengan ruangan ini mempunyai komitmen kerja masing-masing, termasuk saya sendiri perlu mengendalikan bengkel Gaya Penulisan Sinar Harian bermula awal Disember lalu dan dijangka berakhir penghujung Mac ini.

Sepanjang 'berehat', banyak perkara yang nak saya utarakan untuk paparan umum seperti pilihan raya kecil Kuala Terengganu, kekejaman tentera rejim Zionis, iklan televisyen yang memaparkan budak mencuri dan sebagainya, tetapi terpaksa pendam begitu sahaja kerana masa dan ruangan tidak mengizinkan.

Apapun, hari ini saya kembali semula. Tentunya dengan pandangan, idea dan pendapat seperti sebelumnya, yang mungkin memanaskan punggung dan cuping telinga mereka yang makan lada.

Seperti biasa, saya lebih suka melontarkan kritikan atau pandangan berkaitan politik dan isu semasa. Bagi saya, topik ini antara yang diminati pelbagai lapisan masyarakat kerana mempunyai kaitan antara satu sama lain. Tunggulah siaran akan datang. Hari ini hanya sekadar mukadimah untuk memanaskan enjin.

Bagi yang tidak suka tulisan saya, sabar sahajalah. Saya tidak bermaksud hendak hentam kromo pihak yang makan lada tidak tentu fasal, sebaliknya untuk pengajaran dan kesedaran bagi membolehkan mereka memperbetulkan diri atau akidah diri.

Bagi yang meminati tulisan ini (Sekilas Pandang), saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan diberikan. Semoga Allah kuatkan semangat dan daya pemikiran saya serta rakan-rakan Editor untuk meneruskan kesinambungan ruangan yang boleh dikatakan agak 'sejuk panas' ini.

Saya kata 'sejuk panas', kerana hampir setiap hari pejabat Sinar Harian Shah Alam menerima banyak panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pembaca. Ada yang setuju dan tidak sedikit tidak setuju dengan ulasan dipaparkan.

Pokoknya, coretan Sekilas Pandang akan menemui anda mulai hari ini. Selamat membaca.
(Siaran 26hb Jan 2009 - Ahad)

Dah kata Obama ni juga syaitan besar

Berita Hari ini:
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Betul sebagaimana saya kata. Mana-mana manusia yang menjadi presiden amerika, baik yang berkulit putih ke, hijau ke, kuning ke, hitam ke, semuanya sama. Kenyataan pertama Obama mengenai serangan Israel ke atas rakyat Palestin sudah menampakkan hala tuju dan visinya tidak ke mana.

Sepatutnya, Obama mendesak atau memberi amaran kepada Israel supaya tidak menyerang atau membunuh umat Islam di Palestin, sebaliknya meminta Raja Arab Saudi supaya membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Ini seolah-olah beliau tidak mahupun rakyat Palestin mempunyai senjata atau mempertahankan diri daripada serangan tentera kejam Zionis laknatullah. Visi beliau ialah, apabila tentera Israel menceroboh tanah Gaza, tentera itu boleh membunuh rakyat palestin tanpa sebarang tentangan atau berbalas tembak.

Beliau mahu, hanya tentera Israel sahaja yang ada senjata moden dan masuk ke Gaza tanpa perlu rasa takut diserang oleh pejuang Hamas. Itu visi dan matlamat beliau. Sebab itu beliau mula menekan Raja Arab Saudi.

Pendek kata, mana-mana pihak yang menyokong Obama, mereka termasuk dalam golongan pendek akal. Buta sejarah dan bersubahat dengan golongan syaitan.

Khamis, 22 Januari 2009

Kejam!!... Kejam!!... Kejam!!...


















Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini cuba untuk menyelamatkan ibunya yang dalam keadaan kritikal. Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata anda seketika dan bukakan hati. Sudah tentu kalau boleh anda ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.
“Ya Allah!! sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah... turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang orang Islam di Lebanon, hancurkanlah rejim zionis... amin"

Rabu, 21 Januari 2009

Obama??? Oh tidak...

OBAMA sudah memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat secara sah kelmarin. Ketika rakyat seluruh dunia mengharapkan presiden baru itu dapat membawa perubahan terutama keamana kepada umat Islam di Palestin, saya secara peribadi tidak pernah walau sebesar kuman pun mengharapkan ia berlaku.

Siapa Obama?
Obama sama seperti presiden-presiden AS yang lain iaitu George Washington, John Adams, Thomas Jefferson, James Madison, James Monroe, John Quincy Adams, Andrew Jackson, Martin Van Buren, William Harrison, John Tyler, James Polk, Zachary Taylor, Millard Fillmore, Franklin Pierce, James Buchanan, Abraham Lincoln, Andrew Johnson, Ulysses Grant, Rutherford Hayes, James Garfield, Chester Arthur, Grover Cleveland, Benjamin Harrison, Grover Cleveland, William McKinley, Theodore Roosevelt, William Taft, Woodrow Wilson, Warren Harding, Calvin Coolidge, Herbert Hoover, Franklin Roosevelt, Harry Truman, Dwight Eisenhower, John Kennedy, Lyndon Johnson, Richard Nixon, Gerald Ford, Jimmy Carter, Ronald Reagan, George H. W. Bush, Bill Clinton dan George W. Bush.

Dalam dirinya mengalir darah sekotor Yahudi. Terkumpul segumpal Perasaan secemar Israel dan mempunyai seketul hati hitam sekejam Zionis.

Saya secara peribadi tidak pernah berminat dengan presiden atau pemimpin AS. Ketika Jimmy Carter membenarkan Israel menawan Genting Gaza, semua mengharapkan penggantinya, Ronald Reagan dapat menyelesaikan masalah itu.

Apabila Ronald Reagan membenarkan Zionis menyembelih rakyat Palestin, ramai mengharapkan penggantinya George H.W.Bush dapat meredakan keadaan, tetapi apabila George H.W.Bush lebih ganas daripada Reagan, kita mengharapkan penggantinya Bill Clinton dapat memberi kedamaian.

Sejarah tidak pernah merekodkan kewujudan presiden AS yang baik. Begitu juga dengan Obama. Tengoklah dalam beberapa hari atau beberapa minggu ini, selama mana Israel dapat bertahan dengan gencatan senjatanya.

Malah saya membuat andaian, AS di bawah Obama akan lebih teruk. Tentera Israel akan terus mengganas. Obama akan melangsaikan hutang budinya kepada Yahudi kerana memberi kemenangan kepadanya.

Kalau tak percaya, tengoklah nanti.

Isnin, 19 Januari 2009

Titanic tenggelam...UMNO hancur

MASIH lagi berkisar kekalahan BN di Parlimen Kuala Terengganu.
Apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir adalah tepat sekali. Beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian jika tidak terbit daripada kajiannya yang berdasarkan fakta dan maklumat tepat.

Kelemahan ketara UMNO ialah melantik pemimpin di kalangan mereka yang tidak ada semangat kepimpinan langsung, atau dengan kata lain, tidak ada semangat patriotiksme.

Semuanya jenis pemimpin yang mementingkan diri, duit, harta, kemewahan dan kekayaan sehinggakan rakyat miskin di sebelah rumah dibiarkan terabai. Beginikah pemimpin yang akan disayangi atau disanjungi oleh rakyat?

Kalau beginilah (dan memang begini sebenarnya perangai pemimpin UMNO)... kalau saya tanya pada kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun mengenai BN pun mereka akan mencebikkan bibir, tanda meluat.

Ini hakikat. Ini kenyataan. Jangan anggap apa yang saya nyatakan ini berbaur kebencian terhadap UMNO, bukan. Saya sekali-kali tidak pernah memusuhi UMNO. Saya sayang UMNO sebab kerana UMNO saya boleh berada di tempat sekarang.

Tetapi, saya sedih apabila UMNO telah disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin berkepentingan diri. Menyebabkan UMNO semakin hari semakin dibenci oleh seluruh rakyat dan orang Melayu.

Saya tidak salahkan orang Melayu kalau mereka mula beralih kepada parti pembangkang iaitu PAS. Pucuk kepimpinan UMNO perlu tepuk dada tanya selera. Jangan lagi menegakkan benang basah.

Apabila kapal sudah bocor, mereka perlu ambil langkah segera membaikinya, bukan sekadar menyedapkan hati sendiri atau menafikan kapal itu tidak bocor atau memberi jaminan kapal itu selamat dinaiki.

Zaman dahulu, mereka boleh menipu atau mengabui mata rakyat dengan projek pembangunan. Sekarang rakyat sudah matang. Rakyat telah boleh berfikir mana baik, mana buruk.

Rakyat yang juga pengundi di satu-satu kawasan Parlimen dan DUN menunggu lama untuk mendapatkan kemudahan prasarana di kampung mereka. Selagi tidak ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil di kawasan mereka, selagi itu mereka tidak pernah mengharapkan mana-mana projek masuk ke kampung mereka.

Tetapi, jika berlaku pilihan raya kecil, jalan yang sudah diturap pun diturap lagi. Rumah penduduk yang tidak bocor pun diberikan bantuan untuk 'menampal' bumbung, dinding atau lantai yang tidak bocor atau retak.

Begitu 'baiknya' hati pemimpin BN. Setiap hari datang menziarah penduduk menghulurkan bantuan itu bantuan ini, sehinggakan tuan rumah hendak masuk tandas pun tak sempat kerana rumah tak putus-putus dikunjungi seribu satu jenis pemimpin hipokrit.

Bagi rakyat yang bodoh, mereka tidak terfikir pun motif kedatangan dan habuan yang mereka terima, tetapi bagi yang cerdik dan matang berfikir, mereka meluat dengan keadaan sedemikian.

Apabila ada pilihan raya kecil, baru semua turun. Semua buat kenyataan mahu bela rakyat. Salur peruntukan itu, peruntukan ini. Hatta peruntukan yang tidak ada dalam peruntukan pun diperuntukan.

Dalam tempoh empat tahun rakyat menunggu dan dahagakan pembangunan, satu majlis pun tidak diadakan. Tetapi jika berlaku pilihan raya kecil, dalam tempoh dua minggu, lebih seribu majlis diadakan. Sampai 'lebam' atau 'lebut' tapak di kampung penduduk digunakan.

Bermacam-macam nama majlis direka untuk meraikan kedatangan pemimpin. Hatta, program bina tandas rumah kampung pun pemimpin tertinggi datang merasmikan atau meletakkan batu asas.

Kenapa mereka tidak berbuat demikian sebelum ini? Kenapa hanya tunggu berlaku pilihan raya kecil baru mereka tinggalkan segala kerja di Kuala Lumpur untuk turun berkampung di pedalaman?

Sikap atau pegangan menganggap rakyat yang mudah makan di tangan akan memberi sokongan kepada mereka sebenarnya harus dikikis. Rakyat kini bukan seperti ayam kampung yang mudah ditangkap ketika leka makan butir beras.

Rakyat kini seperti kucing. Hulur ikan akan dimakannya, tetapi jika ikan itu ditarik, kucing itu akan menerkam kita. Begitulah fenomena orang Melayu hari ini. Tidak semudah dahulu untuk mereka mempercayai UMNO.

Mereka tahu apa motif UMNO hari ini. Kalau pemimpin itu acap datang ke kampung berkenaan, ada sesuatulah yang dikehendakinya. Kalau rakyat dilayan seperti raja (sedangkan sebelum ini dilayan seperti pengemis), ada sesuatulah yang mereka harapkan.

Saya sedih kalau pemimpin UMNO masih menganggap rakyat masa kini sama seperti dahulu, mudah diperkotak katikkan atau dipergunakan. Malah, itulah pegangan bagi kebanyakan pemimpin UMNO.

Mereka anggap, keperibadiannya masih disanjung... Itu salah. Yang menyanjungi anda ialah kaki-kaki bodek dan malaun-malaun yang laparkan duit. Malaun-malaun yang setiap hari menyediakan laporan palsu bagi menyelamatkan kedudukan dan jawatan.

Sedarlah wahai pucuk kepimpinan UMNO. Parti terbesar orang Melayu itu kini sama seperti kapal Titanic yang hampir tenggelam. Jangan anggap parti itu besar, ia tidak akan tenggelam. Sejarah menunjukkan Titanic, kapal penumpang terbesar di dunia yang menjadi kebanggaan orang Inggeris tiba-tiba sahaja tenggelam kerana terlanggar aisberg di Lautan Atlantik.

UMNO pun begitu juga. Senasib dengan kapal Titanic. Keadaannya sudah tidak dapat diselamatkan lagi. UMNO akan tenggelam didasar keegoaan.

Ahad, 18 Januari 2009

Pas menang, UMNO kalah. Syukur Alhamdulillah...

Ketika sedang menikmati makan petang dengan seorang editor tadi, kami tidak lekang berbual mengenai kekalahan calon BN kepada Pas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Editor itu sempat bertanyakan saya, apa komen saya dengan keputusan itu. Saya hanya menjawab: "Alhamdulillah, syukur..."

Nampak reaksi kurang senang pada wajahnya apabila saya mengucapkan kata-kata syukur dengan kemenangan Mohd Abdul Wahid Endut.

Saya selamba je melihat reaksi dia dan bersedia menunggu soal balasnya dengan kenyataan itu.

"Kenapa tiba-tiba awak sokong Pas? Dahulu bukan main lagi fanatik dengan UMNO?

Saya jawab: "Dari dulu, kini dan selama-lamanya saya tak pernah sokong UMNO. Saya hanya sokong pemimpin yang buat baik pada rakyat. Tidak ada karenah. Tidak ego, tidak sombong, tidak hipokrit dan tidak pandai menipu rakyat, menipu kawan dan rakan.

Agak panjang juga saya membebel pada editor itu berhubung kenapa saya amat benci, amat marah dan amat bosan dengan segelintir pemimpin UMNO.

Bagi saya, kerana ada pemimpin jenis ini dalam UMNO, menyebabkan parti itu dibenci sebenci-bencinya oleh hampir separuh lapisan masyarakat termasuk ahli UMNO sendiri yang mendiami bumi Malaysia. Ini yang tidak disedari oleh pucuk kepimpinan.

Editor itu diam. Mungkin dia sudah tawar untuk merapatkan persahabatan dengan saya kerana 'perubahan' sikap saya terhadap parti dan politik.

Saya berkawan dengan semua pemimpin. Baik UMNO, Pas, Keadilan, MCA, MIC, PPP ataupun DAP. Mereka yang tidak menipu, tidak ego, tidak hipokrit dan tidak suka memutar belit janji, semuanya adalah kawan saya.

Saya tidak akan berkawan dengan pemimpin yang mempunyai sifat, sikap dan perangai sedemikian, walaupun mereka adalah pemimpin Pas, Keadilan, DAP, PPP mahupun MIC dan MCA.

Itu adalah saya.

Sebelum ini saya baik dengan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, kerana dia banyak kali merayu saya agar membantunya untuk menaikkan dia dalam arena politik. Dia banyak labur duit untuk rakyat. Itu yang mendorong saya suka kepada pemimpin jenis ini.

Tetapi, apabila dia sudah naik dalam politik. Dia mula lupa diri. Dia mula memutar belitkan janjinya kepada rakyat dan ahli. Dia mula ego, hipokrit dan sombong, maka saya tinggallah dia. Kenapa saya perlu bersengkokol dengan pemimpin yang pastinya di dalam perutnya penuh dengan makanan haram dan yang tidak dihalalkan oleh rakyat.

Jadi, pada saya pemimpin jenis ini tidak wajar diberi tempat. Sebab dia adalah virus, api dalam sekam dan gunting dalam lipatan. Pemimpin yang hati dan matanya hanya nampak duit duit dan duit.

Apabila pemimpin jenis ini diberi tempat dalam parti, mereka akan abaikan rakyat. Mereka akan menyebabkan rakyat dan ahli UMNO benci kepada parti mereka sendiri dan beralih kepada parti lain.

Itulah jawapan saya kepada editor berkenaan dan juga kepada seorang penyokong BN yang membuat kenyataan akhbar, dia hairan kenapa remaja sokong Pas.

Pada saya, apa nak dihairankan. Adalah sebab yang penyokong BN itu tidak tahu kenapa remaja menyokong Pas. Mereka sokong bukan kerana Pas itu Islam. Tidak. UMNO pun Islam, Keadilan pun Islam, hatta dalam DAP, MIC, MCA dan PPP pun ada Islam.

Penyokong itu harus pejam mata seketika... kosongkan minda. Pejam betul-betul. Kosongkan minda betul-betul. Kemudian buka mata. Lapangkan minda. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan.

Kemudian penyokong itu harus duduk dan membuat kajian dari awal hingga akhir dengan mencari punca KENAPA REMAJA, DEWASA DAN VETERAN MENYOKONG PAS BUKAN BN.

Cuba nilai satu persatu feel perangai pemimpin UMNO. Kaji betul-betul tindakan UMNO terhadap rakyat. Kemudian nilai satu persatu feel perangai pemimpin Pas. Kaji betul-betul tindakan Pas terhadap rakyat.

Cuba perhatikan air muka pemimpin Pas dengan pemimpin UMNO. Kalau hati kita ikhlas, tidak menyebelahi mana-mana, kita akan nampak kejernihan muka mereka.

dari awal lagi, apabila surat khabar melagakan wajah Mohd Abdul Wahid Endut dengan wajah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh...kejernihan itu nampak jelas pada wajah Mohd Abdul Wahid Endut. Kenapa? Tepuk dada, tanya selera.

Persoalan yang sehingga kini membelenggu dalam pemikiran saya mengenai calon BN ialah kenapa sampai Pak Lah datang ke Terengganu dan membuat kenyataan menyatakan Datuk Wan Ahmad Farid bukan sombong?

Tentulah Pak Lah menerima laporan daripada orang ramai dan ahli mengenai kesombongan pemimpin UMNO. Inilah yang saya perkatakan diawal topik ini. Hahahaha...

AL-FATIHAH

Penggiat sastera Sazalee Yacob meninggal dunia

KOTA BHARU 18 Jan - Penggiat sastera tanahair, Sazalee Yacob, 47, meninggal dunia pada pukul 6.50 pagi ini akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Badak Mati di sini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Hanipah Nok, 44, seorang guru dan empat anak yang berusia 16 hingga 22 tahun.

Allahyarham Sazalee mulai aktif dalam kegiatan sastera sekitar sejak tahun 80-an dengan menghasilkan puisi, cerpen yang turut memberikan kemenangan kepadanya dalam pelbagai sayembara di peringkat kebangsaan. - Utusan

Jumaat, 16 Januari 2009

Kasih dan Cinta mengalahkan semuanya...




















Untuk Sahabat-sahabat ku, ini sebuah kisah yang menyentuh hati.
Tuhan itu Maha Adil dan Maha Penyayang, bagaimana mengisahkan sepasang suami isteri dalam keluarga yang hidup sangat sederhana.
Melihat sosok tubuh suaminya, boleh dikatakan dia seorang lelaki yang cukup sempurna terutama dari segi penampilannya, tetapi dia mempunyai seorang isteri yang mempunyai jauh berbeza dari segi fizikalnya.
Isterinya tidak mempunyai kaki dari hujung jari hingga ke paha. Bahkan beliau langsung tidak memiliki punggung iaitu bahagian dari pangkal paha hingga pinggang).
Sudah tentulah keadaannya amat menyulitkan untuk dua duduk kerana tidak memiliki alas di bawah pinggang. Tetapi, itulah kebesaran Tuhan. Dia mengurniakan wanita itu memiliki suami yang cukup sempurna dan muda serta memiliki sekeping hati yang bersih dan murni untuk memiliki serta mengasihi seorang wanita yang cacat fizikal.
Hasil perkahwinan pasang suami isteri itu, mereka dikurniakan dua anak yang sangat sempurna.

Isnin, 12 Januari 2009

Mangsa rejim puspasari

Rumah saya di Lubok Jong, Pasir Mas yang kira-kira lapan tahun lalu saya jual kepada seorang kontraktor Puspasari, telah pun melalui proses pelelongan dan bertukar milik kepada pembeli baru, kelmarin.

Rumah itu, yang dijual dengan hanya berdokumenkan lisan antara saya dengan Rosdi Mahmad (bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas), juga atas kepercayaan, tidak dilangsainya sebagaimana perjanjian menyebabkan berlaku tunggakan dan saya dikenakan tindakan oleh RHB Bank.

Berikutan tunggakan itu, saya dihadapkan ke mahkamah oleh pihak bank menuntut saya melangsaikan tunggakan berjumlah RM39,+++ dalam tempoh tertentu bagi mengelak rumah berkenaan dilelong.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak tu dan terpaksa akur dengan tindakan mahkamah mengeluarkan arahan agar rumah itu dilelong dan kuasa melelongnya diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.

Di Pejabat Tanah kelmarin, satu sesi pelelongan rumah itu diadakan tepat jam 10 pagi. Saya melihatnya dengan penuh kesayuan apabila alamat rumah disebut dan diletakkan pada harga lelong RM20,000.

Kalau saya tahu dari awal lagi kontraktor itu tidak mahu menyambung bayar dan dia akan memperlakukan begini ke atas diri saya dan rumah itu, nescaya saya tidak sekali-kali akan menjual kepadanya. Dan perkara ini tentunya tidak akan berlaku.

Kini riwayat rumah itu telah tamat. Ia telah berpindah milik, dengan saya menanggung kerugian besar dan malu. Dahla rumah hilang begitu sahaja, saya pula terpaksa menanggung baki hutang bank. Inilah akibatnya kalau terlalu percayakan orang politik yang terlibar dalam politik kerana wang, bukan kerana perjuangan.

Apapun, saya sentiasa berdoa semoga Rosdi dan empayar bisnesnya akan menerima pembalasan Allah.

Walaupun seorang kawan yang warak berkata, tak baik kita mendoakan kejahatan atau keburukan kepada orang lain. Tetapi rasanya tidak adil kalau dia senang lenang dengan kereta mewah, rumah besar dan duit banyak bagai daun kayu, sedangkan saya hidup merana, menanggung beban hutang dan kehilangan rumah.

Adilkah?

Khamis, 8 Januari 2009

Siapa saja presiden AS, sama saja















Inilah syaitan syaitan laknatullah yang menghirup darah umat Islam.

Sesiapa sahaja yang dipilih menjadi presiden laknatullah bagi Amerika Syarikat atau perdana menteri laknatullah bagi Britain, MESTI atau WAJIB memberi sokongan kepada rejim zionis yang dikuasai yahudi.

Mana-mana calon laknatullah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden atau perdana menteri bagi kedua-dua negara itu, jika mereka tidak memberi sokongan kepada rejim zionis @ yahudi, jangan bermimpi atau jangan harap mereka akan menang atau dipilih sebagai pemimpin nombor satu Amerika atau Britain.

Sejarah menunjukkan setiap presiden laknatullah Amerika mahupun perdana menteri laknatullah Britain yang memberi jaminan dan sokongan kuat kepada rejim zionis, mereka akan menang mudah tanpa perlu menghadapi cabaran untuk memegang jawatan tertinggi itu.

Begitu hebat dan kuat pengaruh zionis @ yahudi.

Sebab itu, pada saya, baik Jimmy Carter ataupun Ronald Reagan, George WW Bush ataupun anak laknatnya, Goerge Bush dan selepas ini Barack Obama laknatullah, mereka adalah sama. Mereka tidak akan sekali-kali membantah pembunuhan kejam Israel ke atas
rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Malah, setiap kali media memaparkan mayat-mayat rakyat Palestin bergelimpangan, mereka akan ketawa semahu-mahunya, mereka akan terus memberi sokongan dan semangat kepada rejim zionis supaya terus membunuh membunuh dan membunuh.

Jadi, saya amat sedih jika ada di kalangan rakyat Malaysia memberi sokongan secara terbuka kepada kemenangan Obama. Kononnya, dasar Obama lebih terbuka dan lembut sedikit daripada dasar bekas presiden AS sebelum ini.

Sebenarnya tidak. Obama tidak bodoh untuk mengubah dasar AS yang dikuasai seratus peratus oleh yahudi. Malah dia berterima kasih kepada yahudi kerana memilihnya sebagai presiden.

Bagi yahudi, presiden AS dan perdana menteri Britain adalah barang mainan mereka, kuda tunggangan mereka dan boneka mereka.

Isnin, 5 Januari 2009

Kaum Yahudi laknatullah ditelan bumi

video

Ya, kenapa saya utamakan DUIT

Assalamualaikum tetamu dihormati...

Saya menerima banyak SMS daripada rakan-rakan bertanyakan kenapa saya tidak ada azam baru dan apa itu 'performance plan'. Saya tidak dapat menjawabnya kerana terasa amat susah untuk menjelaskannya secara lisan mahupun bertulis.

Yang penting, tahun ini saya nekad untuk lebih mengutamakan DUIT. Bagi saya tanpa DUIT, hidup saya tidak akan lengkap. Biarlah rakan-rakan nak tuduh saya lupa akhirat kerana nak kejar DUIT semata-mata pun. Tuduhlah. Saya tak kisah dan saya tak marah.

Saya dapat rasakan DUIT tersangat penting pada saya dan segelintir orang-orang bersikap serta bersifat seperti saya. Itu yang saya kejar, kejar dan kejar. sesiapa yang tidak ada DUIT, saya tak akan berkawan dengannya. Saya rasa amat hina dan satu kerugian besar berkawan dengan mereka yang tak ada DUIT.

Ada rakan-rakan kata saya ego, lupa daratan, pentingkan DUIT daripada persahabatan. Ya... katalah... tuduhlah. Memang saya tidak akan berkawan dengan mereka yang miskin DUIT. Saya tidak akan berkawan dengan golongan ini sebab saya takut terjebak dalam kancah kemiskinan hati dan jiwa.

Saya mahu bebas dari segala-gala kemiskinan, sebab itu saya telah kiblatkan diri saya kepada DUIT iaitu Doa, Usaha, Iltizam dan Takwa.

Tak salahkan....

Jumaat, 2 Januari 2009

Tragedi 1 dan 2 Jan 2009 - Berita kemalangan ngeri yang meragut 10 nyawa di Gua Musang di bawah berita ini...
















KUALA LIPIS (PAHANG) - Seramai 600 penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Kuala Lumpur - Kelantan terkandas di Kilometer 208.75, dekat Kampung Lentang, apabila tergelincir selepas merempuh tanah runtuh di laluan itu.

Dalam kejadian antara jam 5 pagi hingga 5.30 pagi itu menyebabkan empat gerabak hadapan kereta api berkenaan tergelincir daripada landasan.

Keadaan gelap dan kadar penglihatan terhad menyebabkan kedua-dua pemandu tidak nampak ada tanah runtuh menghalang laluan landasan itu.

Akibatnya kereta api itu gagal diberhentikan kerana bimbang akan membahayakan penumpang lain lalu merempuh tanah itu.

Selepas rempuhan itu, empat gerabak paling hadapan tergelincir dan terjatuh ke kanan landasan.

Kejadian dijangka lebih buruk jika tiada bukit di kanan landasan kerana berhampiran bukit itu ialah Sungai Jelai.

Dua pemandu kereta api, Japri Jaapar, 35, dari Kuala Krai dan Mohd Nasir Abd Rahman, 42, dari Gemas, Negeri Sembilan mengalami kecederaan di kepala.

Semua penumpang dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Buat sementara waktu, laluan Gemas-Kelantan tidak dapat digunakan seperti biasa berikutan kerja pengalihan gerabak dilakukan.

KTM Berhad menjangkakan kerja pengalihan tanah, pembersihan dan pengalihan tren yang tergelincir akan selesai pada jam 2 petang ini.

Tragedi pilu 2009 (Al-Fatihah dan takziah)



















GUA MUSANG 2 Jan – 10 termasuk seorang bayi berusia satu tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 21 Bukit Sejuk, Gua Musang, Kelantan pada kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Kemalangan ngeri itu membabitkan masing-masing sebuah kereta jenis Perodua Kancil, Kenari dan Nissan Murano.

Lapan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, seorang meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital dan seorang lagi meninggal sebaik sahaja sampai di Hospital Gua Musang.

Siasatan awal mendapati, kejadian dikatakan akibat kecuaian salah seorang daripada pemandu kenderaan, sama ada pemandu Nissan Murano, Kancil dan Kenari yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku apabila kereta Kenari dan Kancil dari arah Gua Musang ke Kuala krai cuba memotong antara satu sama lain, tetapi gagal, manakala kereta Nissan Murano dari arah Kota Bharu cuba mengelak dan terbabas ke sebelah kiri jalan.

Anggota bomba dan orang awam turut membantu polis mengeluarkan mangsa-mangsa terlibat dalam kemalangan itu sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang.

Mereka yang meninggal ialah lima daripada kereta Kancil dan lima daripada kereta Kenari termasuk pemandu kedua-dua kereta berkenaan.

Mangsa yang cedera pula seorang kanak-kanak yang menaiki kereta Kancil dan empat penumpang termasuk pemandu Nissan Murano.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Law Sin Eik, 60; pemandu Kenari, Lee Bee Seng, 51; Shareen Lau Ming Min, 15; Lau Chan Soom, 79, dan Hoo Kim Hum, 87, dipercayai daripada satu keluarga dan semua mereka berasal dari Pasir Mas.

Lima lagi yang terbunuh ialah penumpang Kancil yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dan dikenali sebagai Hasliza Mat Zin, 33; (pemandu Kancil) Maziatul Shah Lia Mat Zin, 30; Mohd Rolizah Yuswa Abd Rahim, 12; Norashidah Abd Rahim (umur belum diketahui) dan Nor Shasha Abd. Rahim, 5 tahun.

Yang cedera ialah Tan Chee Hua, 35; Phua Thien Ho, 35; (Pemandu Murano), Wang Kee Hai, 21, dan Law Soon Lee. Semua mereka dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Khamis, 1 Januari 2009

Reformasi dalam kerja

Hari ini 1hb Januari 2009. Hari pertama tahun baru. Dan hari pertama saya memangku tugasan ketua untuk menyiapkan penerbitan Edisi Utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis).

Hari ini juga berlaku pertukaran besar-besaran staf di lima edisi. Pertukaran ini adalah untuk memantapkan penerbitan akhbar Sinar Harian. Kita tidak boleh selama-lamanya berada di satu edisi kerana boleh menyebabkan idea kita terkongkong.

Begitu juga kalau seseorang itu agak lama memegang jawatan ketua eksekutif di sesebuah agensi dan jabatan, ia boleh menyebabkan agensi dan jabatan berkenaan hilang keceriaan.