Sabtu, 31 Mei 2008

Memahami politik Ezam (imbas kembali)

Akhir-akhir ini, penganalisis membuat telahan dan tuduhan mengenai perpaduan Melayu yang menyaksikan penarikan diri beberapa pemimpin Parti Keadilan Nasional (PKR).

Daripada cara media melaporkan berita, kita boleh mendalami gaya berfikir penganalisis berkenaan yang mencorakkan perdebatan dan tanggapan, termasuk ‘’slant’’ berita yang kita tatapi di akhbar setiap hari.

Dalam proses pengukuhan demokrasi adalah penting kita tidak telan bulat-bulat hujah pihak yang berkepentingan.

Persoalan perpaduan Melayu , contohnya, menarik minat penganalisis termasuk yang dipengaruhi bermacam-macam kepentingan.

Seorang penganalisis dalam akhbar The Sun membuat kesimpulan bahawa ada yang tidak bersetuju diadakan perpaduan Melayu memandangkan Malaysia merupakan negara pelbagai kaum.

Tulisan beliau juga membangkitkan persoalan sama ada perjumpaan pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Keadilan hanyalah bagi menyelamatkan UMNO.

PKR dalam mesyuaratnya menolak pelawaan UMNO, walaupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu sudah nyatakan persetujuan beliau.

Keadilan kini terpaksa memberi penerangan kepada orang Melayu, kenapa parti tersebut membelakangkan perpaduan Melayu yang menjadi penentu kestabilan politik negara.

Dari awal lagi sudah nampak tanda-tanda penolakan ini.

Mohamad Ezam Mohd. Noor (bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) nampaknya menentang usaha perpaduan Melayu.

Dalam surat terbuka beliau kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang saya baca dalam Internet, Ezam berkata: "... pemerintah hari ini tidak ada wibawa dan kredibiliti."

"Mereka tidak layak untuk membawa sebarang usaha murni sekiranya sebahagian besar rakyat tidak punya keyakinan terhadap kemurnian niat dan tindakan mereka disebabkan rekod buruk mereka kebelakangan ini."

Seperti juga Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar yang bertegas tidak mahu debat beliau dengan Datuk Hishammuddin Tun Hussein ditangguhkan, Ezam adalah ahli parti politik pembangkang yang gigih berusaha melemahkan parti yang memerintah.

Ezam dan Mahfuz mahu menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Oleh itu, Ezam terutamanya, gigih membuat tuduhan.

Mereka tahu karier politik mereka seterusnya bergantung pada keberkesanan mencemarkan imej kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat kini mempunyai tugas - membezakan karier politik Ezam dengan kebenaran. Jurang antara tuduhan-tuduhan Ezam dengan perkara sebenar begitu luas.

Setakat ini belum ada satu usaha mengkaji dan menghuraikan setiap tuduhan, kenyataan dan tindak-tanduk ahli politik seperti Ezam. Ini kerana cara berpolitik Ezam agak baru di Malaysia.

Sebagai pemerhati politik, saya sudah lama mengkaji tindak-tanduk Ezam. Seperti hujah saya dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam ruangan Saturday Forum, New Straits Times, Ezam adalah pengamal politik populisme.

Beliau berusaha keras mengarahkan tumpuan rakyat terhadap sasaran yang dianggap mudah dipengaruhi. Beliau bermula dengan dakwaan bahawa terdapat enam kotak dokumen rahsia yang bakal menggegarkan negara.

Dalam setiap kenyataannya, Ezam cuba menyerang kewibawaan kerajaan. Tuduhan beliau tidak didukung oleh fakta dan bukti, tetapi beliau teruskan juga serangan.

Ada baiknya orang seperti Ezam terlibat dalam kancah politik. Ia (seharusnya) membuatkan kita berfikir, terutama mengenai strategi politik dan kenapa seseorang ahli politik bertindak dan berkata demikian.

Kematangan politik akan mengubah gaya berpolitik kerana mereka yang bertindak seperti Ezam dan Mahfuz tidak lagi boleh membuat tuduhan melulu.

Contohnya, orang ramai akan bertanyakan Ezam: "Kenapakah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang telah menulis surat kepada pemimpin Pas dan Keadilan tidak boleh memulakan usaha murni.

"Siapakah Ezam untuk menghukum kemurnian niat seseorang pemimpin?

Ezam dan Mahfuz tahu bahawa mereka kini menentang dengan arus terbaru - rata-rata orang Melayu mahukan usaha perpaduan Melayu dilakukan dan mereka mahu melihat proses ini berjaya.

Akhir-akhir ini, penganalisis membuat telahan dan tuduhan mengenai perpaduan Melayu yang menyaksikan penarikan diri Parti Keadilan Nasional.
Daripada cara media asing melaporkan berita, kita boleh mendalami gaya berfikir penganalisis Barat yang mencorakkan perdebatan dan tanggapan, termasuk ‘’slant’’ berita asing yang kita tatapi di akhbar setiap hari.
Dalam proses pengukuhan demokrasi, adalah penting kita tidak telan bulat-bulat hujah pihak yang berkepentingan.
Persoalan perpaduan Melayu di Malaysia, contohnya, menarik minat penganalisis termasuk yang dipengaruhi bermacam-macam kepentingan. Seorang penganalisis dalam akhbar The Sun membuat kesimpulan bahawa ada yang tidak bersetuju diadakan perpaduan Melayu memandangkan Malaysia merupakan negara pelbagai kaum. Tulisan beliau juga membangkitkan persoalan sama ada perjumpaan pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Keadilan hanyalah bagi menyelamatkan UMNO. Keadilan dalam mesyuarat penting pada Isnin lalu menolak pelawaan UMNO, walaupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebelum itu sudah nyatakan persetujuan beliau. Keadilan kini terpaksa memberi penerangan kepada orang Melayu, kenapa parti tersebut membelakangkan perpaduan Melayu yang menjadi penentu kestabilan politik negara.
Dari awal lagi sudah nampak tanda-tanda penolakan ini. Sahabat saya, Mohamad Ezam Mohd. Noor (kami sama-sama belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) nampaknya menentang usaha perpaduan Melayu. Dalam surat terbuka beliau kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang saya baca dalam Internet, Ezam berkata: ‘’... pemerintah hari ini tidak ada wibawa dan kredibiliti.’’
‘’Mereka tidak layak untuk membawa sebarang usaha murni sekiranya sebahagian besar rakyat tidak punya keyakinan terhadap kemurnian niat dan tindakan mereka disebabkan rekod buruk mereka kebelakangan ini.’’
Seperti juga Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar yang bertegas tidak mahu debat beliau dengan Datuk Hishammuddin Tun Hussein ditangguhkan, Ezam adalah ahli parti politik pembangkang yang gigih berusaha melemahkan parti yang memerintah. Ezam dan Mahfuz mahu menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Oleh itu, Ezam terutamanya, gigih membuat tuduhan. Mereka tahu karier politik mereka seterusnya bergantung pada keberkesanan mencemarkan imej kerajaan Barisan Nasional. Rakyat kini mempunyai tugas - membezakan karier politik Ezam dengan kebenaran. Jurang antara tuduhan-tuduhan Ezam dengan perkara sebenar begitu luas.
Setakat ini belum ada satu usaha mengkaji dan menghuraikan setiap tuduhan, kenyataan dan tindak-tanduk ahli politik seperti Ezam. Ini kerana cara berpolitik Ezam agak baru di Malaysia. Sebagai pemerhati politik, saya sudah lama mengkaji tindak-tanduk Ezam. Seperti hujah saya dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam ruangan Saturday Forum, New Straits Times (Sabtu, 6 November), Ezam adalah pengamal politik populisme. Beliau berusaha keras mengarahkan tumpuan rakyat terhadap sasaran yang dianggap mudah dipengaruhi. Beliau bermula dengan dakwaan bahawa terdapat enam kotak dokumen rahsia yang bakal menggegarkan negara. Dalam setiap kenyataannya, Ezam cuba menyerang kewibawaan kerajaan. Tuduhan beliau tidak didukung oleh fakta dan bukti, tetapi beliau teruskan juga serangan.
Ada baiknya orang seperti Ezam terlibat dalam kancah politik. Ia (seharusnya) membuatkan kita berfikir, terutama mengenai strategi politik dan kenapa seseorang ahli politik bertindak dan berkata demikian. Kematangan politik akan mengubah gaya berpolitik kerana mereka yang bertindak seperti Ezam dan Mahfuz tidak lagi boleh membuat tuduhan melulu.
Contohnya orang ramai akan bertanyakan Ezam: ‘’Kenapakah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang telah menulis surat kepada pemimpin Pas dan Keadilan tidak boleh memulakan usaha murni. ‘’Siapakah Ezam untuk menghukum kemurnian niat seseorang pemimpin?
Ezam dan Mahfuz tahu bahawa mereka kini menentang dengan arus terbaru - rata-rata orang Melayu mahukan usaha perpaduan Melayu dilakukan dan mereka mahu melihat proses ini berjaya. - S

Satu lagi tindakan bodoh seorang menteri. Ikuti kisahnya:-


Kerana prinsip… Menteri Belia dan Sukan minta Mokhzani letak jawatan.

Begini kisahnya:-
1. Majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah diadakan di podium Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya petang Jumaat lalu.
2. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir.
3. Majlis itu sepatutnya bermula jam 4.30 petang dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
4. Bagaimanapun, di tingkat atas bangunan kementerian itu, Ismail Sabri sedang mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementeriannya bermula jam 3 petang lagi dan berlarutan sehingga jam 6 petang.
5. Di tingkat bawah pula, setelah menunggu sehingga jam 5 petang, majlis itu terpaksa dimulakan tanpa kehadiran menteri.
6. Akhirnya mengapa Ismail Sabri tidak muncul walaupun majlis berkenaan cuma di bawah bangunan itu saja terjawab ketika sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-kabinetnya.
7. Katanya, dia tidak hadir kerana semata-mata soal prinsip. Ini kerana, katanya, tindakan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu umum keluar UMNO pada 21 Mei lalu.
8. Mokhzani ialah ahli UMNO Bahagian Merbok.
9. Mokhzani umum keluar UMNO sebagai mengikut jejak bapanya yang umum keluar parti pada majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star pada 19 Mei kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri.
10. Kata Ismail Sabri , "secara prinsipnya", bila Mokhzani keluar daripada UMNO kerana tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, itu bermakna beliau (Mokhzani) juga tidak yakin dengan saya (Ismail) sebagai menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri".
11. "Jadi mengapa saya perlu menghadiri majlis tersebut. Bukannya saya tidak suka sukan permotoran, tetapi sebagai menteri kerajaaan, tidak kenalah... bila Mokhzani turut hadir," kata Ismail.
12. Serentak dengan itu beliau meminta Mokhzani supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi SIC atas alasan jawatan itu adalah hak kerajaan.
13. "Jawatannya itu adalah hak kerajaan. Bila dia (Mokhzani) keluar UMNO, secara prinsipnya, beliau kena lepaskan jawatan dalam kerajaan," katanya merujuk kepada SIC yang merupakan anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.
14. Sementara itu, Mokhzani yang juga bekas Bendahari Pemuda UMNO berkata, beliau tidak akan letak jawatan kerana tiada arahan daripada MAHB atau Kementerian Kewangan.
15. Katanya, Ismail Sabri sepatutnya merujuk soal peletakan jawatan kepada MAHB atau Kementerian Kewangan.
16. "Sehingga kini, selepas keluar UMNO pada awal Mei, tiada arahan bagi saya melepaskan jawatan sekarang.
Oleh itu, saya tetap menjalankan tugas sebagai Pengerusi SIC," katanya.
17. Beliau berkata, jika Perdana Menteri sendiri mahu beliau berhenti, Abdullah mempunyai hak berbuat demikian melalui 'surat peletakan jawatan tanpa tarikh' yang diserahkannya pada 2006.
18. "Menjadi amalan saya, bila saya dilantik ke jawatan sukarela sebagai Pengerusi SIC... tanpa gaji, pada masa sama, saya menyerahkan surat peletakan jawatan, tetapi tanpa tarikh.
19. Apa yang perlu dilakukan ialah mengisi tarikhnya sahaja," katanya.
20. Mokhzani dilantik menjadi Pengerusi SIC pada 2003 menggantikan Tan Sri Basir Ismail yang merupakan Pengerusi SIC yang pertama.
Dalam perkembangan berkaitan, Tun Dr Mahathir Mohamad kata, jawatan yang dipegangnya di Petronas dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Katanya, bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein dulu adalah Pengerusi Petronas sekalipun tidak sertai UMNO (baru).
Beliau sendiri tidak akan letak jawatan walau sudah keluar UMNO kecuali ‘ditendang’, kata Dr Mahathir ketika menjawab soalan wartawan selepas menghadiri forum politik di Petaling Jaya.
Mengulas mengenai anaknya Datuk Mukhriz akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana melanggar disiplin parti bertelingkah dalam akhbar, Dr Mahathir kata, beliau tak percaya pada lembaga itu.
Bekas Perdana Menteri itu bagi contoh kesnya masa bertanding nak jadi perwakilan UMNO Kubang Pasu dulu. Katanya, walaupun ada laporan berlaku sogokan, tetapi lembaga itu kata tak ada kes.

UMNO pupus tahun 2013

Umno pupus tahun 2013 jika Abdullah masih PM - Sanusi Junid
Seronok membaca kenyataan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid mengenai Umno.


Dalam kenyataannya itu, dia mendakwa Umno bakal pupus dan lenyap pada tahun 2013 jika tampuk pemerintahan negara masih terus dipegang oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau membuat jangkaan itu berdasarkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar daripada Umno.

"Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. Kalau macam sekarang, habis pilihan raya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.

"Jika ianya berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya.

Di tanya alasan beliau yang turut mengisyhtiharkan diri keluar parti, Sanusi berkata, tidak ada faedahnya beliau terus berada dalam Umno, jika tidak menampakkan sebarang perubahan, bahkan beliau tidak sanggup berada dalam parti yang mencaci bekas pemimpinnya seperti Tun Mahathir.

Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno.

Lebih baik pihak lain (merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah) yang menggalas tugas sebagai Perdana Menteri berbanding Abdullah kerana individu tersebut masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

Sudah terbukti dalil-dalil yang menunjukkan dasar kepimpinan Abdullah begitu lemah sehingga situasi terkini orang mula mempersoalkan Raja-raja Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.

Waktu Tun lantik dia (Abdullah) sebab nampak dia baik, bersih. Itu tak salah Tun Mahahtir. Rakyat juga percaya dia ‘Mr Clean’ sehingga tahun 2004, BN cipta rekod kemenangan manakala tahun 2008 BN pegang rekod kekalahan pula.

Masa menang 2004, dia kata faktor dia sahaja, tetapi bila kalah 2008, dia kata bukan salah dia seorang. Kenapa dia tak mengaku pula?" kata Sanusi.

Itulah Pak Lah.

Selasa, 27 Mei 2008


‘Saya kuatkan semangat’
KUALA LUMPUR: “Saya akan kuatkan semangat sekiranya keluarga saya juga berbuat begitu,” itu luahan Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 23, yang kecewa selepas dimaklumkan rayuan terakhir kesnya ditolak Mahkamah Agung Jepun, Selasa lalu.
Raja Munirah yang kini ditahan di Pusat Tahanan Kosuge, dekat Tokyo, selepas didapati bersalah cuba menyeludup dadah ke negara itu kira-kira satu setengah tahun lalu, didakwa mengikut Artikel 405 Kanun Prosedur Jenayah Jepun yang tidak membenarkannya mengemukakan sebarang rayuan lagi.
Wanita itu yang meluahkan perasaan sedihnya kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Risa Kumano yang melawatnya Rabu lalu, kini perlu menjalani hukuman penjara enam tahun sembilan bulan bermula sejak dia ditahan 20 Disember 2006.
Peguamnya, Rosal Azimin Ahmad, berkata anak guamnya akan dipindahkan ke penjara lain di luar Tokyo dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Isnin, 26 Mei 2008

Lepas ni Pulau Pisang pula akan dituntut Singapura


Memang wajar beri semua pulau-pulau yang ada di perairan negara ini kepada Singapura. Malaysia sudah kaya. Apabila kaya, Malaysia tidak lagi mempedulikan pulau-pulau yang ada. Hatta, kalau Singapura membina rumah api pun di mana-mana pulau yang mereka kehendaki pun Malaysia tidak akan peduli.
Inilah yang berlaku ke atas Pulau Batu Putih dan tidak lama lagi Pulau Pisang pula. Bukti kerajaan Malaysia tidak berminat kepada Pulau Pisang sudah jelas. Dengan wujudnya rumah api yang dibina oleh kerajaan Singapura di pulau itu sudah cukup jelas.
Malaysia kini sibuk. Kesibukannya menyebabkan kerajaan tidak sempat hendak mengambil tahu atau mengurus pulau-pulau yang ada dalam perairan atau dalam kedaulatannya. Semuanya dibiarkan terbiar tanpa diusaha atau dimajukan.
Malaysia hanya akan menyedari atau kalut untuk mengaku pulau berkenaan adalah miliknya apabila kerajaan Singapura membuat tuntutan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mendapatkan hak kedaulatannya. Ketika itu barulah kerajaan Malaysia celik mata. Malangnya, semuanya itu sudah terlambat.
Itulah nasib yang menimpa Pulau Batu Putih. Langsung tidak ada sebarang tindakan susulan diambil oleh kerajaan Malaysia. Contohnya, mahu mengemukakan rayuan atau mencari sebarang keraguan munasabah (prima facie) ke atas keputusan itu.
Setiap keputusan yang diputuskan mahkamah bukan bermakna ia keputusan muktamad. Sebaliknya, kerajaan ada hak untuk membuat rayuan. Jika rayuan itu ditolak, barulah boleh dianggap keputusan mahkamah itu sebagai muktamad.
Setelah ICJ memutuskan keputusannya bahawa Pulau Batu Putih adalah hak mutlak Singapura, tidak ada pun usaha mempertahankannya. Malah kerajaan menunjukkan sikap hambar terhadap keputusan itu. Ini jelas menunjukkan dari awal lagi kerajaan tidak berminat ke atas pulau berkenaan.
Kalau kerajaan berminat, tentu mereka akan pertahankan kedaulatan pulau itu. Tetapi ini tidak berlaku. Malah semua pemimpin sepakat mengeluarkan kenyataan akur dengan keputusan ICJ. Itu sahaja.
Kerajaan Singapura ketawa berdekah dekah dengan kebodohan Kita. Mereka kini berpesta keriangan atas kemenangan mudah yang diperolehnya. Selepas ini mereka berkira-kira untuk menuntut pulau lain pula. Adakah Pulau Pisang? Tepuk dada tanya selera.

Ahad, 25 Mei 2008

Kedaulatan Pulau Batu Puteh: Kerangka minda di sebalik tuntutannya

Ruhanie Ahmad:
Sejarah membuktikan Pulau Batu Puteh - biar hanya sebesar padang bola - adalah milik Kesultanan Johor. Pulau ini adalah warisan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka.

Malangnya, pada 23 Mei 2008, kedaulatan pulau ini telah dengan rasminya dirampas daripada Malaysia dan diserahkan kepada Singapura berasaskan pelbagai fakta bukan sejarah.

Fakta-fakta inilah yang telah dihurai, dikupas, dipertikai dan diwarnakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengikut cita rasa segelintir kuasa neoimperialis tertentu yang berkepentingan terhadap kegunaan strategik pulau berkenaan di bawah Singapura.

Ini bermakna, kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh tidak akan tergadai jika fakta bukan sejarah tidak dijadikan asas utama tuntutan Singapura.

Ini bermakna, Singapura yang disifatkan sebagai sahabat Malaysia, jelas tidak menghormati fakta sejarah bila ia menuntut kedaulatan pulau tersebut.

Ini bermakna, ketulenan persahabatan Singapura terhadap Malaysia adalah sesuatu yang perlu sentiasa dikaji dan sentiasa dicurigai.

Ini juga bermakna, fakta sejarah tidak boleh dijadikan jaminan tunggal untuk Malaysia mempertahankan kedaulatan mana-mana wilayahnya yang berhampiran Singapura di hari muka.

Daripada hujah di atas, Singapura seolah-olah menuntut kedaulatan Pulau Batu Puteh berasaskan kerangka minda bahawa mana sahaja wilayah jiran tetangganya yang difikirkan strategik kepada survivalnya, boleh dituntut dan dijadikan miliknya, asalkan wujud undang-undang dan ruang perundangan yang boleh diheret hingga ke ICJ.

Kerangka minda seperti ini adalah manifestasi betapa rakus dan betapa terdesaknya pulau kecil ini untuk menguasai ruang dan bumi yang lebih besar dan luas di luar lingkungan kedaulatannya bagi menampung penduduknya yang dipercayai berkembang hingga 10 juta orang di hari mendatang.

Insaflah. Republik pulau ini adalah sekutu Israel dan Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara.

Lantas, mustahilkah jika Pulau Batu Puteh suatu hari kelak ditukar menjadi satu kompleks ketenteraan yang canggih dan moden demi memenuhi kepentingan strategik dan kepentingan geopolitik sekutu-sekutunya di abad ke-21 di rantau Asean?

Kita mesti sentiasa tegas dan waspada. Kita juga mesti berani bersuara bahawa walau keputusan ICJ memang muktamad, ini tidak bermakna kita mesti merelakannya atau mesti tunduk kepada Singapura.

Hakikatnya, di bumi Malaysia kini masih terdapat pelbagai lagi kepentingan strategik Singapura, termasuklah beberapa loji takungan air di Johor.

Siapa boleh menjangka suatu hari nati, atas asas undang-undang, lokasi ini juga mungkin diheret ke ICJ supaya kedaulatannya diserahkan kepada Singapura?

Pertanyaan ini memang keterlaluan. Tetapi, tindakan Singapura menuntut kedaulatan Pulau Batu Puteh juga adalah sesuatu yang mustahil jika republik itu benar-benar tulen dalam merangka, memelihara dan menghargai persahabatannya dengan kita.

Jadi, tidakkah sikap "hati kering" negara itu perlu sentiasa dicurigai dan dicemburui sepanjang hayat? Atau, mestikah kita perlu adakan majlis jamuan makan durian dan golf bilateral pada setiap tahun dengan Singapura?

Perlukah ada lagi pembesar kita mengelirukan rakyat jelata dengan menyifatkan keputusan ICJ kononnya "kemenangan bersama" kepada Malaysia dan Singapura?

Perlukah Perdana Menteri kita meluahkan retorika diplomasi kononnya yang "menang pun tak menang semua" dan yang "kalah pun tak kalah semua" kerana "itulah keadilannya" dan "keadilan itu mestilah diakui"?

Kenyataan seperti di atas hanya mencerminkan kedangkalan segelintir pembesar kita dalam mentafsirkan perkembangan geopolitik serantau dan global dalam konteks survival negara-bangsa di hari muka.

Kenapa tidak ramai pembesar kita yang berani bersuara seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegur Singapura "supaya tidak angkuh dengan keputusan ICJ" itu.

Oleh itu, dalam kita kesedihan, wajarlah kita yakin bahawa Allah S.W.T memberikan kita kekalahan ini untuk menguji sejauh manakah kebijaksanaan kita mentafsirkan hikmah di sebalik kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

Allah S.W.T juga memberikan kekalahan ini untuk menduga kepintaran kita menyedari dan menginsafi wilayah mana lagikah yang boleh dirampas kedaulatannya daripada kita oleh pihak asing di hari muka.

Dengan keinsafan seperti ini, pembesar kita perlu cerdas berfikir dan pantas bertindak. Seluruh kepentingan strategik Singapura di Johor perlu dikaji semula supaya tidak memungkinkan "pisang berbuah dua kali" dalam konteks kedaulatan negara.

Kajilah keseluruhannya secara teliti, tegas dan profesional. Auditlah keseluruhannya untuk memastikan tiada cacat celanya. Demi agama, bangsa dan negara, jangan kita beri muka kepada mana-mana pihak yang amat licik untuk bermuka-muka!

Sesudah itu, pastikanlah bahawa seluruh pemimpin kita adalah kelompok yang faham, sensitif, pintar dan mampu mentafsir kerangka minda Singapura terhadap Malaysia supaya kefahaman itu membolehkan kita sentiasa menentingkan kedaulatan negara dan maruh bangsa bila berurusan dengan republik berkenaan di hari muka.

Kuasa Singapura terhad - Nelayan kita kini bebas memasuki Middle Rocks selepas 22 tahun dihalang

Noraini Abd. Razak melaporkan:-
THE HAGUE, Belanda 24 Mei – Nelayan-nelayan di Johor terutamanya di kawasan Pengerang yang dihalang selama 22 tahun daripada mendekati perairan Middle Rocks, kini bebas menangkap ikan di kawasan tersebut berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini semalam mengekalkan kedaulatan bentuk maritim itu kepada Malaysia.

Lebih daripada itu, Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge sejak tahun 1986 tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada Pulau Batu Putih semata-mata.

Ejen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, biarpun keputusan menyerahkan kedaulatan Batu Putih yang diakui oleh ICJ dari sudut sejarah adalah milik Kesultanan Johor (Malaysia) kepada Singapura dilihat oleh banyak pihak sebagai mendukacitakan tetapi hakikatnya, kedudukan nelayan-nelayan adalah lebih bebas berbanding sebelum ini.

Malah, katanya, Malaysia kini bebas dan mempunyai kuasa untuk melakukan pelbagai kegiatan di Middle Rocks dan perairan sekitarnya termasuk menempatkan kapal tentera laut, menjalankan kajian meteorologi dan mengawal ruang udara di kawasan tersebut - kesemuanya tidak dapat dilakukan sebelum ini.

''Keadaan akan menjadi lebih berfaedah apabila kita dengan penuh yakin dapat mengekalkan kedaulatan ke atas South Ledge berikutan kedudukannya yang begitu hampir dengan Middle Rocks.

''Berdasarkan pengamatan dan kajian terhadap kedudukan South Ledge, Malaysia amat yakin kita akan memperoleh satu lagi bentuk maritim menjadikan aktiviti kita di perairan tersebut lebih luas,'' katanya kepada wartawan Malaysia di sini, malam tadi.

ICJ dalam keputusannya semalam memutuskan bahawa kedudukan South Ledge hendaklah ditentukan menerusi rundingan antara Malaysia dan Singapura bagi menentukan di perairan negara mana ia terletak.

Sejak 1986 (selepas timbulnya pertikaian ke atas Pulau Batu Putih), Singapura telah menghantar kapal tentera lautnya ke pulau tersebut dan menjalankan rondaan tetap 24 jam di perairan ketiga-tiga bentuk maritim tersebut.

Keadaan itu telah menimbulkan ketegangan dan bahaya. Nelayan-nelayan Johor telah dihalau oleh pasukan peronda laut Singapura daripada perairan tradisional serta tempat pelindungan mereka di sekitar Pulau Batu Putih.

Kapal peronda Malaysia serta para pegawai-pegawainya juga tidak boleh mendekati bukan sahaja Pulau Batu Putih malah Middle Rocks dan South Ledge tanpa dihalang secara fizikal oleh kapal peronda Singapura.

Menurut Noor Farida, keputusan ICJ semalam juga sekali gus mengingatkan Singapura bahawa mereka kini tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenangnya di Pulau Batu Putih dan kawasan perairannya kerana kedudukan pulau itu yang terlalu hampir dengan Middle Rocks menuntut republik itu supaya lebih berhati-hati.

Tindak-tanduk seperti pemasangan radar di pulau berkenaan, jelas beliau, kini tidak lagi boleh dilakukan sesuka hati kerana ia perlu mengambil kira ‘jiran’ yang memiliki kedaulatan ke atas Middle Rocks.

Katanya, kesan keputusan ICJ itu mesti difahami oleh semua rakyat Malaysia terutamanya golongan nelayan bahawa ia bukanlah sesuatu yang merugikan biarpun Pulau Batu Putih terlepas kepada Singapura, malah kedudukan negara dari banyak aspek adalah lebih baik berbanding sebelum ini.

Beliau turut menarik perhatian keputusan ICJ yang menurutnya menamatkan kebimbangan Duta Tugas-Tugas Khas yang juga Ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad mengenai peluang wujudnya kuasa maritim baru di Selat Melaka dan Selat Singapura, apabila Middle Rocks kekal milik Malaysia.

Selain itu, katanya, penyerahan hanya Pulau Batu Putih kepada Singapura ternyata mengekalkan status quo republik itu terhadap pulau berkenaan selain memelihara segala perjanjian berhubung urusan persempadanan antara Malaysia dengan Indonesia.

“Begitu juga dengan cita-cita Singapura seperti yang diserlahkan dalam hujah bertulisnya untuk melakukan penambakan di sekitar Pulau Batu Putih ternyata tidak kesampaian kerana Middle Rocks kekal milik Malaysia begitu juga South Ledge yang pastinya akan bersama kita,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Institut Tamadun dan Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Nik Annuar Nik Mahmud yang bertindak sebagai salah seorang penyelidik bagi kes tuntutan bertindih itu berkata, keputusan ICJ semalam mesti dilihat dari sudut yang amat luas dan tidak mengehadkan kepada kehilangan Pulau Batu Putih semata-mata.

Katanya, keputusan majoriti 15-1 bagi Middle Rocks amat jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas bentuk maritim itu selain ICJ sendiri mengesahkan hak milik asal Pulau Batu Putih adalah di bawah kesultanan Johor, cuma kecuaian negara ialah tidak peduli apa yang dilakukan oleh British kemudiannya Singapura ke atas pulau tersebut.

‘‘Sejak tahun 1844 hingga 1953 Johor tidak pernah ambil tahu apa yang dilakukan oleh British dan Singapura ke atas pulau tersebut selain daripada menyelenggara Rumah Api Horsburgh. Tiada bantahan terhadap aktiviti yang menunjukkan Singapura berkuasa ke atas pulau tersebut, sebab itu kita kehilangan Pulau Batu Putih,” katanya.

Kecuaian itu, katanya, diburukkan lagi dengan surat Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang berbunyi ‘Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih’ yang sekali gus diputuskan oleh ICJ sebagai mengesahkan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih yang merupakan hak kesultanan Johor dipindahkan kepada Singapura.

Bagaimanapun, jelas beliau, keputusan ICJ mengekalkan kedaulatan Middle Rocks kepada Malaysia mempunyai rahmat yang amat besar kerana ia memberi kuasa kepada negara untuk mengimbangi kehadiran Singapura di Pulau Batu Putih. – Utusan

Sabtu, 24 Mei 2008

Oh Rafidah... Oh Hishamm

PADA 21 Jun 2002 ketika Tun Dr Mahathir sedang menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO, beliau dengan tiba-tiba terhenti seketika setelah kerongkongnya tersekat sebaik beliau menyebut akan bersara daripada parti dan kerajaan.

Belum pun sempat beliau meneruskan ucapannya, setelah tersekat, tiba-tiba dua balaci UMNO menyerbu ke arahnya sambil memujuk dan melontar pertanyaan, "Why Dato' Seri?" "Why?"... "Dato' Seri sabar Dato' Seri"... "Kita masih memerlukan Dato' Seri sebagai Presiden"...

Kenalkah pembaca suara siapa dan siapakah yang bersungguh-sungguh sekali melontarkan kata-kata manis bagai lembut gigi dari lidah itu? Tidak bukan, mereka ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Gambar kedua-dua ini pemimpin sayap inilah yang melindungi wajah Tun ketika itu. Muka kedua-dua balaci itulah yang terpapar lebih besar di dada akhbar berbanding wajah Tun yang ketika itu sedang menangis sedih kerana hendak meninggalkan UMNO.

Seluruh perwakilan yang ada dalam dewan PWTC ketika itu heboh. Keadaan dan suasananya seperti sebuah pasar yang digegarkan dengan letupan bom oleh pengebom berani mati.

Hingar bingar, riuh rendah dan kelam kabut, sehinggalah Pak Lah muncul di resteron memegang mikrofon dan membuat pengumuman minta semua bersabar dan dengan 'bersemangatnya' melaungkan "Kita mahu Dr Mahathir bersama kita"... "Kita berdiri teguh di belakang Dr Mahathir"... "Kita tidak mahu Dr Mahathir meletakkan jawatan".

Mungkin pembaca dapat bayangkan bagaimana suara Pak Lah ketika melaungkan kata-kata itu. Suaranya yang serak serak basah dan tidak jelas tutur katanya itu mendapat tepukan daripada para perwakilan. Perhimpunan agung ketika itu terhenti seketika kerana memberi laluan kepada Dr Mahathir berehat.

Hebat sungguh mesyuarat ketika itu. Keesokkan hari semua akhbar, dari arus perdana sehingga akhbar nyamuk menyiarkan di muka depan gambar Tun Dr Mahathir. Malangnya, wajah Tun tidak jelas kerana dilindungi oleh dua balaci (Rafidah dan Hisammuddin).

Rafidah yang hangat dengan 'AP' nya dan Hishammuddin yang hangat dengan isu 'yuran persekolahan percuma', tetapi bila buka sekolah, pelajar dan murid dikenakan bayaran 'masuk sekolah' melebihi RM100 tiap seorang.

Sekarang, apabila Tun bertindak keluar UMNO, kedua-dua balaci itu tidak lagi tampil memujuk atau menangis, sebaliknya mengkritik keras tindakan bekas presiden UMNO itu. Macam-macam tuduhan mereka lemparkan kepada Tun yang sebelum ini telah menaikkan mereka.

Rafidah dan Hishammuddin merupakan dua ahli UMNO yang paling lama memegang jawatan menteri. Kini mereka sudah lupa diri. Macam pelanduk lupakan jerat.

Ramai pemimpin UMNO kini bagai si Tanggang lupakan asal usul dan ibu yang melahirkan, membesarkan dan mengasuhnya dari kecil hingga besar. Apabila sudah besar, ibu dilupakan, dimaki.

Ingat, satu masa nanti, mereka juga akan menerima nasib yang sama. Jadi, jangan terkejut kalau diri mereka diperlakukan sebagaimana mereka memperlakukan Tun. Allah Maha Agung.

UMNO baru, jangan sokong membawa rebah

Manzaidi menulis:
SEBENARNYA UMNO, sebuah parti yang memperjuangkan orang Melayu sudah lama berkubur. ‘Jenazahnya disemadikan’ bersama-sama dengan jasad pengasas dan pemimpinnya, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Al-Fatihah.

UMNO yang ada sekarang, yang kecuh sepanjang masa dan tidak pernah sunyi daripada krisis itu ialah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1998 oleh mantan presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Parti yang menjadi rebutan golongan berpengaruh dan kaya raya itu ditubuhkan setelah Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO yang dilahirkan pada 1946 sebagai haram.

Serentak pengharaman UMNO 1946 dan penubuhan UMNO 1998, kedudukan orang Melayu tidak lagi seperti dahulu. Banyak perubahan atau anjakan paradigma tidak menguntungkan bangsa berlaku.

Perbezaan pendapat sesama sendiri, kaki bodek dan ‘yes boss’ tumbuh bagai cendawan selepas hujan, dan paling ketara ramai berlumba-lumba merebut jawatan bukan kerana hendak membela rakyat, tetapi untuk kepentingan diri.

Itu berlaku dalam UMNO baru. Sekarang parti itu sudah berusia 10 tahun, bukan 62 tahun seperti disangkakan. Keahlian pertama UMNO baru ialah Tun Dr. Mahathir, bukan Allahyarham Onn Jaafar , Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak atau Tun Hussein Onn.

Hakikat yang harus diterima ialah UMNO 1946 sudah bersemadi selama-lamanya bersama pejuang terdahulu.

Sepanjang tempoh 10 tahun, UMNO baru tidak pernah sunyi daripada kemelut, krisis dan perbalahan.

Berlaku pemecatan keahlian dan pengguguran Ketua-ketua Bahagian sewenang-wenangnya selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003, manakala pandangan dan teguran mantan pemimpin dicapkan sebagai melawan parti atau berpihak kepada pembangkang.

Semua itu berlaku bukan disebabkan salah laku pemimpin berkenaan, sebaliknya berpunca daripada sifat iri hati dan dengki yang menebal dalam hati serta wujud perasaan takut kepada bayang-bayang sendiri apabila melihat orang lain lebih popular daripada diri sendiri.

Itulah senario kepemimpinan dalam UMNO baru. Berbeza dengan UMNO 1946. Ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan nenek moyang kita sanggup berbalah atau bermasam muka hendakkan jawatan.

Malah, kalau dipilih oleh pucuk kepemimpinan parti sekalipun, mereka akan menolaknya dengan baik. Mereka membuat pengakuan secara terbuka bahawa mereka tidak mampu memikul tanggungjawab dan amanah parti.

Sekarang sikap, sifat dan prinsip itu sudah hilang dalam jiwa orang Melayu. Melayu yang ada sekarang ialah Melayu yang hatinya telah dikuasai sifat iri hati, sikap tamak haloba dan berprinsip biar orang lain jatuh, asalkan aku naik. Ini kenyataan. Ini yang berlaku dalam UMNO masa kini.

Justeru, peristiwa hitam bagi UMNO pada pilihan raya umum 8 Mac lalu membuktikan segala-galanya. Orang Melayu menunjukkan kemarahan mereka kepada UMNO dengan memberi kemenangan mutlak kepada parti pembangkang untuk mentadbir lima negeri termasuk Kelantan.

Post mortem menunjukkan kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan kerana hendak memberi kesedaran kepada kepemimpinan parti, tetapi malangnya isyarat itu ditepis oleh dengan 1001 alasan.

Mereka masih lagi menyatakan UMNO masih kuat. Melayu masih menerima UMNO dan UMNO masih parti ulung membela orang Melayu. Kuatkah sehingga lima negeri tumbang kepada pembangkang. Melayu terimakah sehingga pembangkang menang dan ulungkah parti kalau orang Melayu masih mundur.

Ini antara faktor kenapa Tun Dr. Mahathir keluar parti. Beliau berbuat demikian bukan kerana suka-suka, tetapi disebabkan kecewa amat sangat dengan kepemimpinan sekarang yang disifatkan tidak berjuang mengikut matlamat, dasar dan objektif sebenar penubuhan UMNO.

Tun Dr. Mahathir telah menerima nasib sama seperti Jaafar Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Mungkinkah selepas ini presiden sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut tersenarai sebagai pemimpin yang akan keluar parti.

Rasanya tidak. Pak Lah tidak akan berbuat demikian, Dia seorang pemimpin yang 'kuat semangat' dan 'kalis tohmahan'. Beliau seorang yang 'tenang' menghadapi sebarang dugaan.

Sehingga kini, Alhamdulillah, beliau masih mendapat sokongan daripada pemimpin utama sayap parti dan akar umbi, tetapi sejauh manakah sokongan daripada golongan itu akan berterusan.

Sejarah membuktikan, yang disokong tidak pernah bertahan lama melainkan akan rebah di dalam perjuangan.

Selasa, 20 Mei 2008

Biadab sungguh AS Darul Syaitan






Biadab sungguh AS Darul Syaitan






Bush laknatullah mohon maaf insiden al-Quran dijadikan sasaran menembak?

Presiden Amerika Syarikat (AS) Darul Syaitan, George W. Bush laknatullah memohon maaf kepada Perdana Menteri, Nuri al-Maliki atas tindakan seorang askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak
Stesen televisyen tempatan hari ini melaporkan, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Bush laknatullah telah menyampaikan permohonan maafnya kepada Nuri melalui satu panggilan telefon yang dibuat lewat malam tadi.
“Perdana Menteri telah menerima permohonan maaf daripada Presiden AS Darul Syaitan, George W. Bush laknatullah berhubung insiden askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak,” lapor stesen Al-Iraqia.
Menurut laporan itu, Nuri telah memaklumkan kepada Bush laknatullah tentang kekesalan dan kemarahan rakyat serta kerajaan Iraq atas tindakan keji askar AS terbabit.
“Bush laknatullah memberitahu askar berkenaan akan dibicarakan,” lapor Al-Iraqia.
Kabinet Iraq yang bermesyuarat hari ini menuntut askar berkenaan dikenakan tindakan keras dan memberi amaran “tindakan keras” akan diambil jika insiden serupa berulang lagi.
Semalam, komander tertinggi tentera AS, Mejar Jeneral Jeffrey Hammond laknatullah telah bertemu pemimpin masyarakat dan mengeluarkan kenyataan memohon maaf mengenai insiden yang berlaku pada 11 Mei itu, dan berjanji akan mengambil tindakan tegas ke atas askar berkenaan.
Askar AS terbabit yang turut menulis kata-kata menghina di dalam kitab tersebut telah pun diarah meninggalkan Iraq. – Agensi

Isnin, 19 Mei 2008

Dr Mahathir umum keluar UMNO...

Apa kata Mukhriz dan pemimpin UMNO?

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah umum keluar dari UMNO. Bekas Perdana Menteri itu membuat pengumuman itu di majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star.

Sebelum itu, ketika majlis dialog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya, beliau mencadangkan Ketua-ketua UMNO cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan UMNO Disember ini Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Beliau terus membuat pengumuman keluar parti apabila salah seorang hadirin mencabarnya beliau membuat pengumuman itu.

Menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Dr. Mahathir memberitahu, beliau akan hantar surat rasmi keluar UMNO kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat.

Katanya, beliau akan masuk semula UMNO jika Abdullah letak jawatan. Dr. Mahathir bagaimanapun, tidak meminta ahli UMNO yang nak ikut tindakannya itu masuk parti lain.

Sementara itu, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, buat masa ini beliau enggan memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya umum keluar UMNO tengah hari tadi dan meminta masa untuk berfikir.

"Sekarang ini saya sedang berfikir," kata Exco Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Jerlun itu," katanya.

Beliau juga memberitahu telah dihujani panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara sejak Dr. Mahathir umum tindakan itu di Alor Star.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi segera kepada tindakan Dr. Mahathir itu meminta Perdana Menteri segera duduk dan berbincang dengan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau menilai tindakan keluar parti itu tidak wajar dan boleh menggugat kestabilan parti.

Beliau juga mendesak semua pemimpin UMNO khususnya ahli Majlis Tertinggi bertindak segera menyelesaikan kemelut terbaru ini.

Katanya, mereka tidak boleh lagi diam diri dalam soal ini.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pula merayu kepada Dr. Mahathir agar menarik balik tindakannya keluar UMNO.

Katanya, tindakan itu lebih banyak merugikan daripada menguntungkan.

Beliau akan mengetuai satu rombongan Badan Perhubungan UMNO Perlis untuk bertemu segera dengan Dr. Mahathir.

Serentak itu, beliau juga menyeru seluruh pimpinan UMNO menggembeling usaha segera menyelesaikan kemelut itu.

Katanya, mereka tidak patut menunggu arahan Pak Lah dalam soal itu.

"Ada kalanya kita semuanya nak tunggu arahan Pak Lah... dalam soal ini semua kena bertindak serta merta.

Katanya, Dr Mahathir sebagai pejuang nombor satu UMNO tidak harus berbuat demikian.

"Kalau nak kira kecewa, saya sendiri pun kecewa, tetapi tidak bertindak begitu... lagi pun masalah Dr. Mahathir hanya dengan Presiden parti bukan dengan seluruh ahli UMNO... maka ia harus diselesaikan dengan baik," katanya.

Shahidan berkata, tentu sesetengah orang yang beliau sifatkan sebagai ‘pelaq-pelaq‘ gembira dengan tindakan Dr. Mahathir itu.

Katanya, golongan ini yang terdiri dalam kalangan ahli UMNO dan bukan ahli UMNO banyak menikmati faedah daripada perjuangan UMNO, tetapi tidak memberi apa-apa sumbangan kepada parti.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin pula meminta ahli UMNO bertenang dalam menghadapi kemelut Dr. Mahathir bertindak keluar parti.

Beliau berpendapat tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah.
"Kita masuk UMNO ini bukan kerana Pak Lah atau Dr. Mahathir," katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Beliau berharap ahli UMNO tidak akan menyertai langkah Dr. Mahathir itu.

Menurutnya, mereka harus berpegang kepada asas penyertaan mereka dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said juga menilai tindakan Dr. Mahathir tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya hanya memberi kekuatan kepada pembangkang.

Katanya, ketika keadaan parti tertekan semua pihak termasuk pemimpin serta bekas pemimpin mesti bekerjasama memulihkan UMNO supaya kembali kukuh dan kuat.

"Apa yang dialami UMNO masa ini adalah masalah keluarga dan perlu diselesaikan dalam cara dan semangat kekeluargaan. Tindakan melulu keluar parti hanya akan merosakkan parti dan beri kekuatan pada pihak lain," katanya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meminta Dr. Mahathir menimbang semula keputusannya itu sekiranya keputusan tersebut boleh mencetuskan masalah baru kepada orang Melayu dan rakyat negara ini.

"Saya juga tidak mahu apa yang berlaku kepada Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein iaitu pemimpin UMNO yang mengakhiri kehidupannya di luar UMNO berlaku kepada Tun," katanya.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Pengerusi Badan perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid dalam reaksi ringkasnya menegaskan, tindakan Dr. Mahathir itu ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar dan yakin apa juga masalah yang timbul ada jalan penyelesaiannya.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terkejut dengan tindakan Dr. Mahathir dan tidak menyangka sama sekali beliau mengambil tindakan berani itu.

Sambil mengakui menerima banyak SMS daripada ahli cawangan yang berhasrat mengikuti langkah tersebut, beliau bagaimanapun, memilih untuk terus bersama parti kerana yakin penyelesaian sesuatu masalah boleh dibuat secara dalaman.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Samad berkata, tindakan mengejut Dr. Mahathir itu boleh membawa kepada pilihan raya umum.

Katanya, sementara UMNO berdepan dengan usaha bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menarik Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang, tindakan Dr. Mahathir itu boleh membawa kepada Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti dan pilihan yang ada kepada Perdana Menteri ialah untuk mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat yang baru.


PAK LAH TAK AKAN LETAK JAWATAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dan tidak menyangka Tun Dr. Mahathir akan bertindak keluar parti.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak akan letak jawatan berikutan tindakan terbaru bekas Perdana Menteri itu.

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, beliau meminta semua ahli UMNO bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti.


KU LI TETAP BERSAMA UMNO
Kebetulan Tengku Razaleigh Hamzah juga menghadiri satu majlis di Alor Star. Namun majlis beliau dengan Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah itu diadakan sebelah petang, sedangkan majlis dihadiri Tun Dr. Mahathir anjuran Himpunan Melayu Kedah pada sebelah pagi.

Menjawab soalan wartawan, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak akan ikut jejak Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO.

Katanya, perjuangannya dalam UMNO belum selesai dan menyifatkan tindakan Dr. Mahathir itu adalah keputusan peribadinya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu beliau akan terus dengan langkahnya menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti Disember ini.


INI SUARA ORANG MUDA BERHUBUNG ISU TUN
Keputusan mengejut Tun Dr. Mahathir mengumumkan tindakannya keluar daripada UMNO mengundang reaksi pelbagai pihak.

Namun dalam banyak-banyak komen yang diberikan berikut adalah komen Ketua Pemuda UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang amat menarik perhatian dan perlu disiarkan secara penuh.
Berikut adalah komen beliau yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS):

"Bagi generasi muda dalam UMNO, banyak perkara yang kita belajar, malah jadi ikutan selama ini dengan mencontohi teladan baik kepimpinan terdahulu, sama ada dalam mengasah daya kepimpinan seterusnya memastikan usaha menyumbang bakti demi mengangkat martabat agama, bangsa dan negara terlaksana.

Yang pasti, apa yang berlaku di antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Abdullah bukan contoh teladan yang baik. Ia sangat-sangat mengejut dan mengecewakan. Suasana diluah mati emak, ditelan mati bapak sebegini tidak menguntungkan sesiapa.

Jalan keluar pastinya sukar, tetapi ia perlu ditangani segera kerana perjuangan UMNO bukan untuk mempertahankan pemimpin, tetapi jauh lebih besar dari itu.

Situasi ini seperti menang jadi arang, yang kalah jadi abu... dan tidak akan sesekali dibenarkan daripada berlaku kerana ia tidak langsung mencerminkan usaha untuk mengukuhkan parti, tetapi pasti melemahkan UMNO.

Suasana hari ini sangat-sangat tidak diperlukan dan ia tidak berlaku adil kepada generasi muda yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional selepas pilihan raya umum yang lalu.

Siapalah kita hendak nasihatkan. Cuma ketepikanlah perbezaan dan carilah titik persamaan dengan duduk berbincang untuk sekali ini demi masa depan UMNO dan orang-orang Melayu.

Jangan pandang ke belakang... kalau kita telah banyak perkara yang salah selama ini, pandanglah ke hadapan. Buatlah satu yang betul untuk sekali ini sahaja.

Duduk. bincang dan selesaikan demi masa depan UMNO dan orang-orang Melayu. Sepayah mana sekalipun tentu ada jalannya. Hanya mereka berdua yang tahu... sekali ini sahaja".

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Dr. Mahathir itu.

Katanya, ia bertentangan dengan tunjuk ajar Dr. Mahathir kepada pemimpin muda sebelum ini.

Ahad, 18 Mei 2008

Ginilah sandiwara UMNO

Manzaidi menulis:
Siapa kata menyertai politik dan menjadi pemimpin suatu kerjaya menarik, seronok, bagus, baik, ada class, standard, disegani kawan dan lawan, dihormati, disanjung, dipuja, dipuji?

Pada saya, semua itu hanya benar jika kita berada di tempat yang tinggi. Memegang jawatan tinggi dan menjadi orang penting dalam kerajaan dan negara. Ketika itu, apa saja yang kita buat, semua juak-juak dalam parti akan menyatakan sokongan, setuju, akur dan macam-macam lagi yang ada kaitan dengan 'yes bos' atau boss is always rights, walaupun boss itu telah melakukan kesalahan.

Ketika kita di atas dan ada kuasa, pantang kalau ada orang tegur sikit, mulalah juak-juak dalam parti bingkas bangun bangkit membela kita habis-habisan. Tidak cukup dengan mengutuk, mereka mengecam lagi pihak berkenaan dengan bermacam-macam amaran. Sampai kecut perut orang yang mengkritik kita itu. Betapa 'bersemangatnya' juak-juak ini.

Hatta, ketika itu kalau kita suruh mereka cium punggung kita yang belum cuci dari beristinja pun mereka sanggup. Semuanya dikatakan sedap dan wangi walaupun busuknya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Begitulah 'semangat kental' juak-juak dalam UMNO.

Semua itu dilakukan ketika kita mempunyai kuasa dan berkedudukan tinggi. Tetapi setelah kita berundur dan memberi kuasa kepada pengganti... dan pada masa sama kita menegur kepincangan yang dilakukan oleh pengganti, maka juak-juak ini yang dahulunya menyokong kita telah berpaling tadah.

Tidak semena-mena mereka mengecam dan mengutuk kita yang bergelar mantan dan tidak lagi mempunyai kedudukan dan kuasa. Kita dituduhnya nyanyuk, Kita dicap sebagai penderhaka. Mereka cari kesalahan kecil kita untuk diperbesarkan. Dan tidak cukup dengan itu, diseretnya kita ke mahkamah.

Siapa mereka? Juak-juak inilah juga. Juak-juak yang suatu ketika dahulu 'lantang menyuarakan pendirian untuk berdiri teguh di belakang kita'.

Benar, mereka bukan sahaja berdiri di belakang kita, tetapi turut menikam diri kita dari belakang lagi. Betapa cepat dan pantasnya juak-juak ini berpaling tadah. Dalam sekelip mata sahaja segalanya mungkin berlaku.

Saya jadi takut untuk terlibat dalam politik. Semuanya nampak elok, baik, sempurna, cukup sifat, mulia, super hero ketika kita ada kuasa. Bila kuasa dah habis, yang elok nampak jahat. Yang baik nampak tak sempurna dan yang mulia nampak macam setan.

Inilah yang berlaku kepada Tun Dr. Mahathir. Ketika dia berkuasa. Tidak ada seorang pun di kalangan pemimpin mengutuk dan mencercanya. Semuanya memuji memuja melambung tinggi hampir mencecah langit.

Kini setelah Tun dah hilang kuasa, pemimpin-pemimpin inilah juga yang mengecam dan mengutuknya. Beginikah perangai pemimpin UMNO? Kalau benar, ia menakutkan generasi baru untuk menyertai parti itu. Mereka takut bila ada kuasa dipuji, bila dah tak ada kuasa dikutuk.

Pak Lah pun kena hati-hati jugak. Ketika dia pegang jawatan PM, tak apalah masih lagi ada yang akan back-upnya habis-habisan. Orang tuduh dia kayakan menantu, juak-juak parti tak percaya. Orang kata dia ada saham dalam bisnes itu bisnes ini, juak-juak masih tetap tak percaya. Malah mereka kata, Pak Lah suci. Suci dalam debu barangkali yang nak dimaksudkan.

Selepas ini bila Pak Lah dah habis power, rasanya semua bisness yang anak menantunya miliki akan diselongkar dan diheret ke mahkamah.

Bolehkah UMNO terus maju sebagaimana senikata lagu UMNO? "Umno terus maju...untuk rakyat Malaysiaaaa...."

Antara DSAAB, KJ, DSAI dan TDM

Reza Aljunaid komen:

Ketuanan Melayu. Ya ketuanan Melayu mesti diteruskan. Jangan kita Melayu jadi bangsa yang malang. Buang sifat malang kita itu.

Bagaimana nak buang sifat malang itu? Ialah caranya kita tukar DSAAB, KJ dan kuburkan terus DSAI. Mereka ini punca Melayu jadi malang.

Tak berdosa jika tukar DSAAB, KJ dan tak berdosa pun kita kuburkan politik DSAI. DSAAB dan KJ mana boleh duduk dalam satu kerajaan. Tak boleh. Anak menantu dilarang sama sekali dalam UMNO.

Sebabnya mereka akan membawa negara kita kepada porak peranda. Menantu tu ikhlas tak apalah. Tapi.. bayangkan masa DSAI dilepaskan.. KJ pi rumah DSAI.. Apa dia buat..???

Saya sebenarnya sangsi dengan KJ. Background dia dalam UMNO samar-samar. Kecuali kalau dia bermula dari akar umbi macam dari cawangan ke. Kita tau dia dari cawangan mana. Orang kampung semua tahu kan..

Dulu dia pernah kata idola dia DSAI. Dia pernah minta TDM meletakkan jawatan pasal idola dia masuk penjara kes salah laku. Ini la.. aku sangsi sangat dengan KJ.

Bimbang jika KJ jadi macam DSAI masa TDM bawa masuk dulu-dulu tanpa bermula dari cawangan. Bahaya KJ ni. Bahaya kepada UMNO. Background dia tu meragukan peminat UMNO. KJ tu memang nampak bagus segi cakapnya. Boleh percaya ke. Dulu DSAI pun macam tu.

Sekarang DSAI musuh UMNO nombor satu. Saya ingin nasihatkan penyiasat UMNO supaya pasang spy siap-siap intip pergerakan KJ. Ketuanan Melayu akan lenyap dan menjadi malang jika kita tidak alert kat musuh di luar dan dalam.

Bila dah jelas kelibat musuh tu.. apa lagi.. cepat tembak.. bukan tembak dengan pistol.. jauhkan mereka dari jawatan penting dalam UMNO. Ingat.. Ketuanan Melayu hanya boleh untuk UMNO sahaja.

Bila jadi tuan.. jadilah tuan yang baik. Tuan yang baik ialah tuan yang ingat, beriman, bertakwa, berilmu, berakhlak, berbudi bahasa kepada Allah.

Tuan yang baik ialah tuan yang jaga orang tua, hormat orang tua. Tuan yang baik selalu hargai jasa bekas pemimpin. Tuan yang baik ialah tuan yang rajin bukan tuan yang tidur, malas, tiada kesungguhan.

DSAAB bukanlah tuan yang baik kerana benarkan KJ bertanding di Rembau. DSAAB telah sakitkan hati penduduk dan akar umbi UMNO Rembau. DSAAB adalah tuan yang bawa nasib malang pada tahun 2008 kepada orang Melayu.

Macam mana pun DSAAB tidaklah malang semua. Dia ni malang pasai bawa "sial" kat UMNO. habis lima negeri UMNO dia bagi kat musuh politik UMNO. UMNO kena buangkan 'sial' tu sekarang...

Sial zaman Tun Razak dengan zaman DSAAB. Zaman Tun Razak, memang UMNO kalah dan menang dengan majoriti mudah. Tapi.. Adakah TR tidak hormat kepada Tunku AR..??? Adakah TR bermasam muka dengan Tunku AR...?? TR tak pernah buruk-burukkan TAR.

TR lebih bijak menyusun ayat.. TAR pun tak marah kat TR. Zaman DSAAB..??? Apa dia buat pada TDM..??? Macam tu ke budaya Melayu hormat bekas pemimpin..??

Tu sebab saya kata DSAAB bawa malang pada ketuanan Melayu.. Sebab dia bawa budaya Arab Badwi.. kurang ajar.. Pada DSAAB.. kritikan bukan bermaksud benci..

Hidup UMNO..! Hidup Melayu..! Allahu Akbar..! Love you TDM.. Allah pelihara kamu.. Melayu mesti bersatu di bawah UMNO.. sebarkan perkara ini.. Mengapa Yahudi terus hidup dan gagah perkasa.. sebab mereka bersatu atas nama YAHUDI..

Dr M mahu singkir Pak Lah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menyerang Pak Lah dengan mengajak ahli UMNO menyingkirkan segera Presiden parti itu demi untuk menyelamatkan UMNO daripada terus musnah dan hancur.

Pada masa sama, beliau turut menyebut beberapa nama seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang dilihat layak menggantikan Pak Lah untuk memimpin negara dan parti.

"Saya tak kisah siapa yang akan menjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera," katanya ketika berucap pada forum bertajuk ‘UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati Rakyat’ anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor di Johor Bharu Sabtu lalu.

Antara ahli panel forum ialah anak Tun Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A. Kadir Jasin.

Ketika sesi soal jawab dengan hadirin Tun Dr. Mahathir mengulangi perkara sama mengenai langkah-langkah yang akan dilakukannya jika beliau diberi kuasa.

Katanya, banyak yang akan dilakukan tetapi yang pertama ialah singkir Abdullah.

Ditanya mengenai hasrat anaknya Mukhriz nak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, Tun Dr. Mahathir berkata, itu adalah haknya.

"Dulu masa saya Perdana Menteri... saya tak bagilah," katanya.

Ditanya apakah ini bermaksud beliau merestui Mukhriz bertanding, Tun Dr. Mahathir lantas berkata, "ini bukan soal restu tetapi hak dia.

Mengenai andaian Mukhriz kelak akan hanya menjadi penyambung lidahnya menerusi jawatan itu, bekas Perdana Menteri itu secara sinis berkata, semua orang patut tutup mulut.

"Saya patut tutup mulut semua orang. Banyak orang dok bercakap semacam saya suruh Pak Lah turun jadi semua orang yang kata sedemikian adalah penyokong saya dan patut tutup mulutlah."

Sabtu, 17 Mei 2008

Mahathir sedia disiasat


JOHOR BAHARU 17 Mei — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau bersedia disiasat dan didakwa di mahkamah berhubung dengan hasil siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video Datuk V.K Lingam.
Pendakwaan terhadapnya di mahkamah akan memberi peluang kepadanya untuk menerangkan tentang pelbagai perkara yang dilakukan oleh hakim-hakim termasuk berkenaan usaha melobi, kata Dr Mahathir kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan ucaptama di Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umno Johor dan MykmuJohor.com di sini.
Dr Mahathir berharap siasatan terhadapnya tidak akan ditamatkan di atas alasan tiada kes.
"Jikalau begitu saya tiada peluang untuk menerangkan apa yang berlaku.
Sebaliknya jikalau didakwa di mahkamah, maka saya dapat menerangkan apa yang saya lakukan dan apa yang orang lain termasuk hakim telah lakukan di dalam perkara lobi.
“Saya hendak cerita berkenaan hakim-hakim yang melobi saya. Jikalau melobi adalah salah, maka hakim-hakim ini sepatutnya disiasat,” kata bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai arahan Kabinet semalam supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Diraja itu, yang menyiasat klip video yang mengandungi perbualan Lingam, seorang peguam kanan dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.
Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan, dua bekas ketua hakim negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin, serta Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka mereka yang melobi itu melakukan perkara yang salah, kerana sepanjang menjadi perdana menteri, banyak pihak yang melobinya, baik untuk jawatan menteri, timbalan menteri dan jawatan-jawatan di dalam kerajaan.
Bagaimanapun kata bekas perdana menteri itu, keputusan yang dibuatnya tentang sesuatu pelantikan termasuk hakim-hakim adalah berdasarkan kepada penilaiannya sendiri.
“Keputusan saya adalah berdasarkan penilaian saya. Saya tidak peduli siapa lobi, siapa cerita, kalau saya putuskan orang itu patut dilantik, saya akan lantik.
Jikalau tak patut dilantik, walau dicadang oleh hakim, saya tidak akan lantik.
“Saya bukan posmen, bila Ketua Hakim cadang saya pun kata lulus dan pergi ke Yang di-Pertuan Agong dan baginda lulus. Kalau macam itu, lebih baik kata pelantikan Ketua Hakim harus diputuskan oleh Ketua Hakim, jadi saya tiada peranan langsung. Saya tidak mahu jadi posmen,” kata Dr Mahathir.
Beliau juga ditanya cadangan Suruhanjaya Diraja agar siasatan turut dilakukan terhadap Vincent Tan dan Tengku Adnan.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui peranan mereka kerana mereka tidak pernah melobi dengannya.
“Sesiapa sahaja boleh memberi pandangan tentang pelantikan sesiapa, Perdana Menteri atau bakal Timbalan Perdana Menteri,” menurutnya sambil menambah, sistem pelantikan hakim sedia ada adalah baik.
“Apa yang menjadikan sistem itu tidak berjalan dengan baik adalah manusia,” katanya.
Forum itu dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang, termasuk anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, bekas ketua pengarang kumpulan New Strait Times Datuk A.Kadir Jasin, bekas anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad yang menjadi anggota penal majlis tersebut. — BERNAMA

Jumaat, 16 Mei 2008

Selamat Hari Guru
kepada rakan-rakan

Dr Aminah vs Bush





Kenal perempuan ini?
Dia adalah imam wanita yang mengimamkan sembahyang di dalam gereja, yang mana makmumnya bukan sahaja perempuan, malah lelaki juga. Dia ni juga dikatakan memutar belitkan agama Islam. Malah pernah cuba menyamakan semua agama. Beliau ialah Dr. Aminah iaitu antara pengasas fahaman Islam Wahabi (Islam moden kononnya). Untuk pengetahuan semua, fahaman ini sudah pun sampai ke Malaysia.

Sejarah AJK Pesisir

Sejarah ini menjadi penting sekali untuk PESISIR dan sekiranya dapat dimulai sejak awal penubuhan adalah menjadi lebih bererti. Berikut setelah dikumpul semula fail yang masih terdapat dalam simpanan setiausaha , saya salin semula nama-nama AJK Pesisir bermula tahun 1984.

SENARAI AJK SEJAK PENUBUHAN 1981 HINGGA 1983 TIDAK ADA DALAM SIMPANAN SETIAUSAHA.

AJK PESISIR 1984/1985
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Ahmar Salleh
Setiausaha 1 Asmui Mustapa
Setiausaha 2 Lee Cheong Beng
Bendahari Mardziah Mohamad
AJK:
Awang Abdullah, Hashim Latiff, Mohd Fauzi Yunus, Anwa Salleh, Norsiah Omar,

AJK PESISIR 1986/1987
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Ibrahim Deraman
Setiausaha 1 Lee Cheong Beng ( Sehingga Disember 1986)
Setiausaha 2 Wilai Ah Jok
Mohd Ariff Awang
Bendahari Wan Mah Abdul Wahab
AJK: Awang Abdullah, Aziz Che Soh, Eh Deng Eh Chik, Che Norsiah Che Omar, Daud Muda

AJK PESISIR 1987/1988
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Ibrahim Deraman
Setiausaha 1 Wilai Ah Jok
Setiausaha 2 Che Mohd Ariff Awang
Bendahari Wan Mah Abdul Wahab
AJK: Awang Abdullah, Daud Muda, Ahmar Salleh, Eh Deng Eh Chik, Aziz Che Soh, Zawiah Mat Yassin, Wilai Ah Jok, Norsiah Omar

AJK PESISIR 1988 – 1992
Ketua 1 – Ismail Mohamed
Ketua 2 – Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1- Wilai Ah Jok
Setiausaha 2 – Nor Ishsan Ab. Razak
Bendahari Wan Mah Abd Wahab
AJK: Ibrahim Deraman, Awang Abdullah, Daud Muda, Ibrahim Mamat, Yahya Junuh, Alias Yunus, Mardziah Mohamad, Lee Cheong Beng ( Petugas Khas).

* Mengikut rekod yang dicatatkan PESISIR tidak aktif untuk tahun 1989 hingga 1992. Tidak ada mesyuarat agung sepanjang mulai tahun 1989, 1990, 1991 dan 1992.

AJK PESISIR 1993 – 1994
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1 Ediramle Ismail
Setiausaha 2 Nor Ishsan Abd Razak
Bendahari Nik Azman Nik Mustafa
AJK: Zaabar Mohd Zainal, Ibrahim Deraman, Daud Muda, Hashim Latiff, Alias Yunus, Ros Omar

AJK PESISIR 1994 – 1995
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1 Ediramle Ismail
Setiausaha 2 Daud Muda
Bendahari Nik Azman Nik Mustafa
AJK: Hashim Latiff, Nor Ishsan Ab. Razak, Hashim Abdullah, Ibrahim Mamat, Supian Hassan

AJK PESISIR 1995 – 1997
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1 Ediramle Ismail
Ibrahim Mamat – 1 tahun
Setiausaha 2 Daud Muda
Bendahari Nik Azman Nik Mustafa
AJK: Hashim Latiff, Nik Omar Dollah, Hj. Ahmad Mohd Yunos, Mohd Abd Rashid Yah, Siti Mariam Saleh, Yahya Junoh, Siti Aminah Che Will.

AJK PESISIR 1997 – 1999
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1 Ediramle Ismail
Setiausaha 2 Daud Muda
Bendahari Hj. Ahmad Mohd Yunos
AJK: Ibrahim Mamat, Nik Azman Nik Mustafa, Hashim Latiff, Siti Mariam Salleh, Manzaidi Mohd Amin, Anuar Musa, Normawati Zahari, Aripin Yahya.

AJK PESISIR 1999 – 2000
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1 Ediramle Ismail ( sehingga April 2000)
Anuar Musa (bermula April 2000)
Setiausaha 2 Daud Muda
Bendahari Hj. Ahmad Mohd Yunos
AJK: Supian Hassan, Azizah Che Hassan, Aripin Yahya, Rafie Che Mat, Manzaidi Mohd Amin, Cheng Kin Haiy, Noorlaila Zakaria.

AJK PESISIR 2000 – 2002
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1 Anuar Musa
Setiausaha 2 Daud Muda
Bendahari Hj. Ahmad Mohd Yunos
AJK: Hjh Syahidah Nik Majid, Manzaidi Mohd Amin, Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah, Supian Hassan, Aripin Yahya, Cheng Kin Haiy, Hashim Abdullah, Ediramle Ismail.

AJK PESISIR 2002 – 2003
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1 Anuar Musa
Setiausaha 2 Daud Muda
Bendahari Hj. Ahmad Mohd Yunos
AJK: Mohamad Razali Omar, Aripin Yahya, Zaini Ismail, Supian Hassan, Cheng Kin Hai, Manzaidi Mohd Amin, Rafie Che Mat, Noorlaila Zakaria.

AJK PESISIR
2003- 2004
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Eh Deng Eh Chik
Setiausaha 1 Anuar Musa
Setiausaha 2 Daud Muda
Bendahari Hj. Ahmad Mohd Yunos
AJK: Hjh Syahidah Nik Majid, Manzaidi Mohd Amin, Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah, Supian Hassan, Aripin Yahya, Cheng Kin Haiy, Hashim Abdullah, Ediramle Ismail.

AJK PESISIR 2004/2006
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Anuar Musa
Setiausaha 1 Ediramle Ismail
Setiausaha 2 Daud Muda
Bendahari Hj. Ahmad Mohd Yunos
AJK: Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah, Manzaidi Mohd Amin, Hashim Latiff, Hashim Abdullah, Mohd Rahimi Muhamad, Mohd Sukari Ab. Rahman, Wan Som Wan Mamat, Wan Nor Arsalina Wan Yunoh.

AJK PESISIR 2006/2008 – Sehingga Mei 2008
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Anuar Musa
Setiausaha 1 Ediramle Ismail ( Sehingga Mac 2008)
Daud Muda (mulai Mac 2008)
Setiausaha 2 Daud Muda (sehingga Mac 2008)
Ediramle Ismail (mulai Mac 2008 hingga 10 Mei 2008)
Bendahari Hj. Ahmad Mohd Yunos (sehingga 10 Mei 2008)
AJK: Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah, Supian Hassan, Hashim Latiff, Hashim Abdullah, Rohani Ismail,
Mohd Sukari Ab. Rahman, Mohammad Shukor Mohamad Salleh, Wan Othman Wan Hussin.

AJK PESISIR 2008/2010 – Mulai Mei 2008
Ketua 1 Ismail Mohamed
Ketua 2 Anuar Musa
Setiausaha 1 Daud Muda
Setiausaha 2 Maimun Musa
Bendahari Omardin Bon
AJK: Hashim Latiff, Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah, Wan Othman Wan Hussin, Raja Othman Raja Ibrahim, Siti Mariam Salleh, Nawi Daud, Hj. Ahmad Mohd Yunos, Ediramle Ismail,

- Dikumpul oleh Ediramle Ismail,
Unit ICT Pesisir 2008.

Wajarkah laporan didedahkan kepada umum?

Apakah motif kerajaan untuk mendedahkan kepada umum berhubung laporan klip video Lingam?

Adakah kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat turut 'terlibat' dalam kes itu, maka Kabinet bersetuju agar laporannya didedahkan?

Apakah laporan itu dianggap lengkap walaupun Tun Dr. Mahathir menyatakan kesangsiannya dengan keseluruhan rakaman itu.
Ketika memberi komen, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau meragui kesahihan rakaman video berkenaan yang disifatkan tidak lengkap dan kemungkinan berlaku penapisan sebelum dijadikan bukti mahkamah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ketika bercakap kepada pemberita kelmarin menyatakan, kabinet bersetuju laporan Suruhanjaya Diraja siasatan klip video Lingam didedahkan kepada umum.
Laporan setebal 186 muka surat itu telah disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Pengerusi suruhanjaya berkenaan, Tan Sri Mohamed Haidar Mohd Noor minggu lalu.
Menurut Zaid, Kabinet juga mengeluarkan arahkan kepada Jabatan Peguam Negara agar memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan tersebut.
Mereka ialah Tun Dr. Mahathir, Datuk V.K.Lingam, Tan Sri Vincent Tan, Datuk Sri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim serta Tun Eusoff Chin.
Kata Zaid lagi, sesiapa yang hendak salinan laporan suruhanjaya itu boleh membelinya dengan harga RM541.
Inkuiri suruhanjaya Diraja ke atas klip video selama 14 minit itu dijalankan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.
Seramai 21 saksi termasuk Tun Dr. Mahathir dan tiga bekas Ketua Hakim Negara dipanggil memberi keterangan.

Isnin, 12 Mei 2008

Sajer-sajer ubat ngantuk

Tambah Cawangan Baru

Duhai isteriku....
Abang ingin kahwin lagi... bukan dirimu telah ku benci... cuma hadirnya tanpa ku sedari... dia rakan abang di tempat kerja... selalu sangat abang bersama... dah tugas bukan sengaja... abang takut syaitan menggoda...
memang abang akui dia cantik... lenggok jalannya buat hati berdetik... dia juga dari golongan baik-baik... beradab bersopan juga cerdik... dia tak pernah cuba menggoda... cuma abang nie perasan saje... bila bekerja berbincang bersama... ntah kepala nie dah melayang ke mana... mungkin dia tak rasa apa-apa...


bukan sayang sudah abang jemu... sayang masih lagi cantik seperti dulu... namun bukan cantik sayang yang abang perlu... layanan sayang itu yang buat tak jemu... cuma di office sayang tak ada... boring dan jemu datanglah juga... tak ada sapa nak ajak berbicara... itu sebab abang call hampir setiap masa... nak menunggu sampai di rumah tak terdaya... di rumah sibuk nak uruskan anak pula..

abang akui lengkap sudah dirimu... cuma abangkan berhak kawin dua... bahkan empat pun tak apa... sebab itu ketentuan yang Esa... DIA tahu lelaki tak boleh dipercayai... lelaki memang sukar mengawal gelora... itu dikurniakan akal sembilan... buat melawan nafsu godaan... namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan... sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan... lain perempuan nafsunya sembilan... tapi itu nafsunya pangkat bawahan... akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku... maafkan abang mencari selainmu.. ini demi menghalang maksiat berlaku.. sebelum terlanjur godaan nafsu.. kan lebih baik dihalalkan dulu.. abang berjanji seadil yang mampu..
"Pah butang baju abang mana Pah...."



Keluhan seorang isteri...

Duhai suamiku dunia dan akhirat... Kufahami bahawa kau memang berniat... menambah cawangan di satu lagi tempat...

Abang, bukannya niatku untuk menegah... Suara hati isterimu ini dengarkanlah... Kerana tiada guna kita berbalah... Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah...

Memang di office mu diriku tiada.... Bukankah abang juga yang menegah bekerja... Katamu jadilah suri rumah sepenuh masa... Agar anak-anak menjadi manusia berguna... Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga...


Inikah pula yang patut kuterima?
Abang, Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga... Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja... Mampukah abang menanggung semuanya... Bukan sahaja dari segi material saja... Malah merangkumi aspek segala... Kubimbang nanti akhirat disana... Abang melangkah senget sebelah bahunya... Sedang aku dapat melihat cuma...


Abang, Kurelakan abang berkahwin lagi... Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati... Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi... Apa sebenarnya yang kau cari???

Abang, Sejak akad telah dilafazkan... Telah kuserahkan jiwa dan perasaan... Ibu bapaku juga melepaskanku dengan pesanan... Hidupku jangan disia-siakan... Janjimu kini hanya tinggal kenangan...

Abang, Memang nafsu itu satu godaan... Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan... Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan... Begitulah Islam menyarankan... Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan...


Abang, Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?... Sanggupkah kau berkongsi pelukkan?... Sanggupkah kau berkongsi belaian?

Akhir sekali, Apa yang ingin kutegaskan di sini... Mulai daripada tika dan saat ini.... Aku akan berhenti menjadi.... Seorang isteri yang baik hati.... Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai... Sekarang buatlah apa yang kau ingini... Aku sudah tidak peduli.... Daripada ku menghambakan diri.... Lebih baik aku pun mula mencari pengganti....

Butang baju? Sorry, cari sendiri!!
Bye banggggg...

Rindunya zaman kanak-kanak

Aku rindukan zaman kanak-kanak di era 60-an hingga pertengahan 80-an. Ketika itu, penduduk di kampung aku hidup muafakat. Seorang sakit demam, berpuluh datang menziarahi. Seorang dalam kedukaan, beratus datang memberi semangat.

Pada bulan Ramadan pula, sesebuah keluarga tidak menang tangan bertukar-tukar juadah masakan dan kuih muih sehinggakan tiba waktu berbuka, bermacam jenis lauk-pauk dan kuih muih dihidangkan.

Semua juadah itu bukan dibeli di pasar, tetapi sumbangan daripada jiran. Kalau makcik Timah hantar sepinggan kuih 'teri mandi', dia akan menerima balasan sepinggan kuih 'kepek hidung'.

Jika makcik Yam menghulurkan semangkuk sayur keladi, dia akan dibalas semangkuk sayur bayam. Begitu akrab Melayu ketika itu. Hidup mereka ibarat isi dengan kuku. Tidak pernah bergaduh. Sentiasa dalam hilai tawa.

Setiap pagi, mereka berkumpul di bawah pokok kekut (chery) sehingga tengah hari menunggu kedatangan Abang Noor membawa ikan dan sayur dengan motosikal buruknya.

Setiap malam pula selepas solat Isyak, kami berkumpul di rumah makcik Yam menonton rancangan televisyen. Hanya dia yang ada televisyen ketika itu. Kita sama-sama tengok filem Melayu seperti Pontianak, Sitora, Harimau Jadian dan Orang Minyak.

Kita juga rindukan filem Combat, Ba Ba Black Ship, Banana Splid, Star Trek, Hawaii Five O, Mission Imposible, gusti, filem Cina Bruce Lee dan tinju Muhamad Ali melawan Goerge Forman hingga larut malam.

Aku rindukan suasana dahulu. Kadang-kadang hati saya memberontak mahu kembali ke zaman makan nasi berlaukkan ikan selayang rebus, berkuah kicap. Sayur kubis campur ikan bilis.

Aku juga rindukan nasi bubur daun pandan yang ibu masak (kerana tidak ada lauk). Nasi campur hempedal dan hati ayam. Bestnya makanan yang mak sediakan ketika itu. Makanan orang tak ada duit. Lebih murah, kenyang dan menyelerakan.

Kalau hendak ke sekolah, mak cari raba-raba seluruh tiang lintang di dinding rumah. Cari duit kot kot ada tersimpan atau ada terletak sebelum ini. Akhirnya jumpalah dalam 15 sen. Dibahagi kepada tiga beradik. Saya, kakak dan abang dapat 5 sen seorang.

Dengan rasa tak puas hati...sedih dan menangis, tangan menyambut wang saku 5 sen dan paksa kaki pergi ke sekolah. Dalam hati kata, nak makan apa dengan 5 sen? Itulah kehidupan di awal tahun 1970-an.

Sekarang dunia sudah berubah. Satu keluarga demi satu keluarga Melayu di kampung itu telah berpindah ke kampung lain yang lebih moden sedikit. Tempat mereka yang kosong diganti keluarga Melayu celup yang memiliki motosikal dan kereta.

Dari situ, semangat kejiranan beransur hilang. Rumah yang pemiliknya mempunyai kereta sentiasa tertutup kemas. Keluarga yang tuannya ada motosikal agak jarang berada di rumah.

Justeru, Melayu tulen mula terasa asing di bumi sendiri. Mereka makan hati dan buat hal masing-masing. Kuih 'cucur teri' dan 'kepek hidung', sayur keladi dan sayur bayam dimasak bukan lagi untuk jiran, tetapi sekadar untuk hidangan sendiri.

Juadah itu tidak diagihkan seperti dahulu bukan kerana kedekut, tetapi disebabkan sikap jiran baru yang bertapak di kampung-kampung bukan dari jenis makcik Yam dan makcik Timah.

Mereka adalah dari jenis 'tidak suka menjaga tepi kain orang' dan dari spesies yang bersikap 'tidak mempedulikan' jiran. Itulah jenis Melayu yang ada hari ini.

Masing-masing membuat hal-hal sendiri. Mu mu. Aku aku. Sakit demam kena tanggung sendiri. Hospital ada. Berehatlah di situ. Jangan harap jiran datang menziarahi kerana mereka sentiasa sibuk dengan urusan harian.

Kini...aku teringat mak dan ayah di kampung. Apa khabar mak? Selamat Hari Ibu buat mu yang banyak berkorban untuk membesarkan aku.

Melayu akan jadi kaum minoriti

"Melayu hanya akan bersatu setelah bangsa itu menjadi kaum minoriti di bumi sendiri", demikian petikan yang terkandung dalam artikel saya yang disiarkan pada tahun 1996.

Selepas artikal itu disiarkan, saya mendapat kecaman daripada pemimpin politik UMNO yang menuduh saya cuba bermain api dan menakut-nakutkan orang Melayu.

Saya terpanggil untuk menghasilkan artikel itu setelah saya terkejut melihat keadaan orang Melayu pada masa itu. Mereka berpecah-belah. Bergaduh sesama sendiri, bermasam muka sesama bangsa dan keturunan.

Hati mana tidak sedih melihat golongan yang lebih cerdik pandai, pintar dan berkelulusan tinggi turun ke kampung-kampung dan desa untuk menyemarakkan api kebencian dalam diri penduduk Melayu.

Lantas berlakulah peristiwa bapa tidak mengaku anak, suami menceraikan isteri, majlis kenduri orang UMNO di pulau orang Pas. Orang UMNO mati, orang Pas tidak ziarah. Barangan buatan orang UMNO tidak boleh disentuh oleh orang Pas dengan alasan haram.

Lebih ketara, anak yang fanatik dengan Pas tidak akan mengaku orang tuanya sebagai mak dan ayah kerana mereka fahaman UMNO. Sampai begitu sekali mereka berkafir mengkafir (ayat baru) ketika itu.

Peristiwa dan keadaan itulah menyebabkan saya berasa sedih dan mendorong untuk menghasilkan pandangan mengenai kedudukan orang Melayu jika mereka terus berpecah belah dan tuduh menuduh antara satu sama lain.

Justeru, terhasillah sebuah artikel bertajuk: Apabila Melayu menjadi bangsa majoriti.

Nampaknya apa yang saya perkatakan itu hampir menjadi kenyataan. Pas mengakui mereka bukan parti Melayu. Baginya Islam bukan bermakna Melayu dan Melayu tidak semestinya Islam.

Oleh itu, kekuatan Melayu tidak lagi berpihak kepada Melayu, sebaliknya mula terhakis satu demi satu. Ini yang menakutkan saya sebagai Melayu tulen.

Sabtu, 10 Mei 2008

Kes Murtad: Mengapa kita perlu prihatin


Oleh: Roslan SMS
Saya bukan bertujuan mahu mengajak pembaca saya agar mencetuskan huru-hara ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ini. Tidak! Keputusan ini perlu diterima dengan hati terbuka, kerana ia proses undang-undang, oleh kerana kita duduk dalam negara demokrasi yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan maka kita perlu patuh walaupun kecewa.

Apa yang saya bimbang adalah impaknya terhadap Islam, dan persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Kerana itu saya akan menggunakan blog ini untuk mendesak agar kita semua bangkit menyedarkan pimpinan kita yang mempunyai kuasa, sama ada Raja-raja Melayu, Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN kesemuanya agar bertindak memelihara Islam.
Tahukah anda apa reaksi Presiden MCA, contohnya terhadap keputusan ini (boleh dikuti di akhbar-akhbar tertentu). Kata Ong Ka Ting: It was Siti Fatimah is right to embrace Islam and like wise, it is also her right to return to her original faith. This is a matter for her to decide and no one else. (Ianya merupakan HAK Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga BERHAK untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.)
Inilah persepsi bahaya yang kita bimbangkan. Masyarakat bukan Islam merasakan keluar masuk agama itu adalah HAK masing-masing. Mungkin bagi agama lain ianya HAK, tetapi bagi Islam tidak. Lalu siapakah yang mampu dan berkuasa untuk menyatakan perkara ini kepada mereka!
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika memberikan komennya terhadap kes ini dalam akhbar THE STAR menyebut: "Renouncing Islam is forbidden unless one has been forced to embrace Islam under duress. If one embraced Islam out of one is own free will, then one must be subject to Islamic law, and the law forbids the renouncing of Islam because it touches ones faith on the religion. (Tindakan keluar dari Islam dilarang sama sekali melainkan seseorang itu dipaksa memeluk Islam. Sekiranya seseorang memeluk Islam atas kerelaannya sendiri, ketika itu ianya mesti tertakluk kepada perundangan Islam, dan perundangan Islam melarang seseorang Muslim keluar dari agamanya, kerana ia melibatkan kepercayaan seseorang pada agama itu).

Boleh tak semua pemimpin Islam dalam negara berpegang kepada tafsiran yang sama? Boleh tak kita semua meletakkan nasib dan masa depan Islam dihadapan lebih tinggi dan utama dari fahaman politik masing-masing? Melalui kuasa yang dimiliki oleh kita, yang walaupun berlainan fahaman, tetapi atas aqidah yang satu, demi Allah, perbetulkanlah kelonggaran ini.
Malah Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilaporkan sebagai mengakui bahawa tidak ada undang-undang diperingkat Persekutuan yang melarangs eseorang Muslim dari murtad. Dan dari negeri-negeri yang ada cuma Negeri Sembilan sahaja yang melarang, sementara yang lain tidak.
Inilah puncanya, inilah masalahnya. Sampai bila kita mahu biarkan ia terus begini?Lantaran itu selagi ianya tidak ditangani atas keprihatinan mereka yang berkuasa, maka selagi itulah Islam di negara ini walaupun agama rasmi Persekutuan, tetapi agama yang boleh dipermain-main dan disenda-sendakan.
Syabas Fairus, mana yang lain?
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) berjanji akan membawa keperhatian SPR Yang Dipertuan Agong darihal kemelut murtad dan menyarankan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian seumpama Siti Fatimah berulang lagi di Pulau Pinang, apabila beliau diperkenankan mengadap Tuanku nanti.
Kata Fairus, beliau sedih dan kecewa angkara kegagalan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk membimbing si murtad sehingga keluarnya keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang itu, yang membenarkan seorang Muslim keluar dari agamanya. Dan yang lebih penting lagi Fairus memberi amaran kepada semua pihak agar jangan mempolitikkan keputusan kes ini, perkara berkaitan agama jangan digunakan sebagai agenda politik.
Dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon menyeru agar mahkamah bersikap lebih 'humane' (berperikemanusiaan) dalam mendengar kes-kes penganut Islam yang mahu keluar dari agamanya.
Katanya, orang-ramai akan lebih menghormati 'all great religions' (yang beliau mahu maksudkan di sini saya percaya adalah: "akan lebih menghormati Islam") jika keputusan liberal seumpama ini diambil terhadap mereka yang memohon untuk tukar agama. Maknanya kalau kita liberal, pinda dan ubahsuai Islam untuk kesesuaian lain, barulah kita dihormati!
Dalam hal kenyataan Fairus ini, saya rasa selain Timbalan Presiden PAS, sehingga ketakat ini, beliaulah pemimpin politik beragama Islam yang kedua terkanan memberikan reaksi dan komen terhadap kes ini dan menyarankan agar tindakan proaktif diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.
Yang lain bagaimana? Tiada siapakah lagi pemimpin Melayu/Islam yang sanggup tampil ke hadapan membuat saranan yang sama, atau apakah para pemimpin kita telah khayal didodoi lagu-lagu liberalisma dalam beragama (selesa dengan kedudukan masing-masing) sehingga tidak lagi terdetik dihati mereka untuk mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan Islam?