‘Saya kuatkan semangat’
KUALA LUMPUR: “Saya akan kuatkan semangat sekiranya keluarga saya juga berbuat begitu,” itu luahan Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 23, yang kecewa selepas dimaklumkan rayuan terakhir kesnya ditolak Mahkamah Agung Jepun, Selasa lalu.

Raja Munirah yang kini ditahan di Pusat Tahanan Kosuge, dekat Tokyo, selepas didapati bersalah cuba menyeludup dadah ke negara itu kira-kira satu setengah tahun lalu, didakwa mengikut Artikel 405 Kanun Prosedur Jenayah Jepun yang tidak membenarkannya mengemukakan sebarang rayuan lagi.
Wanita itu yang meluahkan perasaan sedihnya kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Risa Kumano yang melawatnya Rabu lalu, kini perlu menjalani hukuman penjara enam tahun sembilan bulan bermula sejak dia ditahan 20 Disember 2006.
Peguamnya, Rosal Azimin Ahmad, berkata anak guamnya akan dipindahkan ke penjara lain di luar Tokyo dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
1 ulasan:
Buat Raja munirah hopefully u tabah kat sana..n make sure those people expecially yg mn mau g oversea hati2 pd sesiapa yg mau tumpangkan brg or ape2lah..beringat sebelum kena...
Catat Ulasan