Rabu, 7 Mei 2008

Aktiviti PESISIR 10 mei 2008

PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)
445, BELAKANG BALAI RAYA CHABANG EMPAT
16200 TUMPAT, KELANTAN

Ke majlis,
Semua Ahli, Rakan-rakan penulis.
Tuan/puan,

BENGKEL PENULISAN DAN DEKLAMASI PUISI PATRIOTIK PESISIR/KELAB SETIA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.Sukacita tuan/puan dijemput ke Bengkel Penulisan Dan Deklamasi Puisi Patriotik Pesisir bersama Kelab Setia seperti berikut:

Tarikh: 10 Mei 2008 (Sabtu)
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kel
Masa: 8 pagi – 11.30 pagi.

3. Bengkel diadakan bertujuan memberi pendedahan cara-cara menulis puisi dan cara mendeklamasi puisi yang betul kepada peserta oleh seorang pembimbing dan 5 fasilitator yang tidak asing lagi di Kelantan.

4. Dimaklumkan tuan/pn/sdr/sdri. digalakkan membawa sebuah puisi Patriotik untuk tujuan bengkel.

5. Kehadiran tuan/puan adalah dialu-alukan bagi menjayakan lagi program anjuran Pesisir dan Kelab Setia ini.

Sekian dan terima kasih.

‘SASTERA PENJANA DAYA INTELEKTUAL’
(EDIRAMLE ISMAIL)
Setiausaha 2
PERSATUAN PENULIS TUMPAT(PESISIR)

s.k Ketua 1 dan semua AJK.

1 ulasan:

online quran reading berkata...

We provide online learning of the Holy Quran, based on 1 to 1 classes using the latest software and technology available. Though the concept itself is not new but has been successfully used worldwide. It allows students of any age, at any level, in any country learn to read Holy Quran at their own schedule and pace. Parents of young children can watch them learn to read Holy Quran in front of their eyes

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran