Sabtu, 30 Julai 2016

"Senarai nama ketua kongsi gelap di Malaysia adalah palsu - Polis



PDRM hari ini menafikan pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bertajuk "Senarai Nama Ketua Kongsi Gelap di Malaysia (Op Cantas 2016)".
Supt. Komunikasi Korporat Urus Setia, Ketua Polis Negara, PDRM Supt. N Venugopal berkata, siaran akhbar yang kononnya dikeluarkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad itu, adalah palsu.

"PDRM tidak pernah membuat sebarang makluman umum mengenai senarai sasaran mana-mana operasi yang hendak dijalankan.

"Tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas dilakukan oleh pihak yang cuba menimbulkan kegelisahan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Venugopal menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat daripada sumber yang meragukan.

Jumaat, 29 Julai 2016

Kanak-kanak 7 tahun mati terkena batu yang dibaling gajah



Morocco: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut selepas terkena batu yang dibaling oleh seekor gajah dari kandang Zoo Rabat Morocco pada petang Selasa.

Metro.co.uk melaporkan, ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu sedang mengangkat kanak-kanak itu untuk mendukungnya sementara gajah itu mengambil seketul batu dan membaling ke udara.

Batu itu terkena bahagian belakang kepala kanak-kanak itu, menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia kerana kecederaan itu.



Seorang jurucakap zoo terbabit mengucapkan takziah kepada keluarga gadis itu, namun menafikan zoo itu bertanggungjawab atas kematian kanak-kanak terbabit.

"Insiden seperti ini sangat jarang berlaku", katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Morocco World News.

"Kemalangan seperti ini juga pernah berlaku di zoo antarabangsa; yang terbaru di Disney World Orlando an di Cincinnati Zoo di U.S", katanya lagi.

Anak billionair berlian sahut cabaran bapa untuk 'Survive' di tempat asing sebulan, hanya dibekalkan RM423 untuk kecemasan


Mungkin biasa kita lihat cerita-cerita anak orang kaya dipaksa untuk hidup miskin di kaca televisyen. Tapi di India, kisah itu benar-benar berlaku.

Seorang billionair dari Surat, Gujarat, India telah mencabar anaknya menghabiskan masa cutinya bekerja di Kochi kerana dia mahu anaknya itu belajar apa makna hidup sebenar.

Pemilik kedai berlian itu adalah pemilik syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang bernilai Rs. 6,000 crores (RM 3.6 billion).

Anak tunggalnya, Dravya, 21, merupakan pelajar MBA di Amerika Syarikat dan kini berada di India kerana bercuti.

Billionair itu mencabar anaknya untuk menyahut cabaran itu selama sebulan dengan tiga syarat.

1 - Dravya tidak boleh menggunakan nama atau pengaruh ayahnya untuk menyelesaikan sesuatu perkara

2 - Dia tidak boleh bekerja di satu tempat lebih dari satu minggu

3 - Dia hanya dibekalkan dengan Rs. 7,000 (RM 423) yang hanya boleh digunakan untuk kecemasan, dan tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan hariannya.

Dravya
"Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk dapatkan kerja dan duit. Tak ada universiti yang boleh mengajar skil kehidupan ini melainkan pengalaman.", kata Savji Dholakia kepada Times of India menerusi telefon.

Dravya menerima cabaran itu dan dia dihantar ke satu kawasan yang dikenali sebagai Kochi; kawasan yang sangat asing bagi Dravya memandangkan penduduk di Kochi menggunakan bahasa Malayalam dan Dravya menggunakan bahasa Hindi untuk berkomunikasi.

Lebih teruk, Dravya cuma membawa tiga helai pakaian ke Kochi dan juga Rs 7,000 sebagai wang kecemasan.

"Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun  yang kenal saya di sini.

"Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan", kata Dravya, yang menipu bos-bosnya di Kochi dengan berkata bahawa dia datang dari keluarga yang miskin di Gujarat.

Dravya mendapat kerja pertamanya di sebuah kilang roti di Cheranelloor. Kemudian dia bekerja di sebuah pusat panggilan telefon, sebuah kedai kasut dan juga McDonalds.

Hasil dari titik peluhnya selama sebulan, Dravya berjaya memperoleh Rs 4,000 (RM242).

"Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit dan di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan Rs 40 (RM 2.50). Saya juga perlukan Rs 250 (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal", kata Dravya yang sudah kembali ke rumahnya pada Selasa.

Jumaat, 22 Julai 2016

Tindakan "civil forfeiture" oleh DOJ USA adalah prosedur kes jenayah

FAIZ FADZIL
Ramai yang terkeliru dan dikelirukan dengan perkataan sivil dan jenayah dalam isu tindakan Department of Justice (DOJ) USA mengambil tindakan Mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (civil forfeiture) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB. Tindakan ini diambil di bawah program yang dikenali 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' untuk mendapatkan semula harta negara asing yang disonglap atau diseleweng melalui perbuatan-perbuatan jenayah.

Menteri dan pemimpin Umno termasuk Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Undang-undang Dato' Seri Azalina Othman cuba menggunakan perkataan sivil tersebut untuk menunjukkan yang tindakan yang diambil oleh DOJ tidaklah serius kerana ia bukanlah tindakan jenayah.

Adakah benar ia hanya satu tindakan sivil sepertimana yang kita faham di Malaysia sepertimana tindakan sivil untuk kecuaian atau tuntutan gantirugi? Kenapa US Attorney General Criminal Division yang mengetuai tindakan ini?

US Code (USC) adalah Undang-Undang bertulis di Amerika Syarikat.

Di dalam tindakan DOJ ini, mereka telah menggunakan peruntukkan 18 USC 981 (Title 18 Section 981) iaitu Civil Forfeiture atau Penyitaan Sivil untuk menyita harta-harta alih atau tidak alih yang mereka percaya berdasarkan kesalahan 18 USC 1956 (Title 18 Section 1956) yang dalam siasatan mereka adalah hasil daripada kegiatan jenayah ataupun penggubahan wang haram.

Apakah Title 18 US Code? Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah. Di Malaysia kita menggunakan Penal Code dan Criminal Procedure Code.

Civil forfeiture

18 USC 981: Civil forfeiture Text contains those laws in effect on July 20, 2016
From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 46-FORFEITURE

(a)(1) The following property is subject to forfeiture to the United States:

(A) Any property, real or personal, involved in a transaction or attempted transaction in violation of section 1956, 1957 or 1960 of this title, or any property traceable to such property.
18 USC 1956: Laundering of monetary instruments Text contains those laws in effect on July 20, 2016

§1956. Laundering of monetary instruments

From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 95-RACKETEERING

(a)(1) Whoever, knowing that the property involved in a financial transaction represents the proceeds of some form of unlawful activity, conducts or attempts to conduct such a financial transaction which in fact involves the proceeds of specified unlawful activity-

Walaupun seksyen-seksyen yang disebut tersebut adalah civil forfeiture tetapi tindakan yang diambil oleh DOJ adalah tindakan dibawah Undang-Undang Jenayah Amerika Syarikat. Adakah rakyat masih lagi boleh ditipu dan diperdayakan dengan cara membodohkan minda rakyat yang tidak celik undang-undang.

Tindakan civil forfeiture ini adalah tindakan permulaan sebelum tindakan di bawah peruntukan undang-undang jenayah diambil.

Walau apapun, fakta-fakta yang dibentangkan di dalam Pernyataan Tuntutan tindakan civil forfeiture ini konsisten dengan fakta-fakta penyelewengan 1MDB yang didedahkan selama ini yang mengaitkan penglibatan dan faedah yang diterima PM Najib Razak.

Bagaimana Polis Diraja Malaysia tidak menemui sebarang salahlaku jenayah sedangkan FBI menemuinya. Bagaimana Peguam Negara USA boleh mendapati ada salahlaku jenayah sedangkan Peguam Negara Malaysia boleh membersihkan PM. Perkara yang berlaku ini jelas memalukan negara di mata antarabangsa yang pasti memandang rendah sistem undang-undang dan keadilan negara yang korup.

PM harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas skandal terbesar yang menjatuhkan maruah negara kita.  Ini adalah kerana di bawah Artikel 117 M&A 1MDB, PM adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang meluluskan semua pelaburan antarabangsa yang dimanipulasi untuk diubah dan  disalurkan secara haram kepada beberapa entiti dan pemilikan aset-aset milik keluarga dan kenalan rapat beliau.

Dakwaan YB Tony Pua yang mengaitkan PM sebagai 'Malaysian Official 1' juga tidak dinafikan. Malahan, kertas kausa civil forfeiture tersebut tidak pula membersihkan nama dan penglibatan PM.

Adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia terutama pembayar cukai apabila duit 1MDB yang diubah dan disalurkan secara haram ini dilakukan melalui pakatan bersama untuk kegunaan peribadi seperti beli jet, kapal layar, hartanah, lukisan mahal Van Gogh dan Monet, bayar hutang judi di Las Vegas dan lain-lain lagi.

Mungkinkah misteri derma RM2.6 billion sebenarnya wang 1MDB yang merupakan wang rakyat dan negara akan terbongkar.

Sisatan 1MDB AS$681 juta berakhir dalam akaun peribadi Malaysian Official 1


DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
1. Hari semalam kita dikejutkan dengan pengumuman Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E. Lynch bahawa pihak Jabatan Keadilan Amerikia Syarikat telah memfailkan permohonan di mahkamah untuk menyita dan mendapatkan kembali aset-aset berjumlah lebih AS$1 bilion yang dipercayai diperolehi secara haram melalui penyelewengan wang sebanyak AS$3.5 bilion (RM14 bilion) yang dimiliki oleh 1MDB.

2. Inilah buat pertama kali dalam sejarah negara kita sebuah syarikat milik kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan individu-individu yang mempunyai hubungan rapat dengan keduanya menjadi sasaran penyiasatan kes skandal kewangan oleh negara kuasa besar dunia ini.

3. Kita perlu memahami bahawa fakta-fakta yang dikemukakan oleh Peguam Negara Amerika syarikat di dalam dokumen setebal 136 muka surat tersebut yang difailkan di District Court for Central District of California adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan agensi-agensi penyiasatan rasmi di Amerika Syarikat seperti FBI dan IRS sejak sekian lama.

4. Saya hanya mampu tertawa sendirian melihat usaha dan kerja keras macai-macai politik tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah fakta-fakta yang terkandung di dalam dokumen rasmi tersebut adalah sekadar bersumberkan maklumat yang diberikan oleh Tun Mahathir dan parti-parti pembangkang kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

5. Saya tidaklah begitu teruja dengan senarai aset-aset yang hendak disita oleh kerajaan Amerika Syarikat di dalam permohonan yang mereka failkan di mahkamah. Ianya adalah hak pihak berkuasa di sana memandangkan mereka mengesyaki terdapatnya aktiviti pengubahan wang haram (money laundering) yang dilakukan di Amerika Syarikat ke atas wang yang dipercayai diselewengkan dari 1MDB.

6. Oleh kerana kegiatan money laundering tersebut dilakukan di Amerika Syarikat, maka pihak berkuasa negara tersebutlah yang mempunya bidang kuasa untuk melakukan apa jua tindakan berdasarkan undang-undang mereka. Saya mendoakan aset-aset tersebut jika dibuktikan terhasil dari wang yang dicuri dari 1MDB akan dicairkan dalam bentuk wang dan dikembalikan kepada rakyat Malaysia.

7. Namun, apa yang paling menarik perhatian ialah di dalam dokumen yang difailkan tersebut, pihak berkuasa Amerika Syarikat mendedahkan bahawa daripada AS$3.5 bilion yang diselewengkan dari 1MDB, sebanyak AS$681 juta wang yang berasal dari 1MDB telah telah berakhir ke dalam akaun milik individu yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Official 1’ di dalam dokumen tersebut melalui pelbagai transaksi di antara tahun 2011 sehingga 2013.

8. Siapakah dia sebenarnya Malaysian Official 1 ini? Hakikatnya, amat senang untuk kita mengetahui siapa dia manusia yang telah memperolehi AS$681 juta wang 1MDB tersebut memandangkan dokumen mahkamah yang difailkan pihak Peguam Negara Amerika Syarikat telah memberikan gambaran (deskripsi) yang cukup jelas kepada kita.

NAJIB MALAYSIAN OFFICIAL 1.

9. Peguam Negara Amerika Syarikat telah menggambarkan (mendeskripsikan) Malaysian Official 1 tersebut di muka surat 11 perkara 28 dan 29 dokumen mahkamah sebagai high ranking official in the Malaysian government.

10. Riza Shahriz bin Abdul Aziz yang diketahui umum adalah anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor pula telah diperkenalkan oleh Peguam Negara US sebagai a relative of MALAYSIAN OFFICIAL 1.

11. Manakala muka surat 75 dan 76 perkara 263 dokumen mahkamah tersebut telah memetik kembali kenyataan rasmi Peguam Negara Malaysia pada 26 Januari 2016 berkaitan dengan pengesahan Peguam Negara Malaysia bahawa wang sebanyak AS$681 juta yang diterima oleh Malaysian Official 1 adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi. Kalau kita merujuk kembali kenyataan rasmi Peguam Negara Malaysia bertarikh 26 Januari 2016, ianya adalah merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Razak.

12. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 oleh Peguam Negara US tidak lain tidak bukan ialah Najib Perdana Menteri Malaysia yang amat dikasihi!

13. Bagi saya, adalah suatu perkara yang sangat besar apabila penyiasatan rasmi kerajaan Amerika Syarikat sebagaimana yang dinyatakan di dalam dokumen rasmi yang difailkan di mahkamah di sana mendedahkan wang sebanyak AS$681 juta yang diselewengkan dari 1MDB rupa-rupanya ‘berakhir’ di dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

14. Dalam perkataan lain, para penyiasat Amerika Syarikat telah menuduh Perdana Menteri kita ‘mencuri’ wang sebanyak AS$681 juta milik 1MDB Syarikat milik rakyat Malaysia.

15. Amat malang selepas lebih 24 jam Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan tindakan mereka dan menyebarkan kepada umum dokumen yang mereka failkan di mahkamah yang memalitkan Perdana Menteri Malaysia dengan dakwaan yang cukup serius, tidak ada keberanian di pihak Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia untuk menafikan secara tuntas perkara yang dinyatakan di dalam dokumen tersebut khususnya berkaitan dengan isu wang AS$681 juta yang dikatakan telah berakhir ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Saya cabar Perdana Menteri menafi dan mengambil tindakan undang undang terhadap Peguam Negara Amerika Syarikat.

SIDANG KHAS PARLIMEN,LANTIK PEGUAM NEGARA BARU DAN TANGKAP PENCURI

16. Bagi saya, fakta yang didedahkan ini yang dikatakan hasil dari siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat adalah lebih dari cukup untuk memaksa agensi penguatkuasa undang-undang di Malaysia seperti SPRM, Bank Negara Malaysia dan PDRM untuk membuka kembali fail siasatan mereka terhadap Perdana Menteri berkaitan dengan kemasukan wang milik 1MDB ke dalam akaun peribadi beliau.

17. Sila mohon kerajaan Amerika supaya membekalkan hasil siasatan mereka kepada kita. Peguam Negara Malaysia bertanggungjawab untuk membantu urusan ini, namun terhalang kerana Peguam Negara tidak melaksanakan tugas Peguam kepada negara sebaliknya menjadi Peguam kepada Najib.

18. Untuk membolehkan siasatan dibuka semula, saya sekali lagi mengesa dan mendesak supaya suatu sidang khas Parlimen dipanggil bukan untuk memberi ruang kepada Perdana Menteri memberi penjelasan, tetapi untuk membolehkan satu usul atas nama kerajaan atau persendirian bagi tujuan pelantikan Peguam Negara yang baru dan menyerahkan kepada Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

1MDB: Jangan campur tangan urusan negara lain

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
Kita menentang campur tangan Amerika Syarikat ke atas mana-mana negara seperti mana Malaysia juga tidak boleh campur tangan dalam hal-hal negara lain. Semua negara perlu saling hormat-menghormati hak dan kedaulatan negara masing-masing.

Dalam isu 1MDB, Amerika Syarikat mendakwa sejumlah wang haram daripada 1MDB telah masuk ke negara mereka, yang bertentangan dengan undang-undang negara itu. Wang 1MDB dilaporkan ada kaitan dengan Jho Low dan anak tiri kepada Datuk Seri Najib, Riza Aziz.

Amerika Syarikat sekarang ini mahu mendakwa mereka yang terlibat membawa wang haram masuk ke negara mereka. Mereka tidak berkompromi kepada orang yang melalukan kesalahan di negara mereka.

Maka jangan pula kita campur tangan jika mereka mahu mengambil tindakan kepada individu membawa wang haram ke negara mereka, seperti juga kita tidak mahu mereka campur tangan hal ketenteraan dan kepolisan dalam negara kita.

Jangan kita terlalu naif. Apabila Amerika Syarikat mahu memburu pesalah wang haram masuk ke negara mereka, kita pula kata Amerika cuba nak campur tangan urusan negara.

Di negara kita, peguam negara yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat. Pegawai yang mahu menyiasat kemudian dijumpai mati di dalam tong drum.

SPRM disiasat oleh polis dan beberapa pegawai mereka dipecat dan ditukar. Timbalan Perdana Menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB, juga kemudian dipecat.

Tiada penjelasan menyeluruh terhadap pembunuhan dan pemecatan ini. Ini semua menimbulkan spekulasi buruk ke atas Malaysia. 1MDB dan Perdana Menteri dilihat begitu kebal dalam isu ini.

Sepatutnya sudah ada satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat keseluruhan isu ini sejak awal lagi.

Malaysia terpahat negara korupsi maha dahsyat dalam sejarah dunia

DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
1. Tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita hartanah bernilai AS1 bilion (RM4 bilion) dan dana 1MDB yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan setakat ini oleh Peguam Negara Amerika Syarikat berjumlah AS3.5 bilion (RM14 bilion) yang dikaikan dengan penyalahgunaan dana 1MDB adalah suatu yang sangat memalukan Malaysia. Ini disebabkan Malaysia dilihat gagal dalam mengambil tindakan undang terhadap penjenayah tingkat tinggi dan gagal menyelamatkan wang dan harta negara.

2. Tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah menimbulkan persoalan apa jadi dengan institusi penyiasatan dan perundangan Malaysia. Ini menunjukan cengkaman kuasa politik ke atas institusi tersebut serta korupsi dedak telah berakar umbi dalam institusi penyiasatan dan perundangan negara sehingga gagal menyelamatkan Malaysia.

*PARLIMEN PERLU SEGERA BERSIDANG MELANTIK PEGUAM NEGARA*

3. Sepanjang timbulnya isu 1MDB dilihat semua institusi penyiasatan dan perundangan negara termasuk anggota Kabinet telah menjadi pelindung kepada jenayah 1MDB. Ini merupakan satu malapetaka besar negara akibat cengkaman politik dan dedak menguasai politik Malaysia.

4. Kesannya hari ini kejatuhan Ringgit Malaysia dan dipercayai kejatuhan yang lebih buruk akan berlaku. Paling memalukan siasatan yang dilakukan oleh penyiasat Amerika Syarikat dengan merujuk kepada laporan siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan pihak berkuasa Malaysia tak mampu mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas pencuri wang 1MDB milik rakyat Malaysia.

5. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memanggil sidang khas Parlimen selama empat hari bukan untuk memberi peluang Najib memberi penjelasan, tetapi untuk dikemuka dan diluluskan satu usul atas nama kerajaan atau usul persendirian bagi mencadang pelantikan Peguam Negara yang baru dan menyerahkan kepada Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan mengarahkan semua pihak membuka kembali kertas siasatan, dan Peguam Negara bolehlah secara bebas untuk mengambil langkah mengheret pencuri wang 1MDB milik rakyat Malaysia ke muka pengadilan.

6. Tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja di waktu sebegini kerana kes telah melalui penyiasatan yang panjang dan ianya akan melambat lagi penyelesaian kes 1MDB yang menjadi Beban Negara (BN).

UMNO, ACT now or be condemned to the dustbin of history as traitors of the nation

DR. DZULKEFLY AHMAD
Strategy Director
Parti Amanah Negara
1. The frantic attempt of both the Press Secretary of Prime Minister Najib Razak and 1-MDB to placate the mounting anger of the Malaysian citizenry is pathetic and frivolous.

2. Both have emphatically stressed that the Malaysian Anti-Corruption Commission and the bi-partisan Public Account Committee (PAC) have found no crime was committed. But both have conveniently forgotten to note that the entire nation, nay the entire world, are aware of the damning expose' of the plethora of crimes committed, as per the leaked Auditor General's Report.

3. Now, most devastating is the fact that the attorney general of the United States, Loretta Lynch, made it official yesterday that after over a year of thorough investigation, at least US$3.5 billion (RM14.16b) belonging to the Malaysian people has been stolen.

4. Inter alia, the Federal Bureau of Investigation (FBI), the US Department of Justice (DOJ), and the Internal Revenue Service (the US tax revenue agency) have concluded that the Malaysian people were robbed.

5. They have conclusively arrived at their findings that the co-conspirators laundered their stolen funds through a complex webs of opaque transactions and fraudulent shelf companies and bank accounts around the world including Switzerland, Singapore and the United States....."..The word 'stolen' were repeated many times.

6. It is an open secret now, that Prime Minister Najib Razak who created and led 1MDB worked hand-in-glove with flamboyant Low Taek Jho or Jho Low. The US Justice Department report listed three other 1MDB officials who were involved in this fraud and the Malaysia Official No.1, irrespective of who the person is.

7. In a strange and weird move, when all avenues of imploring authorities including the Attorney General, the MACC, the BNM, the Police and finally the Council of Rulers, l have no qualm to implore the MT of Umno (Majlis Tertinggi Umno), their Members of Parliament and the entire Umno fraternity, to act in unison to save the party they claimed to love and more importantly, to save the nation and the Rakyat of Malaysia. If you dissapoint and fail the nation again, rest assured that you will be assigned to the dustbin of history as the 'Traitors of the Nation' - Pengkhianat Negara!

8. After all efforts of debunking and unseating the PM have failed, the MT is the last bastion as to get rid of Najib, the man who single-handedly usurped all powers and is responsible to bring this failing nation into a tail-spin and the abyss of self-destruction.

9. The nation and its leaders from both divides, must patriotically be committed to an immediate comprehensive reform agenda and turn around the nation to become both a vibrant and functional democracy.

Time to rise above partisan- and self- interest, and be counted as the True Patriots, regardless of our ideoligical conviction and political persuasion!

Ahad, 17 Julai 2016

‘Senarai AJK parti baharu disediakan orang bodoh’

PETALING JAYA: Satu senarai ahli jawatankuasa (AJK) parti baharu bakal ditubuhkan yang mengandungi nama dan jawatan pemimpin tersebar di media sosial.

Menurut senarai itu, parti baharu yang diumumkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis lalu yang belum pun ditubuhkan itu dinamakan Parti Melayu Baru Bersatu.

Bekas Menteri Perdagangan, Tan Sri Rafidah Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz turut menganggotai jawatankuasa parti baharu itu.

Nama bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut muncul dalam senarai itu.

Nama penari, Bilqis Hijjas yang dibebaskan bulan lalu daripada tuduhan melepaskan belon kuning sebagai bantahan terhadap kehadiran Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam sebuah acara di pusat beli-belah Pavilion serta aktivis, Hihamuddin Rais turut berada dalam senarai itu.

Bagaimanapun, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang turut dinamakan, menolak senarai itu dan menyeru orang ramai menggunakan logik akal untuk menentukan kesahihannya.

"Anda perlu menggunakan logik anda. Ini adalah kerja-kerja mereka yang berfikiran kotor, buruk dan hodoh," katanya ketika dihubungi FMT.

Walaupun baru mengumumkan akan kembali menyertai sebuah parti politik kelmarin, beliau bagaimanapun menegaskan belum memutuskan parti mana yang menjadi pilihannya.

"Saya tidak tergesa-gesa. Ada banyak pilihan. Itu senarai disediakan orang bodoh," katanya.

Setiausaha akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim turut menolak khabar angin itu sebagai tidak benar.

"Muhyiddin tidak menghadiri sebarang mesyuarat berkaitan perkara ini. Bagaimana wujud pelantikan itu? Tentunya ia tidak benar," tegasnya.

Mereka yang berada dalam kem Shafie turut menafikan senarai itu.

Aktivis belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata: "Senarai itu tidak benar. Ia palsu sama sekali."

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno, Anina Saadudin turut menafikan kesahihan senarai itu.

Anina mendakwa mereka yang menyertai parti baharu itu tidak gila jawatan, sebaliknya sanggup mencari kebenaran tanpa memegang sebarang jawatan.

"Ramai betul pihak di sana (Najib) yang takut dengan parti baharu. Parti baharu ini bukan seperti Najib hinggakan ada orang terkejut tiba-tiba jadi menteri.

"Dalam parti baharu, semuanya dibincangkan secara muafakat. Hati kami padu. Kami juga tidak laparkan jawatan.

"Jadi, tidak timbul langsung isu tentang jawatan parti. Yang penting, kami cuma mahukan parti untuk melawan Najib," katanya.

Erdogan desak Amerika serah Fethullah Gullen

Erdogan bercakap kepada rakyat Turki selepas patahkan rancangan rampasan kuasa.Erdogan bercakap kepada rakyat Turki selepas patahkan rancangan rampasan kuasa.

Presiden Reccip Toyyib Erdogan mendesak rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat, Barrack Obama agar menyerahkan apa yang disifatkan oleh beliau sebagai pemimpin pengganas dan pemimpin rancangan rampasan kuasa yang gagal, Fethullah Gulen kepada Turki.

"Saya dengan ini meminta Presiden Amerika Obama untuk menyerahkan orang yang hidup di atas tanah seluas 400 ekar di Pennsylvania," kata Erdogan sebagaimana dilaporkan media berbahasa Inggeris Turki, Daily Sabah.

Bercakap kepada perhimpunan di Istanbul tentang usaha merampas kuasa oleh segelintir penyokong Gullen dalam tentera, Erdogan berkata, tindakan itu menyalahi undang-undang dan tindakan itu tidak mewakili tentera Turki.

"Tentera adalah milik seluruh rakyat Turki bukan badan selari (parallel structure)," kata Erdogan dipercayai merujuk kepada FETO atau kumpulan yang diasaskan oleh Fetullah Gulen, seorang ulama Turki yang mempunyai banyak rangkaian pusat pendidikan di seluruh dunia dan kini menetap di Amerika.

2,800 tentera Turki khianat ditangkap

Seramai 2,800 anggota tentera Turki yang khianat cuba merampas kuasa sudah ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.

Turki tentera

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menterinya, Binali Yildirim yang dipetik dalam media antarabangsa BBC.

Kesemua suspek itu yang ditahan di seluruh Turki itu kini dalam tahanan pihak berkuasa.

Sementara itu, 200 daripadanya dikatakan telah menyerahkan diri manakala 161 disahkan terbunuh.

Agensi berita tempatan pula melaporkan sebahagian besarnya adalah orang awam dengan lebih 1,440 yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di hospital.

Jeneral tentera yang berjaya diselamatkan daripada tahanan tentera pemberontak berkenaan, Hulusi Akar dilaporkan CNN akan mengetuai operasi terhadap kumpulan yang mencuba untuk menggulingkan kerajaan.

Namun beberapa pimpinan tentera yang turut ditangkap pemberontak sebelum ini masih belum diketahui nasibnya.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan beliau masih berkuasa di Turki.

Sabtu, 16 Julai 2016

Muhyiddin setuju tubuh parti baharu

Saya bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan, PAS dan pertubuhan masyarakat sivil untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia, di samping mengambil langkah-langkah perlu untuk melakukan reformasi institusi.

Saya telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz dan rakan-rakan yang lain mengenai keperluan penubuhan sebuah wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan dalam pilihan raya.

Pada masa sama, saya juga akur penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain.

Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

Saya juga bersependapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Seri Azmin Mohamed Ali  dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat.

Saya amat mengalu-alukan perkembangan positif ini dan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.

Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul.

Saya yakin Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.

InsyaAllah, berkat muafakat rakyat dan jiwa besar pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan kepentingan negara, kita akan berjaya mengenepikan perbezaan, mewujudkan kesepakatan dan mencapai kemenangan.

Jumaat, 15 Julai 2016

Angka korban serangan Nice 84 orang


NICE: Angka terkini insiden rempuhan trak ketika pertunjukan bunga api sempena Hari Bastille di sini malam tadi meningkat sekurang-kurangnya 84 orang, tragedi yang disifatkan Presiden Perancis, Francois Hollande sebagai serangan pengganas.

Polis menembak mati pemandu berkenaan selepas suspek memecut trak sejauh dua kilometer sepanjang pantai peranginan popular yang sesak dengan pengunjung yang meraikan hari kebangsaan Perancis itu.

 
Menurut sumber, mayat mangsa bergelimpangan di pantai Promenade des Anglais, French Riviera, manakala ratusan lagi bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Pihak berkuasa berkata, dokumen pengenalan diri pemandu yang ditemui dalam trak 19 tan itu milik seorang lelaki warga Perancis-Tunisia berusia 31 tahun.

Mentega berusia lebih 2,000 tahun masih boleh dimakan

mentega
butter

Penemuan itu dibuat di sebuah kawasan di Drakerath, Ireland oleh pemotong rumput, Jack Conway.

Mentega berkenaan ditemui tertanam kira-kira 12 kaki di bawah tanah dan kemudian melaporkan penemuan itu kepada jabatan muzium.

butter2

Apa yang mengejutkan ialah, walaupun berusia lebih 2,000 tahun ketulan mentega berkenaan masih boleh dimakan.

Mentega berkenaan dipercayai ditanam untuk menjadikannya tahan lama, namun ada pakar yang berpendapat ia mungkin ditanam sebagai tawaran kepada dewa bagi menjadikan kawasan berkenaan lebih selamat.

butter3

Menurut ahli kaji sejarah, kawasan penemuan mentega berkenaan adalah kawasan yang sukar untuk dimasuki dan ia merupakan kawasan misteri pada zamannya.

Selasa, 5 Julai 2016

Letupan di pusat hiburan Puchong angkara IS - KPN

Khalid Abu Bakar menunjukkan gambar suspek yang diburu pasukan polis.
Khalid Abu Bakar menunjukkan gambar suspek yang diburu pasukan polis.
 
Letupan bom tangan di pusat hiburan, Movida Bar& Launge, di Bandar Puchong Jaya pada 28 Jun lalu merupakan angkara kumpulan militan Islamic State (IS-Daesh) di negara ini.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, siasatan terperinci polis berjaya membongkar serangan yang dilakukan empat anggota kumpulan militan itu atas arahan ahlinya yang berpengaruh warga Malaysia, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi atau Abu Hamzah Al-Fateh yang berada di Syria.
 
Katanya, berikutan itu polis berjaya menahan dua daripada empat suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan pertama IS di negara ini yang menyebabkan enam orang tercedera.
 
"Hasil siasatan secara terperinci selama ini, polis mengesahkan bahawa serangan letupan bom di pusat hiburan Movida adalah angkara pengganas IS.
 
"Hasil risikan dan bertindak atas maklumat orang awam, kita sudah menahan dua suspek yang dipercayai melemparkan bom tangan granit dalam serangan itu manakala dua lagi suspek merupakan rakan mereka sedang giat diburu," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini.
 
Dua suspek letupan bom di sebuah pusat hiburan yang dibur polis. 
 
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kedua-dua suspek itu ditahan di Pelabuhan Klang pada 1 Julai lalu dan polis berjaya mengenaipasti identiti dua lagi rakan mereka dan yakin akan ditahan tidak lama lagi.
 
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak dua suspek melaporkan ke balai polis berhampiran.
 
Berikutan kejadian letupan itu, polis mempertingkatkan siasatan secara lebih giat berjaya menahan 13 lagi suspek individu yang dipercayai terlibat dalam rancangan melakukan serangan di beberapa lokasi tertumpu dan pemimpin kanan termasuk Perdana Menteri di negara ini.
 
Penahanan itu turut melibatkan dua anggota polis berpangkat pegawai rendah yang bertugas di Pulau Pinang dan Kedah.
 
Menurut Khalid, daripada 15 yang ditahan, tujuh ditahan di Kedah, empat di Selangor, dua di Kuala Lumpur dan masing-masing seorang suspek di Melaka dan Pulau Pinang menerusi operasi yang dilakukan antara 28  Jun hingga 1 Julai lalu.
 
Dua anggota polis itu ditahan selepas salah seorang terlibat dalam aktiviti samun untuk mendapatkan dana kegiatan IS manakala seorang lagi anggota cuba melindungi suspek IS daripada ditangkap polis, tambah beliau.
 
"Mereka tidak mempunyai talian persaudaraan atau sebagainya, cuma cuba melindungi suspek daripada polis.
 
"Kesemua suspek ditahan adalah lelaki warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 52 tahun untuk disiasat dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA," ujarnya.
 
Polis telah mempertingkatkan kawalan skeselamatan seluruh negara bagi memastikan keselamatan rakyat dan negara sentiasa terjamin daripada ancaman IS, katanya.
 
Dalam pada itu, Khalid menasihati pengusaha premis pusat hiburan supaya menutup operasi mengikut waktu yang ditetapkan.
 
"Pengusaha pusat-puat hiburan, judi dan snuker yang sah dan dibenarkan di sisi undang-undang sila tutup operasi ikut waktu yang diarahkan, janganlah operasi sehingga lewat pagi, kelonggaran keselamatan digunakan pennjenayah," tegasnya. - MalaysiaGazette

Isnin, 4 Julai 2016

Husni sahkan letak jawatan kerana enggan pindah kementerian

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan beliau memilih untuk menamatkan karier politiknya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk memindahkannya ke kementerian lain.

Katanya, beliau pada asalnya hanya membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, namun mengubah keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kedua.

"Pada 27 Jun (2016), selepas mesyuarat Majlis Ekonomi, saya bertanya perdana menteri, adakah benar PM akan menukar portfolio saya dalam rombakan Kabinet yang akan diumumkan pada petang itu?

"PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio.

"Saya memaklumkan PM bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan," katanya seperti  dilapor Berita Harian.

Sehubungan itu, kenyataan tersebut juga seperti mengesahkan spekulasi yang dibuat blogger Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Husni meletakkan jawatannya kerana kecewa apabila Najib ingin memindahkannya ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Akhbar itu melaporkan, Husni menjelaskan beliau membuat keputusan sedemikian memandangkan hanya mempunyai tempoh perkhidmatan selama satu setengah tahun.

Katanya lagi, sekiranya beliau ditukar ke portfolio lain dalam tempoh berkenaan, ia tidak mencukupi untuk membolehkannya berkhidmat dengan efektif.

Selain itu, anggota parlimen Tambun itu berkata, beliau juga perlu menghadiri pelbagai acara sekiranya perlu berkhidmat di usianya yang lewat 60-an sedangkan Husni berkata, beliau ingin melalui fasa lain dalam kehidupannya.

"Saya berasakan dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan oleh generasi yang lebih muda daripada diri saya. Dengan umur mencapai 60-an, adakah saya patut meneruskan perkhidmatan?

"Kerja-kerja sebagai menteri kewangan II begitu rumit membabitkan antara lain menguruskan Dasar Fiskal, bajet, memantau kedudukan kewangan, hutang negara, tender, 1MDB, syarikat-syarikat kewangan diperbadankan, menentukan harga minyak di pasaran, memantau pasaran kewangan serta pasaran modal, serta menghadapi pelbagai isu persepsi," katanya.

Najib pada 27 Jun lalu mengumumkan rombakan kabinet kali ketiga sejak menerajui negara. Najib juga mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan kedua bagi menggantikan Husni yang meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

ADUN Jorak letak jawatan Naib Ketua UMNO Pagoh

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh meletak jawatan sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh, berkuatkuasa serta merta.
 
Surat perletakan jawatan yang bertarikh hari itu dialamatkan kepada Pemangku Ketua UMNO Pagoh, Ismail Mohamed.
 
Difahamkan UMNO Bahagian itu menolak perletakan jawatan Shahruddin yang tetap dengan pendirian beliau yang mahu mendalami ilmu Al-Quran.
 
Berikutan itu, Shahruddin perlukan masa untuk  membaca, menulis dan mempelajari bahasa Arab dan menghafal ayat-ayat Al-Quran.
 
Beliau akan menyempurnakan tugas sebagai ADUN hingga tempoh Pilihan Raya Umum akan datang. - MalaysiaGazette

Guan Eng tidak perlu letak jawatan atau bercuti - Mesyuarat Exco











Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan Lim Guan Eng tidak perlu meletakkan jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai ketua menteri sementara menunggu kes perbicaraan rasuahnya selesai.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, beliau mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat exco dan disokong Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr. P. Ramasamy.

"Kami mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) ketua menteri untuk memimpin exco dan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Ramasamy yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata, semua exco sebulat suara menyokong keputusan itu dan memberi kepercayaan kepada Lim untuk terus mentadbir Pulau Pinang.

Pada Khamis lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Pada Rabu, Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. - BERNAMA

Shafie Apdal keluar Umno














SEMPORNA – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang digantung keanggotaannya dalam UMNO, bertindak keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.

Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna yang diadakan di pekarangan kediamannya di sini.

Ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu bagi meneruskan perjuangan politiknya, Mohd Shafie berkata:
“Saya belum lagi memikirkan tentang perkara itu.”

Pada 24 Jun lepas, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Mohd Shafie pula digantung keanggotaannya sehingga MT UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti. – Bernama

Sabtu, 2 Julai 2016

Pasukan keselamatan Bangladesh lancar serangan tamat krisis tebusan


Post Pic

DHAKA: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan untuk menamatkan krisis tebusan yang berlaku di sebuah restoran di zon diplomatik di bandar Dhaka di sini, awal hari Sabtu.
 
Bunyi letupan kuat mula kedengaran di kawasan itu pada jam 7.40 pagi, lapor wartawan koresponden The Daily Star yang membuat liputan di sana.
 
Reuters melaporkan, pasukan keselamatan telah bersedia untuk membebaskan sekitar 20 tebusan, termasuk beberapa warga asing dari restoran di kawasan mewah itu selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerbu bangunan terbabit yang membunuh sekurang-kurangnya dua anggota polis.
 
Gowher Rizvi, penasihat kepada Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina memberitahu Reuters, pasukan keselamatan cuba melakukan rundingan sebagai jalan keluar krisis, sebelum melancarkan serangan untuk menamatkan pengepungan.
 
Polis berkata, lapan hingga sembilan lelaki bersenjata menyerang restoran Holey Artisan di daerah Gulshan di Dhaka yang popular dengan kumpulan ekspatriat.
 
Penyerang dipercayai membawa senapang dan bom, berbalas tembakan dengan polis yang berada di luar selama beberapa jam selepas serangan, dalam kejadian yang bermula sekitar jam 9 malam waktu tempatan pada Jumaat.
 
Negara Islam (IS) telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Polis Bangladesh bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sambil berkata dua pegawai polis telah terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.
 
Warga Itali dan India adalah antara tebusan, kata seorang pegawai bertugas di bilik kawalan Rapid Action Battalion (RAB).
 
Duta Itali ke Bangladesh, Mario Palma memberitahu televisyen Itali, tujuh warga Itali adalah antara tebusan yang ditahan.
 
"Ia adalah serangan berani mati. Mereka mahu untuk melakukan operasi berdarah dan besar-besaran, tidak ada ruang untuk rundingan," kata Palma.
 
Gowher Rizvi berkata, krisis tebusan itu bermula apabila pengawal keselamatan tempatan yang berada di kawasan diplomatik itu menyedari kehadiran beberapa lelaki bersenjata di luar sebuah pusat perubatan.
 
Apabila pengawal menghampiri mereka, kumpulan itu berlari ke arah restoran yang sesak dengan orang yang menunggu untuk mendapatkan tempat duduk, katanya.

Serangan Dhaka: 20 tebusan dibunuh

DHAKA: Dilaporkan 20 orang awam dibunuh selepas militan bersenjata menawan mereka dalam sebuah kafe di sini semalam.
 
Seorang jurucakap tentera berkata, kebanyakan mangsa ditetak sehingga mati. 
 
"Kami menemui 20 mayat. Kebanyakan mereka ditetak dengan kejam sehingga mati menggunakan senjata tajam," kata Brig Jeneral Nayeem Ashfaq Chowdhury kepada media.
 
Seramai 13 mangsa turut diselamatkan pada penghujung kepungan termasuk tiga warga asing. 
 
"Tiga yang diselamatkan adalah warga asing termasuk seorang warga Jepun dan dua lagi Sri Lanka," kata beliau. 
 
Tentera mengesahkan kebanyakan mangsa yang menjadi tebusan adalah warga Itali dan Jepun. 
 
Terdahulu, pihak berkuasa berkata, enam lelaki bersenjata dibunuh apabila anggota keselamatan menyerbu kafe terbabit pagi hari ini sementara dua pegawai polis dibunuh dalam pertempuran pada permulaan kepungan malam semalam.

Pasukan keselamatan serbu restoran untuk tamatkan krisis tebusan Dhaka

LAPOR LANGSUNG: Pasukan keselamatan serbu restoran untuk tamatkan krisis tebusan Dhaka
Fakta ringkas
  • Dianggarkan sejumlah enam hingga lapan lelaki bersenjata menyerang restoran popular di Dhaka pada Jumaat.
  • Polis melaporkan telah berjaya membebaskan 20 hingga 30 tahanan termasuk kanak-kanak.
  • Seorang penyerang dilaporkan cedera, ditahan dan dibawa ke hospital. Kumpulan Daish (IS) mendakwa telah membunuh 24 tawanan.
  • Laporan belum disahkan mendakwa 50 anggota polis cedera termasuk dua yang terbunuh
  • Penyerang dikatakan membawa pedang dan bahan letupan, kata seorang pengurus restoran
 
Pasukan keselamatan Bangladesh menyerbu masuk restoran di tengah-tengah ibu kota Bangladesh, Dhaka yang ditawan kumpulan penyerang bersenjata pada malam Jumaat (waktu tempatan) di mana sekumpulan tawanan termasuk warga asing menjadi tebusan.
"Operasi telah bermula. Pasukan komando telah menyerbu restoran," seorang pegawai berkata.
Seorang jurugambar AFP yang berada di lokasi berkata, dia mendengar bunyi tembakan yang kuat dan letupan ketika pasukan keselamatan melancarkan operasi membebaskan tebusan selepas drama berlarutan lebih 10 jam.

Polis buat persediaan untuk melancarkan operasi
Polis Bangladesh membuat persediaan untuk melancarkan operasi untuk menamatkan krisis tebusan pagi ini, menurut laporan Reuters.
Puluhan tebusan ditahan antara 6 hingga 8 individu bersenjata, juga dilengkapi bahan letupan

Seorang anggota polis yang cedera dalam pertempuran diusung keluar - Foto AP
Kumpulan Daish (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di sebuah restoran di ibu kota Bangladesh, Dhaka pada malam Jumaat yang menyaksikan pertempuran tercetus di antara pihak polis dan kumpulan penyerang.

Sekurang-kurangnya dua anggota polis disahkan terbunuh dalam serangan itu.

Krisis tebusan di Dhaka: Kumpulan bersenjata serang restoran ekspatriat

Krisis tebusan di Dhaka: Kumpulan bersenjata serang restoran ekspatriat
Orang ramai membantu seorang lelaki yang cedera dalam insiden tembakan di Dhaka. (Foto AP)

DHAKA: Individu bersenjata menyerang sebuah restoran yang popular di kalangan warga asing di ibu negara Bangladesh pada malam Jumaat, dan dipercayai menjadikan pelanggan di dalamnya sebagai tebusan, menurut pihak berkuasa.

Pertempuran bersenjata dilapor berlaku antara polis dan kumpulan bersenjata tersebut, dengan sekurang-kurangnya dua pegawai polis disahkan terbunuh.

Penyerang mensasarkan restoran makanan Sepanyol di zon diplomatik Dhaka itu dan mula melepaskan tembakan pada jam 9.20 malam waktu tempatan (1320 GMT), kata pihak polis.

"Pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan pertempuran bersenjata berlaku. Sebilangan individu yang tidak dapat dipastikan jumlahnya, kini masih berada di dalam restoran itu. Kami tidak dapat mengesahkan samada mereka adalah tebusan," kata pegawai polis Gulshan, Sayedur Rahman kepada AFP.

Ketua pasukan keselamatan elit Bangladesh, Benazir Ahmed pula memberitahu wartawan, kumpulan penyerang itu masih berada di dalam restoran Holey Artisan Bakery.

"Kami kini cuba untuk berkomunikasi dengan mereka. Kami mahu menamatkan situasi ini dengan aman," kata Benazir.

Insiden berlaku berhampiran Nordic Club, di mana kebanyakan golongan ekspatriat berkumpul, dan juga kedutaan Qatar.

Siri pembunuhan mensasarkan penganut agama minoriti dan aktivis sekular berlaku di Bangladesh kebelakangan ini.

Pada awal pagi Jumaat, seorang pekerja di sebuah kuil Hindu dilaporkan dibunuh dengan kejam di wilayah barat Bangladesh.

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...