Sabtu, 2 Julai 2016

Serangan Dhaka: 20 tebusan dibunuh

DHAKA: Dilaporkan 20 orang awam dibunuh selepas militan bersenjata menawan mereka dalam sebuah kafe di sini semalam.
 
Seorang jurucakap tentera berkata, kebanyakan mangsa ditetak sehingga mati. 
 
"Kami menemui 20 mayat. Kebanyakan mereka ditetak dengan kejam sehingga mati menggunakan senjata tajam," kata Brig Jeneral Nayeem Ashfaq Chowdhury kepada media.
 
Seramai 13 mangsa turut diselamatkan pada penghujung kepungan termasuk tiga warga asing. 
 
"Tiga yang diselamatkan adalah warga asing termasuk seorang warga Jepun dan dua lagi Sri Lanka," kata beliau. 
 
Tentera mengesahkan kebanyakan mangsa yang menjadi tebusan adalah warga Itali dan Jepun. 
 
Terdahulu, pihak berkuasa berkata, enam lelaki bersenjata dibunuh apabila anggota keselamatan menyerbu kafe terbabit pagi hari ini sementara dua pegawai polis dibunuh dalam pertempuran pada permulaan kepungan malam semalam.

Tiada ulasan: