Ahad, 31 Ogos 2014

Perutusan Hari Kemerdekaan oleh PM



1. Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan.

2. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen,  malam ini, saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini.

3. Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu bermula dengan sebuah perjuangan murni dan pengorbanan yang tiada tandingnya, termasuklah daripada pihak Raja-Raja Melayu dan istana, para pemimpin politik dan rakyat keseluruhan.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Pesawat singapore airlines hilang kawalan

11 penumpang dan seorang anak kapal Singapore Airlines cedera apabila pesawat yang dinaiki mereka hilang kawalan seketika akibat cuaca buruk dalam penerbangan SQ308 dari Singapura ke London pada Ahad lalu.

Sebelum kejadian berlaku, pramugari sedang menghidangkan makanan kepada penumpang. Namun pesawat tersebut hilang kawalan dan jatuh 20 meter dari ketinggian asal.

Insiden itu menyebabkan makanan yang dihidangkan tertumpah dan mengotorkan pesawat.

Bagaimanapun, anak-anak kapal dan penumpang terdahulu telah dimaklumkan dan diarahkan untuk berada ditempat duduk sebelum insiden itu berlaku.

Seorang penumpang sempat mengambil gambar kesan air kopi tertumpah ke siling pesawat dan memuat naik gambar tersebut di laman Instagram.

Menurut salah seorang penumpang berkata, ketika kejadian itu suasana dalam pesawat amat mengerikan seperti di dalam lift yang menjunam jatuh ke bawah.









Khamis, 28 Ogos 2014

Apa motif Pas calon dua nama dari PKR?


Lain diminta, lain yang diberi.

Itulah yang berlaku kepada Pas apabila bertindak ingkar dengan titah Sultan Selangor yang mahu setiap parti dalam pakatan pembangkang di negeri itu menyenaraikan dua nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing untuk dipilih sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada Pas malam tadi amat mengejutkan apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, parti itu membuat keputusan menyenaraikan dua nama ADUN dari PKR untuk dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Keputusan yang dicapai pada mesyuarat tertutup Pas Selangor di Shah Alam itu, sekali gus menidakkan kenyataan beliau sendiri pada sebelah petang yang antara lain mengatakan, Pas bersetuju menyenaraikan dua nama ADUN dari parti itu kepada Tuanku Sultan untuk dipertimbangkan menggantikan tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Rabu, 27 Ogos 2014

DUN Selangor tidak akan dibubarkan, Khalid gembila lepas jawatan MB

KENYATAAN MEDIA TAN SRI KHALID IBRAHIM SELEPAS MENGADAP SULTAN SELANGOR - 26 OGOS 2014
 
MENTERI BESAR PERSEMBAH HASRAT MELETAK JAWATAN KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR
Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan untuk saya menghadap baginda pada petang ini di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, bagi membincangkan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri ini.

Saya telah menyembah maklum bahawa dinamik politik di negeri Selangor kian meningkat dan telah menimbulkan keresahan rakyat jelata. Demi kelangsungan kestabilan politik di negeri Selangor ini, saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku hasrat untuk meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

PKR, DAP ingkar titah Sultan, tetap calon Wan Azizah

KENYATAAN MEDIA PKR DAN DAP - 26 OGOS 2014

PELANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR

KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.

Selasa, 26 Ogos 2014

Persembah Hasrat Meletak Jawatan Kepada DYMM Sultan Selangor

Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah berkenan untuk saya menghadap baginda pada petang ini di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, bagi membincangkan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri ini.
Saya telah menyembah maklum bahawa dinamik politik di negeri Selangor kian meningkat dan telah menimbulkan keresahan rakyat jelata. Demi kelangsungan kestabilan politik di negeri Selangor ini, saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku hasrat untuk meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

Ini jawapan Khalid jika dicalonkan semula jawatan MB

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui gembira melepaskan tanggungjawab yang dipikul selama enam tahun dan berharap semua masalah yang berbangkit selesai sebaik sahaja beliau meletak jawatan dan menteri besar baharu dilantik.

Beliau berkata, langkah itu diambil sejajar dengan desakan yang diterimanya daripada pelbagai pihak yang menginginkan beliau melepaskan jawatan selaku menteri besar.

"Dia orang tak nak saya dah," kata Khalid ketika diajukan soalan apakah sebab utama beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar apabila menyatakan hasrat itu ketika menghadap Sultan Selangor, petang tadi.

Kemelut MB: PAS, PKR Dan DAP Harus Akur Titah Sultan

Kemelut politik di Selangor yang memasuki fasa baharu pada Selasa memperlihatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP diberi peluang yang adil bagi mencalonkan lebih daripada dua nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai Menteri Besar yang baharu.

Perkembangan itu menurut beberapa penganalisis politik adalah satu keputusan bijak yang mampu meredakan ketegangan politik yang berlaku di Selangor pada ketika ini.

Mereka berpandangan bahawa ini adalah ujian 'getir' kepada parti pakatan untuk mencari persefahaman, toleransi dan permuafakatan apabila setiap parti 'diwajibkan' mencalonkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing sebagai calon Menteri Besar.

Sultan Selangor Tangguh Terima Khalid Ibrahim Letak Jawatan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Sultan Selangor membuat keputusan itu setelah menerima menghadap Abdul Khalid yang menyembah hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar di Istana Bukit Kayangan di sini.

Abdul Khalid berkata, Sultan Selangor mahu memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan teratur.

Tuanku Sultan Selangor mahu Khalid kekal MB


Sabtu, 23 Ogos 2014

Politik Selangor ditentukan hari ini atau esok


Hari ini atau esok, penentuan politik Selangor bakal diketahui. Sama ada berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau menyaksikan pelantikan muka baru menggantikan Menteri Besar sedia ada, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hari ini, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah akan berangkat pulang ke tanah air dalam tempoh baginda memendekkan cutinya di luar negara. Keputusan itu diambil berikutan keadaan politik di negeri yang dipayungi baginda sudah tidak dapat diselamatkan lagi tanpa campur tangan baginda.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Jenazah ADUN Pengkalan Kubor dikebumi malam ini

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu petang ini.
 
Persiapan membawa pulang jenazah Ketua UMNO Bahagian Tumpat itu agak lewat berikutan pemilik kedai membuat keranda yang mengikuti spesifik penerbangan antarabangsa di Guangzhou telah berpindah premis.

Nurul salahkan Pas ibunya tak boleh jadi MB


Tindakan pemimpin Pas menjadikan alasan kaum wanita tidak boleh mengetuai kerajaan negeri, antara penyebab kenapa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ditolak oleh istana sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau dan seluruh ahli Wanita parti itu kecewa dengan sikap Pas menggunakan agama untuk menegakkan hak mereka bagi menghalang ibunya daripada mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, Pas harus sedar tanpa kerjasama dan sumbangan wanita, kepimpinan mana-mana parti sekali pun tidak akan kuat kerana golongan itu mempunyai peranan serta sokongan tersendiri.

Ramai perwakilan wanita protes tidak hadir Kongres


Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menafikan ketidak hadiran lebih separuh daripada 400 perwakilan pada Kongres Wanita Keadilan hari ini sebagai tanda protes ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan barisan kepimpinan baru parti itu.

Beliau berkata, kehadiran perwakilan wanita dalam dewan itu dikatakan lebih daripada mencukupi dan tidak ada masalah untuk sayap parti PKR itu meneruskan kongres.

“Saya difahamkan ada ahli wanita yang sesat dan masih berlegar-legar di sekitar Stadium Melawati ini. Mereka tidak jumpa pintu masuk dan urusetia sedang menguruskannya. Sebab itu anda (wartawan) lihat kerusi tidak penuh.

“Sebenarnya, jumlah kerusi ini bukan sahaja untuk perwakilan Wanita. Ia juga disediakan untuk perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang saya sangkakan ia berlangsung serentak di stadium,” katanya kepada wartawan selepas berucap merasmikan Kongres Keadilan kali ke-10 di Shah Alam hari ini.

Khamis, 21 Ogos 2014

Tiada ruang untuk Wan Azizah jadi MB – Pasmeb


Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) berikrar pihaknya tidak akan sekali-kali memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selain itu, Pasmeb turut menyalahkan Anwar sebagai orang yang bertanggungjawab menjadi punca politik dan pentadbiran kerajaan Selangor huru hara serta rakyat hidupnya dalam keadaan berpecah belah.

Presidennya, Mazli Saring berkata, Anwar seharusnya menghormati rakyat Selangor yang hidup aman dan damai di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dokumen ‘Langkah Kajang’ tidak palsu


Seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencabar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan kandungan sebenar ‘Langkah Kajang’, jika beliau mendakwa dokumen itu yang tersebar luas dalam laman sosial sebagai palsu.

Lelaki itu yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau bersama rakan yang bergerak aktif dalam NGO di Selangor telah meneliti salinan dokumen ‘Langkah Kajang’ itu dan yakin ia adalah tulin dengan isi kandungannya tidak perlu diragui lagi.

Beri Khalid memerintah sehingga tamat penggal PRU 13


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung bawah Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) hari ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mereka menyatakan pendirian itu dalam satu perjumpaan di Shah Alam pagi ini, dengan membuat keputusan mendesak kepimpinan pakatan pembangkang agar tidak mengganggu jawatan Menteri Besar yang dipegang Abdul Khalid sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada 2018.

Herman Tino ajak rakyat berdiri teguh belakang Sultan


Krisis politik di Selangor turut memberi kesan kepada anak seni dan rakyatnya apabila rakan-rakan di negeri lain mentertawakan mereka berhubung keretakan kepimpinan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Ketika menyatakan rasa kecewa dan kesal dengan keadaan itu, penyanyi Herman Tino berkata, beliau terkejut dan tidak menyangka sama sekali pemimpin dalam pakatan pembangkang boleh sepakat untuk menjatuhkan rakannya sendiri.

Beliau yang juga Pengurus Anak Seni Tanjung Karang berkata, keseluruhan rakyat Selangor hari ini berada dalam keadaan tidak tenteram kerana Menteri Besar mereka, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hendak dijatuhkan oleh pihak yang berkepentingan.

Rabu, 20 Ogos 2014

AL-FATIHAH: Datuk Haji Noor Zahidi meninggal dunia



12.11.1957 - 20.08.2014

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia kira-kira jam 5.45 pagi tadi akibat penyakit kanser hati.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi anak dan isterinya, Siti Mona Abdul Kadir di Hospital, China.

Allahyarham Noor Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tumpat menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal sejak pilihan raya umum tahun 2004.

Beliau hanya tewas kepada calon Pas ketika bertanding di kerusi Parlimen Tumpat pada tahun 1999.

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian, Wan Mohd Hanapi Wan Yaacob, Allahyarham mula menyedari menghidap penyakit kanser pada tahap kronik Julai lalu setelah mengadu sakit dada dan dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di Kota Bharu.

“Ketika itu tidak ada siapa, malah termasuk Allahyarham sendiri tahu dia menghidap penyakit kanser sehinggalah dimaklumkan oleh pakar sebuah hospital swasta.

“Sejak itu, keadaan kesihatannya merosot dan Allahyarham dinasihatkan agar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette.

Noor Zahidi yang juga Pengerusi Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara antara pemimpin yang disayangi penduduk Tumpat, khususnya masyarakat Siam.

Selasa, 19 Ogos 2014

Rodziah desak Malaysia Gazette mohon maaf

rodziah ismail

ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail mendesak portal Malaysia Gazette memohon maaf kepada beliau dalam masa 24 jam berikutan artikel yang mengaitkan dirinya.

Menurut Rodziah, dalam artikel bertajuk “Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR” yang ditulis oleh Hamdan Othman disiarkan pada 18 Ogos 2014 adalah dusta semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan sengaja mengaibkan dirinya, kata ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail.

Rodziah tuntut permohonan maaf dari portal berita kerana 'mengaibkan dirinya'

Rodziah tuntut permohonan maaf dari portal berita kerana 'mengaibkan dirinya' 
  
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail hari ini menuntut seorang penulis dari portal Malaysia Gazette supaya meminta maaf atas tulisan yang disifatkannya 'berunsur fitnah'.

Katanya tulisan bertajuk 'Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR' yang diterbitkan pada 18 Ogos 2014 adalah 'dusta semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah' serta 'sengaja mengaibkan dirinya'.

Beliau menuntut supaya penulis itu termasuk Malaysia Gazette, mengemukakan permohonan maaf itu secara bertulis kepadanya di laman hadapan portal tersebut, termasuk di semua laman sosial medianya dan dalam salah satu akhbar arus perdana harian bercetak dalam masa 24 jam.

Ahad, 17 Ogos 2014

Keputusan rasmi Pas


Pas akan buat keputusan ‘u-turn’ malam ini


Rasa seperti sudah diketahui akan keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat di ibu pejabat agung parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, malam ini.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan keputusannya nanti akan berpihak kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dalil kemenangan bakal Menteri Besar Selangor baharu itu telah dibayangkan lebih awal oleh Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Hanipa Maidin dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas iaitu Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin.

Khalid bakal tubuh parti politik baru, kata Faekah

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.

Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.

Isnin, 11 Ogos 2014

Kenyataan media Abdul Khalid


Faekah Husin keluar PKR


Khalid berbohong, kata DAP, PKR



Tidak puas hati dengan penjelasan Tan Sri Abdul Ibrahim, yang beliau mendapat sokongan majoriti daripada empat anggota Exco dan ADUN Pas bagi membolehkannya terus kekal mentadbir negeri ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta Menteri Besar itu mengemukakan bukti.

Dalam kenyataan kepada media berhubung keputusan Sultan Selangor memperkenankan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar, Pua dan Saifuddin Nasution berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu sebenarnya sudah hilang kepercayaan 28 daripada 56 ADUN.

“PKR dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa Abdul Khalid bahawa dia tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Menteri Besar Selangor. Ini bermakna Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh dari jumlah ADUN di Selangor.

Sultan perkenan Khalid kekal MB

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terus mentadbir kerajaan negeri dengan perkenan Sultan dan empat ahli Exco Pas.
 
Dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) petang ini, beliau berkata, Tuanku Sultan Sharafudin Idris Shah ada bertanya kepadanya sama ada masih mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau sebaliknya.
 
Katanya, beliau memaklumkan masih mendapat kepercayaan majoriti ADUN dan baginda Sultan berpuas hati dengan dan perkenannya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar.

Mengenali ahli Dewan Diraja Selangor... pemegang kata putus kedudukan MB

0Share

Anggota mesyuarat khas Dewan Diraja Selangor dan Majlis Penasihat Sultan Selangor

Ia dianggotai individu yang cukup berpengaruh, bukan ahli politik, kecuali yang dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Majlis itu adalah sebuah badan penasihat untuk Sultan Selangor menjalankan tugasnya sebagai ketua kerajaan negeri.

Ahad, 10 Ogos 2014

Tunggu Anwar umum keputusan mesyuarat MPP PKR

Anwar Ibrahim

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang selesai sebentar tadi, enggan mendedahkan keputusan yang dicapai dalam perbincangan bersama Lembaga Disiplin Keadilan mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Pengerusi Lembaga Disiplin Keadilan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong berkata, MPP ada membincangkan jawapan notis tunjuk sebab Abdul Khalid yang dihantarnya pagi semalam, tetapi menutup mulut daripada memberi ulasan.

Beberapa ADUN mula beri sokongan kepada Wan Azizah

Wan Azizah Wan Ismail.
 
Melihat keadaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang semakin ditekan dan tertekan sehingga digambarkan tidak lagi mempunyai harapan untuk kekal sebagai Menteri Besar, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkepentingan diri mula beralih sokongan kepada bakal penggantinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
 
Ini dapat dilihat melalui tindakan ketara beberapa ADUN di Selangor yang secara tiba-tiba menyatakan pendirian mereka untuk tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai Menteri Besar negeri itu.

MB minta PKR tangguh sesi pendengaran 15 Ogos

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah disambut oleh Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Menghadap Oleh Kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor bertempat di Auditorium Jubli Perak, Shah Alam  pada 8 Ogos 2014. Foto: ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR.
 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan hadir pada sesi pendengaran sebagaimana diarahkan Lembaga Disiplin Keadilan petang ini dan mahu ia ditangguhkan pada 15 Ogos ini.

Beliau berkata, notis yang diberikan kepada beliau supaya menghadiri sesi itu terlalu singkat, tidak sampai 24 jam dan menganggapnya sebagai tidak munasabah serta tidak adil.