Selasa, 26 Ogos 2014

Ini jawapan Khalid jika dicalonkan semula jawatan MB

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui gembira melepaskan tanggungjawab yang dipikul selama enam tahun dan berharap semua masalah yang berbangkit selesai sebaik sahaja beliau meletak jawatan dan menteri besar baharu dilantik.

Beliau berkata, langkah itu diambil sejajar dengan desakan yang diterimanya daripada pelbagai pihak yang menginginkan beliau melepaskan jawatan selaku menteri besar.

"Dia orang tak nak saya dah," kata Khalid ketika diajukan soalan apakah sebab utama beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar apabila menyatakan hasrat itu ketika menghadap Sultan Selangor, petang tadi.


Ditanya sama ada beliau akan menerima semula jawatan itu jika dicalonkan, Khalid menjawab, "Tidak (saya tidak akan terima jika nama saya dicalonkan semula), saya gembira melepaskan tanggungjawab ini".

Beliau percaya segala masalah yang berbangkit di Selangor akan selesai setelah beliau meletakkan jawatan sejurus menteri besar baharu dilantik.

"Ada niat untuk tidak lagi menerima saya sebagai MB dan kalau saya bukan lagi MB, saya harap selepas ini mereka akan bercakap mengenai menguruskan pentadbiran negeri.

"Kalau ada niat sebegitu untuk menukar MB, sudah tentu ada banyak cara untuk tukar MB dan jalan terbaik adalah MB menerima permintaan. Selepas ini, kamu tidak lagi perlu berjumpa dengan semua orang untuk minta saya lepaskan jawatan, hanya teruskan buat kerja," tambah beliau.

Khalid yang juga Adun Bebas Pelabuhan Klang berkata, sehingga setakat ini, beliau belum terfikir untuk melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

"Saya tidak akan buat keputusan apa-apa sehingga keputusan yang dibuat oleh tuanku.
Bagaimanapun, dalam keadaan ini saya bercadang meneruskan tugasan saya sebagai Adun di Pelabuhan Klang," ujarnya.

Sultan Selangor hari ini menangguhkan permohonan Khalid untuk meletakkan jawatan sehingga perlantikan MB baru yang bakal menggantikan beliau.

Baginda juga menitahkan supaya setiap pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti dalam pakatan rakyat sebagai calon menteri besar.

Tiada ulasan:

Penubuhan Pasukan Khas siasatan kes 1MDB

YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas Siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MD...