Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menafikan ketidak hadiran lebih separuh daripada 400 perwakilan pada Kongres Wanita Keadilan hari ini sebagai tanda protes ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan barisan kepimpinan baru parti itu.
Beliau
berkata, kehadiran perwakilan wanita dalam dewan itu dikatakan lebih daripada mencukupi
dan tidak ada masalah untuk sayap parti PKR itu meneruskan kongres.
“Saya
difahamkan ada ahli wanita yang sesat dan masih berlegar-legar di sekitar
Stadium Melawati ini. Mereka tidak jumpa pintu masuk dan urusetia sedang
menguruskannya. Sebab itu anda (wartawan) lihat kerusi tidak penuh.
“Sebenarnya,
jumlah kerusi ini bukan sahaja untuk perwakilan Wanita. Ia juga disediakan
untuk perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang saya sangkakan ia
berlangsung serentak di stadium,” katanya kepada wartawan selepas berucap
merasmikan Kongres Keadilan kali ke-10 di Shah Alam hari ini.
Namun,
sehingga kongres itu ditangguhkan petang ini, jumlah perwakilan dan ahli yang
berada dalam stadium itu semakin berkurangan.
Kongres AMK
yang ditetapkan dari awal lagi diadakan di Dewan Bankuet Wisma Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA) tidak ada kaitan dengan banyak kerusi di dewan tempat Kongres
Wanita berlangsung.
Malaysiagazette
difahamkan ketidakhadiran separuh daripada 400 perwakilan wanita pada kongres
itu kerana dikatakan tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan baru yang
diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) semalam.
Sementara
itu, dalam ucapannya, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, PKR
bertuah kerana mempunyai Presiden yang kuat semangat, berinovasi dan berpengalaman
luas dalam kepemimpinan parti.
Jelas
beliau, Pakatan Rakyat (PR) membuat keputusan dan pilihan tepat apabila
mencalonkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pemimpin yang layak menjadi
Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Dari segi
kepimpinan, Dr. Wan Azizah lebih berpengalaman berbanding Abdul Khalid,”
katanya.
Zuraida
mengalahkan pencabarnya, Rodziah Ismail bagi jawatan Ketua Wanita Keadilan
dengan majoriti kecil 283 undi.
Dalam siri pemilihan
yang bermula akhir Mac hingga Julai lalu itu, Zuraida mendapat 9,392 undi,
manakala Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga
memperolehi 9,109 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan