Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) berikrar pihaknya tidak akan sekali-kali memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Selain itu, Pasmeb
turut menyalahkan Anwar sebagai orang yang bertanggungjawab menjadi punca
politik dan pentadbiran kerajaan Selangor huru hara serta rakyat hidupnya dalam
keadaan berpecah belah.
Presidennya,
Mazli Saring berkata, Anwar seharusnya menghormati rakyat Selangor yang hidup
aman dan damai di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.
“Beliau
tidak boleh datang ke sini (Selangor) sewenang-wenangnya menunjukkan kuasanya
memecat Abdul Khalid kerana hendak digantikan dengan isterinya.
“Nanti
rakyat Selangor akan tunjuk kepadanya (Anwar) jalan keluar dari sini,” katanya
kepada pemberita selepas pertemuan dengan Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) iaitu
gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Shah Alam, hari ini.
Beliau
berkata, sebagai rakyat dan anak jati Selangor, mereka tidak boleh menerima Dr.
Wan Azizah yang dianggap sebagai Menteri Besar boneka kepada Anwar dan pakatan
pembangkang.
“Kenapa
perlu paksa Abdul Khalid letak jawatan? Dia sudah enam tahun mentadbir negeri
ini sehingga mencatatkan rekod kecemerlangan dari segi perkembangan ekonomi,
kestabilan politik dan kebajikan rakyat.
“Kami tidak
rela dan jangan sekali-kali mengambil alih jawatan Menteri Besar dari Abdul
Khalid,” katanya.
Mazli turut
menegur Pas dengan meminta pimpinan parti itu muhasabah diri, di samping
menjaga imej bagi mengelak dituduh oleh rakyat sebagai ulama serta ustaz lidah
bercabang.
Ujarnya,
Pasmeb kesal dan kecewa dengan Pas kerana sebelum ini parti itu menyatakan
sokongan kepada Abdul Khalid, tetapi apabila dipengaruhi oleh PKR, mereka
membuat pusingan U.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan