Isnin, 27 Jun 2011

Tiga kali Wan Azizah mengamuk tak tahan perangai Abe

AIDCNews

Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan mendedahkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah tiga kali meletup kerana tidak suka dengan tabiat buruk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kali pertama ketika Anwar dalam kerajaan, Wan Azizah mengadu kepada Tun Siti Hasmah.

Kali kedua, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Wan Azizah mengadu kepada Ezam dan kali ketiga selepas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis, dirinya diliwat.

Lokman yang diwawancara pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur, turut menceritakan pengalamannya bersama Parti Keadilan Rakyat, termasuk berkaitan penglibatan George Soros, penyangak mata wang Yahudi dalam membantu partinya.


Benarkah Wan Azizah jumpa Soros?
Benar. Itu (berlaku) tahun 2003. Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong, ratu bogel Bukit Lanjan. Ketika itu, Elizabeth Wong bukan PKR lagi, dia masa tu SUARAM. Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua. Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros.

Malaysiakini pun dulu starting Steven Gan. Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun.

Tian Chua bercerita mengenai Soros?
Dia ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku. Jadi, tahun 2003, Wan Azizah dihantar oleh Anwar untuk berjumpa Soros untuk dapatkan dana bagi membolehkan mereka bertanding Pilihan Raya 2004.

Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China. Bila saya tanya Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros.

Parti tak tahu hal ini, hanya inner circle sahaja?
Itulah sebabnya kalau kita tengok, trend orang yang tinggalkan PKR ini ialah orang yang duduk di atas bukan duduk di bawah. Yang penyokong tegar PKR ni, mereka tak tinggalkan PKR. Jarang. Tak banyaklah.

Yang banyak tinggalkan PKR ini ialah orang yang semakin hari semakin rapat dengan Anwar Ibrahim. Semakin hari semakin banyak maklumat sebab semakin tinggi, dia (akan) pergi.

Dia jadi Ahli Majlis Tertinggi, dia jadi Ketua Pemuda ke, Naib Presiden ke. Orang ini akan duduk dekat dengan Wan Azizah, duduk dekat dengan Anwar Ibrahim, jadi mereka ada maklumat yang lebih tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar, Wan Azizah, Azmin dan semua sekali.

Itu yang menyebabkan ramai di kalangan mereka tinggalkan. Yang kat bawah ni tak tahu apa-apa. Selagi mereka tak sampai level Ahli Majlis Tertinggi umpamanya, selagi itu mereka tak tahu apa-apa. Ahli Majlis tertinggi zaman saya pun mereka tak tahu apa-apa pun.

Saya kebetulan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda. Bila Ezam tak boleh pergi mesyuarat ahli Exco, saya kena pergi..ganti. Jadi, banyak benda yang saya tahu lebih daripada Ahli Majlis Tertinggi biasa.

Agak saudara, Wan Azizah tahu kes moral Anwar?
Sudah pasti. Bukan kali pertama Wan Azizah ‘meletup’ ni. Wan Azizah ‘meletup’ dah tiga kali. Mana ada seorang wanita yang sanggup mengaku suaminya seorang peliwat. Tak ada. Mana ada seorang ibu yang sanggup membiarkan enam orang anaknya, dituduh anak-anak seorang peliwat.

Sebabnya Wan Azizah, macam mana pun dia kena pertahankan suami dia. Bukan kerana dia sayang sangat kat Anwar Ibrahim.

Saya ingat kali pertama, dia kena pukul dengan Anwar dulu. Dia mengadu dengan Tun Siti Hasmah. Dia mengadu perangai Anwar Ibrahim. Dia pernah nak pergi berubat kat Indonesia, carikan ubat supaya Anwar tinggalkan kerja main belakang ni. Kali kedua dia mengadu dengan Ezam. Saya ingat lagi.

Masa tu saudara masih dalam dalam PKR?
Masa tu saya dah kena pecat. Tapi saya dapat maklumat ni yang dia mengadu kat Ezam, masa tu kat Singapura kalau tak silap saya. Dia, Wan Azizah mengadu.

Satu hari, Anwar dan Wan Azizah pergi luar negara. Anwar dapat flight balik, Wan Azizah tak dapat flight balik. Wan Azizah telefon Ezam, minta supaya Ezam pergi tengok dekat rumah, pastikan ‘budak bancuh kopi’ tu tak tidur kat rumah. Sebab dia takut Anwar ‘kerjakan’ budak tu.

Kali ketiga ni Wan Azizah ‘meletup,’ masa hari Saiful buat report polis. Masa tu Ahli Pimpinan Majlis Tertinggi PKR buat mesyuarat dekat Hotel Quality. Ketika itu, tiba-tiba Anwar stop mesyuarat yang dia chair. Bila dalam perjalanan naik ke lif tu, Zulkifli Noordin pun ada, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Wee Choo Keong ada.

Ketika itu, Wan Azizah ‘meletup’ buat kali ketiga, yang saya tahu. Kalau lebih daripada itu dia ‘meletup’ saya tak tahu. Yang ini maklumat yang saya terima, kali ketiga dia ‘meletup’ time tu.

Bila Wan Azizah tanya kenapa meeting kita berhenti tiba-tiba. Dan Anwar kata, Saiful buat laporan polis dirinya diliwat oleh Anwar, masa tu Wan Azizah meraung. Masa tu dia kata, apalah ni bang, tak cukup ke dah kena 6 tahun, buat lagi.

Awak cuba bayangkanlah, masa Anwar duduk dalam penjara 6 tahun, siapa yang jaga anak-anak dia. Wan Azizah. Betul tak? Dia kena jaga anak-anak, dalam masa yang sama kena jadi Ahli Parlimen pula secara tiba-tiba. Kena jadi Presiden parti. Macam mana tak sengsara, sengsara.

Dia bukan ahli politik, dia doktor mata. Tiba-tiba kena terjun dalam politik.
Jadi, tiba-tiba keluar penjara, Anwar buat perkara ni lagi, mestilah dia tension. Itu yang menyebabkan dia luahkan.

Yalah, saya pun pelik juga dengan Wan Azizah boleh tahan dengan Anwar Ibrahim. Kira hebatlah Wan Azizah ni. Saya ingat kalau perempuan lain, dah lama tak boleh tahan dengan Anwar Ibrahim.

Barangkali mempertahankan maruah keluarga?
Ya, tapi saya rasa kehebatan luar biasalah. Semasa saudara dalam Keadilan, adakah nampak situasi Wan Azizah percaya Anwar meliwat atau seratus peratus percaya kepada Anwar?

Senario saya lain sikit. Saya sempat dengan Anwar 18 hari. 2 September sampailah 20 September 1998. Lepas tu dia kena tangkap.

Cuma apa yang saya boleh nampak, apa yang saya bayangkan ada benda yang tak kena.
Setiap kali Shamsidar datang rumah, Wan Azizah akan ada rasa lain macam. Dia macam marah. Saya pernah dengar daripada mulut Rosli Ibrahim, adik Anwar Ibrahim. Dia kata, apa bangang sangat Azmin ni bawa Shamsidar datang sini, dia tahu Kak Wan tak suka dengan Shamsidar, apasal dia bawa Shamsidar datang sini.

Ini maknanya, ada something wrong between Shamsidar dan Anwar Ibrahim. Tapi bab lelaki ni, saya tak jumpalah yang Wan Azizah marah. Sebab saya tak pernah ada dalam situasi itu.

Yang saya nampak, yang ketara bila mana Shamsidar datang. Yang Sukma pun saya tak nampak sebab Sukma ditangkap awal.

Jadi, kes 1998 itu mengesahkan betul berdasarkan situasi tadi?
Ya, saya percaya. Kalau kita tengok Ummi punya pengakuan baru-baru ini, saya ceramah banyak kali dengan Ummi. Saya sendiri terkejut. Saya ingat Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni tanpa pengetahuan Azmin.

Tapi, bila dengar pengakuan Ummi, maknanya Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni dalam keadaan Azmin tahu. Jadi, saya tak boleh bayangkanlah macam mana dayusnya Azmin ni. Saya tak mahu komenlah benda ini.

Masa dalam Keadilan, saudara tak percaya cerita ini?
Saya ingat hubungan Anwar-Shamsidar ni tak ditekankan sangat. Cuma saya rasalah ada something wrong sebab Rosli marah, Wan Azizah marah. Cuma masa tu, pihak BN tak bangkitkan sangat hubungan Anwar-Shamsidar. Mereka lebih fokus kes Azizan.

Azizan ni saya nampak dalam kes 1998, yang menyebabkan rakyat tidak percaya dalam kes yang melibatkan kes Azizan Abu Bakar, kerana pada ketika itu cakap tak steady. Sekejap dia kena liwat sekian tarikh, sekejap dia kena liwat sekian haribulan.

Tiba-tiba pula daripada satu tarikh dia sebut kena liwat tu, bangunan Tivolli Villa pun tak ada lagi. Tapi ini berbeza dengan kes Saiful Bukhari 2008. Kes Saiful Bukhari, Saiful boleh mention tarikh spesifik dia diliwat tanggal 26.6.2008 dari jam 3.01 minit hingga jam 4.30 petang.

Sebab apa?
Sebab, bila dia sampai kat tempat kejadian di kondo tersebut, ada rakaman cctv. Bila Anwar sampai pun, ada rakaman cctv. Bila dia keluar pun, ada rakaman cctv. Dia dah tahu spesifik masa.

Dari segi teknikal, kali ini Anwar tak boleh lari. Dan macam mana Anwar nak lari dalam keadaan doktor yang memeriksa ‘anu’ Saiful ni, mengesahkan mereka menjumpai sperma. Mereka menjumpai semen milik Anwar Ibrahim. Mereka bukan menjumpai DNA.

Kalau mereka jumpa DNA, maknanya contohlah, masa Anwar dalam tahanan penjara, berus gigi ke, rambut Anwar Ibrahim ke. Anwar ketip kuku dia boleh ambil cebisan-cebisan kuku ini boleh jadikan DNA.

Tapi masalahnya sekarang ini, doktor ini yang memeriksa lubang Saiful ini, dia mengesahkan mereka menjumpai semen, air mani.

Air mani Anwar ni, kita tak boleh dapat tanpa kerjasama Anwar… Memanglah, sebelum ini kita nak berucap tak perlu sebut benda-benda ini semua. Tapi nak buat macam mana, ni Anwar punya pasal. Tak pasal-pasal dalam ucapan kita kena sebut sperma, semen..benda-benda yang mengaibkan ni.

Tapi kita kena ingat, yang doktor temui dalam lubang Saiful ialah semen ataupun sperma. Maknanya, benda ni hanya boleh diletak dalam lubang (dubur) Saiful. Pertama, sekiranya Anwar buat kerjasama dengan kita dia mengeluarkan air mani dia. Dan dia bagi kita benda tu, kita suntik dalam lubang Saiful.Yang kedua, Anwar memang liwat Saiful.

Saya tak tahulah kalau ada cara lain. Saya tak nampak ada cara lain bagaimana kita boleh dapatkan Anwar punya sperma tanpa kerjasama Anwar Ibrahim. Dan takkanlah Anwar nak kerjasama untuk jahanamkan hidup dia. Ini rakyat kena buka kepala.

Doktor bukan jumpa DNA dalam dubur Saiful. Selain daripada sperma itu, ada DNA Y. DNA X tu saya tak tahu siapa punya. Mungkin doktor masa buat tu terjatuh peluh ke apa. Itu saya tak tahu. Pokoknya, bagaimana sperma Anwar ada di situ?

Ataupun bagaimana mereka boleh dapat sperma Anwar Ibrahim tanpa bantuan Anwar Ibrahim. Yang ini sahaja, menjawab segala-galanya.

Dan bila mereka ekstrak sperma ini. Dia ambil DNA daripada sperma ini, maka dia dapatlah DNA ‘lelaki Y.’ Dan apabila polis ambil contoh daripada botol mineral water Anwar yang ada DNA dia, berus gigi Anwar. Akhirnya mereka nampak benda ni sama.

Cuma di peringkat awal perbicaraan. Doktor yakin yang Anwar dengan rela hati akan memberi DNA dia, darah dia. Itu sebab, doktor tak terima bukti dalam bentuk berus gigi tadi dan juga barang-barang yang diambil dari lokap. Sebab kalau kita guna barang-barang yang diambil dari lokap itu, Anwar ada ruang untuk kata itu barang lama, polis dah rancang apa semua.

Itu sebab, doktor minta supaya Anwar dengan rela hati memberikan DNA dia. Tapi, bila Anwar tak nak bagi DNA dia, ketika itu Hakim kata pakailah yang berus gigi tu. Macam mana hakim boleh menjangkakan yang Anwar takkan berani tak nak bagi DNA dia.
Sebab sebelum ini Anwar bukan main lagi, saya akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir. Cakap memanglah, ini hingga ke titisan darah terakhir. Sekarang, kita minta setitis darah saja dia tak boleh bagi.

Kenapa saudara ditahan ISA?
Saya kena ISA dua kali. Kali pertama pada 23 Oktober 1998. Saya kena lebih kurang 59 hari. Saya kena tangkap 21 Oktober.

17 Oktober 1998 saya mengetuai satu demonstrasi besar-besaran daripada Masjid Negara pergi ke Istana Negara, untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) mendesak supaya YDPA campur tangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Masa tu Anwar dalam penjara?
Masa tu Anwar dalam penjara. Masa tu saya kena (tahan) 59 hari. Dan pada tahun 2001, saya kena lagi sekali kerana pada ketika itu saya ketuai untuk buat satu demonstrasi dipanggil ‘Black 14.’

‘Black 14’ ni sebenarnya hari untuk memperingati Anwar dipenjarakan selama 6 tahun. Setiap tahun kita buat perhimpunan ‘Black 14.’ Kita mahu kumpulkan orang dari seluruh pelusuk tanah air. Bawa orang naik keretapi, bawa orang naik bas, bawa orang naik pengangkutan masing-masing untuk kumpul di Kuala Lumpur. Untuk buat protes besar-besaran. Macam BERSIH nak buat ni.

Kena tahan seminggu atau selepas kejadian?
Lebih kurang seminggu sebelum itu kawan-kawan saya. Saya kena tahan buat kali kedua ialah pada 24 April 2001, selama 2 tahun 2 bulan.

Pada masa itulah ditahan bersama yang lain?
Yang pergi ke Kamunting, saya, Tian Chua, Ezam, Saari Sungip, Badrul Amin dan Hishamudin Rais.

Masa itulah Tian Chua bercerita menerima duit dari Soros?
Masa dalam tu lah. Dia beritahu, SUARAM ni ditaja oleh sebuah yayasan daripada Holand. Yayasan Holand ini sebenarnya ditaja oleh Soros.

Tian Chua sendiri mengakui penahanan dia tu tepat?
Memanglah. Semua yang ditahan tu ada sebab kenapa dia ditahan. Dalam ISA ni, saya dah duduk 2 tahun. Saya dah bercampur dengan semua. Saya dah bercampur dengan al-Maunah, saya bercampur dengan KMM, saya bercampur dengan JI (Jemaah Islamiah), semua kita bercampur.

Semua hampir mengaku tak bersalah. Semua mengatakan yang mereka ini teraniaya. Tapi, saya tahulah. Saya kena tahan, saya buat salah. Dulu bila polis suruh kita berhenti, kita koyak saman polis. Garang tak garang kan dulu. Darah muda, standard lah tu. Tian Chua, kalau nak ikutkan kesalahan dia tu, dia patut kena hukum gantung.

Kenapa?
Sebab dia mengkhianati negara. Dia terima duit daripada orang asing untuk buat kucar-kacir di negara kita. Soros akan taja apa sahaja untuk rosakkan nama Dr Mahathir.

Sebab, bila mana krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, Dr Mahathir straight away kata, ini disebabkan oleh penyangak mata wang bernama George Soros.

Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke? Saya duduk dalam ISA baru saya tahu benda ini berlaku.

Sebelum ini tak perasan?
Tak, kita tak tahu. Bila dah duduk 2 tahun, dah macam kawan-kawan, baru mereka buka cerita. Sebelum tu mereka tak cerita.

Setiap orang yang ditahan di Kem Kamunting ini apabila dibebaskan sudah tidak aktif lagi dengan PKR?
Itu tak betul.

Maksudnya?
Hari pertama saja saya keluar dari ISA, saya ceramah di Sungai Petani kalau tak silap saya. Dan setiap malam saya ceramah. Daripada dalam penjara, saya tahu saya akan dibebaskan. Sebab group pertama tu, mereka dibebaskan 2 minggu awal.
Jadi, dalam penjara, saya dah susun jadual ceramah saya. Memang kita tak pernah berhenti.

Ceramah untuk Parti Keadilan?
Untuk Keadilan. Saya stop bersama mereka ni selepas saya dipecat tahun 2004. Sebelum itu, selepas dibebaskan saya masih lagi bersama mereka.

Bermakna orang yang ditahan itu ada sebab tersendiri?
Semua ada sebab. Hishamudin Rais dari tahun 70-an dah patut kena ISA. Tapi dia dah lari. Dapat suaka politik di Sweden.

Tian Chua patut kena hukum gantung, khianat pada negara. Dia punya penglibatan dengan SUARAM dan juga pemimpin KeADILan ketika itu. Saari Sungip kerana dia antara orang yang menggerakkan himpunan 100,000 orang (rakyat).

Badrul Amin, dia ceramah tak ingat dunia. Harussani Zakaria pun dilanyaknya. Dia punya contribution itu mempengaruhi orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak betul berlaku. Ezam sama dengan sayalah, mengepalai demonstrasi-demonstrasi.

Semasa ditahan di Kamunting, adakah Wan Azizah atau parti mengambil berat?
Yang ambil berat tentang kami ini ialah NGO yang dipanggil Gerakan Mansuh ISA (GMI). Mereka ni terdiri daripada NGO-NGO seperi JIM, ABIM dan beberapa NGO lain. Mereka ni yang banyak collect duit untuk bantu keluarga kami yang berada di luar.

Parti sendiri?
Parti ni, terus-teranglah saya cakap, saya kecewa. Bukan setakat pemimpin KeADILan, tapi Anwar Ibrahim sendiri. Mereka tak bantu pun.

Kalau nak kira dari segi kekayaan Anwar Ibrahim, mereka boleh bantu keluarga kami ni. Lebih daripada bantu. Tak adalah masalah anak kita nak minum susu apa.

Jumaat, 24 Jun 2011

Kronologi kes video seks Anwar














Berikut adalah fakta kes Trio Datuk T yang dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung penyebaran klip video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

FAKTA KES: 1. Pada akhir Februari 2011, Syazryl pergi berjumpa dengan Shuaib di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warga negara China.

2. Shazryl dan Shuaib berbincang sesama sendiri dan bersetuju untuk berjumpa Rahim berkenaan kandungan peranti itu berikutan ia sensitif dan membabitkan kepentingan negara.

3. Shazryl dan Shuaib berjumpa dengan Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Selepas berbincang mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan itu, Rahim mencadangkan tayangan video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Shazryl dan Shuaib.

5. Pada 19 Mac 2011, Rahim menghubungi seseorang bernama Haji Kamarulail Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, KL dan menempah bilik Seri Makmur di atas nama Rahim bermula dari hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Shazryl telah meminta Ketua Wartawan The Star, Sirajinisa Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir ke Hotel pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa menyebarkan jemputan kepada wartawan dan wartawan-wartawan membuat sebaran kepada wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011 ramai penyunting akhbar dan wartawan tiba di hotel itu seawal jam 9 pagi. Shazryl meminta Shuaib menapis wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk bilik Seri Makmur bagi menyaksikan tayangan video itu.

10. Pada jam 10 pagi, penayangan video mengandungi adegan lucah ini kemudian dilakukan oleh Shazryl menggunakan LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Shazryl . Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Shazryl memberi penerangan mengenai rakaman video itu dan menerangkan gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warganegara China. Shuaib juga hadir sepanjang masa penayangan di bilik itu. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan saja yang dibenarkan menontonnya.

11. Tayangan mengambil masa antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya seramai 13 wartawan menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12 tengah hari.

12. Pada 22 Mac 2011, Anwar membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut .

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4 petang, sidang media dilakukan oleh Shazryl dan Rahim di Hotel Impiana KLCC. Dalam sidang media itu Shazryl dan Rahim mengaku mereka bersama Shuaib bertanggung jawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5 petang, Shazryl dan Rahim datang ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan dijalankan. Shazryl menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warga negara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Shuaib menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan memberi kerjasama dalam siasatan dijalankan.

16. Keterangan mendapati rakaman itu diambil dalam sebuah bilik apartment di Ampang, KL

17. Polis mendapatkan rakaman CCTV di apartment itu dan mendapati kehadiran Anwar bersama Shazryl di lobi apatment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New York, Hampshire Amerika Syarikat mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan super impose serta berasal daripada satu alat perakam DVR yang dirampas dari Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan Facial Recognition Analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati menyerupai Anwar.-Berita Harian

Tuntutan tidak munasabah Ambiga

Tuntutan tidak munasabah keling paria Ambiga laknatullah terhadap kerajaan ketika dia mengetuai majlis peguam tidak lama dahulu.

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah, tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Khamis, 16 Jun 2011

Zulkifli Noordin : Kes Saiful Punca Keraguan Saya Pada Anwar

YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen bebas Bandar Baru Kulim mengakui keraguannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berpunca dari kes liwat II yang membabitkan seorang pemuda bernama Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zulkifli yang pernah menjadi salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) mula meragui Anwar semasa melihat reaksi pelik Ketua Umum PKR itu pada 28 Jun 2008, di Quality Hotel, Shah Alam, sebaik sahaja mendapat tahu bekas pembantu, Mohd Saiful telah membuat laporan polis diliwat.

AIDC : YB ada mengatakan, kes liwat Saiful telah meragukan ahli-ahli PKR dan termasuk YB sendiri. Kenapa YB berkata begitu ?

Kita kena faham, kes Saiful ni berbeza dengan kes Azizan dulu. Kes Azizan dahulu, saya bertindak sebagai peguam.

(Sebagai) peguam.. membela seseorang dalam kes jenayah ada dua sebab. Sama ada percaya orang itu ataupun walaupun tak percaya, namun tetap membela kerana mahu orang itu (tertuduh) ada pembelaan yang baik.

Dalam kes Anwar Ibrahim 1998, kami (peguam) sembilan orang. Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria, Christopher Fernando, Pawancheek Merican, Gurbachan Singh, Kamar Ainiah, Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair dan saya.

Saya ingat lagi perbincangan awal iaitu sama ada kita nak bela Anwar atau tidak. Sebab ada antara peguam kat situ, tidak percaya dengan Anwar sebenarnya.

Ada juga (yang tidak percaya) ?

Ya..ya betul. Tak percaya kat Anwar. Raja Aziz dan mendiang Christopher beritahu kepada kami. Saya ingat lagi masa itu.

Saya antara peguam yang paling muda walaupun saya dah bertahun juga dalam praktik dalam guaman, tapi dari segi umur saya yang paling muda. Tapi saya rapat dengan mereka.

Saya ingat lagi mereka kata, kita jangan ambil bayaran guaman daripada Anwar. Saya ingat lagi, jangan ambil satu sen pun.

Maksudnya?

Maknanya, jangan kita ada rasa terhutang budi. Kita bela dia (Anwar) bukan kerana kita percaya pada dia tetapi kerana mahu dia ada pembelaan yang baik.

Pembelaan yang baik masa itu, kerana pertuduhan itu didakwa berlaku pada tahun 1992 di Tivoli Villa. Pertuduhan dibuat tahun 1998, enam tahun (masanya).

Jadi, selepas enam tahun baru nak buat pertuduhan. Dan pertuduhan itu dikatakan berlaku tahun 1992 di sebuah tempat bernama spesifik, Tivoli Villa.

Bila kami peguam Anwar periksa, bangunan Tivoli Villa itu tak siap lagi. Jadi atas alasan itu, kita kata, ‘eh Anwar ni pembelaan dia bagus juga. Walaupun kita tak percaya kat dia tapi dia (pembelaan) bagus.

Yang kedua, memperkuatkan lagi pembelaan itu bila isu DNA timbul. Dalam isu-isu seksual ini, DNA memainkan peranan penting.

Dalam kes Azizan, hanya satu sahaja saksi yang datang untuk mengesahkan DNA itu iaitu pakar kimia, Lim Koon Bong.

Lim dalam keterangannya, menyatakan.. ada 13 tompok (air mani) di tilam. Dia kata bahawa ada DNA di atas tilam itu. DNA Shamsidar, DNA Anwar, DNA Azizan, DNA Sukma, kalau tak silap saya lah.

DNA Sukma pun ada ?

Ada. Dalam 13 tompok air mani itu. Jadi, maknanya DNA ini bercampur. Menunjukkan ada perlakuan seks berlaku di tempat itu. Air mani ke, air belakang ke, semuanya jatuh di situ.

Itu gambaran yang nak diberi oleh Lim Koon Bong. Ada DNA yang bercampur di atas tilam yang bertompok-tompok ini, menunjukkan berlaku aktiviti seksual.

Cuma, bila kami tanya dia (Lim Koon Bong), apa sumber DNA ini ? Sebab DNA ini mesti ada sumber. Sumber mungkin rambut, mungkin bulu, mungkin darah, mungkin peluh, mungkin air liur..

Bila kita tanya dia, dia tak boleh jawab. Dia cuma kata, saya diberitahu oleh polis bahawa ini sumber air mani. Dan bila kita tanya dia, mana sampel itu. Yang 13 tompok itu, yang dikerat sampel itu, (sebab) kita nak hantar untuk uji di pihak kita pula. Dia kata, dia dah buang.

Itulah sebabnya Mahkamah Persekutuan semasa rayuan liwat kes Anwar merayu terhadap keputusan Hakim Datuk Ariffin Jaka, Mahkamah Persekutuan kata, kami percaya berlaku (liwat) tetapi tak ada bukti.

Dia bebaskan bukan sebab tak percaya. Percaya berlaku tapi tak ada bukti. Sumber DNA tak ada.

Dalam kes Saiful berbeza. Dan saya antara peguam yang terlibat secara langsung, dua-dua (kes liwat). Saya nampak perbezaan itu.

Pertama sekali, dalam kes Saiful, laporan polis dibuat oleh Saiful dua hari sahaja selepas kejadian. Azizan enam tahun. Ini dua hari. Berlaku 26 Jun 2008, lapor 28 Jun.

Kedua, DNA yang ditemui dalam lubang dubur Saiful ini disahkan tidak kurang dari tujuh orang. Bukan seorang. Polis, doktor yang memeriksa, pakar forensik (beberapa orang), pakar kimia. Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.

Tak kan tujuh orang (pakar) ini nak menipu. Ketujuh-tujuh orang ini tidak kenal antara satu sama lain. Jadi, nampak beza dengan kes Azizan ?

Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur).

Cuma orang Melayu dia tak faham. Anwar pandai. Dia pergi kat luar, dia kata tak kan lah air mani boleh bertakung.

Air mani bukan air bertakung seketul begitu. Masih melekat kat dinding dubur. Dia ambil swab, cotton bud itu, ambil swab sampel yang ada itu. Bukannya air bertakung dalam karung macam tu.

Maknanya sumber DNA dikenal pasti oleh beberapa orang yang independent, tak ada kena mengena antara satu sama lain.

Jadi kita boleh nampak perbezaannya itu. Itu yang Datuk Zahrain sebut, ‘keraguan mengatasi keyakinan’.

Banyak dalam kes Saiful ini kita mula ragu. Apatah lagi bila tengok cara Anwar bertindak.

Saya sendiri terlibat dalam tahun 1998. Kita lawan, tapi dalam kes Saiful, kita lari. Anwar pergi ke Kedutaan Turki.

Patutnya kami semua lari ke Kedutaan Turki juga. Nak cabut ni. Dalam kes 1998, kita tak buat macam ni. Kita lawan.

Kenapa jadi begitu?

Itu yang menimbulkan keraguan. Kenapa Anwar nak lari? Lepas itu kita buat pula mesyuarat dalam (Quality Hotel) itu. Masa itu kita buat keputusan, kita buat cerita yang Anwar nak kena bunuh.

Ingat lagi kenyataan Wan Azizah dengan Syed Hussin Ali bahawa Anwar nak kena bunuh. Ada snipper nak cari dia.

Saya ingat lagi, malam itu bagaimana kita berbincang nak buat surat sumpah palsu untuk Rahimi dan lain-lain. Saya rasa Rahimi sekarang ini pun dah confirm bahawa dia kena buat surat sumpah palsu.

Jadi, saya antara orang yang terlibat 1998, tengok benda ni semua, (mula tertanya-tanya) eh..apa hal ni ? Kenapa buat macam ni? Kita mula bertanya. Mula bertanya, itulah kunci sebenarnya.

Kuncinya dalam insiden pertama, 1998, kesilapan besar yang dibuat kami, tak pernah tanya. Kita terima bulat-bulat apa yang Anwar cerita. Tapi bila kita kena yang kedua ini, kita tanya, sebab kita tengok semua ini.

Kita mula tanya, kenapa Anwar buat macam ni? Kenapa dia nak lari? Polis minta DNA, masih ingat lagi, awal-awal lagi polis dah minta sampel air mani.

Bagilah (DNA) kalau bukan kau. (Tapi) dia tak mahu bagi.

Inilah peluang terbaik saya kata sebab kalau yang ada dalam dubur Saiful itu air mani orang lain, kalau kau boleh bagikan DNA dan buktikan itu bukan kau punya, selesai masalah kita.

Bukan sahaja selesai, silap-silap kerajaan tumbang. Tapi dia tak nak bagi.

Jadi, kita tengok. Kita manusia, akhirnya Allah akan bagi petunjuk juga, campakkan hidayah. Saya ingat lagi, kami sama-sama tanya, dah mula mempersoalkan sampai lah kepada isu 16 September.

Tadi dah ragu dah. Kenapa dia nak lari ke Kedutaan Turki? Kenapa dia bohong kata dia nak kena tembak? Kenapa dia tak mahu bagi DNA? Kita dah ragu dah.

Masuk isu 16 September, dia tipu kita. Dia kata ahli Barisan Nasional (BN) dah setuju, dah tandatangan. Dia tunjuk kertas depan kita tapi tak pernah tunjuk yang tandatangan itu. Semua dah tandatangan (katanya).

Lepas tu, bila kena hantar Tian Chua dan Elizabeth Wong kejar Ahli Parlimen ke Taiwan. Kita pelik. Hari tu, dia kata dah tandatangan. Tapi ini, nak kena ikut pergi Taiwan pula. Kita mula tanya. Kalau dah tandatangan, nak ikut buat apa lagi ke Taiwan ?

Lepas itu dia (Anwar) beritahu kat kita pula. Ok, jom-jom..Yang DiPertuan Agong dah setuju, Panglima Angkatan Tentera dah setuju..jom-jom kita pergi.

Kami ingat lagi, kami berkumpul dekat Kampung Bharu, siap berbaju Melayu lagi (sebab) nak angkat sumpah.

Bila kita tanya, (Anwar jawab) Ala Tuanku… Special Branch (SB) ni jahat, pergi sekat Agong (supaya) jangan jumpa kita.

Jadi, kita ni bukan bodohlah. Manusia boleh fikir benda yang tak kena.

Bila berlaku 16 September, mula kita berkata, kita kena kencing dah ni. Kita kena bohong.

Kalau saudara perhati, selepas kes Saiful dan 16 September baru berlaku pergerakan ahli (PKR) keluar.

Tan Tee Beng keluar kerana DAP. Datuk Zahrain keluar kerana DAP. Sebab Datuk Zahrain kata, semua dah ragu, dah mula persoal.

Lepas itu, bila timbul isu orang Islam, orang Melayu di Pulau Pinang. Datuk Zahrain sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, sudah tentu bertanggungjawab membawa isu ini. Bincang kenapa DAP buat macam ni.

Bukan sahaja dia tak dibela tapi diheret ke Jawatankuasa Disiplin. Eh..apa ni? Kita nak bela orang Melayu Islam di Pulau Pinang, tanggungjawab dia, tiba-tiba kena (tindakan disiplin).

Disebabkan keraguan pun dah ada, dah tak percaya pun ada, bila kena macam tu, Datuk Zahrain keluar (PKR), orang macam YB Mohsin keluar, orang macam Wee Chee Keong keluar.

Saya (pula) yang keraguan menjadi pecah itu, yang menjadi fullstop itu adalah kerana isu kalimah Allah.

Tapi YB tidak keluar?

Saya tidak keluar. Saya tengok masa tu. Saya kata, rakyat perlu disedarkan. Sejauh mana mereka boleh pergi. Saya tahu saya akan dipecat.

Geng-geng Anwarinas ini dah mula kumpul. Dah mula bincang. Saya tahu dah tu. Mereka adakan strategi supaya tekan saya keluar juga. Macam-macam sebenarnya.

Pada masa tu saya dipanggil mengadaplah..Ingat lagi, saya disuruh kosongkan kerusi Parlimen sebab nak bagi Anwar lah, kononnya.

Jadi saya tengok, saya tahu saya akan dipecat. Apa pun saya akan dipecat. Saya ini dianggap jadi penghalang kerjasama mereka dengan DAP.

Macam Dr. Hassan Ali kena sekarang, macam Datuk Harun Taib kena sekarang. Kalau kamu dilihat menjadi penghalang kepada kerjasama dengan DAP, kamu akan jadi liabiliti.

Jadi, saya tahu saya akan dipecat. Jadi, apa sikap saya. Saya nak keluar macam Tan Tee Beng, macam Datuk Zahrain, Wee Chee Keong?

Saya kata tak. Setelah solat istikarah apa semua, keputusan saya, saya akan lawan mereka.

Bukan nak sangat kekal dalam PKR, tapi nak dedahkan lagi pekung mereka. Nak tunjuk kepada rakyat, ini sebenarnya mereka. Dan saya berjaya, Alhamdulillah.

Contohnya, bila dalam isu kalimah Allah. Saya provoke mereka sampai ke peringkat Khalid Samad boleh buat statement kata, ‘orang Melayu ini otak lembap’. Lepas tu, Anwar pula buat statement kata macam-macam. Jadi, orang nampak.

Eh..korang sampai kalimah Allah pun sanggup bagi Kristian, apa cerita ?

Memang saya sengaja buat. Saja nak tunjuk kepada rakyat terutama orang Islam, ahli PAS, inilah warna sebenar mereka.

Jadi, (kes saya) sampai ke peringkat Jawatankuasa Disiplin. Saya kata ok, bawa ke Jawatankuasa Disiplin, saya akan lawan.

Tapi, sebab sekarang ini, isu kalimah Allah, saya nak jawatankuasa yang Islam.

Tapi saya dah dapat maklumat mereka nak malukan saya. Dia nak tekan saya supaya saya sendiri yang letak jawatan.

Saya dah dapat maklumat daripada kawan-kawan kat dalam, dia akan letak orang bukan Islam sebagai panel. Betul-betul saya masuk bilik jawatankuasa itu, seorang paderi – seorang aktivitis Kristian, orang Hindu dan seorang Melayu, dalam Jawatankuasa Panel.

Saya kata, saya tak iktiraf. You pergi balik pada you punya bos, (beritahu) saya nak jawatankuasa Islam.

Dua tiga hari selepas itu, mereka kata, mereka punya arahan supaya diteruskan. Saya kata saya tak iktiraf. Di situlah saya dipecat.

Saya dipecat kerana tidak iktiraf panel kafir yang nak bicarakan saya dalam isu kalimah Allah.

Bukankah Anwar sendiri mempunyai sentimen persahabatan dengan YB?

Pada saya, Anwar sekarang ini bukan sahaja pengamal politik Machiavelli yang ulung, malahan saya rasa Machiavelli pun akan menangis tengok dia. Sebab (Anwar) lebih daripada apa yang dia (Machiavelli) teorikan.

Anwar ini manusia yang kering.

Dia tak pedulikan siapa?

Pada saya, kalau dia perlu jual anak bini, dia (akan) jual. Kalau perlu dia jual keluarga, dia jual.

Kalau kalimah Allah pun dia boleh jual, Tuhan dia…dia boleh jual, orang macam ini apa pun (dia) boleh buat.

Adakah YB juga berada di Hotel Quality, Shah Alam ketika Saiful buat laporan polis ?

Ada. Hari itu lah Saiful buat laporan polis.

Adakah Anwar gabra masa itu?

Itu yang saya sebutkan tadi. Saya yang buat kes 1998 dan tengok dia tahun 2008, 10 tahun beza tu. Saya tengok sendiri (perbezaannya)

Eh..1998 bukan main lagi nak berlawan.. tapi tiba-tiba yang ini (2008) jadi kelam-kabut, jadi panik, jadi menggeletar, nampak macam nak demam. Jadi kita nampak semua itu.

Termasuk nak buat surat sumpah palsu, nak lari, nak kena bunuh. Semua ni saya tengok di Hotel Quality pada masa itu.

Jadi, bila kita tengok semua ini, (kita mula berfikir) eh..betul ke ni? Apahal ni? Dia meragukan kita.

Termasuk Wan Azizah ?

Ramai. Ramai yang ada kat situ mula mempersoal. (Azizah) yang mula tanya dia. Kita nampak lah.

Rabu, 15 Jun 2011

SPR jawab dakwaan Bersih

“SAYA tidak suka panggil ia Bersih… saya lebih gemar panggil ia kumpulan, sebab ia ada agenda.

“Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga. Saya pun sudah jelaskan kepada Ambiga (Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan) dalam surat saya dan pertemuan secara panjang lebar tapi dia ni masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya.”

Demikianlah reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof mengulas rancangan Bersih yang disertai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan mahu menganjurkan tunjuk perasaan pada 9 Julai ini di ibu negara yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Sebenarnya, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

Abd. Aziz yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah kelmarin memberitahu bahawa SPR sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

“Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon.”

Menurut Abd. Aziz dengan ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

Pengerusi SPR itu turut menjelaskan satu persatu bagi menjawab rasa tidak puas hati Ambiga atau lebih tepat lagi ‘Bersih’ sehingga merangsang pertubuhan itu untuk menggerakkan demonstrasi haram bulan depan.

Antaranya tentang desakan supaya dibersihkan senarai Daftar Pemilih sedangkan senarai pengundi berdaftar dibersihkan SPR sepanjang masa.

Ada tiga cara. Pertama, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Justeru, SPR memerlukan kerjasama daripada waris si mati yang perlu mengambil sijil pengkebumian yang dikeluarkan oleh polis sebelum ke JPN untuk mendapatkan sijil mati. Waris kemudian bawa sijil mati ini ke SPR untuk tindakan. SPR sendiri tidak boleh sesuka hati memotong nama seseorang pengundi.

Kedua, pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN.

Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Contohnya, jika seseorang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang, itu bermakna senarai pengundi kita tidak boleh dibersihkan.

Abd. Aziz menjelaskan, dalam kes ini, jika orang kuat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri hendak membantu SPR, maka dia kena tukar tempat mengundi ke tempatnya tinggal sekarang di Segambut.

“Macam saya dulu mengundi di Ampang tetapi disebabkan kini saya bermastautin di Seksyen 7, Shah Alam, maka saya tukar tempat mengundi ke situ,” katanya.

Namun, kata beliau, jika berbeza tempat tinggal dan kawasan mengundi pun, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada SPR.

“Ya, pengundiannya masih sah tetapi situasi inilah menyebabkan timbulnya tuduhan wujud ‘pengundi hantu’ dalam daftar pemilih seperti mana didakwa parti-parti pembangkang. Sebenarnya istilah ‘pengundi hantu’ tidak wujud, sebaliknya berpunca daripada keengganan pengundi menukar tempat mengundi seperti mana alamat tertera di dalam kad pengenalan.

“Mengikut perkiraan SPR, peratus mereka berpendirian seumpama ini melebihi 50 peratus. Sebab itu, kita lihat apabila pilihan raya kecil sahaja, beribu-ribu orang balik ke kampung untuk mengundi.

Tegas Abd. Aziz, Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik. Pertama, kerana ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

“Jika daftar secara automatik seperti mana yang selalu digesa oleh parti-parti pembangkang, maka akan kacau-bilau negara ini. Ini kerana semakin ramai orang tidak dapat mengundi kerana kawasan tempat mengundi dan alamat tempat tinggal tidak sama.

“Ini juga kerana pengundian dibuat berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Justeru, ia mengakibatkan peratusan keluar mengundi akan berkurangan sehingga bawah 50 peratus. Situasi ini berlaku di Bosnia Herzegovina apabila pendaftaran mengundi dibuat secara automatik tetapi pengundian tidak diwajibkan. Akibatnya, peratus keluar mengundi menurun mendadak bawah 50 peratus,” katanya.

Demikianlah juga apabila Bersih mendesak supaya kelayakan mengundi dikurangkan dari usia 21 tahun kepada 18 tahun. Dengan jumlah sekarang sahaja menyaksikan sebanyak empat juta belum mendaftar, inikan pula apabila kelayakan itu dikurangkan kepada 18 tahun.

Risikonya, kata Abd. Aziz jika dua perkara itu dilaksanakan, parti-parti pembangkang di negara ini akhirnya akan menuduh SPR macam-macam.

“Kata SPR bodohlah, desak Pengerusinya letak jawatan. Inikan bila empat atau lima orang tidak boleh mengundi, sudah lempar macam-macam tuduhan. Nanti kalau dikuatkuasakan pendaftaran automatik, tak tahu apa pula diburuk-burukkan SPR ini,” kata Abd. Aziz.

Beliau turut menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya.

Tegasnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

“Jika tidak ada kemahiran tetapi kita tetap laksanakan, kemudian kita gagal dan malu sendiri. Apatah lagi sekarang ramai sangat peguam yang ‘pandai’. Jadi, kita kena bijaksana dalam soal ‘menggigit’ kerana sekarang yang ‘hitam boleh jadi putih’ dan ‘yang putih boleh jadi hitam’ apabila sesuatu kes rasuah disebut di mahkamah.

“Macam kes Datuk Zaid Ibrahim bangkitkan dakwaan rasuah di Hulu Selangor, mahkamah pun tolak kes itu… jadi, kalau nak menggigit, Ambiga mesti pastikan gigitan itu tepat dan ada kesan,” katanya.

Dalam soal ini, tegas Abd. Aziz, SPR menggesa rakyat Malaysia menolak sama sekali rancangan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan Bersih.

“Ia bukan ‘Bersih’, kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.

“Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih… jika itu tanggapannya, SPR serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilainya,” kata Abd. Aziz.-14/6/2011 -Utusan

Selasa, 14 Jun 2011

Mat Sabu sepatutnya pemimpin Pas pertama dikenakan hudud

Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu kepada rakyat kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Rang Undang-Undang Jenayah Syariah ll Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli Dewan Rakyat.

Rang undang-undang itu kemudian dibawa menghadap Sultan Kelantan untuk diperkenankan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, maka bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tandatangan.

Selama setahun hukum hudud PAS diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz dan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud PAS akan dilaksanakan.

Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu, keseluruhan fatwa Nik Aziz menuduh orang UMNO kafir kerana menolak hukum Allah.

Bagi Dr Mahathir, jika PAS hendak melaksanakan hukum hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh semenanjung Malaysia sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

"Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol," kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

Nik Aziz terdiam dan mersakan PAS Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberikan lampu hujau, malah bersedia mengambil hudud PAS untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 syariah Allah.

Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

Dr Mahathir kata "okey... Teruskan kita nak tengok..

Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah peritiwa menggemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu ditangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bahru.

Ketika serbuan dibuat oleh tujuh Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar di kepala katil, di tangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

Mengikut hudud PAS Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, PAS langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan UMNO yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatukan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka PAS membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada piliharaya (November 1999)

Rupa-rupanya, UMNO dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walau pun empat tahun berlaku. Sebaik saja PAS menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat

Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin PAS, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hudud...??

Isnin, 13 Jun 2011

Akhirnya Dr Hassan Ali Disingkir

Dari seorang tokoh yang pernah disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar (MB) Selangor, akhirnya, Datuk Dr Hasan Ali digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Hassan merupakan Exco Kerajaan Negeri yang digugurkan dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Dr. Abdul Rani Osman bagi pelantikan baru Jawatankuasa Pas Pusat bagi sesi 2011-2013.

Senarai pelantikan baru itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas semalam.

Selain Hassan, turut digugurkan adalah Datuk Harun Taib, Pesuruhjaya Negeri Terengganu yang diganti dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut.

Hassan dan Harun merupakan dua tokoh kem – ulama yang paling lantang menentang budaya politik baru dalam politik PAS yang dipelopori oleh kumpulan pro -Anwar.

Pelantikan itu turut menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung Pas dengan Datuk Takiyuddin Hassan, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung.

Sementara itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Dr. Mohd. Hatta Ramli yang dilantik Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.

Calon Timbalan Presiden Pas yang kalah pada pemilihan Sabtu lalu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Idris Ahmad.

Ahli Jawatankuasa Pas yang dilantik adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Mohd. Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Bagi Pesuruhjaya Pas Negeri pula, lima negeri mengalami perubahan iaitu Abdul Wahid Endut (Terengganu), Aminuddin Halim (Sabah) Mohd. Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Dr. Abdul Rani Osman (Selangor) dan Adly Zahari (Melaka).

Di antara yang kekal sebagai Pesuruhjaya Negeri adalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Johor), Abu Bakar Husin (Perak), Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Salleh Man (Pulau Pinang), Hashim Jasin (Perlis), Mohd. Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan) dan Adam Ahid (Sarawak).

Hassan menyertai PAS pada tahun 1998. Pernah dipilih Naib Presiden PAS (2001-2007) tetapi tidak mahu mengekalkan untuk mempertahankan jawatan tersebut kerana kecewa dengan politiking yang keterlaluan dalam PAS.

Namun begitu dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dari 2003 hingga digugurkan dalam pelantikan baru semalam.

Sebagai Pesurujaya, Hassan bekerja keras berceramah di seluruh Selangor untuk menyakinkan pengundi Melayu supaya mengundi PAS dalam Pilihanraya Umum ke-12.

“Barisan Alternatif bila kita dapat tubuh kerajaan (di Selangor)..kita akan tubuhkan Suruhajaya Menyiasat Salah Laku Menteri Besar, Exco-exco..saya akan pastikan sama ada saya dalam kerajaan atau tidak, suruhanjaya ini berfungsi”, kata Dr Hassan dalam salah satu kempen sebelum PRU 12.

Dalam pengundian PRU 12 itu, rakyat Selangor memberi undi kepada pembangkang. PKR mendapat 15 kerusi, DAP 13 dan PAS yang mempunyai grassroot Melayu di seluruh negeri Selangor hanya mendapat 8 kerusi.

Akibatnya, bukan setakat Dr Hassan perlu melupakan hasrat menjadi MB Selangor, malah jawatan Timbalan Menteri Besar (TMB) yang sepatutnya menjadi miliknya turut dituntut oleh wakil DAP yang akhirnya jawatan tersebut dimansuhkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, MB baru dari PKR.

PKR membolot 4 kerusi Exco termasuk MB. DAP mendapat tiga Exco Kanan, manakala PAS hanya mendapat 3 Exco yang kurang penting.

Sepanjang menjadi kerajaan, Hassan sering bertikam lidah dengan Exco-exco kanan DAP terutamanya Ronnie Liu yang mengetuai Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor.

Hassan menuntut agar Ronnie Liu ditukar porfolio kerana tindakannya lebih banyak menimbulkan keresahan masyarakat Islam di Selangor.

Selain bertikam lidah dengan Ronnie Liu berkaitan isu penjualan arak, Hasan pernah mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang diketuai Teng Chang Kim dari DAP.

Hassan menggesa SELCAT dikaji semula berikutan cara pengendalian soal siasat kepada Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri dikatakan mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu dan bertaraf “pertanyaan dan soal siasat kepada budak sekolah”. - AIDCNews – 13/06/11

Implikasi Pemilihan Golongan Liberal Terhadap PAS

Oleh A Kadir Jassin

SEJAK dulu lagi, saya berpegang kepada pendapat bahawa Pas adalah parti politik. Dan hal ini saya nyatakan berulang kali dan tulisan dan kenyataan lisan saya.

Berbeza daripada pergerakan Islam yang berkecuali dan non-partisan, Pas, awal dan akhir, adalah perjuangan politik partisan.

Justeru itu, Presidennya, Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulamanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah ahli politik.

Hakikat bahawa mereka ulama adalah kebetulan dan bukan hal pokok. Kerjaya harian mereka ada sebagai ahli politik.

Di Malaysia, bukan mereka sahaja ulama. Ada ramai lagi ulama, tetapi mereka tidak terkenal dan tidak menjadi idola kontemporari kerana kegiatan harian mereka tidak banyak mendapat pendedahan media.

Hari ini, ahli politik bukan sekadar pemimpin masyarakat, tetapi juga selebriti. Mereka sama naik dengan bintang filem dan dikenali bukan semata-mata kerana mereka berwibawa, tetapi tidak kurang pula kerana mereka popular.

Kalau diikut pengertian lama dan semantik asal, seseorang atau sesuatu yang popular tidak semestinya berwibawa dan bermutu. Politik dulu kala membezakan antara pemimpin popular dengan yang berwibawa.

Jadi saya tidak melihat keputusan pemilihan pucuk pimpinan Pas bagi tempoh 2011-2013 sebagai luar dugaan. Namun saya tidak menolak pemilihan Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden sebagai perkembangan menarik.

Hakikat beliau mengalahkan penyandang, Nasharuddin Md Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man adalah penting. ” Dalam sistem pemberian nama (nomenclature) Pas, Nasharuddin dan Tuan Ibrahim adalah “ustaz” manakala Mohamad Sabu hanya “haji” biasa.

Nasharuddin dan Tuan Ibrahim dilihat oleh kawan dan lawan sebagai berwibawa, tetapi Mohamad Sabu tidak syak lagi seorang yang popular. Dalam litar ceramah politik, beliau adalah selebriti – pemidato hebat yang boleh membuat khalayak gelak terbahak-bahak sampai senak perut dengan kelucuannya. Berikanlah apa pun tajuk, beliau boleh memintalnya menjadi parodi.

Mungkin gabungan Abdul Hadi, seorang “tuan guru” mengikut “nomenclature” Pas, Mohamad Sabu seorang “haji” biasa dan Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang “tok guru” di tangga tertinggi kepemimpinan parti itu menjadinya lebih “lengkap” berbanding kepemimpinan di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh “ustaz”.

Mungkin benar kata Mohamad Sabu selepas kemenangannya bahawa kepemimpinan baru Pas berharap dapat membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menjinakkan lagi orang bukan Islam terhadap Pas.

Namun begitu, adalah kurang tepat melabelkan golongan bukan ulama ini sebagai “Erdogan”. Malah bercanggah langsung dengan Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyib Erdogan. Dalam politik sekular Turkey yang menyekat kebebasan Islam, Erdogan ada reformis Islam. Dia mencabar dasar sekular dan mahu Islam memainkan peranan lebih penting.

Rasa-rasanya, pendirian Erdogan lebih mirip kepada para ulama Pas, sedangkan Mohamad Sabu dan tiga naib presidennya – Salahuddin Ayub, Husan Musa dan Mahfuz Omar – adalah “reformis” yang cuba menonjolkan imej moden, terbuka dan bertoleransi.

Soalnya, sejauh manakah pemilihan Mohamad Sabu dan kekalahan Nasharuddin serta penyertaan lebih ramai pemuka muda aliran bukan agama akan mempengaruhi dasar dan pendekatan Pas?

Dasar pokok Pas daripada aspek deklarasi seperti Islam, Syariah, Hudud dan Negara Islam tidak akan berubah. Ini adalah lambang yang memberikan legitimasi kepada kelangsungan Pas sebagai parti Islam.

Tetapi pendekatannya telah dan akan terus berubah. Pas akan mengekalkan slogan Negara lslam tetapi akan berdolak-dalik mengenainya bergantung kepada suasana politik, tempat dan masa. Di permulaan muktamar yang baru berakhir, Abdul Hadi berkata masanya belum tiba bagi melaksanakan Negara Islam.

Justeru itu, apa yang lebih menonjol daripada keputusan pemilihan Pas ialah bagaimana barisan baru itu melaksanakan rancangan dan pendekatan jangka pendek dan sederhana, khasnya bagi menghadapi pilihan raya umum.

Imej liberal Pas boleh membantu parti itu berdialog dan seterusnya bekerjasama dengan DAP tanpa terlalu bergantung kepada peranan PKR sebagai orang tengah. Jika ini menjadi kenyataan, ia akan memberi kesan besar kepada bila PRU akan datang diadakan dan bagaimana parti-parti yang mengambil bahagian akan mengatur strategi masing-masing.

Tiada siapa boleh menafikan yang “pembebasan” kepemimpinan Pas daripada monopoli golongan ulama telah dan akan terus mengubah persepsi umum terhadap parti itu. Malah sudah terdengar cakap-cakap bahawa Pas sudah hampir menyerupai Umno dan kaukus Melayu PKR.

Ini akan memberi kesan langsung kepada parti-parti yang bergantung kepada undi Islam/Melayu dan kepada kerjasama antara parti dalam kerangka politik pelbagai kaum Malaysia.

Kelebihan kepemimpinan bukan ulama Pas ialah mereka mempunyai sistem dan keupayaan “out-reach” yang lebih luas. Dengan itu, mesej mereka boleh sampai kepada audiens yang lebih besar dan pelbagai. Itulah peluang mereka dan itulah juga cabaran kepada lawan-lawan mereka.

Sabtu, 4 Jun 2011

A Wife in Distress 3: Letter to Tun Mahathir

I wrote this soon after the verdict was given against my beloved husband Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, where he was found guilty of the charge of causing hurt to four persons using a 'pepper spray', and sentenced to six month jail.

I was very upset as to the verdict which was totally unexpected, and the sentence which was extremely harsh and excessive.

I know very little about the law and the justice system, but I had absolute faith in it as I thought it will be impartial and will not convict a person if there is reasonable doubt, no causative weapon or agent was found or if the accused was innocent, all of which is present in this case against my husband.

However as events unfold, it was apparent the my husband was made ' the sacrificial goat' and have to pay the price for a misdeed done by persons unknown and for an unknown purpose.

Now fifteen months after, only can we appeal the verdict as we finally managed to get the written judgement from the honourable majistrate. Although I do not know why it took so long to write such a simple yet life changing, at least for us, document, we are relieved that finally we could start the procees to clear my husband name by appealing in the high court in front of an older, wiser and honourable High Court Judge, not that the magistrate was not wise or honourable, but he was younger.

I prayed in Mekah, and I pray now that justice be done and my husbands' innocence be upheld in the venerated court.

This is the open letter that I wrote to YAB Tun Mahathir in the hopes that he may read or at least hear of it, so that it may clear the air and doubts against my husband. The details are not comprehensive but it came from my understanding as a layman and from the heart of a wife in distress.

DATIN DR SURIANI BT YAHYA,
RUMAH PUTIH, JALAN PASIR PUTIH,
PASIR TUMBUH,KOTA BAHRU,
KELANTAN.
02/02/2010
 
OPEN LETTER TO YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMED,
YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA,
PUTRAJAYA,
MALAYSIA.
YABhg Tun,

Assalamualaikum YAB Tun, I pray that you and your family are in good health.

Alhamdullillah, my husband, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, my family and I are doing fairly well despite our present predicament as we are sure that Allah will always protect his ummah and the truth will prevail eventually.

However, my husband is unhappy that due to his conviction pending appeal, about the spray incident, that YAB Tun may think badly of him, so I feel it is imperative that I put our case to clear the air. My husband is a grown man, but he has one weakness, that is he idolize a person and this person can do no wrong and has done many great deeds for the nation. That person is non other than you YAB Tun.

So being found guilty of an act that he did not commit was bad enough but the fact that the act was at you was even worse to bear as how can a person harm his hero.

As is common knowledge now , Datuk Nik Sapeia, (D Nik) was accused of causing injury with a dangerous weapon to 4 persons Yab Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, Dato Ibrahim Bin Ali, Dato Dr Mohd Nasir Bin Muda, and En Suberi bin Sahidan, at the Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa, on 28 July 2006, and was charged under Penal code 324. The dangerous weapon being a pepper spray. On 14 January 2010, the magistrate court of Kota Bharu found D Nik guilty as charged and sentenced to 6 month jail term.

YAB Tun, although I respect the court decision allow me to state my case here and now.

On 28 July 2006, my husband, Nik, left for the airport with some friends and followers to welcome you YAB Tun for a program that was organized jointly by Tan Sri Abdullah Ahmad and Datuk Nik Sapeia under the aegis of Majlis Bekas Wakil Rakyat dan ADUN Negri Kelantan after the initial program under MUBARAK was cancelled. I stayed home to prepare lunch as was arranged in an earlier plan. What happen after that is history.

After the program by MUBARAK was cancelled TS Abdullah requested D Nik to organize another program to invite YAB Tun to give a speech and meet the rakyat on the same day. After getting your consent D Nik contacted your office for further details and plans were arranged for the day.

He also made arrangements here in Kota Bharu which included informing the police department of the plan and program and to request for security detail for you as the ex prime minister. We were informed that as an ex prime minister you do not need police help for security. Strangely several special branch officers were present, including a video cameraman from Bukit Aman who was instructed to concentrate on YAB Tun and D Nik .
 
At the airport D Nik had disagreed with Dato Ibrahim Ali who insisted that YAB Tun ride a Pajero with the sunroof open from the airport to the hotel, with Tun standing through the open roof to wave at the crowd. D Nik had provided a limousine which is more befitting a senior statesman and much safer. D Nik and D Ibrahim finally agreed that Tun would make a short speech from the Pajero and later ride the limo to the hotel.

On your arrival, Yab Tun was escorted to the Pajero , with a little difficulty, as the crowd was too enthusiastic and slightly difficult to control. D Ibrahim and D Nik escorted you all the way to the waiting Pajero and Yab Tun managed to get into the Pajero. D Nik then walked away from the Pajero towards the waiting Limo which is parked to the front of the pajero to await Yab Tun.

Then D Nik looked back and saw some commotion and saw that you had been taken into our Honda Accord that was beside the pajero and the car started to move.. So D Nik then told an escort police car to move and followed Tun in his limo to the designated Hotel .

The Spray Incident is explained in detail by Prosecution Witness no 19 En Mohd Zakhir Bin MoMohamad. He is the owner and driver of the said Pajero. He explained ’ I was standing on the right side of the Pajero near the rear tyre .’ He then said that he saw Tun entering the pajero followed by Dato Ibrahim, Tun stood up through the sunroof , holding a loudhailer, Tun was seen smiling above the roof , then Tun ducked down appearing hurt into the Pajero.

This fact was substantiated by several still photographs presented by the investigating officer. At the same time En Zakhir also felt burning sensation in his eyes and face and had difficulty in breathing, which persisted for several hours. He was later called to give a police statement and had his shirt sent to the forensic lab for testing, where spots on his shirt was found positive for Nonivamide, a chemical also found in the police spray that was tested.

The 1st victim was you Yab Tun and you described in court that you were about to stand when you felt pain in you eyes and slight difficulty in breathing, which disappeared after a while on your way to your Hotel. Your injury was mild compared to the other victims.

The 3rd victim Dato’ Dr Mohd Nasir, who is your personal doctor, also gave evidence that he was on the right side of the pajero, he had placed his bag in the Honda beside the pajero and was near the car when he felt a similar sensation of pain in the eyes, and difficulty in breathing. His injury is also mild.

The 2nd victim Dato Ibrahim was hurt when he was sitting in the pajero after he handed you the hailer. He fainted for some time and later had painful eyes and difficulty in breathing. His injury appeared more severe.

The 4th victim En Suberi, a business man from Kuala Lumpur, said he was assisting Dato Ibrahim into the Pajero so he was between the car door and the car when he was hurt. He also fainted and only was able to function well after an hour. His injury appeared more severe. In his evidence he said he heard a sound like pzzzzz near him just before he was hurt.

I now recap the scene when the spray occurred. The incident occurred at the Pajero which was parked at the kerb about 10 feet away from the main door of the Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa.

The position of the victims are as below 4th victim was between the car door and the car, 2nd victim was sitting in the car, 1st victim, Yab Tun, was standing through the sunroof of the car with your head just above the roof, 3rd victim was at the right side of the car and near a Honda.

Another victim the driver of the Pajero was on the right side of the car. He also had trace of causative chemical on his shirt.

They are all the prosecution witness.

The persecution had 3 eyewitness who claimed they saw D Nik Spray..
Wan Mohd Hafiez bin Wan Awang , a nephew of Dato Ibrahim, said D Nik sprayed at or near the door of the airport. He said that Tun was near the Pajero just about to enter the Pajero.
 
Mohd Zain Bin Mohamad , is a freelance lorry driver , who acted as TS Dollah driver. He said in court he was a few feet behind D Nik and he saw D Nik did spray near the main door of the airport still inside the airport. At that time he saw Yab Tun was in the Pajero and Dato Ibrahim was about to enter the Pajero.

Mohd Alidaem bin Ibrahim, is an odd job worker, who was at the airport as TS Dollah’s bodygarde , He was standing behind TS Dollah at all times and also a few feet behind D Nik when he saw D Nik spray. At that time D Nik was said to be near the door of the airport inside the airport .
 
All three witnesses were inconsistent as to Dato’ Ibrahim and Yab Tun’s position .
TS Abdollah was not called to give evidence in court although he was called into the court for identification purpose. Maybe he is like the 3 wise monkey who see no evil, hear no evil , speak no evil.

As mentioned earlier, a special branch video cameraman produced a tape claimed to be taken on that day of the incident. The tape was only made available to the Kelantan police investigation team about 3 weeks after the incident and was only sent for testing in November. It was noted that the safety tab on the tape was never broken thus allowing it to be able to be edited.

In the tape a hand was seen coming up above the many heads and a mist was seen coming from it. It was deduced that that was D Nik’s hand doing the spray. The hand was seen inside the airport . At that time Tun was not visible in the tape. The airport door was seen at the back with an air screen seen above the door.

The so called dangerous weapon was not produced as evidence, but a pepper spray tin can with a PDRM logo on it was tested at the forensic lab and results of effect of the spray on the chemist was compared to the effects on the victim and was similar. The spray contained Nonivamide. Two other pepper spray that was purchased by the investigating officer were also made exhibit.

Now the prosecution claimed they have proven that D Nik did the spraying at or just inside the door of the airport about 10 feet away from the Pajero. We also note that an air screen was above the door blowing air downwards. We also note that the only spray made available for testing was a PDRM pepper spray in a tin can.
 
Allow me to analyze the situation, the worst hit was victim number 2, 4, and driver of the pajero who is on the right side of the pajero. Although Yab Tun also was hurt, but it was milder compared the other three.

If the spray was done at the door of the airport which is 10 feet from the pajero, how did the spray go through the door of the pajero and really effect victim 2 and 4. Stranger still how did it just slightly effect Yab Tun who at that time had your head out of the Pajero yet later hit the driver who is on the other side of the pajero, in full force that he even had chemical evidence of the spray on his shirt.

If I remember my science faintly most trajectory will travel in a straight line until pulled down by gravity. If D Nik had sprayed as accused by the prosecution, the spray;

1) would not be able to pass in full force through the air screen above the airport door and affect the victims who were about ten feet away.

2) would cause most harm to Yab Tun, as Yab Tun is in direct line of fire with your head above the sunroof of the pajero.

3) would not be able to concentrate in the car as there are two things in its path, the crowd of people around the car and the car door. It can permeate but not concentrate in the car. However it most effected victim 2 and 4 the most, to such an extent that they fainted.

4) should not hit the driver of the Pajero who is on the other side of the pajero, so much so that his shirt even had evidence of the chemical. The driver’ head would not be above the roof of the Pajero as the Pajero is high, thus he should be shielded from the direct force of the spray. He should only get a mild effect, just as Yab Tun’s personal doctor.

5) must be really powerful, not the regular pepper spray that is available in the stores but similar to the police spray that was tested and used as evidence in this case.
 
Yab Tun even with the prosecution evidence you can see that it impossible to accuse Datuk Nik of causing hurt to you and the others based on physical probabilities. There is also absolutely no motive at all for him to commit any act at all. Whatever disagreement with Dato Ibrahim was settled amicably before your arrival. D Nik also had a deep respect and love for you, like for a father, which he proudly proclaimed in court. So there is no reason at all to find D Nik guilty as charged.
 
On the defence side we were able to produce several witnesses , one confirms D Nik’s position at the time of the spray, and another, Lance Corporal Adnan actually saw the person who was near the back of the Pajero and who did spray a substance towards the pajero. However the court chose to disregard this evidence and convict D Nik.

We also produced a video recording of a speech made by Dato Ibrahim immediately after the incident. The speech was given on the same Pajero and he said that ‘SAYA CAM PEMUDA YANG LAKUKAN SPRAY’. While all of us want to look young, D Nik definitely is not a ‘pemuda’.
 
The facts given showed that Datuk Nik should never be accused of committing such a crime.
 
We were sure that we would not be found guilty as D Nik did not spray Yab Tun and the other victims. However apparently somebody must pay for what happened to Yab Tun and D Nik has to pay the price guilty or not. If this was the case, I hope the verdict has made a lot of people happy as they have their pound of flesh, but to me although we are innocent we may have to pay, and we have to pay six kilograms worth of flesh.
 
However I am sure you Yab Tun is a man of reason and exceptional intellect, thus you should be able to differentiate between the truth and untruth.
 
So I now rest my case, Thank you
 
Sincerely
Datin Dr Suriani Yahya

Khamis, 2 Jun 2011

Pemuda PAS, Umno boleh saing tanpa politik fitnah

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik tempatan, yang kelihatan ‘panas’ sejak tiga tahun lalu, secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata.

“Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita,” kata beliau dalam nota rumusan hasil Wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir Zaman di Shah Alam semalam.

“Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

“Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu,” kata beliau lagi.

Selain Nasrudin, anggota panel wacana itu terdiri daripada Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin dan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Nasrudin menyifatkan ia sebagai US$ yang menarik dan menjadi lembaran baru dalam perkembangan intelektual yang mempertemukan pemimpin dari dua parti yang berlainan ideologi, biar hanya di peringkat pemuda.

Kedua-dua Nasrudin dan Khairy penggal pertama mengetuai sayap masing-masing. Nasrudin telah menang bertanding tanpa cabaran dan akan melangkah ke penggal kedua esok secara rasmi.

Mengambil kira hasil perbincangan itu, kata Nasrudin, ia menjadi permulaan yang baik dan positif untuk terus menyuburkan budaya intelektual di negara ini.

“Sekitar tajuk yang diwacanakan hari ini (semalam), semua pihak bersetuju agar fitnah diperangi, fitnah ditolak dan fitnah tidak wajar disuburkan dalam sosial, ekonomi dan politik tanah air kita.

“Kita mahu menuju ke alam politik yang matang dan dewasa pemikiran para politikusnya. Politik yang telus dan tulus. Politik yang berakhlak dan beradab. Politik hujah dan fakta bukan politik lucah dan fitnah, politik jijik dan keji,” jelas beliau.

Kata Nasrudin, jika kesemua pihak tidak mengira PAS atau Umno menjauhi politik kotor dan cemar ini, insya-Allah negara akan lahir sebagai sebuah negara sejahtera dan harmoni serta rakyatnya bestari dan damai.

“Iklim politik baru yang diharapkan ini tidak akan tercapai hanya dengan satu pihak bertindak, sebaliknya semua pihak termasuk NGO mestilah akur dan tunduk kepada prinsip politik yang berasas kehendak pencipta iaitu Allah Azza wa Jalla,” katanya.

Tambah beliau, “sebijak mana kita, parti mana yang kita wakili dan seramai mana pengaruh kita, sekali-kali kita tidak berhak untuk mengetepikan landasan syariat untuk kita menggerakkan agenda politik kita.”

“Tergelincir dari landasan wahyu Allah itulah meletakkan kita dalam jerangkap fitnah yang tidak berkesudahan,” katanya lagi.

“Insya-Allah bagi pihak saya, segigihnya saya mahu membina para pemuda PAS agar mewarnai perjuangan suci untuk menegakkan Islam di atas tanah air ini dengan membentuk medan politik yang disinari hidayah atau petunjuk Allah Azza wa Jalla.

“Sebagaimana kita tidak mahu orang lain memfitnah, maka demikianlah kita tidak mahu kita turut terjebak dalam budaya fitnah. Justeru kita mesti mulakan dari diri kita dan parti kita,” katanya lagi.

Pun begitu kata beliau, ia tidak bermakna PAS dan para pemudanya akan diam membenarkan segala kemungkaran dan kefasadan yang berlaku di pentas politik tanah air.

“Membongkar penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selaku pemegang amanah rakyat mestilah dilaksanakan asal sahaja ia bertunjangkan bukti yang kukuh, maka ia bukan fitnah malah ia adalah satu kewajipan,” katanya.

Rabu, 1 Jun 2011

Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat

AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah SWT bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.

Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu.

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah SAW telah bersabda (yang bermaksud): “Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.

Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’ sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat?

’Retrograde Motion’ merupakan satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit yang berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri daripada Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto dan Bumi. Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri.

Bagi Marikh, ia mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding bumi yang hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition atau bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan seolah-olah bergerak dari barat ke timur.

Ini terjadi kerana pergerakan orbitnya yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan planet Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur ke barat.

National Aeronautic and Space Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet Marikh telah mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena ini dan adakah matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh?

Apabila kita melihat daripada Bumi, seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke timur. Tetapi apabila kita berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih bergerak dari timur ke barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini mempunyai 75 peratus ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai medan magnet sekuat Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh masih belum terjadi dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para saintis dunia.

Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain?

Ia boleh berlaku dalam keadaan Bumi dilanggar komet yang besar, lalu beralih pusingan orbitnya dari barat ke timur. Dari sudut yang lain pula, ia boleh terjadi kerana matahari merupakan bintang yang besar dan ia boleh mengembang dan membesar apabila matahari membakar keseluruhan hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants atau gergasi merah.

Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid dan orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat.

Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi?

Ia bukanlah satu keganjilan dalam dunia sains, cuma ia terlalu kompleks untuk dikaji dan diketahui bila ianya akan berlaku. Seperti yang kita ketahui, saintis Barat juga mengakui kebenaran matahari akan terbit dari sebelah barat dan ia akan berlaku kepada semua planet termasuk Bumi sendiri.

Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi?

Pergerakan Bumi masih lagi seragam dan stabil. Cuma jika dibandingkan dengan Marikh, orbit Bumi lebih kecil daripada Marikh kerana Bumi berada dekat dengan matahari. Malah pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan dan matahari kerana bulan berkaitan dengan proses air pasang surut laut. Jika berlaku sebarang kejadian atau perubahan pada bulan ia turut memberi kesan kepada Bumi yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan sistem kepada Bumi.

Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini?

Fenomena ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan asteroid di Chicxuclub, Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi.

Kawah dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu. Komet adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima. - Layari http://ummatanwasatan.net

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...