Isnin, 28 Mei 2012

Wow!!! hebatnya himpunan dan konvensyen belia Selangor

Beginilah kalau hati dah busuk. Tak habis-habis dengan hasad dengki dan niat buruk hendak menggagalkan usaha murni orang lain. Allah Maha Adil. Allah tidak akan selama-lamanya membiarkan atau mengizinkan manusia jahat seperti kerajaan PKR Selangor berterusan berbuat keburukan kepada orang lain.

Walaupun Allah memberi peringatan, namun kerajaan negeri yang jahat tetap tidak mengambil atau menjadikannya sebagai iktibar. Namun, begitulah pembalasan yang diterima oleh manusia yang mungkar.

Program Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor yang diadakan pada 26 Mei lalu iaitu serentak dengan Perhimpunan Sejuta Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya hampir-hampir tidak mendapat sambutan.

Belia tahu yang mana baik, mana buruk. Mana janji palsu, mana janji dikotakan. Dengan pilihan yang betul itu, belia Selangor membuat langkahan yang tepat dengan menuju ke Putrajaya untuk mendengar amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada mendengar bebelan tak berguna Anwar Ibrahim.
Akhirnya, Himpunan Belia dan Konvensyen Selangor itu dihadiri tidak sampai pun 100 belia. Mengikut pemerhati, bukan belia yang hadir, sebaliknya pelajar-pelajar yang kurang cerdik dan rakan-rakannya yang berketuakan Adam Adli.

Puak-puak inilah yang 'memenuhi' berpuluh-puluh ribu kerusi kosong yang diatur pihak penganjur di dalam dan di luar dewan Komplek Belia dan Sukan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam iaitu tempat kononnya dijangka meriah dan gah dengan himpunan serta konvensyen belia Selangor itu.

Apa dah jadi? Malu besarlah jawabnya. Dan itulah kata-kata yang paling afdal untuk menggambarkan program anjuran puak munafik ini. Nawaitu jahat mereka ialah hendak lawan dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Ke mana perginya Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang disebut-sebut akan merasmikan himpunan sejuta belia Selangor itu? Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan pun terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.

Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang. Sedangkan mengikut jadual, sepatutnnya Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Namun tunggu punya tunggu, tidak ada sesiapapun daripada penama hebat dalam politik murahan ini hadir. Sebab apa ya? Takkan malu dengan himpunan yang tidak dapat sambutan langsung itu.

Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara dengan kehadiran belia dari seluruh negara.

Tinjauan portal berita Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam pada jam 3 petang mendapati yang ada hanya petugasnya sahaja.

Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' iaitu aktivis mahasiswa, si Adam Adli tidak ada pengunjung, kecuali petugas dan unit amal yang tidak sampai 20 orang itu cuba mengisi kerusi kosong di depan pentas.

Ribuan kerusi kosong lagi berselerak bukan sahaja dalam dewan, malah di luar dewan. Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang membeli atau meninjau-ninjau barangan jualan mereka. Dalam erti kata lain, rugi besar.
Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana ketiadaan peserta.

Jumlah yang hadir pada jam 10.24 pagi tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr Ahmad Yunus Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja itu.

Walaupun majlis dijadualkan bermula seawal jam 9 pagi, namum sehingga jam 10.24 pagi majlis tetap tidak dapat dimulakan, kerana penceramahnya nak berceramah kepada siapa? Takkan nak berceramah pada kerusi kosong dan petugas penganjur. Dah hilang akal apa...

Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis, ada empat kaunter pendaftaran disediakan mengikut kategori iaitu NGO, Orang Awam, Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

Jika bilangan kerusi yang diatur diambil kira, sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang. Sebanyak 50 meja makan untuk 500 orang dan dua skrin putih besar turut disediakan untuk peserta yang berada di luar dewan. 'Peserta' ini terpaksa berada di luar dewan kerana di dalam dewan telah penuh.

Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis itu pada jam 9 pagi. Ketika Exco PAS Selangor, Dr Yunus Hairi berucap pada jam 10.15 pagi, bayang-bayang Anwar Ibrahim belum nampak. Ketika itu 'belia' yang hadir sekitar 100 orang.
Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu. Video ini terpaksa ditayangkan sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.

Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.

Mereka pada mulanya telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.

Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.
Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan berikutan kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang.

Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.

Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'rakyat' sentiasa menyokong mereka.

Undi parti masuk syurga fatwa sesat

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang Muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi, manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini.

Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu sempena lawatan peribadi beliau selama lapan hari.

Menurut Sheikh Sulaiman, golongan menolak perpaduan akan menerima hukuman berat yang bukan sahaja ditanggung oleh mereka, malah pengikut sehingga hari kiamat kerana menentang arahan Allah.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, setiap umat Islam di Malaysia secara umumnya wajib mempertahankan negara ini daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan keamanan dan keharmoniannya.

Katanya, bagi golongan seperti pemimpin politik, ulama, media, golongan profesional serta mana-mana pihak berpengaruh dalam masyarakat pula, hukumnya adalah fardu ain.

"Secara peribadi, saya gembira melihat suasana Islam di Malaysia. Di negara ini terdapat organisasi berteraskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem kewangan Islam.

"Syariat Islam juga berkembang dengan baik. Universiti-universiti berteraskan Islam juga wujud di negara ini. Selain itu, sistem pembelajaran Islam di Malaysia juga boleh dianggap maju ke hadapan. Di sini juga tidak kurang banyaknya buku-buku yang membicarakan tentang Islam," katanya.

Beliau berkata, perkembangan Islam tidak akan berlaku jika suasana di Malaysia tidak berada dalam keadaan baik serta stabil.

"Nasihat saya pelihara negara ini baik-baik, ia satu amanah yang wajib dilaksanakan. Kekalkan perpaduan dan elakkan perpecahan.

"Musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan umat dan perkara ini perlu diawasi bagi memastikan Islam di Malaysia sentiasa terpelihara," katanya.

Remaja genius rungkai teori fizik sukar

DRESDEN, Jerman 27 Mei - Seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun berjaya merungkai pengiraan sukar yang dicipta oleh saintis terulung, Isaac Newton, setelah ia gagal diselesaikan pakar selama lebih 350 tahun.

Shouryya Ray (gambar), dari sebuah sekolah di sini, berjaya menemui dua teori asas dinamik partikel yang hanya boleh dihitung ahli fizik sebelum ini menggunakan komputer berkeupayaan tinggi.

Penyelesaiannya itu bermakna, para saintis kini boleh mengira arah laluan bola yang sedang dilempar dan meramal bagaimana ia akan menghentam dinding serta melantun kembali.

Remaja itu menyelesaikan masalah rumit berkenaan semasa dia menyertai lawatan sekolahnya ke Universiti Dresden apabila para profesor di situ mendakwa mereka berdepan jalan buntu.

“Saya bertanya kepada diri sendiri, mengapa tidak boleh. Saya percaya ia mesti ada penyelesaian," katanya yang berasal dari Kolkata, India.

Pelajar pintar yang merendah diri itu dikatakan mula menyelesaikan soalan pengiraan sukar ketika berusia enam tahun, namun enggan mengaku dia seorang yang genius.

Ketika kecil, bapa Ray, seorang jurutera mula menguji kepintarannya dengan memberinya menyelesaikan masalah aritmetik.

“Masih terdapat banyak perkara yang saya tidak mampu lakukan. Contohnya bermain bola sepak dan aktif dalam sukan," katanya.

Ray tiba di Jerman empat tahun lalu dan pelajar tersebut langsung tidak boleh berbahasa tempatan, namun kini dia sudah menguasainya.

Kebijaksanaannya terserlah dalam kelas dan dengan pencapaiannya itu, dia ‘melompat’ dua kelas berbanding yang sepatutnya. - AGENSI

Matahari Tegak Di Atas Kaabah, Peluang Semak Arah Kiblat Yang Betul

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang Isnin (28hb Mei 2012 waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah.

Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai.

Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai.

Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.

"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah," menurut laman itu. - BERNAMA

Rabu, 23 Mei 2012

Bila Nik Aziz ditelanjangkan Harussani

BUAT pertama kali Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membongkarkan cerita lama mengenai kegilaan Pas yang menyebabkan masyarakat Islam khusus orang Melayu di negara ini berpecah belah.

Selain itu, beliau memberikan nasihat kepada pemimpin Pas supaya berhenti dari mengeluarkan sebarang 'fatwa' songsang sesuka hati kerana akan mengelirukan umat lslam.

Bahkan, Tan Sri Harussani juga menggunakan perkataan 'tekong perpecahan' merujuk kepada perbuatan Pas yang memecah belahkan perpaduan Melayu dan umat lslam di negara ini.

Serentak itu juga, beliau menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan yang menuduhnya campur tangan dalam politik. Ikuti perbualannya dengan para wartawan ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.

"Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik, itu tidak betul. Saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik. Bahkan, saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik.

Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Tan Sri Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik dan bagaimana Pas memulau abang iparnya kerana perbezaan fahaman politik kepartian.

Bahkan dari awal sejarahnya, bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuhnya Pas dan kemudian Pas keluar daripada UMNO, semua masuk Pas. Tapi Pas waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam negara ini dan dalam isi atau kandungan ceramah hanya mengenai masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan.

Ini cukup baiklah... saya juga pernah mengikuti semasa kecil... bahkan saya baik dengan ketua Pas waktu itu, namanya ...Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).

Dia baik dengan saya, dia sakit, saya pergi ziarah dan kami selalu berbual, namun cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.

Akhir-akhir ini saya melihat perkara itu tidak berlaku lagi dan melihat Pas sudah menuju seolah–olah menjadi 'tekong' kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.

Umpamanya pada akhir tahun 1970-an berlaku di Kedah. Orang-orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.

Jadi saya katakan, sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya, bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih... haram. Yang kedua, yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli Pas dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak... yang datang membeli banyak orang Pas dan orang UMNO pun ada.

Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampung itu meninggal dunia, jadi abang ipar saya pergi menziarah. Hanya kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian.

Kerana insiden itu, abang ipar saya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula.

Sampai begitu mereka buat dia... jadi dia datang jumpa saya... tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin Pas merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah. Jadi itu bukan dakwah lagi.

Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagainya, maka orang menganggap itu halal pada masa itu... kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahawa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan dan sebagainya.

Dia orang kata apa... Mufti-mufti tidak lebih daripada anjing. Jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan sama sekali dengan hukum syarak. Jadi kalau itu yang dibawa sekarang, maka dia bukan lagi membawa kepada Islam... dia membawa kepada syaitan... parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan.

Bila kita lihat berlaku (solat) di Terengganu dan beberapa tempat dua imam... kita (orang Islam) di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin Pas. Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah, dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah, jadi ini buruk sungguh keadaan Islam.

Bukan buruk daripada orang itu saja, bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk... Jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang. Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam, sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya, asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja, berkelahi sesama sendiri. Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.

Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu dengan saf jemaah bersembahyang.. kita sembahyang beribadat, bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan. Kita mengadap bersyukur kepada Allah SWT. Dia (Allah) suruh kita bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah. Bermakna kita bersatu, tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah... itu satu perkara yang bertentangan.

Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan, sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan, tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan. Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah, Rasullulah menjawab, ya... kenapa kita duduk bersembunyi. Dia (Omar) terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.

Begitu juga isteri-isteri Nabi, tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan... Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah. Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah, tapi perbuatan syiah dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka. Apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah SWT.

Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.

Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu beragama Islam dan haram kalau kita memberontak. Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi, bukan dengan cara tunjuk perasaan atau dengan menimbulkan kekacauan.

Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah. Apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL dan DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ, maka tidak boleh pergi.
Kerana Allah menyebut dalam al-Quran, kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampung, penduduknya tak bagi masuk, tak boleh masuk.

Kedua, kita tidak boleh merosakkan harta benda, tapi kita lihat terang-terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.

Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0), kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), ini dah tak betul, kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.

Iaitu Islam berasal daripada silmun, maknanya kedamaian. Yang kedua, salamun berasal daripada pokok perkataan salam. Salam maknanya kesejahteraan. Yang ketiga, sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi... manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat, kita menyerah bulat-bulat kepada Allah.

Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi. Ini yang saya rasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran, tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing... bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?

Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua Pas, tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka. Sepatutnya mereka menegur orang di bawah supaya tidak bersikap demikian. Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun.

Apabila diselewengkan, maka saya wajib menegur beliau. Jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam-macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.

Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan, ini semuanya salah. Kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah. Walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak, maka itu saya memberi peringatan supaya jangan. Saya tak ada musuh dengan sesiapa... selama inipun doa saya tak pernah tinggal. Tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat Islam.

Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip, Harussani berkata:

"Peringkat awal dulu kenapa Pas keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan, Pas keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir.. tapi hari ini orang yang terang-terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.

Yang kedua, kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang-undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Saya orang ini (DAP dan Ambiga) pula yang kita (Pas) sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, Pas melantik orang bukan islam. Apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan Islam?

Al-Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan Islam. Kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul-betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah.

Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang... kita hanya menyampaikan.

Khamis, 17 Mei 2012

Siapa Nik Aziz???

Mujurlah ada beberapa kerat mufti berani tampil menegur dan mengkritik Nik Abdul Aziz. Ada juga mufti tak berani buka mulut mempersoalkan kewibawaan Mursyidul Am Pas itu, takut jadi 'tulah'.
Nik Aziz bukan seorang yang alim, jauh sekali nak anggap dia itu wali. Nik Aziz hanya seorang manusia yang terlibat dalam dunia politik.

Dalam politik, beliau telah membawa dan menyerapkan fahamannya sendiri sehingga rakyat kelabu mata dan menganggap beliau seorang wali, tok alim, ulamak, tok guru dan paling teruk ada yang mengangkatnya sebagai 'nabi'. Anehnya, Nik aziz tidak pernah tegur. Nauzubillah....

Saya seorang daripada 1,459,994 juta rakyat Kelantan, sejak mengenali politik, tidak pernah terbit dalam hati, tidak pernah ada hasrat atau impian hendak mengagung-agungkan Nik Aziz.

Apatah lagi beliau seorang politik yang banyak kali mengelirukan umat Islam dengan kenyataan demi kenyataan yang jauh berbeza dengan ajaran dan didikan Islam dibawa Nabi Muhammad SAW.

Paling menyedihkan, beliau tanpa rasa ragu atau bersalah menegur dan mengkritik para mufti yang mengeluarkan kenyataan atau fatwa yang tidak berpihak kepada perjuangan partinya, Pas.

Malah, lebih mengagungkan pula pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PAP berbanding pemimpin Islam dalam UMNO. Beginikah seorang pemimpin politik yang mendakwa memperjuangkan Islam?

Sikapnya yang suka bersengkokol dengan manusia kafir seperti Karpal Singh, Kit Siang, Guan Eng dan Lee Kuan Yew iaitu bapak kepada DAP amat mengecewakan.

Sikapnya yang membenci semua Perdana Menteri Islam, menteri-menteri beragama Islam, pemimpin dan ahli UMNO yang mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW cukup menyedihkan. Jadi, inikah pemimpin yang nak saya sanjung dan agung-agungkan? Sudah tentu tidak sama sekali.

Beliau bukan pejuang Islam. Beliau bukan alim ulamak dan tok guru. Beliau adalah seorang ahli politik yang masuk politik kerana mengejar kekayaan dunia sehingga melupakan akhirat.

Beliau dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan atau berfatwa haram jika rakyat menerima bantuan daripada pemimpin UMNO/BN. Beliau menghasut rakyat supaya tidak menerima setiap pembangunan yang dibawa masuk oleh kerajaan BN, sehinggakan semua yang BN/UMNO lakukan dikatakannya sebagai rasuah.
Tetapi beliau hulurkan duit yang dilipat kecil kepada penduduk kampung dikatakan sedekah dan amal jariah. Beginikah sikap pemimpin yang mahu saya sanjung? Harap maaf. Sama sekali tidak akan terbuka pintu hati untuk menyanjunginya.

Cukuplah para pemimpin, ahli dan penyokong tegarnya memberi sokongan taasub kepada beliau. Bagi saya untuk berbuat demikian, jauh sama sekali. Hatta, mati hidup semula pun saya tidak akan memuja muji atau meminta maaf daripadanya.

Nik Aziz terlalu taksub dunia politik

KUALA LUMPUR 15 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tahu membezakan antara pandangan seorang pejuang Islam dengan pandangan orang politik apabila menyamakan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pandangan berbaur politik.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, Nik Aziz merupakan seorang ahli politik, meskipun beliau dan partinya mahu memperjuangkan Islam, tetapi matlamat parti itu tetap bercirikan politik justeru apa sahaja isu berkaitan Islam, Nik Aziz masih melihatnya sebagai politik.

"Cara orang politik menegakkan Islam berbeza dengan pejuang Islam sejati. Terutama mereka yang terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan Islam termasuk orang yang bukan Islam. Maka, matlamat perjuangan mereka kebarangkalian mudah tersasar.

"Seorang pendakwah Islam yang baik, dia akan berusaha memperkasakan Islam itu dengan cara yang boleh memelihara kehormatan Islam. Jika dia tidak mampu berjuang seorang diri, dia akan mencari rakan Islam yang lain tetapi bukan rakan yang bukan Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Harussani terhadap Pas dengan menganggap kenyataan Mufti Perak bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam sebagai pandangan lapuk seorang mufti.

Sementara itu, Bendahari Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) Mohamed Aziz berkata, Nik Aziz tidak layak bergelar Mursyidul Am Pas kerana beliau sendiri tidak tahu sejarah Pas atau sebenarnya sengaja memesongkan sejarah Pas itu.

Katanya, Pas tertubuh kerana Pengasasnya, Ahmad Fuad atau yang ketika itu Biro Agama UMNO kecewa dengan UMNO setelah gagal merebut kerusi Yang Dipertua UMNO atau kini Presiden UMNO daripada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

"Lalu, Ahmad yang merajuk terus menubuhkan Pas. Persoalannya, adakah Nik Aziz tidak tahu perkara ini atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana orang Pas ini suka memutar belit fakta. Nik Aziz yang buta sejarah, bukannya Harussani.

"Nik Aziz tidak perlu menipu rakyat, rakyat juga tahu bahawa sebelum Pas wujud, UMNO lebih awal telah memperjuangkan agama Islam. Mursyidul Am Pas itu jangan terlalu asyik berpolitik hingga lupa soal dunia akhirat," katanya.

Mohamed seterusnya mempersoalkan, kenapakah Pas seringkali mempertikaikan kenyataan-kenyataan daripada pihak mufti dalam pelbagai isu dan adakah Pas merasakan mereka itu lebih hebat daripada golongan mufti di negara ini.

"Saya tidak fikir Nik Aziz layak menjadi mufti, meskipun dia itu seorang tok guru di Kelantan tetapi dia memang tidak layak dipilih sebagai mufti," katanya.

Rasuah, Maruah - Pakatan Rakyat Yang Murah

Kalau bekas Naib Pengerusi DAP pun nak dirasuah supaya tutup mulut, tidak mustahil ada dalam kalangan pemimpin Pas dan PKR turut menerima habuan yang sama asalkan berterusan memberi sokongan dan membela DAP.

Pengakuan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang beliau cuba dirasuah dengan tawaran wang ringgit dan jawatan dalam agensi kerajaan negeri membuktikan perbuatan rasuah berlaku secara berleluasa dalam Pakatan Rakyat (PR).

Nyata dan terbukti, sokongan padu diterima PR selama ini adalah kerana rasuah. Pemimpin Pas dan PKR sanggup menerima sejumlah wang dan jawatan-jawatan tertentu dalam organisasi parti, kerajaan negeri dan NGO yang ditawarkan dengan syarat bersedia membela pemimpin DAP dan pemimpin kanan PKR sehingga usaha mereka menawan Putrajaya menjadi kenyataan.

Tawar RM50,000 tutup mulut

KUALA LUMPUR 16 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan bekas partinya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya sebagai biadab.

Katanya, beliau berasa cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri.

Tambahnya, sebagai seorang pemimpin veteran parti yang berpegang teguh kepada prinsip keluhuran demokrasi, beliau tidak boleh menerima kebiadaban tersebut dan memutuskan tindakan melepaskan jawatan serta meninggalkan DAP adalah tepat.

"Kelmarin Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Saya menganggap tawaran tersebut sebagai penghinaan sepenuhnya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan berkerja lagi dengan lelaki ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.

Dalam temu bual tersebut juga, Tunku Abdul Aziz secara terbuka mengakui beliau tidak mempercayai Guan Eng kerana dakwanya, Setiausaha Agung DAP tersebut memiliki perwatakan dan sikap yang berbeza berbanding bapanya, Lim Kit Siang.

Katanya, sepanjang kemelut antara beliau dengan pucuk pimpinan DAP ekoran kritikan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, hanya Kit Siang yang menemuinya sebanyak dua kali manakala Guan Eng langsung tidak berbuat apa-apa.

"Saya telah menawarkan diri untuk melepaskan jawatan dalam DAP secara bermaruah jika ia dianggap sebagai langkah yang paling sesuai mengembalikan semula keharmonian dalam parti selepas kritikan saya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

"Tetapi tiada jawapan diberi, Guan Eng tidak membalas surat saya, beliau tidak mempunyai kesopanan untuk berbuat demikian tetapi Kit Siang menemui saya dua kali, dia rakan lama dan saya mempercayainya, tetapi bukan Guan Eng, dia seorang yang berbeza," katanya.

Selasa, 15 Mei 2012

Manusia angkuh mewarisi sikap, sifat Firaun

KETIKA Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membuat keputusan mengharamkan rusuhan jalanan atau demonstrasi yang mempunyai niat tidak baik, melanggar undang-undang dan boleh mencetuskan huru-hara di negara ini, sahut menyahut pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan menolak keputusan itu.

Nik Abdul Aziz Nik Mat: "Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan sebelah mata."

Mustafa Ali: "Saya mahu tanya jawatankuasa yang buat keputusan itu, fahamkah mereka maksud dan tujuan Bersih 3.0 diadakan. Sepatutnya mereka kena kaji dan tanya semua pihak tentang apa yang berlaku, bahkan boleh jumpa saya sendiri untuk mendapat gambaran sebenar. Keputusan yang dibuat adalah tidak betul."

Idris Ahmad: "Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mendapat maklumat di sebelah pihak sahaja. Sepatutnya kena tanya dan bincang dahulu apa itu Bersih 3.0. Jangan mereka hanya faham Bersih itu hanya air mutlak dalam bab Feqah sahaja iaitu air yang suci, lagi menyucikan. Amat malang rakyat Malaysia apabila kewibawaan Majlis Fatwa yang sepatutnya mempertahankan kredebiliti mereka yang dianggotai oleh 14 mufti dan ulamak di negara ini telah mengeluarkan hukum tanpa mendapat penjelasan daripada pihak kedua. Apakah ini disiplin Majlis Fatwa Kebangsaaan?"

Itu antara tiga komen daripada tiga pemimpin Pas, sebaik sahaja Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membuat keputusan berhubung perhimpunan haram dan rusuhan puak Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Kasar dan angkuh komen ketiga-tiga pemimpin Pas ini mempersoal dan mempertikaikan fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Seolah-olah mereka bertigalah yang paling teralim, terulama, terwarak dan tersolehin di muka bumi ini.

Seolah-olah mereka bertiga sahaja yang layak bercakap mengenai hukum hakam agama Islam, agama Kristian, agama Yahudi dan agama Nasrani. Seolah-olah mereka bertiga ini yang tahu dosa pahala, syurga neraka.

Alangkah malangnya nasib tiga manusia ini, 'alim ulamak' akhir zaman yang membawa kemungkaran yang Nabi Muhammad SAW maksudkan sebelum Baginda wafat.

Namun begitu mereka bertiga ini hanya berani angkuh dan garang terhadap orang-orang Islam sahaja. Tetapi apabila dengan DAP, lembut gigi daripada lidah meraikan perbezaan pendapat dari DAP hatta kepala mereka dipijak sekali pun.

Beberapa hari lalu, Karpal Singh sekali lagi dengan begitu keras menolak hukum hudud yang pernah diperjuangkan selama ini. Karpal heret bersama keputusan yang dibuat Muktamar Pas tahun lalu serta meminta Hadi Awang menutup mulut dari bercakap pasal hudud. Begitulah hinanya dan tidak bermaruahnya seorang presiden sebuah parti yang besar.

Lebih malang,lebih hina, lebih jijik dan lebih hanyir lagi apabila tidak ada sepatah pun suara bantahan dari Hadi Awang atau Nik Abdul Aziz atau Mustafa Ali atau Idris Ahmad atau Pemuda Pas yang berani menyanggah kenyataan Karpal.

Sebaliknya dengan tidak bermaruah dan penuh dengan kebaculannya Hadi Awang bersama beberapa orang kuatnya muncul dalam sidang media di Kuala Lumpur Ahad lalu dengan berkata, kalau ada perbezaan, itu perbezaan yang kita raikan antara satu sama lain.

Apa yang diungkapkan oleh Majlis Fatwa mereka tolak dan tentang habis-habisan. Bukannya dibincang lanjut atau sebagainya. Tetapi apabila bersama DAP mereka raikan perbezaan pendapat. Dalam sidang media yang sama juga Hadi Awang telah mengumumkan isu hudud tidak lagi berbangkit. Ertinya, tutup buku.

Sebagaimana dipetik Harakahdaily:

KUALA LUMPUR: Pas berpendirian isu hudud sudah lama selesai dan Pakatan Rakyat harus menumpukan perhatian kepada isu-isu bersama seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menangani masalah kemiskinan, menegakkan keadilan, mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan mengamalkan agama-agama lain dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak mahu ulangi lagi (kenyataan tentang hudud) kerana saya mahu tumpu perkara yang sekarang. Perkara itu (hudud) tunggu kita memerintah dahulu. Sekarang kita tumpu cabaran pilihan raya ke-13.

"Saya berpijak di atas apa yang saya buat. Isu (hudud) ini tak berbangkit. Isu ini dah selesai kita bincang dulu,” kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan karpal yang mahu beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu hudud bukan menjadi fokus dan isu utama Pas dalam pilihan raya ini.

Dr Khadijah : Pluralisme Agama Melalui Kalimah Allah

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Khadijah Mohd Hambali berkata, walaupun ada dalam kalangan umat Islam bersetuju memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian dengan alasan untuk berdakwah, namun beliau berpendapat perkara itu tidak akan berlaku kerana ia lebih mendatangkan kemudaratan dan menjurus kepada pluralisme agama.

"Saya tidak melihat perkara itu akan berlaku. Sebab bila mereka dah gunakan perkataan kalimah Allah itu, mereka sebenarnya cuba menyamatarakan kedudukan Allah orang Islam dengan Allah mereka.

"Jadi di sini, lahirnya bentuk-bentuk pluralisme agama…Ini adalah salah satu taktik atau serangan pemikiran yang dilakukan oleh masyarakat Barat kepada masyarakat Muslim supaya mereka boleh menerima bahawa agama kita ini adalah sama betul, sama benar dan sama-sama menuju kepada akhirat," katanya.

Menurutnya, ini adalah satu bentuk gerakan Kristianisasi yang telah melanda masyarakat Islam tanpa disedari umum.

Jumaat, 11 Mei 2012

Bush Bersalah? Laku Ke Keputusan Dari Malaysia?

Usaha kerajaan Malaysia mengambil berat jenayah yang dilakukan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush amat dihormati dan dibanggai sekali. Tetapi sebagai negara kecil yang petanya tidak pernah ada dalam kepala otak Bush, sejauhmana beliau akur dengan keputusan itu?

Dan sekiranya keputusan itu dihantar ke Kedutaan AS, adakah Presiden Obama dan pihak mahkamah di negara itu menerimanya dan akan menghantar Bush ke Malaysia untuk menjalani hukuman? Kadang-kadang tertanya-tanya juga negara kecil nak menghukum negara besar yang angkuh seperti AS.



















Tribunal Perang Dapati Bush, Tujuh Yang Lain Bersalah Lakukan Jenayah Perang

KUALA LUMPUR: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) pada Jumaat mendapati bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan tujuh sekutu beliau bersalah bagi tuduhan 'melakukan jenayah penderaan dan jenayah perang'.

Ketujuh-tujuh mereka ialah Dick Cheney, bekas naib presiden Amerika Syarikat; Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan; Alberto Gonzales, yang pernah menjadi penasihat kepada Presiden Bush; David Addington, dahulunya ketua penasihat kepada naib presiden; William Haynes, bekas ketua penasihat kepada Setiausaha Pertahanan; Jay Bybee, bekas Penolong Peguam Negara; dan John Yoo, bekas timbalan penolong Peguam Negara.

Dengan sebulat suara, bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus, yang mengetuai kuorum tribunal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

"Dengan ini kami mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan," kata Hakim Lamin.

Empat hakim lain dalam panel terdiri Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Prof Salleh Buang dan Mohd Saari Yusuf. Panel membuat keputusan setelah mendengar keterangan daripada lima saksi pendakwaan dan hujah pihak pendakwaan dan pihak pembelaan.

Perbicaraan berlangsung empat hari bermula 7 Mei, dengan mendengar keterangan daripada tiga saksi, manakala dua saksi memberi keterangan secara akuan bersumpah.

Prof Gurdial Singh Nijar mengetuai pasukan pendakwaan, manakala Jason Kay Kit Leon yang dilantik selaku 'amicus curae' (rakan mahkamah) bagi mewakili pihak tertuduh.


Kelapan-lapan tertuduh didakwa melakukan jenayah penderaan dan bahawa mereka dengan sengaja mengambil bahagian dalam merangka dan mengeluarkan perintah dan arahan eksekutif dengan membelakangkan konvensyen dan undang-undang antarabangsa iaitu Konvensyen Terhadap Penderaan 1984, Konvensyen Geneva 1949, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung perang yang dilancarkan Amerika Syarikat dan yang lainnya ke atas Afghanistan pada 2001 dan Iraq pada Mac 2003.

Selain itu, dan/atau berdasarkan serta lanjutan daripada situ, tertuduh memberi kuasa, membiarkan perlakuan penyeksaan dan kejam, layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa dengan mencabuli undang-undang dan perjanjian antarabangsa dan konvensyen berkenaan.

Ketika membaca keputusan 19 muka surat itu, Lamin berkata, selepas menimbang keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan dan penghujahan oleh kedua-dua pihak, tribunal itu berpuas hati bahawa kelapan-lapan tertuduh itu bersalah dan disabitkan sebagai penjenayah kerana melakukan penyeksaan dan kejam, layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa jenayah perang itu.

Beliau berkata, Bush bersalah melakukan jenayah perang memandangkan beliau telah mengeluarkan perintah seperti dalam memorandum bertarikh 7 Februari 2002, yang mengisytiharkan banduan al-Qaeda adalah di luar perlindungan Konvensyen Geneva, dengan hasrat agar perintah ini mendapat tindakan segera dan mengetahui bahawa AS mencabuli Konvensyen Penyeksaan dan Konvensyen Geneva serta gagal campur tangan untuk menghalang pencabulan itu.


"Pendakwaan telah membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh Richard B. Cheney, bekas naib presiden AS, mengetahui apa yang sedang berlaku dan secara khusus, bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Bush dan Rumsfeld telah dikeluarkan dan diambil tindakan," kata hakim itu yang mengambil masa satu setengah jam untuk membacakan keputusannya.

Lamin berkata, lapan tertuduh itu terlibat dalam rangkaian arahan, memo, nasihat perundangan dan tindakan yang mewujudkan pelan dan tujuan bersama untuk melakukan Jenayah Penyeksaan dan Perang, termasuk dan tidak terhad kepada pelan bersama dan tujuan untuk melakukan jenayah berkaitan dengan 'Perang ke atas Keganasan' dan peperangan yang dilancarkan oleh AS dan lain-lain di Afghanistan dan Iraq.

Tribunal turut mendapati tertuduh secara individu dan bersama bertanggungjawab terhadap semua jenayah yang dilakukan untuk meneruskan rancangan dan tujuan bersama mereka di bawah prinsip yang diwujudkan oleh Artikel 6 Piagam Tribunal Tentera Antarabangsa.

Lamin berkata, tribunal itu mendapati tertuduh telah melakukan jenayah terhadap Pengadu Mangsa Jenayah Perang yang hadir di hadapan tribunal itu.

Tribunal itu telah mendengar keterangan daripada seorang warga Iraqi, Abbas Abid, 48, yang mendakwa dia diseksa ketika ditahan di penjara Al-Jadiria, bekas tahanan Guantanamo Bay Moazzam Begg, 41, dan bekas banduan penjara Abu Ghraib Jameelah Abbas Hameedi, 57.


Dua lagi saksi yang tidak hadir, Ali Sh Abbas, 45, dan Rhuhel Ahmad, 27, memberi keterangan mereka menerusi akuan berkanun.

"Tribunal berharap berbekalkan keputusan ini, saksi (pengadu dan mangsa dalam kes ini) akan, pada masa depan, mencari sebuah negara atau sebuah entiti kehakiman antarabangsa, yang berupaya dan bersedia melaksanakan bidang kuasa dan menguatkuasakan keputusan tribunal ini terhadap lapan orang yang disabitkan kesalahan dan kerajaan mereka," katanya.

Lamin berkata, tribunal itu menyedari sepenuhnya bahawa keputusannya semata-mata bersifat perisytiharan dan tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan, tiada kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman melibatkan pemenjaraan terhadap mana-mana seorang atau kelapan-lapan tertuduh.

"Apa yang kami boleh lakukan ialah mengesyorkan kepada Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC), yang kami kini lakukan, untuk menyerahkan keputusan sabitan kesalahan oleh tribunal, bersekali dengan rekod prosiding ini, kepada Ketua Pendakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, selain Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan," katanya.

Dalam keputusan itu, tribunal berkenaan, antara lain, mencadangkan kepada KLWCC supaya nama kelapan-lapan orang yang disabitkan kesalahan itu dimasukkan ke dalam Daftar Penjenayah Perang suruhanjaya dan diberi publisiti yang sewajarnya. -BERNAMA

Allahu Akbar...Bulan lebih besar dan bercahaya

PADA 6 Mei lalu, penduduk Bumi sekali lagi berpeluang menyaksikan keindahan bulan penuh besar. Kejadian yang diberi julukan supermoon oleh peramal bintang, Richard Nolle pada tahun 1979 itu ibarat acara tahunan yang dinanti-nanti.

Fenomena global itu banyak dirakamkan oleh jurugambar profesional terutama di mercu tanda ternama. Imej bulan besar di sebalik Patung Jesus di Rio de Janeiro, Brazil dan bersebelahan Kuil Poseidon, berhampiran Athens, Greece menunjukkan betapa indahnya kejadian alam itu.

Bagaimanapun, sebahagian besar warga Britain terlepas detik itu gara-gara awan tebal yang meliputi langit negara tersebut. Hanya penduduk di kawasan barat laut dan barat daya England dan Wales dapat menyaksikan bulan paling besar sepanjang tahun ini itu.

Secara saintifik, fenomena bulan besar terjadi apabila bulan menghampiri Bumi pada jarak yang lebih dekat daripada biasa. Tahun ini, kedudukan bulan dicatatkan pada jarak 356,955 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa kira-kira 384,000km.

Bulan besar membuatkan bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada bulan penuh lain. Perigi (perigee) ialah terma saintifik paling tepat untuk bulan penuh tersebut. Perlu diketahui bahawa setiap bulan penuh yang terjadi mempunyai saiz yang berbeza.

Hal itu disebabkan ia beredar pada orbit berbentuk bujur dan mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dikenali sebagai perigee manakala bahagian kedua dipanggil apogi. Saat bulan penuh terjadi, perigee berada pada jarak 50,000km lebih dekat dengan Bumi daripada apogi. Kesannya, bulan perigee tampak lebih besar dan bercahaya.

Tidak disangkal, jarak yang dicatatkan ketika bulan besar menunjukkan perbezaan daripada bulan penuh waktu lain. Namun, ukuran sebenar rumit untuk ditentukan.

Wakil Pejabat Meteorologi Amerika Syarikat (AS), Dan Grey memberitahu, bulan besar kelihatan mengagumkan ketika ia berada di garisan ufuk. Posisi bersebelahan rumah atau pokok memberi gambaran betapa besarnya bulan itu kelihatan.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS juga berpendapat, waktu terbaik menikmati pemandangan bulan besar itu adalah ketika ia menghampiri horizon.

Bulan pada kedudukan rendah tampak amat besar apabila dilihat di celahan pokok, bangunan atau objek-objek yang berada di hadapannya. Ia merupakan alasan yang tidak difahami pakar astronomi dan psikologi sendiri.

Dr. Robert Massey dari Persatuan Diraja Astronomi AS pula menyatakan, mata manusia berfungsi dengan baik bagi mengimbangi perubahan kecerahan bulan sehingga tiada yang perasan pertukaran ketara tersebut. Apa yang dikesan kebanyakan orang ialah saiz bulan itu sahaja.

Para saintis menambah, sejauh mana pun kedudukan bulan, ia tidak akan menjadikan manusia tidak siuman, melakukan jenayah atau kepercayaan lain yang dianggap karut.

Pakar psikologi, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory, Atlanta, AS mengatakan, tanggapan bulan penuh menyebabkan kelakuan aneh merupakan antara mitos terbesar dunia.

"Orang berpegang pada kepercayaan tersebut berpandukan kepekaan mereka terhadap sesuatu insiden. Sekiranya berlaku perkara luar biasa ketika bulan besar, mereka terus melabelkannya sebagai kejadian aneh.

"Namun, apabila tiada apa terjadi, mereka sekadar mendiamkan diri. Kesimpulannya, segala kejadian yang berlaku dalam jangka masa bulan besar hanyalah kebetulan," ujar Lilienfeld.

Kekarutan tersebut timbul daripada cerita rakyat yang dipercayai disampaikan sejak Zaman Pertengahan. Antara kisah pelik yang dikaitkan dengan fenomena bulan besar ialah pertambahan bayaran untuk kemasukan hospital, peningkatan kadar jenayah dan perubahan tingkah laku manusia.

Majoriti kajian moden bagaimanapun menunjukkan hal sebaliknya. Tiada perkaitan antara fasa bulan dengan insiden jenayah, sakit atau tindak-tanduk manusia. Kenyataannya, pengaruh bulan terhadap Bumi amat kecil berbanding khabar angin yang diwartakan.

Air pasang

Setiap tahun, bulan besar tampil dengan saiz yang berbeza. Tahun lalu, kedudukan bulan dicatatkan sejauh 356,575km iaitu jarak paling hampir pernah direkodkan sejak dua dekad lalu.

Fenomena tahun ini telah menenggelamkan pancuran meteor daripada sisa-sisa komet Halley yang melewati Bumi setiap 76 tahun. Namun, kesan utama terhadap cuaca planet yang berada pada kedudukan ketiga dari matahari ini ialah air pasang.

Walaupun kedengaran berbahaya, menurut kenyataan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) AS, hal itu bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Di kebanyakan tempat, graviti bulan besar menarik pasang surut air hanya beberapa sentimeter (sm), lebih tinggi daripada biasa.

Kawasan daratan pula hanya dinaiki air sehingga 15sm tetapi tidak akan mencetuskan banjir besar.

Pengarah Jabatan Astronomi Muzium Astronomi dan Planetarium Chicago, AS, Geza Gyuk menjelaskan, menjelang bulan baharu atau penuh, air pasang akan berada pada tahap yang tinggi.

Fenomena tersebut boleh menyebabkan ribut dan banjir tetapi belum ada bukti saintifik mengaitkannya dengan gempa bumi atau bencana alam lain.

"Bulan besar telah berlaku sejak berbilion tahun dahulu. Tiada apa yang istimewa tentang fenomena ini melainkan langit malam yang cantik," ujar Gyuk lagi.

Tsunami Jepun

Beberapa hari sebelum fenomena bulan besar tahun lalu, Jepun dilanda tsunami dan gempa bumi paling dahsyat pernah dialami negara tersebut. 12 Mac 2011 menjadi detik hitam buat rakyat Jepun yang kini bangkit perlahan-lahan daripada malapetaka tersebut.

Secara kebetulan, pada 19 Mac tahun yang sama, fenomena bulan besar pula terjadi sekali gus menimbulkan spekulasi tentang hubung kaitnya dengan bencana di Jepun.

Tidak dinafikan, bulan besar mampu memberi impak terhadap aktiviti seismik disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan, matahari dan Bumi.

Bagaimanapun, tiada bukti jelas yang boleh mengaitkan fenomena tersebut dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun.

"Gempa bumi di Jepun terjadi ketika kedudukan bulan berada pada jarak normal dengan Bumi.

"Mungkin ada beberapa kejadian gempa bumi yang mempunyai sedikit perkaitan namun kejadian di Jepun tidak dikira," begitu penerangan oleh pemerhati astronomi untuk Balai Cerap Griffith di Los Angeles, Anthony Cook.

Selasa, 8 Mei 2012

Dr Mashitah... Dekat Di Hati

Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang berlangsung selama 10 hari dari 27 April hingga 6 Mei lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berpeluang menikmati diskaun istimewa bagi pembelian buku baru termasuk karya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Tiga buku nukilan Dr Mashitah diberi diskaun sehingga 25 peratus bersama lima lagi buku terbaru Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) yang dijual sehingga hari terakhir karnival itu.

Ketika ditemui, Dr Mashitah berkata, beliau menulis buku yang dekat di hatinya iaitu Tanyalah Ustazah, Langit Terbuka dan Moderat: Antidot Barisan Nasional Menentang Politik Matlamat Menghalalkan Cara, khusus untuk bahan bacaan rakyat pelbagai peringkat.

"Saya hasilkan buku yang sebelum ini mendapat pertanyaan ramai pihak seperti 'Tanyalah Ustazah' menghimpunkan persoalan masyarakat mengenai banyak perkara dan ada antara mereka mengemukakan soalan hampir sama.

"Dengan itu saya rasa perlu terbitkan buku yang dapat menjadi rujukan mereka. Begitu juga dengan buku Moderat yang cukup dekat dengan diri saya kerana ia membincangkan konsep wasatiyyah sebenarnya, membandingkan sejarah wasatiyyah dengan pentadbiran hari ini.

"Ia pun diterbitkan mengguna kertas yang tidak terlalu tebal, kecil dan sesuai di bawa ke mana saja, sekali gus menggalakkan orang ramai membaca walau di mana mereka berada," katanya selepas Majlis Pelancaran Buku Terbaru Keluaran BPSB.

Hadir sama, Pengerusi BPSB, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Noor Basha; Ketua Pengarang BPSB, Datuk A Kadir Jasin; Pengarah Eksekutif BPSB, Juhaidi Yean Abdullah dan Pengurus Besar Kanan BPSB, Zaini Zainuddin.

Buku yang dilancarkan ialah Semoga Hijrahku Abadi ditulis Datuk Malek Noor dan Raihanah Abdullah; buku masakan, Jamuan Petang Bersama Chef Anuar (Chef Mohd Anuar Draman) serta Sajian Eksotik Warisan Bugis (Dr Shahrim Karim dan Norsyahidah Ismail).

Turut dilancarkan, Anjung Seri Bonus Bilangan 11 dan Terapi Sel Hidup-Dimensi Perubatan Regeneratif yang ditulis Datuk Dr Abdul Halim Abdul Jalil.

Isnin, 7 Mei 2012

Gambar fenomena bulan besar

NEW YORK - Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.

Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.

Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama. Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. - Agensi

Sabtu, 5 Mei 2012

Al-Fatihah Kepada Arwah Yang Baik Hati

Arwah Datuk Haji Fickry adalah seorang majikan berjiwa rakyat. Ketika pekerja yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam kesempitan wang, arwahlah tempat mengadu dan menjadi banker kepada mereka.

Sekarang Arwah sudah pergi selama-lamanya... Tidak ada lagi majikan yang sebaik hati dan sebudiman Allahyarham terhadap pekerjanya yang bergaji kecil dan bermasalah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan tempat menempatkan arwah bersama orang-orang yang solihin. Amin dan Al-Fatihah.

Pengerusi Karangkraf Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Datuk Fickry Yaacub meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur Jumaat malam.

Allahyarham berusia 65 tahun meninggalkan seorang isteri, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Sabtu selepas solat Zuhur.

Arwah sebelum itu sedang menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara Kelantan bertemu Lions XII.

Rakan-rakan dan kenalan menziarah jenazah Allahyarham di kediamannya di 66, Lorong Aminuddin Baki 3, bersebelahan Sekolah Kebangsaan TTDI.

Allahyarham adalah seorang usahawan Bumiputra berjaya apabila mengetuai syarikat penerbitan dan percetakan terbesar di luar lingkaran arus perdana.

Jumaat, 4 Mei 2012

Jom...Pakat Bantu Polis Cari/Kesan Penjenayah Ini

Polis telah mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki berikutan penglibatan mereka dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Semua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin atau sesiapa yang mengenali mereka sila hubungi Pegawai Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau email azmiazizi@rmp.gov.my

Berikut adalah penjenayah yang dikehendaki:-




Khamis, 3 Mei 2012

SEKADAR TATAPAN















SERUPA, TAPI NIAT TAK SAMA: Gambar sebelah kiri memaparkan sekumpulan perusuh Bersih 3.0 memijak-mijak sebuah kereta polis di hadapan kompleks beli belah Sogo, Kuala Lumpur. Gambar sebelah kanan pula menunjukkan panorama sekumpulan beruk mengerumuni sebuah kereta. Perbuatan dua-dua makhluk ini sama, tetapi niatnya berlainan.















JAHIL: Sekumpulan penunjuk perasaan yang diketuai Anwar LGBT sedang bersolat. Sebagai orang Islam, niat mereka baik untuk menunaikan kewajipan, tetapi malangnya, kerana kejahilan diri, mereka menunaikan solat di tempat yang salah. Dengan memakai baju lambang Bersih 3.0, berseluar panjang dan bersejadahkan kain rentang perhimpunan haram, gelagat mereka diperhatikan pelbagai masyarakat bukan Islam. Walhal, kira-kira 100 meter dari tempat mereka bersolat tanpa iman itu ada sebuah masjid.

















GANAS: Tanpa belas kasihan empat lelaki ini, dua daripadanya menyepak dan menendang seorang anggota polis trafik yang ditugaskan mengawal lalu lintas pada perhimpunan haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Manakala dua lelaki lagi menyepak-yepak sisi kanan kereta dan melompat-lompat atas bumbung sebuah kereta polis. Inikah budaya orang Melayu beragama Islam? Atau mereka sudah dirasuk oleh budaya Yahudi yang dibawa masuk oleh Anwar LGBT bersama rakan-rakan parti gabungannya?



















KURANG AJAR: Inilah rupa pelajar tahun dua undang-undang di UiTM Shah Alam yang mengajak dan menggugut mahu membunuh semua anggota polis. Beliau melanjutkan pengajian dengan bantuan kerajaan, tetapi apabila sudah 'pandai', dia jadi seorang pelajar yang terpesong daripada didikan sebenar.



















SIAPA REMPUH SIAPA: Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasharudin menafikan Unit Tempur Pas merempuh anggota polis di pintu masuk ke Dataran Merdeka. Tetapi berdasarkan rakaman gambar ini, budak-budak berbaju merah iaitu kumpulan Unit Tempur Pas menyerbu ke arah anggota polis. Agaknya Ketua Dewan Pemuda Pas melihat rakaman ini dengan kepala lutut bukan dengan mata yang dianugerahkan Allah. Kesian.

YANG TERSIRAT: Azmin - Shamsidar Seri 0-0

Puan Shamsidar Taharin hari ini membuka mulut menjawab isu panas yang dikatakan melibatkan suaminya, Azmin Ali.

Katanya, beliau langsung 'tak kisah' apa yang orang nak cakap dan 'fitnah' pasal peribadi keluarganya kerana yang buat 'fitnah' itu adalah 'musuh' suaminya.

Inilah sikap da sifat isteri yang baik. Tak kisah pun kalau suami makan luar atau ada skandal dengan mana-mana lelaki dan perempuan.

Shamsidar : “Saya Tak Kisah Dengan Video Azmin”

Saya tak kisah pun dengan video tu, yang penting hidup saya bahagia” demikianlah khabarnya perkataan yang terkeluar dari mulut isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Menurut sumber, ungkapan tersebut terkeluar apabila beberapa teman rapat menanyakan tentang isu panas berkaitan video lucah yang dikaitkan dengan Azmin.

Walaupun agak terkejut dengan pertanyaan tersebut, namun Shamsidar dikhabarkan masih mampu mengawal perasaan sambil menganggapnya sebagai satu lagi dugaan.

Petikan gambar dari video seks yang dikaitkan Azmin dengan seorang wanita lain dikatakan mula tersebar dalam beberapa blog sejak 30 April lalu dan menimbulkan kegemparan kepada masyarakat selepas kecoh dengan video terkini yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beberapa akhbar utama turut memainkan isu tersebut sehingga menjadi perhatian. Sebelum ini Shamsidar pernah dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar, namun sehingga ini gagal dibuktikan.

Ummi Yakin 99.9 Itu Abangnya, Azmin

GEORGE TOWN: Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.

Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.

"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.

Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang pilihan raya umum ke-13.

Macam biasa - Azmin nafi terlibat skandal seks

Aku dah kata sebelum ini, ketika isu Anwar berkokek dengan pelacur dari China heboh diperkatakan dan gambar videonya tersebar merata-rata alam, dengan hati berdebar-debar dan takut dia cuba menggunakan alasan "konspirasi UMNO yang merancang hendak menjatuhkan kariernya dalam politik".




















Tak disangka-sangka alasan itu diterima baik bukan saja oleh para penyokongnya, bahkan pemimpin-pemimpin PAS seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang, Mat Sabu dan Mahfuz Omar pun percaya Anwar teah 'difitnah'.

Dengan kepercayaan itu bermakna Anwar telah mendapat lesen besar daripada rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk membolehkan beliau meneruskan tabiatnya melampiaskan nafsu seks dua alamnya.

Menyedari keberkesanan alasan itu - menyalahkan UMNO - ia diambil kesempatan oleh rakan akrabnya untuk turut melakukan perbuatan yang sama. Cuma bezanya, yang dilanggan bukan China, tapi Melayu.

Bagaimanapun, setelah perbuatannya tersebar luas... inilah jawapannya. Seperti biasa menafikan...


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog semalam.

















Menerusi satu kenyataan akhbar yang dipetik dalam blognya, Azmin bertindak mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelik ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

















Semalam, dua laman blog iaitu papagomo.com dan stopthelies.my mendedahkan mengenai skandal seks dua pemimpin utama pembangkang daripada dua parti yang berbeza.

Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

















Ini merupakan kali kedua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaitkan dengan skandal seks. Sebelum ini Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan rakaman video lucah bersama seorang pelacur. Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia konspirasi politik bagi menjatuhkan beliau.

Rabu, 2 Mei 2012

Giliran Azmin pulak?

KUALA LUMPUR: Beberapa keping gambar aksi seks didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, tersebar luas menerusi beberapa blog dan laman sosial sejak kelmarin.

Ia didedahkan oleh blog http://www.papagomo.com dan scandalazminali.blogspot.com dengan memaparkan beliau bersama seorang wanita dipercayai di dalam sebuah rumah di dua lokasi berbeza iaitu di ruang tamu serta tandas.

Gambar pertama menunjukkan beliau dipercayai baru saja memasuki ruang tamu sebuah rumah, diikuti gambar kedua pula memaparkan beliau dalam keadaan mesra dengan wanita berkenaan di rumah terbabit.

Selepas itu, gambar ketiga menunjukkan wanita berkenaan memeluk erat lelaki mirip Mohamed Azmin di atas sofa di ruang tamu sambil beliau meletakkan tangannya di atas peha wanita terbabit, manakala gambar keempat memaparkan kedua-duanya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit.

Gambar kelima dan keenam menunjukkan lelaki mirip Mohamed Azmin sedang melakukan seks oral dengan seorang wanita di dalam tandas, manakala gambar ketujuh dan kelapan pula memaparkan lelaki itu sedang memperbetulkan zip seluarnya sambil diperhatikan oleh wanita terbabit yang duduk di mangkuk tandas.

Bagi gambar kesembilan, ia menunjukkan lelaki mirip Mohamed Azmin sedang membuka baju wanita terbabit.

Sementara itu, Mohamed Azmin semalam menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah lelaki dalam gambar aksi seks bersama seorang wanita seperti yang tersebar menerusi beberapa blog, kelmarin.

Katanya, penyebaran gambar berkenaan yang bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya dipercayai disebarkan oleh media dikuasai oleh UMNO dengan memetik blog pro parti itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini. Ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi sama yang digunakan terhadap (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya (berasa) amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham (serta), kemudian dituduh menghina Raja–Raja Melayu.

“Baru-baru ini pula, saya ditohmah mencetuskan provokasi ketika perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 3.0,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, adiknya, Ummi Hafilda Ali mencabar Mohamed Azmin untuk melakukan sumpah laknat bagi membersihkan namanya, selepas beberapa keping gambar aksi seks yang didakwa mirip abangnya itu bersama wanita tidak dikenali tersebar di internet.

“Saya juga mencabar abang saya membuat laporan polis fitnah jenayah terhadap blog Papa Gomo. Sebagai adik, saya nak dia bersihkan nama keluarga dan saya nak polis menyiasat perkara ini, ” katanya