Ahad, 31 Julai 2011

Ashraf gagal jadi Aleesha selamat dikebumikan

Ibu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz atau lebih mesra dipanggil Aleesha yang meninggal dunia awal pagi tadi, terkilan anaknya itu tidak sempat mencuba baju kurung baru yang ditempah untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.

"Namun, dia tidak sempat untuk melakukan perincian labuci di baju tersebut dan memakai baju kurung warna merah hati itu," katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Yah, 51, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mohd Ashraf Hafiz, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Allahyarham yang mengalami kemurungan dikejarkan anggota keluarga ke hospital pada 3 pagi kelmarin setelah mengalami muntah teruk. Dia disahkan mengalami masalah serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with ardiogenic shock' dan tekanan darah rendah.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, menimbulkan kontroversi apabila mengemukakan permohonan untuk menukar nama di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Bagaimanapun, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan itu setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Menurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.

"Arwah selalu menyebut perkataan tidak sempat nak berjumpa ahli keluarga, tak sempat nak raya, tidak sempat nak perbaharui lesen memandu dan tidak sempat memakai baju kurung yang baru ditempahnya," katanya.

Sementara itu ayah Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata dia reda dengan pemergian anak ketiganya itu dan menganggap mungkin itu yang terbaik untuk Allahyarham.

"Dia seorang anak yang baik, manja dan rapat dengan semua ahli keluarga. Semasa menghembuskan nafas terakhir, saya, ibunya dan dua adiknya ada di sisi," katanya.

Katanya bedah siasat di hospital itu mengambil masa kira-kira satu setengah jam.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir kira-kira jam 4.30 petang tadi dengan dihadiri sanak saudara dan rakan-rakannya.

Sebelum itu, solat jenazah diadakan di surau hospital HSNZ dan sekali lagi d Surau Haji Wan Muda, Seberang Takir. - Bernama

Sabtu, 30 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA

"Seseorang yang melihat kebaikan dalam pelbagai hal bererti memiliki fikiran yang baik. Seseorang yang memiliki fikiran yang baik mendapat kenikmatan dari hidup"

Lelaki gagal tukar nama kepada perempuan meninggal dunia

KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. – Bernama

Jumaat, 29 Julai 2011

PERBICARAAN KES SOSILAWATI: Pegawai Perakam nafi sediakan jawapan saksi utama

Seorang pegawai polis pada Jumaat, menafikan bahawa beliau telah menyediakan jawapan terhadap soalan yang diajukan kepada saksi utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, tahun lalu.

Sebaliknya, Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Superintendan (ASP) Ong Seng Keong, 36, memberitahu semua jawapan tersebut diberikan oleh saksi, iaitu U.Suresh.

Saksi pertama dalam prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) itu juga menafikan dakwaan yang diajukan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon bahawa soalan tersebut disediakan dengan kerjasama dua pegawai polis yang terlibat dalam siasatan kes yang menggemparkan negara tersebut.

Dua pegawai polis yang didakwa itu adalah ASP Ishak Yaakob dan Cif Inspektor N. Govindan.

"Soalan itu disediakan oleh saya sendiri berdasarkan taklimat oleh Ishak, gambarajah kasar, laporan akhbar dan laporan polis yang dibuat oleh Govindan," katanya di Mahkamah Tinggi di sini, pada Jumaat.

Prosiding yang masuk hari ke-13 juga menyaksikan, Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainudin bangun membantah penggunaan perkataan 'komplot' oleh Manjeet terhadap saksi.

Manjeet: Saya katakan kamu berbohong di mahkamah. Soalan telah disiapkan dengan komplot antara kamu, Ishak dan Govindan.

Saiful Edris: Saya bantah perkataan komplot kerana ia bersifat jahat.

Bantahan tersebut diterima oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir yang memerintahkan supaya perkataan berkenaan ditukar menjadi bekerjasama.

Sementara itu, menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad, Ong menyatakan beliau tidak bersetuju bahawa soalan-soalan tersebut disediakan dengan lebih awal berpandukan taklimat yang diterima kerana tidak mahu melanggar Peraturan Tetap Ketua Polis Negara.

Peraturan tersebut menyatakan bahawa, seorang pegawai penyiasat tidak dibenarkan untuk berada bersama semasa rakaman percakapan saksi direkodkan.

Percakapan Suresh, 27, yang kini menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan itu direkodkan Ong pada 26 Oktober 2010 di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Ong yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 12 tahun juga pada keterangannya memberitahu, bahawa seorang pegawai perakam perlu bersifat berkecuali.

Bagaimanapun, tambahnya, pegawai perakam juga perlu mempunyai pengetahuan tentang fakta kes bagi membolehkan pegawai tersebut menyediakan soalan.

Ketika diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff untuk menerangkan maksud 'berkecuali', saksi menjawab: "pegawai itu tidak terlibat dalam penyiasatan kes."

Justeru itu, Ong berpendapat bahawa beliau masih bersifat 'berkecuali' meskipun tahu akan fakta kes.

Prosiding TWT diadakan selepas Suresh menafikan bahawa kenyataan dalam dokumen tersebut diberikan olehnya dan mendakwa, berlaku unsur paksaan semasa rakaman tersebut dibuat.

Dokumen itu pada asalnya mahu digunakan oleh barisan pendakwaan bagi mencabar kebolehpercayaan saksi yang didakwa telah memberikan 22 keterangan yang bercanggah di mahkamah.

Dia yang merupakan seorang pekerja di ladang yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan itu, memberikan jawapan yang bercanggah berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada malam kejadian.

Suresh dipanggil untuk memberi keterangan terhadap seorang bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 20, R.Matan, 21, dan R.Kathavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47.

Selain Sosilawati, mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul antara 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di ladang lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati mandatori.

Perbicaraan akan bersambung Isnin ini.

Banci 2010: Penduduk Malaysia kini 28.3 juta

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2010 menunjukkan jumlah penduduk negara ini adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada 2000.

Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak 14,562,638 orang adalah lelaki manakala 13,771,497 perempuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak dua peratus untuk tempoh 2000-2010.

Menurutnya, kadar itu adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000.

"Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 17.8 peratus, diikuti oleh Selangor (2.7 peratus), Melaka (2.6 peratus) dan Sabah (2.1 peratus).

"Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4 peratus), Perak (1.4 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (1.3 peratus) dan Perlis (1.2 peratus)," katanya pada sidang media pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci 2010 di sini, Jumaat.

Ketua Perangkawan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof selaku Pesuruhjaya Banci wanita pertama diberi penghormatan oleh Nor Mohamed untuk membentangkan laporan tersebut.

Banci 2010 merupakan banci kelima yang dilaksanakan sejak tertubuhnya Malaysia pada 1963. Ia dilaksanakan dari 6 Julai hingga 22 Ogos tahun lalu.

Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Banci merupakan projek statistik besar yang dijalankan bagi menghasilkan data berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Menurut Wan Ramlah, dari segi taburan penduduk mengikut negeri, Selangor mempunyai penduduk paling ramai iaitu sebanyak 5.46 juta orang, diikuti oleh Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta).

"Sumbangan negeri tersebut kepada jumlah penduduk Malaysia ialah 42.4 peratus.

"Negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (72, 413 orang) dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908 orang)," katanya.

Sementara itu, Wan Ramlah memberitahu, kepadatan penduduk ialah 86 orang bagi setiap kilometer persegi pada 2010 berbanding 71 orang pada 2000.

Antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi ialah Kuala Lumpur (6,891 orang), Pulau Pinang (1,490 orang) dan Putrajaya (1,478 orang).

Mengenai komposisi etnik, Wan Ramlah berkata, jumlah penduduk seramai 28.3 juta orang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.

Warganegara katanya, terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera sebanyak 67.4 peratus, Cina (24.6 peratus), India (7.3 peratus) dan lain-lain (0.7 peratus).

Banci tersebut antara lain merangkumi taburan umur, jantina, kumpulan etnik, taraf perkahwinan dan agama pada peringkat nasional dan negeri

Khamis, 28 Julai 2011

PERBICARAAN KES SOSILAWATI: 23 percanggahan dalam keterangan Suresh

SHAH ALAM 27 Julai - Pekerja ladang, U. Suresh yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi hari ini memberi 23 keterangan yang bercanggah di Mahkamah Tinggi di sini dengan kenyataan kepada pihak polis pada 26 Oktober tahun lalu.

Berikutan itu, Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd, Yusoff untuk mencabar kebolehpercayaan saksi pendakwaan ke-29 itu selepas mendapati percanggahan tersebut adalah penting serta material.

''Terdapat 23 percanggahan. Saya telah mendengar keterangan saksi dan melihat kenyataan saksi. Saya dapati 22 daripada percanggahan itu adalah material.

''Jadi permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi dibenarkan. Pihak pendakwaan boleh memulakan prosiding (mencabar kebolehpercayaan saksi),'' kata beliau.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Suresh semasa prosiding untuk mencabar kebolehpercayaan lelaki itu sebagai saksi pendakwaan, mengaku menurunkan tandatangan serta mengenal pasti rakaman percakapan yang diambil oleh Asisten Supritendan (ASP) Ong Seng Keong bertarikh 26 Oktober 2010.

Dia bagaimanapun tidak mengaku isi kandungan kenyataan tersebut diberikan olehnya dan mendakwa ia diambil secara paksa selain turut dipukul.

Berikutan penafian itu, Hakim Akhtar membenarkan pihak pendakwaan memulakan prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi menentukan sama ada rakaman percakapan Suresh boleh diterima sebagai bahan bukti atau sebaliknya sebelum keputusan tentang kebolehpercayaan saksi dibuat.

Dalam prosiding TWT tersebut, Seng Keong sebagai pegawai penyiasat kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memberitahu, rakaman video turut dibuat semasa kenyataan Suresh diambil bagi mengelakkan sebarang tohmahan.

Beliau yang merupakan saksi pertama TWT berkata, rakaman video itu dilakukan oleh Detektif Sarjan Abdul Hadi Ismail semasa kenyataan Suresh dirakam mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah di Penjara Sungai Udang, Melaka antara pukul 7 dan 11.30 malam, 26 Oktober 2010.

''Rakaman percakapan divideokan bagi mengelakkan sebarang tohmahan bahawa percakapan ini dibuat secara paksa.

''Selepas mengajukan soalan peribadi seperti tarikh lahir, alamat, saya terangkan kedudukan Seksyen 112 dan ia dijelaskan dalam bahasa Tamil yang mudah oleh jurubahasa, Detektif Koperal Kamarudin,'' jelasnya.

Dalam prosiding itu, Suresh yang memakai pakaian banduan dibenarkan berada di dalam mahkamah untuk mendengar keterangan saksi dengan ditemani seorang pegawai penjara.

Menurut Seng Keong, Suresh yang menganggukkan kepala dan memberitahu dia faham tentang amaran yang dibacakan telah menjawab setiap soalan yang ditanya manakala beliau menaip terus jawapan tersebut.

Beliau, Suresh dan jurubahasa kemudian menurunkan tandatangan masing-masing pada rakaman percakapan setebal 24 muka surat itu sebelum ia diserahkan kepada pengawai penyiasat, ASP Ishak Yaakob.

Semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Suresh, A.S. Dhaliwal, Seng Keong memberitahu, dia tidak bertanya sama ada Suresh dipukul atau mengadu diancam sebelum rakaman percakapan dibuat.

Beliau juga tidak mengetahui tentang urusan keluar masuk serta rakaman percakapan daripada Suresh dengan pihak penjara kerana ia diuruskan oleh pegawai penyiasat kes.

Perbicaraan yang masuk hari ke-12 bersambung Jumaat ini.

PERBICARAAN KES SOSILAWATI: ‘Habiskan! Habiskan!’

SHAH ALAM 27 Julai – Pada petang 29 Ogos tahun lalu, bekas peguam N. Pathmanabhan dikatakan telah membuat perancangan untuk membunuh seseorang dengan memberi arahan kepada pekerja-pekerja ladangnya untuk ‘ajar’ atau ‘habiskan’ dua orang yang akan datang ke Ladang Gadong keesokan harinya.

Kira-kira pukul 7 petang, 30 Ogos 2010, peguam itu dikatakan telah tiba di ladang berkenaan dengan sebuah kereta BMW X5 yang turut dinaiki seorang wanita Melayu dan pemandunya yang juga seorang Melayu diikuti oleh dua lelaki Melayu menaiki BMW Salon.

Apabila semuanya turun dari kenderaan, Pathmanabhan dikatakan telah mengatakan ‘habiskan’ yang bermaksud ajar dan bunuh berulang kali dalam bahasa Tamil dan ekoran daripada ‘arahan’ tersebut, pekerja bekas peguam itu yang bernama Ravi telah memegang pemandu BMW X5, T. Thilaiyalagan memegang wanita tersebut manakala K. Sarawanan dan U. Suresh (gambar) memegang dua lagi lelaki.

Dan apabila wanita Melayu itu enggan menelefon keluarganya, tertuduh pertama itu dikatakan telah menyuruh Suresh dan rakan-rakannya untuk menakut-nakutkan wanita itu dengan memukul pemandu kereta mewah berkenaan.

Melihat pemandu itu yang dikatakan telah dipukul dengan kayu di paha dan tangan, wanita itu dan dua lagi lelaki mula menelefon keluarga masing-masing akibat ketakutan.

‘Insiden’ ngeri tersebut merupakan antara cadangan-cadangan yang diberikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff dan Saiful Edris Zainuddin sewaktu menyoal balas saksi mereka sendiri, Suresh, 27.

Suresh yang kini sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka bagaimanapun menafikan semua perkara itu termasuk cadangan bahawa dia mengenali Pathmanabhan yang dikatakan majikannya.

Penafian demi penafian yang dibuat oleh saksi pendakwa ke-29 itu telah menyebabkan, Ishak mengemukakan permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan keterangan Suresh.

Sepanjang membuat penafian ini, lelaki itu tidak langsung mengangkat mukanya untuk melihat ke arah pendakwaan, malah ketika diminta mengecam kayu kriket, Suresh hanya memandang bahan itu untuk seketika dan tidak langsung menyentuhnya walaupun telah diminta berbuat demikian oleh Ishak.

Dia bagaimanapun, dalam keadaan duduk dengan sebelah tangan diletakkan di atas penyandar belakang kerusi saksi dilihat sempat ‘main mata’ dan tersenyum ke arah rakan-rakannya terutama R. Matan yang berada di kandang tertuduh sewaktu mahkamah berhenti rehat seketika.

Suresh dipenjara selepas Mahkamah Tinggi di sini meminda hukuman tujuh tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Telok Datuk dekat sini selepas mengaku bersalah membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47; dan tiga rakannya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir sebelum itu membenarkan Suresh disoal balas oleh pihak pendakwaan setelah berpendapat bahawa walaupun Suresh tidak boleh dianggap berpaling tadah tetapi dia tidak membantu pihak pendakwaan.

Dalam keterangannya, Suresh terus menafikan, tidak bersetuju atau tidak ingat terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Saiful Edris antaranya, telah diarahkan oleh Pathmanabhan agar meletakkan kenderaan BMW X5 di tempat jauh, buang kuncinya dan jangan tinggal sebarang cap jari.

Dia juga menafikan bahawa Thilaiyalagan dan Matan ada menyuruhnya menyerahkan baju yang dipakai pada malam kejadian sebelum membuang pakaian itu ke tempat pembakaran selepas pulang dari meninggalkan kereta mewah terbabit serta memintanya mandi air kunyit.

Bagi ‘insiden’ yang dikatakan berlaku pada pagi 31 Ogos 2010, Suresh tidak bersetuju ada melihat Thilaiyalagan dan Matan sedang mengutip abu dan memasukkan ke dalam satu tong berwarna biru sebelum menaikkan tong itu ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max.

Sebelum membuang abu tersebut ke dalam Sungai Panchau dekat sini, Thilaiyalagan dan Matan dikatakan ada memberitahu Suresh bahawa di dalam tong biru tersebut ada abu mayat seorang perempuan dan tiga lelaki yang mana cadangan ini juga turut dinafikan oleh saksi itu.

Rabu, 27 Julai 2011

PERBICARAAN KES SOSILAWATI: Kayu untuk bakar, zink alas mayat

"Saya dan Suresh alas enam zink untuk bakar mereka, dibuang di satu sungai di ladang kelapa sawit. Saya boleh tunjuk. Di sini kami buang enam zink itu."

Itu kata-kata T. Thilaiyalagan, iaitu tertuduh kedua yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi berhubung penemuan zink di sebuah sungai di Jalan Kenangan, Kampung Kelanang, Banting pada pukul 5.25 petang, 14 September tahun lalu.

Thilaiyalagan semasa di atas jambatan Sungai Kampung Endah pada 13 September tahun lalu juga berkata: "Kami buang kayu yang digunakan untuk bakar mangsa di kelapa sawit Sungai Arak."

Ketika 14 batang sisa kayu bakar ditemui di tempat pembuangan sampah Sungai Arak pada pukul 7.30 malam hari yang sama, Thilaiyalagan sekali lagi berkata: "Kayu ini digunakan bakar mereka."

Kata-kata tersebut dimaklumkan oleh pegawai soal siasat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor N. Govindan, 45, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurutnya, kata-kata tertuduh itu disebutkan kepadanya dalam bahasa Tamil.

Perkataan yang digunakan oleh pekerja ladang itu diterjemahkan secara terus oleh jurubahasa selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir menerima permohonan peguam Manjeet Singh Dhillon agar ia disebut dalam bahasa asal.

Menurut saksi pendakwaan ke-32, beliau dan pasukannya menemu bual tiga tertuduh, Thilaiyalagan, R. Matan, R. Kathavarayan serta seorang lagi pekerja ladang, U. Suresh di bilik soal siasat lokap, Balai Polis Selayang antara pukul 12.10 tengah hari dan 4 petang, 11 September tahun lalu.

Hasil temu bual lanjut dengan Kathavarayan pada keesokan hari, beliau bersama pegawai dan anggota polis yang lain dipandu arah oleh Suresh dan Matan ke Ladang Gadong di Lot 2001, Kampung Layang, Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

"Hasil pemeriksaan di kawasan itu, kami menemui satu penyodok tanah, serpihan tulang, sembilan kesan darah, enam kesan timbul cap jari, tujuh keratan atau potongan dawai.

"Kami turut menemui dua puntung rokok, satu kayu kriket, sampel tanah berbau petrol, satu tong cecair letupan serta sarung dan potongan kusyen yang ada kesan darah," jelas beliau.

Menurut Govindan, semasa berada di Ladang Gadong pada pukul 3 petang, 12 September tahun lalu, Kathavarayan berkata: "Abu mayat buang ke Sungai Panchau. saya boleh tunjuk tempat tersebut."

Setelah dipandu arah oleh Thilaiyalagan dan Kathavarayan dan tiba di paip besar Air Selangor Tanjung Sepat, dakwa beliau, tertuduh keempat berkata: "Ini adalah Sungai Panchau."

"Pukul 5.45 petang semasa berada di Sungai Panchau, Kathavarayan berkata: "Saya buang tiga telefon bimbit mangsa dekat kunci air berhampiran Pasar Besar Banting."

"Dengan dipandu arah oleh Kathavarayan dan Thilaiyalagan, kami dibawa ke kunci air Pasar Besar Banting dan di sana Kathavarayan berkata: ‘‘Di tempat ini, parit kunci air telefon bimbit dibuang"," katanya.

Jelas saksi, semasa temu bual di bilik pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada pukul 3 petang, 13 September 2010, Kathavarayan berkata: "Kami buang tiga jam tangan mangsa di sungai berhampiran Kampung Endah. Tempat kami boleh tunjuk."

Dengan dipandu arah oleh Kathavarayan, Thiaiyalagan dan Suresh, pasukannya tiba di jambatan Sungai Kampung Endah pada pukul 4.35 petang dan Kathavarayan berkata: "Di sini kami buang jam tangan."

Pada prosiding hari ini, saksi turut mengecam barang-barang kes yang dijumpai di semua lokasi termasuk enam keping zink yang mempunyai kesan terbakar serta sisa kebakaran yang masih melekat padanya.

PERBICARAAN KES SOSILAWATI: Sampel tanah ladang berbau petrol

SHAH ALAM: Pemeriksaan di sebuah ladang di Banting, dekat sini yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mendapati pelbagai barang termasuk sembilan kesan darah, serpihan tulang dan sampel tanah yang berbau petrol.

Pegawai Soal Siasat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Cif Inspektor, N. Govindan, 45, menambah, pemeriksaan turut menemui satu tong berisi cecair letupan, sarung dan potongan kusyen yang mempunyai kesan darah, penyodok tanah, enam kesan cap jari, dua putung rokok serta tujuh keratan potongan wayar.

Katanya lagi, pemeriksaan yang dilakukan di ladang beralamat Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting pada pukul 10 pagi, 12 September 2010 dilakukan selepas pasukan polis dipandu arah oleh dua tertuduh, iaitu R. Matan dan R. Kathavarayan.

Selain itu, Govindan yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainudin di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, juga memberitahu, soal siasat juga membawa kepada penemuan 14 batang kayu yang mempunyai sisa bakar di kawasan pembuangan sampah Sungai Arak, Banting.

Batang kayu tersebut ditemui pada 13 September 2010.

Beliau yang merupakan saksi pendakwaan ke-32 seterusnya memberitahu pemeriksaan di Sungai Panchau, Banting pada 14 September 2010 juga dengan dipandu arah oleh tertuduh, T.Thilaiyalagan membawa kepada penemuan enam keping atap zink di sungai di sebuah ladang kelapa sawit.

"Zink mempunyai kesan terbakar dan sisa kebakaran yang melekat padanya," katanya.

Sementara itu, perbicaraan yang masuk hari ke-11 pada Selasa, menyaksikan barisan pembelaan berkali-kali membantah keterangan saksi berhubung hasil soal siasat yang membawa kepada penemuan barang bukti yang turut dicamkan oleh saksi pada prosiding hari ini.

Peguam Ravi Nekoo membantah atas alasan anak guamnya, Kathavarayan tidak pernah memberikan keterangan seperti yang didakwa, manakala peguam Manjeet Singh Dhillon mengemukakan bantahan dengan berasaskan penggunaan bahasa oleh tertuduh.

"Saksi memberitahu beliau menyoal dalam bahasa Tamil dan tertuduh juga menjawab dalam bahasa Tamil. Tetapi di mahkamah, saksi menterjemahkan bahasa tersebut kepada bahasa Melayu. Siapa jurubahasa bahasa Tamil," katanya.

Peguam Gurbachan Singh pula memohon agar bicara dalam bicara (TWT) diadakan bagi menentukan sama ada berlaku unsur tekanan atau kekerasan terhadap tertuduh sehingga mendorong dia untuk memberi kenyataan seperti didakwa oleh Govindan.

Katanya, sekiranya mahkamah memutuskan kenyataan tersebut didengar atas alasan barisan pembelaan mempunyai peluang untuk menyoal balas saksi, ia tidak akan sama kerana keterangan itu akan dimasukkan di dalam rekod mahkamah.

Peguam Amer Hamzah Arshad juga tidak ketinggalan untuk mengemukakan bantahan, tetapi atas alasan yang berbeza, iaitu penggunakan perkataan 'si mati' oleh saksi.

"Perkataan tersebut seolah-olah menunjukkan ada mayat dan ia adalah cara yang tidak sepatutnya digunakan oleh pihak pendakwaan dalam membuktikan kes mereka," ujar Amer Hamzah.

Selepas mendengar hujahan tersebut, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan TWT perlu diadakan selepas saksi selesai memberikan keterangan pada pemeriksaan utama selain bersetuju dengan hujahan Amer Hamzah bahawa penggunaan perkataan 'si mati' boleh 'menjejaskan' tertuduh dan patut dipadamkan daripada rekod.

Atas bantahan Manjeet, Govindan menyambung kembali keterangannya dalam Bahasa Tamil apabila merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh tertuduh semasa soal siasat dilakukan yang akan diterjemahkan oleh seorang jurubahasa mahkamah.

Saksi memberitahu, Thilaiyalagan telah berkata: "Kami buang kayu untuk bakar mangsa di kelapa sawit, Sungai Arak" dan apabila berada di situ, tertuduh didakwa telah berkata: "Kayu ini digunakan bakar mereka".

Govindan juga menambah, pada 14 September 2010, Thilaiyalagan telah membawa pasukan polis ke sungai di ladang kelapa sawit dan berkata "Saya dan Suresh (saksi pendakwaan ke-29) alas enam zink untuk bakar mereka, dibuang di suatu sungai dekat ladang kelapa sawit, saya boleh tunjuk." dalam Bahasa Tamil.

Perbicaraan pada sebelah petang juga agak tegang apabila Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff mengherdik jurubahasa Tamil, K.Vijayan ekoran salah faham berhubung terjemahan yang dibuat jurubahasa tersebut.

Vijayan cuba mempertahankan terjemahannya dan menambah, pihak pendakwaan boleh bertanya kepada sesiapa sahaja yang berada di mahkamah sama ada terjemahannya betul atau tidak.

Vijayan juga memberitahu Akhtar bahawa dia keberatan untuk terus berada di mahkamah itu dan meninggalkan mahkamah sambil berkata: "Saya minta maaf, terima kasih Datuk (Akhtar)."

Akhtar kembali menenangkan keadaan dengan menyuruh Vijayan untuk menenangkan diri di luar mahkamah.

Ishak kemudiannya memohon maaf kepada mahkamah atas kelakuannya, tetapi Manjeet berkata, permohonan maaf sepatutnya dibuat kepada Vijayan.

Selasa, 26 Julai 2011

ADUN Seri Kembangan Digesa Bertanggungjawab Atas Kematian Teoh Beng Hock














ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah didesak bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politiknya, Teoh Beng Hock.

Desakan itu disuarakan dalam demontrasi ini.

Perkarangan Dewan Serbaguna Seri Kembangan menjadi tempat sekumpulan penduduk Seri Kembangan berkumpul termasuk kira-kira 50 rakan mendiang.

Mereka menggesa Ean Yong memberi pampasan kepada keluarga Beng Hock dan meminta maaf kepada kontraktor bumiputera.

Ean Yong disifatkan bersikap zalim, apabila menutup kesalahan beliau sendiri dengan menjadikan pihak lain sebagai kambing hitam.

Beliau juga didakwa salahguna kuasa dengan menyekat tender kontraktor bumiputera dengan memberinya kepada pihak berkepentingan.

Turut dipersoalkan, kenapa Ean Yong tidak mengikut Setiausaha Politiknya itu ketika sesi soal jawab bersama SPRM dilakukan.

Ahad, 24 Julai 2011

Qari dan Qariah Malaysia juarai Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa Ke-53

Qari dan Qariah dari Malaysia, Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu malam.

Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sebelum ini, Amirrahman dan Suraya muncul johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 89.26 peratus manakala johan qariah mendapat 88.33 peratus.

Sementara itu, Saudi M. Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.30 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul sebagai naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Mesir iaitu Abdel Bast Mohamed (87.88 peratus) dan qariah dari Singapura Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus) yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan.

Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai lepas dan disertai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara termasuk Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal serta Gambia.

Turut berangkat Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun.

Sementara itu, Amirrahman,29, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau amat bersyukur dengan kejayaan itu meskipun kurang sihat pada hari pembacaan sekaligus dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Beliau berkata kemenangan itu akan menjadi pendorong mendidik generasi muda agar bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu Al-Quran.

Suraya, 39, juga mengakui tidak menduga akan mendapat kejayaan itu setelah menjadi johan qariah pada peringkat kebangsaan dan pernah mendapat tempat naib johan peringkat antarabangsa pada 2002.

"Cita-cita saya telah tercapai untuk menjulang kejuaraan pada peringkat antarabangsa selepas berehat dari bidang tilawah selama sembilan tahun," katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Majlis tilawah itu diadili oleh 15 Jemaah Hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Othman Mustapha, manakala timbalannya ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM Razali Shahabuddin. - BERNAMA

Khamis, 21 Julai 2011

‘Ambil nyawa kami dulu’

MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah.

KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah itu berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.

“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam.

Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya.

Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.

“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.

“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.

Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.

“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.

“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.

“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini, bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.

Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.

“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya.

Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.

“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.

Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.

“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.

Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.

“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya.

Larangan Merubah Ciptaan Allah dengan Pembedahan Fizikal Tukar Jantina

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syara' berdasarkan al-Quran dan dipandukan Hadis.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya Aku akan sesatkan mereka dan Ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta Ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan Ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata." (Surah an-Nisaa’ ayat 119).

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4)

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Hadis Riwayat Abu Daud).

Jika ada tindakan nekad segelintir lelaki yang merubah jantina ataupun berperawakan seperti wanita, maka perbuatan mereka itu adalah melanggar ketentuan Allah.

Jika individu dilahirkan sebagai seorang lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukar jantinanya melalui pembedahan, begitu juga jika sebaliknya.

Isnin, 18 Julai 2011

Anugerah Ibrahim Ali di UiTM

Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 ditaja oleh Presiden PERKASA itu sendiri di laman webnya.

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.

Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus

• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.

• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober atau berikutnya.

Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas adalah bekas pelajar UiTM.

Beliau belajar di universiti itu dari 1971 hingga 1974. Ibrahim pernah ditangkap selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) ketika hampir tamat pengajiannya.

Hadi cuba ‘tegak benang basah’

KUALA LUMPUR 17 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Meskipun fakta menunjukkan Pas terpaksa menarik balik larangan penuh, kurang 24 jam selepas menerima kata dua daripada DAP, Abdul Hadi mendakwa, perubahan kepada larangan sedia ada itu kononnya demi membetul peraturan salah yang dibuat oleh UMNO.

Pada masa sama, beliau turut menyalahkan UMNO dan media arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Cina, kerana dituduh sengaja memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan orang Islam itu sendiri.

“Bukan...Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebaliknya kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.

“Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, Karpal yang juga Pengerusi DAP memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

Menurut Abdul Hadi, perubahan terpaksa dibuat terhadap syarat lapan, Jadual B, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sebelum ini mewajibkan semua pusat hiburan tidak boleh beroperasi pada Ramadan dan pada malam Jumaat, selepas mengambil kira semua pandangan.

“Perubahan yang kita buat ialah, pusat hiburan boleh beroperasi dengan hanya dikunjungi oleh bukan Islam. Jika didapati ada orang Islam kita akan batal lesen serta-merta. Perubahan ini selepas kita mengambil pandangan semua pihak, terutamanya parti komponen dalam pakatan,” katanya.

Khamis, 14 Julai 2011

PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 8: Anjing pengesan tidak temui mayat

SHAH ALAM: Meskipun menggunakan dua ekor anjing German Shepherd yang terlatih untuk mengesan mayat, pihak polis tidak menemui sebarang mayat mahupun tulang di kawasan ladang yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawia dan tiga lelaki yang hilang bersama beliau.

Sosilawati, 47, yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dikatakan hilang bersama pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pegawai Staf, Unit Siasatan Khas, Cawangan Jenayah Berat (D9), Superintendan Dennis Leong Sung Kuai, 49, berkata khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dipanggil bagi membantu operasi pencarian semua mangsa, yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas bertolak ke Banting, dekat sini untuk bertemu dengan seorang peguam bernama 'Pathma'.

Dennis pada pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff berkata, khidmat anjing itu yang turut terlatih untuk mengesan mayat yang telah ditanam digunakan selepas operasi pencarian pada 9 September 2010 gagal untuk menemui Sosilawati dan 'rakan-rakan'.

"Kami membawa anjing untuk melakukan pemeriksaan sekiranya terdapat mayat ditanam di kawasan ladang tersebut," katanya semasa memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-27, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.

Dennis juga memberitahu, bahawa pemeriksaan di ladang tersebut dilakukan selama tiga hari, namun begitu khidmat anjin pengesan hanya digunakan pada hari pertama pemeriksaan, iaitu pada 9 September 2010.

Beliau menambah, pihak polis juga mendapatkan sebuah jengkaut yang digunakan untuk kerja-kerja menggali selama kira-kira setengah jam di bahagian hadapan, rumah kayu dan pondok rehat yang terdapat di dalam kawasan ladang tersebut.

Menjawab soalan peguam Gurbachan Singh, Dennis memberitahu bahawa pihaknya tidak menggali bahagian kolam di dalam ladang, sebaliknya menggunakan kayu untuk memeriksa kolam terbabit.

Perbicaraan yang masuk hari kesembilan pada Khamis, juga menyaksikan Ketua Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) di Makmal Forensik, Asisten Superintendan (ASP) Zainol Hisham Abu, 40, memberitahu bahawa beliau diminta untuk membuat lakaran rajah kasar tempat kejadian, iaitu Sungai Panchau, Banting.

Saksi pendakwaan ke-28 itu menambah, arahan untuk berbuat demikian diterima daripada Superintendan Azari Abdul Rahman dan semasa berada di sungai berkenaan pada pukul 3.30 petang, 12 September 2010, beliau ada melihat tiga orang penyelam sedang membuat operasi mencari bahan bukti di dalam sungai itu.

Mereka yang terlibat dalam operasi menyelam terdiri daripada Pasukan Gerakan Marin, Pulau Pinang, Koperal Merzuki Shahrim, Lans Koperal Muhamad Hazriman Ismail dan Lans Koperal Kesatoper Wine Anak Assan.

"Apabila bahan bukti ditemui, mereka akan serahkan kepada Azari yang akan menyerahkan beg plastik yang mempunyai logo makmal forensik untuk diletakkan bahan bukti tersebut," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani.

Semasa memberi keterangan, Zainol Hisham kelihatan tidak begitu selesa menyebabkan Idham bertanyakan saksi sekiranya beliau sedang menggigil.

Tanpa ragu, Zainol Hisham mengakui bahawa dia sememangkan menggigil dan secara spontan Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata: "Kamu menggigil kerana takut kepada Timbalan Pendakwa Raya ke?"

Saksi hanya ketawa mendengar soalan tersebut dan seterusnya dilihat lebih tenang untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Idham dan barisan pembelaan.

Perbicaraan bersambung 25 Julai ini.

Hadis: Sikap wakil rakyat Islam Pas, PKR dikesali

SHAH ALAM 13 Julai - Sikap membisu wakil rakyat Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam semasa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim cuba mempergunakan hadis pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam amat dikesali.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, sebagai wakil rakyat beragama Islam, mereka sepatutnya menegur Suee Lim yang cuba memetik hadis bagi menguatkan hujahnya sedangkan wakil rakyat DAP itu tidak mengetahui maknanya.

Lebih dikesalkan kata beliau, Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Ali dan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman juga langsung tidak bertindak balas dan dilihat seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.

"Pada saya seseorang yang tidak faham maksud hadis, tidak layak melafazkannya apalagi jika orang itu bukan beragama Islam.

"Jadi adalah wajar sebagai seorang Islam kita bertanya dan menegur jika ada orang bukan Islam cuba berbuat demikian kerana perbuatan itu jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan dilihat cuba mempersendakan Islam.

"Apabila saya diarah keluar dewan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim kerana menegur Suee Lim, mereka hanya melihat kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Satim berkata demikian ketika diminta mengulas sikap wakil rakyat Pas dan PKR beragama Islam yang hanya mendiamkan diri ketika Suee Lim cuba memetik hadis untuk menyokong perbahasannya pada sidang DUN semalam.

Ketika menegur tindakan Suee Lim itu, beliau hanya bertanya tentang kesahihan hadis yang mahu dibacanya tetapi telah diarah keluar oleh Chang Khim.

DAP semakin ghairah hina Islam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 13 Julai - Keghairahan pemimpin DAP untuk memetik hadis nabi secara semberono, sedangkan mereka sendiri tidak beriman kepada kenabian Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan tindak-tanduk Pas yang terlalu mengejar matlamat politik berbanding agama.

Sambil membidas kegagalan Pas itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada agama Islam.

Beliau yang kesal dengan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menegaskan, tindakan sewenang-wenang sekutu Pas itu memetik hadis nabi tanpa beriman kepada kenabian Rasulullah, adalah biadab serta menghina kesucian agama Islam.

"Jangan hanya kejar kuasa politik semata-mata. Sekali sekala jenguk-jenguklah rakan seperjuangan agar Islam tidak menjadi bahan politik. Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku.

"Seingat saya, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami'yat.

"Dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis nabi itu perlu beriman dengan nabi. Kalau tidak beriman bagaimana mereka mahu percayakan hadis berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis nabi," katanya seperti dipetik dari portal http://umno-online.com.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar daripada Sidang DUN Selangor oleh Speker, Datuk Teng Chang Kim, setelah beliau mempertikaikan tindakan Suee Lim yang dikatakan cuba mempersendakan Islam.

Tambah Muhammad Yusoff, teguran keras beliau terhadap pemimpin Pas adalah bertujuan untuk memastikan agama Islam terpelihara dan bukannya dijadikan bahan mainan atau objek politik semata-mata demi kepentingan sesetengah pihak.

"Kalau benar-benar minat masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya, bukan sekadar membaca sepotong dua hadis nabi. Kita juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja. Saya berharap perkara seumpama ini tidak lagi," katanya.

Anuar: Sandiwara bukan baru

KUALA LUMPUR 13 Julai - Sandiwara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau dicederakan pihak polis dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu bukan perkara baru kerana ia merupakan senjata paling berkesan bagi meraih simpati rakyat.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata, begitu juga dengan dakwaan lain seperti ugutan bunuh, sabotaj kenderaan, racun arsenik dan suntikan HIV yang kesemuanya itu bertujuan mendapatkan simpati rakyat.

Beliau berkata, pada peringkat ini Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjadi seorang pelakon yang hebat asalkan cita-cita politiknya tercapai.

''Sandiwara terlampau Anwar ini adalah usaha terancang dan berterusan Anwar selagi cita-cita peribadinya tidak tercapai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar mendakwa beliau telah dicederakan pihak polis hingga terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dipercayai ada komplot yang merancang satu drama bagi memperlihatkan Anwar telah dicederakan oleh polis pada perhimpunan itu.

Sementara itu, Anuar berkata, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga pernah melakukan sandiwara serupa seperti suaminya.

''Dalam satu demonstrasi di Lebuh Raya Kesas pada 1999, Wan Azizah dakwa polis cuba menembaknya menggunakan tabung gas dari jarak dekat. Kemudian ada seorang hero yang telah berdarah mukanya menepis dan kisahnya seperti cerita Anwar pada perhimpunan Bersih lalu,'' katanya lagi.

Mengulas isu sama, seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman yakin rakyat semakin dapat menilai watak Penasihat PKR itu.

''Kata terkena gas pemedih mata tetapi pengawal kata terjatuh. Kononnya kepala dan lutut tercedera tetapi yang hairannya pakai pula penyokong leher.

''Anwar sudah jadi bahan jenaka seperti badut. Dia cuba raih simpati tetapi rakyat bukannya bodoh. Percayalah, jika orang ini jadi Perdana Menteri, negara bukan sahaja porak-peranda malah akan ditertawakan,'' katanya.

Bagi bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin, apa yang dilakukan Anwar itu adalah sandiwara ulangan bagi tujuan menagih simpati rakyat dan pihak antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwatnya.

''Dakwaan kononnya beliau dikasari dan tercedera adalah permulaan drama musim kedua yang pasti akan berlanjutan. Realitinya, tiada apa yang diperjuangkan oleh Anwar ketika ini melainkan perjuangan nasib politiknya.

''Diharap rakyat berfikir dengan baik supaya kita bersama-sama menolak kepimpinan Anwar. Beliau kini bergelut dengan kes liwatnya serta dakwaan penglibatannya dalam rakaman video seks. Orang seperti ini harus ditolak,'' katanya.

Anwar saksi pertama pembelaan kes liwat Saiful

KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi saksi pertama yang memberi keterangan di peringkat pembelaan pada perbicaraan kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 8 Ogos ini.

Peguam Sankara Nair memberitahu demikian kepada pemberita di luar mahkamah selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh perbicaraan disambung mulai tarikh tersebut hingga 26 Ogos ini.

Tempoh perbicaraan selama 15 hari itu ditetapkan semasa sebutan kes liwat tersebut di hadapan hakim berkenaan hari ini.

Pada prosiding tersebut, barisan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden manakala Anwar turut diwakili oleh peguam utamanya, Karpal Singh.

Anwar yang memakai alat penyokong leher hadir bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak lelaki tunggalnya, Mohd. Ihsan.

Menurut Nair lagi, Anwar akan menjadi saksi pertama kerana berdasarkan Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh yang akan mula memberi keterangan di peringkat pembelaan.

Selain itu, kata beliau, pihaknya akan memfailkan permohonan pada minggu ini untuk mendapatkan perintah agar pihak pendakwaan membawa saksi-saksi ke mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.

Setakat ini, pihak pembelaan hanya dapat menemu bual lima daripada 25 saksi yang disenaraikan daripada sejumlah 71 saksi yang telah ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Lima saksi yang telah ditemu bual ialah kenalan keluarga Mohd. Saiful Bukhari, Datuk Mumtaz Jaafar; adik perempuan mangsa, Saidati Adha; doktor dari Hospital Pusrawi , Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid; pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Khairil Anas Yusof dan pegawai perubatan yang pertama ditemui pengadu di wad pesakit luar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang hanya dikenali sebagai Dr. Daniel.

Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan antara saksi yang masih belum dapat ditemu bual.

Pada 16 Mei lalu, Ketua Pembangkang itu diperintahkan membela diri setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua keterangan saksi di peringkat pendakwaan dan berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, N0.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar pengkhianat negara













Anwar Ibrahim memakai pendakap leher ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes liwatnya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Kuala Lumpur. Dia mendakwa cedera ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai lalu.

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas.

Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.

"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.

Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.

"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.

"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.

"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.

"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.

"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.

PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 8: Media berpeluang masuk dan lihat Ladang Gadong

KUALA LANGAT: Selepas hampir setahun negara digemparkan dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, pihak media akhirnya berpeluang memasuki Ladang Gadong, yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan kesemua mangsa.

Peluang itu hadir semasa mengikuti rombongan mahkamah yang terdiri daripada Hakim Datuk Akhtar Tahir, pihak pendakwaan dan pembelaan melawat lokasi penemuan bahan bukti dalam kes bunuh itu hari ini, bagi membolehkan mereka mendapat gambaran lebih jelas dan penerangan terperinci berhubung kes itu.

Sebelum ini, kawasan ladang itu dikawal ketat oleh pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Pintu masuk utama ke ladang yang menggunakan pagar kawalan automatik dibuka ketika 17 kenderaan yang membawa hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta pihak media tiba kira-kira 4.10 petang.

Rombongan yang turut diiringi tiga kereta peronda polis (MPV) sebelum itu turut melalui jalan masuk ke ladang yang terletak di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting di sini, yang sebahagiannya dinaiki air.

Selepas memasuki kawasan ladang tersebut, tinjauan mendapati ia kelihatan seperti telah lama ditinggalkan di mana rumput di kawasan sekitar ladang tumbuh meninggi dan lalang serta semak samun turut kelihatan di merata-rata tempat.

Turut kelihatan di dalam kawasan ladang berkenaan ialah beberapa bangunan yang menyerupai chalet di mana satu daripadanya terdapat beberapa sofa diletakkan di bahagian luar, rumah pekerja yang kosong serta gazebo yang ditumbuhi lalang dan tumbuhan liar.

Selain itu, beberapa bahagian ladang turut dinaiki air dan terdapat beberapa tapak semaian ditutupi jaring berwarna hitam di sepanjang laluan pintu masuk hadapan serta kandang-kandang binatang yang kosong.

Rombongan mahkamah turut dibawa ke bahagian belakang ladang yang juga mempunyai pintu masuk di mana kelihatan binaan seperti pintu gerbang yang berjaring di bahagian tengah ladang menghala ke tembok belakang dan beberapa binaan konkrit berbentuk empat segi di bahagian kiri ladang tersebut.

Ketika Hakim Akhtar, pihak pendakwaan dan pembelaan diberi penerangan oleh pihak polis, pihak media tidak melepaskan peluang merakamkan suasana dan keadaan di dalam ladang tersebut.

Rombongan mahkamah meninggalkan kawasan ladang pada 4.30 petang selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit.

Terdahulu, rombongan tersebut turut dibawa melawat ke lokasi penemuan bahan-bahan bukti dalam kes berkenaan iaitu di kunci tali air berhampiran Pasar Besar, Banting, sebuah sungai di Kampung Kelanang, Jambatan Sungai Endah di Kampung Endah dan Sungai Panchau.

Keempat-empat tertuduh dalam kes itu, bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan bagaimanapun tidak dibawa bersama mengikuti lawatan itu, yang bertolak dari bangunan mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, pada 2.30 petang.

Keempat-empat tertuduh kini sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
- BERNAMA

Rabu, 13 Julai 2011

PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 7: Wati ada RM40j

SHAH ALAM: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh pada Ogos tahun lalu mempunyai RM40 juta simpanan dalam akaun peribadinya dan memang gemar berniaga jual beli tanah untuk mendapatkan keuntungan.

Buhari yang menjawab pertanyaan peguam Manjeet Singh Dhillon, dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir, semalam berkata beliau mendapat sedikit maklumat mengenai status kewangan dan kedudukan syarikat milik Sosilawati pada Ogos 2010.

Manjeet: Tahun lalu, beliau kena tindakan sebab buat perjanjian tetapi tak mahu jual?

Buhari: Ya

Manjeet: Bila dapat tahu kes itu?

Buhari: Saya tidak tahu. Tapi saya mengendalikan kes itu sekarang. Bila beliau dah tak balik rumah, anak saya minta tolong dan kes itu sudah selesai.
Manjeet: Bangunan itu sudah dijual kepada orang berkenaan?

Buhari: Ya.

Beliau juga memberitahu mahkamah, tidak tahu tanah itu dijual kepada syarikat milik seorang wakil rakyat, Datuk Abdul Rahman Palil atau kepada pihak lain.

Ketika pemeriksaan utama, Buhari yang juga saksi pendakwaan ke-24 memberitahu mahkamah, Sosilawati pernah membuat perjanjian pembelian tanah di Pulau Pinang dengan Muthuraja Allal Kathan pada 2008.

Buhari berkata, bekas isterinya itu pernah memintanya melihat satu dokumen perjanjian jual beli sebidang tanah di Pulau Pinang, di pejabat tertuduh pertama, N Pathmanabhan, pada 2008 kerana beliau ada sedikit pengetahuan mengenai perjanjian dan pernah bekerja sebagai pengurus bank.

“Saya komen maklumat penjual atau pemegang 'title'. Nama pada perjanjian iaitu Muthuraja a/l Allal Kathan, tidak lengkap. Sekurang-kurangnya (perlu) ada nombor kad pengenalan atau pasport untuk ketahui identiti penjual," katanya kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof.

Sebelum ini, akhbar pernah melaporkan kehilangan seorang ahli perniagaan dari India bernama Muthuraja Allal Kathan ketika siasatan kes kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya sedang dijalankan. Bagaimanapun, semalam, identiti sebenar lelaki bernama Muthuraja dalam perjanjian itu tidak ditimbulkan.

Buhari berkata, beliau juga mengulas nama syarikat dalam perjanjian berkenaan, iaitu Southern Symphony tidak ditulis dengan nombor pendaftaran syarikat serta hanya tandatangan pembeli tanpa maklumat pengenalan diri.

Katanya, beliau juga mempertikaikan bahawa Sosilawati ketika itu tidak pergi ke Madras, tetapi perjanjian ada membabitkan peguam di India serta tiada pengesahan kewujudan individu dalam perjanjian itu dari kedutaan di India.

Buhari: Saya kata, perjanjian ini (tanah) bermasalah yang ada lagi kaveat. Last (akhirnya) saya tanya dia (tertuduh) andai kata masalah timbul selepas tanah dibeli dan dijual semula dan keuntungan dibahagikan, pihak ketiga akan buat tuntutan dan tanah tidak boleh didaftar balik atau dipindah milik, siapa akan tanggung kerugian ini.

Ishak: Apa reaksi Sosilawati dan Pathmanabhan?

Buhari: Pathma kata seorang peguam yang agak lama dan berkata masalah ini boleh diselesaikan. Sosilawati tidak ada komen, cuma saya kesal (kerana) ketika beliau bawa saya, perjanjian itu sudah ditandatangani dan duit deposit 10 peratus sudah dibayar.

Ishak: Macam mana awak tahu?

Buhari: Sebab beliau beri saya salinan dokumen ditandatangani.

Saksi itu berkata, suasana perbincangan sedikit hangat kerana beliau banyak mengulas mengenai perjanjian itu, tetapi Pathmanabhan ada berkata dia adalah peguam dan lebih faham daripadanya (Buhari).

Terdahulu, Buhari memberitahu mahkamah, beliau menerima panggilan telefon daripada anaknya, Erni Erinawati Sofia, kira-kira jam 10 pagi pada 31 Ogos lalu, dan memaklumkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas keluar ke Banting pada 30 Ogos.

Katanya, beliau ke Banting untuk mencari pejabat lama Pathmanabhan di Jalan Abdul Samad, tetapi gagal selepas mencari dua hingga tiga jam dan selepas berbincang, anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana diminta membuat laporan polis dan laporan orang hilang pada 2 September.

"Saya ada hubungi Pathmanabhan pada 2 September dan bertanya di mana Sosilawati yang pergi berjumpa dengannya pada 30 Ogos (kerana) hingga sekarang tidak balik-balik. Saya beritahu, anak saya sudah buat laporan polis dan beliau terpaksa bertanggungjawab.

"Dia kata ‘Sosilawati seorang yang baik dan pernah berurus niaga dengannya. Macam mana boleh hilang.’ Saya tidak komen terhadap apa yang dia katakan," katanya.

Buhari juga memberitahu mahkamah, beliau mendapat nombor telefon Pathmanabhan ketika perjumpaan pada 2008, tetapi ketika mencari pejabat peguam itu, beliau tidak mengingati nombor telefon kerana ditulis pada salinan dokumen perjanjian jual beli tanah diberikan kepadanya dan dokumen itu ada di pejabatnya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Manjeet, saksi itu mengakui ada bertanya kepada Sosilawati sama ada sudah membayar wang deposit 10 peratus itu dan dimaklumkan wang berkenaan sudah dibayar tetapi jumlahnya tidak mencecah 10 peratus.

Katanya, beliau tidak ingat jumlah sebenar, tetapi RM1.2 juta hingga RM1.5 juta.

PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 7: Beberapa Barang Kes Ditemui Dalam Kereta Sosilawati

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu bahawa beberapa barang kes termasuk pencungkil gigi ditemui di dalam kereta mewah BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang ditinggalkan di tempat letak kereta Flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya.

Cif Inspektor Mazli Jusoh @ Che Kob yang bertugas sebagai pegawai penyiasat tempat kejadian dari Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berkata, beliau bersama pasukannya pergi ke lokasi itu pada pukul 10.30 malam, 6 September 2010, selepas menerima arahan daripada pegawai penyiasat Asisten Suprintendan Ishak Yaakob.

"Saya buat pemeriksaan terhadap kenderaan bernombor pendaftaran WTL 11 yang telah dikelilingi dengan garisan kuning polis dan mendapati ia tidak berkunci serta berada dalam keadaan basah dan kotor," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Mazli berkata, semasa pemeriksaan itu beliau menjumpai serangkai kunci pelbagai jenis dan saiz, serangkai kunci yang terdapat huruf 'P' dan dua pencungkil gigi di tempat letak air di bahagian penumpang.

Selain itu, katanya siasatan menemui dua kesan cap jari pada pemegang dalam pintu pemandu dan pada kotak di bahagian tempat letak minuman di antara penumpang hadapan dan pemandu.

Mazli berkata, beliau menggunakan proses "dusting" iaitu meletakkan sejenis serbuk ke atas permukaan untuk menimbulkan jalur cap jari sebelum menggunakan "sticker" dan putik kapas bagi mendapatkan keputusan lebih jelas.

Bagaimanapun ketika ditanya Saiful Edris apakah keputusan cap jari itu, beliau memberitahu ia adalah negatif.

Saksi pendakwaan itu juga menemui sehelai rambut di bahagian tempat duduk selain membuat "swabbing" pada stering dan pemegang tangan kereta serta sampul surat yang berada di tempat duduk belakang.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung esok. - BERNAMA

PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 7: Bekas Suami Sosilawati Telefon Tertuduh Di Mana Bekas Isterinya Berada

SHAH ALAM: Bekas suami Datuk Sosilawati Lawiya pada Selasa memberitahu perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik itu dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau ada menghubungi seorang daripada empat tertuduh untuk bertanyakan mengapa bekas isterinya itu belum pulang ke rumah selepas pergi ke Banting pada 30 Ogos tahun lepas.

Buhari Mohamed, 62, berkata beliau menghubungi N.Pathmanabhan pada 2 Sept 2010 bertanyakan mengapa Sosilawati masih belum pulang ke rumah selepas pergi ke Banting bersama-sama pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, untuk berjumpa Pathmanabhan yang merupakan seorang bekas peguam itu.

"Semasa hubungi Pathmanabhan saya perkenal diri sebagai 'Buhari Gudang Garam' dan tanya dia di mana Sosilawati hingga sekarang tidak balik. Saya cakap anak saya buat report dan dia (Pathmanabhan) terpaksa bertanggungjawab.

"Pathmanabhan jawab 'Sosilawati seorang yang baik...dia selalu berniaga dengan saya macam mana boleh hilang?" katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada hari ketujuh perbicaraan kes itu.

Buhari, yang bekerja sendiri, berkata dalam perbualan telefon itu juga Pathmanabhan memberitahunya bahawa dia tidak berjumpa dengan Sosilawati pada 30 Ogos 2010.

Ditanya Ishak bagaimana beliau mendapat nombor telefon bimbit Pathmanabhan, saksi ke-24 pendakwaan itu berkata, beliau memperolehinya semasa pertama kali bertemu dengan bekas peguam itu pada 2008.

Mengimbas mengenai kehilangan jutawan kosmetik itu, Buhari berkata beliau telah dihubungi oleh anaknya pada pagi 31 Ogos 2010 memaklumkan bahawa ibu mereka tidak balik ke rumah pada 30 Ogos 2010.

"Saya tanya emak pergi mana, dia cakap emak pergi Banting untuk urusan jual beli tanah dengan peguam Pathma. Saya cakap kalau peguam Pathma saya pernah jumpa sekali dan saya tahu pejabatnya. Saya kemudian suruh anak saya datang ke tempat saya di Selayang untuk bersama-sama pergi ke Banting.

"Sementara itu saya cuba hubungi Sosilawati dua, tiga kali tapi tidak dapat dan saya kemudian hubungi Rita (Erni Dekritawati Yuliana, anak sulung Sosilawati), dia cakap dia ada di Shah Alam untuk pastikan kereta Noorhisham masih di sana dan dia cakap kereta masih ada di sana.

"Saya cakap ini bermakna mereka belum balik dan saya kemudian suruh Rita tunggu saya di depan Hospital Klang untuk bersama-sama ke Banting," katanya.

Ishak: "Seterusnya apa berlaku?"

Buhari: "Dari Klang kami ke Banting naik dua kereta dan cari pejabat Pathmanabhan, saya dah lupa alamat tapi yang saya ingat ia di jalan besar sebelah kanan menghala ke Morib. Saya pusing beberapa kali kira-kira tiga jam tapi tidak jumpa pejabatnya dan bila tanya orang, mereka pun tidak tahu."

Buhari yang bercerai dengan Sosilawati pada 2006 selepas 21 tahun mendirikan rumahtangga, berkata selepas gagal mencari pejabat Pathmanabhan, mereka pulang semula ke Kuala Lumpur pada 5 petang untuk berbuka puasa dan beliau kemudian berbincang dengan anak-anaknya untuk membuat laporan polis pada malam itu juga.

Ishak: "Awak mempunyai nombor telefon Pathmanabhan kenapa tidak hubungi dia ketika cari pejabatnya di Banting?"

Buhari: "Semasa saya minta nombor telefon Pathmanabhan saya tulis atas salinan perjanjian jual beli tanah dan semasa cari pejabatnya di Banting saya tertinggal di pejabat kerana tergesa-gesa."

Ishak: "Awak beritahu mahkamah awak pertama kali jumpa Pathmanabhan pada 2008, di mana?"

Buhari: "Saya jumpa di pejabat guamannya di Banting sekitar Mac bersama-sama Sosilawati dan ketika itu Sosilawati minta saya baca satu perjanjian jual beli tanah di Pulau Pinang oleh Syarikat Southern Symphony (di mana Sosilawati adalah pengarah syarikat) sama ada betul atau tidak kerana dia tahu saya tahu sikit-sikit tentang perjanjian memandangkan saya pernah bekerja di bank kira-kira 15 tahun dan pernah menjadi pengurus bank kira-kira lapan tahun."

Saksi itu berkata dalam pertemuan itu, beliau membangkitkan enam perkara berkenaan perjanjian jual beli tanah tersebut, antaranya maklumat mengenai penjual tanah tidak lengkap dan perjanjian itu bermasalah kerana masih terdapat kaveat bagi tanah itu.

Ishak: "Apa reaksi Sosilawati bila awak utarakan masalah itu?"

Buhari: "Pathmanabhan kata dia adalah peguam yang lama serta berpengalaman dan masalah itu dia boleh selesaikan. Sosilawati tidak komen cuma saya kesal dia bawa saya selepas perjanjian itu sudah ditandatangani dan 10 peratus (deposit)sudah dibayar kepada Pathmanabhan, jadi saya tidak boleh buat apa-apa."

Ishak: "Bagaimana suasana perbincangan ketika itu?"

Buhari: "Agak hangat sikit sebab saya banyak komen tentang perjanjian itu dan sebab dia (Pathmanabhan) kata dia peguam dan dia lebih faham."

Ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dillon yang mewakili Pathmanabhan, sama ada beliau bersetuju bahawa Southern Symphony ialah syarikat bernilai RM2, saksi itu menjawab: "Setuju atau boleh jadi setuju."

Manjeet Singh: "Awak tahu atau tidak status kewangan dan kedudukan syarikat-syarikat milik Sosilawati pada Ogos 2010."

Buhari: "Tahu sikit-sikit. Menurut anak saya, Sosilawati mempunyai RM40 juta di bawah namanya dan tidak diisytihar dalam akaun syarikat." - BERNAMA

Haram makan, berubat guna cicak tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan

PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya.

Isnin, 11 Julai 2011

PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 6: Kunci BMW Sosilawati dalam longkang

Oleh SALWA SHA'ARI

SHAH ALAM: Kunci kereta mewah jenis BMW X5 yang dinaiki oleh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada hari beliau didakwa hilang dan mati dibunuh ditemui di dalam longkang di sekitar kawasan USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.

Kunci kereta tersebut ditemui lapan hari selepas kereta dengan nombor pendaftaran WTl 11 itu ditemui pada 6 September 2010 di kawasan tempat letak kereta Flat Angsana, Pangsapuri USJ hasil maklumat orang awam yang hanya dikenali sebagai 'Awang'.

Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Marin, Pulau Pinang, Koperal Merzuki Shahrim, 43, pada Isnin memberitahu, kunci itu - yang telah disahkan oleh anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, pada prosiding terdahulu - telah ditemui pada 14 September 2010.

Semasa itu, dia dan seorang anggota polis di bawah seliaannya, Lans Koperal Muhamad Hazriman Ismail melakukan operasi mencari pada antara pukul 7.10 dan 7.15 malam atas arahan yang diterima daripada Inspektor N. Govindan.

"Oleh kerana keadaan hampir gelap, kami menggunakan lampu suluh dan saya turut menggunakan alat pengesan besi. Saya mencari di kawasan semak, manakala Muhamad Hazriman mencari di kawasan longkang yang mepunyai air separas buku lali.

"Saya menyelak-yelak rumput manakala Muhamad Hazriman meraba-raba longkang. Muhamad Hazriman menjumpai segenggam kunci dan diserahkan kepada Govidan. Gerakan mencari dihentikan pada pukul 8 malam ," katanya di Mahkamah Tinggi di sini.

Saksi pendakwaan ke-22 itu seterusnya memberitahu, dia dan pasukannya sekali lagi diarahkan ke Sungai Panchau, Banting pada 15 September 2010 untuk membuat pencarian dengan lebih teliti dengan cara menapis lumpur-lumpur yang digali dalam kedalaman antara tiga hingga lima inci.

"Hasil daripada kerja-kerja mencari, kami telah jumpa beberapa serpihan tulang, kepingan logam yang ada kesan terbakar, beberapa batang gigi dan beberapa logam yang lebur," katanya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainudin, saksi juga memberitahu dia turut menemui seutas gelang tangan yang berwarna keemasan semasa membuat pencarian di pintu kunci air Sungai Lang, Banting pada 21 September 2010.

Cubaan Merzuki untuk menambah jawapannya bahawa gelang tersebut tidak berkaitan dengan kes yang sedang disiasat mendapat bantahan daripada peguam Manjeet Singh Dhillon atas alasan perkara tersebut seharusnya diputuskan oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Perbicaraan yang masuk hari ke-enam pada Isnin juga menyaksikan Merzuki membuka bungkusan zink yang ditemui oleh Muhamad Hazriman dan seorang lagi anggota polis marin, Lans Koperal Kesatoper Wine Anak Assan pada carian yang dilakukan di sebatang sungai bersebelahan ladang kelapa sawit.

Untuk membuka balutan zink itu, Merzuki dibantu oleh dua anggota polis mahkamah dan zink tersebut yang kelihatan berkarat ditunjukkan kepada hakim dan barisan pembelaan.

Merzuki sedang memberi keterangan pada perbicaraan kes pembunuhan Sosilwati dan tiga individu yang didakwa hilang bersamanya, iaitu pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Semua mangsa didakwa hilang selepas menemankan pengasas produk kecantikan Nouvelle Vissages itu ke Banting yang dikatakan untuk berjumpa seorang peguam bernama 'Pathma' bagi tujuan mempercepatkan tarikh cek.

Noorhisham dan Ahmad Kamil juga didakwa telah menghubungi isteri masing-masing pada hari mereka hilang dan memaklumkan tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari kerana mahu membantu Sosilawati yang dikatakan menerima ugutan daripada Kamaruddin.

Dalam kes ini, seorang peguam N. Pathmanabhan, 42, dan tiFga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Khatavarayan, 31, sedang di bicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 8.30 dan 9.40 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori.

Perbicaraan akan bersambung pada Selasa.

Saifuddin Tolak Dakwaan Sokong Bersih

PETALING JAYA: Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada Isnin menegaskan beliau tidak menyokong Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lepas.

Sambil menolak dakwaan blogger pro-kerajaan yang melabelkan beliau sebagai timbalan menteri pro-pembangkang, Saifuddin tampil menjelaskan pendirian beliau mengenai perhimpunan haram tersebut.

"Saya tidak menyokong Bersih. Saya menyeru kepada 'politik baru'. Justeru saya faham apa yang di bawa oleh Bersih. 'Faham' tidak sama dengan 'sokong'.

“Kalau pun saya setuju dengan salah satu daripada tuntutannya, itu juga tidak sama dengan sokong. Saya tidak sokong Perhimpunan Bersih pada 9 Julai kerana ia perhimpunan haram. Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman, kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi," katanya dalam satu kiriman emel kepada mStar Online di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan blogger papagamo yang mendakwa beliau menyokong Perhimpunan Bersih apabila menulis di laman twitternya yang berbunyi “Saya Tidak Setuju Perhimpunan Bersih, Tapi Tak Payahlah Guna Khutbah Jumaat" dan "Umno not evil and stupid. Some members need to change for the better thats all".

Ekoran daripada jawapannya itu, Saifuddin dilihat mempertikaikan keputusan kerajaan yang menentang perhimpunan haram tersebut.

Blogger berkenaan turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menilai semula kedudukan Saifuddin sebagai Timbalan Menteri kerana beliau dilihat menyokong parti pembangkang.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Saifuddin bagaimanapun enggan memberikan komen mengenainya sebaliknya beliau berkata apa yang penting adalah dia mahu memberi tumpuan serta fokus kepada isu utama yang dibangkitkan.

“Sekiranya kita menggunakan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), ada kemungkinan Perhimpunan Bersih dapat diadakan dengan permit polis dan dengan aman.

“Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya. Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih.

“Ini kerana saya menyeru budaya politik yang sihat dan segar. Saya juga tidak setuju menggunakan fatwa haram terhadap perhimpunan itu. Istilah polis, iaitu perhimpunan haram adalah memadai,” katanya.

Jelasnya, perhimpunan Bersih yang diadakan Sabtu lalu turut meninggalkan kesan kepada Barisan Nasional (BN).

“BN perlu menggunakan komunikasi politik yang lebih baik selepas ini. Ini kerana, sedikit sebanyak, perhimpunan Bersih itu ada meninggalkan kesan,” katanya.

Saifuddin menegaskan beliau mahu meningkatkan kebebasan bersuara di negara ini dan ia telah dilakukan sejak di zaman kampusnya lagi.

"Walau pun Perhimpunan Bersih pada 9 Julai dapat permit polis, saya tidak akan menghadirinya, kerana saya tidak menyokong tuntutan Bersih.

“Secara keseluruhannya pihak polis telah bertindak dengan profesional pada 9 Julai. Namun, sekiranya kita mengambil kira cadangan Suhakam itu, saya yakin polis akan bertindak lebih profesional lagi pada hari tersebut,” katanya.

Sabtu lalu, polis telah menahan 1,041 ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di sekitar ibu negara.

Mereka bagaimanapun dibebaskan lepas polis merekodkan kenyataan daripada mereka.

Sabtu, 9 Julai 2011

Peristiwa perhimpunan haram Bersih













Sasterawan Negara antara 600 penyokong Bersih tiba di Stadium Merdeka
Di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, sekumpulan 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 dengan diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di kawasan Stadium Merdeka.

Mereka tiba di Stadium Merdeka meskipun tidak disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka, yang sebahagian besarnya ditahan polis sejak 12.45 tengah hari tadi.

Samad antara individu yang disoal siasat kerana berucap pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara bulan lalu.

Tinjauan mendapati kumpulan penyokong itu menghampiri kawasan Stadium Merdeka sekitar 3 petang selepas siri tembakan gas pemedih mata oleh FRU di kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank.

Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan mereka ke atas penyokong Bersih 2.0 sejak awal pagi tadi dan menahan lebih 500 orang setakat 1 tengah hari tadi.

Meskipun pemimpin kanan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak bersama mereka, dalam kumpulan kecil-kecilan, menuju ke kawasan Stadium Merdeka.

Di kawasan Stadium Merdeka polis terus melepaskan gas pemedih mata selepas meminta mereka bersurai.

Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Hotel KL Hilton, KL Sentral, tempat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat berhimpun, Samad berkata golongan seniman mesti bercakap terhadap salah guna kuasa dan harus memainkan peranan di pentas utama.


Khairy, Lokman Adam ditahan polis
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan polis sementara penyokong-penyokong Bersih 2.0 melangkah dalam jumlah besar ke arah pusat bandar raya petang ini.

Maklumat yang diterima menunjukkan Ahli Parlimen Rembau ditahan bersama ahli jawatankuasa eksekutif pergerakan itu Lokman Adam.

Mereka mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 dengan nama Patriot bersama beberapa ratus pengikutnya di Bukit Bintang.


FRU lepaskan gas pemedih ke atas Ambiga, pemimpin Pakatan
Polis melepaskan gas pemedih mata ke atas ketua Bersih 2.0 dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang memulakan pergerakan mereka dari KL Sentrak ke arah Stadium Merdeka petang ini.

Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga ditahan di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga ditahan
Seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah juga ditahan.

Turut ditahan ialah Naib Presiden PKR Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu.

Terdahulu mereka, dengan dikelilingi ratusan penyokong mereka, dengan bergandingan tangan, meninggalkan Hotel KL Hilton di kawasan KL Sentral sekitar 2 petang tadi. Mereka berkumpul di hotel itu sejak tengah hari tadi.


Pemimpin Bersih 2.0, Pakatan berarak ke Stadium Merdeka dari KL Sentral
Bersih 2.0, dengan diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang memulakan perarakan mereka ke arah Stadium Merdeka petang ini.

Dengan dikelilingi ratusan penyokong mereka, dengan bergandingan tangan, meninggalkan Hotel KL Hilton di kawasan KL Sentral sekitar 2 petang tadi.

Mereka melaungkan “Hidup rakyat!” dan “Bersih” sambil melepasi sekatan tiga barisan anggota polis.


Najib puji rakyat protes Himpunan Bersih 2.0
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuji rakyat yang hadir pada perasmian Hari Koperasi Negara 2011 di sini hari ini — menunjukkan mereka menentang perhimpunan yang dicetuskan segelintir masyarakat di negara ini.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan, yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat, menuntut pembaharuan pilihan raya di negara ini.

“Jelas, ribuan yang hadir (hari ini) adalah mereka yang menentang perhimpunan haram yang hendak dilakukan oleh sebahagian di kalangan masyarakat kita,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kalaulah ada yang nak adakan perhimpunan haram, ramai lagi yang menentang cadangan mereka untuk berbuat demikian,” kata Najib (gambar) semasa merasmikan Hari Koperasi Negara 2011.

Pemuda Umno dan Perkasa awalnya merancang mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0.

Perkasa telah membatalkan rancangan mereka manakala Pemuda Umno pula menggerakan kempen Patriot yang disertakan beberapa ratus orang di kawasan Bukit Bintang.

Setakat tengah hari tadi, polis menahan lebih 500 orang di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur kerana disyaki mahu melibatkan diri dalam rancangan perhimpunan haram.


Lima MP Pakatan ditahan, ribuan penyokong Bersih menuju pusat KL
Sementara itu, lima Lima Ahli Parlimen sudah ditahan sehingga 1 tengah hari, ribuan penyokong Perhimpunan Bersih 2.0 berarak ke pusat bandar raya untuk ke Stadium Merdeka.

Kumpulan dari pelbagai lokasi — kawasan Masjid India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan dan Pudu-Bukit Bintang memfokus kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank-Kompleks Kota Raya sebelum meneruskan perarakan mereka ke Stadium Merdeka yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Di kawasan berhampiran Menara Maybank, peserta Perhimpunan Bersih 2.0 cuba dileraikan oleh FRU dengan melepaskan gas pemedih mata, tetapi mereka melawan menyebabkan FRU berundur dan tembakan gas pemedih mata susulan dilepaskan.

Kira-kira 12.45 tengah hari tadi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan di stesen KL Sentral.

Selain mereka tiga wakil rakyat lain turut ditahankan. Dua daripada mereka ialah ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh.

Azmin dan Fuziah masing-masing adalah timbalan presiden dan naib presiden PKR.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga ditahan. Ahli jawatankuasa pemandu Berih 2.0, Maria Chin Abdullah juga ditahan, sekitar 2 petang.

Ahli jawatankuasa pemandu Berih 2.0, Maria Chin Abdullah juga ditahan, sekitar 2 petang.

Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral.

Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

Difahamkan Mahfuz dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian akan ditahan sama ada Pulapol dan Balai Polis Jinjang.

Difahamkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah melepasi sekatan polis. Mereka merupakan antara 91 orang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

Kira-kira 12.45 tengah hari polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di akwasan Pasar Seni.

Perhimpunan Bersih 2.0 berhadapan dengan perhimpunan balas Pemuda Umno, yang menggerakkan Patriot dengan disertai kira-kira 200 hingga 300 orang. Mereka berkumpul di kawasan Bukit Bintang.


Bersih 2.0: Penyokong Mula Bersurai Di Stadium Merdeka
Penyokong-penyokong Bersih 2.0 yang berhimpun di luar Stadium Merdeka sejak pukul 2.30 petang mula bersurai dari kawasan bersejarah itu di sini.

Sementara itu, sekumpulan penyokong perhimpunan haram itu dipercayai mula berhimpun di sekitar Kuala Lumpur, menurut sumber polis.

Sementara itu, polis mula membuka halangan-halangan di sekitar stadium berkenaan walaupun masih ramai berada di kawasan tersebut.

Perhimpunan di luar Stadium Merdeka itu diketuai oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Saiddan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.


Layanan Istimewa Polis Kepada Penyokong Bersih 2.0
Jika di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara dekat sini.

Pusat tahanan sementara yang dipercayai bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Hampir 650 orang termasuk wanita yang ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan haram terbabit diberi layanan istimewa sebaik tiba di pusat berkenaan.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.

Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan. PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat.

Pegawai Perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau cedera.


KRONOLOGI PERHIMPUNAN HARAM DI IBU NEGARA

Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

Polis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam
4.45 petang ini.

4.10pm: Menurut RapidKL, antara stesen LRT yang masih ditutup ialah Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:
Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.

3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.

3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lari mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman, tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.

Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.

3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayai Sivarasa juga telah ditahan, tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

Kemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, yang juga turut ditangkap, kemudian menulis dalam tweetnya yang beliau dibawa ke Pulapol, manakala exco pergerakan itu, Ahmad Zaki Zahid cedera.

Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka.

3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.

3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.

2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.

2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.

2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.

2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.

2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.

2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.

Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”.

2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.

2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.

2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.

2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

Menurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.

2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.

1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.

1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas.

Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.
1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.

1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali keduaDaripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.

1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India.

1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.

1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

Antara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar". Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.

1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.

Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan.

Pegawainya bertegas bahawa KhKumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!".

Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.

1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.

1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.
Twitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

Sebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.
Enam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.
12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.

12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.

12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.

"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.

Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap su12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.

12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengah hari.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.

Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."

Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.

11:47pm: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menghantar tweet berkata kumpulan Patriot akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 1 tengah hari. "Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi telah ditangkap polis di stesen bas Putra."

11:45am: Sogo - Seorang wanita dilihat merayu kepada pihak polis supaya membebaskan suaminya yang telah ditahan selepas pasangan itu membeli-belah di Haniffa Textile.

"Polis minta saya ambil teksi, tapi tak ada teksi di sini," kata wanita itu ketika trak polis yang membawa suami beredar dari situ.

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.

11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.

11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

Dari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11.00am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.

Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.

Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.

Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag kepunyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.