SHAH ALAM - Abdul Latiff Zakaria, 47, jurugambar Sinar Harian meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi semalam (05hb Julai 2011/Selasa) selepas dipercayai mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam.
Sebelum itu, Allahyarham dikatakan mengadu sakit dada kepada rakan serumahnya sebelum pengsan akibat sesak nafas.
Abdul Latiff, memulakan kerjaya bersama Kumpulan Media Karangkraf pada 2 Mei 2006 dan ditugaskan sebagai jurufoto Sinar Harian.
Arwah meninggalkan seorang balu, Nor Asiah Mohd Noor, 47, dan enam orang anak yang masih bersekolah, seorang mengikuti pengajian matrikulasi dan dua sekolah menengah dan selebihnya sekolah rendah.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini sebelum dikebumikan di kampung halamannya di jalan Sekolah Kebangsaan Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan, selepas solat Isyak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan