Ahad, 28 Disember 2014

Najib sedih dengan kehilangan pesawat,

Najib sedih dengan kehilangan pesawat, #PrayForQZ8501 trending
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluahkan kesedihan atas berita kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi Twitter, Najib berkata Malaysia sedia membantu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.”

Indonesia nafi pesawat terhempas di Belitung Timur

QZ8501: Indonesia nafi pesawat terhempas di Belitung Timur
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Indonesia menafikan penerbangan QZ8501 telah terhempas di Pulau Belitung Timur di Laut Jawa.

Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan, Djoko Murjatmodjo berkata pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat tersebut.

Beliau menegaskan bahawa operasi mencari sedang giat dijalankan

“Sebentar lagi kami akan berangkat untuk memantau tanda-tanda di sekitar lokasi pesawat hilang,” kata Djoko.
 
Beberapa media sebelum ini melaporkan sebuah pesawat telah didapati terhempas di Pulau Belitung.

Pesawat Airbus Airasia terhempas?

QZ8501: Apa yang kita ketahui setakat ini?
 
KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 adalah milik AirAsia Indonesia.

Membawa seramai 155 penumpang, ia sepatutnya berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Warganegara penumpang dan anak kapal adalah dari Singapura, Malaysia, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia.

Kali akhir ia dikesan dalam saluran komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) adalah ketika ia melintasi kawasan antara Tanjung Pandan, Pulau Belitung dan Pontianak di Kalimantan Barat.

Najib Umum Bantuan Khas RM500 Juta Kepada Mangsa Banjir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas RM500 juta kepada mangsa banjir di negeri yang dilanda bencana itu.

Beliau berkata dana itu akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan mula disalurkan selepas berakhirnya bencana itu.

“Bantuan ini akan diagihkan melalui MKN berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan melalui udara di jajahan terjejas teruk akibat banjir seperti Tumpat dan Tanah Merah.

Najib turut mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang dijadual akhir Januari depan, dipercepat kepada pertengahan bulan itu.

Kelantan Tangguh Sidang Khas DUN Ekoran Banjir

Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkenaan pindaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2014) atau hudud yang dijadualkan Isnin ini (29 Dis) ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata keputusan itu diambil ekoran banjir di negeri ini yang semakin buruk.

“Sidang DUN pada 29 Dis ini kita tunda…keadaan banjir menyebabkan kita tunda oleh sebab keadaan tidak mengizinkan…kita akan beri semula (tarikh) selepas ini bila masa yang sesuai untuk sidang dewan khas.

Sabtu, 27 Disember 2014

Lokasi dan keadaan banjir hari ini

Banjir di Kelantan bermula pada 16hb Disember 2014. Ketika itu hanya Sungai Golok di Jenob dan Rantau Panjang sahaja yang naik air dari paras normal sehingga berjaga-jaga, amaran dan bahaya. Kemuncak banjir besar pula bermula 21hb Disember 2014 sehingga hari ini 27hb Disember 2014.

Ini adalah keadaan, situasi dan suasana banjir di Kelantan dari jam 6 pagi ini (27hb Dis 2014)

Ini adalag benteng Taman Air Muleh di Pasir Mas. Paras air sungai dah mula surut awal pagi ini. Dah berpuluh tahun benteng ini dibina, air sungai tidak pernah melimpah, tetapi semalam (26hb Dis) adalah kemuncak kepada banjir paling buruk di Kelantan apabila perkara yang tidak diduga berlaku - air sungai melimpahi benteng ini.



Ini adalah keadaan banjir di Kampung Dangar, Jalan Rantau Panjang Lama hari ini. Semalam air belum sampai lagi. Hari ini sudah naik. Rumah aku berhampiran dengan rumah ini.  



Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bermain air bersama jenteranya di sekitar pinggir Pasir Mas. Mereka hanya bawa batu pelir dan membasahkan seluar dalam sahaja.



Lain pula dengan yang ini. Anggota tentera bertungkus lumus meredah banjir memindahkan penduduk ke pusat pemindahan banjir dan membawa penduduk yang sakit ke hospital atau kawasan selamat untuk memberi rawatan.



Penduduk Kuala Krai lari ke kawasan lebih tinggi di bukit untuk menyelamatkan diri dari banjir besar dan paling buruk dalam sejarah di Kelantan.


Keadaan banjir di Pulau Melaka, penempatan Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mengakui tak boleh kena hujan. Kalau kena setitik air hujan, dia akan demam.



Anak-anak muda buat rakit batang pisang sebagai persiapan main banjir di Kampung Dusun Rendah, Wakaf Bharu, Tumpat. 



Keadaan banjir di bandar Pasir Mas pagi ini. Air sudah surut.



Air naik mencecah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, Pasir Mas. Keadaan ini sekitar jam 9.30 pagi.



Air yang melimpahi jalan ke pusat bandar Kuala Krai sudah surut. Jalan pecah sana sini akibat banjir.


Kelantan ucap terima kasih kepada Pusat, Selangor

Pagi tadi saya sempat bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis taklimat banjir di Kelantan yang telah disampaikan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) di lapangan terbang Sultan Ismail Petra pagi tadi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah mengeluarkan arahan agar dipertingkatkan keperluan aset air, udara dan darat dalam usaha membantu serta menyelamat seluruh mangsa banjir di Kelantan.

Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam mengurus bencana banjir yang kritikal ini.

Saya mewakili pihak Kerajaan juga turut berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor YAB Haji Mohamed Azmin Ali kerana dengan keprihatinan beliau sanggup turun ke Kelantan menyerahkan sumbangan sebanyak RM1 juta dan membuat kerahan rasmi akan menghantar jentera khusus bagi operasi membersih pada fasa kedua setelah banjir surut nanti.

Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di Dun saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah.

Sama-samalah kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini.

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 4 Rabiul Awwal 1436 / 25 Disember 2014 - HARAKAHDAILY | .

Semua aset tentera dikerah bantu mangsa banjir

Anggota tentera sentiasa sedia dan bekerja keras bagi membantu mangsa banjir.
Anggota tentera sentiasa sedia dan bekerja keras bagi membantu mangsa banjir.

SUBANG JAYA – Kerajaan akan mengerahkan semua aset laut, darat dan udara negara membantu mangsa banjir yang terperangkap, termasuk pesakit-pesakit di hospital di beberapa buah negeri ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua aset yang boleh dimobilasikan akan dihantar ke beberapa buah negeri memandangkan bencana banjir kali ini adalah diluar jangkaan dan memerlukan persiapan menyelamat yang lebih baik.

“Saya telah maklumkan kepada panglima-panglima tentera yang bertanggungjawab untuk tempatkan aset-aset di kawasan yang dilanda banjir yang teruk, tetapi kita berhadapan dengan cabaran yang besar dengan cuaca yang buruk seperti di Kelantan.

Jumaat, 26 Disember 2014

1967 bah merah di Kelantan

PEGAWAI British (dari kiri) Mr Ferrier, Dr Tailor, Mr Kempdan Mr Worham berdepan banjir besar di Kota Bharu pada 1927.

Terkenang Bah Merah (Bah merah di Kelantan suatu masa dulu tahun 1927 dan tahun 1967).

Hujan tanpa henti selama 10 hari pada 1926, mengakibatkan banjir besar atau lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan kerana turut meragut nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk.

Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar atau Bah Merah melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas.

Rabu, 24 Disember 2014

Tiga Pekerja Terperangkap Dalam Runtuhan Projek Pembinaan Sambungan LRT

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Tiga pekerja dipercayai terperangkap apabila konkrit cair dan perancah runtuh, Rabu, di tapak projek pembinaan laluan sambungan LRT Ampang, di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataannya di ibu negara, berkata empat pekerja lain cedera dalam kejadian pukul 4.20 petang itu ketika kerja meratakan konkrit di bahagian binaan setinggi lapan meter.

Mereka yang cedera segera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan, kata kenyataan itu.

Tiga Beranak Maut, Seorang Parah Akibat Kejadian Letupan Di Gurun


Orang ramai berkumpul melihat tempat kejadian letupan


GURUN, 24 Dis (Bernama) -- Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang Rabu.

Letupan kira-kira 4.50 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Ayob, berusia dalam lingkungan 30-an, anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayob, lapan, dan anak lelakinya Mohamad Idham Shahmi, lima, maut.

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Beberapa Negeri


Pemandangan dari udara Bandar Baru Bukit Mentok Kemaman yang dilanda banjir


KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di beberapa buah negeri masih berada pada tahap serius dengan jumlah penduduk yang dipindahkan terus meningkat kepada 65,419 petang ini berbanding 62,836 orang tengah hari tadi.

Di KELANTAN, jumlah penduduk yang dipindahkan terus bertambah kepada 26,547 orang membabitkan 7,687 buah keluarga pada petang ini berbanding 26,137 orang daripada 7,468 keluarga, tengah hari tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mereka dipindahkan di 125 buah pusat pemindahan, meningkat lapan buah pusat pemindahan berbanding 117 pusat pada sebelumnya.

Jumlah mangsa banjir tersebut membabitkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, dan Tumpat.

Banjir Manek Urai, whatsapp cemas dari guru




Post Pic





















Lokasi: SMK Manek Urai Hasil kompilasi wasap asal daripada Cikgu Roslinawati
(Guru di SMK Manek Urai)

24/12/2014
04:22 PAGI
Hati mmg xsng duduk sbb hujan lebat berterusan...
Klu tgk air kawasan sekolah sekarang mmg mcm mimpi...xpercaya air naek setinggi sekarang...
Kpd rakan2 di luar sana...
Sekiranya kami semua dah xblh lg berhubung...tolong dptkan bantuan utk kami keluar ketempat yg lbh slmt...
Ketika ini air masih masuk dgn cpt...
Tingkat satu dah hampir tenggelam
Harap2 air xnaek lagi...
Pukul 4.15...kami ramai2 kt tingkat3 bangunan sekolah xblh tido lena.
Air srmakin naik..tingkat 1 bangunan sekolah dah tenggelam keseluruhannya sekarang....pondok jaga hadapan dah xblh nmpk lagi...
Air hampir cecah lantai pejabat klu air masuk berterusan dlm tempoh terdekat.kami semua yg ada kt sini dlm bahaya.bantuan sukar sampai sbb arus air deras.

Dakwaan Kelantan darurat disebabkan banjir tidak benar

Suasana banjir di sekitar Pasar Besar Kuala Krai, Kelantan. (Gambar dari FB PDRM)
Suasana banjir di sekitar Pasar Besar Kuala Krai, Kelantan. (Gambar dari FB PDRM)

KOTA BHARU – Polis negeri Kelantan mengumumkan dakwaan mengatakan kononnya Kelantan telah diisytiharkan darurat berikutan banjir buruk yang melanda negeri itu adalah tidak benar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir dan usaha menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh semua agensi kerajaan berkaitan.

“Kita belum isytihar apa-apa setakat ini, bagaimanapun masyarakat perlu berjaga-jaga,” katanya.

Fenomena ‘New Moon’, Monsun Timur Laut cetus banjir luar biasa

Foto Jabatan Meteorologi
Foto Jabatan Meteorologi

KUALA LUMPUR – Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata banjir luar biasa yang melanda kawasan Pantai Timur negara adalah disebabkan fenomena ‘New Moon’.

Menurut Dr Mohd Hisham, fenomena itu berlaku apabila kedudukan bulan berhampiran dengan bumi menyebabkan air pasang dan mencetuskan banjir luar biasa.

Lebih buruk, keadaan itu ditambah pula dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

Sabtu, 20 Disember 2014

Pembunuhan Kejam Pengasas Bank Melayu Pertama

maarof zakaria dibunuh

Bagi mereka yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur, nama Jalan Maarof bukanlah satu nama yang asing.

Jalan Maarof yang terletak berdekatan Dataran Maybank Bangsar ini diambil bersempena nama seorang tokoh ekonomi Melayu yang merupakan pengasas Bank Kebangsaan Melayu di Klang Street.

Di era pra-kemerdekaan, orang Melayu menghadapi kesukaran dalam urusan ekonomi terutama bagi urusan membuat pinjaman daripada bank.

Selasa, 16 Disember 2014

Siapa dia "Tuan Sheikh" Man Haron Monis?

Siapa dia "Tuan Sheikh" Man Haron Monis?

Man Haron (gambar) menggelarkan dirinya sendiri sebagai Sheikh - Gambar Fail
 
KUALA LUMPUR: Man Haron Monis adalah lelaki bersenjata yang menjadi dalang di sebalik krisis tebusan selama 16 jam di sebuah kafe di Sydney yang berakhir pagi tadi.

Ini beberapa fakta yang diketahui berkaitan Man Haron yang turut terbunuh dalam insiden itu:

Foto Shahrukh Khan cium bibir Salman Khan jadi kontroversi di India

Foto Shahrukh Khan cium bibir Salman Khan jadi kontroversi di India

Sama seperti kes melibatkan barisan selebriti seluruh dunia, dua aktor hebat ini tidak terlepas
daripada menjadi mangsa manipulasi gambar. -Foto Astro Gempak

Selepas foto Shahrukh Khan dan Salman Khan mencium dahi Arpita Khan menjadi perhatian pihak media dan umum minggu lalu, kini foto panas Shahrukh Khan dan Salman Khan berkucupan bibir pula beredar pantas di India.

Sama seperti kes yang berlaku melibatkan barisan selebriti seluruh dunia, dua aktor hebat ini tidak terlepas daripada menjadi mangsa manipulasi gambar.

Orang Pantai Timur suka lihat porno di internet?

Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat pornografi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.

Statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.



Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12:29.

Tebusan wanita 'terlepas lari' pelajar cemerlang

Post Pic

PETALING JAYA: Tebusan wanita yang berjaya melarikan diri dari kafe Lindt yang ditawan lelaki bersenjata di Sydney, Australia, adalah seorang pelajar universiti terkemuka dan ahli sukan berkemahiran.

Elly Chen, adalah salah seorang daripada dua pelayan yang berlari keluar dari kafe tersebut kira-kira pukul 5 petang (2 petang waktu Malaysia), satu jam selepas dua pelanggan dan seorang lagi pekerja kafe melarikan diri dari premis itu.

Halaman Facebook komuniti menyaksikan kebanjiran ucap selamat, yang tidak putus-putus bercakap tentang keberaniannya melarikan diri, dengan rata-rata menyatakan kelegaan apabila tindakannya itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

Nizar tawar diri jadi Pengerusi PAC Perak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjelaskan keputusan menawarkan dirinya mengetuai  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak dibuat atas dasar tanggungjawab untuk memastikan aliran tunai kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) itu berintegriti, telus selain bebas daripada amalan rasuah.

Ketua pembangkang Perak ini menegaskan tindakan berkenaan tidak melanggar sebarang prosedur sebaliknya tambah Nizar ia merupakan protokal dalam amalan sistem Westminster yang dilaksanakan di kebanyakan negara-negara Komanvel.

Selain itu, ujar Mohammad Nizar, beliau berhasrat untuk memeriksa dan memantau urusan kewangan negeri serta memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan ditadbir secara baik dan sempurna.

PasMa tidak terfikir gantikan PAS dalam PR buat masa ini


Post Pic

SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) buat masa ini tidak terfikir untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat, kata Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi.
 
Ujarnya, PasMa belum bersedia untuk bergerak sebagai sebuah parti dan fokus kepada matlamat asal penubuhannya iaitu untuk menjadi pelobi agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat.
 
"Sehingga ke peringkat ini, belum ada sebarang perbincangan untuk menjadikan PasMa sebagai sebuah parti politik. 

Insiden tebusan berakhir, 3 terbunuh termasuk suspek

Antara tebusan yang berjaya melarikan diri
Antara tebusan yang berjaya melarikan diri

SYDNEY – Drama tebusan di pusat bandaraya di sini berakhir dalam suasana cemas dan menyedihkan awal pagi tadi.

Dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh apabila polis Australia menyerbu masuk dalam sebuah kafe bagi menamatkan pengepungan lebih 16 jam apabila suspek menawan 17 orang sebagai tebusan.

Polis berpakaian pasukan SWAT membaling bom tangan dan melepaskan tembakan, selepas sejumlah kakitangan dan pelanggan berjaya melarikan diri.

Sabtu, 13 Disember 2014

Ali Abd Jalil ditangkap Interpol dan akan dihantar pulang ke Malaysia


Ali Jalil DItangkap 
 

Kuala Lumpur – Aktivis pakatan pembangkang yang melarikan diri ke luar negara ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Ali dikatakan telah ditahan pihak berkuasa Dublin.

Dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya, Ali turut mengesahkan mengenai perkara itu.

Jumaat, 12 Disember 2014

Pesawat Air Asia terpaksa patah balik pasangan buat huru-hara



Bangkok - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.

Sultan Selangor mahu MB baru berkhidmat untuk rakyat, bukan sibuk berpolitik



Post Pic
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan pasukannya perlu bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengekalkan kedudukan negeri ini, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan bertitah, baginda sudah 'penat' dengan permainan politik dan mahu melihat hasilnya mulai sekarang.
"Beta mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat," titah Sultan Sharafuddin yang dipetik dari portal The Star sempena ulang tahun baginda ke-69, Khamis.
"Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang," titah Sultan Sharafuddin, yang tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap krisis menteri besar di Selangor.
Sultan telah mengingatkan pemimpin negeri supaya mengelakkan keputusan atau kenyataan populis: ".  Jangan cuba untuk menjadi seorang wira dengan mengorbankan rakyat"
Menyentuh mengenai suasana politik kucar-kacir yang membawa kepada pelantikan Azmin sebagai menteri besar, Sultan Sharafuddin bertitah proses demokrasi tidak boleh disalahgunakan.
Kebimbangan utama baginda ialah pada bulan-bulan tertentu di mana berlaku masalah peralihan jawatan menteri besar dan telah menjejaskan fungsi kerajaan negeri.
Sultan Sharafuddin bertitah gangguan terhadap pentadbiran negeri itu 'sangat, sangat mementingkan diri sendiri'.
Baginda bertitah bahawa baginda terkejut apabila pertama kali mendengar tentang Langkah Kajang, cara PKR untuk memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan  dan kemudian menjatuhkan menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kemenangan sensasi, Malaysia ke final Piala AFF Suzuki



HANOI – Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 selepas membenam Vietnam 4-2.

Anak-anak buah Dollah Salleh nyata mempamer aksi memberangsangkan dan lebih berani hingga berjaya merobek gawang lawan sebanyak empat kali pada babak pertama.

Gol pertama Harimau Malaya dihasilkan menerusi sepakan penalti Safiq Rahim selepas Indra Putra Mahayuddin dijatuhkan pada minit ke-4.

MAHB sedia jawab segala persoalan berhubung pembinaan KLIA2

Liow Tiong Lai dan Badlisham Ghazali meninjau masalah apron KLIA2 yang mendap.
Liow Tiong Lai dan Badlisham Ghazali meninjau masalah apron KLIA2 yang mendap.

Segala isu yang dibangkitkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan dijawab dengan sebaik mungkin.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Seri Badlisham Ghazali berkata, pihaknya kini dalam peringkat penelitian dan perbincangan bagi memberi penjelasan terhadap segala persoalan yang timbul.

“Kami menerima dengan hati terbuka dan kini sedang meneliti setiap isu yang disuarakan oleh PAC dan berjanji akan menjawab setiap satu perkara tersebut kerana setiap isu itu bersangkutan.

Liow umum nama lima AJK audit bebas KLIA2

Liow Tiong Lai mengadakan sidang media selepas membuat lawatan ke KLIA2, Sepang.
Liow Tiong Lai mengadakan sidang media selepas membuat lawatan ke KLIA2, Sepang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan lima anggota Jawatankuasa Audit Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi menyiasat isu pemendapan di apron lapangan terbang berkenaan.
Jawatankuasa tersebut katanya akan diketuai Presiden Persekutuan Institusi Kejuruteraan Asia dan Pasifik (FEIAP), Datuk Dr. Chuah Hean Teik.

Sabtu, 6 Disember 2014

Mangsa Toreh Sedia Timbang Rawatan Luar Negara Jika Ada Penaja




PASIR PUTEH: Gadis mangsa samun dan toreh di bahagian muka, Nur Shafiqa Lah, 22, bersedia menimbang mendapatkan rawatan di luar negara sekiranya ada mana-mana pihak yang sanggup menajanya.

Beliau berkata, sehingga ini tiada mana-mana pihak yang menawar pembiayaan itu selepas kejadian yang berlaku terhadapnya pada Ahad lepas.

"Bagaimanapun saya akan berunding dengan keluarga terlebih dahulu sebelum menerima tawaran jika ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Aman 3 di sini Jumaat semasa kunjungan rombongan Pergerakan Wanita Umno Kelantan yang diketuai ketuanya, Datin Rahimah Muhammad.

Lantang kritik SPR, tapi pemilihan Majlis Peguam sendiri penuh adegan melucukan

Seorang pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam menyifatkan sistem pemilihan yang digunakan oleh badan tersebut merupakan sistem pemilihan yang kelakar dan lucu.

Menurut beliau, Majlis Peguam sepatutnya membersihkan sistem pemilihan mereka terlebih dulu sebelum mendesak SPR melalui NGO Bersih untuk membersihkan sistem pilihanraya negara.

Jumaat, 5 Disember 2014

Mahkamah Persekutuan sedang siapkan penghakiman kes Anwar

Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.
  
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika dihubungi Bernama hari ini berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih  menyiapkan penghakiman mereka.
  
"Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim-hakim) melengkapkan penghakiman. Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.

Berjudi bukan cara kerajaan cari dana - Tun M

Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah melabuhkan tirai seminggu lalu, namun bagi bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Mahathir masih banyak perkara yang tertinggal daripada dibahaskan.

“Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian Umno dan Kerajaan,” tulisnya dalam blog beliau Chedet.

Antara yang mendapat perhatian beliau ialah berkenaan termasuklah TPPA yang dianggapnya merbahaya kepada masa depan negara.

ADUN DAP dirakam berjudi di Genting Highlands

Gambar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berjudi di Genting Highlands kini tersebar luas melalui laman media sosial.

Gambar itu disertakan dengan penerangan "ADUN DAP Perak pergi ke Genting Highlands, sementara bahagian (DAP) asyik merungut kemiskinan".

ADUN Keranji, Chen Fook Chye ketika dihubungi Sinchew Daily mengaku lelaki dalam gambar itu merupakan dirinya tetapi mempertahankan tindakannya yang berjudi di Genting Highlands.

Gadis Kelantan batal hasrat jihad di Syria, selepas mimpi dirogol

Jihad Seks


Seorang gadis Melayu dari Kelantan nekad ke Syria untuk melayan nafsu seks lima anggota militan Islamic State (IS) serta urusan makan minum dan pakaian mereka atas nama ‘jihad seksual’ hanya kerana yakin dengan janji ‘syurga’ yang diceritakan dalam kelas agama di sebuah universiti tempatan.

Bagaimanapun, dia tekad membatalkan pemergiannya setelah bermimpi diperkosa beramai-ramai anggota militan IS sebaik tiba di Syria.

Demikian kisah yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Melayu yang dipetik oleh portal berita online Free Malaysia Today (FMT).

Khamis, 4 Disember 2014

Anwar maklum gelaran Datuk Seri ditarik

Anwar Ibrahim
 
Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan tugasnya seperti biasa walaupun selepas mengetahui penarikan balik Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) berkuatkuasa 3 November lalu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Anwar, biar pun gelaran tersebut telah ditarik balik namun beliau tetap akan meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

“Saya mengambil maklum berdasarkan kenyataan media setiausaha sulit Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa darjah kebesaran SSSA telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.

"Saya menjunjung kasih kepada Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang telah berkenan mengurniakan penghormatan ini kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini petang tadi.

Sultan Sharafuddin bertindak menarik balik darjah kebesaran yang yang dikurniakan baginda pada tahun 1992 dan membawa gelaran Datuk Seri itu daripada Anwar selepas mendapati ketua pembangkang lantang mengkritik baginda dan Institusi Raja semasa kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor beberapa bulan lalu.

Sultan Selangor tarik balik pingat Anwar

Sultan Selangor
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa semalam.

Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) dianugerahkan kepada ketua pembangkang itu pada tahun 1992.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, setiausaha peribadi Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, keputusan tersebut diambil selepas Sultan Sharafuddin berunding dengan Majlis Penasihat Raja-Raja bulan lepas.

“Penarikan balik darjah kebesaran berkenaan adalah berasaskan tindakan dan perlakuan Anwar yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar baru-baru ini.

Tindakan dan sikap Anwar tidak lagi bersesuaian untuk memegang darjah kebesaran tersebut” katanya.

Selasa, 2 Disember 2014

Ucapan Penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak


Alhamdulillah, kita sudah sampai kepada penghujung Perhimpunan Agung bagi tahun 2014. Kalau kita lihat dalam masa empat hari ini, dalam semua media cetak, dalam semua saluran televisyen dan media sosial, memang cerita Perhimpunan Agung ini menjadi berita utama. Apakah ini bukan tanda dan bukti bahawa platform politik yang terpenting, platform politik yang amat dinanti-nantikan pada saban tahun, tidak lain dan tidak bukan ialah Perhimpunan Agung parti UMNO kita ini?
Ini membuktikan bahawa walaupun kita berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, tidak ada siapapun yang dapat menafikan gah parti UMNO kita sehingga pada hari ini. Saya ingin memulakan ucapan penggulungan saya dengan menunjukkan edisi surat khabar, salinannya yang telah diterbitkan pada tanggal 1 September 1957. Kalau Pengerusi Tetap tunjuk surat khabar, saya pun nak tunjuk surat khabar. Tajuknya ialah pada masa itu, dalam bahasa Inggeris, 'look with the past with gratitude, look to the future with confident', (lihatlah masa lampau dengan kesyukuran, lihatlah masa depan dengan keyakinan) kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Ucapan Penggulungan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

 
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama- sama hadir pada petang ini.
Dua perkara yang akan saya timbulkan di dalam ucapan saya pada persidangan kali ini adalah pertama, mengenai isu pendaftaran ahli dan daftar pemilih dan keduanya bagaimana kita harus menangani dan mengurus perbedaan di dalam negara ini.

ISU : PENDAFTARAN KEAHLIAN & DAFTAR PEMILIH
• Jumlah terkini keahlian UMNO mencecah 3.47 juta
• Bagi daftar pemilih pula, statistik menunjukkan:
- Dari Jun 2013 hingga September 2014, sejumlah 5,939 pendaftaran pengundi telah dibuat oleh UMNO seluruh Malaysia,
MCA - 256
MIC - 266
Gerakan - 373
- Perbandingan dengan Pembangkang,
PAS - 1775
PKR - 2103
DAP - 9309

Ucapan Penggulungan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Tinggi Terbang Burung Kenari
Hinggap Menyanyi Di Pohon Jati
Buat Pejuang UMNO Sejati
Doa dipanjat diberkati Illahi

Ayahanda Pengerusi Tetap dan sidang perwakilan sekalian,

Hari ini saya berdiri di dalam dewan yang mulia, sebagai anak bongsu dalam keluarga besar UMNO.

Namun, saya sedar dan insaf bahawa saya punyai satu tanggungjawab yang besar kepada bukan sahaja kelangsungan survival parti keramat ini, tetapi adalah juga untuk memastikan lebih 375 ribu ahli Puteri Umno diseluruh negara menjadi benteng yang ampuh mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini.