Menurut beliau, Majlis Peguam
sepatutnya membersihkan sistem pemilihan mereka terlebih dulu sebelum
mendesak SPR melalui NGO Bersih untuk membersihkan sistem pilihanraya
negara.
“Saya lihat sistem pemilihan
yang digunakan oleh Majlis Peguam satu sistem yang kelakar dan
melucukan. Calon yang bertanding tidak boleh lihat pengiraan
undi yang dilakukan, sebaliknya calon-calon diletakkan dalam sebuah
bilik kira-kira 300 meter dari bilik pengiraan undi. Kita hanya boleh
menyaksikan pengiraan undi dengan menggunakan kamera litar.
“Yang kelakarnya, kamera litar digunakan itu kadang kala blackout dan tergendala kerana mereka hanya menggunakan broadband
biasa saja. Bagi pengiraan undi, ada lapan kaunter, tetapi di kamera
litar itu hanya menunjukkan satu kaunter saja. Kita tak tahu apa
yang berlaku pada tujuh kaunter lagi.
“Kita tak nampak secara
keseluruhannya kaunter pengiraan undi tersebut dan pastinya perkara
seperti ini akan menimbulkan curiga dan membuka ruang bagi
penyelewengan untuk berlaku,” tegas beliau ketika dihubungi UMNO-Online
di sini hari ini.
Kata beliau lagi, jika SPR
menggunakan sistem yang sama untuk pengiraan undi sepertimana digunakan oleh Majlis Peguam, pasti badan itu menjadi suara awal yang
akan mengkritik dan memperlekehkan SPR.
“Itu yang saya katakan tadi, Majlis Peguam bersihkanlah dulu cara pemilihan mereka sebelum nak
mengkritik SPR. Sistem pemilihan Majlis Peguam sangat-sangat ketinggalan
zaman dan amat menggelikan hati.
“Apa yang pasti, pemilihan yang
dilakukan oleh Majlis Peguam ini tidak dapat membantu memulihkan
kepercayaan seluruh peguam di negara ini terhadap organisasi itu, bahkan
melihat sistem pemilihan yang dilaksanakan itu sebagai satu pemilihan
yang sangat melucukan dan memalukan,” ujarnya.-MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan