Khamis, 4 Disember 2014

Sultan Selangor tarik balik pingat Anwar

Sultan Selangor
 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa semalam.

Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) dianugerahkan kepada ketua pembangkang itu pada tahun 1992.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, setiausaha peribadi Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, keputusan tersebut diambil selepas Sultan Sharafuddin berunding dengan Majlis Penasihat Raja-Raja bulan lepas.

“Penarikan balik darjah kebesaran berkenaan adalah berasaskan tindakan dan perlakuan Anwar yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar baru-baru ini.

Tindakan dan sikap Anwar tidak lagi bersesuaian untuk memegang darjah kebesaran tersebut” katanya.

Tiada ulasan: