Jumaat, 5 Disember 2014

ADUN DAP dirakam berjudi di Genting Highlands

Gambar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berjudi di Genting Highlands kini tersebar luas melalui laman media sosial.

Gambar itu disertakan dengan penerangan "ADUN DAP Perak pergi ke Genting Highlands, sementara bahagian (DAP) asyik merungut kemiskinan".

ADUN Keranji, Chen Fook Chye ketika dihubungi Sinchew Daily mengaku lelaki dalam gambar itu merupakan dirinya tetapi mempertahankan tindakannya yang berjudi di Genting Highlands.


ADUN dari Kampar, Perak itu berkata, dia tidak berjudi besar tetapi sekadar memilih untuk bersantai dengan cara bermain judi.

Menurutnya lagi, disebabkan penat dengan tugasan harian maka dia memilih untuk menaiki bas ke Genting Highlands dengan tambang RM8 seorang.

Jelasnya, gambar itu dirakamkan pada 30 November di mana dia turut menukarkan tunai RM300 untuk perjudian selain mendapat sekeping kupon makanan secara percuma.

Katanya lagi, tujuannya ke Genting Highlands bukan dengan niat atau emosi berjudi tetapi untuk bersantai dan kasino yang dikunjunginya adalah sah di sisi undang-undang.

Fook Chy tidak mengulas tentang tindakan individu tertentu yang merakamkan gambarnya yang sedang berjudi.

Tiada ulasan: