Jumaat, 5 Disember 2014

Berjudi bukan cara kerajaan cari dana - Tun M

Perhimpunan Agung Umno (PAU) telah melabuhkan tirai seminggu lalu, namun bagi bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Mahathir masih banyak perkara yang tertinggal daripada dibahaskan.

“Saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian Umno dan Kerajaan,” tulisnya dalam blog beliau Chedet.

Antara yang mendapat perhatian beliau ialah berkenaan termasuklah TPPA yang dianggapnya merbahaya kepada masa depan negara.

“Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara,” tulisnya lagi.

Selain itu, Tun Mahathir turut menegur tentang 1MDB yang dianggapnya sebagai suatu tindakan yang merugikan kerajaan. Bagi beliau belian, bunga yang dikenakan terhadap kerajaan dan komisyen amat tinggi.

Tun Mahathir turut mempertikaikan kenapa pelaburan atau wang disimpan dibuat di Cayman Islands. Menurut beliau  Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan mata wang. Orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi.

Namun Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi.

“Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dahulu pun Kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam Hedge Fund dengan garanti pulangan 30 peratus. Tetapi ia ditolak,” tulisnya lagi.

Sejak menarik balik sokongan terhadap kepimpnan Datuk Seri Najib, Tun Mahathir terus-terusan mengkritik kerana berpendapat banyak tindakan Najib yang merugikan negara dan rakyat.

Namun, segala kritikan itu, tidak pernah dibalas oleh Najib secara terbuka.

Tiada ulasan: