KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Tiga pekerja dipercayai terperangkap
apabila konkrit cair dan perancah runtuh, Rabu, di tapak projek
pembinaan laluan sambungan LRT Ampang, di Kampung Kuala Sungai Baru,
Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataannya di ibu negara, berkata
empat pekerja lain cedera dalam kejadian pukul 4.20 petang itu ketika
kerja meratakan konkrit di bahagian binaan setinggi lapan meter.
Mereka yang cedera segera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan, kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan Prasarana itu, usaha sedang giat dilakukan Pasukan
Respons Kecemasan, Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk
menyelamatkan dua pekerja Bangladesh dan seorang pekerja Indonesia yang
terperangkap.
Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Prasarana, Datuk Zohari
Sulaiman, yang berada di tempat kejadian, kesal tentang perkara yang
berlaku, manakala punca kejadian sedang disiasat memandangkan perancah
berkenaan direka bentuk seorang jurutera profesional dan disahkan
selamat oleh pemeriksa.
Sementara itu, Mass Rapid Transit (MRT) Corporation dalam kenyataan
berasingan menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan Projek MRT
Lembah Klang seperti yang dilaporkan media sosial.
"KVMRT tidak melalui Subang Jaya. Harapan dan doa kami mengiringi mangsa
kejadian, yang dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan konkrit," kata
kenyataan itu. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan