Selasa, 30 Jun 2009

Hebatnya kecaman saya terima

Assalamualaikum kepada yang beragama Islam dan salam sejahtera kepada yang bukan Islam.

Sejak saya menyiarkan luah hati seorang anak muda bertajuk "Hati luka seorang anak muda", saya menerima kecaman yang cukup hebat daripada para blogger. Ada yang berbaur ugutan, ada yang emosi dan tak sedikit yang saya kategorikan sebagai "cerdik tak boleh ditegur, bodoh tak boleh tumpang".

Kesimpulan saya kepada maklum balas yang diterima berdasarkan artikel itu, jelas menggambarkan masih terlalu ramai yang Islam, tetapi tidak faham apa itu Islam. Mereka hanya tahu mengkritik, mencaci, memaki hamun dan menghamburkan kata-kata kesat.

Bahkan ramai juga yang enggan menerima hakikat berdasarkan fakta yang diberikan anak muda dari Tumpat ini. Kesian. Saya kesian dan sedih kepada golongan yang separuh sesat ini.

Golongan yang ada hati dan akal, tetapi tak pandai nak digunakan. Mengkritik berdasarkan kata hati, bukan fakta. Malah ada juga yang menidakkan saya sebagai anak Kelantan, seolah-olah dia seorang saja anak Kelantan yang tahu mengenai patung-patung di Tumpat dan Bachok.

Soalnya, bukan patung yang dipertikaikan, tetapi sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam iaitu Pas. Cubalah selami artikel anak muda ini. Dia hanya menzahirkan rasa kesal dan sedih dengan pemimpin Pas. Itu saja.

Dia tidak benci kepada bukan Islam. Dan dia bukan anti-Islam, tetapi dia mempersoalkan tindakan segelintir pemimpin Pas yang meluluskan peruntukan untuk pembinaan patung itu.

Ada yang menjadikan masjid bercirikan China di Rantau Panjang sebagai mercu tanda pemerintahan Pas di Kelantan. Masjid itu mengambil masa lebih 10 tahun untuk siap setelah terbengkalai sejak sekian lama kerana tiada peruntukan.

Tetapi jika dibandingkan dengan patung-patung di Tumpat dan Bachok, jangka masa untuk siapnya hanya antara dua hingga tiga tahun. Dan kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz turut menyumbangkan derma untuk menyiapkannya.

Bagaimana dengan pembinaan masjid bercirikan China di Rantau Panjang? Setelah hampir 10 tahun akhirnya masjid itu siap dan sudah bising seluruh dunia mengatakan inilah kejayaan kerajaan Pas Kelantan.

Begitu sekali taksubnya penyokong Pas. Menyokong tanpa memikirkan apa jasa Pas untuk rakyat.

Saya tidak hairan dan sedikit pun saya tidak takut dengan kumpulan fanatik ini. Saya tahu, jika mereka mati, mereka akan wasiatkan kepada yang hidup supaya mayatnya dibungkus dengan bendera lambang Pas.

Inilah yang berlaku di beberapa kampung di Tumpat dan Pasir Mas. Mayat penyokong Pas dikebumikan bersama bendera lambang parti.

Saya tahu, selepas ini ramai para penyokong fanatik Pas akan menyelinap masuk ke blog ini dan dengan dayusnya menggunakan nama anonymous untuk mengecam dan mencaci saya.

Silakan. Saya bersikap terbuka. Saya pun insan yang lemah juga. Tetapi tidak akan fanatik kepada sesebuah parti.

Wasalam...

Ahad, 28 Jun 2009

Hati luka seorang anak muda

Salam daripada saya, pemilik blog ini. Saya ada menerima luah hati daripada seorang tetamu yang menamakan dirinya sebagai ANONYMOUS. Setelah membacanya, saya tergerak untuk memaparkan artikel ini kepada pembaca setia blog saya. Saya rasa, ia wajar diambil iktibar mengenai apa yang dilalui saudara kita ini. Selamat membaca.

Oleh: Anonymous

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.

Isnin, 22 Jun 2009

'Jangan ajar rakyat Kelantan'

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 21 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

Beliau berkata, lebih melucukan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menggesa UMNO supaya memohon maaf kerana menindas rakyat negeri itu.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?

"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.

"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai angkuh apabila sanggup bersemuka dengan mana-mana parti bagi membincangkan hak-hak rakyat Malaysia.

"Adakah Guan Eng ingin hak kaum lain disamakan dengan kaum Melayu dan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu?

"Jika ingin membincangkan perpaduan rakyat masih boleh terima, tetapi jika ingin membincangkan hak rakyat, itu sudah agak biadap kerana hak setiap rakyat sudah dijamin Perlembagaan dan tidak perlu dipertikaikan," katanya.

Mustafa, tak minat bincang sekarang atau selama2nya?

Oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com


Ke mana gamaknya ustaz Nash (Nasharuddin Mat Isa) membawa diri. Entah merajuk atau saja nak buat suspen supaya serata Malaysia cari dia.

Sampaikan habis satu bangunan Parlimen wartawan cuba jejakinya, tapi sampai sekarang tiada yang tahu.

Ada juga bisik-bisik yang mengingatkan saya cerita lama tentang adanya wakil rakyat yang dikatakan tiba-tiba hilang dan putus hubungan dengan pemimpin parti sendiri.

Ada yang sampai seminggu tak dapat dihubungi, tapi tup-tup dia keluar berjalan seiring dengan pemimpin parti lain, dengan selamba bongoknya menjelaskan bahawa dia sudah masuk "seberang".

Cerita ini tercatat dalam sejarah politik negeri Perak.

Ini satu lagi halnya dengan SU Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Lagu mane gamok kalu demo dok senyak toksoh suare. Ni lagi banyok mun kecek... lagi kucar Pas.

Mun bukang tok tau puok kito dalang Pas tengoh pakak nok cari jalang nok tunjuk ke mun jalang keluar, biar mudoh mun nok jijok pintu Umno.

Awang Mus sekapal dengan Hadi, tak de yang boleh nafi lah. Tapi bila dia buat kenyataan berikut, nampak sangat dia ni jadi gigi dan lidah kepada angkatan kerajaan perpaduan.

Cuba baca betul-betul kenyataan dia yang disiarkan MStar Online.

"Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Krai, Kelantan semalam, saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuklah atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," kata Mustafa dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan pagi ini.

Kenyataan terbaru ini dikeluarkan tiga hari selepas Mustafa mengumumkan bahawa Pas bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Umno-BN jika ia disertai bersama dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Anda faham tak apa maksud sebenarnya? Satu lidah sebut "Pas tak berminat sama sekali bincang dengan Umno", tapi dua baris giginya pula pada akhir kenyataan itu sebut "Buat masa ini".

Jauh menyimpang tuh keserasian dua ayat tersebut. Kalau dah tak berminat langsung, memang tertutuplah pintu niat, tak ada apa yang boleh bincang pun dan tak perlu pun tergerak untuk bincang.

Tapi yang ayat akhir (maksud "bukan waktu ini") tu pulak membuktikan sekarang bukan masa sesuai untuk bincang pasal perkara ini dah jadi isu hangat yang menyebabkan gelegak gila dalam Pas.

Kalau dimaksudkan "bukan waktu ini", bermakna "waktu lain", bila keadaan reda bolehlah kita bincang secara senyap-senyap, dalam hotel lima bintang memang takde sapa yang tau.

Oklah, kita nantikanlah bila "waktu lain" yang dikatakan sesuai itu.

Pas...Pas... kesian sengoti Setiausaha mun ni.. dohlah bos die senyak, budak Nash pulok macang hilang tok jumpe cari.

Rabu, 17 Jun 2009

Orang Pas kata UMNO bobrok

Tulisan: AZIZI ABDULLAH
bypass308.blogspot.com

Orang Pas kata kepada UMNO, busuk ikan bermula di kepala, bukan ekor. Ertinya kebobrokan UMNO, kotor dan kelam kabutnya UMNO adalah kerana pemimpin.

Pengikut Pas bertepuk tangan. Semua kata betul. Tetapi bagaimana pula kalau UMNO kata bisul-bisul Pas berada di kepala yang memakai ketayap atau serban?

Memang pun bisul tidak seperti ikan busuk yang bermula di kepala. Bisul boleh muncul dan bernanah di mana-mana, hatta di kepala yang memakai serban.

Saya di antara pengikut dan ahli Pas sejak berusia 14 tahun yang berkempen waktu itu sampai kena baling telur ayam kemuruk. Pemimpin yang saya ikuti dulu semua berserban, berketayap putih.

Semua bermatlamat satu, berjihad menegak agama Allah dengan motto; Negara yang baik yang mendapat keampunan Allah.

Kini setelah 56 tahun hidupnya Pas, serangan demi serangan terhadap Umno diteruskan. Dikatakan Umno berkepentingan duniawi, rasuah, tidak adil, kepentingan pribadi, mengaut kekayaan, bertokak sama sendiri, melarikan wang, melarikan perempuan, banglo besar, kereta besar, munafik malah sampai kepada taghut, maha firaun dan lain-lain.

Apabila kemasukan cerdik pandai, peguam, profesor dan lain-lain ahli profesional ke dalam Pas, maka sedikit sebanyak nampak semacam sedikit tergugat golongan ulama. Lalu mereka pun bangkit dengan memberi alasan betapa ulama sebenarnya penting dalam perjuangan Pas.

"Jangan tinggalkan kami," kata mereka.

Memang satu ketika dulu golongan profesional tidak ada tempat dalam Pas. Tetapi kini ulama pula nampak macam tergugat. Seperti dibimbangi akan ujud satu fenomena baru di mana Pas akan dikuasai oleh golongan profesional.

Secara peribadi, saya melihat golongan ulama di dalam Pas ialah golongan yang hanya bijak dalam soal-soal kupasan perkara ukhrawi, haram halal dan sunah makruh. Mereka tidak profesional. Beremosi. Pembakar semangat tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah. Ia tidak bersifat profesional keagamaan.

Jadual atau atur cara antara golongan profesional dengan golongan ulama, golongan ulamalah yang paling tercorot. Jadual majlis jam 9, majlis bermula jam 10. Perkataan Insyaallah hanya sandaran menutup kelemahan.

Maka apabila dilihat golongan profesional ini semakin ramai, kemungkinan satu ketika lubang-lubang jawatan di dalam parti akan dimasuki oleh golongan profesional, lalu timbul tanda tanya, ke mana hendak pergi golongan ulama?

Di Pinggir Neraka?

Sebenarnya, sebelum ini pertanyaan patut dikemukakan: Mengapa harus ada golongan ulama dan profesional? Dalam satu jamaah Islamiah, bagi saya tidak penting adanya ulama dan profesional.

Jamaah Islamiah yang mengambil politik sebagai landasannya dan sebagai dasar perjuangan ke arah jihad, apa pentingnya membahagi kepada dua kategori? Apakah ulama itu lebih baik dari profesional? Apakah gologan profesional, ilmu mereka tidak berguna? Apakah profesional tidak ada aqidah?

Istilah ‘walak, setia kepada pemimpin, wali,ulama’ menjadi satu kegerunan, seolah-olah siapa yang tidak membuktikan arah ini, ia sedang berada di pinggir neraka.

Kemunculan golongan profesional menjadikan sebahagian besar ulama merasa fobia. Sehingga ada kawasan dan negeri sangat mencurigai hendak melantik golongan profesional menjadi pemimpin. Kemudian apabila tiba muktamar tahunan, hal ini pun ditimbulkan.

Akibatnya bergemalah puak profesional dan ulama. Ada yang meragui dan berkata, profesional saja tidak memadai dalam perjuangan Pas dan ulama juga tidak memiliki kecekapan dalam petadbirannya.

Wadah Pas ialah perjuangan dan dakwah, satu wadah yang meletak dasar tertinggi Al-Qur`an dan Hadis, Ijmak dan sebagainya. Mereka yang memasuki Pas ialah mereka yang yakin dengan dasar ini.

Apabila seorang jurutera yang belajar bertahun-tahun, apakah ia seorang komunis atau athis ketika ia memohon menjadi ahli Pas dan perlukah kita bertanya, pengajian agama kamu setinggi mana? Tidak pernah terjadi, sebaliklnya kita berbangga.

Begitu juga kita berbangga sekarang ini bilamana ramai mereka yang bukan Islam, terutama golongan Cina yang sudah mulai mendekati Pas.

Malangnya Pas yang dianggap kepimpinan ulama tidak pernah mengambil kata putus bagaimana kaedah untuk menerima mereka. Yang dilakukan ialah satu rancangan yang tidak disukai ramai, iaitu ‘Pemerintahan perpaduan.’

Kita hairan tentang gagasan yang tidak diterima ramai ini. Ada jalan atau uslub membolehkan Pas menjadi kuat dengan sokongan bukan Islam, tiba-tiba mahu melakukan sesuatu yang dibenci oleh ramai orang.

Pas tidak pernah belajar sejarah. Kaedah apa yang dipakai, jika dulu, kini dan selamanya Umno dianggap musuh, tiba-tiba presidennya pula menganggap, di sanalah jalan perpaduan.

Apa Kayu Ukur Ulama?

Maka bergema dan berkumandanglah di media bagaimana pentingnya perpaduan tetapi malang Pas melalui pucuk pemimpinnya tidak sedar, setiap rancangan yang disiar, Pas menjadi batu loncatan, Pas diperbodoh dan Pas dimomok-momok.

Atas nama ulama, kita diajar sangka baik. Maka apapun tohmahan dan senda, kita menerimanya.

Apa kayu ukur ulama? Ini pun satu hal. Di dalam Pas, ukuran ulama berlainan dari ukuran biasa. Masakan sekadar lulus Azhar atau belajar di Jordan kita sudah boleh namakan ulama?

Sekarang ini begitulah ukuran ulama di dalam Pas, selain dari syarat tersembunyi mesti berserban atau berjubah dan mesti ada sedikit janggot. Diperbesarkan soal janggut lalu ditekan sebagau Sunnah Nabi.

Maka sebab itu Pemuda dengan senang hati menerima Hasan Tantawi, kerana ia 100% berwatak ulama. Tetapi apakah ukuran ini, termasuk keluar dari universiti agama atau lulus syariah maka ia harus kita lebalkan sebagai ulama?

Apapun yang terkesan sekarang, kita tersangat cepat melebalkan ulama terhadap seseorang yang pulang dari Mesir atau Timur Tengah dari seorang PhD agama di UKM atau di UIA.

Inilah satu tanggapan yang silap. Sehingga kini orang Pas tidak mengakui Tan Sri Hamid Othman, Nakhaie, Noh Gadot dan terakhir Hj Hairussani yang baru menerima anugerah Tan Sri sebagai ulama. Malah mufti-mufti sendiri bagi Pas, hanya Dato’ Ishak Baharum sahaja yang diakui ulama.

Inilah kesilapan kita.

Ulama Bukan Penghurai Masalah?

Maka atas kepercayaan ulama mempunyai bidang tersendiri, apabila ulama melakukan sesuatu, atau melontarkan idea sesuatu yang bersifat sekular, bersifat keduniaan maka orang tidak berapa ambil peduli hendak mempertikaikan, menolak atau menyanggah.

Sebaliknya jika golongan profesional yang ingin melakukan sesuatu yang bersifat agama ia dipertikaikan.

Ulama mestilah berhati-hati dan tidak boleh memandai-mandai dalam semua hal atas status ulamanya. Di awal tadi telah dikatakan, kebanyakan ulama ialah mereka yang hanya mampu dan bijak mentafsir dasar, bukan menjalankan dasar.

Mereka mampu menghurai syarah dan tafsir Qur`an juzuk demi juzuk, tetapi mereka belum tentu mampu melaksanakan mengikut tafsir itu. Mereka mampu melihat isu dan masalah tetapi mereka bukan penghurai masalah.

Maka kerana itu, ulama yang sudah berada di peringkat atas, ia mestilah bijak mengawasi dasar dan ia perlu memelihara dasar, bukan mengubah dasar atau memandai-mandai menyimpang dari dasar.

Ingatlah, pemimpin ialah orang yang memelihara dasar, melaksanakan dasar tetapi bukan mengubah dasar, memandai-mandaikan dasar.

Kerajaan perpaduan

Presiden Pas, dalam ingatan saya sudah membuat percubaan pertama bagaimana hendak merealisasi ‘kerajaan perpaduan’ tetapi ia disanggah oleh ramai ahli dan pemimpin. Maka selepas muktamar beliau mengulangi lagi dan mencari celah dan ruang untuk menerangkannya.

Tetapi Presiden ini lupa dan tidak nampak bagaimana pengikut-pengikutnya melompat dan gelisah, bagaimana mereka menangis dan meraung sedih, menyumpah dan maki hamun kerana:

1. Itu bukanlah dasar Pas yang ditubuhkan sekian lama.
2. Apapun istilah, seakan nampak satu hambatan pelangi beberapa pemimpin Pas untuk duduk sama taraf dengan pemimpin Umno/BN.
3. Seakan nampak semakin hilang teras perjuangan Pas. Dinyatakan oleh mereka, perjuangan Pas bukan untuk menang bersama Umno/BN tetapi ialah perjuangan menegakkan dasar Pas itu sendiri dan mereka percaya dasar Pas akan diterima juga pada satu hari nanti.

“Apa untungnya mewujudkan ‘Pemerintahan Perpaduan?’ jika dengan Pakatan Rakyat sendiri kita sudah ada acuan perpaduan?”

Begitu yang lain bertanya pula.

Kelab Penyokong Pas bagi amaran

KURANG AJAR: KPP KELANTAN MINTA YANG SOKONG KERAJAAN PERPADUAN SUPAYA MASUK UMNO http://bypass308.blogspot.com/2009/06/kurang-ajar-kpp-kelantan-minta-yang.html

Oleh: 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

Kelab Penyokong Pas Kelantan bukan setakat beri warning kat puak yang sokong kerajaan perpaduan (terutamanya Hadi dan Nash, walau tak sebut nama) supaya jangan turun berkempen di Manik Urai, takut pengundi keliru katanya.

Rupa-rupanya, Kelab Penyokong Pas Kelantan membuat kenyataan yang lebih kedepan iaitu mendesak puak Pas yang sokong kerajaan perpaduan ini supaya masuk UMNO terus.

Ini sudah kira melampau-lampau dah, siapa sebenarnya di sebalik Kelab Penyokong Pas Kelantan (termasuk Kelab Penyokong Pas mana jugaklah).

Mulai sekarang Pas kena ambil tahu latar belakang puak ni, mana tau mafia ke atau agen BN bongok.

Jarang anak Melayu nak herdik orang tua macam ni (setahu saya puak Cina dan India pun tahu jugak hormat orang tua), tapi ini geng dari mana yang tak reti status diri, kancil nak telan gajah?

Kalau pun betul ada cadangan baik, bagitaulah ikut saluran betul, cakap sama pemimpin Pas lah, bukan cakap kepada reporter untuk siarkan seluruh negara, ni saje nak memalukan Pas ke apa?

Jangan terkejutlah kalau satu hari nanti, Kelab Penyokong Pas Kelantan desak Nik Aziz serah kerusi Menteri Besar kepada pemimpin kelab penyokong itu.

Kalaulah begini keberanian anak kecil menyergah bapa, alamatnya kena halau keluar rumah lepas ni. Buat perabis beras je kalau dok pelihara lagi.

Seperti tulisan saya semalam, saya nak sebut sekali lagi bahawa Kelab Penyokong Pas Kelantan hanya satu kelengkapan seperti aksesori buat Pas, adanya aksesori ini, maka Pas nampak segak sikit dan dapat sokongan bukan Islam.

Tapi kalau dibuang eksesori ni pun, Pas bukannya boleh lingkup pun. Sokongan bukan Islam terhadap Pas kini jauh lebih baik berbanding 70-an dulu, malah dalam Pas sendiri ada mualaf Cina yang boleh jalankan kerja seperti yang dibuat oleh Kelab Penyokong Pas Kelantan.

Kalau ambil kira kat Kelantan (setahu sayalah), orang Islamnya 96 peratus, yang bukan Islam baru 4 peratus.

Bukan kerja susah mana nak tarik mereka terus sokong Pas, takkan mereka tidak terima kasih dengan banyak patung gergasi taraf Asia Tenggara yang dibina di wat Siam.

Aktiviti di tokong Cina pula tak pernah digangggu Pas. Sepatutnya, pimpinan Pas kena bagi kata dua kepada Kelab Penyokong Pas Kelantan supaya jangan buat kenyataan yang bukan-bukan dalam kawalan mereka.

Kelab Penyokong Pas Kelantan kena ingat, mereka dan Pas hanya MoU, kerjasama tanpa ikatan hitam putih.

Oleh itu tak perlulah nak tunjuk pandai sampai naik belang. Orang Pas bukan bodoh nak ikut telunjuk Kelab Penyokong Pas Kelantan, Pas tahu apa yang baik untuk parti, lagipun kita tak tahu sama ada pemimpin dalam Kelab Penyokong Pas Kelantan ni dah diresapi orang MCA, MIC ke tak.

Mana tahu, dah seludup masuk dan buat kacau, ini bisa aje kerana masuk ahli pun bukan ada pendaftaran rasmi, pakai sebut je, kad ahli pun tadke.

Kira-kira organisasi haram jugaklah ni. So,dok diam-diam dah le, buat apa yang patut sebagaimana matlamat Kelab Penyokong Pas Kelantan ditubuhkan.

Nik Aziz suruh Nasharuddin masuk UMNO

LAPORAN LENGKAP, NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN MASUK UMNO
http://bypass308.blogspot.com/2009/06/laporan-lengkap-nik-aziz-minta.html

laporan MEDIA BYPASS dari Kota Bharu
bypass308.blogspot.com

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa supaya menyertai UMNO sebagai reaksi terhadap Nasharuddin yang terus 'perjuangkan' kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, tiada makna lagi kalau Nasharuddin berada dalam Pas jika beliau terus mendokong hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO yang ternyata pernah 'merosakkan' perpaduan Pas sebelum ini.

Kenyataan mengejut Nik Aziz itu turut menyifatkan Nasharuddin sebagai membuat sampah yang mengotorkan Pas dan menegaskan bahawa kerajaan perpaduan adalah boneka UMNO.

"Saya ulangi lagi ini (kerajaan perpaduan) kerja boneka UMNO, jika benar Nasharuddin setuju, terus terang saya sebut... lebih baik dia masuk UMNO dan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok. Apa buat sampah... ini menyusahkan orang... biar dia masuk UMNO seorang.

"Saya banyak terima panggilan, dan orang datang jumpa saya sehingga ada yang sebak (tidak setuju) dengan isu itu. Dia masuk UMNO senang, lebih baik... daripada duduk dalam Pas, nak bertenggek dalam Pas buat apa... tiada moral kita panggil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, hari ini.

Sambil menyifatkan idea kerajaan perpaduan bukan dari Pas, sebaliknya ia merupakan pendapat individu tertentu sahaja.

"Kerajaan perpaduan ni tidak pernah ada dalam agenda parti Pas selama ini dan ia juga tidak termasuk dalam perjuangan Pakatan Rakyat'"

"Jadi PR tidak tahu... Pas tidak tahu. Runding kerjasama pun Pas tidak bincang dan PR tidak bincang. Isu kerajaan perpaduan sebenarnya adalah boneka UMNO," katanya.

Nik Aziz berkata, jika diwujudkan kerajaan perpaduan bermakna pemimpin DAP atau Pas juga boleh diangkat jadi Perdana menteri.

Katanya, UMNO sekarang sedang berpesta berikutan Pas sudah masuk perangkap.

"Kalau wujud kerajaan perpaduan, DAP atau Pas juga boleh jadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas sekarang bercelaru, manakala Pas dan PR juga bercelaru," katanya.

Sehari bersama adik-adik SABK Al-Ummah



















HAMPIR satu bulan terima pelawaan. Akhirnya saya memenuhi hasrat Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak untuk menganjurkan bengkel penulisan berita dan rencana.

Tanpa memikirkan tempat yang saya pergi itu jauh dan terpaksa mengambil cuti, saya nekad ke sana semata-mata untuk mencurahkan ilmu kewartawanan kepada adik-adik yang bersemangat untuk mempelajarinya.

Saya bangga kerana sebaik sampai di sekolah itu bersama Wartawan Sinar Harian Perak, saudara Ahmad Nor Izzat Awang pada jam 2 petang, seramai 21 pelajar yang juga ahli Sidang Ridaksi SABK Maahad Al-Ummah bersedia menunggu.

Saya dan saudara Izzat dibawa ke dewan sekolah. Walaupun dewan itu tidak berhawa dingin seperti tempat lain yang saya hadir, tetapi melihat kepada adik-adik yang bersemangat, saya tiba-tiba juga turut bersemangat.

Saya memulakan sesi bengkel itu dengan memberi penekanan kepada enam asas yang perlu ada dalam penghasilan sesebuah berita tidak kira untuk majalah ataupun surat khabar.

Seperti biasalah, enam asas itu ialah apa (what), di mana (where), bila (when), kenapa (why), siapa (who) dan bagaimana (how) bagi melengkapkan sesebuah berita.

Lagi bertuah apabila saya dapat mengenali lebih dekat anak kepada pelakon, aktivis teater dan penggiat seni disegani tanah air, Mior Hashim Manap.

Anaknya, adik Mior Mohamed Imran adalah Ketua Editor Majalah Al-Hadharah sekolah itu. Saya sempat berbual-bual dengannya dan dia ternyata bersemangat dalam bidang penulisan dan mempunyai jiwa seni.

Sabtu, 13 Jun 2009

Al-Fatihah





















Al-Fatihah kepada sahabat ku, Azhan Zakaria (baju Melayu pink, barisan belakang).

Aku menerima berita mengejutkan daripada rakan pejabat, Din Jawa. Ayatnya ringkas saja. "Salam bang... Al-Fatihah, Azhan ex sub kelate telah kembali ke rahmatullah jam 11 pagi tadi di HUSM Kubang Kerian akibat jangkitan kuman dalam paru-paru".

?????? aku kebinggungan dan pada masa sama aku harap bukan Azhan yang aku kenal yang Din Jawa maksudkan.

Kebetulan Hanafiah datang ke tempat aku untuk memaklumkan berita pemergian sahabat yang sangat baik hati ini. "Innalillahi wa inna illaihirajiunnn..."

Hanya itu yang dapat aku ucapkan. Masih sukar menerima hakikat. Namun, akhirnya aku akur dan aku membayangkan kenangan lalu.

Azhan seorang sahabat yang sering tersenyum dan periang. Gelak tawa dan suaranya memecahkan keheningan satu pejabat.

Sepanjang mengenalinya, dia kelihatan sentiasa sihat. Kecuali ada sesekali dia mengadu sakit dada.

Aku tak sangka kau pergi lebih awal. Kau baru saja meninggalkan Sinar Harian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan di Perlis Februari lalu. Dan pada Mac pula kau mengundang rakan-rakan ke majlis perkahwinan kau di Pasir Puteh, Kelantan.

Kini, kau telah tinggalkan semua sekali yang ada di dunia ini untuk pergi menghadap Allah SWT. Semua kenangan hanya tinggal kenangan. Kita yang masih hidup banyak-banyaklah beramal ibadat dan sentiasa mengingati mati.

Kepada sahabat ku, Azhan. Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk mu. Aku titipkan doa kepada Allah:-

"Ya Allah, tempatkan roh sahabat ku bersama para syuhada dan golongan soleh. Aku mohon kepada Mu Ya Allah cerahkan kubur sahabat ku. Lapangkan kubur sahabatku. Ya Allah, aku mohon kepada mu, jauhkan sahabat ku dari seksaan di alam kubur. Tempatkan dia dalam syurga Mu Ya Allah.

Selasa, 9 Jun 2009

Ada lagi manusia tak berhati perut

MZ terkedu melihat wajah amah ini. MZ beristigfar dan berdoa kepada Tuhan supaya turunkan bala kepada orang yang menganiayai amah ini. MZ tak sangka dalam zaman yang serba maju dan bertamadun ini, masih ada yang tidak bertamadun. Masih ada manusia tidak berhati perut.

MZ harap, manusia yang zalim terhadap amah ini diheret ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpa dengan apa yang dia lakukan terhadap amah ini. Sungguhpun amah ini dari negara lain, tetapi dia adalah seorang insan yang berjiwa Islam.

Maknanya dia ada tali persaudaraan sesama Islam dengan MZ. YA ALLAH, LINDUNGILAH IBU KEPADA DUA ANAK INI. AMIN.



HARIAN METRO 9hb Jun 2009
KUALA LUMPUR: Amah wanita itu diperlakukan bagai hamba abdi sejak hampir tiga tahun apabila didera hampir setiap hari, sebelum dia nekad melarikan diri dari rumah majikannya di sebuah kondominium di Mount Kiara di sini, awal pagi semalam.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia itu diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan tidak berhati perut itu, walaupun mengetahui pembantu rumah berkenaan beragama Islam.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar, 33, yang cedera teruk hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan meloloskan diri.

Difahamkan, wanita malang terbabit yang tidak dapat menanggung azab melarikan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 1 pagi dan bersembunyi di tepi jalan sebelum menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Indonesia, di sini.

Wanita malang itu yang langsung tidak mempunyai wang bagaimanapun mendapat simpati pemandu teksi yang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa lalu menghantarnya ke kedutaan tanpa mengenakan tambang.

Malah, mangsa turut diberikan wang saku RM10 oleh pemandu teksi terbabit yang bersimpati selepas melihat keadaannya yang sangat lemah ketika itu.

Mengulas mengenai kejadian itu, Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, berkata wanita malang terbabit tiba di perkarangan Kedutaan Indonesia kira-kira jam 8.30 pagi dan menceritakan segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini.

“Sejurus melihat keadaan mangsa yang cedera teruk itu, pihak kedutaan kemudian membawanya ke hospital sebelum membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di pejabatnya, petang semalam.

Menurutnya, pembantu rumah berkenaan yang berasal daripada Jawa Barat, tiba di negara ini pada 2006 dan dihantar bekerja di rumah dua majikan berlainan.

“Wanita terbabit bekerja dengan majikannya yang pertama pada 2 Julai 2006 selama empat hari dan kemudian diambil bekerja sebagai pembantu di rumah majikannya sekarang,” katanya.

Menurutnya, sejak hari itu bermulalah penderitaan yang terpaksa ditanggung wanita malang terbabit apabila dia kerap dimarahi dan dipukul hanya kerana melakukan kesalahan kecil.

“Mangsa langsung tidak dibayar gaji sejak 34 bulan lalu dan dia turut dipukul dengan objek keras jika membuat kesalahan.

“Dia yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan akibat didera hampir setiap hari itu nekad melarikan diri semalam (kelmarin) selepas disimbah air panas oleh majikannya,” katanya.

Da’i berkata, pihak kedutaan memanggil wanita yang menjadi majikan itu untuk mengadakan perbincangan bagi menuntut tunggakan gaji pembantu rumah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,000.

“Majikan itu datang ke kedutaan kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan hasil perbincangan dia mengakui mendera mangsa dan meminta maaf.

“Hampir lapan jam perbincangan dilakukan dan wanita itu kemudian ditahan polis sejurus dia keluar dari pejabat kedutaan,” katanya.

Ahad, 7 Jun 2009

Selamat Pengantin Baru




























CINTA ITU BUTA.
CINTA ITU TIDAK MENGENAL SIAPA DAN USIA.
INILAH YANG DIBUKTIKAN PASANGAN PENGANTIN BARU, KAMARUL DAN ISTERI TERCINTA, NOR AZIZAH SENATI.

MZ MAHU MENGABDIKAN HARI BAHAGIA PASANGAN BAHAGIA INI DALAM BLOG MZ UNTUK DIJADIKAN KENANGAN UNTUK MZ, TETAMU DAN PENGANTIN KHUSUSNYA.

PASANGAN PENGANTIN INI SELAMAT DIIJAB KABULKAN DI RUMAH MEREKA DI KAMPUNG TENGAH, MANJONG, PERAK.

Kisah Mat Islam dalam parti Islam

SEBAGAIMANA sahabat saya, Hanafiah Hashim, Penolong Editor Edisi Selangor/KL ada cerita mengenai kawannya dalam Pas. Saya pun ada cerita juga mengenai nasib seorang kawan dalam sebuah parti Islam. Kisahnya lebih hebat daripada Mat Min Kepioh Hijau.

Dulu kawan saya ini dipanggil dengan nama Mat Islam. Bila dia keluar dari parti Islam untuk sertai parti Melayu, namanya ditukar kepada Mat Kafir. Kemudian bila dia tinggalkan kedua-dua parti itu, namanya turut bertukar kepada Mat Murtad.

Mat Islam mendapat jolokan itu ketika 'berjuang' dalam parti Islam. Dia antara penyokong fanatik dan menunjukkan sikap taksub luar biasa kepada pemimpinnya. Sanggup cerai bini kalau tak sebulu atau tak pangkah calon parti itu.

Pantang ada ceramah, Mat Islam akan pergi. Sanggup habiskan duit. Sanggup tinggal anak bini kerana nak 'berjihad'. Di tempat ceramah, Mat Islam duduk di depan pentas. Dia selesa di posisi itu kerana dapat melaung 'Takbir' dan disahut 'Allahu Akbar' oleh hadirin. Dia seronok.

Itu sejarah Mat Islam dari tahun 1960-an. Selepas pilihan raya umum 1999, ditakdirkan Mat Islam mendapat wakil rakyat yang tidak prihatin. Pintu rumah sentiasa tertutup. Rakyat diabaikan. Keluar rumah awal pagi, balik lewat malam. Takut rakyat datang nak adu masalah atau minta duit.

Mat Islam kecewa kerana tidak dilayan seperti dulu. Mat Islam mula makan hati. Masalahnya perlukan penyelesaian segera. Mat Islam semakin buntu. Dia buat perkiraan mahu mengadu masalah itu kepada calon parti yang tewas. Manalah tahu orang yang tidak disokongnya itu dapat membantu.

Mat Islam tebalkan muka. Dia pergi ke rumah calon parti yang tewas itu. Hanya dua kali ketuk, daun pintu rumah terbuka. Mat Islam disambut baik. Dipelawa naik ke rumah. Dijamu makanan dan minuman. Mat Islam malu, tapi disembunyikan. Dia teringat ketika berkempen, dia paling lantang mengutuk pemimpin parti Melayu itu.

Ditakdirkan, masalah Mat Islam dapat diselesaikan. Peruntukan RM50,000 untuk pembedahan jantung anaknya dapat dikumpulkan. Sebagai membalas jasa, Mat Islam isytihar masuk parti Melayu. Parti yang dibencinya selama ini. Ramai rakan dalam parti Islam tidak setuju tindakan itu. Mereka pujuk tetapi tidak berjaya. Hasilnya, Mat Islam diisytiharkan sebagai kafir dan diberi jolokan Mat Kafir.

Lama juga Mat Kafir berada dalam parti Melayu itu. Dia diberi pekerjaan sebagai pemandu peribadi kepada calon parti yang tewas itu. Mat Kafir gembira dan hidup bahagia. Dalam parti Melayu itu, dia dianugerahkan dua lagi cahaya mata, menjadikan tiga. Ketika dalam Pas, Mat Kafir tidak dapat tambah zuriat kerana sibuk ke hulu ke hilir berpolitik.

Dalam parti Melayu, Mat Kafir ada banyak masa bersama anak isteri. Berbeza ketika dalam parti Islam. Banyak duitnya dihabiskan. Tanggungjawab kepada anak dan isteri juga terabai. Maklum nak 'berjihad' dan terpedaya dengan slogan 'masuk parti Islam, masuk syurga'. Siapa tak nak syurga.

Memikirkan masa depan tidak menentu. Mat Kafir mahu berhenti kerja makan gaji. Dia nak berniaga kecil-kecilan. Calon parti Melayu yang tewas itu beri sokongan moral dan modal. Serentak itu juga, Mat Kafir tidak mahu lagi aktif dalam mana-mana parti. Mat Kafir mahu jadi rakyat biasa yang tidak berparti. Justeru, dia keluar parti Melayu dan bina hidup baru.

Berita Mat Kafir keluar parti Melayu sampai ke telinga golongan fanatik parti Islam. Mereka pujuk Mat Kafir sertai parti itu. Mat Kafir tolak. Katanya, dia tidak mahu lagi sertai mana-mana parti, baik parti Islam mahupun parti Melayu. Mat Kafir kata, dia mahu hidup bebas tanpa dibelenggu oleh fahaman parti.

Kecewa sikap Mat Kafir, golongan fanatik parti Islam itu menggelarnya Mat Murtad.
Itulah kisah hidup suka duka kawan saya. Kesian dia. Di sekolah, anak-anaknya dipanggil 'anak Mat Murtad'. Di rumah, isterinya dipanggil 'isteri Mat Murtad'. Di mana-mana saja Mohd Bakhtiar pergi, dia dipanggil Mat Murtad. 7 Minit Siaran 5hb Jun 2009

Sabtu, 6 Jun 2009

Sepatutnya mereka juga dianugerahkan PEJUANG BANGSA MELAYU

TAHNIAH kepada ayahnda A Samad Said dan Ayahnda Hassan Ahmad yang menerima anugerah 'Pejuang Bahasa' oleh Pas pada perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati di Kuala Lumpur semalam.

Ayahnda-ayahnda dikatakan layak menerima anugerah itu kerana perjuangan ayahnda dalam perhimpunan Gerakan Memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) sebelum ini.

Pada saya anugerah itu memang tepat diberikan kepada ayahnda berdua kerana akan memperlihatkan masih ada aktivis seperti ayahnda sayangkan bahasa Melayu dan mahu mempertahankan bahasa Melayu agar kekal selama-lamanya.

Bagaimanapun, cukupkah dengan hanya mempertahankan bahasa Melayu sahaja? Bagaimana dengan tanah milik Melayu di kebanyakan negeri di Negara Tanah Melayu ini yang semakin hilang sedikit demi sedikit?

Mustahil ayahnda dan rakan-rakan tidak sedar. Mustahil impian ayahnda untuk melihat bahasa Melayu terus kekal, sedangkan tanah Melayu semakin hilang.

Ayuh ayahnda, bangun dan berjuanglah untuk membebaskan pemilikan tanah Melayu yang dilanjutkan sehingga 999 tahun oleh pemimpin Melayu kepada kepada bangsa lain di Perak.

Ayuh ayahnda, bangun dan berjuanglah untuk mempertahankan rizab Melayu di Kota Bharu yang sedikit demi sedikit diberikan kepada bangsa lain.

Ayuh ayahnda, bangun dan berjuanglah untuk mempertahankan tanah-tanah milik Melayu yang digadai dan dijual secara berleluasa kepada bangsa lain.

Bahasa Melayu tidak akan kekal kalau tidak disertakan dengan usaha mempertahankan hak milik tanah Melayu.

Adalah tidak keterlaluan kalau saya cadangkan kepada mana-mana pihak supaya memperkenalkan anugerah 'Pejuang Bangsa Melayu' kepada ayahnda-ayahnda ini.

Kalau ayahnda bermati-matian memperjuangkan Bahasa Melayu dengan mendesak kerajaan menghapuskan pembelajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik, kenapa ayahnda tidak memasukkan agenda mempertahankan tanah Melayu di Perak?

Untuk pengetahuan ayahnda. Penggadaian bahasa Melayu melalui mata pelajaran juga sama penting dengan penggadaian tanah Melayu kepada bangsa lain sehingga 10 kali ganda daripada syarat sebelum ini.

Ayuh ayahnda. Bangkit dan kerahkan tenaga untuk mengkaji dan meneliti isu
pengambilan tanah Melayu sedikit demi sedikit oleh bangsa lain di bandar-bandar di seluruh negeri.

Ayahndaku, tanah rizab Melayu di bandar Kota Bharu, Kelantan hampir hilang dari pemilikan asal Melayu. Tanah-tanah rizab Melayu di Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu ini hampir-hampir diboloti oleh bangsa lain.

Kenapa ayahnda tidak bangkit mempertahankan hak milik ini? Kenapa ayahnda lebih membesar-besarkan isu pengajian bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains? Ayahnda takut generasi Melayu akan jadi lebih cerdik kalau mereka dapat menguasai bahasa Inggeris?

Ayahnda takut bahasa Melayu akan hilang kalau anak-anak kita boleh berbahasa Inggeris?

Mana satu yang ayahnda takut, anak-anak menguasai bahasa Inggeris tetapi tidak lupa asal usul mereka (Melayu) atau anak-anak kita kehilangan tempat tinggal dan hidup merempat di tanah sendiri yang sudah digadai kepada bangsa lain?

Ayuhlah ayahnda. Dengarlah rintihan ini.

Selasa, 2 Jun 2009

Sedarlah Melayu...siapa kita dan asal usul orang lain...

HARI ini MZ terima satu lagi komen/ulasan panjang daripada tetamu yang nama ringkasnya LUKMAN.

Kalau mana-mana komen yang MZ terima, MZ paparkan. Maka tidak adillah kalau MZ tidak paparkan komen ini untuk tatapan tetamu laman MZ. Sesungguhnya, komen ini adalah ulasan peribadi LUKMAN. Ia tiada kaitan atau kena mengena dengan MZ.

Kebetulan komen ini masuk dlm blog MZ dan sebagai pemilik atau empunya blog ini, MZ buat keputusan untuk paparkan. MZ sedia menerima apa-apa komen lagi dan MZ akan paparkan, walaupun komen itu mengutuk MZ. Selamat membaca. - MZ.



Hayatilah lebih kurang bahawa tiada siapa yang boleh mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mahu mengubahnya... saya mengakui terlebih awal bahawa saya tidak sebijak mana, tetapi tidak semua yang bijak, ijazah berjela itu perfect dan tidak semestinya lepas sekolah menengah itu bodoh segalanya.

Allah memberi akal fikiran kepada manusia masing-masing ada kelebihannya tersendiri. Maka mereka yang selalu menyembunyikan diri untuk kritik, pukul curi, hentam kromo, baling batu sembunyi tangan, berselindung di sebalik kuasa dan takut pada bayang-bayang merupakan golongan paling hina di bumi Allah ini.

Jadi, beranilah tampil untuk berkata benar dan beranilah menerima kritikan. Kalau pandangan dan pendapat kita itu disanggah dan kita bermuhasabah diri serta akhirnya kita kena mengaku bahawa apa yang kita katakan itu silap, maka hukumnya adalah mengaku sajalah... terimalah pula pandangan dan pendapat orang lain dengan hati terbuka.

JANGAN jadi penyokong hipokrit, penyokong buta tuli, penyokong bawa rebah, penyokong bodoh sombong, penyokong yang tak de otak dan akal (tak de otak, semua makhluk Allah yang berkaki empat dan dua di bumi ini ada otak, tetapi belum tentu ada akal)...

Sukacita saya nak beritahu pada orang Melayu yang masih tidak mahu faham tentang kepentingan BANGSANYA, AGAMANYA DAN NEGARANYA...

Fahamilah, kenapa orang Cina di negara ini masih lagi agungkan tanah besar China... Kerana kalau jadi apa pun di negara Tanah Melayu ini mereka boleh blah balik ke negara China.

Fahamilah, kenapa pula orang India di negara ini masih ada yang dok agungkan negara India... kerana kalau jadi apa pun di negara Tanah Melayu ini mereka boleh blah balik ke negara India.

Fahamilah pulak apa jadi dengan orang Melayu yang dok bergaduh, bertekak dan bermusuh sesama sendiri... kau orang sesama bangsa ni bila jadi huru-hara, perang macam di Iraq, Bosnia dan lain-lain negara yang tengah dok perang tu... kau orang nak ke mana agaknya... ada ke Tanah Melayu lain atau kau orang nak tumpang Indon yang dah tentunya takkan terima kita Melayu ni... mak indon dan bapa indon pun ramai nak datang dok kat negara kita...

Makanya... wahai umat Melayu... fikir-fikirlah apa akan jadi pada bangsa, agama dan negara kau orang ni bila Cina DAP dan India HINDRAF tu naik tocang... tuntut hak macam-macam di negara ini.

Kau orang kena tengoklah sikit apa jadi dengan orang Melayu yang seagama dan sebangsa dengan kau orang kat Singapura tuuu... merempat kat flat je doknya... dah tak de tanah sendiri... dok rumah sarang burung merpati... itu pun ada Melayu kat sana tu berlagak sombong, kononnya kerja bagus dan duit banyak... kaya ler kononnya, datang kat Malaysia berlagak pandai, tapi tak pernah baca sejarah tok neneknya dulu ada tanah, tapi sekarang mereka semua dok atas batu-bata... itulah Melayu bangang namanya...

Persoalannya, apakah kau orang Melayu yang seagama, sebangsa dan senegara ni mahu melihat anak cucu cicit kau orang jadi macam Melayu singapura...

Mahukah kau orang jadi Melayu yang diperkotak-katikkan oleh Cina yang sudah tentunya pendatang di negara ini... Saya memang tak pernah iktiraf Cina ini rakyat Tanah Melayu, biarlah kau orang nak kata apa pun, aku (maaf le dah terlajak guna aku pulak, rasa sedap sikit bila berbahasa begini, open mind beb) ada pendirian aku sendiri dan bila aku baca balik sejarah tingkatan tiga sehingga tingkatan lima tahun 1980an... aku sedar siapa diri aku, bangsa aku, agama aku dan di mana negara aku...

Cukuplah kita beri ruang dan peluang pada bangsa yang tak pernah menghormati dan mensyukuri serta tidak tahu berterima kasih pada TUANNYA...

Lihatlah betapa banyaknya kita bertolak ansur (kau orang kajilah sendiri, takkan itu semua kau nak suruh aku cakap... pandai-pandailah buat penyelidikan, apa yang mereka tuntut dan mereka dapat dari kerajaan pimpinan orang Melayu)...

Pada mereka yang kurang faham lagi pasal negara bangsa ni... aku nak bagitau... kita adalah orang MELAYU di negara TANAH MELAYU, maka kita adalah TUAN TANAH KEDAUNG, TANAH TUMPAH DARAH MELAYU.

Orang Cina dan India adalah bangsa yang dibawa oleh penjajah British untuk jadi hamba mereka... kerja kat lombong dan ladang getah bagi kat orang putih bawa balik ke negaranya... faham dah... itulah asal-usul Cina dan India di negara kita ini... kau orang jangan ingat Cina dan India di negara ini adalah penduduk sejak azali di TANAH MELAYU ni... sedara mara kita yang azali ialah orang asli yang kat dalam hutan tu...

Kalau kau orang dah faham siapa Cina dan India di bumi TANAH MELAYU ni... maka kau orang kenalah tahu kenapa kita tidak boleh bagi muka kat (sebahagian dari mereka) yang bangsat tu buat tuntutan bukan-bukan terutama kes latest nak bawa PEMBUNUH DAN KOMUNIS CHIN PENG TU BALIK KE TANAH MELAYU NI...

Nak ditambah lagi kefahaman kau wahai orang Melayu yang dok sokong sangat Cina dan India bangsat tu... tapi Cina dan India yang hormati bangsa kita tak pe lah, kita faham erti bekerjasama dan apa yang pemimpin kita buat dulu tu, kita kena terima kerana kita mahu keamanan dan kesejahteraan.

Kita juga kena terima bahawa selain kita jadi TUAN di bumi TANAH MELAYU NI, kita ada TUAN yang lagi besar iaitu ALLAH.

Bahawasanya... diibaratkan Cina dan India datang ke rumah kita minta tolong untuk tumpang berteduh kerana di landa bencana dan malapetaka (kekejaman penjajah, dah di bawa ke TANAH MELAYU... tak reti-reti hantar balik kampung pulak).

Jadi, sebagai orang Melayu yang berbudi bahasa dan penyayang... terimalah dua bangsa putih hitam macam taik cicak tu ke rumah, suruh dok kat bawah rumah... pendek ceritanya, dah lama kerja buat, rajin berusaha dan beranak pinak pulak.

Bangsa yang kulit putih tu pandai sikit pada yang hitam tu... maka mintalah tempat tinggalnya di buat bilik dan ada kemudahan sikit... bangsa kita ni pun kesian belas, maka bagi le buat bilik dan ada kemudahan.

Sekian lama pulak dari bilik, bangsa kulit putih mata sepet tu pulak minta nak beli tanah sebelah rumah tuan tu... oleh kerana kena pujuk rayu dan rasuah dengan macam2 benda dan tuan tanah pun nak rasa duit, maka juallah tanah sikit.

Si putih mata sepet makin berakal dan rajin lagi usaha, jimat dari segi perbelanjaan, makan hanya bubur dengan sup je... tuan tanah masih dengan kehidupan lama, tak nampak ada perubahan pun, tapi bangsa sepet tadi makin senang dan mewah hingga sampai satu ketika si sepet tadi nak beli seluruh rumah dan tanah tuan tanah tadi...

Hah...kau orang ingat si sepet tu bodoh, yang bodohnya bangsa kita yang jadi tuan tanah rumah dan tanah tadi. Sekarang kita kata pada bangsa kita sendiri, jadi... bawa-bawalah menyesali diri dan kembalilah kita ke pangkal jalan, jangan nak bergaduh sama sendiri kerana nak tegakkan orang lain.

Pergolakan di kalangan orang Melayu tidak mengapa asalkan jangan sampai berbunuhan sesama sendiri... cukup le setakat itu untuk kau orang faham tentang bangsa kau orang sendiri...

Isnin, 1 Jun 2009

Apa kata mereka...99 atau 999

SEBAIK saja saya memaparkan beberapa artikel yang saya petik dari media cetak dan letronik berkaitan penggadaian tanah daripada 99 tahun kepada 999 tahun, saya menerima banyak komen daripada tetamu yang dihormati. Ada yang bantah, ada yang setuju. Tak kurang juga yang agresif dan marah-marahkan MZ kerana memaparkan artikel itu.

Berikut MZ paparkan apa komen mereka kepada MZ berhubung artikel itu:-

Anonymous said... May 28, 2009 7:13 PM
artikel ni macam budak tak sekolah je yg tulis.

Anonymous said... May 28, 2009 7:14 PM
Apakah org bkn islam tiada hak di Perak? tulisan anda cuba menghasut dan membenci org2 bkn islam. mungkinkah penulis ini adalah anak haram yang kurang diajar oleh ibu bapanya, umpama binatang.......

Anonymous said... May 28, 2009 7:27 PM
Betul kata hang.
Jangan beri tanah kat bukan melayu/bumiputra/islam. Buat macam kerajaan BN bagi separuh langakawi kat orang cina. bagi bukit tinggi kat tokay cina. bagi singapura kat orng luar. bagi pulau batu putih kat Singapura. bagi tanah balak kat tokey cina macam di pahang. Hidup BN. Biar orang miskin melayu/cina/india melopong sampai mati pun tak ada tanah. kalau BN semua betul. Porah!

HASMAWI said... May 28, 2009 7:28 PM
DUA-DUA ANONYMOUS YANG PENGECUT....APASAL PAKAI ANON...
HANG NI MEMANG CINA KAFIR KOT...
KALAU HANG NI MELAYU TAPI TAK SEDAR LAGI TAK TAU LE...HAK SENDIRI PUN DAPAT SEPENUHNYA NI NAK BAGI PULAK KAT ORG LAIN...
UNTUK JANGKA PANJANG WALAUPUN DAP NI DAH TAK MEMERINTAH DAH PERAK TU, TAPI CINA2 DAP NI DAH DAPAT DAH SESUATU YANG AMAT BERNILAI. BILA2 KITA MELAYU DAH SEDAR NANTI, NAIK TURUN MAHKAMAH PUN BELUM TENTU DAPAT BALIK TANAH TU.....
INGATLAH SIKIT, TANAH2 / RUMAH, KEDAI KAT BANDAR TU SAPA PUNYA...
PIQIARLAH SIKIT...BUKAN SURUH TAKSUB MEMBUTA JE....

HASMAWI said... May 28, 2009 7:40 PM
U LAH PENYOKONG TAKSUB MEMBUTA PAKATAN RAKYAT NI... ( DAP ) TERUTAMANYA....
KALAU DAH UMNO BN DAH BAGI TANAH KAT TOKEY2 CINA NI DULU, YANG HANGPA BODOH TAK LEH DIA AJAR NAK BAGI LAGI BUAT APA....
APA YANG CINA2 DAP NI DAH BAGI KAT KITA ORG MELAYU YANG MEMANG PENDUDUK ASAL MALAYSIA NI...
DEPA NI DOK AMBIK SIKIT2 HANGPA TAK SEDAR LAGI....
MULA2 CINA2 NI AMBIK DARI UMNO BN (ORG PAKATAN LE YANG CERITA TAPI BUKTI TAK DAK PUN) WALAUPUN MUNGKIN ADA BETUL JUGAK...TAPI DIPERBESARKAN JE YANG LEBIH..
LA NI NI DEPA AMBIK MELALUI PAKATAN RAKYAT PULAK...
SUSAH LA LE KALAU DAH JENIS TAKSUB PARTI NI...ORG SURUH PIKIR JANGKA PANJANG BUKANNYA KOMEN KERANA MARAHKAN UNMO YANG DAH MEMERINTAH > 50THN LEBIH YANG TAK DAPAT TIDAK TENTULAH ADA KESILAPAN / KESALAHAN TAPI YANG PAKATAN RAKYAT MERANGKAP DAP NI YANG BARU MEMRINTAH TAK SAMPAI SETAHUN APA CERITA....
KALAU UMNO NI TERUK SGT DAH LAMA DAH MALAYSIA NI LINGKUP...

Anonymous said... May 28, 2009 11:19 PM
Klu dulu umno tak lepaskan s`pore kita mungkin bukan majoriti melayu muslim kat m`sia skrg pun penduduk m`sia tak smpai 60% muslim dn % jurang ekonomi cina dan melayu akan lebih besar. Penduduk s`pore 4 juta org dgn majotiti cina.

faida said... May 29, 2009 3:34 AM
Tak habis-habis guna isu tanah kat Perak. Habis isu tanah-tanah rizab melayu lain yang dah banyak tergadai kat Johor misalnya tu taknak dig in secara detail pulak?
I agree with Anonymous #2, 1st sentence. It’s not like UMNO sendiri pun tak pernah teringin nak berlaku adil kepada bangsa lain, kan?

Anti Chin Peng said... May 29, 2009 2:58 PM
Salam tuan Manzaidi,
camni la tuan, sumer tu pentaksub2 anwar la tu.. cakap apa pun tak masuk dah, dalam hati dema hanya anwar sahaja.. demokrasi mesti american.. Islam mesti versi PAS erdogan.. mesti bagi org kristian pakai nama Allah buat bible dalam bahasa melayu..

Priceless to Refuse said... May 29, 2009 5:14 PM
Salam.. dah lama xpost dlm blog abg man. Sebenarnya saya kurang mengikuti perkembangan politik Malysia sejak akhir2 ni disebab kesibukan kerja yang terlampau. Sesekali sy juga buka blog ni, dan byk artikel berkisar dengan situasi di perak. Saya rasa sesetngah orang sukar menerima ulasan abg man, tetapi bagi saya itu adalah lumrah dalam demokrasi.