Rabu, 17 Jun 2009
Sehari bersama adik-adik SABK Al-Ummah
HAMPIR satu bulan terima pelawaan. Akhirnya saya memenuhi hasrat Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak untuk menganjurkan bengkel penulisan berita dan rencana.
Tanpa memikirkan tempat yang saya pergi itu jauh dan terpaksa mengambil cuti, saya nekad ke sana semata-mata untuk mencurahkan ilmu kewartawanan kepada adik-adik yang bersemangat untuk mempelajarinya.
Saya bangga kerana sebaik sampai di sekolah itu bersama Wartawan Sinar Harian Perak, saudara Ahmad Nor Izzat Awang pada jam 2 petang, seramai 21 pelajar yang juga ahli Sidang Ridaksi SABK Maahad Al-Ummah bersedia menunggu.
Saya dan saudara Izzat dibawa ke dewan sekolah. Walaupun dewan itu tidak berhawa dingin seperti tempat lain yang saya hadir, tetapi melihat kepada adik-adik yang bersemangat, saya tiba-tiba juga turut bersemangat.
Saya memulakan sesi bengkel itu dengan memberi penekanan kepada enam asas yang perlu ada dalam penghasilan sesebuah berita tidak kira untuk majalah ataupun surat khabar.
Seperti biasalah, enam asas itu ialah apa (what), di mana (where), bila (when), kenapa (why), siapa (who) dan bagaimana (how) bagi melengkapkan sesebuah berita.
Lagi bertuah apabila saya dapat mengenali lebih dekat anak kepada pelakon, aktivis teater dan penggiat seni disegani tanah air, Mior Hashim Manap.
Anaknya, adik Mior Mohamed Imran adalah Ketua Editor Majalah Al-Hadharah sekolah itu. Saya sempat berbual-bual dengannya dan dia ternyata bersemangat dalam bidang penulisan dan mempunyai jiwa seni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan