Rabu, 25 Mac 2015

Pesawat Germanwings terhempas di Selatan Perancis ditemui hancur berkecai


Semalam dilaporkan bahawa sebuah pesawat tambang murah milik Germanwings iaitu anak syarikat Lufthansa telah terhempas di pergunungan Alps Perancis.

Pesawat Airbus A320 Germanwings yang membawa 150 orang penumpang termasuk anak kapal itu telah terhempas di pergunungan tersebut setelah terputus hubungan dengan pusat kawalan udara Perancis pada jam 10.30 pagi semalam pada ketinggian 6,000 kaki (1,828 meter).

Pihak penyelamat sudah menemui bangkai pesawat tersebut yang dikatakan hancur dan Perdana Menteri Perancis sendiri, Manual Valls berkata sebuah helikopter telah mendarat di lokasi nahas dan hanya menemui serpihan bangkai pesawat dan mendapati tiada penumpang yang terselamat.

"Pesawat itu berkecai dengan serpihan terbesar yang tinggal adalah sebesar sebuah kereta."

Perkara tersebut juga disahkan oleh pihak polis bahawa tiada penumpang yang selamat dan pihak berkuasa sekarang dalam usaha mengeluarkan mangsa dan abngkai pesawat.

Operasi tersebut dijangka memakan masa kerana keadaan muka bumi di gunung tersebut amat curam pasti akan menimbulkan masalah kepada pegawai yang terlibat dengan operasi mencari.

Penerbangan 4U9525 yang membawa 144 penumpang termasuk dua bayi, enam krew. 67 penumpang adalah warga Jerman termasuk 16 pelajar sekolah tinggi berlepas dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman, terhempas di Pergunungan Alps.

Bagaimanapun, punca nahas masih belum dikenal pasti.
 














 

Isnin, 23 Mac 2015

Lee Kuan Yew meninggal dunia


SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew dan pemimpin yang bertanggungjawab mengubah sebuah negara kerdil di Asia Tenggara kepada pusat perdagangan dan kewangan global meninggal dunia pada usia 91 tahun, kata Pejabat Perdana Menteri.

"Encik Lee meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada kira-kira jam 3.18 pagi tadi," kata kenyataan itu.

Lee, seorang peguam lulusan Cambridge disifatkan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan Singapura sebagai salah sebuah negara terkaya berdasarkan pendapatan per kapita yang tinggi.

Mendiang adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965. - Reuters

Sabtu, 21 Mac 2015

Jangan takut hudud, hayati keindahannya – Pakar


KUALA LUMPUR – Undang-undang hudud bukan untuk membebankan tetapi ia berupaya memperbaiki keadaan sosial masyarakat, kata Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.

Katanya undang-undang hudud tidak harus dilihat dari segi hukuman berat semata-mata, sebaliknya ia perlu dinilai sebagai satu daripada cara untuk melahirkan masyarakat berdisiplin.

“Mereka yang takut kepada pelaksanaan undang-undang hudud disebabkan mereka hanya fokus kepada hukuman berat sahaja seperti hukum rejam, potong tangan dan sebagainya,”katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas mengenai keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Kesemua 44 anggota dewan termasuk 31 anggota dewan daripada PAS, kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan seorang daripada PKR menyokong pindaan rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Mahmood Zuhdi berkata menurut Islam, masyarakat boleh dididik melalui dua perkara, iaitu memberi galakan, dan ancaman hukuman yang berat supaya mereka ’takut’ untuk melakukan kesalahan.

“Sebagai contoh kesalahan mencuri, jika hanya seorang atau dua orang dipotong tangannya ia akan membuatkan masyarakat takut untuk mencuri, tidakkah ini membawa kebaikan dan keindahan daripada kita memenjarakan 600 orang.

Kedua-duanya adalah hukuman tetapi perbezaannya mana satu yang boleh melahirkan kesan yang mendalam kepada masyarakat,” katanya.

Namun Mahmood Zuhdi menegaskan bahawa undang-undang hudud hanyalah sebagai kaedah tambahan untuk mendisiplinkan masyarakat setelah institusi sosial seperti ibu bapa, dan institusi pendidikan telah memainkan peranan membentuk karektor dan sahsiah seseorang.

Oleh itu, tegas beliau, undang-undang hudud tidak perlu ditakuti kerana ia perlu melalui proses penghakiman yang kompleks sebelum hukuman dijatuhi.

Katanya terdapat beberapa kriteria utama yang diambil kira sebelum seseorang itu dijatuhi hukuman hudud atas kesalahan yang dilakukan.

“Sebelum menjatuhi undang-undang hudud, antara yang perlu diambil kira adalah cara didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, kawasan kejiranan, peranan para ulama, tempat beribadat dan institusi pendidikan perlu menjalankan fungsinya dengan betul mengikut ajaran Islam, barulah hukum itu terlaksana,” kata Mahmood Zuhdi.

Contohnya, sekiranya seseorang yang dituduh mencuri sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang tidak bermoral maka undang-undang hudud tidak boleh dijatuhi ke atasnya.

Ditanya mengenai sikap sesetengah orang Islam sendiri yang menolak undang-undang hudud, Dr Mahmood Zuhdi berkata golongan ini tidak harus dipersalahkan kerana pihak yang menolak undang-undang itu mempunyai kefahaman yang salah.

Maka, katanya pendidikan dan penyebaran ilmu mengenai undang-undang ini perlu diperluaskan.
Mahmood Zuhdi turut menyarankan supaya pihak yang terlibat memperbaiki kehidupan masyarakat sebelum memperkenalkan undang-undang hudud.

“Pihak yang melaksanakan hukuman ini perlu memastikan kesejahteraan hidup masyarakat seperti tiada kemiskinan, tiada unsur-unsur lucah di kaca televisyen dan sebagainya yang perlu seiringan dengan pelaksanaan hukum tersebut,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang menyifatkan pelaksanaan hukum hudud sebagai langkah pencegahan untuk seseorang itu daripada melakukan kesalahan.

Katanya sebagai bukti, pelaksanaan hukum hudud di zaman Rasullah SAW yang berjaya mengelakkan kesalahan seperti berzina, merompak dan minum arak berlaku.

“Dalam hukum hudud, ‘beban’ membuktikan sesuatu kesalahan adalah terlalu ketat dan sukar, jadi untuk membuktikan sesuatu yang sukar maka hukuman itu bukan bertujuan menghukum tetapi untuk mencegah orang daripada melakukannya, kerana bila masyarakat tengok hukuman itu berat mereka akan takut untuk melakukan kesalahan,” katanya.

Musa turut menambah pelbagai aspek dalam pelaksanaan hukum hudud yang perlu diambil kira seperti kewibawaan saksi, tatacara menentukan kesalahan, dan pihak mahkamah yang perlu arif dengan undang-undang hudud bagi mengelakkan undang-undang Islam itu dipandang serong. – Bernama

Enakmen hudud: Pemikir pertikai cara pelaksanaan

Abdul Aziz Mohd Yassin
Abdul Aziz Mohd Yassin

Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) hari ini mempertikaikan cara pelaksanaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis lalu.
Presiden Pemikir, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin berkata, apa-apa juga undang-undang Islam yang hendak dilaksanakan tidak kira di peringkat negeri mahupun kerajaan pusat perlulah dilaksanakan dengan adil.

Ini bagi mengelakkan sesuatu dasar pelaksanaan itu hanya dimuktamadkan atas dasar politik semata-mata.

Jelas Abdul Aziz, pemikir selaku pertubuhan yang mempertahankan perlembagaan persekutuan tidak menolak pendekatan kerajaan negeri kelantan dalam melaksanakan hudud.

“Rasa saya cara pelaksanaan hudud itu bagaimana? Sekarang ada 14 buah negeri, kelantan sudah laksanakan. Negeri lain bagaimana? Kita ada pulak kerajaan pusat, bagaimana penerimaan kerajaan pusat? Apa juga undang-undang yang dilaksanakan mestilah adil. itu yang mustahak.

“Kita takut pelaksanaan hudud ini tidak betul -betul dilaksanakan yang boleh mendatangkan ketidakadilan.” kata Abdul Aziz dalam satu sidang media.

Ditanya mengenai keengganan sesetengan pihak terutama bukan Islam dalam menerima rang undang-undang berkenaan, Tan Sri Abdul Aziz berkata kaum lain tidak ada hak untuk mempertikaikan pelaksanaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 kerana ini hanya termaktud kepada orang Islam sahaja.

“Parti MCA, Gerakan jangan campur tangan hal ehwal islam. Kita tidak pernah campur tangan hal ehwal bukan islam dari segi agama, kenapa pula kita hendak mengamalkan dengan cara hukum syarak kita hendak kacau.

“Mereka tidak tahu hukum Islam. orang kafir mana tahu hukum Islam, orang cina mana tahu hukum Islam, itu sahaja.”

Sebelum ini perbentangan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) mendapat tentangan hebat daripada pihak bukan Islam terutama MCA dan DAP.

Ini termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengumumkan tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibawa oleh PAS sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Kanun berkenaan yang dipersetujui kesemua 44 Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kelantan mengandungi beberapa pindaan antaranya pelaksanaan enakmen berkenaan hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja.

Pindaan turut dibuat pada Seksyen 15(2) kanun tersebut dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.

Antara lain adalah tentang kelayakan hakim, pemberhentian hakim, gaji dan elaun hakim serta struktur mahkamah daripada Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan dan penukaran kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang telah wujud daripada Suruhanjaya Kehakiman Negeri yang belum wujud.

Jumaat, 20 Mac 2015

DUN Kelantan lulus pelaksanaan hukum hudud

Gambar dari Portal Islam dan Melayu
 
KOTA BHARU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.
Kanun berkenaan telah dibuat beberapa pindaan iaitu ia hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja berbanding sebelum ini yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas mereka.

Pindaan turut dibuat pada Seksyen 15(2) kanun tersebut dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.

Pindaan lain adalah tentang kelayakan hakim, pemberhentian hakim, gaji dan elaun hakim serta struktur mahkamah daripada Mahkamah Agung kepada Mahkamah Persekutuan dan penukaran kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang telah wujud daripada Suruhanjaya Kehakiman Negeri yang belum wujud.

Pindaan turut dilakukan pada struktur ayat untuk disesuaikan dengan undang-undang sedia ada.

Kanun ini juga menyediakan peruntukan untuk kesalahan hudud dan hukuman bagi tujuh kesalahan iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina, liwat, qazaf, syurb (minum arak) dan irtidad (murtad).

Antara hukuman yang diperuntukkan di bawah kanun itu adalah bagi kesalahan mencuri kali pertama, pesalah akan dipotong tangan kanan, kesalahan kali kedua dipotong tangan kiri dan kesalahan kali ketiga pula dipenjara tidak melebihi 15 tahun.

Pada persidangan tersebut sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang undang-undang yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibahaskan empat anggota dewan iaitu Datuk Hassan Mohamood (PAS-Tawang), Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Dr Yusnan Yusof (PAS-Melor) dan Datuk Husam Musa (PAS-Salor).

Sebelum ini, Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali hukum hudud, qisas dan takzir, tertangguh pelaksanaannya lebih 20 tahun selepas ia diluluskan DUN Kelantan pada 1993 kerana kekangan dari segi perundangan.

Usaha kerajaan negeri melaksanakan kanun berkenaan menempuh pelbagai kontroversi terutama tentangan daripada orang bukan Islam khususnya DAP iaitu rakan sekutu PAS dalam pakatan pembangkang.

Semalam, parti Gerakan memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon deklarasi pembatalan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.

Selasa, 17 Mac 2015

Rafizi Jadi Jutawan Hanya Dengan Bekerja Makan Gaji?

Rafizi Jadi Jutawan Hanya Dengan Bekerja Makan Gaji?
  • Gaji Ahli Parlimen – RM11,171 sebulan
  • Faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd.
  • Elaun Perunding syarikat – RM3,000 sebulan.
*Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset bersih sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Hari ni kecoh tersebar di kalangan warga netizen bahawa selain beliau menjadi jutawan dalam usia yang muda hanya dengan bekerja, beliau juga didapati memilik tiga buah kereta jenis Honda?

Menurut apa yang tersebar, Rafizi bukan sahaja mempunyai aset tunai atau wang tunai melebihi RM1juta tetapi juga mempunyai aset kekal RM2juta.

Warga netizen mula persoalkan dari mana datang kesemua kemewahan Rafizi? Apakah dari sumber gaji yang berpuluh ribu ringgit ataupun setelah 5 tahun ada di dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen?

Terdahulu, Rafizi dengan bongkaknya mengatakan beliau mendapat imbuhan bulanan dari simpanan wangnya di Tabung Haji dan ASB, namun disangkal oleh pegawai Tabung Haji.

SPRM tak terasa nak siasat ke mangkok babi ni yang kononnya paling bersih!!

Tabung Haji Nafi Bagi Faedah Bulanan Kepada Rafizi

Tabung Haji Nafi Bagi Faedah Bulanan Kepada Rafizi

Ini adalah antara pengakuan dan pengisytiharan Rafizi sebelum ini yang kononnya nak nampakkan betapa beliau jujurdan bersih?:
  • Gaji Ahli Parlimen – RM11,171 sebulan
  • Faedah RM4,000 sebulan daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bhd.
  • Elaun Perunding syarikat – RM3,000 sebulan.
*Dia juga mengisytiharkan mempunyai aset bersih sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937. 

NAIB Presiden PKR Rafizi Ramli nampaknya telah didapati menipu di dalam Akuan Berkanunnya apabila mengatakan menerima keuntungan bulanan melalui simpanannya di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Lembaga Tabung Haji (TH).

PRU14.tv menghubungi pihak TH dan ASB bagi mendapatkan kepastian dan jurucakap di kedua-dua organisasi berkata tiada keuntungan yang diberikan secara bulanan.

“Keuntungan yang diberikan hanya diberikan melalui pengumuman kadar dividen setiap tahun,” kata jurucakap TH ketika dihubungi.

“Bulanan kita tiada tapi kita beri dividen setahun sekali, umumkan kadar dividen pada bulan Disember dan dimasukkan ke dalam akaun pelabur pada bulan Januari,” kata jurucakap di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

PNB merupakan badan yang menguruskan pelaburan bagi ASB.

Terbukti, kenyataan Rafizi dalam Akuan Berkanun bahawa beliau mendapat sekitar RM4,000 sebulan dari keuntungan simpanan di ASB dan Tabung Haji adalah satu penipuan.

“Selain dari gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen, saya mendapat sekitar RM4,000 sebulan dari keuntungan simpanan di dalam ASB dan Tabung Haji,” jelas Rafizi dalam Akuan Berkanunnya.

Kenyataan beliau bahawa, beliau mempunyai simpanan tetap di ASB dan Tabung Haji juga penipuan kerana di kedua-dua organisasi ini tiada disediakan skim simpanan secara simpanan tetap.

Akaun simpanan tetap hanya wujud institusi kewangan seperti bank-bank sahaja.

“Saya mempunyai simpanan tetap sebanyak sekitar RM212,000 di ASB (belum dikemaskini sehingga Disember 2014), RM464,372 di TH dan RM644,909.47 di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

13Mac15RafiziTipu_1

Di KWSP pun bukan dianggap sebagai simpanan tetap tetapi caruman pekerja sepanjang berkhidmat di syarikat swasta, wang berkenaan hanya boleh dikeluarkan apabila umur pencarum mencecah 55 tahun.

Rafizi mendakwa beliau merupakan seorang Fellow di Institute Of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan juga Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) tetapi takkan pasal ASB dan TH dia tak tahu.

13Mac15RafiziTipu_2
Kalau silap haribulan, kes ini boleh jadi kes polis kerana Rafizi sudah pun menulis kenyataannya itu melalui Akuan Berkanun yang ditandatangani sendiri oleh beliau di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Malah, di dalam Akuan Berkanun Rafizi turut diletakkan sekali keuntungan bulanan RM4,000 dari simpanan ASB dan THNya di dalam bahagian perbelanjaan bulanan.

13MacRafiziTipu_3

Isnin, 16 Mac 2015

Jho, Najib dan 1MDB

Taek Jho Low mulai mendapat perhatian umum semasa beliau masih lagi dalam usia 20-an, apabila beliau mulai menghabiskan ribuan dollar bersama rakan-rakannya di kelab-kelab malam sekitar Manhattan.

“Spekulasi mulai timbul tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang,” lapor The New York Post.

Namun, sejak itu, persoalan yang berlegar-legar tidak lagi hanya tertumpu kepada kehidupan malam beliau. Low memperlihatkan dirinya kepada umum sebagai seorang pelabur yang besar dalam bidang perniagaan dan hartanah di Amerika Syarikat.

Walaupun Low mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang kenamaan, namun begitu, terdapat sebuah keluarga yang terus-terusan dikaitkan dengan Low, iaitu keluarga perdana menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. 

Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London. 

Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem “The Wolf of Wall Street” dan “Dumb and Dumber To.” 

Unit kondo mewah dan syarikat perfileman tersebut kini dipaparkan di dalam sebuah siri projek siasatan global oleh New York Times yang meneliti aliran wang asing yang masuk ke Amerika Syarikat, dengan menjadikan unit-unit kondominium di dalam bangunan “Time Warner Center” sebagai titik fokus.

Jho Low

New York Times mendapati bahawa walaupun sebahagian besar wang asing ini datangnya daripada sumber kekayaan yang sah, namun beberapa rakyat asing yang memiliki unit kondo di Time Warner Center telah menjadi subjek dalam beberapa penyiasatan kerajaan.

Projek ini turut memaparkan artikel-artikel tentang ahli-ahli politik dari Mexico dan Rusia dan juga mengenai seorang ahli perniagaan kontroversi dari India.

New York Times juga mendapati bahawa kini, lebih setengah daripada pembeli-pembeli unit kediaman mewah di bandar New York memilih untuk melakukan pembelian secara rahsia dengan menggunakan tabung amanah atau jenis syarikat yang lain, daripada memilih untuk menggunakan nama mereka sendiri.

Pada tahun 2011, Low telah membeli sebuah penthouse di Time Warner Center bernilai RM 109 juta dengan menggunakan sebuah syarikat yang rahsia. 

Pada masa yang sama juga, Low mulai dikritik oleh umum di Malaysia. Kritikan tersebut mempersoalkan peranan Low dalam pembentukan 1MDB, yang merupakan syarikat pembangunan strategik milik kerajaan. 

Sejak itu, parti pembangkang dan juga beberapa ahli UMNO terus mempersoalkan 1MDB, di mana lembaga penasihatnya juga dipengerusikan oleh Najib sendiri.

Menurut Low, Riza Aziz merupakan sahabatnya, dan hartanah yang dijualnya kepada Riza telah dilakukan sebagai dua individu persendirian dan telah mengikut kadar pasaran semasa.

Pada masa yang sama, Riza mengatakan dirinya seorang yang kaya secara peribadinya. Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa Najib juga tidak memeriksa berapa banyakkah pendapatan anak tirinya itu.

Malaysia merupakan salah satu negara dengan aliran wang keluar tertinggi di dunia. Keadaan ini telah menempatkan Malaysia, sebuah negara dengan hanya 30 juta penduduk, bersama-sama dengan negara seperti China, Rusia, India, dan Mexico – negara-negara di mana aliran wang keluar yang tinggi lebih biasa dilihat.

Sepanjang tempoh pemerintahan beliau, Najib juga telah berusaha untuk membina hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.

Selasa, 10 Mac 2015

Penamaan Calon N.06 DUN Chempaka hari ini

Hari ini adalah hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Chempaka, Pengkalan Chepa.

Secara rasmi sehingga malam tadi hanya tiga calon menawarkan diri bertanding termasuk calon penyandang dari Pas.

Dua lagi individu yang menyatakan hasrat itu ialah aktivis NGO, Wan Fadzillah Hussin, 55; Shariff Mahmood, 59; dan calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood, 44.

Wan Fadzillah adalah Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, manakala Shariff ialah Naib Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kelantan.

Kedua-dua mereka bertanding atas tiket Bebas.

Keputusan rasmi berapa penjuru bakal bertanding akan diketahui sebelum jam 12 tengah hari ini.

Berita terkini akan menyusul....

Isnin, 9 Mac 2015

Agong rasmi mesyuarat penggal ketiga Parlimen ke-13

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Majlis Parlimen ke-13 di sini, hari ini.

Pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-13 kali ini dimulakan dengan majlis perbarisan kawalan kehormat yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen.

Keberangkatan tiba Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Turut menyambut keberangkatan tiba baginda berdua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah 'Hormat Diraja' selepas sempurna pemeriksaan kawalan kehormat yang berlangsung di dataran parlimen.

Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi kemudiannya memainkan lagu 'Negaraku' diikuti tembakan meriam 21 das.

Turut sama hadir, barisan Menteri-menteri Kabinet dan perwakilan asing serta pengamal media.
Tepat 10.50 pagi, loceng istiadat dibunyikan dan Seri Paduka diiringi ke Dewan Rakyat untuk menyampaikan titah ucapan.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari mulai hari ini hingga 9 April diikuti sidang Dewan Negara pada 13 April hingga 28 April.