Selasa, 31 Ogos 2010

KEMUNCAK KETAKSUBAN

Dipetik dari blog
YB Zulkifli Bin Noordin
Ahad / 19 Ramadhan 1431
29 Ogos 2010


Salam 2 all.

Kejadian seorang wakil rakyat kafir iaitu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nee Chin (DAP-Serdang) menyampaikan tazkirah dan angpau diruang utama solat Surau Al Huda Kajang Sentral Ahad lepas, kemudian diikuti dengan pencemaran ruang utama solat Masjid Attaqwa di Selayang Baru pada hari Khamis lepas oleh seorang lagi wakil rakyat kafir, YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) mencetuskan satu lagi polemik baru kepada umat Islam. Kejadian yang sama berlaku Ogos 2009 apabila seorang ADUN kafir dari PKR YB Dr. Xavier mengadakan majlis didalam surau di Klang.

Itu kejadian yang kita tahu, atau yang dah terbongkar. Entah berapa banyak lagi pencemaran dan pencabulan terhadap institusi Islam kita tidak tahu. Baru ini kita dikejutkan dengan seorang Pak Jangoat yang rela berdoa untuk seorang pemimpin kafir harbi dengan mengenepikan doa untuk kebaikan pemimpin sendiri.

Saya ingat lagi tahun lepas kejadian umat Islam berebut untuk mendapat agihan lembu qurban dari wakil rakyat kafir!! Entah apa nak jadi dengan umat Islam bangsa Melayu hari ini. Ketaksuban berpolitik menjadi modal penghalal segala tindakan!

Saya tidak menyalahkan wakil-wakil rakyat kafir ini kerana mereka kafir. Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka, mungkin tidak tahu adab dan hukum hakam memasuki masjid. Kerana sudah lebih beratus tahun kaum kafir Cina, India dan lain-lain tinggal didalam negara ini bersama masyarakat Islam.

Kalau setelah begitu lama bersama kita masih mereka menggunakan alasan dangkal tidak tahu, sebagaimana ada di antara mereka masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga kini, maka saya rasa mereka tidak layak untuk terus menikmati taraf kewarganegaraan negara umat Islam ini.

Apa yang saya kesalkan ialah sikap segelintir orang Melayu yang membenarkan perkara ini berlaku. Apakah kerana mereka jahil atau kerana mereka terlalu pelahap saya sendiri pun tidak pasti. Atau apakah atas nama politik semuanya halal belaka sekarang ini?

Sudahlah nama tuhan mereka gadaikan, hasil arak kini halal diambil, anak bini pun boleh jadi bahan gadaian politik, kuil hindu nak disumbat dihalaman umat Islam, kini masjid surau pun kafir dah boleh masuk, siap bertazkirah lagi!!

Kalau tujuan membawa mereka masuk itu untuk didakwahkan satu hal juga. Tetapi apa yang jelas dalam semua kejadian diatas, matlamat segelintir kaum Melayu ini membawa masuk para kafir ini kedalam ruang utama solat tempat mereka bersujud ruku' kepada Allah kerana hendakkan habuan angpau dan wang ringgit daripada kafir-kafir ini.

Maka terhegeh-hegehlah orang Melayu beratur berhimpun berjemaah didalam tempat sujud mereka menadah tangan memohon angpau dan bantuan para kafirun ini.

Mungkin lepas itu mereka bersujud syukur kerana mendapat habuan angpau para kafirun ini, sedang para kafirun ini berdiri megah memijak tempat sujud mereka dan menghulurkan habuan dan bantuan dalam angpau, envelop dan sampul. Begitu hina sekali bangsa Melayu bukan lagi didalam tanahair mereka, tetapi didalam tempat mereka bersujud kepada Allah tuhan mereka. Macamlah dah tiada tempat lain untuk menagih angpau para kafir ini.

Saya tengok seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejaki oleh para kafirun disana. Apatah lagi ini adalah para kafir harbi yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah.

Ada pulak para agamawan yang menyokong dengan pelbagai teori dan falsafah. Habis dikorek segala kitab kuning untuk menghalalkan tindakan membenarkan kafir harbi ini memijak masuk tempat utama solat didalam masjid. Katanya Nabi dulu pun buat begitu!!

Memang benar Rasulullah membenarkan para kafir memasuki kawasan masjid, tetapi bukan untuk tujuan menagih angpau, envelop dan sampul dari para kafir tersebut. Nabi menyeru mereka kepada Islam, tunduk kepada keesaan Allah. Rasulullah tidak mengharapkan undi mereka, apatah lagi menagih seringgit dua dari mereka. Rasulullah melakukannya semuanya atas nama Allah, dan mengajak mereka kepada menjadi hamba Allah!

Apakah para agamawan ini membutakan mata mereka kepada hakikat dan fakta sebenar yang berlaku. Para wakil rakyat kafir itu datang dan hadir atas nama politik kepartian, mengharapkan undi untuk mereka bagi pilihanraya akan datang. Untuk itu mereka datang dengan sampul dan envelop serta angpau.

Takkan itu pun para agamawan kita tidak nampak, atau sengaja mereka menutup mata kepada hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya lebih amanah dengan ilmu mereka dan bukan menggadainya untuk mendapat sokongan partisan politik kepartian.

Saya tahu ada kalangan agamawan yang terdesak untuk mendapat semula sokongan yang hilang, tapi bukan dengan mengkhianati ilmu mereka dan berselindung disebalik segala teori dan falsafah, sambil menutup mata kepada hakikat dan fakta sebenar.

Hakikat dan fakta sebenar kejadian membenarkan wakil rakyat kafir untuk memasuki ruang utama solat tempat umat Islam menyembah Allah itu bukan untuk tujuan dakwah, tetapi untuk mendapat angpau, bantuan dan kewangan dari mereka!! Wakil rakyat kafir ini dijemput bukan untuk diseru kepada Islam.

Sebaliknya mereka yang tazkirahkan umat Islam. Mengingatkan umat Islam supaya bersyukur dan berterimakasih dengan angpau dan envelop yang diberi. Dan jangan lupa undi mereka dalam pilihanraya akan datang. Dan para wakil rakat kafir ini bukan datang melancong!!

Apakah para agamawan ini merasakan para kafirun itu akan pulang dengan penuh keinsafan akan kebesaran Allah? Saya percaya mereka akan pulang dengan bangga dapat memijak tempat sujud umat Islam kerana umat Islam terlalu mengharapkan angpau dan bantuan kewangan mereka, dan mungkin beberapa undi tambahan akan mereka perolehi dalam pilihanraya akan datang.

Saya mahu bertanya dah berapa ramai wakil rakyat kafir ini yang sudah menerima Islam? Sudah hampir tiga tahun tidur sebantal dengan mereka, dah berapa ramai yang kalau tak masuk Islam pun ataupun sekurang-kurangnya memahami Islam.

Yang saya tengok, mereka makin angkuh dan sombong terhadap Islam. Kenyataan YAB Tok Guru Nik Aziz mendesak hudud dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ditentang habis-habisan oleh para kafir harbi ini dengan sokongan balaci-balaci Melayu mereka.

Akhirnya kata sepakat dikeluarkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika PR menjadi kerajaan!! Bukan sahaja mereka tidak berlembut terhadap Islam, malah kelihatannya mereka makin angkuh dan biadap terhadap perjuangan Islam.

Dan membenarkan mereka masuk memijak tempat sujud umat Islam membawa angpau dan envelop adalah satu penghinaan terbesar keatas Islam. Bukan mereka yang didakwahkan, tetapi umat Islam yang ditazkirahkan oleh kafirun ini.

Mungkin juga mereka menasihatkan umat Islam supaya bersyukur dengan angpau dan envelop yang disedekahkan, dan jangan lupa undi mereka nanti dalam pilihanraya ke 13!!

Benarlah kata Rasulullah SAW, kita sekarang hidup di zaman fitan. Zaman yang umat Islam rosak akibat kejahilan mereka dan ulama'nya pula terlalu lesu. Poltik kepartian sudah semacam menjadi satu agama baru bagi segelintir umat dan mendapat kuasa semacam menjadi satu matlamat yang mesti dicapai atas apa sebab sekalipun.

Saya menyeru diri saya dan kesemua umat Islam, kembalilah kita kepada Islam yang sebenarnya. Di bulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingatlah pesan Allah, "di bulan Ramadan ini turunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penuh dengan keterangan dan bukti, supaya kamu dapat membezakan (yang mana Islam yang mana kafir).

"Inilah kitab al-Quran, yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi petunjuk kamu untuk bertaqwa". Dan firman Allah, "diwajibkan keatas kamu berpuasa di bulan Ramadan, sebagaimana diwajibkan ke atas unmat terdahulu, semoga kamu berolah ketaqwaan".

Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayahNya dan memberikan keampunan kepada kita. Doa Nabi SAW di akhir tahiyyat, "Lindungilah kami dari fitnah qubur, lindungilah kami dari fitnah neraka jahanam, lindungilah kami daripada fitnah dajjal".

Yang baik datangnya dari Allah, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri. Selamat berpuasa, moga mencapai darjat ketaqwaan kelak.

Ahad, 29 Ogos 2010

Polis pukul budak sampai koma














RIDUAN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Muhammad Raimie yang koma di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.

KALAULAH KEJADIAN INI BENAR-BENAR BERLAKU. ANGGOTA POLIS YANG MEMUKUL MUHAMMAD RAIMIE ADALAH SEORANG YANG ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN. DIA TELAH MENYALAHGUNAKAN KUASA YANG DIBERIKAN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN KEAMANAN DENGAN BERTINDAK KEJAM SEHINGGA MELETAKKAN ORANG RAMAI MEMBENCI PASUKAN KESELAMATAN ITU.

KOTA BHARU - Seorang remaja terpaksa bertarung nyawa apabila koma selama tiga hari akibat kecederaan parah pada kepala selepas didakwa dipukul oleh seorang anggota polis menggunakan sebatang kayu pada 20 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi, Muhammad Raimie Riduan, 15, dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya dengan membonceng motosikal yang ditunggangi rakannya di Kampung Galang, Pulai Chondong dekat sini selepas keluar minum.

Dia kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Dia menerima berpuluh-puluh jahitan.

Bapanya, Riduan Zawawi, 43, mendakwa, sebelum sampai ke rumah, mereka terserempak dengan beberapa anggota polis yang membuat sekatan jalan raya.

"Menurut rakan anak saya, mereka berdua tidak memakai topi keledar dan membuat pusingan U untuk mengelak daripada ditahan. - KOSMO

Heret babi ke rumah ibadat

Sejak akhir-akir ini kita digemparkan dengan tindakan ustaz-ustaz parti mendoa dan mengheret babi ke surau dan masjid. Sungguhpun, manusia bukan beragama Islam boleh memasuki rumah ibadat Islam, tetapi mereka mesti beradab dan sopan, bukan naik ke surau berucap berbaur politik.

Begitu juga dengan sikap taasub segelintir ustaz-ustaz politik, kerana terlalu sayangkan pemimpin bukan Islam, mereka sanggup menggunakan peluang di mimbar solat Jumaat untuk mendoakan kesejahteraan puak kafir. Ini salah dan kurang ajar.

Ustaz-ustaz politik boleh mengajak pemimpin bukan Islam ke masjid dan surau, tetapi bukan memberi peluang kepada mereka berucap. Cukup sekadar mereka naik dan kita memberi penerangan mengenai Islam.

Beginilah bila sudah bergelar ustaz politik, mereka sudah menganggap dirinya tahu selok belok hukum hakam sehingga perbuatan mereka itu telah melampau batas ajaran Islam sebenar.

Harap-harap ustaz-ustaz politik bertaubat dan muhasabah diri. Jadilah manusia yang sederhana, bukan manusia yang riak, hipokrit dan takbur.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Rekod: Judul Pengarang Akhbar

Carian: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=manzaidi+mohd+amin

Pasrah johan teater zon timur
- Mohd Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 18.09.1996

Pasrah johan teater zon timur
- Mohd Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 12.09.1996

Gemilangkan semula sastera
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 11.12.1998

Malam Asresiasi puisi GEMA
- Manzaidi Mohd Amin
- Utusan Malaysia
- 28.12.2006

Dikir laba semakin dilupakan
- Manzaidi Mohd Amin
- Kosmo
- 28.09.2006

Tulisan jawi jadi saksi
- Manzaidi Mohd Amin
- Kosmo
- 01.08.2006

Tradisi Kelantan boleh dihidupkan
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 09.10.1996

Perjuangan Tok Janggut dipentas
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 28.03.1998

Tindakan Pesisir tidak salah
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 14.12.1998

Bakat penulis muda perlu dimantapkan
- Manzaidi Mohd Amin
- Utusan Malaysia
- 03.07.2006

Persatuan harus jemput editor sastera
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 07.01.1997

Fajar Bakti fokus tiga bahasa
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 03.03.1997

Puisi patriotik hayati erti kemerdekaan
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 30.07.1998

Sumbangan Pengasuh tidak pernah berubah
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian (Sastera dan Budaya)
- 04.07.2001

Pesisir jemput pelajar sertai bengkel
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 20.04.2000

Kisah al-Kahfi dipentaskan di Kelantan
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 24.06.1997

Sasterawan harus sedia masuki era siber
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 14.08.1997

Getir diundang lagi ke selatan Thai
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian (Sastera dan Budaya)
- 18.08.2001

Benarkah penulis wanita kurang dapat tempat
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian (Sastera dan Budaya)
- 20.05.2000

Kelantan mahu pelakon bukan Islam jadi raja
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 04.07.1997

Pesisir mulakan program pertama akhir bulan ini
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 23.02.1998

Seni kata dikir laba seperti bahasa Jepun
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 11.08.1998

Pesisir tinjau perkembangan budaya di utara Thailand
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian (Sastera & Budaya)
- 28.11.2001

JM Aziz masih mahu terus berkarya
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 05.05.2000

Cerpen karya Eh Deng Eh Chik ke drama
- Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian (Sastera dan Budaya)
- 29.07.2000

Bengkel pusat sumber pendidikan negeri rangsang terbitkan buku kanak-kanak
1 Manzaidi Mohd Amin
- Berita Harian
- 28.07.1998

Selasa, 24 Ogos 2010

Sikap Nik Aziz dengan kaum kafir

Betapa lembut dan berhemahnya Nik Aziz membalas jawab kenyataan rakan sekongsi dan sepemeluknya, Karpal Singh yang tak bersetuju dengan saranan atau cadangan Pas nak laksanakan hudud bagi menggelakkan berlaku gejala sosial lebih serius.

Ketika Karpal Singh kata, DAP tak setuju hudud boleh atasi gejala buang bayi dan rogol, Nik Aziz dengan senyum manis hanya menjawab, "itu pandangan peribadi Karpal".

Tetapi kalau Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa hudud tak boleh dilaksanakan di negara majmuk ini, dengan keras Nik Aziz kata Tun Mahathir tolak Islam.

Di sini memperlihatkan tingkah laku sebenar Nik Aziz. Kalau orang yang dia sayang dan senang, orang kafir menghina Islam pun dikatakan "tak apa, sebab orang kafir tak faham Islam".

Kalau orang yang sesama agama, sesama bangsa dan yang sama bulu dengannya berkata demikian, dengan latah tuanya dia terus melenting. Beginikah pemimpin Islam? Beginikah kaedah Nabi Muhammad SAW lakukan di zaman pemerintahan Baginda? Layakkah Nik Aziz menyamakan dirinya seperti nabi dan menyamakan pemerintahan yang dilaksanakan di Kelantan sebagai pemerintahan Islam?

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 28 adalah jelas:
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Karpal Nafi Sendirian Tolak Hukum Hudud Dan Negara Islam
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Nik Aziz.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam. - BERNAMA

Sabtu, 21 Ogos 2010

Hudud bukan jawapannya - Karpal Singh

Apa kata pemimpin Pas terhadap Karpal Singh yang menyanggah kenyataan Nik Aziz berhubung pelaksanaan hudud bagi menangani gejala sosial.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata, DAP tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata, beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata, pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar. - BERNAMA

Jumaat, 20 Ogos 2010

Bila Sudah Cinta














Cinta tak kenal usia, darjat, taraf, kedudukan dan keturunan.

LONDON - Nasib seorang nelayan yang hidup amat sederhana dari Dartmouth, Devon, Britain, Guy Barnett berubah serta-merta apabila dia bertemu jodoh dengan anak perempuan seorang individu yang merupakan antara paling kaya di dunia di Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum meninggalkan kampung halamannya di Devon, Barnett bertugas membawa pelancong untuk menangkap ikan tenggiri di atas sebuah bot kecil berusia 80 tahun.

Barnett kemudian meninggalkan Devon untuk bekerja sebagai kelasi di atas sebuah kapal layar mewah milik seorang bilionair Kanada, John Risley yang kini menjadi bapa mertuanya.

Barnett berkenalan dengan anak bilionair itu, Sarah ketika dia bekerja di atas kapal tersebut.

Pasangan itu berkahwin di rumah agam milik Risley di Kanada pada Jumaat lalu.

Majlis sederhana tersebut dihadiri oleh 150 tetamu.

Mereka kemudian belayar ke Eropah dengan penuh bergaya di atas sebuah kapal layar mewah, Northern Star yang bernilai AS$156 juta (RM488 juta).

Kapal itu singgah di Dartmouth untuk majlis resepsi yang mewah.

"Kami mengadakan majlis resepsi di atas kapal bagi membolehkan rakan-rakan saya menghadirinya," kata Barnett.

Dia dan isterinya, Sarah berbulan madu di atas kapal mewah enam tingkat yang disewa khas oleh bapa Sarah, John sebagai sebahagian daripada hadiah perkahwinan untuk mereka.

Barnett sebenarnya sudah lapan tahun bekerja dengan Risley, 62, pemilik sejumlah kapal penangkap ikan di Amerika Utara. - Agensi

Saksikan kebesaran Allah 27 Ogos ini



Planet Marikh Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth.

Be sure to watch the sky on Aug 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

Isnin, 16 Ogos 2010

Ada buku perlembagaan baru?

Inilah bahananya kalau Melayu beri muka sangat kepada bukan Melayu sebagaimana PKR dan Pas memanjakan DAP. Sekarang apa sudah jadi? Ada dalam kalangan bukan Melayu yang dimanjakan oleh Pas dan PKR mula berani menerbit buku perlembagaan baru.

Ini saling tidak ubah seperti pendeta yahudi mengubah kitab Bible yang isi kandungannya jauh terpesong daripada yang difirmankan Allah kepada Nabi Isa. Di Malaysia pun, penderhaka bukan Islam mula meniru gaya pendeta Yahudi. Bezanya penderhaka bukan Islam ini mengubah kandungan Perlembagaan Negara.


Ini yang didedahkan oleh tokoh ulama, Tan Sri Harussani Zakaria.

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa ada individu tertentu mengambil kesempatan meng­hasilkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Katanya, beliau difahamkan sekarang ini sudah ada perlembagaan baru dibuat di Alor Setar, Kedah dengan isi kandungannya antara lain menyebut mahu menyisihkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

"Kebetulan saya berceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang memberikan saya tiga buku perlembagaan (baru) yang dikehendaki oleh pihak tertentu," katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, semalam.

Hadir sama, Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Profesor Datuk Dr Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin yang turut menjadi panel pada program itu.

Kira-kira 300 orang melibatkan ahli GMP, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.

Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.

"Kenapa kita berpecah belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam. Sepatutnya kita semua bersatu. Saya tidak suruh hapuskan parti, tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak mereka," katanya.

Ditanya berhubung individu yang terbabit dalam penghasilan perlembagaan baru itu, Harussani enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Harussani berkata, generasi muda harus bersatu padu bagi memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terjamin.

“Mereka perlu diberi kesedaran dengan menyertai wacana seperti supaya minda lebih terbuka bagi memelihara kepentingan hak orang Melayu yang semakin dipinggirkan," katanya.

Isnin, 9 Ogos 2010

Anak, mangsa ibu binatang














Di Bercham Ipoh, mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui berkeadaan dikafankan dalam longgokan sampah di tapak pelupusan Sampah Jalan Bercham – Tanjung Rambutan semalam.

Mayat bayi malang itu ‘dikafankan’ dengan sehelai kain lampin kemudian dibalut dengan tudung dan kain batik serta dibungkus dengan plastik. Mayatnya dibuang dalam tong sampah sebelum dibawa ke tapak berkenaan.

Note: Cerita lanjut dalam Sinar Harian esok.

Ahad, 8 Ogos 2010

Awang Selamat: Apa Jasa Pas?

AWANG hairan apabila Pas berterusan mendakwa UMNO tidak Islam atau kurang Islam setiap kali memperkatakan soal Islam. Padahal UMNOlah parti paling berjasa kepada perkembangan syiar Islam di negara ini.

UMNO jugalah yang paling ke hadapan dalam mempertahankan kesucian Islam. Terbaru dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. UMNO turut menjadi parti Islam di negara ini membina paling banyak masjid, sekolah agama, universiti termasuk universiti Islam, memperkenalkan Tabung Haji dan pelbagai instrumen Islam dalam sistem perbankan dan insurans.

Peranan aktif Malaysia dalam dunia Islam yang diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, juga adalah atas dasar UMNO. Kesederhanaan pendekatan UMNO membolehkan ramai bukan Islam di negara ini memeluk Islam terutama ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rekod pencapaian itu belum mampu ditandingi Pas yang lebih banyak retorik. Bahkan UMNO terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding Pas yang baru setahun jagung.

Ramai masih ingat betapa pemimpin Pas ghairah melabel bukan Islam sebagai kafir. UMNO yang berbaik-baik dengan parti bukan Islam ditentang serta dituduh kafir. Bukan setakat itu sahaja, UMNO konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain.

Dasar UMNO juga membolehkan kaum minoriti di peringkat awal kemerdekaan berkongsi kuasa. Kaum minoriti juga boleh menguasai ekonomi, adalah atas kemurahan hati kepimpinan Melayu di bawah UMNO.

Selain itu, Malaysia dijadikan model negara Islam termasuk oleh negara rantau Arab adalah kerana pengurusan yang cemerlang. Sebab itu, Awang hairan apabila ramai pemimpin Pas menolak idea permuafakatan dengan UMNO kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat.

Anehnya Pas tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam. Pada Awang, Pas menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam. Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam lain. Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsafan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, mana-mana golongan yang menolak dan menyulitkan usaha ke arah perpaduan, akan menerima pembalasan. Rasulullah sendiri adalah pejuang perpaduan yang tidak meletakkan syarat dan batasan dalam usaha murninya. Meskipun baginda mendokong permuafakatan dengan penganut agama lain, namun teras kepimpinan baginda adalah mendahulukan perpaduan sesama umat Islam. - MINGGUAN MALAYSIA

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kemuliaan Ramadan/Puasa

PUASA
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Ertinya:
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Syaban Tahun 2 Hijrah.

Dalil Perintah wajib puasa: Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

Wajib Puasa:
1. Islam
2. Mukalaf
3. Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4. Telah melihat anak bulan Ramadan atau mensabitkan bulan Ramadan dengan menggenapkan bulan Syaban 30 hari.

Sah Puasa:
1. Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2. Suci dari haid dan nifas.
3. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4. Bukan pada hari yang tidak sah puasa iaitu Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Syaban).

Rukun Puasa:
1. Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2. Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa, sekiranya:
1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga atau
lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4. Haid atau nifas.
5. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6. Murtad (keluar dari Islam).
7. Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1. Berdusta, berbohong.
2. Mengumpat, mengata orang.
3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5. Marah.

Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya".
- (Hadis Riwayat Muslim)


Bermaksud: "Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji". - (Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:
1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: "Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka".

2. Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: "Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya".

3. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6. Memperbanyakkan sedekah.
7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya
matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1. Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada'.
2. Orang sakit, wajib di qada'.
3. Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudarat bagi dirinya, maka wajib qada' dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada' dan fidyah.

Bacaan Niat Puasa:
1. Lafaz niat puasa Fardu Ramadan
"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah
Taala".

Bacaan Hendak Berbuka Puasa:
"Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi".

SOLAT TARAWIH
1.Hukum solat Tarawih:
a. Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjamaah.

b. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.

2. Waktu solat Tarawih:
Waktu solat Tarawih ini ialah selepas menunaikan solat Fardu Isyak.

3. Rakaat solat Tarawih:
a. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b. Pada zaman Rasulullah SAW solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya
tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.
d. solat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali
takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang
dikehendaki.

4. Lafaz niat solat Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala

5.Rukun solat Tarawih
Rukun solat sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun solat yang lain juga.

SOLAT WITIR
1. Solat Sunat Witir
a. Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat Witir selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan
secara berjamaah.
b. Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c. Lafaz niat solat sunat Witir

i. Bagi dua rakaat yang pertama:
Bermaksud: Sahaja aku solat Witir dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

ii. Bagi rakaat yang akhir:
Bermaksud: Sahaja aku solat Witr satu rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.

d. Pada malam 16 hingga akhir Ramadan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut solat Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba
bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta
syaitan-syaitan dibelenggu

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Kelebihan berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk
bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah
orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut.
Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup
kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah SAWbersabda: Setiap
hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka
sejauh perjalanan tujuh puluh tahun Akhlaq sewaktu berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang
perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh
seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa,
sesungguhnya hari ini aku berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang
tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak
inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak
menerima puasanya).

Kelebihan bersahur
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya

Kelebihan menyegerakan berbuka
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa

Kelebihan Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan.

Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa
yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya
sebelum itu.

Beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.

Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada
sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain

Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang
terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus
menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.

Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa

Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah SAW sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi SAW mengenai fadilat (kelebihan) solat sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1: keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2: diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3: berseru Malaikat di bawah 'Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4: memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6: - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam 10: Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15: Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18: Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19: Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23: Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29: Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama 'Al-Kauthar'".

Khamis, 5 Ogos 2010

Memang Pemuda UMNO lembab pun

Saman ekor: PAS dakwa Pemuda Umno lembab
Jimadie Shah Othman (05.08.2010)

Betul dan tepat sebagaimana kata Mahfuz Omar yang Pemuda Umno ni sebuah pergerakan yang lembab. Kalau ditanyakan kepada saya, akan saya katakan Pemuda Umno ni tembam.

Pada saya, Pemuda Umno ni bukan saja lembab, malah di Pasir Mas, bekas ketuanya seorang kaki tipu.

Ikuti kenyataan Mahfuz dalam portal Malaysiakini:-

Walaupun berkongsi pendirian yang sama, Pas tidak akan mengajak Pemuda Umno turut sama dalam kempen anti saman ekor.

Naib Ppresiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebaliknya menempelak pergerakan itu sebagai lembab.

"Pemuda Umno ini lembab. Amat malang, orang sudah lama bincang dia baru bersuara," katanya.

Mahfuz yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berkata, pihaknya tidak perlu mengajak Pemuda Umno turut serta dalam kempennya itu.

"Tak apalah. Biarlah dia (Pemuda Umno)," katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, amalan saman ekor tidak adil dan patut dimansuhkan kerana mengandaikan seseorang itu bersalah tanpa diberikan peluang membela diri.

Khairy mengeluarkan kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan 14 pengusaha bas dan teksi di PWTC.

Sebelum itu, Pas lebih awal mengumumkan kempen anti-saman ekor, antaranya mendesak pelbagai pihak memansuhkannya dan menghentikan amalan menyenaraihitamkan pengguna kenderaan.

Tindakan kerajaan itu dianggap Pas sebagai tidak berperlembagaan dan menafikan hak pengguna daripada menggunakan kenderaan sebagai harta persendirian.

Rabu, 4 Ogos 2010

Ter atau tembak















Apa sebenarnya berlaku kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kereta yang terbabas dekat Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan tidak jauh dari Kuala Lumpur pagi Selasa lalu?

Selasa, 3 Ogos 2010

Selasa, tengok anak bulan Ramadan

Tarikh Lihat Anak Bulan Puasa Selasa, 10 Ogos

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Buaya Port Dickson














PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.

Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.

Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu.

“Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang.

“Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak.

Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.

Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak ditemui di laut.

Isnin, 2 Ogos 2010

Sekretariat Ilmu-Ulama Muda UMNO










Hari ini Karangkraf Sdn Bhd menerima kunjungan Sekretariat Ilmu-Ulama Muda UMNO. Mereka datang melawat dan menyaksikan bagaimana operasi penerbitan majalah dan akhbar Sinar Harian berjalan. Selepas itu, mereka ke sesi soal jawab dengan barisan Editorial Sinar Harian yang diketuai Ketua Pengarang, En Norden Mohamed.

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...