Selasa, 23 April 2024

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran

APA yang berlaku dalam kes seorang suami nak tembak bunuh isterinya di KLIA1 awal pagi kelmarin, boleh menjadi pengajaran kepada kita di luar sana. Walau amarah sekali pun, kita perlu bertindak matang, bukan membabi buta sebagaimana dilakukan Hafizul Hawari yang nekad nak bunuh isterinya, Farah Cie. Mereka berdua sebelum ini dikatakan pasangan Bahagia. Sama-sama membina dan menjalankan sebuah syarikat umrah. Melihat gambar-gambar dalam Facebook Farah Cie, tidak ada sebab si suami mahu bertindak ganas sedemikian. Apapun, hanya Allah dan mereka berdua yang tahu konflik yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Dan, dikatakan sepanjang perkahwinan mereka, dua kali si isteri membuat laporan polis atas sikap jenayah suami terhadapnya. Seperti yang Pak Dee nyatakan, walau marah mana sekali pun, jangan sampai menggunakan senjata api sebagai jalan penyelesaian. Bagi yang berakal, itu bukan jalan terbaik untuk menamatkan kemarahan atau sengketa dalam rumah tangga. Sebagai suami, cerai talak ada pada mereka. Itulah sebenarnya jalan terbaik jika mahu kes keruntuhan rumah tangga atau dendam kesumat antara satu sama lain selesai. Pergi ke pejabat tok kadi, atau sekurang-kurangnya lafaz cerai pada isteri. Habis cerita. Masing-masing boleh teruskan hidup baru dengan lebih aman dan bahagia. Kemudian, buat tuntutan harta sepencarian, maka tamatlah persengketaan. Ini tidak. Kau rancang perkara lebih buruk lagi terhadap isteri. Langsung tak fikirkan nyawa orang yang pernah kita tiduri, layari kehidupan berumah tangga sebelum ini. Dengar cerita, Hafizul mendapat pendidikan agama di sebuah pondok pengajian agama di Kelantan. Al-Hafiz pula tu, tetapi hati dan jiwa masih dikuasai hasutan iblis. Ambil tindakan sendiri, yang akhirnya bukan sahaja menamatkan kebahagian hidup, malah menyusahkan orang lain. Hidup dalam buruan amat menyeksakan. Apatah lagi kalau sudah ditangkap polis. Direman selama tujuh hari, dihadapkan ke mahkamah dan didakwa bawah akta senjata api serta cubaan membunuh. Tidakkah akta ini meletakkan kamu dalam kesusahan, kesakitan dan keseksaan? Menjalani hukuman penjara berpuluh tahun adalah satu hal yang sia-sia. Umur yang sepatutnya digunakan untuk perkara bermanfaat, dihabiskan begitu saja dengan meringkuk dalam penjara. Sepatutnya boleh tidur lena, menjalani kehidupan bebas, kini masa depan kamu sudah tertutup selama-lamanya. Jika kamu keluar penjara sekalipun, kamu tidak lagi bahagia. Kebahagiaan hidup kamu sudah diragut oleh perbuatan kamu sendiri. Ini yang dikatakan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian memang dah tak berguna lagi. Nak pusing balik waktu memang dah tak boleh. Sekarang kamu kena hadap masa depan yang gelap. Sebab itu, Allah beri akal, otak dan fikiran kepada manusia. Supaya menggunakan akal untuk berfikir. Berfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya tidak menyesal kemudian hari. Kita hidup dalam undang-undang. Baik undang-undang al-Quran, undang-undang al-Hadis mahupun undang-undang dunia. Kita jangan fikir berbuat jahat akan terlepas. Tidak, peratusan untuk terlepas dari perbuatan jahat kita teramat kecil. Selebihnya, kita akan ditangkap, didakwa dan dipenjarakan. Itulah yang berlaku. Walaupun kamu terlepas dan berjaya mendarat di bumi Makkah sekalipun, kelegaan itu bersifat sementara, bukan selama-lamanya. Lebih lagi, kamu dalam senarai buruan atas kesalahan jenayah. Sebab itu, Pak Dee selalu mengingatkan diri sendiri. Beristiqomah, menyerahkan diri kepada Allah, berdoa meminta agar Allah pelihara dan lindungi diri Pak Dee dari tersalah melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan diri. Pak Dee selalu beringat dan berhati-hati, baik dalam tingkah laku, perbuatan, percakapan mahupun penulisan. Pak Dee lakukan dengan waras agar tidak tersasul atau terbabas sehingga menjadi perhatian pihak berkuasa. Pak Dee takut dan memang Pak Dee seorang yang penakut dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Pak Dee nak, bila mengantuk dapat pejam mata tidur dengan lena. Pak Dee tak mahu fikiran terganggu hingga mengacau tidur atau waktu rehat Pak Dee. Pak Dee juga tak mahu kehidupan Pak Dee diburu oleh pihak berkuasa hingga hilang kebebasan mengecapi dan menikmati kehidupan harian. Maka, Pak Dee mengajak rakan-rakan di luar sana, jauhkan diri dari perbuatan jenayah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Harapan Pak Dee, kes Hafizul ini menjadi pengajaran dan menyedarkan kita semua daripada hidup senang lenang, tiba-tiba gelap dalam sekelip mata. Fikirlah masa depan kita, anak-anak kita, ibu bapa kita dan ahli keluarga kita. Tidak salah untuk berbuat kebaikan dan tidak mengahkan kita kalau melakukan kejahatan. Ingat tu. – NasionalDaily 17hb April 2024

Perantau perit balik kampung di Kelantan

TIAP kali musim perayaan, tak kiralah perayaan apa sekalipun, yang paling azab ialah perantau dari Kelantan yang mencari rezeki di ibu kota Kuala Lumpur mahupun negeri-negeri maju. Bersusun-susun kereta sesak di lebuh raya dan jalan negeri. Tak kiralah Lebuhraya Timur Barat, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Plus mahupun Lebuhraya Pantai Timur. Hanya ini saja rangkaian lebuh raya yang ada, yang menghubungkan Kuala Lumpur, negeri-negeri utara ke Kelantan. Kenapa Pak Dee sebut Kelantan, tak sebut Terengganu dan Pahang atau negeri-negeri lain? Sebab, setakat ini hanya Kelantan saja belum ada lebuh raya. Negeri lain semua dah ada lebuh raya. Jadi, mereka balik beraya tidaklah sesak sampai 10, 12 jam sebagaimana dialami perantau dari Kelantan. Jalan negeri yang ada, tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang balik ke Kelantan. Itu tak apa lagi, sebagai perantau, Pak Dee sudah kalih dengan kedaifan itu. Ada lebuh raya pun setakat pintu masuk Gua Musang dari Padang Tengku, Lipis. Negeri lain, lebuh raya depan rumah. Tak hadam sangat dengan kesesakan. Rasa Pak Dee, rungutan atau keluhan berkenaan rangkaian lebuh raya atau jalan pulang ke Kelantan ni bukan sekali ini dicoretkan. Malah, setiap tahun sejak Pak Dee bergelar perantau selama hampir 17 tahun. Namun, macam itu juga keadaannya. Bahkan, dijawabnya oleh pemimpin kerajaan negeri, perantau balik pun sekali setahun. Sedih Pak Dee dengar jawapan sebegitu. Seolah mahu lepas tangan dari laksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Apapun, Pak Dee bersyukur dan berterima kasih juga kepada kerajaan Persekutuan kerana sekurang-kurangnya ada juga lingkaran tengah atau dipanggil CSR bermula dari Padang Tengku, Kuala Lipis hingga ke Merapoh. Dapatlah jimatkan masa sekitar satu jam dari lima atau enam jam masa diambil untuk ulang alik sehala. Kalau tak ada CSR, maka merayaplah memanjat jalan Bukit Tujuh yang bengkang bengkok lagi merbahaya tu. Pak Dee ingat, kerajaan terutama di bahagian Kelantan bermula dari pintu masuk Gua Musang kena tekan kontraktor supaya percepatkan menyiapkan fasa akhir CSR tu. Yang dalam Pahang dah 90 peratus siap dan digunakan, kecuali CSR dari Raub ke Padang Tengku masih dalam progress penyiapan. Kalau siap fasa Raub – Padang Tengku, Insya-Allah jarak masa balik perantau dari Kuala Lumpur ke Kelantan sekurang-kurang tiga ke empat jam. Dan, kesesakan trafik pun dapat diatasi sepenuhnya. Sepanjang perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan, Pak Dee hanya kecewa sedikit tengok perkembangan kerja pembinaan CSR di Gua Musang. Masih lagi dengan kerja sodok tanah dan pemasangan besi tiang. Kalau maca mini keadaannya, Pak Dee rasa dua tiga tahun lagi belum siap. Sedangkan, proses di Pahang sudah hampir siap. Makanya, makan jem lagilah anak-anak perantau. Pemimpin kerajaan dan pemimpin parti politik mungkin tidak pernah merasa suasana kesesakan sebab mereka ulang alik dengan kapal terbang. Sudah dan payah nak cari pemimpin zaman dulu, nak rasai sendiri nadi rakyat, mereka sanggup memandu sendiri kereta redah suasana. Pemimpin sekarang, kerjanya duduk di kerusi empuk, bilik berhawa dingin. Naik kereta besar, pakai pemandu. Jadi, mereka tak merasai sampai perit jerih rakyat yang menggunakan jalan negeri Machang-Kuala Krai-Gua Musang dan Tanah Merah-Jeli-Dabong-Gua Musang. Dua jalan utama bagi rakyat Kelantan ini selain struktur permukaannya tidak rata, berlubang. Ia juga agak sempit. Dengan garisan putih yang sudah pudar dan bergelap sepanjang jalan pada waktu malam. Kalau ada lampu jalan pun, dekat-dekat nak masuk bandar atau pekan. Yang lain-lain kena pandai-pandai sendirilah memandu untuk sampai ke destinasi. Pak Dee tahu, rungutan yang entah kali ke berapa ini tidak akan didengar oleh pemimpin. Tapi, tak apalah. Sekurang-kurangnya tanggungjawab Pak Dee untuk memaklumkan permasalahan ini kepada kerajaan negeri sudah terlaksanakan. Di akhirat esok, mudah dan sedang Pak Dee jawab di hadapan Allah SWT. Tinggal lagi pemimpin yang cakap lain, buat lain akan menjawab di hadapan Allah akan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin dan apa yang mereka lakukan untuk kesenangan dan kemudahan rakyatnya. Mereka kata memperjuangkan Islam, mereka tahulah apa yang mereka lakukan sepanjang diamanahkan sebagai pemimpin. Pak Dee masukkan sikit data mengenai projek CSR ini; Projek keseluruhan CSR sejauh 350 kilometer tanpa tol dengan kos keseluruhan bernilai kira-kira RM8.7 bilion. Ia melibatkan enam fasa dengan empat daripadanya sejauh lebih 200 kilometer terletak dalam Pahang, manakala selebihnya terletak di Kelantan. Fasa Pertama: Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit sejauh 47 kilometer Fasa Kedua: Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang sejauh 59 kilometer Fasa Ketiga: Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang 92.5 kilometer Fasa Keempat: Kampung Relong ke Raub 50 kilometer Fasa Kelima: Raub ke Bentong 54 kilometer, dan Fasa Keenam: Bentong ke Simpang Pelangai 47.5 kilometer. – NasionalDaily 13hb April 2024

Manusia hina agama dan bangsa patut diajar

DALAM sehari dua ni galak pula pihak-pihak tertentu mempermainkan agama dan bangsa sendiri. Ada kes orang bukan agama dianutinya menghina agama lain. Ada kes bangsa sendiri hina adat, budaya dan agama sendiri. Semuanya dilakukan semata-mata kerana nak melariskan perniagaan. Seolah tidak ada cara lain yang lebih sopan dan beradab untuk tarik minat orang ramai tahu dan beli produk mereka. Nama Allah juga digunakan mereka secara halus dan budaya bangsa juga dijadikan bahan lawak sebagai strategi pemasaran. Pak Dee geleng kepala lihat perangai dan sikap manusia sedemikian. Mereka langsung tidak terfikir kesan daripada perbuatan itu. Mereka seperti seronok menggunakan sentimen kebencian, kemarahan orang ramai sebagai pelaris. Tak apa orang marah pun, janji produk aku laris atau laku. Barangkali itu yang mereka fikirkan. Ini yang membuatkan Pak Dee berasa hairan dengan manusia seperti ini. Soal menyalahgunakan kalimah Allah, bukan sekali berlaku. Dan, bukan seorang dua dikenakan tindakan undang-undang, tapi masih ada yang melakukannya lagi. Seolah hukuman dikenakan kepada orang lain, tidak mendatangkan kesan kepada mereka. Begitu juga soal menghina bangsa sendiri. Bukan sekali dua kumpulan tidak ada otak ini lakukan, hampir setiap tahun terutama menjelang Hari Raya mereka cetuskan dengan idea gila. Bila netizen marah. Bila pihak berkuasa bersuara, mereka menunjukkan rasa ‘kesal’, lalu minta maaf. Siap dengan lakonan muka sedih, menangis kononnya insaf dan menyesal. Tetapi, masa akan datang buat lagi. Bila orang tegur, minta maaf lagi. Mujurlah rakyat Malaysia dan penguatkuasa di negara ini jenis baik hati. Pesalah minta maaf saja, terus diam. Tidak ada tindakan boikot atau penahanan dibuat. Ini yang mendorong sesetengah pihak untuk ‘insaf’ sekejap, kemudian ulang lagi dan lagi. Kali ini Pak Dee dan cadangkan kepada para netizen dan pihak berkuasa. Kalau berlaku lagi hal-hal berkaitan menghina agama dan bangsa, tanpa berlengah, pakat buat laporan polis. Heret mereka ini ke muka pengadilan. Dakwa di mahkamah dan jatuhkan hukum, baik denda ratusan ribu ringgit mahupun penjara. Biar mereka merasa habis duit dan duduk dalam penjara, dan biar kes mereka jadi pengajaran kepada yang lain. Kalau setakat tegur dan tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil, lain kali mereka buat lagi dengan cara lain yang lebih menjelikkan. Sebab itu, perbuatan menyentuh 3R ini tidak pernah berkesudahan. Kerana, pertama hukumannya terlalu ringan atau tidak ada hukuman langsung. Kedua, menerima maaf dan dimaafkan. Dan, ketiga, tidak ada tindakan lebih tegas, malah mereka dibiarkan begitu saja. Contoh, ada satu video yang tengah galak viral sekarang. Ia berkaitan lagu Hari Raya yang menyaksikan sekumpulan pondan tergedik-gedik dalam bilik air menari-nari macam ular kena palu. Hal sedemikian sewajarnya ada laporan polis. Bukan dibiarkan mereka terus menghina kesucian Ramadan dan Syawal. Bukan pertama kali kumpulan lelaki tergedik ini muncul, tahun sebelumnya pun pernah muncul. Tetapi kerana tidak ada tindakan diambil, mereka muncul lagi dengan gaya mengalahkan orang kurang siuman. Bila ditegur, mereka minta maaf. Janji tak buat lagi. Netizen pun maafkan dan tutup isu itu. Tahun depan mereka buat lagi. Netizen tegur lagi dan mereka minta maaf lagi. Begitulah seterusnya, selagi mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang dan merengkok sebulan dua atau setahun dua dalam penjara. Jangan main-main bila dipenjarakan. Nak gedik-gedik, nahaslah kamu. Dalam tu bukan orang-orang baik macam orang kat luar. Kamu gedik saja, terimalah akibatnya. Menyesal tak sudah. Jadi, sebelum kamu diheret ke penjara. Baik kamu insaf betul-betul mulai hari ini. Janji tak akan ulang lagi untuk selama-lamanya dan berubah jadi manusia baik. Pak Dee bukan nak ugut. Pak Dee nak nasihat. Sebelum nasi menjadi bubur, tanaklah beras tu elok-elok. Jangan leka dengan mainan dunia. Nak meniaga pun, meniagalah cara elok. Biar hasil dapatan itu berkat. Rezeki yang berkat walaupun dapatannya RM800 sebulan, boleh sara hidup keluarga sampai sebulan. Hidup dengan senang dan tenang. Tapi, kalau rezeki tidak berkat, dapat untung bersih RM1 juta seminggu pun, hidup tak sentiasa tenang. Kena ingat tu. Kepada netizen, mulai hari ini jangan layan kalau muncul video-video menghina agama dan bangsa sendiri. Benda boleh boikot, kita pakat boikot. Benda boleh buat laporan polis, kita pakat lapor polis ramai-ramai. Biar mereka sedar perbuatan mereka tidak baik untuk agama, bangsa dan negara. Biar mereka papa kedana atas perbuatan yang mereka sengaja cari penyakit. Pak Dee bukan nak menghasut, tetapi ini sajalah cara nak beri pengajaran yang sebenar-benar pengajaran kepada mereka yang tidak pernah serik ini. Sekian. – NasionalDaily 3hb April 2024

Sabtu, 30 Mac 2024

Dah tahu harga mahal, makanan busuk, kenapa beli?

BURGER dijual harga RM30?, Roti John dijual sampai RM40? Tak masuk akal, kata ramai netizen bila seorang pembeli viralkan makanan yang dibelinya di sebuah nazar Ramadan di Johor. Pak Dee hanya senyum dengar rungutan ni. Sebab pada Pak Dee lagi tak masuk akal, orang yang membelinya. Entah ada akala tau tak. Pak Dee bukan nak hina pembeli tu, tapi Pak Dee sedih dengan pembeli tu. Sedih sebab Allah kurniakan pancaindera mata untuk melihat, hati untuk menentukan gerak kita dan otak untuk memikirkan wajar atau tidak aku beli burger dan roti John yang aku tahu harganya teramat yahudi. Kalau pembeli tu pakai otak, dia dah tentu tak akan beli makanan tersebut. Dah tentu harganya mahal dan tak masuk akal, buat apa nak beli. Kalau beli juga makanan yang harganya tak masuk akal tu, maknanya tak ada akallah. Lainlah kalau pembeli beli makanan itu semata-mata nak buat konten dalam media sosial. Nak viral kepada orang ramai kononnya aku terbeli makanan yang paling mahal dalam dunia, mengalahkan harga paling yahudi. Tapi rasanya tak logik pembeli beli bagi tujuan itu. Dah tentu dia beli untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Maklum, orang tengah puasa. Harga mahal pun beli walaupun tahu tak berbaloi. Dalam bab ni, bukan saja pembeli tak ada akal, penjual pun tak ada akal. Boleh atau sanggup mereka jual sebiji burger dengan harga RM30 dan sebiji roti John dengan harga RM40. Sah-sah penjual ini tak ada otak. Sebab, dia tak fikir kalau jual harga mahal, makanannya pasti tak laku, melainkan yang tak ada akal akan membelinya. Hari ini Pak Dee terpaksa berkasar sikit. Sebab Pak Dee pun ada perasaan geram kalau baca berita pasal harga makanan dan minuman di bazar Ramadan mahal, busuk, basi, masam dan sebagainya. Pak Dee tak nak seratus peratus geram atau marah kepada penjual. Pak Dee lebih geram dan sakit hati kepada pembeli. Mereka bukan buta ketika berkunjung ke bazar Ramadan. Mereka bukan bisu untuk menegur peniaga bahawa makanan atau minuman yang dijual terlalu mahal. Atau makanan dan minuman yang dijual sudah basi, keras macam besi, lembik macam lumpur. Dah tahu makanan basi, mereka beli juga. Dah tahu harga mahal, mereka beli juga. Lepas tu balik rumah, viral dalam media sosial. Konon nak raih simpati netizen. Mujurlah netizen sekarang ni cerdik, mereka tak melenting marahkan peniaga, sebaliknya memaki hamun pembeli. Peniaga memang tabiat dan perangai mereka, kalau makanan atau minuman jualan dua tiga hari lalu tak habis, mereka akan campur dengan yang baharu untuk dijual. Mana mereka tahu dosa pahala dengan berbuat demikian. Yang mereka fikirkan ialah untung. Dengan untung jual makanan basi, minuman sudah masam itulah mereka nak belanjakan sambut raya. Nak beli baju baru, seluar baru, kasut baru. Nak tukar langsir baru, alas meja baru. Nak beli kuih muih untuk jamuan raya. Mana mereka nak fikir keberkatan. Sebab mereka meniaga pun setahun sekali, bukan sepanjang hari. Bulan ini mereka digam sebab jual makanan basi, tahun depan mereka beralih ke bazar lain pula. Mereka buat lagi perkara-perkara buruk tu. Jadi, kesedaran membeli itu sepatutnya ada pada pembeli. Mereka yang dapat menilai, menilik, meneliti setiap jenis makanan yang nak dibeli. Itu penting dan perlunya manfaatkan sepenuhnya guna mata, hati dan otak. Mata boleh melihat, hati boleh merasa, otak boleh menentukan sama ada nak beli atau tidak. Bukan sampai saja di gerai, terus beli. Peniaga letak harga RM30, RM40 pun bayar. Apa kejadah pembeli macam ni. Dahlah peniaga tu kejadah, kita pembeli pun ikut kejadah sama. Lepas tu sampai rumah, merungut. Sebab itu Pak Dee selalu nasihat. Lebih baik makan makanan yang dimasak di rumah. Sesibuk mana kerja pun, majikan sudah pendekkan waktu bekerja. Sempatlah jerang nasi, goreng telur, singgang ikan. Masakan sendiri jauh lebih sedap dan segar dari beli di bazar. Itupun Pak Dee nak kena ajar. – NasionalDaily 27hb Mac 2024

Islam didik umat berdisiplin, boikot cara terbaik

BILA isu kedai serbaneka KK Mart hangat diperkatakan, Pak Dee sekadar jadi pemerhati saja. Malas atau tak nak jadi ‘nasi tambah’ kepada isu yang sedang panas ketika itu. Sekarang bila dah lebih seminggu berlalu, keadaan dan suasana pun dah nampak reda, barulah Pak Dee nak menitip sikit pandangan, pendapat, nasihat, kritikan dan teguran dalam isu ini. Sepanjang menjadi pemerhati, Pak Dee tengok hanya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh yang paling lantang mempertahankan agama Islam dari diperlekeh dan dipermainkan orang-orang tak bertanggungjawab. Yang lain-lain seperti Pemuda Pas yang mendakwa parti mereka membangun dan menjunjung Islam, senyap. Begitu juga Pemuda Amanah, Pemuda Bersatu dan Pemuda PKR, semua senyap. Pak Dee faham kenapa mereka senyap. Mereka lebih utamakan persahabatan dengan kaum bukan Islam. Mereka nak tegur pun kena ibarat tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berserak. Suara mereka hanya kedengaran pun selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan anakanda baginda Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang menghina Islam. Pak Dee rasa kalau baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Sultan Johor senyap, semua akan senyap, kecuali Dr. Akmal yang berseorangan dari awal hingga akhir bersuara dalam isu penghinaan kalimah Allah oleh KK Mart. Betul, bukan KK Mart yang jual stoking itu. Pengedar rasmi kedai itu yang letak stiking di kedai itu. KK Mart sediakan ruang untuk pengedar letak dan jual produk masing-masing. Tetapi, sebagai tuan rumah kepada pengedar-pengedar, KK Mart kena patut ada rasa tanggungjawab untuk periksa dan semak semua barang-barang yang dibawa masuk ke rak untuk jualan. Terlalu percaya atau longgar sangat syarat dikenakan kepada pengedar pun tak boleh juga. Mana kita tahu dalam ramai-ramai pengedar, ada seorang dua yang busuk hati, buruk perangai terhadap kita. Diletaknya produk salah atau haram, menangis tak berlagu la. Dan, memang betul tekaan Pak Dee, kerana inilah yang berlaku kepada KK Mart. Kerana terlalu percayakan pengedarnya, akhirnya memakan diri sendiri. Semua pengurusan KK Mart kena kecam, kena kutuk, kena sumpah seranah dan kena panggil soal siasat. Tika itu, panggillah semua pemegang taruh, ahli lembaga buat mesyuarat tergempar pun dah tak guna. Buat permohonan maaf dan beri pelbagai alasan pun sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Umat Islam sudah terguris. Ini yang dikatakan, kalau Allah nak tarik nikmat seseorang, dalam sekelip mata sahaja Allah lakukan. Tetapi, manusia tak pernah mahu ambil pengajaran dari insiden yang lepas-lepas. Dalam al-Quran sudah jelas Islam itu agama yang benar. Dan, dalam Perlembagaan Negara juga sudah termaktub, Islam itu agama Persekutuan. Tidak ada agama lain boleh mengatasi agama Islam, tetapi tidak dihalang untuk penganutnya beramal dengan agama masing-masing, asalkan jangan sentuh agama orang lain. Dalam undang-undang juga sudah jelas dinyatakan, mana-mana penganut agama lain tidak boleh menghina agama Islam. Begitu juga yang beragama Islam tidak boleh menghina kepercayaan agama lain. Ini yang dipanggil majmuk. Hidup bermasyarakat dengan penuh keharmonian walaupun berlainan agama. Tetapi, dalam selalu peringatan ini diperingatkan, masih ada juga yang mengambil kesempatan nak gugat keharmonian. Mereka dengan sengaja bermain dengan sentimen keagamaan. Menyentuh sensitiviti penganut-penganut agama yang ada di Malaysia dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan, kekacauan dan ganggu-gugat. Jadi, apa yang Pak Dee nak titipkan di sini, inilah yang berlaku kalau ada pihak cuba menjolok sarang tebuan. Bila tebuan mengamuk, tiada maaf bagi mu. Dan, inilah yang berlaku kepada KK Mart. Buat perkara ditegah ni memang seronok, tapi bila kena cekup, bila sudah terhantuk baru nak tengadah. Minta maaf berjela-jela pun tak guna lagi. Dan, dalam bab KK Mart ni, mereka patut berterima kasih kepada umat Islam Malaysia. Walaupun kalimah Allah Yang Maha Suci disentuh, umat Islam tidak seagresif seperti saudara seagamanya di negara-negara lain. Kemarahan umat Islam di Malaysia tidak sampai tahap nak bakar kedai. Tidak sampai tahap nak berhimpun depan kedai. Umat Islam Malaysia cukup berdisiplin dalam mengajar pihak yang menghina agamanya. Iaitu, boikot. Mereka tidak masuk membeli di kedai KK Mart. Mereka gunakan kuasa membeli mereka di kedai-kedai Muslim. Jadi, KK Mart mahupun rakan-rakan yang sewaktu dengannya tak boleh marah kepada Muslim kalau kedai mereka tidak lagi dikunjungi. Kami sebagai umat Islam, kami patuh pada ajaran agama kami, yang minta kami berdisiplin dalam semua hal. – NasionalDaily 24hb Mac 2024

Jangan boikot bazar Ramadan, boikot peniaga jual makanan basi

SELAMAT berpuasa Pak Dee ucapkan. Belum terlambat untuk buat ucapan kepada pembaca NasionalDaily, kerana puasa baru masuk hari keempat. Dan, hari keempat puasa juga sudah riuh pasal makanan basi, lauk berulat dan air yang dijual di bazar-bazar Ramadan sudah berbau masam. Bab puasa ni, Pak Dee sejak dulu sampai sekarang tak pernah terbeli makanan basi, lauk berulat mahupun air sudah masam, sebab Pak Dee tak pernah beli di bazar Ramadan. Hari-hari sepanjang 29 atau 30 hari puasa, Pak Dee masak sendiri je. Paling simple Pak Dee goreng nasi dengan cili boo, campak udang atau kerang. Masa berbuka makan nasi goreng berulamkan timun cicah budu. Lebih sedap dan lebih menyelerakan dari beli di bazar Ramadan. Setiap kali tiba Ramadan, Pak Dee selalu ingatkan dan pesan pada saudara mara, kawan taulan, sahabat handai, jangan beli makanan atau minuman di bazar Ramadan. Hari pertama okay lagi, semua makanan dan minuman fresh-fresh, masuk hari kedua dah rasa maung (makanan dah mula rasa macam basi). Apa tidaknya, makanan yang tak habis dijual pada puasa pertama, dicampur dengan masakan baharu pada hari kedua. Kemudian bila yang basi campur dengan yang baharu hari kedua tak habis, dicampur lagi dengan masakan baharu pada hari ketiga, maka lain macam lah makanan atau minuman tu. Bayangkan, segala bakteria dan kuman pada sisa makanan hari pertama dan hari kedua dijual pada hari ketiga. Mahu tak sakit perut. Bila sakit perut dan termakan makanan basi, minuman masam, mulalah viral di media sosial. Dalam bab ni, Pak Dee tak tahu nak salahkan siapa. Pak Dee percaya semua pelanggan yang berkunjung ke bazar Ramadan, matanya okay, hidungnya okay dan telinganya pun okay. Bila semua okay, mustahil masa mereka beli makanan dan minuman tu tak dapat lihat keadaan makanan tu atau tak dapat hidu baunya. Begitu juga ada telinga, tapi tak nak dengar nasihat orang supaya jangan beli di bazar Ramadan. Biasanya, peniaga makanan dan minuman di bazar Ramadan ni 90 peratus adalah muka baru, bukan peniaga yang sudah lama berniaga. Peniaga baru biasanya meniaga nak kaut untung, mereka tak ambil berat pun soal kualiti makanan dan minuman. Janji makanan dan minuman mereka laku. Peniaga lama meniaga kerana nak jaga imej mereka, sebab selepas raya, mereka akan teruskan berniaga dan perlu jaga hati pelanggan. Peniaga baru, habis sebulan Ramadan, mereka bungkus segala alat-alat untuk digunakan pada Ramadan akan datang. Tak ada pelanggan tetap pun mereka tak kisah, sebab pelanggan mereka sentiasa orang baharu. Sebab itu Pak Dee selalu pesan, jangan beli makanan dan minuman di bazar Ramadan. Dan, kerana tak dengar nasihat Pak Dee, maka hari ketiga Ramadan lagi dah bising terbeli makanan basi. Kemudian hari ni Pak Dee dengar sosek sosek pakat nak boikot bazar Ramadan, macam mereka boikot McD, Starbuck dan KFC. Pada Pak Dee, tak wajar nak boikot sebab akan memberi kesan pada peniaga lama. Peniaga yang jual makanan fresh. Kalau nak boikot juga, boikotlah peniaga yang jual makanan basi dan air masam tu. Kenal pasti tapak gerai dan muka peniaga tu, kemudian beritahu kepada orang ramai jangan sekali-kali singgah beli di situ. Itu cara betul nak boikot. Bazar Ramadan tak salah. Maka tak perlu nak boikot. Yang salah ialah peniaga bidan terjun tu. Masak tah apa-apa, lebih kepada syok sendiri. Soal kualiti diletaknya ke belakang. Kemudian datang pelanggan yang mata rabun, hidung resdon terus beli makanan tu walaupun lauknya ada telur lalat. Akibatnya, kerana nila setitik habis susu sebelanga. Atau kerana seekor kerbau membawa lumpur habis terpalit pada yang lain. Jangan, Pak Dee nasihat jangan cuba nak boikot bazar Ramadan. Kesian orang lain yang tak tau memasak nak berbuka puasa nanti. Pak Dee, walaupun tak pandai masak, arwah mak ada tinggalkan resipi singgang ikan, tumis ikan bilis dan tumis ketam. Tiga resipi ni kalau Pak Dee masak gilir-gilir dah seminggu bertahan makan masakan sendiri. Minggu seterusnya, goreng kunyit ikan, makan dengan budu. Selera betul. Ramadan tak mestinya kita kena makan makanan sedap-sedap. Menu biasa pun menyelerakan untuk dijadikan juadah berbuka puasa. – NasionalDaily 15hb Mac 2024

Ayah Sin arkitek padi dan beras

SEJAK mutakhir ni heboh pasal padi dan beras. Heboh di Parlimen mahupun heboh di luar Parlimen. Ada yang kata padi tak bermutu, ada yang mendakwa beras tidak ada di pasaran. Setakat ni Alhamdulillah, Pak Dee tak berdepan lagi dengan ketiadaan beras di pasaran. Pak Dee pergi ke kedai runcit, pergi ke pasar raya borong pun beras bertimbun-timbun di rak. Yang mendakwa kata beras tak ada tu Pak Dee tahu macam mana boleh berlaku. Mungkin di kedai runcit sekitar kampung mereka lah kot tak ada bekalan. Pada Pak Dee, semuanya mencukupi. Apa yang menarik perhatian Pak Dee mengenai padi dan beras ni, suka Pak Dee nak imbau di zaman awal 90-an, di mana Pak Dee bekerja di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kota Bharu, Kelantan. Ketika Pak Dee mula masuk kerja, pengerusinya adalah Tan Sri Hussein Ahmad atau lebih mesra dan dikenali dengan panggilan Ayah Sin. Pak Dee bertugas sebagai Ketua Wartawan Radio KADA waktu itu. Sebagai wartawan, tugasan harian Pak Dee ialah ikut Ayah Sin hadir ke program-program di setiap kampung. Pak Dee lihat dan merasai sendiri suasana cara Ayah Sin bekerja. Hampir setiap bulan ketika Ayah Sin mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah KADA, agenda utama yang Ayah Sin tekan ialah, “jangan sekali-kali keluasan sawah dalam kawasan KADA berkurangan. Ayah Sin juga tekankan kepada pegawai-pegawai kanan KADA, agar pastikan jumlah pengeluaran padi di enam kawasan seliaan agensi itu sentiasa mengatasi daripada jumlah sebelumnya. Maknanya, Ayah Sin tekankan kepada dua aspek, keluasan sawah dan jumlah pengeluaran padi. Banyak reformasi telah Ayah Sin lakukan seperti melarang sawah ditukar kepada status pembangunan. Maksudnya, Ayah Sin tak mahu setiap inci sawah ditukar hak milik status. Iaitu tak boleh dibina rumah atau sebarang pembangunan di atas sawah. Malah, mana-mana sawah yang terbiar, Ayah Sin minta pegawai KADA ambil dan tanam dengan padi. Ayah Sin juga galakkan anak-anak petani ikut jejak langkah keluarga mereka. Turun ke bendang, usaha tanaman padi. Hasilnya, boleh tamping perbelanjaan diri dan keluarga. Sebab itu, di zaman Ayah Sin, anak-anak muda tak segan silu turun berselut di bendang. Mereka tak takut pada panas. Mereka tak takut pada hujan. Jadinya, hasil pengeluaran padi bertambah setiap musim. Kalau ada satu-satu kawasan hanya boleh usaha dua musim setahun, Ayah Sin tingkatkan kepada lima musim dua tahun. Ayah Sin tekankan jadual air. Pastikan sepanjang tali air KADA sentiasa ada air mencukupi untuk mengairi sawah. Petani dan anak-anak mereka makin seronok. Tak cukup dengan itu, petani dan keluarga boleh tambah pendapatan dengan menternak itik dalam bendang bila habis musim menuai dan menternak ikan di sepanjang tali air. Ayah Sin juga wujudkan Satu Kampung Satu Pengeluaran. Perkenalkan zon buah-buahan dan projek KADA Stop. Yang dapat hasil daripada semua program yang diperkenalkan ialah petani dan anak-anak mereka. Ayah Sin juga perkenalkan projek Ladang Merdeka. Juga perkenalkan Ladang Benih. Sebab itu, setiap kali tiba musim tanaman, bekalan benih sentiasa mencukupi dan pengeluaran padi dan beras memenuhi keperluan negara. Tak pernah dengar negara kekurangan padi. Tak pernah dengar negara kekurangan beras tempatan. Sebab proses pengeluarannya sentiasa beroperasi tanpa henti di enam kawasan KADA. KADA mempunyai enam kawasan seliaannya yang mencakupi 70 peratus keluasan tanah Kelantan. Kawasan itu ialah Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu Utara, Kota Bharu Selatan, Bachok dan Pasir Puteh. Ketika ini tidak ada satu ekar sawah pun dibina rumah. Semuanya keluasannya menghijau dan menguning dengan pokok padi. Namun, selepas Ayah Sin tidak lagi menjadi Pengerusi KADA dan ditukar kepada orang lain, jumlah keluasan sawah dan pengeluaran padi makin merosot. Rumah-rumah, kilang-kilang dan pelbagai pembangunan dibina di sawah-sawah. Jumlah keluasan yang dijaga dan dititik berat oleh Ayah Sin makin mengecil. Bila keluasan sawah mengecil, ia juga memberi kesan kepada jumlah pengeluaran padi. Dari situ, negara mula berdepan dengan krisis makanan iaitu beras. Dan, mulalah rakyat Kelantan beralih selera kepada beras Siam. Kini, setiap kali Pak Dee balik Kelantan, Pak Dee sedih, tanah-tanah sawah yang dulu menyumbang kepada pengeluaran padi dan beras mula bertukar kepada kediaman. Ramai mengalihkan untuk membina rumah di sawah sebab harga tanahnya murah berbanding harga tanah di daratan. Maka, dengan itu, industri padi di Kelantan mula malap. Tali air KADA juga tidak lagi ceria seperti sebelumnya. Rumah-rumah pam milik KADA di Kemubu, di Mekasar dan di Lemah mula sepi. Tidak lagi kedengaran ngauman enjinnya mengepam air dari Sungai Kelantan. Sawah-sawah yang tidak terlibat dengan pembinaan rumah dan pembangunan mula terbiar. Anak-anak muda mula berhijrah ke ibu kota mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga. Bukan itu saja, kilang-kilang mesin beras yang dulu meriah, kini sudah hilang dari tapak, satu demi satu roboh. – NasionalDaily 07hb Mac 2024

Ahad, 3 Mac 2024

Sakit jiwa dengan sistem rawatan bercelaru

PAGI ni Pak Dee ke Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam sebab ada temujanji rawatan susulan penyakit empat serangkai yang Pak Dee hidap. Temu janji jam 9 pagi. Pak Dee sampai jam 8.30 pagi. Sebaik sampai Pak Dee ke kaunter ambil nombor. Kaunter ni ditempatkan di luar pintu masuk ke bangunan klinik atau lebih mudah cakap, di kaki lima bangunan klinik. Selesai ambil nombor, Pak Dee kena tunggu di kerusi luar bangunan klinik. Tunggu nombor giliran dipanggil untuk ke kaunter pendaftaran. Lebih setengah jam menunggu, nombor giliran Pak Dee tertera di papan letronik. Papan nombor giliran letronik pun dah nampak uzur. Ada nombor terang mudah nampak, ada nombor blur sukar nak tengok. Pak Dee berjalan masuk ke bangunan klinik. Ambil masa lebih 30 saat juga nak sampai ke kaunter pendaftaran dan dua tiga kali juga ulang sebut nombor giliran Pak Dee sementara sampai ke kaunter tu. Jaraknya taklah jauh. Ada la dalam 70 ke 100 meter. Yang sihat macam Pak Dee boleh sampai dalam 30 saat, tapi yang berkerusi roda, mahu seminit lebih nak sampai. Di sini, banyak masa lompong. Terbuang. Dalam dua tiga minit selesai pendaftaran, Pak Dee diarah pula ke kaunter check tekanan darah dan gula. Di sini, Pak Dee tunggu hampir 20 minit untuk nama dipanggil. Selepas tiba giliran, Pak Dee diperiksa tekanan darah, diminta timbang berat badan dan dicalit sikit darah di jari untuk tengok paras gula. Selesai. Pak Dee diarah pula ke kaunter ambil darah bersekali dengan ambil air kencing. Dalam 15 minit menunggu nama dipanggil untuk proses ambil darah dan air kencing, tiba-tiba nombor Pak Dee di bilik doktor sudah tertera. Tika ni Pak Dee serba salah, nak tunggu nama dipanggil untuk ambil darah dulu atau nak terus masuk jumpa doktor. Sebabnya, nombor giliran Pak Dee di bilik doktor dah disebut tiga kali. Kalau melepas yang ni, Pak Dee kena tunggu lagi. Maka, Pak Dee putuskan masuk bilik doktor dulu. Masuk tanpa bawa buku rawatan dan kertas nombor giliran. Doktor minta buku rawatan, Pak Dee kata buku dah letak di kaunter ambil darah dan air kencing. Ok, tak apa kata doktor. Dia ambil sekeping kertas catat nama-nama ubat dan tarikh temu janji akan datang (31hb Julai 2024, jam 9 pagi). Lama juga dalam bilik doktor. Ada dekat 10 minit. Selesai jumpa doktor, Pak Dee diminta oleh doktor untuk terus ke kaunter ambil darah dan air kencing yang Pak Dee dah terlepas masa berada dalam bilik doktor. Dekat 10 minit tunggu, Pak Dee nampak petugas letak semula buku rawatan Pak Dee dalam bakul depan pintu masuk ke bilik ambil darah. Pak Dee ambil buku tu dan masuk ke bilik ambil darah tanya, boleh tak ambil darah saya? Petugas tegur, tadi dah dua tiga kali panggil nama, tak datang dan kena tunggu giliran semula. Pak Dee jawab, masa nama saya dipanggil saya dalam bilik doktor. Dia tak layan. Lalu Pak Dee kata, sistem di klinik ni sungguh celaru dan mengelirukan. Lebih menyusahkan pesakit daripada melegakan pesakit. Petugas tu diam sambil selesaikan urusan ambil darah pesakit di depannya. Pak Dee sekali lagi merungut. Pak Dee kata, sepatutnya prosedur rawatan mesti ikut sistem, bukan dalam satu masa nama pesakit dipanggil masuk di dua tempat berasingan. Pak Dee terus keluar dari bilik ambil darah dan air kencing. Memandangkan jam dah lebih 11 pagi dan hampir dua setengah jam menunggu proses rawatan, Pak Dee ambil keputusan pergi saja ke kaunter ubat. Lupakan proses ambil darah dan air kencing dan selepas itu ada satu lagi proses yang Pak Dee kena lalui, iaitu periksa mata dan main ketuk-ketuk kaki (nak uji urat saraf Pak Dee masih berfungsi dengan elok lagi atau dah separuh lapuk). Proses periksa mata ini pun sekurang-kurangnya ambil masa setengah jam menunggu. Jadi, Pak Dee tak nak tunggu lama, Pak Dee terus ke kaunter ubat, serahkan diskripsi yang doktor bagi dan tunggu. Dalam 20 ke 25 minit menunggu, nombor giliran Pak Dee dipanggil untuk ambil ubat. Selesai saja dapat ubat untuk bekalan dua bulan dan dimasukkan dalam beg plastik atau jabir rokrak, Pak Dee terus bergerak balik, tanpa lalui proses ambil darah, air kencing, periksa mata dan sesi main ketuk-ketuk kaki. Biarlah. Sebagai pesakit, tempat untuk rehat ialah di rumah, bukan di klinik. Paling lama seseorang pesakit boleh menunggu sekitar satu ke satu setengah jam. Kalau lebih dua jam belum selesai lagi, makin sakit pesakit, bukan makin sihat. Lagi pun, pesakit ke klinik hanya nakkan ubat saja. Proses ambil darah, ambil air kencing, periksa mata dan ketuk-ketuk kaki tak perlu semua tu. Kalau nak juga Pak Dee lalui semua proses tu tunggu temu janji akan datang 31 Julai 2024 ini. - NasionalDaily

Caj mesin ATM, dulu RM1,500 + RM1, sekarang RM1,500 + RM2

PAGI tadi (28hb Feb 2024) Pak Dee pergi ke pasar raya NSK di Klang. Niat asal ke sana sebab nak gunting rambut. Kebetulan duit dalam poket tinggal berapa rial (ringgit) saja, Pak Dee ke mesin ATM nak keluarkan duit. Sampai di mesin ATM MEP, Pak Dee masukkan kad, tekan nombor pin, tekan Bahasa Malaysia, tekan akaun Simpanan dan tekan jumlah duit nak dikeluarkan. Selesai aturan tu, duit tak keluar. Yang keluar hanya resit. Pak Dee cuba kali kedua. Masukkan kad ATM, tekan itu tekan ini, yang keluar hanya resit, bukan duit. Pak Dee sangka mesin tak ada duit. Lepas tu Pak Dee ambil kad, beratur mesin ATM sebelah. Kebetulan ada seorang abang sedang keluarkan duit. Dia yang maklumkan pada Pak Dee, mesin yang Pak Dee guna tu hanya boleh keluarkan duit bawah nilai RM1,000. Abang tu kata, tu taktik licik bank. Mereka nak pelanggan keluar lebih daripada sekali di mesin berkenaan, sebab sekali keluar bank caj RM1. Kalau dua kali keluar bank dapat RM2. Ooo bijak, bijak, kata Pak Dee pada abang sebelah. Kemudian, Pak Dee ke mesin itu lagi untuk masukkan kad ATM kali ketiga dan tekan jumlah pengeluaran RM1,000. Memang benar, duit RM1,000 keluar dari mesin itu. Kali pertama dan kedua tadi Pak Dee nak buat pengeluaran RM1,500. Duit tak keluar. Dengan pengeluaran RM2,000 dalam dua kali proses, Pak Dee hilang RM2. Pandai bank buat untung atas angin. Atas Pak Dee seorang buat dua kali pengeluaran, bank dah dapat RM2. Bayangkan, kalau yang buat pengeluaran duit hari tu lebih 100 orang, senang-senang bank dapat lebih RM200 untung, hanya atas caj RM1 sekali keluarkan duit sahaja. Bayangkan juga lagi kalau puluh ribu mesin MEP kenakan taktik macam tu, berapa juta ringgit sehari bank dapat untung. Mereka senang-senang lipat untung atas kesusahan rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Oleh kerana Pak Dee hanya insan yang kerdil, kalau bersuara pun tak ada siapa yang kisah, maka akan berlarutanlah kes seperti ini berlaku di luar sana tanpa sebarang ‘teguran’ daripada kerajaan atau pihak berkaitan. Bagaimanapun, kes macam ni berlaku pada mesin ATM yang sediakan khidmat MEP. Kalau Pak Dee guna mesin Maybank, dah barang tentu tak kena caj. Yang dikenakan caj ni kalau Pak Dee guna kad Maybank, tak cocok duit di mesin ATM bank lain. Itu Pak Dee dah tahu, pihak bank akan kenakan caj RM1 untuk sekali pengeluaran. Tapi, dalam kes Pak Dee ni, mesin ATM berkenaan tak terima kalau kita nak keluarkan RM1,500 sekali pengeluaran. Mesin ATM tu kenakan syarat Pak Dee perlu buat dua kali pengeluaran iaitu kali pertama RM1,000 + RM1 dan kali kedua keluar RM500 + RM1. Nampak tak? Dulu keluar RM1,500 + RM1. Sekarang keluar RM1,500 + RM2. Memang bank tak kenakan caj yang tinggi pun, cukup sekadar RM1 saja seorang. Tapi, kalau satu juta buat pengeluaran sehari, takkah RM1 juta bank dapat untung dalam sehari? Kepada pemilik bank yang tamak haloba, menjawablah di akhirat kelak atas caj RM1 yang kamu kenakan di bawah syarat atau peraturan baru tu. Makan duit orang kaya Pak Dee tak kisah. Ini kamu makan duit rakyat yang bekerja dengan pendapatan gaji tak sampai pun RM1,000 sebulan atau RM1,500 sebulan. Dalam keadaan rakyat hidup bertengat, berjimat cermat, kamu kaut lagi bahagian mereka untuk tembolok kamu. Dan, kepada pihak berkaitan, cuba-cubalah tengok-tengok sikit kerenah bank ni. - NasionalDaily

Nasib tuan lah dapat majikan macam tu

PAK DEE bukanlah nak sokong sangat Menteri Pelancongan dalam bab dia gunakan kuasa menterinya untuk turunkan pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dr. Ammar kepada pangkat Timbalan Ketua Pengarah. Tetapi, Pak Dee lebih suka tengok dalam konteks ‘lama bekerja tidak semestinya cemerlang sampai ke pencen’. Memanglah bagi seseorang yang berada di kerusi nombor satu dalam jabatan atau agensi akan berasa canggung, ralat atau kecewa kalau tiba-tiba diturunkan ke kerusi nombor dua. Selain di mana nak letak rasa malu, terasa juga maruah diri telah diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh majikan, yang kebetulan pula majikan jenis angin tohor. Pak Dee kata begini kerana Pak Dee pun ada pengalaman serupa juga dengan KP Tourism tu. Cuma, lapangan kerja Pak Dee berbeza dengan KP Tourism. Pak Dee dalam dunia dan kerjaya kewartawanan. Sebagai pengamal media yang bekerja selama hampir 40 tahun, Pak Dee dah pegang semua jawatan yang ada. Dari pemberita sambilan, pemberita, wartawan, wartawan kanan, ketua wartawan, penyunting kanan, pengarang sampailah ke jawatan paling tinggi dan besar, ketua pengarang. Tapi setakat akhbar nyamuk saja lah. Ketika Pak Dee berasa syok pegang jawatan pengarang, tiba-tiba majikan bagi notis tukar jawatan dan pangkat Pak Dee kepada penyunting kanan. Tukar tu kononnya khidmat Pak Dee diperlukan di biro (tak kira diperlukan di mana-mana pun, tapi kenapa sampai perlu turun pangkat?) Memang blur lah bila mula-mula berdepan dengan tindakan majikan ni. Seminggu hilang selera makan, fikirkan nasib. Nampaknya, tak ada peluang cerah bekerja dengan majikan macam ni. Apapun, Pak Dee akur dan muhasabah dengan apa yang berlaku. Ada yang tanya kenapa jawatan sentiasa bertukar, tidak kekal selama-lamanya atau makin lama bekerja makin tinggi jawatan, pangkat dan gaji? Jawapannya mudah saja. naik turun pangkat seseorang terletak pada majikan. Tapi, kalau kita tanya kepada majikan kenapa dipecat, dibuang atau diturunkan pangkat? Alasannya mudah saja, kamu sudah tidak diperlukan di jabatan ini lagi. Atau, prestasi kerja kamu makin merosot, tempat kamu akan digantikan dengan orang baharu’. Jadi, pada Pak Dee, lama atau baharu seseorang bekerja tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk orang di luar sana melihat kepada kesenioritian kita. Memang, dari segi tempoh kerja kita sudah dianggap senior, atau lebih kanan, tetapi majikan pula melihat sejauhmana idea kita berkembang untuk syarikat. Demikianlah yang berlaku antara seorang menteri dengan KPnya. Menteri kata, KPnya tidak lagi tunjuk prestasi kerja yang bagus, selalu ingkar arahan. Jadi, jalan terbaik ialah turunkan pangkat. Itu cara betul untuk KP berkenaan balik rumah, tulis notis nak bersara awal. Dan, memang betul apa yang dikatakan bekas Pengerusi Kada, Tan Sri Hussein Ahmad sekitar awal 90-an, mengenai kesan bila seseorang sudah terlalu lama memegang jawatan. Ayah Sin kata, “bila seseorang itu terlalu lama sangat dengan jawatannya, akan tiba masanya fikirannya akan blur, habis idea dan akhir sekali dia akan ulang perkara sama dengan nama lain untuk kononnya nampak macam baharu. Kalau sekali imbas, memang baharu, tetapi baharu pada nama, bukan pada kontennya. Kepada mantan KP Tourism, Pak Dee hanya mampu minta tuan bersabar dengan ujian yang menimpa tuan. Nasib tuan lah dapat majikan macam tu. - NasionalDaily

Makin meluat kisah artis dengan ipar

PAK DEE rasa meluatlah dengan kisah seorang artis ni. Dulu bising berebut harta peninggalan arwah ahli keluarga sampai menafikan hak ipar. Lepas tu berlaku tuduh menuduh, sindir menyindir, kata mengata, perli memerli hingga saman menyaman. Surat khabar pula tak henti-henti siar sebar kisah artis dengan ipar ini. Sekejap lapor begini, sekejap lapor begitu hinggakan pembaca pening yang mana satu benar, yang mana satu bohong. Memang macam inikah kehidupan artis? Benda kecil diperbesar-besarkan, benda yang tak ada sebenarnya pun diuli, diulas sampai jadi isu besar, mengalahkan isu Israel-Palestin. Padahal, dalam kes artis dan ipar ni asalnya tak ada apa pun. Normal macam rumah tangga orang lain juga. Tapi entah kenapa, dalam kes ni ia jadi besar. Heboh satu dunia kisah rumah tangga. Langsung tak ada rasa malu, rasa hormat antara satu sama lain. Demi nak raih publisiti murahan sebenarnya. Pak Dee ambil contoh isu artis ni – sebenarnya belum layak lagi bergelar artis, tapi tak apalah Pak Dee bagi penghormatan - dengan iparnya ini. Kisahnya bermula dengan iparnya kehilangan suami, yang meninggal dunia. Kebetulan mereka dikurniakan seorang anak dan ada sedikit wang simpanan yang ditabung bersama ketika suami masih ada kudrat mencari rezeki. Mengikut logik akal, kalau suaminya sudah meninggal dunia, wang tabungan itu adalah milik si isteri, bukan milik ibu atau milik adik beradik si arwah. Dengan tabungan itulah, si isteri atau si balu nak gunakan untuk tampung makan minum anak kecil. Nak harapkan mertua atau ipar, mereka pun ada komitmen masing-masing. Mungkin kerana tak mahu keluarga arwah terbeban menanggung dirinya dan anak kecil, maka dia buat keputusan keluar dari rumah itu. Pulang ke kampung untuk teruskan kehidupan bersama ahli keluarga kandung. Tapi, tindakan itu kurang disenangi ahli keluarga si arwah. Dituduhnya macam-macam. Padahal ribu-ribu saja duit tabungan yang dibawanya bersama, tapi dijadikan isu seolah dia bawa lari jutaan. Pak Dee ingat, bila ipar kehilangan suami, maka adik beradik ipar nak pakat bantu, pakat tolong. Rupanya tidak. Dihenyak dan dimalukan di khalayak. Apa jenis manusia ni. Lepas tu, bila orang saman dan kita kalah, mula la meroyan tak tentu hala. Mula la tagih simpati orang ramai kerana kena jual harta benda nak selesaikan hutang saman ipar. Sebenarnya, kalau jual kebun, jual cincin, jual rantai emas anak sekalipun orang tak akan simpati. Sebab orang ramai tahu perangai dan punca awal kejadian. Pak Dee sendiri pun walau bekerjaya wartawan, tak ada selera nak stori kisah ni. Menjijikkan. Lebih lagi bab nak bayar hutang saman. Bab ni pun masih lagi nak berdrama. Tak tahu bila akan ending. Kalau Pak Dee lah, nak bayar hutang kawan atau nak bayar hutang ahli keluarga. Pak Dee just call saja maklum nak bayar hutang. Habis cerita. Kenapa Pak Dee perlu pergi ke rumah pemiutang, lepas tu bawa beberapa kawan untuk rakam video, kononnya untuk rekod dan bukti hutang telah dibayar. Tak perlu semua tu. Dan, memang patut serta wajarlah kalau si pemiutang tak mahu terima wang tunai yang dibawa si berhutang sebab cara datang dan cara nak bayar tu sudah tak Ikhlas. Ada udang sebalik batu. Apapun, Pak Dee harap kisah ini habis cepat-cepat. Jangan jadi macam filem hindi, dah nazak pun masih banyak cakap. – NasionalDaily

Sabtu, 17 Februari 2024

Beras Madani beban rakyat marhaen

ITU yang Pak Dee rasa pelik. Ribut tidak, hujan tidak, tiba-tiba diumumkan beras Madani akan ganti beras putih tempatan bermula 19 Februari ini. Awalnya bila dengar beras Madani, terbayang oleh Pak Dee pasal harganya. Tentulah Pak Dee fikir murah sikit berbanding beras putih biasa. Tapi, bila Pengerusi NACCOL, Syed Abu Hussin Hafiz kata beras Madani akan dijual pada harga RM30 bagi 10 kilogram, Pak Dee mula was-was dan ragu-ragu. Was-was dan ragu-ragu sebab ketika rakyat terutama B40 berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, tiba-tiba NACCOL bagi pihak kerajaan mengumumkan harga beras yang lebih mahal dari yang rakyat nikmati. Apa motif pak syeikh paksa rakyat beli beras mahal? Tak terfikirkah oleh pak syeikh yang rakyat ni telah dibebankan dengan kenaikan harga barang keperluan harian seperti telur, minyak masak, sayur-sayuran, makanan dan minuman di restoran? Kemudian lepas ni rakyat akan berdepan pula dengan kenaikan tarif air dan letrik. Dahlah kos penyelenggaraan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dinaikkan sekali ganda, ni pak syeikh nak rakyat beli beras harga mahal pula. Baik pak syeikh jangan guna nama Madani pada beras tu, sebab bila sebut nama Madani, rakyat ingatkan kerajaan prihatin dengan nasib mereka. Rupanya Madani ni tak lebih dari cogankata yang sedap disebut, tapi pahit dimanfaatkan. Dalam hal ini, Pak Dee nak ucapkan tahniah kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Abang Mat dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan belum membuat sebarang ketetapan atas cadangan NACCOL nak perkenalkan beras Madani. Jadi, selama ini pak syeikh buat keputusan sendirilah ya nak perkenalkan beras Madani dan pada masa sama nak hapuskan beras putih tempatan yang jauh lebih murah dari beras Madani? Sejak bila pak syeikh langgar peraturan? Iaitu segala hal berkaitan dasar dan kepentingan rakyat perlu diangkat kepada Kabinet untuk dapat kelulusan? Atau pak syeikh ingat keputusan pak syeikh mewakili keputusan Kabinet? Memang patutlah tauke Mydin melenting bila ada arahan mahu hapuskan beras putih tempatan untuk digantikan beras Madani. Mulanya Pak Dee kata dalam hati, berani tauke Mydin bantah keputusan kerajaan. Tak takut ke? Rupanya tauke Mydin tahu arahan beras Madani mulai dijual di pasaran Isnin ni bukan dari Kabinet, tapi dari sedap rasa hati pak syeikh. Memang tak patut. Dahlah berpaling tadah dari Bersatu, bila sokong kerajaan dan diberi jawatan, pak syeikh naik hantu buat keputusan sendiri pula. Apapun, Pak Dee harap dengan kenyataan abang Mat Sabu tadi, dapat membuka mata kerajaan supaya buat kajian semula pasal kenaikan harga beras Madani. Nak jenama semula boleh, tapi kekalkan harga bawah RM30 untuk 10 kilogram. Kalau semua nak dinaikkan harga, ketika semua barang keperluan dah berharga tinggi, jelaslah kerajaan Madani kerajaan tak prihatin. Layari portal wwww.nasionaldaily.com

Kerana mulut badan binasa

PAK DEE perhatikan kebelakangan ini ramai yang ambil kesempatan dengan kemudahan media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube untuk menghentam pihak yang tidak sebulu dengan mereka. Platform ini pula ‘memberi’ ruang sebebas-bebasnya kepada sesiapa sahaja terutama yang bergelar pempengaruh untuk meluahkan dendam kesumat dalam hatinya terhadap pihak lawan secara audio mahupun visual. Pak Dee pun rasa rimas tengok ‘keberanian’ mereka mencaci, memaki, menghamun dengan kata-kata tidak elok dalam konten yang disiarkan pula dalam Youtube, Facebook, Instagram mahupun TikTok. Juga dalam akaun-X. Sikap ‘berani’ ini sebenarnya tak lama. Bila pihak lawan buat laporan polis, maka sesegera mungkin terus padam dari posting. Dah kalau berani kenapa padam? Biarlah konten tersiar selama-lamanya, walaupun empunya badan telah dikutip pihak berkuasa untuk siasatan, pendakwaan dan penghukuman mahkamah. Ini baru dikatakan berani. Kalau setakat ‘berani’ untuk dua tiga hari, tak jadi apa. Itu pengecut namanya. Macam yang berlaku ke atas seorang pempengaruh ni. Dd Chronicle namanya. Dia gemar buat konten ‘lucu-lucu’ supaya orang ketawa dengan ‘kelucuan’ kontennya. Tetapi, dalam lucu-lucu itu dia selitkan unsur menghina. Tak kiralah menghina individu, menghina kerajaan mahupun menghina agama sendiri, dengan alasan untuk orang atau penonton ketawa. Mungkin dia rasa seronok dengan ‘kelucuan’nya itu. Makin ramai ketawa ‘pecah perut’ makin syok dia buat ‘lucu. Tetapi, betul orang-orang tua kata, suka akhirnya duka. Sekarang, apa dah jadi dengan Dd Chronicle yang suka membuat konten ‘lucu’? Dia sekarang menunggu masa untuk dikutip polis. Bukan satu dua laporan polis dibuat ke atasnya. Pak Dee difahamkan sudah cecah berpuluh laporan dibuat di seluruh negara. Apa perasaan dia ketika ini? Gembira atau dalam resah? Gembira hanya pada hari pertama konten disiarkan, kemudian sekarang dalam keresahan selepas dengan pasti tahu dirinya akan ke balai polis untuk soal siasat. Pak Dee terus terang, Pak Dee memang dari mula lagi tak suka dengan konten Dd Chronicle, kerana kandungannya lebih kepada menghentam, bukan membina minda. Apapun, Pak Dee doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Dd Chronicle dan selepas ini menyedarkan beliau untuk membuat konten yang memberi pengajaran, bukan dendam. Layari portal www.nasionaldaily.com

Hebat sangatkah jadi tukang fitnah?

DUA tiga hari lepas Pak Dee ada terbaca pasal dua tiga orang ‘budak’ suruhan parti politik pembangkang yang cuba nak jadi hero. Kerjanya tak lain tak bukan, buat fitnah dan tabur fitnah. Dengan tujuan untuk menjatuhkan aib musuh politik tuan yang mengupahnya. Bila fitnah tersebar secara meluas di media sosial, maka gembira dan banggalah penyebar fitnah akan hasil kerjanya. Nama memuncak naik dan menjadi bualan para netizen. Si tuan badan yang menjadi mangsa fitnah pula menanggung malu dan aib atas fitnah yang tersebar. Untuk tutup fitnah itu berterusan, maka laporan polis pun dibuat. Polis yang banyak kerja lain nak dibuat, terpaksa tambah tugasan untuk siasat tukang-tukang pembuat dan penyebar fitnah ini. Biasanya dua tiga jam masa dihabiskan untuk soal siasat pemfitnah ini, sebelum kertas siasatan yang dah siap dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Kadang-kadang Pak Dee terfikir, apa untungnya jadi tukang fitnah? Betul dapat upah, tapi berbaloikah tinggal anak bini tak berteman di rumah? Tak kesiankah kepada mereka yang akan berdepan dengan saudara mara dan jiran tetangga? Kita tentu rasa bangga dicekup polis, tidur dalam lokap dan turun naik mahkamah, kononnya itulah satu perjuangan. Tetapi, bagaimana dengan ahli keluarga? Isteri dan anak-anak? Apakah mereka bangga dan gembira melihat suami dan ayah mereka memakai baju oren, tangan bergari? Sudah-sudahlah dengan kerja menabur fitnah. Tak untung pun. Orang yang mengupah senang lenang di rumah dan makan angin di luar, kita yang menabur fitnah pula berdepan dengan saman. Betullah, untuk mahkamah putuskan bersalah atau tidak, mengambil masa bertahun-tahun, tapi senangkah hidup sekiranya asyik menunggu tarikh perbicaraan dan sentiasa pula menghabiskan masa dengan peguam-peguam kita? Dan, tahukah kamu, fitnah adalah amalan keji lagi dibenci oleh seluruh umat manusia? Malah, Islam sendiri memandang berat budaya ini dalam kalangan umatnya. Larangan ini jelas termaktub dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai Larangan ini jelas termaktub dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai satu bentuk ancaman daripada Allah SWT dan Rasul-Nya mengenai besarnya dosa menabur fitnah. Jika pembawa fitnah itu orang Islam, maka ketahuilah bahawa azab yang berat sedang menantinya sebaik sahaja jasad dan rohnya berpisah. Sementara akhirat pula dia akan dihumban dalam api neraka jika dia tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT. Sungguh menakutkan sekali azabnya. Tapi, disebabkan dosa fitnah ini tidak boleh dilihat dan tidak nampak dengan mata kasar besar kecilnya, maka kerja memfitnah ini dianggap biasa dan dijadikan pula sebagai punca pendapatan. Rasulullah SAW mengecam keras kepada pengadu domba seperti hadis daripada Huzaifah RA bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba” - (Riwayat Muslim). Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa hukum fitnah adalah haram dan termasuk antara dosa yang besar kerana perbuatan ini boleh menyebabkan musibah yang besar dalam masyarakat. Jadi, fikir-fikirkanlah kalau kita makan gaji hasil daripada memfitnah. Duit pendapatan itu diberi makan pula kepada anak isteri. Allahuakbar. Bertaubatlah. Layari portal www.nasionaldaily.com

Sebenarnya Nik Elin tak mahu dua undang-undang bertembung

PAK Dee taklah pandai sangat pasal hukum hakam syariah dan sivil ni. Tapi, melihat kepada apa yang berlaku di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini, Pak Dee rasa terpanggil untuk turut mengulas dan mengupas apa sebenarnya yang berlaku. Al-kisahnya ada la seorang peguam ni, jantinanya wanita, agamanya Islam yang secara tiba-tiba telah mencabar enakmen jenayah syariah. Usaha pertamanya bermula di Selangor dalam kes Iki Putra Mubarak yang didakwa atas kes jenayah syariah iaitu liwat pada 21 Ogos 2019. Mamak ini dituduh dengan kesalahan cubaan melakukan persetubuhan di luar tabii. Tetapi, ada pihak lain mahu Iki Putra ini disiasat di bawah Kanun Keseksaan (KK) dengan alasan peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berhubung kesalahan itu bertentangan dengan hukum tabii adalah tidak sah disebabkan bertentangan dengan Perlembagaan. Berikutan itu, maka pada 25 Februari 2021 Mahkamah Persekutuan membenarkan cabaran undang-undang seksyen berkenaan dibuat oleh Iki Putra. Keputusan mahkamah itu secara tidak langsung telah mengetepikan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan bahawa seks di luar tabii adalah jenayah. Pada pandangan Pak Dee sama ada hukuman dijatuhkan mengikut undang-undang syariah atau undang-undang sivil sama sahaja kerana kedua-duanya bersifat menjatuhkan hukum kepada pelaku. Cuma bezanya, kalau dilihat pada mata kasar, hukuman jenayah syariah lebih ringan dari hukuman jenayah sivil. Pak Dee nak beri contoh, katalah tertuduh didapati bersalah atas tuduhan liwat, kalau ikut KK, tertuduh boleh dikenakan hukuman maksimum 30 tahun, manakala bawah enakmen syariah pula hukumannya maksimum tiga tahun. Begitu juga dalam kes merogol haiwan atau binatang jika disabitkan kesalahan pelaku boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahu bawah KK dan maksimum dua tahun bawah enakmen syariah. Kesalahan atas perilaku sumbang mahram pula, hukuman bawah KK ialah maksimum 30 tahun, tetapi bawah enakmen syariah pula maksimum tiga tahun. Jika ditilik dan diperhatikan hukuman bawah KK lebih setimpal berbanding hukuman bawah enakmen syariah yang dilihat terlalu ringan. Dan sebab itulah, peguam bernama Nik Elin, selepas memerhati perkara itu dan diambil kira kes Iki Putra, makanya telah memfailkan notis usul mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 untuk membatalkan 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen berkenaan. Pada Pak Dee, ada betulnya juga tindakan Nik Elin itu dari segi nak ‘mensetimpalkan’ hukuman kepada pelaku kerana meliwat, merogol binatang dan sumbang mahram ni perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Dalam bab mencabar ni kita tak boleh salahkan mahkamah. Mahkamah hanya membuat keputusan berdasar dan bersandarkan kepada hujah peguam. Mana yang didapati hujahnya kuat, dan mana hujah yang lemah maka keputusannya adalah memihak kepada yang hujahnya kuat. Dalam hal ini, selepas Mahkamah Persekutuan mendengar hujah Nik Elin yang banyak kesahihannya maka mahkamah membenarkan notis usul cabaran peguam wanita itu terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan. Itulah kisahnya kalau mengikut pemahaman sempit Pak Dee. Iaitu Nik Elin telah memfailkan petisyen berhubung cabarannya terhadap kanun jenayah itu. Dia minta dibicarakan supaya mahkamah dapat membuat keputusan yang adil. Namun, Pak Dee difahamkan pada 19 Mac 2023, seramai 200 peguam termasuk peguam bela, peguam cara dan peguam syarie telah menandatangani petisyen itu bagi mendesak pindaan Perlembagaan Persekutuan susulan kes Iki Putra. Dan, pada 17 Ogos 2023 pula, seramai sembilan hakim telah membuat keputusan bahawa peruntukan Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang menyatakan bahawa seks luar tabii sebagai jenayah adalah tidak sah dan bercanggah sama sekali dengan Perlembagaan. Maka, Pak Dee difahamkan perbicaraan kes itu telah memihak kepada Iki Putra. Alasan diberikan ialah negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan jenayah liwat mengikut undang-undang syariah kerana kesalahan jenayah liwat adalah tertakluk di bawah kuasa Persekutuan serta undang-undang Persekutuan serta undang-undang Persekutuan (KK). Keputusan itu kemudiannya membangkitkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin dan penyokong Pas. Dah mula melibatkan politik. Elok-elok kes ini berjalan mengikut perundangan tanpa campur tangan politik, tiba-tiba menjadi isu politik. Nampak tak? Maka, berbondong-bondonglah pihak-pihak politik menganjurkan himpunan yang dinamakan Himpunan Selamatkan Syariah. Mereka berkumpul di depan Istana Kehakiman Putrajaya, kononnya untuk menzahirkan bantahan. Rakyat marhaen yang takt ahu menahu hukum perundangan itu telan bulat-bulat dengan menanam tuduhan kononnya ada pihak cuba mencabar dan menggugat undang-undang dan institusi Mahkamah Syariah negeri-negeri Melayu. Padahal pada pandangan Pak Dee, ia tidak ada kena mengena pun dengan usaha pihak tertentu nak mencabar, apatah lagi mengganggu-gugat undang-undang syariah. Tapi itulah, bila ada pihak nak mempolitikkan, perkara yang biasa-biasa bertukar jadi luar biasa. Isu yang kecil menjadi besar dan berbelit-belit hingga rakyat pun menuduhlah pihak pemerintah nak berpolitik dalam isu hukum syariah. Padahal tak ada apa pun. Tapi dah ada pihak sengaja nak putar belitkan, maka berbelit-belitlah. Pening Pak Dee mikir mainan politik sedekad ni. - Layari portal www.nasionaldaily.com

Sedih rakan media hilang kerja, dibebani tunggakan hutang

PAK Dee kesian dengan nasib malang menimpa kawan-kawan media Pak Dee. Selepas berbelas tahun bekerja, menyumbang keuntungan kepada syarikat, tak sangka hari ni dalam sekelip mata hak mereka dinafikan. Apa yang mengejutkan Pak Dee, kawan media beritahu mereka sebenarnya sudah empat bulan tidak dibayar gaji. Katanya, dari bulan Oktober 2023 hingga akhir bulan lalu, Januari 2024. Sepanjang tempoh tidak bergaji itu, kata mereka, kereta dan motosikal terpaksa disembunyikan dari pencarian penarik kenderaan upahan bank. Bekalan letrik dan air juga berdepan dengan pemotongan kerana gagal bayar tunggakan. Apa sudah jadi dengan majikan ini? Kenapa tidak ambil inisiatif atau usaha untuk menyelesaikan kes tunggakan gaji kepada pekerja mereka? Majikan pula dikatakan tidak berdepan langsung dengan masalah kewangan sebab keuntungan hasil mengendalikan media masih banyak. Sedangkan, anak buah gaji umpama kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Sentiasa berjimat cermat untuk masa depan. Apapun, Pak Dee harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana memang kesian dengan nasib kawan-kawan media ini. Nak isi perut sendiri pun susah, apatah nak suap nasi untuk anak isteri. Paling tragis, seorang kawan media Pak Dee beritahu, anak sulungnya tak dapat masuk ke MRSM sebab tak dapat hantar anak ke sesi temuduga dua bulan lalu kerana tak ada duit belanja. Inilah kehidupan wahai golongan kaya raya. Bukalah pintu hati. Celiklah mata, kita yang miskin ni kalau kita kata tak ada duit, memang betul-betul tak ada duit. Orang kaya, kalau mereka kata tak ada duit, sekurang-kurangnya puluhan ribu, ratusan ribu dan jutaan ribu masih ada dalam simpanan. Orang miskin, kalau tak ada, memang tak ada sungguh. Buktinya berlaku pada kawan media Pak Dee. Dia hilang punca apabila terima surat dari MRSM minta anaknya hadir ke temuduga. Pak Dee pun tahu selepas itu, apabila kawan media Pak Dee secara tak tersengaja beritahu anaknya sudah dua kali terlepas peluang masuk ke MRSM disebabkan masalah duit. Apa tidaknya, dah majikan tak bayar gaji, berbulan-bulan lamanya, macam mana kawan media Pak Dee nak ada duit. Jadi, Pak Dee harap sangat, akan ada pihak dari kerajaan ambil berat, ambil peduli permasalahan yang menimpa kawan Pak Dee ini. Dakwa majikan yang tak bayar hasil titik peluh pekerjanya. Heret ke mahkamah majikan yang pergunakan pekerja bekerja keras untuk kaut keuntungan syarikat, tapi pada masa sama tak bayar upah. Majikan hidup senang, pekerja hidup melarat. Pak Dee harap kejadian ini jadi pengajaran kepada majikan media-media lain dan sentiasa berkongsi keuntungan dengan pekerja. Kerana tanpa pekerja, majikan tak boleh nikmati kehidupan mewah. Sila layari portal NasionalDaily di www.nasionaldaily.com untuk dapatkan berita yang lebih sahih, diyakini.

Rabu, 31 Januari 2024

Akhirnya selepas 13 tahun..

Selepas 15 tahun tinggal di sini, baru kali ni aku jumpa pengurusan JMB yang cerdik. Pertukaran pengurusan JMB kawasan perumahan ni berlaku setengah tahun lalu dan sejak tu mcm2 notis ditampal di papan notis dan dlm lif. Antaranya melarang penghuni beri makanan kpd burung dan haiwan spt kucing serta anjing bagi mengelak berlaku pembiakan dan menambahkan lagi populasi kucing serta anjing yg mengganggu ketenteraman penduduk. Awal tahun 2009 aku menyewa di sini, aku berdepan dgn peraturan yang sangat ketat oleh JMB. Antaranya, wajib kena lekatkan stiker perumahan di kereta dan motosikal. Jika tak ada pelekat, kenderaan kena letak di luar kawasan perumahan, tak boleh parking dlm kawasan walaupun mempunyai parking sendiri yg diberikan kpd setiap tuan rumah. Aku, sebagai penyewa juga tak dibenarkan menggunakan kolam renang kerana hanya dikhususnya utk pemilik rumah sahaja, bukan utk penyewa. Pada aku baguslah peraturan ni demi utk menjaga keselamatan pemilik rumah. Selepas dua tahun duduk menyewa, berlaku pertukaran pengurusan JBM. Pengurusan baharu ni agak ‘baik’ hati sikit. Semua jenis kenderaan yg tak ada pelekat sebagai penghuni rasmi perumahan ini pun dibenarkan masuk. Sejak itu juga, berbondong-bondong warga asing masuk menyewa. Mereka terdiri dari negro, Nepal, Bangladesh, Indon dan Pakistan. Kalau sebelum ini seratus peratus yg tinggal di sini adalah pemilik rumah dan penyewa Melayu, kini rasanya tinggal satu peratus saja pemilik, selebihnya diberi sewa kpd warga asing. Kolam renang pun siang malam penuh dgn warga asing berpesta, bergambar utk dihantar ke kampung masing-masing..mungkin teks dlm wasap ke kampung menyatakan, mereka hidup bebas di Malaysia. Boleh mandi manda, boleh mabuk, boleh bawa masuk betina2 dan jantan2 sundal untuk lempiaskan nafsu. Suasana mcm ini sebenarnya merimaskan aku yang berpegang kuat pada amalan Islam dan budaya Melayu. Aku jenis tak suka kalau kawasan sekeliling aku dipenuhi dgn warga asing yg biadab, kurang ajar dan cuba menjadi tuan di negara orang. Setiap hari, minggu, bulan dan tahun aku rekodkan perilaku kurang elok puak2 pati ni termasuk meluah air sireh, air pinang hingga tak nampak rupa warna asal kereta aku dan penghuni lain. Penuh dgn air sireh, air pinang, tin arak, botol arak dan bersepah tulang2 yg aku syaki tulang haiwan haram. Aku tunggu masa dan ketika utk hadir ke mesyuarat tahunan JMB, tapi malangnya penyewa tak dibenarkan hadir. Mesyuarat JMB hanya utk pemilik rumah sahaja. Apapun, aku tak putus asa, aku tulis surat aduan dan masukkan dalam kotak di pejabat JBM dgn harapan pengurusan JMB baca dan menelaah permasalahan yg dihadapi oleh penyewa Melayu. Aku rasa, sepanjang pengurusan baharu JMB ambil alih pentadbiran, lebih 10 pucuk surat aduan aku masukkan dlm kotak aduan. Dan aku hanya perhatikan suasana sekeliling, adakah perbuatan meludah air sireh, air pinang diambil perhatian. Alhamdulillah, sejak tu tak ada lagi aktiviti meludah secara bebas dari tingkat atas atau ketika mereka berjalan kaki. Cuma kolam renang masing dipenuhi dgn warga asing. Mungkin aduan pasal ini pihak JMB tak ambil kisah. Tak apalah. Aku pun, sejak menyewa di sini tahun 2009 sampai skg tak pernah pun jijak kaki ke kolam tu. Sehinggalah enam bulan lepas pengurusan JBM silih berganti, dari yg cerdik kpd yg bodoh dan dari yang bodoh kpd yg cerdik. Aku kata pengurusan baharu JMB ni cerdik sebab pagi ni, masa aku masuk lif nak ke tempat kerja, aku lihat ada satu notis baharu tertampal di dinding lif. Notis tu adalah berupakan peraturan menggunakan kolam renang. Bila aku baca, aku senyum sendirian sbb peraturan yg tercatat tu adalah aduan yg aku kemukakan sejak 13 tahun lalu. Hanya baru hari ni nak dikuatkuasakan. Baguslah. Itu pun selepas aku dikhabarkan kolam renang ditutup selama tiga bulan kerana pekerja JMB jumpa botol arak dlm kolam tu. Hahahaha, kalau tak ada botol arak tu rasanya warga asing masih diberi kebebasan guna kolam berkenaan. Aku pasti ketika puak2 warga asing ni mandi manda di kolam tu, ada seorg dua yg pancut air kencing sambil berenang. Malah, mungkin ada yg ambil kesempatan basuh berak dlm tu. Yalah, puak ni di negara mereka hanya guna kertas atau tisu utk cuci berak. Bila dpt mandi manda secara bebas di kolam ni dah tentulah ambil kesempatan cuci jubur sekali. Itu antara sebab aku tak berapa berehi nak ke kolam. Itu belum kira lagi dlm kolam tu airnya bercampur dgn daki maki puok2 warga asing, lebih lagi Bangla dan Nepal.

Selasa, 23 Januari 2024

Artis lebih power dari mufti

Ni satu hal lagi karenah dunia akhir zaman..seorg ahli agama di sebuah negeri berantakan terpaksa mengalah dan minta maaf atas kenyataannya mohon supaya sebuah program nyanyian ditangguhkan. Alasan ahli agama tu amat difahami majoriti umat Islam, tapi ada segelintir yg buat2 tak faham sbb mungkin gian sangat nak menyanyi. Ahli agama itu dlm kenyataannya minta program nyanyian tu ditangguhkan kerana dekat dgn bulan puasa, iaitu tiga hari nak puasa dan dua mlm nak solat tarawih. Tak moleklah kata ahli agama tu ketika umat Islam bersiap-siap nak sambut Ramadan, kita pula bergelek berlenggang atas pentas dan akan diikuti oleh org ramai yg hadir. Memang tak molek. Sbb tu ahli agama tu minta ditangguhkan. Tapi muncul yg jahil tukil marah2 ahli agama tu kononnya nak tutup pintu rezeki mereka. Ehh ehh kata buat program tu kerana nak kutip duit utk tabung Palestin. Nak bantu rakyat Palestin yg ditindas dan dizalimi rejim zionis laknatullah. Kalau ikhlas nak bantu umat Islam di Palestin, jgnlah terima upah. Buatlah secara sukarela supaya semua duit yg dikutip tu masuk sepenuhnya dlm tabung, bukan suku saja dlm tabung, 3/4 lagi buat bayar upah. Lagilah tak molek guna nama Palestin utk cari rezeki. Dan, kalau betul2 nak bantu Palestin, buatlah sebulan lepas atau sekarang, kenapa perlu tunggu ketika umat Islam dah hampir dgn pintu Ramadan? Lagipun, tak adakah cara lebih molek nak kutip duit utk bantu umat Islam di Palestin selain program nyanyian yg melalaikan? Nak naik pentas ni artis kena pakai pakaian mahal2, upah lantun satu lagu pun mahal, sedangkan sewa pakaian yg mahal2 tu dan upah lantun lagu tu boleh je dimasukkan dlm tabung Palestin. Tu baru cara nak kutip duit. Mcm aku pernah jadi ahli St. John masa sekolah dulu2, tiap tahun ada program kutip derma, aku dan ahli2 lain hanya diberi satu tin kosong tiap seorg dan ditempatkan sehari suntuk sama ada di pasar, di sekatan jalan raya (minta izin polis dulu la) dan tempat2 yg jadi tumpuan org ramai. Duit yg kita kutip tu diserahkan semuanya kpd penganjur. Tak adalah dari duit tu kita ambil utk bayar pakaian seragam ke atau bayar upah kita yg sehari suntuk berdiri di tengah panas. Tak ada. Kita buat secara sukarela. Ni aku tengok banyak program berkaitan kutip derma, jemput dan panggil VIP tu, VVIP ni membazir, sedangkan program tu nak kutip derma. Yg buat kat hotel lima enam bintang tak usah royak lah. Umum dapat RM100,000, hakikatnya RM30k kena bayar hotel, RM30 kena bayar itu ini, akhirnya yg masuk tabung RM40 saja. Contoh je tu. Tapi itulah kenyataannya. - Dee Pasir Mas DPM

Jabatan mana, bidang mana tak ada politik kerja?

Bukan politik radio saja, politik surat khabar dan politik portal atas talian pun adakalanya kejam dan tak berperikemanusiaan. Tapi Alhamdulillah, sepanjang 39 tahun nak masuk 40 tahun bekerjaya dalam dunia kewartawanan, aku hanya berdepan dgn dua politiking saja iaitu radio dan surat khabar. Setakat ni aku selamat dari politiking portal atas talian, cuma baru-baru ini je hampir nak terkena, tapi sempat dua hari saja sebelum aku berundur. Politik radio dan surat khabar ni sebenarnya kita berdepan dgn hasad dengki rakan setugas, itu saja. Ditambah pula mereka mendapat sokongan padu dari bos. Dlm hal ini pada awalnya bos tak bersalah, tapi apabila bos membuat keputusan memihak kpd penghasad dengki tanpa usul periksa, maka bos secara tak langsung turut terlibat dlm konspirasi untuk menyingkirkan kita. Ada dua sebab boleh tercetus politik dlm kerja. pertama, dulu kerana kepopularitian seseorg deejay atau wartawan, tapi bergaji cukup2 makan, kedua, nak up gaji tinggi, tapi kepopularitian ke laut – boleh dikatakan syok sendiri. Kawan2 penghasad dengki ini sebenarnya beridentiti sgt baik, ramah mesra, cakap lemah lembut dan sentiasa ‘membantu’ di depan kita, tapi macam hantu setan bila di belakang. Mereka tak boleh lihat kita lebih sikit, mereka tak boleh tengok kita berjaya sikit, apatah lagi mendapat pujian dan sanjungan daripada pendengar, penonton dan pembaca. Ini yg berlaku pd aku yg pernah bekerja di stesen radio selama empat tahun dan surat khabar selama lebih 20 tahun (tempoh selebihnya bekerja di portal atas talian). Dan ini juga yg berlaku kpd kawan aku di stesen radio sehingga meninggal dunia di perantauan. Politik kerja di media massa ni lebih teruk dan kritikal berbanding politiking yg berlaku dlm parti politik. Org politik yg menjadi mangsa politiking tak seazab org media yang dipolitikkan. Org politik kaya raya, sedangkan org media kalau hilang kerja, hilang punca pendapatan. Boleh tinggal sehelai sepinggang. Berbalik kisah arwah kawan aku ni, dia seorg deejay yg agak berjaya di sebuah stesen radio di sebuah negeri. Kerana kemasyhurannya, maka dia dicemburui rakan setugas. Dgn itu bermacam-macam cara dilakukan rakannya supaya arwah ini tidak lagi bertugas di situ. Caranya, dia masuk bilik bos, dia hasut bos sehingga bos percaya dan keluarkan surat tukar arwah ini ke stesen radio yg agak jauh dari negerinya bertugas. Maka sunyilah stesen radio tu dgn ketiadaan arwah. Apabila arwah taka da, kepopularan rakannya naik mendadak sebab pesaingnya telah dipindahkan ke negeri far away. Arwah pula mcm org demam, lemah semangat, hilang kesungguhan bekerja di tempat baru. Arwah juga disisihkan oleh rakan2 baru sebab ‘kisahnya’ telah sampai ke pengetahuan mereka. Lalu bekerjalah dia dgn cara org disisih. Masuk kerja jam seawal 5 pagi, habis kerja jam 6 ptg terus balik ke rumah sewa. Nak lepak, nak borak2 dgn kawan baru tak diterima mereka. Akhirnya kerana makan hati dan memendam rasa, dia disahkan mengidap jantung dan akhirnya meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Kawan hantu setan di tempat lama datang menziarah jenazah di rumah kampung halamannya. Pura-pura sapu hidung kononnya sedih dgn pemergian kawan mereka. Bos di tempat lama juga datang, hulur sampul sambil menasihatkan balu dan anak2 arwah agak bersabar dan tabah. Sebenarnya kunjungan hantu setan ni tak diperlukan pun, kehadiran mereka tak disenangi oleh keluarga arwah sebab mereka tahu suami dan ayah mereka dipindahkan ke negeri far away dan meninggal dunia di perantauan kerana politik dia orang. Jadi, apa yg berlaku kpd seorg deejay di radio swasta baru-baru ini adalah perkara biasa. Tak usahlah kau nak ungkitkan kau pernah menang anugerah tu anugerah ni kalau kau sudah menjadi mangsa politik, kecemerlangan kau selama ni terhapus dlm sekelip mata. Itulah penangan politik dlm kerja. Sekian, Dee Pasir Mas penjual minyak dan gas

Bila si bodoh nak tunjuk cerdik

Minggu lepas aku ada terima panggilan tak dikenali. Kali pertama memanggil aku tak jawab, kali kedua memanggil aku biarkan dan kali ketiga deringan panggilan baru aku jawab. Pemanggil tu perkenalkan diri kpd aku dan ulang dua tiga kali katanya susah nak bercakap dgn aku. Aku pun minta maaf dan tipu kata aku meeting, aku di luar dan aku di surau. Semua lokasi aku berada dan masa kau call ni aku tak dapat jawab, tapi aku mengharapkan jika kau rasa penting sangat nak bercakap dgn aku, sekurang-kurangnya kau wasap aku perkenalkan diri. Tapi kau tak buat begitu, mungkin kau rasa remeh nak buat begitu. Bila dah bercakap, aku tanya apa hajat tuan? Dia beritahu lebih kurang yg dia ada sebuah portal berita yang diurus dan dikendalikannya seorg diri. So, kenapa tuan call saya? Dia kata dia nak tawarkan kerja sebagai editor utk bantu ringankan tugasan dia. Aku tanya portal apa? Dia pun bla-bla cuba perkenalkan portalnya dan sambil bercakap tu aku buat carian di goggle nama portal berkenaan dan memang ada, tapi layoutnya agak ke belakang dan isi beritanya tak banyak. Okay, aku setuju terima tawaran dia dan aku bgtau dia kalau nak minta aku bekerja utknya, layout portal kena kemaskini supaya menarik orang membacanya. Dia janji akan ubah. Lepas tu, dia kata bolehlah start keesokan hari? Aku kata, insya-Allah saya akan cuba, tapi beri masa seminggu utk tempoh percubaan kerana saya nak mengenali diri dia lebih dekat. Dia pun jawab, dia ni bukan dari latarbelakang reporter dan tak pernah jadi reporter. Dia hanya org politik yang dua kali diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan partinya bertanding pada PRN Johor dan PRU15. Dua-dua kalah. Satu hilang deposit (PRN Johor). Aku nak ketawa, tapi aku tahan. Tak apalah, itu urusan dia, aku tak nak campur. Aku kata dlm hati, mungkin dia sudah Insaf siapa dirinya lalu beralih kpd menjadi ‘wartawan’ utk portalnya. Utk makluman, portal ni bukan milik dia. Portal ni milik seorg ahli politik juga, tapi Datuk ni tak pernah ambil tahu pun pasal operasi portalnya di bawah mamak yang dua kali kalah pilihan raya ni. Mungkin mamak ni kawan baik dia dan nak bagi ada pendapatan, maka diberi amanah utk urus portal berkenaan. Itu andaian akulah. Lalu, aku pun mulalah cari bahan dan ketuk buat stori. Masalahnya, aku tak boleh upload stori tu dlm portal, semua stori kena hantar kepadanya utk dia upload. Tak apalah, aku tak kisah, lagi senang dan mudah kerja aku. Lepas hantar dua stori yang diproses dlm bentuk berita dan hantar kepadanya melalui wasap, dia bgtau pulak, cara stori yg aku proses ni tak menepati kehendaknya dan tanya pula stori ni aku dapat dari mana. Aku kata, stori ni dapat dari kenyataan yang diwasapkan dlm grup media. Ni kiranya stori fresh bukan stori rewrite dari mana2 media. Nampaknya dia tak boleh terima stori tu dan minta aku proses stori2 yg dia akan hantar link kepada aku. Aku sabar lagi. Dahlah kau bukan berlatarbelakangkan wartawan, kau personal pula tulisan wartawan. Aku tetap tahan sabar. Hari pertama aku membantunya, dia hantar sekurang-kurangnya lima link stori yg dia petik dari media arus perdana dan portal2 lain, termasuklah link stori yg aku buat dari kenyataan akhbar. Aku pun bgtau dia, stori kelima ni kan aku buat, tapi kau reject. Dia kata, rewrite semula. Aku panas hati dan tanya dia lagi, kenapa perlu rewrite? Pakai jelah yg original dari kita sendiri. Dia kata, stori yg aku buat tu tak menepati kehendaknya. Dlm hati aku kata, mamak ni dah melampau. Dahlah bodo, nak mempermainkan aku pula. Banyak masa aku habis dgn melayan mamak yg tak tau ap ani, tapi berlagak bijak dan pandai. Aku pun buatlah apa yg dia nak. Bila aku tengok portal tu sepintas lalu, maka jadilah portal copy and paste. Hari kedua dan ketiga pun begitu jugak. Banyak masa aku habis layan kehendak bodohnya. Lalu, pagi ni, sebelum jam 8 pagi tadi, aku tengok telefon ada lima link stori yg dia minta aku rewrite. Dan aku jawab, aku resign. Aku bg alasan, aku berhenti kerana aku bukan wartawan C&P. Kalau kau nak wartawan yg ikut kehendak kau, kau cari org lain. Baru tiga hari membantunya aku dah sakit jantung. Kalau aku terima terus tawarannya, mungkin aku menghembuskan nafas terakhir tak sampai seminggu kerja. Kerana sayangkan kesihatan dan nyawa aku, baik aku tumpu pada kerja aku sbg PR di sebuah syarikat minyak dan gas ni. Kerja pun rilek. Dpt kepercayaan CEO lagi. Hati pun senang tak diganggu oleh orang2 bodoh. Maaf pinjam perkataan bodoh UAI kejap utk dipadankan dgn perangai mamak berlagak pandai dan bijak tapi otak tohor ni. Kpd kawan2 tolong jgn pujuk atau paksa saya utk beritahu nama portal tu. Tak baik memburuk-burukkan portal yang baru berusia setahun jagung ni. Pada aku, portal tu tak salah dan Datuk yang beri amanah kpd mamak ni pun tak salah. Pagi ni juga aku wasap pada Datuk pemilik portal ni maklumkan aku tak boleh kerja dgn mamak ni, dan aku juga bgtau pada Datuk, kalau nak ubah layout, kena ubah minda mamak ni juga, barulah portal Datuk dapat bersaing dgn portal2 lain. - Dee Pasir Mas DPM

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran