Rabu, 24 Ogos 2016

Apakah jasa Tun M?


Nama: Mahathir Bin Mohamad
Tarikh Lahir: Jumaat 20 Disember 1925.
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah 
Rumah No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak
Agama: Islam
Pekerjaan: Doktor
Perdana Menteri Malaysia (1981 – 2003)

Pendidikan:
:1930 Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah.
:1945 Kolej Sultan Abdul Hamid (Senior Cambridge)
:1947 King Edward VII College of Medicine, Singapura
:1953 Universiti Malaya ( Ijazah Doktor Perubatan)

Nama Bapa: Mohamad bin Iskandar
Nama Ibu: Wan Tempawan binti Wan Hanafi
Adik-beradik: Anak bungsu (5 Lelaki, 4 Perempuan)
Pasangan: Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohd Ali
(Tarikh perkahwinan 5 Ogos 1956)
Anak : 7 orang ( 4 Lelaki 3 Perempuan)
Nama-nama : Datin Paduka Marina Mahathir, Mirzan Mahathir,Melinda Mahathir Dato’ Mokhzani Mahthir, Dato’ Mukriz Mahathir, Maizura Mahathir,Mazhar Mahathir, Daniel Fariezs(anak angkat)

KERJAYA POLITIK TUN MAHATHIR
- 1945 Penglibatannya dalam politik bermula apabila beliau bergerak cergas dalam beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan UMNO.
- 1964 Bertanding sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Kota Star Selatan dan menang.
- 1965 Di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
- 1969 Tewas dalam pilihanraya Umum. 12 Julai beliau dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO.
- 1972 Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7hb/Mac/1972.
- 1973 Dilantik menjadi Ahli Dewan Negara .
- 1974 Bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu dan menang tanpa bertanding seterusnya dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak.
- 1976 Tun Hussein Onn Perdana Menteri Malaysia ketika itu, telah melantik Dr. Mahathir sebagai timbalan Perdana Menteri.
- 1978 Bertukar "portfolio" dari Kementerian Pelajaran ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding.
- 1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteridan secara automatik Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
- 2003 Tun Dr Mahathir megumumkan bersara.

SUMBANGAN KEPADA NEGARA DAN MASYARAKAT
- Dasar Persyarikatan Malaysia.
Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan. Syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Eletrik Negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Pensyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara.
- Dasar Pemilikan Saham Bumiputra. Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor, perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB.
- Dasar Pandang ke Timur.
Kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian.
- Bersih, Cekap, Amanah
Tun Dr Mahathir memperkenalkan kempen "Bersih, Cekap, Amanah" yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arahkecemerlangan.
-Kepimpinan Melalui Teladan.
Kempen "Kepimpinan Melalui Teladan" yang berhasrat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenaplapisan kakitangan Kerajaan.
- Malaysia Boleh.
Slogan "Malaysia Boleh" – bukan sekadar slogan kosong tetapi digunakan sebagai satu strategi ke arah mempromosikan Malaysia dan membuka mata rakyat Malaysia kepada dunia penuh peluang dan kesempatan. Slogan ini adalah pernyataan keyakinan yang telah menjadi pendorong berkuasa tinggi, yang telah memungkinkan ramai rakyat Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
- Wawasan 2020.
Pada 1990 Tun Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 – pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju Negara dan rakyat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
Pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam usaha melakar nama Malaysia di arena antarabangsa. Antara projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan beliau antaranya ialah :
1983 Projek Kereta Nasional (PROTON) melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia).
Julai 1985 kereta pertama buatan Malaysia dikeluarkan.
1998 Stadium Nasional Bukit Jalil di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad sempena Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia.
1998 Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan salah satu hub penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia"
1998 Menara Berkembar Petronas pembangunan gergasi yang menampilkanbangunan pejabat berkembar tertinggi di dunia, 452 meter (1483 kaki) Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia.
1999 Litar Antarabangsa Sepang, tempat sukan permotoran berprestij, seperti Formula One dan GP Moto.
1999 Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Tun Dr. Mahathir sedarakan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Ia merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna.
1999 Cyberjaya adalah pusat-penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi, Cyberjaya merupakan sebuah 'bandar pintar' yang merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC). Konsep bandar ini adalah untuk menjadi Lembah Silikon Malaysia. Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan pada Mei 1997.
1999 Putrajaya, bandar pintar pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia. Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan. Mula dibina pada 16 April 1995.
Projek-projek beliau ini meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia dan disegani.
Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dan dihormati dunia kerana Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia.. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Sabtu, 20 Ogos 2016

Kanak-kanak Syria yang 'viral' disatukan semula dengan ibu bapanya



MUNGKIN ini adalah berita melegakan buat kita semua yang bersimpati terhadap nasib kanak-kanak Syria, Omran Daqneesh.

Imej rakaman kanak-kanak itu menjadi viral, kerana menunjukkan dia dalam keadaan bingung dengan tubuhnya penuh diselaputi debu serta wajah berlumuran darah.

Menurut laporan media antarabangsa, kanak-kanak itu berjaya disatukan semula dengan ibu bapanya.

Semalam, sebuah video yang memaparkan wajah suram Omran yang mengalami kecederaan dan keseorangan diri di atas kerusi dalam sebuah ambulans selepas dia diselamatkan, mendapat perhatian dunia.

Lebih menyedihkan, walaupun Omran sedar dahinya mengalami pendarahan, dia tidak menangis malah hanya duduk dalam keadaan diam sambil menunggu mangsa lain untuk dibawa ke hospital.

Menurut seorang jururawat yang merawat Omran kepada portal berita ABC, Omran juga tidak menangis ketika dia sedang dirawat.

Malah, Omran yang masih berada dalam keadaan 'terkejut' hanya mencari ibu bapanya.

"Dia tidak berkata apa-apa kecuali bertanya di mana ibu bapanya," kata Abu Rejab dari Persatuan Perubatan Amerika-Syria.

"Tidak lama kemudian itu, mereka tiba. Hanya selepas melihat ibu bapanya, Omran mula menangis," kata jururawat itu seperti dipetik dari portal ABC.

Menurut pakar perubatan, Omran mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibenarkan keluar dari hospital M10 itu. Serangan itu dilapor berlaku pada Rabu di Aleppo.

Video dan juga imej daripada pengeboman itu kemudian disebarkan di media sosial, sekali gus menjadi satu peringatan yang hebat akan krisis yang sedang berlaku di bandar Syria.

Wajah kanak-kanak Aleppo ini peringatan jelas ngeri perang di Syria



Satu rakaman video viral yang memaparkan wajah suram seorang kanak-kanak Syria yang mengalami kecederaan dan keseorangan diri di dalam sebuah ambulan cukup menyayat hati.

Kesuraman berada di garisan krisis yang sedang mengganas di Syria sejak beberapa tahun yang lalu jelas tergambar menerusi rakaman itu.

Omran Daqneesh, berusia lima tahun merupakan antara mangsa yang diselamatkan dalam serangan kejam tentera Basyar Al Assad.

Omran yang mengalami kecederaan dilihat sedang duduk berseorang diri di atas kerusi dalam sebuah ambulan selepas dia diselamatkan - yang mana nasib ibu bapanya sehingga kini masih belum diketahui.

Diliputi debu runtuhan bangunan dan berlumuran darah, wajah muka Omran seperti berada dalam igauan trauma.

Mungkin dia sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku di sekelilingnya, ataupun mungkin dia percaya yang realiti di hadapannya hanyalah satu mimpi.

Rakaman video berdurasi 2 minit menunjukkan Omran dibawa masuk ke dalam ambulan tersebut oleh seorang penyelamat yang berada di lokasi kejadian.

Lebih menyedihkan, walaupun Omran sedar dahinya mengalami pendarahan, dia tidak menangis malah hanya duduk senyap sambil menunggu mangsa lain.

Penyelamat dilihat menyelamatkan empat lagi kanak-kanak sebelum mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Rakaman itu dipercayai dimuat naik oleh seorang doktor yang bertugas di kawasan bergolak itu.

Menurut laporan CNN, tiga orang maut dan sekurang-kurangnya 12 yang lain cedera dalam serangan yang berlaku di Aleppo pada Rabu.

Video dan juga imej daripada pengeboman itu disebarkan di media sosial sudah pasti menjadi satu peringatan yang hebat akan krisis yang sedang berlaku di bandar Syria.
Berikut adalah antara reaksi netizen di media sosial.

Ammar Tabyeh, penyelamat kanak-kanak Syria yang 'viral' di media sosial



Kisah kanak-kanak Aleppo, Syria, Omran Daqneesh terus mendapat perhatian dunia.

Terkini, media antarabangsa mendedahkan identiti jururawat yang berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu.

Lelaki itu dikenali sebagai Ammar Tabyeh, seorang ahli paramedik dari pasukan The White Helmets, iaitu sebuah Unit Pertahanan Syria.

Menurut laman web mereka, kumpulan ini mempunyai 3,000 sukarelawan yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan mengukuhkan masyarakat di Syria.

“Kami akan bergegas ke tempat kejadian serangan untuk menyelamatkan sejumlah nyawa yang besar dalam masa yang singkat,” kata kumpulan itu di laman webnya.

Sementara itu, Ammar Tabyeh turut berkongsi pengalamannya ketika menyelamatkan Omran.

“Omran kelihatan terkejut ketika saya menarik beliau keluar. Saya amat bersyukur dan menarik beliau.“

"Namun saya sedih kerana dia hanya seorang kanak-kanak. Apa yang beliau sudah lakukan untuk melalui situasi seperti ini,” katanya, dipetik dari video AJ+.

Kanak-kanak itu berjaya disatukan semula dengan ibu bapanya pada Jumaat.

Sebuah video yang memaparkan wajah suram Omran yang mengalami kecederaan dan keseorangan diri di atas kerusi dalam sebuah ambulans selepas dia diselamatkan, mendapat perhatian dunia pada Khamis.

Lebih menyedihkan, walaupun Omran sedar dahinya mengalami pendarahan, dia tidak menangis malah hanya duduk dalam keadaan diam sambil menunggu mangsa lain untuk dibawa ke hospital.

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...