Jumaat, 31 Oktober 2014

Liwat II: Anwar hadiahkan pakaian jenama kepada Saiful

TERKINI KES LIWAT II : ANWAR HADIAHKAN PAKAIAN JENAMA YANG DIPAKAI OLEH JAMES BOND KEPADA SAIFUL

Di bawah adalah antara laporan prosiding Mahkamah Persekutuan kes liwat Anwar Ibrahim hari keempat (Jumaat 31 Oktober 2014)

Seperti dijangka, Tan Sri Shafee Abdullah tidak mempunyai masalah untuk mematahkan hujah peguam-peguam Anwar.

Antara yang menarik, apabila Anwar Ibrahim 'menghadiahkan' Brioni Suit kepada Saiful Bukhari.

Jika kita google.search, Brioni Suit adalah jenama branded pakaian mewah. Malah, hero filem James Bond 007 juga memakai jenama Brioni dalam filem tersebut!

Liwat II: 45 keraguan untuk bebaskan Anwar

Liwat II 31-okt : 45 Keraguan Untuk Bebaskan Anwar

Sebanyak 45 keraguan telah disusun oleh Gopal Sri Ram untuk bebaskan Anwar…

Kesemuanya akan dibalas balik sebegini :

Sampel Sperma boleh di swab selepas 3 jam.
 
 Kajian sains membuktikan DNA sperma boleh di swab daripada dubur dan dna boleh kekal sampai 72 jam… Ini adalah hasil kenyataan pakar Anwar sendiri dalam kes ini (Mallard Medical Journal).

Liwat II: Penemuan Baru, Checkmate !!

Liwat II 30-okt : Penemuan Baru, Checkmate !!

Hujah Tan Sri Shafiee Abdullah menjadi faktor penting dalam menentukan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah Shafiee akan mengemukakan penemuan baharu berhubung perbicaraan ini berbanding pasukan peguambela yang hanya mengemukakan hujah dan fakta lama?

Para peguam Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara diulang-ulang, tiada penemuan baharu dan ramai peguam pemerhati menyatakan ianya adalah tanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar. 

Kes Liwat 2 : Terlalu Banyak Idea Konspirasi

Anwar Ibrahim Mahkamah

Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari keempat hari ini selepas ditangguhkan semalam.

Hari ini tiba giliran pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk membentangkan pula hujahan mereka selepas pasukan pembelaan selesai merumuskan hujahan mereka pada Khamis.

Muhammad Shafee hari ini akan memulakan sesi dengan pembentangan hujah yang menyentuh pelbagai persoalan berdasarkan fakta kes.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Luahan hati isteri-isteri dan anak Ustaz Azhar Idrus

Post Pic
 
Isteri-isteri dan anak kepada ustaz Azhar Idrus meluah rasa kecewa mereka di laman sosial bersabit kontroversi video seks yang melanda penceramah bebas terkenal itu.
 
Isteri pertamanya, Rogayah Sulong menerusi laman Facebook mendoakan kesejahteraan untuk keluarga mereka di samping menyatakan sokongan kepada suaminya.
 
 
Isteri keduanya, Wan Halimatun Nisa' Wan Mohd Nor mengucapkan terima kasih kepada peminat ustaz Azhar yang tidak putus-putus menyatakan semangat dan doakan kepada mereka sekeluarga.
 
 
Nisa' memberitahu program ceramah agama ustaz Azhar akan berjalan seperti biasa.
 
Beliau juga memberitahu akan sentiasa berbangga dengan suaminya walau apa tohmahan dilemparkan terhadapnya.
 
Sementara anak sulong kepada ustaz Azhar pula, Nur Madiha Asyikin berkata beliau kenal dengan susuk tubuh ayahnya dan menggangap kontroversi itu satu fitnah.
 
 
Beliau juga menyatakan sokongan kepada ayahnya itu.
 
Namun sehingga kini, isteri Ustaz Azhar yang ketiga, yang hanya dikenali sebagai Izyan, masih belum menyatakan pendiriannya.
 
 
Bertiup kencang di laman internet adalah wanita yang menjadi pasangan lelaki mirip ustaz Azhar itu juga, mirip kepada isteri ketiga penceramah agama itu.
 
Ustaz Azhar sendiri belum mengulas isu itu sama ada menafikan atau mengakui bahawa beliau adalah lelaki dalam rakaman video berdurasi 38 saat itu.
 
 
Video yang mula tersebar pada Rabu lalu memaparkan seorang lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus dalam keadaan intim dengan seorang wanita.
 
Anehnya, lelaki itu seolah-olah menyedari aktivitinya dirakam apabila dia dikesan melirik tepat kepada kamera.
  
Untuk rekod, ustaz Azhar suatu ketika dahulu mencetus fenomena apabila berjaya menarik ribuan orang untuk mengikuti program ceramah agamanya, terutamanya dikalangan anak muda.
 
Penyampaiannya yang bersahaja diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena, mencuit hati penonton yang hadir.
 
Beliau juga berkemampuan menjawab soalan-soalan bersabit hukum-hakam agama secara spontan.

Khamis, 23 Oktober 2014

Rungkai : Isu Video Skandal 'Ustaz Azhar Idrus'



Status : Dinafikan Oleh Pihak UAI
Mula Disebar : 22 Okt 2014
Tarikh Penafian : 23 Okt 2014

Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita.

Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit. Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini :

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Zulkifli juga, UAI tidak langsung terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa. - SiakapKeli.com

Video: Rakaman Skandal Seks Ustaz Azhar Idrus?

Azhar Idrus


Sejak malam tadi para penguna media sosial digemparkan dengan penyebaran rakaman video berdurasi 0:38 saat memaparkan seorang lelaki yang mirip dengan seorang penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus.

Rata-rata penggiat media sosial, marah dan kecewa dengan tindakan penyebaran gambar dan rakaman tersebut yang disifatkan sebagai cubaan jahat untuk memalukan individu tersebut.
SuaraTV walau bagaimanapun gagal menghubungi Ustaz Azhar sebentar bagi mendapatkan maklumbalas berhubung penyebaran rakaman video tersebut.

Secara ringkasnya Ustaz Azhar Idrus sebelum terkenal sebagai penceramah agama merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.

Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik.

Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang “Otai Punk” yang telah menghilangkan diri selama lima tahun. Setelah lima tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.

Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) mendapat sambutan golongan muda di seluruh negara. Menyedari hakikat ini usaha Peirre Andre mengarah filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” adalah usaha menarik golongan muda menonton filem dakwah itu.

Sekali lagi David Teo menerbitkan filem dakwah, “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” lakonan Shiro yang memenangi Raja Lawak dahulu. Semalam (28 November) filem itu mula ditayangkan ke seluruh negara. Saya yang menontonnya di Midvalley tak tahan ketawa berdekahdelah melihat gelagat Shiro.

Dari awal penyertaan Shiro dalam Raja Lawak, saya sudah ramal mereka akan menjadi Raja Lawak. Terbukti ramalan saya itu apabila mereka dinobatkan Raja Lawak 2012. Ini adalah filem pertama mereka.

Filem arahan Pierre Andre ini adalah yang terbaru selepas Highland Towers yang mengutip sebanyak RM3 juta. Saya yakin filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” akan mengutip lebih dari RM2 juta kerana ramai anak-anak muda yang meminati UAI akan menonton filem ini.

Ustaz Azhar hanya muncul sekejap sahaja dalam filem ini tetapi dengan gaya bersahaja Ustaz Azhar kelakar macam Shiro juga.

“Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.

Pada keseluruhannya, filem komidi arahan Pierre Andre ini boleh tahan mengajak golongan muda kembali kepada agama. Dengan kemunculan UAI sudah parti ramai peminatnya akan mengunjungi pawagam. Tahniah Pierre Andre.

Selasa, 21 Oktober 2014

Kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Ismail Hussain


Innalillaahi Wainnailaihi Roji'un.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa tokoh kesusasteraan & persuratan negara, Pendita Prof Tan Sri Dato' Ismail Hussain telah kembali kerahmatullah 9.30 malam tadi .

Jenazahnya akan dibawa kerumah anaknya di No. 7 Jalan SS/74 A Petaling Jaya kira2 pukul 1.30 malam ini.

Insya Allah jenazah akan di bawa ke Masjid UIA PJ di Seksyen 16 pagi ini Selasa 21 Okt kira2 pukul 9.30 pagi.

Solat jenazah dijadualkan pukul 11.30 pagi dan jenazah akan dibawa selepas itu ke Perkuburan Bukit Kiara untuk dikebumikan.

Rabu, 15 Oktober 2014

Perbahasan Bajet 2015 - Anwar Ibrahim



NOTA PERBAHASAN
BAJET 2015

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG

13 OKTOBER 2014

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2014 yang lalu.

MUQADDIMAH

 “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan cara yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada para penguasa kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, ketika kamu mengetahui (salahnya)”. Al-Baqarah 188

PENDEKATAN DAN KONSEP BELANJAWAN
  1. Belanjawan negara bukannya hanya mengenai angka perbelanjaan yang berubah dan meningkat saban tahun. Pastinya ianya bukan hanya lakaran yang dihiasi dengan akronim-akronim menarik yang dikitar semula tetapi tidak ketara dalam penghasilannya.

  1. Belanjawan negara sewajarnya menjawab dua persoalan utama. Pertama, mengukuh paksi ekonomi dan memacu pertumbuhan rancak, dengan maksud meningkat hasil dan pendapatan negara. Kedua, mempastikan perbelanjaan terurus untuk memperkemas prasarana dan memastikan pengagihan adil dan saksama buat segenap lapisan masyarakat.

MB dan Exco baharu Selangor


Speaker: Hannah Yeoh -  Subang Jaya/DAP
Tim Speaker:  /PAS
Menteri Besar: Mohamed Azmin Ali – Bukit Antarabangsa/PKR
Nik Nazmi Nik Ahmad – Seri Setia/PKR
Amirudin Shari – Batu Cave/PKR
Dr Daroyah Alwi – Sementa/PKR
Elizabeth Wong – Bukit Lanjan/PKR
Ganabatirau Veraman – Kota Alam Shah/DAP
Datuk Teng Chang Khim – Sungai Pinang/DAP
Ean Yong Hian Wah – Seri Kembangan/DAP
Iskandar Abdul Samad – Cempaka/PAS
Dr Ahmad Yunus Hairi – Sijangkang/PAS
Zaidy Abdul Talib – Taman Templer /PAS

Senarai Ahli Parlimen 2013-2018



























Bil.
Parlimen
Nama
Parti
Kawasan
1
P001
BN - UMNO
Padang Besar
2
P002
BN - UMNO
Kangar
3
P003
Datuk Seri Shahidan Kassim
BN - UMNO
Arau
4
P004
Dato' Ir. Nawawi Ahmad  
BN - UMNO
Langkawi
5
P005
Datuk Othman Aziz
BN - UMNO
Jerlun
6
P006
Datuk Wira Mohd Johari Baharum
BN - UMNO
Kubang Pasu

Jumaat, 10 Oktober 2014

Teks ucapan Bajet 2015



DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
BENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2015) DI DEWAN RAKYAT PADA JUMAAT, 10 OKTOBER 2014- "BAJET 2015: EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT"

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.

MUKADIMAH

Tuan Yang Dipertua,

1. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil A'iamin, Wa bihi Nastai'n. Diiring pula selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama berdoa, dan yang beragama Islam, menadah kedua-dua tangan setingginya, pohon limpah keberkatan juga inayah-Nya, bagi saya membentang sebuah dokumen penting, yakni Bajet 2015 agar dapat didengar dan di hadami sebaiknya oleh Sidang Dewan dan Rakyat Malaysia seluruhnya.

2. Sebelum meneruskan pembentangan, saya bagi mewakili pihak Kerajaan mengucapkan takziah atas kembalinya ke-Rahmatullah Allahyarham Tun Hajah Suhaila Binti Tan Sri Mohammad Noah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri ketiga. Semoga rohnya diletakkan di kalangan para solihin dan solihat.

Bajet 2015 Sudah Jadi Anti Klimaks

Hari ini Jumaat, pada kira-kira jam 4.00 petang, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen. Ini adalah pembentangan kali ke-6 yang dilakukannya sejak 2009.

Tetapi berbanding tahun-tahun sebelumnya, pembentangan bajet kali ini dijangka paling tidak menarik sekali bagi majoriti rakyat negara ini. Bajet yang dibentangkan esok sudah dianggap anti klimaks kerana tiada apa-apa lagi yang menarik yang diharapkan oleh rakyat daripada kerajaan.

Walaupun mungkin, seperti biasa ada kenaikan atau penurunan cukai tertentu yang akan dibuat, pengumuman bonus, berita baik mengenai golongan muda, perumahan, pendidikan, kebajikan, pertambahan jumlah BR1M dan sebagainya, namun semua itu sudah menjadi tidak menarik lagi.

Semuanya berikutan pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak secara tidak sengaja sebanyak 20 sen melalui pemotongan subsidi pada 2 Oktober lalu. Pemotongan subsidi yang jelas menunjukkan kerajaan semakin kekurangan wang dan menjadikan rakyat sebagai mangsa korbannya untuk menampung perbelanjaan pembangunannya adalah bukti bahawa apa pun pemberian dan gula-gula dalam bajet ini sudah tidak bermakna lagi.

Dengan sudah menerima kesan kenaikan pelbagai harga barangan pada sambutan Hari Raya Korban baru-baru ini, apa pun intensif kerajaan untuk mengubati luka di hati rakyat hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi saja.

Bukan saja di pejabat, di kedai kopi, ruang dapur dan di mana-mana saja kedengaran sungutan mengenai tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang merupakan ibu segala kenaikan barangan yang lain, bahkan di laman sosial FB Perdana Menteri sendiri, kata-kata sindirian dan kemarahan itu dapat dirasakan dengan nyata sekali.


Apa saja yang ditulis oleh Najib di laman FBnya itu, baik mengenai rasionalisasi subsidi minyak, ucapan Hari Raya Aidiladha, insiden kehilangan bot tempur TLDM, MH17, malah mengenai persiapan penyediaan bajet 2015 juga turut dihujani dengan kata-kata luahan perasaan mengenai kenaikan minyak sebanyak 20 sen itu.

Selain ada yang meluahkan kemarahan, kejian dan cacian, terdapat juga yang hanya menulis perkataan "najib20sen" dan "minyak20sen" beratus-ratus kali sebagai sindiran dalam ruangan komen FB Najib itu.

Ada juga yang meramalkan, mungkin ada lagi kenaikan yang akan diumumkan oleh Najib esok di sebalik ramai pemimpin kerajaan mengatakan akan ada berita baik bakal menjelma. Ramai juga yang mengatakan tidak berminat lagi untuk mengetahui apa-apa pun mengenai bajet kali ini.

Harapan rakyat juga punah dalam bajet kali ini ialah selain kenaikan harga minyak yang diumumkan lebih awal, mereka juga sedar menjelang April tahun depan, beban kehidupan akan meningkat lagi apabila cukai GST pula diperkenalkan.

Sehingga ini juga kerajaan belum pun memutuskan lagi sama ada petrol dan diesel akan dikenakan GST atau sebaliknya. Jika kenaikan sebanyak 20 sen baru-baru ini merupakan kenaikan sebanyak 9.5 peratus, bermakna jika GST 6 peratus dikenakan lagi keatas petrol dan diesel mulai April 2015, bermakna rakyat perlu mengeluarkan lebih wang lagi untuk perbelanjaan harian mereka.

Pendeknya, kenaikan harga minyak yang diumumkan sebelum Hari Raya dan sebelum pembentangan Bajet 2015 dan ditambah dengan GST, telah membunuh segala harapan dan penantian rakyat selama ini. Di laluan masa depan, rakyat lebih melihat semakin banyak peningkatan kos sedang menanti mereka.

Jika sebelum ini, beberapa hari menjelang pembentangannya, semua orang berbicara dan menunggu-nunggu berita gembira yang bakal diumumkan, kini kemeriahan itu sudah tiada lagi.

Bajet 2015 adalah bajet paling tidak menarik, tidak ditunggu, anti klimaks dan pastilah juga paling kurang ditonton rakyat.

Isnin, 6 Oktober 2014

Sidang Dewan Rakyat mula esok (Selasa)

Sidang Dewan Rakyat mesyuarat ketiga, penggal kedua parlimen ketiga belas akan mula bersidang esok, Selasa 07hb Okt 2014.

Sesi kali ini akan dijalankan selama 28 hari iaitu sehingga 27 November dengan memberi fokus utama pada pembentangan bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober Jumaat jam 4 petang.

Parlimen

Ia akan diikuti oleh perbahasan oleh ahli parlimen berhubung bajet yang telah dibentangkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan.

Pada masa yang sama ahli parlimen perlu segera memaklumkan kepada Parlimen jika ada sebarang pemberitahuan lisan selewat-lewatnya sebelum 12 Sepember bagi jawapan secara lisan atau bertulis.

Manakala tarikh tutup penerimaan usul-usul pula adalah tertakluk kepada jenis-jenis usul dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Buku Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan ia perlu dialamatkan kepada Setiuasaha Dewan Rakat atau Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sementara itu sesi Dewan Negara akan disusuli pada 1 Disember hingga 18 Disember yang berlangsung selama 12 hari.

Rabu, 1 Oktober 2014

Pengagihan portfolio 10 Exco saksikan penjenamaan baharu



Pengagihan portfolio kepada 10 anggota Exco Kerajaan Negeri hari ini, menyaksikan berlaku penjenamaan baharu yang dikatakan dibuat selaras dengan cabaran dan tuntutan semasa.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, dalam pengagihan itu, beliau turut mencantumkan beberapa portfolio sedia ada dengan yang baharu sebagai usaha meningkatkan prestasi serta menjamin produktiviti dalam pentadbiran yang baharu kali ini.

Sambil menyifatkan semua portfolio itu penting, katanya, beliau yakin 10 anggota Exco yang baharu dilantik itu dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah diberikan dengan jaya, memandangkan semua mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

“Semua portfolio ini penting dengan kita memberikan satu nafas dan penjenamaan baru bagi menguatkan pentadbiran kerajaan negeri dalam membela serta menjaga kebajikan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, hari ini.

Anwar kekal Penasihat Ekonomi Selangor – Mohamed Azmin

Mohamed Azmin Ali

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, tegas Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali.
 
"Dalam mesyuarat Exco pagi ini, kita telah meneliti minit mesyuarat Exco yang lalu. Apa yang diputuskan oleh Khalid (bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) ialah menutup pejabat Penasihat Ekonomi.
 
"Tidak timbul soal Anwar dipecat sebagai Penasihat Ekonomi. Sekarang kita akan bincang semula mengenai fungsi dan peranannya untuk membantu pembangunan ekonomi Selangor dan sudah tentulah kita akan memberikan kemudahan termasuk pejabat sesuai dengan peranan yang akan dimainkan," katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
 
Katanya, pada 22 September lalu iaitu serentak dengan peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, beliau hanya menutup pejabat Penasihat Ekonomi berkuatkuasa serta merta.

Elaun, gaji empat jawatan utama dikaji semula

Barisan Exco Kerajaan negeri Selangor yang menghadiri mesyuarat dengan Mohamed Azmin Ali. Foto: ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR. 1 Okt. 2014.
 
Kadar kenaikan elaun dan gaji bagi empat jawatan utama kerajaan negeri akan dikaji semula, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
 
Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat pertama anggota Exco Kerajaan Negeri yang baharu pagi ini dan bersetuju untuk membincangkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.
 
Katanya, kajian itu melibatkan kenaikan elaun dan gaji Menteri Besar, Speaker DUN, 10 anggota Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Speaker, manakala elaun serta gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikekalkan memandangkan ia berpatutan dan bersesuaian dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

Jalan ke Klang Bandar Diraja ‘memalukan’

BILA sebut Klang, ia sinonim dengan gelaran Klang Bandar Diraja. Kalau di Selangor, Klang satu-satunya bandar yang kaya dengan pelbagai j...