Hujah Tan Sri Shafiee Abdullah menjadi faktor penting dalam menentukan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adakah Shafiee akan mengemukakan
penemuan baharu berhubung perbicaraan ini berbanding pasukan peguambela
yang hanya mengemukakan hujah dan fakta lama?
Para peguam Anwar telah berpeluang
memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat
panjang, banyak perkara diulang-ulang, tiada penemuan baharu dan ramai
peguam pemerhati menyatakan ianya adalah tanda aras yang sukar kepada
pasukan Anwar.
Tambahan pula ramai pengamal undang-undang sangat
terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman
Abdullah menarik diri lagi.
Anwar sangat gerun kepada Shafiee,
bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali
berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun helah Anwar yang tidak
difahami oleh Shafiee.
"Saya lebih kenal Anwar berbanding Tun Dr. Mahathir," demikian kata Shafiee.
Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Shafee, bukan perkiraan wang intinya, tetapi apakah anda sanggup
bangun subuh buta jika dipanggil, adakah anda akan terkejut jika yang
mengetuk pintu rumah anda bukannya posmen Shafee, tetapi beliau
sendiri, dan adakah anda sanggup menerima panggilan telefon di kala anda
sedang lena diulit mimpi. Adakah anda sanggup datang ke pejabatnya pada
subuh jantan sekiranya dipanggil. Guaman adalah dirinya dalam dirinya.
Anda tidak akan menerima sehelai kertas
pun daripada Shafiee melalui orang ketiga. Beliau akan membuatnya
sendiri dari A hingga Z. Sampai ke tahap itu integriti dan sekuriti yang
diamalkannya.
Maka tiada siapa mampu mencuba belinya
jauh sekali merasuahnya, jika sesiapa mencubanya pasti akan kecewa.
Anwar tahu hal ini, kerana itu Anwar berusaha membatalkan Shafiee
daripada menjadi pendakwaraya.
10,000 patah perkataan yang dilontarkan
oleh peguam-peguam termahal Anwar, tidak akan sama dengan 100 patah
perkataan yang dikeluarkan oleh Shafiee.
Kita tidak bercakap siapa salah siapa
betul, itu hak peguam kedua-dua belah pihak dan hak hakim
untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing. Asasnya
ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada Anwar atau Saiful.
Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ianya kes Anwar dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari.
Ianya bukan soal siapa kalah siapa
menang. Rakyat dan negara kita mesti kekal aman, damai dan harmoni
selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka buku yang baharu.
Kalah atau menang adalah di luar kuasa
kita sebagai hamba-Nya, tetapi insya-Allah berkat ketulusan Shafiee
menentang yang mungkar kemenangan akan memihak pada yang benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan