Isnin, 6 Oktober 2014

Sidang Dewan Rakyat mula esok (Selasa)

Sidang Dewan Rakyat mesyuarat ketiga, penggal kedua parlimen ketiga belas akan mula bersidang esok, Selasa 07hb Okt 2014.

Sesi kali ini akan dijalankan selama 28 hari iaitu sehingga 27 November dengan memberi fokus utama pada pembentangan bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober Jumaat jam 4 petang.

Parlimen

Ia akan diikuti oleh perbahasan oleh ahli parlimen berhubung bajet yang telah dibentangkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan.

Pada masa yang sama ahli parlimen perlu segera memaklumkan kepada Parlimen jika ada sebarang pemberitahuan lisan selewat-lewatnya sebelum 12 Sepember bagi jawapan secara lisan atau bertulis.

Manakala tarikh tutup penerimaan usul-usul pula adalah tertakluk kepada jenis-jenis usul dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Buku Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan ia perlu dialamatkan kepada Setiuasaha Dewan Rakat atau Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sementara itu sesi Dewan Negara akan disusuli pada 1 Disember hingga 18 Disember yang berlangsung selama 12 hari.

Tiada ulasan: