Khamis, 22 Disember 2016

Nahas pesawat TUDM di Butterworth, juruterbang maut

 
Malang tidak berbau. Tragedi berlaku dekat Pengkalan TUDM Butterworth petang Rabu, apabila sebuah pesawat jenis Beachcraft TUDM terhempas menyebabkan juruterbangnya terkorban, manakala tiga lagi cedera parah.
 
Kejadian berlaku pada jam 5.18 petang dan pesawat itu berlepas dari Pangkalan TUDM Subang ke Butterworth bagi rondaan kawasan perairan negara.
 
Ia terhempas ketika cuba mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth. Kepulan asap dari pesawat yang terbakar itu dapat dilihat dari jauh.
 
Juruterbang yang terkorban ialah Mejar Kayamboo Chellam, manakala tiga yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.
 
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang TUDM yang maut dalam insiden itu.
 
Dalam catatan terbarunya di laman sosial Twitter, Najib berkata, siasatan terperinci ke atas insiden itu akan dilakukan.
 
"Terima laporan tragedi nahas pesawat @airforcenextgen (Twitter rasmi TUDM), sedih ketahui ada kemalangan jiwa. Takziah kpd keluarga, siasatan terperinci akan dilakukan," katanya.
 
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memberitahu, siasatan menyeluruh akan dilakukan untuk menyiasat punca nahas terbabit.
 
Beliau berkata, TUDM telah menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat punca sebenar kejadian itu.
 
Sementara itu, Bernama melaporkan kebetulan tragedi menimpa Mejar Kayamboo pada hari jadinya yang ke-45.
 
"Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau kembali kepada penciptaNya setelah terkorban dalam nahas pesawat terhempas petang tadi," demikian kata rakan seperjuangannya, Mejar Hassan Basri Tajul Arifin.
 
"Baru pagi tadi saya bertegur sapa dengan beliau pada Majlis Serah Terima Tongkat Kuasa Panglima TUDM yang diadakan di Pangkalan TUDM Subang, namun saya terlupa mengucapkan selamat hari lahir kepadanya," kata beliau kepada Bernama.
 
Hassan, 37, yang bertugas di No 2 Skuadron, Subang, berkata, mendiang Kayamboo yang berasal dari Pulau Pinang dan bertugas di Subang disifatkan sebagai seorang perwira yang sanggup berkorban demi tugas.
 
"Mejar Kayamboo sanggup meninggalkan keluarga di utara tanah air semata-mata menumpahkan kesetiaan demi menjaga keselamatan maritim negara apabila diarahkan," katanya.
 
Beliau mengenali mendiang sejak 2003 dan bersama-sama bertugas sebagai jurulatih di Alor Star, Kedah satu ketika dulu.
 
Beliau berkata, mendiang adalah seorang yang peramah dan sering menyapa setiap orang walaupun mendiang pegawai kanan.
 
"Mendiang juga seorang bapa dan suami yang amat mencintai isteri dan anak-anak, kerana beliau pernah berkongsi kisah hidup yang amat beliau hargai dalam setiap detik hidupnya," kata beliau.
 
Hassan Basri berkata, mendiang Kayamboo akan terus dikenang kerana sering memudahkan urusan anggota lain semasa hayatnya.
 
Di BUTTERWORTH, hasrat isteri mendiang Kayamboo, S. Usha, 42, untuk menyambut ulang tahun yang ke-45 kelahiran mendiang malam ini tidak kesampaian apabila menerima berita pemergian pasangan hidupnya itu.
 
Usha yang tidak dapat menahan sebak dilihat menangis dan beberapa kali ditenangkan anggota keluarga.
 
Menurut Usha, mereka berdua berbual sehingga pukul 12 tengah malam dan berbincang untuk meraikan sambutan hari lahir mendiang.
 
"Kami semua sedih dengan kemalangan ini dan belum dapat menerima apa yang terjadi," katanya.
 
Bapa saudara mendiang, A. Bikeikumaran, 58, berkata, Usha merancang menyambut hari jadi suaminya selepas selesai kerja.
 
Usha bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik kesihatan di Pulau Pinang.
 
"Anak saudara saya bertugas di TUDM Alor Setar, manakala Usha tinggal di Sungai Nibong," kata Bikeikumaran.
 
"Saya mendapat tahu berita ini daripada pihak TUDM dan memaklumkan kepada Usha," katanya ketika ditemui di HSJ malam ini.
 
Bikeikumaran berkata, pasangan itu mempunyai empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan dua hingga 13 tahun.
 
Beliau berkata, mayat mendiang itu dijangka dibawa ke Sungai Nibong selepas bedah siasat.

Ahad, 18 Disember 2016

Serah Terima Tugas PAT ke-19

Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bekerja di Kementerian Pertahanan hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera antara Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dengan pengantinya, Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Majlis itu mencatat sejarah baharu bagi ATM kerana disaksikan Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 16 Dis 2016.

Serah terima tugas ini juga bersempena dengan persaraan mantan PAT yang akan bersara setelah 44 tahun menabur bakti dan mengabdikan diri kepada ATM serta peralihan tampuk pemerintahan ATM yang baharu dan majlis diteruskan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas PAT Ke-19.

Dalam ucapan PAT Ke-19, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan beliau menjadi PAT Ke-19 serta tidak lupa juga kepada Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana telah memberi penuh kepercayaan kepada beliau untuk menerajui ATM.

"Mulai saat dan ketika ini, maka terpikullah di bahu saya satu tanggungjawab yang amat besar lagi mencabar kerana ianya adalah satu amanah yang datang dari ketentuan Allah SWT dan padahnya saya akan hadapi di akhirat kelak jika saya tersasar bagi menjaga maruah bangsa, negara dan organisasi yang tergantung kepada kebijaksanaan saya membuat keputusan," katanya.

Selain itu, beliau mengajak seluruh warga ATM untuk berdiri teguh bersama beliau agar sama-sama berganding bahu meneruskan kesinambungan yang diwariskan oleh 18 PAT terdahulu agar menjadi sebuah angkatan yang cemerlang dan membanggakan.

Majlis diakhiri dengan acara  simbolik iaitu street lining bagi memberi penghargaan dan penghormatan terakhir kepada mantan PAT yang ditarik oleh pegawai-pegawai ATM bermula dari pintu hadapan Kementerian Pertahanan hingga ke Balai Pengawal Utama.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat, Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin dan Panglima Tentera Udara, Jen. Tan Sri Roslan Saad TUDM.

Jumaat, 16 Disember 2016

Noraini Menang Jawatan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel

 
Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad pada Jumaat menang dalam pertandingan merebut jawatan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP).

Pemilihan itu diadakan sempena Persidangan Ahli Parlimen Komanwel (CPA) yang ke-62 di London, United Kingdom.

Noraini yang menjadi calon tunggal dari Asia bertanding menentang dua lagi ahli parlimen wanita dari New Zealand dan Kanada bagi merebut jawatan yang dipilih setiap tiga tahun itu melalui undian ahli CWP.

Persidangan CPA berlangsung mulai 11 hingga 17 Disember membabitkan semua negara komanwel.

Restoran nasi kandar guna daging anjing???

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya restoran nasi kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing.

ALIYAS240415

Timbalan Presiden Presma, Datuk Khadhar Shah Abdul Razak berkata, perkara itu menjadi viral di laman sosial terutama Facebook sejak semalam, selepas seorang lelaki yang menggunakan nama ‘Udin Di Raja’ memuat naik berita serta gambar berhubung dakwaan itu.

"Sebenarnya berita dan gambar yang digunakan lelaki itu dalam laman Facebooknya adalah berita yang dikeluarkan menerusi satu saluran televisyen dan portal di Tamil Nadu, India yang memaparkan mengenai nasi beriani daging anjing di sana.

"Udin Di Raja telah menggunakan gambar berkenaan termasuk gambar anjing disembelih dan mendakwa restoran nasi kandar di Malaysia menggunakan daging anjing bagi menggantikan kambing," katanya pada sidang akhbar Jumaat.

Beliau berkata, perkara itu terus menjadi viral dan dikongsi oleh pelbagai pihak sehingga memberikan imej buruk kepada restoran-restoran nasi kandar di Malaysia dan menerima kecaman daripada orang ramai.

Khadar Shah yang juga Pengarah Urusan Nasi Kandar Nasmir Sdn Bhd berkata, berikutan tersebarnya berita dan gambar itu, pengusaha-pengusaha nasi kandar di Malaysia kesal, kecewa serta marah kerana perkara itu tidak benar dan memberikan kesan kepada perniagaan mereka.

Beliau berkata, orang ramai terutama pelanggan tidak perlu khuatir atau bimbang mengenai makanan yang dijual di restoran nasi kandar kerana 80 peratus daripada 320 anggota Presma memiliki sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan dan mengabaikan berita yang menjadi viral itu.

"Pihak kami juga mahu Udin Di Raja iaitu lelaki yang memaparkan perkara itu menerusi laman sosial Facebooknya tampil memohon maaf secara terbuka. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tiga hari, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya," katanya.

Katanya, Presma juga mahu polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar perkara itu sehingga menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam.

Khamis, 15 Disember 2016

Istana Negara umum nama rasmi Yang di-Pertuan Agong














Pihak Istana Negara hari ini telah mengumumkan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Memetik laporan Berita Harian, pengumuman itu telah dibuat Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, selepas  mendapat perkenan baginda, hari ini.
Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara kelmarin, di mana baginda Tuanku telah menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan.

Tunku Abdul Aziz Gelar Pengerusi TV3 ‘Penipu Besar’


BERIKUT adalah dakwaan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim seperti yang diterbitkan dalam portal berita Malaysia Outlook.
Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Selasa 13 Disember lalu yang menyentuh pergolakan dalaman dalam Media Prima yang pada pendapatnya berpunca daripada pengerusinya, Dato Seri FD Iskandar.
Tunku Abdul Aziz juga menyifatkan FD Iskandar sebagai seorang 'penipu besar' yang telah bertanggungjawab memburukkan reputasinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuntut permohonan maaf terbuka.
Kenyataan tersebut adalah sepertimana berikut:
Pengerusi Media Prima, Dato Seri FD Iskandar telah menggunakan saya sebagai alasan untuk membuang Dato Seri Ashraf Abdullah, editor kumpulan pengarang Media Prima Berhad.
Lebih teruk lagi, beliau telah memberitahu perkara-perkara tidak benar dan sengaja memperdaya Perdana Menteri pada pagi 28 Nov lalu dengan mengatakan bahawa saya telah muncul di TV3 selama 12 malam berturut-turut dan ini mengakibatkan rating TV3 mengalami penurunan dramatik.
Tuduhan melulu ini hanya akan menjadi satu bentuk kemuncak kedunguan, jika tiada bukti yang boleh disahkan oleh badan bertauliah atau badan profesional agensi penarafan televisyen, untuk menyifatkan penampilan saya di TV3 telah menjadi punca populariti Buletin Utama TV3 jatuh mendadak.
Penjelasan tersebut terlalu simplistik, saya rasa tersanjung.
Beri saya peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Pada bulan Oktober dan November, saya hanya tampil dalam Buletin Utama pada tarikh 18 Okt., 11 dan 14 Nov., hanya tiga kali, bukan 12 seperti yang beliau bohongkan kepada PM.
Dato Seri Ashraf Abdullah merupakan seorang yang amat profesional, disanjung tinggi dan peka terhadap media massa.
Ianya pasti mengejutkan jika beliau membenarkan pengeluaran kenyataan media sebanyak lebih tiga kali sebulan daripada seseorang seperti saya yang tidak memegang sebarang jawatan sama ada dalam kerajaan atau dunia politik.
Saya merupakan seorang aktivis sosial yang berpegang teguh kepada kepercayaan terhadap undang-undang dan peraturan.
Secara ringkasnya, Dato Seri Ashraf Abdullah merupakan seseorang yang tahu tanggungjawabnya.
Saya menuntut permohonan maaf terbuka daripada Dato Seri FD Iskandar oleh kerana beliau telah menyalahgunakan nama saya, sekali gus mengelirukan PM, di samping agenda peribadinya terhadap Dato Seri Ashraf Abdullah.
Saya telah terlibat dalam kemelut ini kerana beliau telah mengheret saya dalam apa yang dilihat sebagai rancangan kotornya untuk menyingkirkan editor kumpulan pengarangya yang berfikiran terbuka dengan secara terang-terangan menceritakan yang tidak benar kepada PM.
Saya berikan Dato Seri FD Iskandar tempoh hanya satu minggu daripada tarikh penerbitan surat ini dalam portal berita Malaysia Outlook untuk membuat permohonan maaf terbuka kepada saya, dan kegagalan untuk melakukan demikian akan dikenakan tindakan undang-undang bagi melindungi nama dan reputasi saya.
Kita tidak mahu mempunyai penipu besar sebagai pengerusi di Media Prima, yang merupakan sebuah organisasi komunikasi penting yang sepatutnya dipimpin oleh seseorang yang mempunyai nilai integriti tertinggi.
Keyakinan orang ramai tidak boleh dibiarkan terjejas akibat apa yang berlaku.
Jika pengerusi boleh mengelirukan PM dengan perkara yang tidak benar, bayangkan apa yang dia tidak akan lakukan untuk kita semua, ahli-ahli biasa dalam masyarakat.
Saya kasihan kepada Dato Ashraf, seorang profesional berhati murni kerana terpaksa bekerja di bawah seorang pendusta.
Yang lebih mendukacitakan adalah beliau terpaksa bersabar dengan seseorang yang mahu kawalan editorial secara total walaupun ia di luar bidang kuasa beliau.
Seperti yang kita semua tahu, oleh amalan, konvensyen dan tradisi, pengerusi tidak mempunyai suara dalam operasi editorial.
Dalam kes beliau, beliau hanyalah seorang pengerusi, bukan eksekutif.
Hanya Ketua Editor mempunyai kawalan lengkap dalam bilik berita.
Secara jujur saya berharap seseorang akan mendedahkan sebab sebenar mengapa Dato Seri FD Iskandar begitu berminat untuk mempunyai kawalan mutlak ke atas ruangan berita di TV3.
Adakah kepentingan politik atau perniagaan yang menjadikan beliau begitu bersungguh-sungguh mencapai matlamatnya?
Saya difahamkan bahawa beliau tidak begitu gembira apabila Tan Sri Muhyiddin telah diserang beberapa kali di TV3, terutamanya kenyataan media saya pada NCC2 yang menjadi pencetus bagi kumpulan pembangkang kepimpinan PM untuk menubuhkan mekanisme pembuat undang-undang luar Parlimen.
Beliau dipercayai sedang berusaha untuk PM melantik beliau ketua “Boffin Boys” – kumpulan strategis yang bekerja keras untuk melindungi PM daripada pembohongan oleh media dalam dan luar negara.
Jika dia berjaya meyakinkan PM, maka saya hanya boleh berharap kedua-dua mereka yang terbaik.

Selasa, 29 November 2016

Menyingkap latar belakang arwah Yunus Lebai Ali, suami Maria Chin Abdullah

Dari kiri; Yunus Lebai Ali, Amin Isandar, Somsri Hananuntasuk (dari ANFREL -the Asian Network for Free Elections-Thailand) dan Maria Chin Abdullah 
Dari kiri; Mohamad Yunus Lebai Ali, Amin Iskandar, Somsri Hananuntasuk (dari ANFREL-the Asian Network for Free Elections-Thailand) dan Maria Chin Abdullah

Suami Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah bernama Yunus Lebai Ali yang meninggal dunia pada 25 September 2010.

Maria Chin atau nama asalnya Mary Chin Cheen Lian telah bertemu dengan Yunus di London pada tahun 1979, ketika itu Yunus adalah bekas aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) yang melarikan diri ke luar negara.

yunus

Yunus kembali semula ke Malaysia pada tahun 1986 ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Semasa menjadi pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, Yunus dipenjara di Penjara Ayer Molek Johor Bahru bersama-sama Hishamuddin Rais dan Syed Hamid Ali kerana terlibat menyokong perjuangan setinggan-setinggan miskin di Tasek Utara, Johor Bahru pada bulan September 1974.

"Pada tahun 1988, tidak lama selepas pulang dari London, Yunus sekali lagi ditahan. Kali ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah Operasi Lalang.

"Dia ditahan di Pusat Tahanan Politik di Kamunting, Taiping, Perak. Aku tidak pasti berapa lama Yunus ditahan di sana," kata sabahat karib Yunus, Hassan Karim dalam artikel bertajuk "Yunus Ali Meninggal Dunia"

Hassan Karim
Hassan Karim
Hassan Karim adalah bekas aktivis Kelab Sosialis UM yang kemudiannya menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan selepas PRM bercantum dengan Parti Keadilan, kini beliau dilantik Pengerusi PKR Johor.
Yunus dan Hishamuddin Rais dan berapa aktivis Kelab Sosialis UM yang dikenali sebagai aktivis pelajar kiri telah terlibat dalam demonstrasi pelajar di Kuala Lumpur pada 3 Disember 1974. .

"Beberapa pemimpin pelajar seperti Kamarazaman Yaacob (Presiden PMUM) dan Adi Satria Ahmad (Timbalan Setiausaha Agung PMUM) telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Penjara Kamunting untuk menyertai Dr. Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim.

"Ibrahim Ali Presiden Perkasa kini, turut sama ditahan waktu itu. Beliau adalah Presiden Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM) ketika itu," kata Hassan.

Namun, Yunus dan Hishamuddin berusaha untuk mengelak daripada ditangkap polis dan mereka berusaha melarikan diri ke luar negara.

"Pada ketika itu aktivis-aktivis pelajar kiri yang belum ditahan di bawah ISA seperti Yunus dan Hishamudian, mereka ada tiga pilihan.

"Pertama bergerak seperti biasa, meneruskan pengajian di universiti dan bersedia untuk ditahan di bawah ISA, soalnya sama ada cepat atau lambat. Kedua, masuk ke hutan mengangkat senjata dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Ketiga, melarikan diri ke luar negeri sebagai pelarian politik.

"Yunus mengambil pilihan yang ketiga ini," dedah sahabatnya itu.

yunus1 

 Menurut Hassan, Yunus melarikan diri ke luar negara dengan mengikuti persidangan Persatuan Pelajar-Pelajar Asia (ASA) di Hong Kong pada tahun 1976 dan tidak balik semula ke Malaysia selepas itu.

"Selepas di Hong Kong, aku tidak pasti ke mana Yunus berkelana. Aku hanya diberitahu bahawa dia kemudian berada di Karachi, Pakistan menumpang di rumah Duta PLO (Palestin) di Pakistan ketika itu, iaitu Abu Yaakub namanya.

"Ini tidak pelik, Abu Yaakub pernah bertahun-tahun jadi Duta PLO di Kuala Lumpur dan kami pemimpin-pemimpin pelajar khususnya dari Universiti Malaya amat rapat dengannya," katanya.

Yunus kemudiannya berhijrah ke London sekitar tahun 1981, kata Hassan.

"Dulu, Yunus tidak tamat pengajiannya sebagai siswa pertanian di Universiti Malaya. Kini, di United Kingdom, Yunus menyambung pengajian di salah sebuah universiti di London dalam bidang Sosiologi.

"Pada tahun 1982, Yunus menjemput aku datang ke London. Ketika itu keadaan Yunus agak selesa dan dia bergerak di dalam Fuemso, iaitu persatuan pelajar-pelajar Malaysia di tanah Inggeris itu," uajar beliau.

Dari kiri; Ivy Josiah (Women's Aid Organisation -WAO), Yunus dan Yap Swee Seng (SUARAM)
Dari kiri; Ivy Josiah (Women’s Aid Organisation -WAO), Yunus dan Yap Swee Seng (SUARAM)
Hassan memberitahu, Yunus kembali ke Malaysia pada tahun 1986 dan tinggal menumpang di Markas Pusat Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) di Kelana Jaya, Selangor untuk beberapa bulan.
"Ketika itu aku menjadi Setiausaha Agung PSRM (kemudian nama PSRM ditukar kepada nama asalnya Parti Rakyat Malaysia (PRM), pada tahun 1990).

"Pada suatu pagi beberapa hari selepas kepulangannya dari London, aku menghantar Yunus ke Universiti Malaya. Dia berjaya mendaftarkan diri di universiti itu untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di bidang sosiologi.

Tambah Hassan, Yunus ditahan sekali lagi di bawah ISA pada tahun 1987 yang dikenali sebagai Operasi Lalang.

"Yunus sempat menyelesaikan ijazah sarjananya walaupun ditahan di bawah ISA. Selepas bebas, Yunus menumpu kepada kerjanya sebagai pensyarah. Kemudian dia berkahwin dan membina keluarganya.

"Hanya pada bulan Julai 2010 yang lalu Hishamudin Rais memberitahuku, Yunus sakit dan terlantar di Hospital Selayang, Selangor. Aku sempat menziarahinya. Aku tidak sangka itulah pertemuan kami yang terakhir.

Kamaruzaman Yaacob
Kamaruzaman Yaacob
Seorang lagi rakan karib Yunus, Kamarazaman Yaacob memberitahu, ketika Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan Yunus di bawah ISA dalam Operasi Lalang 1987 dia dituduh menyokong perjuangan komunis.
"Semasa Che Det (Tun Mahathir) menangkap 107 orang di bawah ISA, komrad Yunus turut terjala sama. Ditahan dua tahun di Kamunting.

"Malah KDN mengeluarkan Kertas Putih mengenai kegiatan Yunus termasuk menemui Chin Peng bersama Hishamuddin di Hong Kong," dedah Kamarazaman dalam satu kumpulan Whatsapp.

Kamarazaman turut mendedahkan aktivis Kelab Sosialis UM melarikan diri bukan kerana takut, tetapi hanya untuk mengelakkan diri daripada ditangkap polis.

"Sebenarnya percubaan awal untuk lari dari Malaysia diputuskan di rumah Abu Yaakob (Yussof Al Hantazz), wakil Al Fattah di Jalan Maarof Bangsar.

"Kami empat orang, Hishamuddin, Yunus, Abu Zer dan saya. Hisham dan Yunus bergerak melalui Selatan dua hari lebih awal. Saya dan Abu Zer melalui Pahang. Berkumpul di Kota Bharu. Yang membawa kami lintas sempadan ke Thailand ialah Lokman anggota Barisan Revolusi Nasional-BRN (Allahyarham mati ditembak di Setul Thailand pada tahun 2002).

"Di Thailand, kami tinggal sekurang-kurangnya enam bulan bersama BRN untuk membantu mengajar dalam bidang propaganda bertulis.

Bagaimanapun Kamarazaman berkata, rancangannya tidak berjaya dan telah ditahan polis.

"Akhirnya saya ditangkap. Abu Zer (Allhayarham) sertai Rejimen ke-10 PKM. Yunus lari semasa menyertai satu persidangan di Hong Kong. Hishamuddin turut lari melalui jalan IBHY," dedahnya lagi.

Kamarazaman sekali lagi menegaskan mereka cuba melarikan diri bukan kerana takut ditangkap, tetapi cuba mengelak daripada ditangkap.

"Terkurung tidak ada apa-apa boleh dibuat. Sedangkan kami mahu meneruskan perjuangan rakyat. Demonstarsi Baling kami anggap permulaan kebangkitan rakyat yang bersedia melakukan revolusi.

"Siri kemenangan Vietcong (pro komunis) di Vietnam meyakinkan kami," tegasnya.

Selasa, 1 November 2016

Penemuan empat mayat dipercayai ada kaitan konflik agama di Myanmar

Penemuan empat mayat dipercayai ada kaitan dengan konflik agama di Myanmar
 
Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, dekat Bachok petang Ahad, adalah warga Myanmar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, pihaknya percaya kejadian pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan konflik agama di Myanmar.

"Kita percaya kes ini bukan kes culik, its not kidnaping for ransom sebagaimana di Filipina, tetapi dipercayai mungkin bermula dari pergaduhan agama di Rohingya, Myanmar, yang dibawa ke sini,  jadi pembunuhan itu berlaku. 
 
"Mungkin kerana pembunuhan dendam agama, perbalahan agama, perkelahian agama," katanya dalam sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, pengecaman mayat tersebut dilakukan oleh rakan mangsa berdasarkan kesan tatu di badan, manakala dua lagi mayat masih lagi dalam pemeriksaan forensik.

Dr. Ab. Rahman berkata, siasatan awal polis mengesyaki penemuan empat mayat itu mempunyai kaitan dengan kes culik melibatkan empat warga Myanmar di kawasan pembinaan Tunjung yang berlaku pada 25 Oktober lalu.
 
"Dipercayai (mangsa) empat lelaki, dan warganegara mereka kita percayai Myanmar. Kes ini ada kaitan dengan kes culik yang telah dilaporkan berlaku di Kota Bharu oleh penyelia mangsa, yang mengatakan empat pekerja Myanmar telah diculik oleh sembilan lelaki bertopeng, disyaki warganegara Indonesia. 
 
"Siasatan awal kita percaya, dua dari yang diculik dan telah dikenalpasti sebagai mangsa pembunuhan. Disahkan setelah dicam oleh rakan dia berdasarkan tatu," katanya lagi.

Polis Kelantan kata, Dr. Ab. Rahman telah meminta bantuan dari polis Bukit Aman bagi membantu siasatan kes itu kerana ia melibatkan keselamatan pekerja Myanmar yang berada di negara ini.
 
Pada sidang media itu juga, beliau mengumumkan kejayaan polis Kelantan menumpaskan "geng minyak" yang disyaki terlibat dalam lapan kes samun, tiga daripadanya melibatkan stesen minyak di ibu pejabat Kontinjen Polis Kelantan siang tadi.

Jumaat, 28 Oktober 2016

Jasad lelaki ucap selamat tinggal di Facebook dijumpai















Jasad seorang lelaki yang terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang pada Rabu lalu, selepas meninggalkan catatan terakhir di Facebook, ditemui hari ini.

Dalam catatan yang panjang lebar dan tersebar meluas di laman sosial itu, Mohd Sukri Saad, 38, berkata dirinya tertekan oleh "kerajaan yang zalim" dan akan didakwa kerana menjual rokok seludup bernilai RM360.

Berdepan dengan kemungkinan penjara dan denda yang besar, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah, namun hukuman berkenaan terlalu berat.

"Ya, aku mengaku salah perkara itu salah... tapi hukumannya tak setimpal," katanya sambil membandingkan jenayah yang dilakukan dengan "pengarah yang mencuri jutaan ringgit tetapi kemudiannya dibebaskan dengan jaminan".

Walaupun dia sepatutnya hadir di mahkamah pada Rabu lalu, Mohd Sukri berkata beliau memutuskan untuk tidak berbuat demikian kerana tidak lagi mempunyai wang dan menanggung banyak beban.

"Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang... berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim," katanya.

Mohd Sukri berkata, dia sebaliknya memilih untuk “berkorban sebagai rakyat yang dizalimi...," walaupun menyedari akan dikutuk dan dikritik kerana pilihan itu.

“Chek (saya) tak ada pilihan.... maafkan saya, maafkan saya.... saya tak sangup dipenjara....
“Untuk isteriku, abang amat menyayangimu sayang tapi abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti demi sayang dan anak-anak...

“Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah mak, .... baliklah jengok dia... jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

“Sekian. Sekali lagi maafkan abah.... maafkan abang sayang.... maafkan chek mak... ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit,” katanya.

Menurutnya, pada mula, dia memilih untuk ke penjara, tetapi tidak jadi kerana tidak mahu anak-anaknya akan dilabel sebagai anak-anak banduan.

Dalam surat itu, Mohd Sukri turut merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar tidak tertipu oleh Umno, yang dakwanya hanya berpura-pura menyokong rang undang-undang ahli persendirian Hadi yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)1965.

“Jangan la tertipu dgn pimpinan Umno, depa wayang je kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

“Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat... agar nasib (rakyat) macam aku terbela.

“Nanti dah jadi kerajaan media dah dikawal, senang nak yakinkan rakyat tentang rang (undang-undang) yang nak dibawa itu,” katanya,

Mohd Sukri mengakhiri tulisannya dengan “ashaduanlailahailalah....waashaduannamurhadan rasullalah.... maafkan aku.”

Catatannya itu yang tersebar di media sosial turut dikongsi bersama oleh ramai orang di Facebook, termasuk oleh ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang berkata parlimen perlu usul khas mengenai kematian Sukri.

Menurut pihak berkuasa, jenazah allayarham ditemui pada jam 9 pagi ini, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai terjun.

Jasadnya telah dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Khamis, 27 Oktober 2016

Dahlan Maamor dakwa digantung jadi host Ruang Bicara Bernama TV oleh ‘pendedak’



Pengacara terkenal yang mengendalikan program Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor, hari ini berkata, tindakan ‘pendedak’ menyebabkan beliau digantung daripada menjadi host program itu.

Tindakan itu dikatakan dibuat selepas beliau menulis sedutan Ruang Bicara mengenai peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur jika tindakan itu membawa kepada penyatuan ahli UMNO dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintah.

Dahlan berkata, kesannya membawa kepada tindakan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dengan ‘menggantung’ beliau daripada menjadi pengacara program berkenaan.

"Tindakan DS Azman Ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama tv bertindak 'menggantung saya' daripada mengacarakan program Ruang Bicara.

"Kepada Azman ujang teruskan perangai anda dengan menghukum tanpa kaji selidik dan sikap anda membuatkan ramai yang turut terkilan dan bosan," katanya menulis dalam Facebook beliau.

Dengan tajuk 'Selamat Tinggal Ruang Bicara', Dahlan mendakwa beliau dituduh mahu menjatuhkan saf kepimpinan Bernama.


"Menuduh saya untuk menjatuhkan saf kepimpinan di Bernama agak keterlaluan, dan ia bukan matlamat saya. Saya bukan orang politik, tapi hari ini orang sekecil saya pun menjadi mangsa orang media seperti Azman Ujang.

"Saya bermula kehidupan di Kuala Lumpur dengan bersarapan dan makan tengah hari beralaskan air paip. Tak mungkin saya menyerah selepas mengharungi keperitan itu. Berita yang lebih hebat dari sekarang.

"Langkah akan terus saya hayun walaupun saya manusia kerdil dan serba tiada. Itu bukan atasan untuk duduk diam. Kalau pun saya dianggap seperti anjing menyalak bukit,,ingat... saya bukan nak meruntuhkan bukit, tetapi menghalau babi di atas bukit," tulisnya.

Difahamkan, kali terakhir Dahlan menjadi host program Ruang Bicara ialah pada 24 Oktober lalu yang membincangkan topik Bajet 2017: Menangani Kos Hidup Rakyat.

Rabu, 26 Oktober 2016

Ucapan perbahasan Bajet 2017 oleh Tan Sri Muhyiddin

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2017
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
AHLI PARLIMEN PAGOH

Tuan Yang di-Pertua,

1.​Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambi bahagian dalam perbahasan Bajet 2017. Saya mengambil peluang ini untuk menyentuh beberapa perkara asas berkaitan dengan bajet dan pengurusan ekonomi negara.

2.​Pertamanya ialah mengenai tadbirurus ekonomi (economic governance). Bercakap mengenai soal ini, saya tidak dapat lari daripada menyentuh satu isu yang amat menggelisahkan kita hari ini iaitu isu 1MDB.

3.​Dahulu saya duduk di sebelah sana dan hari ini saya berdiri di sebelah sini pun kerana saya bercakap mengenai isu 1MDB. Saya meragui kewajaran Perdana Menteri menubuhkan 1MDB dan menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya. Saya mempersoalkan mengapa 1MDB yang bermodal hanya RM1 juta tetapi menanggung liabiliti sehingga RM42 bilion disebabkan kerugian dan kehilangan wang yang tidak diketahui sebabnya. Akhirnya 1MDB menghadapi masalah kecairan wang tunai yang teruk sehingga tidak dapat membayar hutang piutangnya. Saya juga bertanya ke mana wang 1MDB lesap dan bagaimana sejumlah RM2.6 billion dijumpai dalam akaun peribadi Malaysian Official One?

4.​Banyak perkara yang saya bangkitkan mengenai skandal 1MDB ketika saya masih di dalam kerajaan. Saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri hampir dalam semua perkara yang melibatkan 1MDB. Semasa di dalam kerajaan saya menolak pelan rasionalisasi 1MDB untuk menyelesaikan hutang-hutang yang bertimbun menerusi penjualan aset-asetnya yang diperolehi dengan harga yang murah daripada kerajaan kerana saya percaya ada elemen-elemen terselindung yang tidak dijelaskan dengan nyata. Pelan tersebut tidak dibuat oleh pihak pakar yang bebas, tetapi disediakan secara dalaman sahaja oleh Kementerian Kewangan. Seolahnya Malaysian Official One ingin menyembunyikan fakta-fakta penting mengenai penyelewengan 1MDB daripada diketahui oleh pihak lain.

5.​Malah, selepas mesyuarat kabinet saya menghubungi mantan Peguam Negara dan bertanyakan beliau adakah wajar kabinet memutuskan pelan penstrukturan semula 1MDB. Bukankah itu tanggungjawab Lembaga Pengarah 1MDB? Peguam Negara bersetuju dengan pandangan saya dan kemudiannya keputusan kabinet ditukar daripada meluluskan pelan rasionalisasi 1MDB kepada mengambil maklum sahaja tentang cadangan tersebut. Jelas terbukti sekarang bahawa teguran saya terhadap pelan rasionalisasi 1MDB yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Tambun sebagai Menteri Kewangan II pada ketika itu adalah berasas bilaman apa yang diluluskan oleh Jemaah Menteri tidak dilaksanakan malahan apa yang berlaku hari ini berlainan sekali dari apa yang sepatutnya dilaksanakan.

6.​Begitu juga apabila kabinet diminta meluluskan pembiayaan sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB untuk membayar faedah pinjamannya. Saya berasa amat tidak selesa dengan keputusan itu. Bilamana syarikat 1MDB ditubuh, kabinet langsung tidak dirujuk. Kehilangan wang berbilion ringgit pun tidak tidak dilapor kepada kabinet. Tetapi apabila syarikat ini menghadapi masalah untuk membayar hutang, barulah Perdana Menteri merujuk kepada kabinet untuk meminta sejumlah wang yang besar daripada kerajaan. Ini suatu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip tadbirurus ekonomi yang baik. Tiada ketelusan dan akuntabiliti. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan itu. Akhirnya, keputusan untuk meluluskan pembiayaan sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB ditukar kepada kredit tersedia sebanyak RM950 juta.

7.​Akhirnya, apabila masalah 1MDB menjadi semakin parah, kerajaan terpaksa menanggung semua hutang-piutang 1MDB yang asalnya berjumlah RM42 bilion dan sehingga tahun lalu meningkat kepada RM53 bilion. Jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa apabila ditambah faedah yang mesti dibayar. Ini adalah satu kerugian yang amat besar kepada rakyat kerana wang rakyat terpaksa digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Adakah wajar rakyat menanggung beban hutang sedangkan wang 1MDB telah dicuri dan disalahgunakan sewenang-wenangnya oleh Malaysian Official One dan konco-konconya untuk berfoya-foya dan bermewah?

8.​Saya berdoa semoga Malaysian Official One diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf dan bertaubat nasuha di atas segala kemungkaran yang dilakukan. Rakyat yang bermaruah pastinya tidak akan bertolak ansur dengan kemungkaran. Malah adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melawan dan mengubah kemungkaran. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih:


Yang bermaksud:
Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya (yakni kuasa), jika tidak mampu maka (ubahlah) dengan lisannya, jika tidak mampu maka (ubahlah) dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.

9.​Keduanya ialah tentang institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang gagal berfungsi atau menjadi, dengan izin, dysfunctional. Institusi-institusi ini telah disalahgunakan oleh Malaysian Official One untuk melindungi kesalahan jenayah besar yang telah dilakukannya. Peguam Negara dipecat, pegawai-pegawai SPRM ditukar dan dibersarakan, Gabenor Bank Negara diugut dan Ketua Polis Negara telah gagal melaksanakan amanah.

10.​Integriti institusi-institusi ini semakin dipersoalkan. Ketika pihak berkuasa di luar negara mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram yang ada kaitan langsung dengan 1MDB, di Malaysia seolahnya tiada apa yang berlaku. Di Amerika Syarikat, Peguam Negara memfailkan saman ke atas individu-individu yang dikaitakan dengan 1MDB, termasuk anak tiri Najib Razak. Peguam Negara Amerika Syarikat menemui bukti-bukti kukuh mengenai perlakuan jenayah kleptokrasi yang terbesar dalam sejarah dunia yang melibatkan kehilangan wang berjumlah sekurang-kurangnya US$3.5 bilion atau RM28 bilion. Di Singapura, beberapa buah bank ditutup kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram yang ada kaitan dengan 1MDB. Di Switzerland, pihak berkuasa kewangan negara itu mendapati beberapa buah bank melanggar undang-undang mengenai pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan transaksi 1MDB. Semuanya bertumpu kepada skandal 1MDB yang mana Pengerusi Lembaga Penasihatnya adalah Perdana Menteri.

11.​Tetapi di Malaysia tiada apa yang berlaku. Kenapa senyap sunyi? Seolah-olah siasatan terhadap salahlaku oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB tidak dikuatkuasakan! Siasatan terhadap bekas CEO Shahrul Halmi tidak diambil. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah yang berhenti tidak disiasat dan dilepaskan begitu saja. Tiada seorang pun dipecat atau dihadapkan ke mahkamah atas salahlaku yang dibuat oleh mereka. Yang nyata seolah-olah segala yang berlaku ini disahkan oleh Perdana Menteri. Peguam Negara yang baharu pun tidak menemui sebarang bukti untuk mendakwa sesiapapun yang terlibat dalam skandal 1MDB. Walaupun ada bukti RM42 juta wang SRC International masuk ke dalam akaun Perdana Menteri, tetapi Peguam Negara mendapati Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah. Pelik dan ajaib! Kalau seringgit pun duit syarikat milik kerajaan masuk ke dalam akaun penjawat awam tanpa ada sebab munasabah merupakan satu perbuatan rasuah, inikan pula RM42 juta masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. Bagaimana Peguam Negara boleh mengatakan ini bukan perbuatan rasuah? Betapa rosaknya institusi Peguam Negara di bawah telunjuk Malaysian Official One!

12.​Seingat saya janji kerajaan bahawa isu dan masalah 1MDB ini akan diselesaikan pada tahun 2016 sebagaimana yang dibuat dalam cadangan rasionalisasi 1MDB hanya merupakan khayalan yang tidak mampu dilaksanakan dengan berlalunya tahun 2016 tidak lama lagi. Benarlah sebagaimana yang disebutkan oleh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB bahawa tahap pematuhan (compliance) dengan tadbir urus korporatnya adalah di tahap paling lemah.

13.​Isu ketiga yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah tentang kedudukan kewangan kerajaan yang semakin meruncing dan ketahanan ekonomi negara yang kian lemah.

14.​Jelas, bajet untuk tahun hadapan dibentangkan dalam keadaan hasil kerajaan merosot hampir 10 peratus yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dunia. Purata harga minyak dunia telah jatuh daripada US$100 setong pada tahun 2014 kepada kira-kira US$52 pada tahun 2015, dan kini dengan purata kira-kira US$42. Akibat kemerosotan hasil kerajaan, defisit bajet negara kita telah meningkat kepada hampir 4 peratus pada bulan Ogos 2016. Begitu juga dengan hutang kerajaan yang semakin membebankan. Pada bulan Jun 2016, hutang kerajaan dilaporkan berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2 peratus kepada KDNK. Jika diambil kira hutang 1MDB yang kini berjumlah lebih RM50 bilion, yang sebahagian besarnya dijamin oleh kerajaan, hutang kerajaan kepada KDNK adalah melebihi had 55 peratus yang ditetapkan.

15.​Ini menunjukkan bahawa kedudukan kewangan kerajaan amat meruncing. Dengan bayaran faedah bagi hutang kerajaan meningkat daripada RM20.3 bilion pada tahun 2013 kepada RM28.9 bilion pada tahun 2017, kutipan cukai GST sebanyak RM30 bilion nampaknya akan habis digunakan untuk menampung bayaran faedah sahaja.

16.​Malah, jika dilihat akan unjuran pendapatan tahun hadapan sekitar RM220 bilion, kerajaan mencadang akan membelanjakan sebanyak 97% daripada pendapatan negara untuk perbelanjaan mengurus. Ini amat merisaukan. Hanya lebih kurang RM5 billion sahaja yang ada untuk perbelanjaan pembangunan, maka dengan itu kerajaan terpaksa berhutang lagi sebanyak RM40 bilion untuk perbelanjaan pembangunan pada tahun hadapan.

17.​Lebih merisaukan kita ialah ketahanan ekonomi Malaysia yang semakin lemah. Hutang isirumah telah meningkat secara mendadak daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM847 bilion pada tahun 2015, iaitu pertumbuhan hutang sebanyak 841 peratus. Hari ini, hutang isirumah Malaysia mencecah 89.9 peratus kepada KDNK, iaitu antara yang tertinggi di Asia.

18.​Saya bimbang dalam keadaan hutang kerajaan dan isirumah meningkat, rizab antarabangsa berkurangan, nilai ringgit jatuh, harga komoditi rendah dan kadar inflasi tinggi, negara kita tidak mampu bertahan jika berlaku serangan sepekulasi matawang, na’uzubillahi min zalik. Ketika ringgit kita diserang pada tahun 1997 sekurang-kurangnya rizab antarabangsa kita masih kukuh, harga komoditi masih tinggi dan kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan langkah-langkah rangsangan ekonomi dan mengeluarkan negara daripada krisis.

19.​Malangnya, bajet 2017 yang dibentangkan oleh Malaysian Official One langsung tidak menunjukkan bahawa kerajaan serius serta mempunyai pelan yang jelas untuk memulihkan ekonomi negara dan mempersiapkan Malaysia bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang akan berlaku akibat ketahanan ekonomi negara yang lemah.

Tuan Yang di-Pertua,

20.​Di awal ucapan saya tadi, saya menyebut tentang isu 1MDB. Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa saya membangkitkan isu ini. Apa kaitannya dengan bajet? Apa kaitannya dengan kepentingan rakyat?

21.​Kaitannya dengan bajet adalah jelas. RM53 bilion hutang 1MDB kini ditanggung oleh kerajaan. Tetapi malangnya, Malaysian Official One tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang piutang ini hendak dibayar oleh kerajaan.

22.​Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melunaskan hutang piutang ini? Tentunya segala tanggungan ini perlu dilunaskan dengan menggunakan sumber dana kerajaan, iaitu sumber sama yang diagihkan kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam bajet yang dibentangkan. Apakah nantinya kementerian-kementerian akan menerima peruntukan yang lebih kecil berbanding apa yang dijanjikan di dalam bajet kerana kerajaan terpaksa menggunakan sumber yang sedia ada untuk membayar hutang piutang yang ditanggung akibat penyelewengan dan kepincangan dalam tadbir urus negara? Persoalan ini mesti dijelaskan oleh Malaysian Official One.

23.​Isu 1MDB juga mempunyai kaitan langsung dengan rakyat. Saya berjumpa dengan orang ramai dan bertanya kepada mereka 1MDB ini milik siapa? Mereka jawab milik Najib. Ada yang jawab milik Rosmah. Saya kata salah! 1MDB milik rakyat! Kemudian saya bertanya, siapa akan membayar hutang 1MDB? Mereka jawab rakyat akan bayar!

24.​Rakyat sebenarnya cerdik. Mereka tahu skandal 1MDB membawa padah secara langsung ke atas nasib mereka. Yang cuba menafikan hakikat ini hanyalah Menteri-Menteri, pegawai-pegawai JASA dan cybertroopers UMNO yang sememangnya diupah untuk berbohong dan menegakkan benang yang basah!

25.​Selain itu, skandal 1MDB mempunyai kesan negatif ke atas nilai ringgit yang menjunam. Ya, banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan atau kejatuhan nilai matawang, tetapi skandal 1MDB adalah salah satu fakor utama yang mempengaruhi sentimen pasaran terhadap ringgit. Walaupun dikatakan asas ekonomi kita kukuh, tetapi kehilangan keyakinan terhadap Malaysia akibat skandal 1MDB menyebabkan nilai ringgit jatuh ke paras yang lebih rendah. Pakar-pakar ekonomi mengatakan berdasarkan perkiraan asas ekonomi, nilai ringgit kita tidak sepatutnya melebihi RM3.50 berbanding US$1.00. Yang lebih daripada itu adalah sentimen.

26.​Sebab itu rakyat merungut mengenai kenaikan harga barang. Saya pergi ke pasar bertanya seorang makcik apa yang beliau beli? Katanya tak banyak tapi harganya lebih mahal daripada dahulu. Kalau dahulu dengan wang RM50.00 sudah boleh membeli barang satu bakul, sekarang dengan nilai yang sama hanya separuh bakul sahaja yang mampu dibeli.

27.​Ini sebenarnya adalah kesan daripada kejatuhan nilai ringgit. Banyak barang makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, beras, daging, kelapa dan lain-lain yang diimport. Apabila nilai ringgit jatuh, maka harga barang-barang ini akan menjadi lebih mahal. Jadi mana boleh dikatakan masalah 1MDB tiada kesan kepada rakyat. Kerana sentimen pasaran yang negatif terhadap negara kitalah, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh skandal 1MDB, nilai ringgit kita jatuh, harga barangan yang diimport menjadi lebih mahal dan rakyat menanggung beban kos sara hidup yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua,

28.​Saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Perdana Menteri. Beliau pandai menggunakan sumber yang ada untuk membina persepsi bahawa semuanya berada dalam keadaan yang baik. Dengan izin, everything is okay! Cash is King! Banyak gula-gula diberikan kepada rakyat dalam Bajet 2017. Tetapi gula-gula ini manisnya hanya sementara. Ia umpama candu ekonomi untuk membuatkan orang khayal sebentar dibuai mimpi yang indah-indah. Sedangkan penyakit sebenar ekonomi negara kita tidak dirawat. Ubat yang pahit tidak diberikan untuk memulihkan ekonomi negara yang sedang tenat.

29.​Pembentangan bajet pada tahun ini pun agak berlainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ada grandstanding. Ada props. Biasanya grandstanding dan props digunakan untuk mencantikkan sesuatu yang sebenarnya tidak cantik. Ia sekadar suatu silap mata untuk menutup kelemahan dalam pengurusan ekonomi negara. Kos sara hidup meningkat, hutang negara bertimbun, perniagaan perlahan, syarikat membuang pekerja, pengangguran meningkat, perbelanjaan pengguna menurun, hasil kerajaan merosot, peruntukan untuk kementerian-kementerian dipotong, wang dalam khazanah negara lesap dan sumber kerajaan digunakan untuk membayar hutang.

30.​Namum, dalam keadaan yang meruncing sebegini pun, kita berasa amat kesal kerana kerajaan masih mengambil sikap, dengan izin, “business as usual”. Perbelanjaan untuk kebajikan rakyat seperti biasiswa, perkhidmatan kesihatan dan subsidi barangan asas telah dipotong, namun gaji dan elaun Menteri kekal seperti biasa. Malah projek-projek mega yang hanya menguntungkan beberapa kerat kroni diteruskan tanpa diusik sedikit pun. Tiada pun disebut dengan jelas bagaimana kerajaan bercadang menjana peluang pekerjaan untuk mengatasi masalah kadar pengangguran semakin meningkat.

31.​Baru-baru ini ketika para mahasiswa kita yang berada di dalam mahupun di luar negara keluh kesah kerana tidak menerima biasiswa seperti yang dijanjikan dan para pesakit terpaksa membayar sendiri kos perubatan di hospital-hospital kerajaan, Perdana Menteri dengan bangganya merasmikan projek pengindahan Taman Tugu Negara yang menelan belanja sebanyak RM650 juta. Nampaknya, kerajaan pimpinan Malaysian Official One ini lebih mementingkan pengindahan taman yang pastinya menguntungkan segelintir pihak daripada nasib para pelajar dan pesakit di negara kita yang amat memerlukan bantuan kerajaan.

32.​Kerajaan juga nampaknya langsung tidak prihatin dengan masalah kos sara hidup rakyat. Ketika rakyat mengharapkan bantuan kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung, kerajaan sebaliknya menghapuskan subsidi minyak masak yang pastinya akan menyebabkan harga makanan meningkat dan menambah beban kos sara hidup rakyat. Sedangkan isu sebenar iaitu masalah ketirisan dalam pengagihan subsidi kerajaan tidak diatasi dengan baik. Misalnya, kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM540 juta setahun akibat kegiatan penyeludupan minyak masak yang gagal dibendung oleh pihak berkuasa.

33.​Ini tidak termasuk ketirisan-ketirisan lain. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, kerajaan mengalami kerugian antara RM23 bilion hingga RM40 billion setahun disebabkan kelemahan dalam penguatkuasaan dan gejala rasuah dan penyelewengan yang berleluasa.

34.​Kita juga sedang berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan yang sebahagian besarnya disebabkan oleh persekitaran luaran yang lemah dan keyakinan terhadap ekonomi domestik yang merosot teruk. Dalam keadaan ini, fokus seharusnya diberikan kepada usaha untuk merangsang permintaan domestik. Ini bermakna, peruntukan perlu diberikan kepada sektor-sektor yang mewujudkan peluang pekerjaan, dan pada masa yang sama menghasilkan aliran masuk pertukaran asing. Elaun pelaburan semula bagi sektor-sektor ini perlu diperkenalkan dan projek-projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi boleh ditangguhkan.

35.​Nasib pekerja boleh dilindungi dengan memperkenalkan skim insurans pengangguran. Laporan Bank Negara Malaysia menunjukkan hanya 1 daripada 10 rakyat Malaysia boleh menyara hidup lebih daripada 6 bulan jika mereka kehilangan pendapatan utama. Kos sara hidup juga boleh dikurangkan dengan mengurangkan kos barangan makanan. Antara langkah sementara yang boleh diambil ialah menghapuskan GST untuk barangan runcit tertentu seperti susu tepung, kicap, sos cili dan barangan asas yang lain. Untuk mengurangkan beban kos perubatan, terutamanya bagi penyakit kritikal, kerajaan boleh mempertimbangkan pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli insuran perubatan.

36.​Inilah antara langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan, bukannya menyuruh graduan yang telah melabur puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan segulung ijazah menjual nasik lemak, ataupun rakyat berkerja siang dan malam sebagai pemandu Uber. Ini bukanlah penyelesaian yang rakyat harapkan daripada kerajaan. Tanpa disuruh oleh kerajaan pun mereka mungkin akan melakukan kedua-dua perkara ini untuk memperolehi rezeki yang halal dan menyara kehidupan.

Tuan Yang di-Pertua,

37.​Bajet yang dibentangkan oleh kerajaan bukanlah satu bajet yang realistik. Ia langsung tidak memenuhi kehendak rakyat dari segi keperluan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia juga tidak mengandungi satu perancangan yang jelas untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu dan menambahkan pendapatan rakyat. Peruntukan kepada kementerian-kementerian yang bertanggungjawab menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan utama kepada rakyat seperti pendidikan dan kesihatan dipotong. Isu tadbirurus ekonomi (economic governance) tidak ditangani dengan baik sehingga menjejaskan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap ekonomi negara.

38.​Sebaliknya, pada pandangan saya, bajet 2017 hanya sarat dengan gula-gula politik sekadar untuk menutup segala kelemahan dan kepincangan Malaysian Official One yang telah mencuri dan merompak khazanah negara.

Terima kasih.
-------------------------------
ENGLISH VERSION
-------------------------------
2017 BUDGET SPEECH DEBATE
YB Tan Sri Dato 'Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
PAGOH Member of Parliament
Mr. Speaker,
1. Thank you for the opportunity given to me to take part in this debate on 2017 Budget. I am taking this opportunity to touch on some basic issues related to the budget and national economic management.
2. Firstly on economic governance. Touching on this matter, I cannot avoid but harping on this issue that has been very disturbing to us until today, that is the issue of 1MDB.
3. I used to sit over there but today, I am standing on this side because I am going to talk about nothing else, but 1MDB. I have always doubted the reasons for the setting up of 1MDB by the Prime Minister who then became the Chairman of the Board of Advisors. I have been questioning why 1MDB, with a start-up capital of RM1 million, is now facing a liability of up to RM42 billion due to losses and loss of money without any unknown reason. At the end of it, 1MDB is facing the problem of a very bad cash liquidity that it just cannot pay back its massive loans. I have also asked where has the 1MDB money gone to and how that staggering RM2.6 billion could make its way into the personal account of Malaysian Official One?
4. There were just too many things that I raised about this 1MDB scandal when I was in the government. I did not agree with the Prime Minister in almost all the cases involving 1MDB. While in the cabinet, I rejected the so-called 1MDB rationalization plan to resolve the massive outstanding debts accumulated through the sale of assets which were acquired cheaply from the government because I believed that there were those hidden elements that could not be explained clearly. The plan was not carried out by independent experts but it was provided internally by the Ministry of Finance. So, it was as if Malaysian Official One wanted to hide important facts about 1MDB irregularities from being discovered by others.
5. In fact, after a cabinet meeting, I contacted the former Attorney-General and asked him whether it was appropriate for the cabinet to decide on the 1MDB restructuring plan. Was it not the responsibility of the 1MDB’s Board of Directors? The Attorney-General agreed with my view and then the cabinet’s decision was changed from one that passed the 1MDB rationalization plan into one that the proposal had been taken note of. It is now proven that my advice on 1MDB rationalisation plan as tabled by Tambun Member of Parliament as the Minister of Finance II at that time based on what was approved by the entire cabinet members was not done, and what is happening today is entirely different from what that should have been done.
6. Similarly, when the cabinet was asked to approve the financing of RM3 billion to 1MDB to repay the loan interests, I felt very uncomfortable with that decision. When 1MDB was formed, the cabinet was not at all informed. The loss of billions of ringgit was not reported to the cabinet. But now when the company was struggling to pay off the debts, only then the prime minister sought for a large sum of money from the government. That is a very irresponsible act and very much against the principles of good economic governance. No transparency, no accountability. I totally disagreed with such an action. Finally, the decision to approve the financing of RM3 billion to 1MDB was converted into standby credit of RM950 million.
7. In the end, with the 1MDB problem worsening, the government had to bear all the debts of 1MDB which originally amounted to RM42 billion, and up to last year, it had increased to RM53 billion. This staggering sum will increase from time to time, with interest that must be paid. This is a great loss to the people because the people's monies have to be used to pay 1MDB’s debts. Is it fair for the rakyat to bear the burden of the debts when the 1MDB money was stolen and misused arbitrarily by Malaysian Official One and his minions to entertain themselves and to live in luxury?
8. I pray that Malaysian Official One is given guidance by Allah to admit his mistakes, apologize and perform Taubat Nasuha for all the evils and wrongdoings he has committed. Rakyat who has dignity must not sit back and tolerate all those wrongdoings and evils. In fact, it becomes the responsibility of all of us to fight all those wrongdoings and make changes. As Prophet Muhammad S.A.W said in a sahih hadith:
Which means:
Whoever sees denials/disavowals, then change it with his hand (by way of using his power), if he cannot afford it, then change it through verbal means, if he is still incapable of doing it, then (change) by his heart, and that is the weakest of faith.
(Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya (yakni kuasa), jika tidak mampu maka (ubahlah) dengan lisannya, jika tidak mampu maka (ubahlah) dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.)
9. Secondly, on the position of important national institutions such as the Attorney-General’s Chambers, Malaysian Anti-Corruption Commission, Bank Negara Malaysia and the Royal Malaysian Police which has been dysfunctional. These institutions have been abused by Malaysian Official One to protect the biggest criminal offences that he has committed. An Attorney-General was fired, the MACC officers were transferred and forced to go on retirement, the Governor of the Federal Bank was threatened and the Inspector-General of Police failed to carry out the mandate entrusted to him.
10. The integrity of these institutions has always been questioned. When foreign authorities are taking legal action against those parties involved in money-laundering activities that are directly related to 1MDB, in Malaysia, on the contrary, it is like nothing has happened. In the United States, the Attorney-General had filed a summons against individuals connected to 1MDB, including the stepson of Najib Razak. The Attorney-General of the United States had found strong evidence of kleptocracy criminal act the biggest in the world’s history, involving the loss of billions amounting to at least US $ 3.5 billion, or RM28 billion. In Singapore, several banks had been closed down for involvement in money laundering activities associated with 1MDB. In Switzerland, the country's financial authorities had identified several banks which had violated the laws on money laundering associated with 1MDB transactions. All of them are focusing on 1MDB scandal in which the Chairman of the Board of Advisors is the Prime Minister.
11. But in Malaysia, nothing seems to have taken place. Why the silence? The probes into wrongdoings by those who are directly involved in 1MDB scandal do not seem to be carried out! No action has been taken against former CEO Shahrul Halmi. There are no investigations against the Chairman and Board Members who have quit, and they are scot-free. No one is fired or brought to court for the wrongdoings they have committed. Only one thing is clear - that all these wrongdoings seem to have been approved by the Prime Minister. The new Attorney-General has not found any evidence to prosecute anyone involved in the 1MDB scandal. Although there is evidence of SRC International’s RM42 million monies placed in the account of the Prime Minister, but the Attorney-General finds that the Prime Minister has not committed any act of crimes. Weird and very strange, indeed! If one Ringgit Malaysia of government-owned companies is found in the account of civil servants without any reasonable reasons, that is already regarded as corruption, and surprisingly, RM42 million were put into the account of the Prime Minister. How can the Attorney-General say that this not corruption? How damaging the Attorney-General’s Chambers could be under the tight grip of Malaysian Official One!
12. As I could recall, the government promised that all issues and problems of 1MDB will be resolved in 2016 as outlined in the 1MDB rationalization plan but now it remains a myth as 2016 will soon end. True to what the Auditor-General has said on 1MDB - that its level of compliance in corporate governance is at its weakest level.
13. The third issue I want to raise in this August House is on government's financial position which is worsening and the country's economic resilience which is getting increasingly weak.
14. Clearly, this next year’s budget is set out amidst the government's declining revenue of nearly 10 percent which is largely due to the fall in the world oil prices. The average world oil prices have fallen from US $ 100 per barrel in 2014 to about US $ 52 in 2015, and currently, it stands at an average of about US $ 42. As a result of the declining government revenues, our national budget deficit has gone up to almost 4 per cent in August 2016. The same thing goes to the burgeoning national debts. In June 2016, it was reported that government debts stood at RM655.7 billion, or 53.2 per cent of GDP. If taken into account the 1MDB's debts which currently stand at more than RM50 billion which is largely guaranteed by the government, the government debts to GDP has now exceeded the prescribed limit of 55 per cent.
15. This clearly proves that the government's financial position is weakening. With the interest payment for government debts increasing from RM20.3 billion in 2013 to RM28.9 billion in 2017, it seems likely that the GST tax collection of RM30 billion will be used up to pay for the interests only!
16. In fact, looking at the projected revenue of about RM220 billion next year, the government is proposing to spend as much as 97% of the national income for management expenditures. This is very worrying. Only about RM5 billion is available to be spent for developments, then the government has to owe about RM40 billion for development expenditures next year.
17. What is making us more worried is the resilience of the Malaysian economy which is fast deteriorating. The household debt has risen sharply from RM90 billion in 1997 to RM847 billion in 2015, a growth of 841 per cent in debts. Today, Malaysia's household debt has reached 89.9 percent of GDP, said to be among the highest in Asia.
18. I am deeply concerned with the sharp increase in government and household debts, the decreasing international reserves, plunging value of the ringgit, low commodity prices and high inflation rate because our country will not survive in the case of speculative attacks on the currency, na'uzubillahi zalik min (I seek refuge from Allah). When our ringgit was attacked in 1997, our international reserves at that time were still strong, the commodity prices were still high and the government had sufficient financial resources to implement economic stimulus measures to take the country out of the crisis.
19. Unfortunately, the 2017 budget presented by Malaysian Official One does not indicate that the government is serious and has clear plans to revive the economy, or prepare the country for any eventualities that will happen due to weakening economic resilience.
Mr. Speaker,
20. At the beginning of my speech, I mentioned about 1MDB. Some may question as to why I raised this issue. What has it got to do with the budget? What has it got to do with the interest of the rakyat?
21. All these very much are interlinked with the budget. The 1MDB's RM53 billion debts are now being borne by the government. But unfortunately, Malaysian Official One does not explain in detail how the debts are to be paid by the government.
22. The question is whether the government has sufficient financial resources to pay off the debts? Of course, all these amortized liabilities should be paid using the financial resources of the government, the same fund distributed to government ministries and agencies as presented in the budget. Will the ministries be receiving a smaller portion of allocation unlike what has been promised in the budget as the government has to use the existing resources to pay the debts incurred as the result of irregularities and deficiencies in governance of the country? This issue must be clearly explained by Malaysian Official One.
23. The 1MDB issue directly involved the rakyat. I met people and asked them who owned 1MDB? There were those who said it is owned by Najib. And there were those who said it is owned by Rosmah. I told them they were wrong! 1MDB is ours, it is owned by the rakyat! Then I asked, who will pay the 1MDB debts? They said it is the rakyat who will have to pay up!
24. Actually, the rakyat are smart. They know the 1MDB scandal has very much affected their livelihood. Those who are still in denials are the ministers, JASA officers and UMNO cyber troopers who are paid to concoct lies and keep on telling lies.
25. Besides, the 1MDB scandal has a negative impact on the value of ringgit which continues to decline. Yes, many factors are influencing the appreciation or depreciation of the currency, but the 1MDB scandal is one of the main factors affecting the market sentiment for ringgit Malaysia. Although it is said that our economic fundamentals are strong but the loss of confidence in Malaysia as a result of 1MDB scandal has caused the ringgit to plunge to a lower level. Economic experts are saying that based on calculation of the economic fundamentals, the value of the ringgit should not have exceeded over RM3.50 compared to US $ 1.00. More than that, it is due to sentiments.
26. That is why people have been complaining about the rising price of goods. I went to a market and asked an auntie what were the goods that she had bought. She replied she just bought a few things as the prices were far more expensive than before. If in those years, with RM50 one could buy a basketful of goods, now, with the same value, he can only bring home a half basketful of items.
27. This is actually the effect from ringgit depreciation. Many foodstuffs such as vegetables, fruits, rice, meat, oil and others are imported. When the value of the ringgit fell, the prices of these goods will become more expensive. So, how could you say that the 1MDB problem has no effect on the rakyat? Because of the negative market sentiments towards our country which are mainly caused by the 1MDB scandal, the value of our ringgit fell and the prices of imported goods have become more expensive and the people have to bear the burden of the high cost of living.
Mr. Speaker,
28. I also wish to congratulate the Prime Minister. He has been very clever in making use of all available resources to build a perception that everything is just fine. Everything is okay! Cash is King! Many sweets are offered to the rakyat in the 2017 Budget. But the sweetness won’t last long. It is like an economic opium to make the people disillusioned and have sweet, beautiful dreams. The real disease is our economy which is not being treated. A bitter medicine is not prescribed to revive the ailing economy.
29. This year’s tabling of the budget is rather different than past years. There is grandstanding. There are props. Usually, grandstanding and props are utilized to beautify something that is actually ugly. It's just a trick to camouflage weaknesses and loopholes in the management of the national economy. The cost of living has risen, national debts piling up, business is slow, companies laying off workers, unemployment increasing, consumer spending is decreasing, government revenue is declining, allocations for ministries being cut, money in the national treasures has disappeared and government resources are being used to pay off the debts.
30. Despite this critical situation, we are very frustrated that the government still adopts “business as usual” attitude. The expenses meant for the welfare of the people such as scholarships, health services and basic goods subsidies have been cut but the salaries and allowances of the Ministers remain untouched. Even mega-projects that only benefit a handful of cronies continue to take shape. There is no clear explanation on how the government plans to generate employment opportunities to overcome the growing rate of unemployment.
31. Recently, when our students in and out the country were feeling restless as they did not receive the scholarships as promised and patients had to fork out their own money to pay for the medical cost at government hospitals, the Prime Minister, unashamedly, officiated the Taman Tugu Negara beautification project at a cost of RM650 million. Apparently, the government of Malaysian Official One is more concerned about the beautification of the park which certainly favours a few people from the fate of students and patients in our country who are in dire need of government assistance.
32. The Government does not seem to be concerned with the problem of the high cost of living burdening the rakyat. When people are expecting the government to step in to help ease their burdens, the government, on the other hand, abolishes the subsidy for cooking oil which certainly will cause the prices of food items to soar, thus increasing the burden of the people due to higher cost of living. The real issues, namely the problem of leakages in the distribution of government subsidies, on the other hand, have not been addressed properly. For instance, the government incurred losses of RM540 million a year due to smuggling of cooking oil that is still not contained by the authorities.
33. This does not include other leakages. Based on a study done on the Annual Report of the Auditor-General, the government suffered losses of between RM23 billion and RM40 billion a year due to weaknesses in enforcement, widespread corruption and malpractices.
34. We are also facing with a slow economic growth, largely due to weak external environment and confidence in the domestic economy which is weakening. In this situation, focus should be given to efforts to stimulate domestic demand. This means that allocations should be given to sectors that can create jobs and at the same time, able to generate foreign exchange inflows. Reinvestment allowances for these sectors should be introduced while projects with high import content be delayed.
35. The fate of the workers can be protected by introducing an unemployment insurance scheme. A Bank Negara Report showed only 1 out of 10 Malaysians could make a living for more than six months if they lost their main income. The cost of living can also be reduced by reducing the cost of food items. Some temporary measures that can be taken are abolishing the GST on certain grocery items such as milk powder, soy sauce, chili sauce and other essential items. In reducing high medical cost, especially for critical illnesses, the government can consider allowing the withdrawal of the Employees’ Provident Fund (EPF) for the purchase of medical insurance.
36. These are the steps that should be taken by the government, not telling those graduates who have invested tens of thousands of ringgit to get a degree, to sell nasi lemak, or people working day and night to be Uber drivers. This is not a solution that people expect from the government. Without being asked by the government, they probably will do both things in order to obtain permissible sustenance for their livelihood.
Mr. Speaker,
37. The budget presented by the government is not realistic. It does not meet the requirements of the rakyat in terms of the needs to deal with the high cost of living. It also does not have clear plans on how to stimulate economic growth, create opportunities for new jobs and increase the income of the people. The allocations for the ministries responsible in delivering key services to the people such as education and health, are cut. The issue of economic governance is not well addressed, thus affecting the confidence of investors and people towards the country's economy.
38. My view on this 2017 budget is that it is just full of “political candies” to cover up all weaknesses and shortcomings of Malaysian Official One who has stolen and robbed our national treasure.
Thank You.

Selasa, 25 Oktober 2016

Stesen minyak di Johor pula meletup

BAGAIKAN tiada henti dengan musibah, Johor sekali lagi menerima berita buruk apabila sebuah stesen minyak di negeri itu dilaporkan meletup secara tiba-tiba sebentar tadi.

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 6 saat, kejadian dipercayai berlaku di Taman Mount Austin kira-kira jam 2.55 petang tadi.

Mangsa yang terkorban, Mohd Faizal Mazlan, 33, yang merupakan pekerja stesyen terbabit,  dikatakan berada berdekatan dengan tangki untuk mengisi gas NGV di stesyen minyak tersebut, sebelum tercampak beberapa meter dari kawasan letupan.

Punca kejadian letupan itu masih disiasat pihak polis dan setakat ini laluan lebuh raya yang menghubungkan stesen minyak itu ditutup buat sementara.

2
Video: Stesen Minyak Di Johor Pula Meletup
5
14713785_10154055252583100_6696371045130210424_n
Video: Stesen Minyak Di Johor Pula Meletup

Menurut Ketua Operasi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

Setibanya di lokasi kejadian, memang terdapat kebakaran di bahagian belakang stesen minyak dan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum diberi rawatan pertolongan cemas,” katanya.

Enam dilaporkan mati setakat ini kebakaran HSA Johor Bahru

Setakat ini enam dilaporkan mati dalam insiden kebakaran pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pagi Selasa.
Mangsa dikatakan pesakit-pesakit yang sedang berada di unit berkenaan. Empat daripadanya wanita dan dua lelaki.

hospital-johor-2

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian berlaku di tingkat dua bangunan utama hospital berkenaan.

Usaha menyelamat sedang giat dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Kami sedang berusaha mengeluarkan semua asap dari bangunan itu dan sebaik sahaja ia diselesaikan barulah pihak berkuasa akan dapat mengetahui jumlah sebenar mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi dan kesemua pesakit dibawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan.

Difahamkan ia turut melibatkan pesakit daripada wad bersalin, termasuk beberapa pesakit yang baru sahaja melahirkan anak telah dipindahkan dengan selamat.

hospital-johor

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Datuk Dr Noorhisham Abdullah berkata pihaknya sedang menunggu pengesahan laporan awal mengatakan tujuh pesakit di wad ICU maut akibat kebakaran itu.

"Saya difahamkan tujuh pesakit di wad ICU meninggal dunia kerana terperangkap dan lemas, 13 kakitangan cedera termasuk tiga parah.

"Kita akan siasat punca kebakaran. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa setakat ini.

"Bangunan hospital itu bangunan lama, kita tidak tahu lagi apa punca sebenar," katanya kepada wartawan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Darah (JKMD) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, Kuala Lumpur.

Sementera itu, turut mengulas kejadian tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata beliau akan terus mengadakan lawatan ke hospital berkenaan dengan segera.

"Memang kita tengah menunggu maklumat, saya akan pergi melawat, kebakaran berlaku di ICU, maklumat tepat saya belum dapat lagi," kata Hilmi ketika menjawab soalan lisan di Parlimen pada Selasa.

Jangan buat spekulasi kebakaran ICU HSA: KP

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

hospital-johor-3

"Saya dimaklumkan bahawa terdapat mangsa akibat kejadian ini termasuk dalam kalangan pesakit dan staf, namun status dan maklumat terkini kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

"Pihak bomba telah dan sedang menjalankan tugas menyelamat dan dalam proses untuk mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya menerusi status Facebooknya sebentar tadi

Menurut Dr Noor Hisham, pesakit yang terselamat daripada kebakaran sedang dalam proses dihantar ke hospital-hospital lain berdekatan Johor Bahru terutama Hospital Sultan Ismail.

Setakat ini enam disahkan maut dalam insiden kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi.

Sabtu, 24 September 2016

100 tahun rumah Abdullah Hukum berdiri megah

abdullah_hukum_masjid2309_575_400_100-1
Rumah warisan pengasas Kampung Abdullah Hukum yang berusia 100 tahun, kini berdiri megah di KL Eco City di sini.

Rumah tradisional Melayu bertangga batu, beranjung dan tidak berbilik itu sebelum ini berdepan risiko dirobohkan berikutan pembangunan semula kampung itu sebagai sebuah pusat komersial dan perumahan KL Eco City.

Rumah milik Allahyarham Abdullah Hukum atau nama sebenarnya Muhammad Rukun, kini siap dipasang semula di Tingkat 7, bangunan parkir KL Eco City yang turut menempatkan Masjid Jamek Abdullah Hukum.

Abdullah Hukum adalah antara perintis yang terlibat dalam pembangunan Kuala Lumpur pada tahun 1880-an dan beliau turut membuka kawasan Pudu-Bukit Bintang serta Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Bangsar.

Beliau adalah ketua masyarakat Kuala Lumpur yang dilantik oleh Sultan Selangor ke-4 Sultan Abdul Samad dengan diberi gelaran Tuk Dagang Dianjuk.

Projek penempatan semula kediaman Abdullah Hukum di KL Eco City itu tercapai melalui persetujuan bersama pihak pemaju SP Setia Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan rumah pusaka itu dikekalkan dan dijadikan ikon kawasan tersebut.

Kontraktor konservasi Shaari Mat Saod yang dipertanggungjawabkan untuk memulihara rumah pusaka itu berkata proses memindahkan rumah itu bermula pada Sept 2012 sebelum projek pembangunan KL Eco City.

“Proses pemuliharaan dan pemindahan rumah itu melibatkan tiga fasa utama bermula dengan prosedur dokumentasi serta penandaan pada setiap kepingan kayu dan bahan binaan yang terdapat pada premis itu sebelum ditanggalkan dalam tempoh selama tiga bulan,” katanya kepada Bernama semalam.

Shaari berkata, kayu meranti merah yang digunakan dalam pembinaan rumah itu turut dibawa ke sebuah pusat konservasi di Melaka bagi merawat kerosakan pada kayu tersebut supaya memastikan kayu-kayu itu cukup kukuh untuk dipasang semula.

“Selepas selesai proses rawatan pada penghujung 2012, semua kayu dan bahan binaan rumah disimpan di stor SP Setia Bhd di Rawang selama tiga tahun dua bulan dengan pemantauan rapi sementara menunggu pembinaan (bangunan parkir tujuh tingkat itu) siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, selepas bangunan parkir bertingkat siap pada Mac tahun ini, kerja-kerja pemasangan semula rumah pusaka Abdullah Hukum di tingkat atas bangunan itu dimulakan mengikut struktur asal.

Shaari berkata, dengan dibantu 10 pekerja, mereka mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menyempurnakan pemasangan semula rumah yang sarat dengan ciri-ciri tradisional Melayu itu.

“Bagaimanapun, pengubahsuaian terpaksa dilakukan pada bahagian ‘tiang tunku’ rumah yang sudah tidak kukuh serta pemasangan atap baharu menggantikan zink sedia ada kerana tidak lagi sesuai digunakan,” katanya

Abdullah Hukum, berasal dari Sumatera dan berketurunan Kerinchi, berhijrah ke Tanah Melayu bersama bapanya pada tahun 1850 ketika berusia 15 tahun dan menetap di Kuala Lumpur dan Selangor hingga akhir hayatnya.

Beliau meninggal dunia pada usia 108 tahun pada 1943, dan mempunyai 18 orang anak.

Selain masjid, stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum di Bangsar turut tertera nama Allahyarham.

Surat menyayat hati kanak-kanak 6 tahun untuk Obama

Surat menyayat hati kanak-kanak 6 tahun untuk Obama
Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat berusia 6 tahun menjadi 'hero' selepas menyatakan hasratnya untuk menawarkan tempat perlindungan kepada seorang kanak-kanak Syria, Omran Daqneesh. - Gambar fail
 
SEORANG kanak-kanak warga Amerika Syarikat menjadi ‘hero’ selepas menyatakan hasratnya untuk menawarkan tempat perlindungan kepada seorang kanak-kanak Syria yang mengalami kecedaraan selepas rumahya di Aleppo,Syria dibom pada bulan lalu.

Alex, enam tahun menulis sepucuk surat kepada Presiden Barack Obama selepas melihat sekeping gambar viral yang memaparkan wajah suram Omran Daqneesh yang mengalami kecederaan dan keseorangan di dalam sebuah ambulan.

Dalam sepucuk surat yang dihantar ke White House, Alex meminta Obama untuk pergi ke Syria dan membawa pulang Omran ke rumahnya.

"Presiden Obama, masih ingatkah kanak-kanak lelaki yang dirawat dalam ambulan di Syria?

"Bolehkah anda selamatkan budak lelaki itu dan membawanya ke rumah kami.

"Kami akan menunggu anda bersama bendera, bunga dan belon... Kami akan memberinya sebuah keluarga dan dia akan menjadi saudara kami," tulis Alex dalam surat tersebut.

Letter to Obama
Kredit gambar: White House.org

letter to obama
Kredit gambar: White House.org


 
letter
Kredit gambar: White House.org

Presiden Amerika Syarikat berkongsi kata-kata Alex dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) berkaitan krisis pelarian minggu ini, sebelum White House merakam Alex untuk membaca surat tersebut.

"Kita semua perlu menjadi seperti Alex.. bayangkan penderitaan yang kita dapat kurangkan dan nyawa yang mungkin kita selamatkan," tulis Obama dalam akaun Facebooknya.
 
Sementara itu, ramai netizen memuji tindakan Alex dan berkata, seorang kanak-kanak berusia enam tahun lebih berperikemanusiaan daripada orang dewasa.