Rabu, 1 Oktober 2014

Pengagihan portfolio 10 Exco saksikan penjenamaan baharu



Pengagihan portfolio kepada 10 anggota Exco Kerajaan Negeri hari ini, menyaksikan berlaku penjenamaan baharu yang dikatakan dibuat selaras dengan cabaran dan tuntutan semasa.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, dalam pengagihan itu, beliau turut mencantumkan beberapa portfolio sedia ada dengan yang baharu sebagai usaha meningkatkan prestasi serta menjamin produktiviti dalam pentadbiran yang baharu kali ini.

Sambil menyifatkan semua portfolio itu penting, katanya, beliau yakin 10 anggota Exco yang baharu dilantik itu dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah diberikan dengan jaya, memandangkan semua mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

“Semua portfolio ini penting dengan kita memberikan satu nafas dan penjenamaan baru bagi menguatkan pentadbiran kerajaan negeri dalam membela serta menjaga kebajikan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, hari ini.

Selain sebagai Menteri Besar, Mohamed Azmin memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan.

Berikut adalah senarai Exco dengan portfolio masing-masing:

Datuk Teng Chang Khim - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana dan Perdagangan dan Pengangkutan negeri.

Iskandar Abdul Samad - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri.

Elizabeth Wong - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Ean Yong Hian Wah - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru negeri.

Dr. Ahmad Yunus Hairi - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri.

Dr. Daroyah Alwi - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga negeri.

Ganabatirau Veraman - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang negeri.

Nik Nazmi Nik Ahmad - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi negeri.

Amirudin Shari - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri.

Zaidy Abdul Talib - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri.

Tiada ulasan:

Undi anda tidak rahsia? Mengarutlah

HARI ni ambo nak ceritakan sikit pasal isu yang tersebar luas mengenai kebimbangan segelintir pengundi yang mengatakan kononnya parti mem...