Selasa, 24 Ogos 2010

Sikap Nik Aziz dengan kaum kafir

Betapa lembut dan berhemahnya Nik Aziz membalas jawab kenyataan rakan sekongsi dan sepemeluknya, Karpal Singh yang tak bersetuju dengan saranan atau cadangan Pas nak laksanakan hudud bagi menggelakkan berlaku gejala sosial lebih serius.

Ketika Karpal Singh kata, DAP tak setuju hudud boleh atasi gejala buang bayi dan rogol, Nik Aziz dengan senyum manis hanya menjawab, "itu pandangan peribadi Karpal".

Tetapi kalau Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa hudud tak boleh dilaksanakan di negara majmuk ini, dengan keras Nik Aziz kata Tun Mahathir tolak Islam.

Di sini memperlihatkan tingkah laku sebenar Nik Aziz. Kalau orang yang dia sayang dan senang, orang kafir menghina Islam pun dikatakan "tak apa, sebab orang kafir tak faham Islam".

Kalau orang yang sesama agama, sesama bangsa dan yang sama bulu dengannya berkata demikian, dengan latah tuanya dia terus melenting. Beginikah pemimpin Islam? Beginikah kaedah Nabi Muhammad SAW lakukan di zaman pemerintahan Baginda? Layakkah Nik Aziz menyamakan dirinya seperti nabi dan menyamakan pemerintahan yang dilaksanakan di Kelantan sebagai pemerintahan Islam?

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 28 adalah jelas:
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Karpal Nafi Sendirian Tolak Hukum Hudud Dan Negara Islam
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Nik Aziz.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam. - BERNAMA

Tiada ulasan: