TAHNIAH kepada ayahnda A Samad Said dan Ayahnda Hassan Ahmad yang menerima anugerah 'Pejuang Bahasa' oleh Pas pada perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati di Kuala Lumpur semalam.
Ayahnda-ayahnda dikatakan layak menerima anugerah itu kerana perjuangan ayahnda dalam perhimpunan Gerakan Memansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) sebelum ini.
Pada saya anugerah itu memang tepat diberikan kepada ayahnda berdua kerana akan memperlihatkan masih ada aktivis seperti ayahnda sayangkan bahasa Melayu dan mahu mempertahankan bahasa Melayu agar kekal selama-lamanya.
Bagaimanapun, cukupkah dengan hanya mempertahankan bahasa Melayu sahaja? Bagaimana dengan tanah milik Melayu di kebanyakan negeri di Negara Tanah Melayu ini yang semakin hilang sedikit demi sedikit?
Mustahil ayahnda dan rakan-rakan tidak sedar. Mustahil impian ayahnda untuk melihat bahasa Melayu terus kekal, sedangkan tanah Melayu semakin hilang.
Ayuh ayahnda, bangun dan berjuanglah untuk membebaskan pemilikan tanah Melayu yang dilanjutkan sehingga 999 tahun oleh pemimpin Melayu kepada kepada bangsa lain di Perak.
Ayuh ayahnda, bangun dan berjuanglah untuk mempertahankan rizab Melayu di Kota Bharu yang sedikit demi sedikit diberikan kepada bangsa lain.
Ayuh ayahnda, bangun dan berjuanglah untuk mempertahankan tanah-tanah milik Melayu yang digadai dan dijual secara berleluasa kepada bangsa lain.
Bahasa Melayu tidak akan kekal kalau tidak disertakan dengan usaha mempertahankan hak milik tanah Melayu.
Adalah tidak keterlaluan kalau saya cadangkan kepada mana-mana pihak supaya memperkenalkan anugerah 'Pejuang Bangsa Melayu' kepada ayahnda-ayahnda ini.
Kalau ayahnda bermati-matian memperjuangkan Bahasa Melayu dengan mendesak kerajaan menghapuskan pembelajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik, kenapa ayahnda tidak memasukkan agenda mempertahankan tanah Melayu di Perak?
Untuk pengetahuan ayahnda. Penggadaian bahasa Melayu melalui mata pelajaran juga sama penting dengan penggadaian tanah Melayu kepada bangsa lain sehingga 10 kali ganda daripada syarat sebelum ini.
Ayuh ayahnda. Bangkit dan kerahkan tenaga untuk mengkaji dan meneliti isu
pengambilan tanah Melayu sedikit demi sedikit oleh bangsa lain di bandar-bandar di seluruh negeri.
Ayahndaku, tanah rizab Melayu di bandar Kota Bharu, Kelantan hampir hilang dari pemilikan asal Melayu. Tanah-tanah rizab Melayu di Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu ini hampir-hampir diboloti oleh bangsa lain.
Kenapa ayahnda tidak bangkit mempertahankan hak milik ini? Kenapa ayahnda lebih membesar-besarkan isu pengajian bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains? Ayahnda takut generasi Melayu akan jadi lebih cerdik kalau mereka dapat menguasai bahasa Inggeris?
Ayahnda takut bahasa Melayu akan hilang kalau anak-anak kita boleh berbahasa Inggeris?
Mana satu yang ayahnda takut, anak-anak menguasai bahasa Inggeris tetapi tidak lupa asal usul mereka (Melayu) atau anak-anak kita kehilangan tempat tinggal dan hidup merempat di tanah sendiri yang sudah digadai kepada bangsa lain?
Ayuhlah ayahnda. Dengarlah rintihan ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan