Sabtu, 13 Jun 2009

Al-Fatihah





















Al-Fatihah kepada sahabat ku, Azhan Zakaria (baju Melayu pink, barisan belakang).

Aku menerima berita mengejutkan daripada rakan pejabat, Din Jawa. Ayatnya ringkas saja. "Salam bang... Al-Fatihah, Azhan ex sub kelate telah kembali ke rahmatullah jam 11 pagi tadi di HUSM Kubang Kerian akibat jangkitan kuman dalam paru-paru".

?????? aku kebinggungan dan pada masa sama aku harap bukan Azhan yang aku kenal yang Din Jawa maksudkan.

Kebetulan Hanafiah datang ke tempat aku untuk memaklumkan berita pemergian sahabat yang sangat baik hati ini. "Innalillahi wa inna illaihirajiunnn..."

Hanya itu yang dapat aku ucapkan. Masih sukar menerima hakikat. Namun, akhirnya aku akur dan aku membayangkan kenangan lalu.

Azhan seorang sahabat yang sering tersenyum dan periang. Gelak tawa dan suaranya memecahkan keheningan satu pejabat.

Sepanjang mengenalinya, dia kelihatan sentiasa sihat. Kecuali ada sesekali dia mengadu sakit dada.

Aku tak sangka kau pergi lebih awal. Kau baru saja meninggalkan Sinar Harian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan di Perlis Februari lalu. Dan pada Mac pula kau mengundang rakan-rakan ke majlis perkahwinan kau di Pasir Puteh, Kelantan.

Kini, kau telah tinggalkan semua sekali yang ada di dunia ini untuk pergi menghadap Allah SWT. Semua kenangan hanya tinggal kenangan. Kita yang masih hidup banyak-banyaklah beramal ibadat dan sentiasa mengingati mati.

Kepada sahabat ku, Azhan. Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk mu. Aku titipkan doa kepada Allah:-

"Ya Allah, tempatkan roh sahabat ku bersama para syuhada dan golongan soleh. Aku mohon kepada Mu Ya Allah cerahkan kubur sahabat ku. Lapangkan kubur sahabatku. Ya Allah, aku mohon kepada mu, jauhkan sahabat ku dari seksaan di alam kubur. Tempatkan dia dalam syurga Mu Ya Allah.

4 ulasan:

briant berkata...

al-Fatihah dari rakan-rakan yang lain.. rase baru shj berjumpe arwah...

darfis berkata...

Al-fatihah walaupun tidak rapat dengannya tetapi rasa seperti baru sahaja berjumpa dengannya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang diredai Allah Hendaknya, Amin

manzaidi berkata...

Arwah seorang yang baik. Tak pernah ada karenah sepanjang kerja dengan dia. Malah, kalau abg man minta tolong dia edit stori yang berbelit-belit pun dia sanggup. Itu yang buat abg man rasa sedih sangat2 dengan pemergiannya.

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN berkata...

alfatihah..
Aku juga teramat merasai kehilangan seorang sahabat baik yang aku selalu memanggilnya'pok Ya'
dia sahabat yang baik..sebelum menjadi warga sinar..kami bersama-sama sebagai pengarah progran/assist producer di qplex communication sdn bhd